Monday, 29 July 2013

Kucing...dan masalah kulit

Emmm..kucing2 pun ada masalah penyakit kulit. Kali ni aku membaca mengenai masalah penyakit kulit yang kerap dialami oleh kucing. Kucing2 kerap dijangkiti masalah infeksi kulit, allergy, infestasi parasit dll seperti yang kerap berlaku pada manusia rupanya..

Antara beberapa penyakit kulit yang biasa dialami oleh kucing ialah:


1. FELINE ACNE: 



Feline acne selalunya keluar di atau sekitar dagu kucing, dengan penyebab utama antaranya ialah poor grooming, reaksi terhadap ubat2an, stress atau penyakit kulit yg lain. Biasanya vet akan memberikan shampoo yang sesuai untuk digunakan atau krim antibiotic jika ada jangkitan kuman yang ketara.


2. JANGKITAN BAKTERIA:



Kebiasaannya penyakit kulit seperti acne boleh menyebabkan folikel bulu kucing terdedah kepada jangkitan bakteria yang menyebabkan folliculitis seperti di atas. Jangkitan bakteria seperti ini boleh dirawat dengan antibiotik tetapi perlu dicari punca asal supaya ianya tidak berulang lagi.


3. JANGKITAN YEAST:




Jangkitan yeast biasanya disebabkan oleh fungus dan selalunya boleh disebabkan adanya masalah kesihatan yang lain. Telinga merupakan bahagian badan kucing yang kerap dijangkiti fungus. Tanda2nya termasuk lelehan hitam atau kuning dari telinga, cuping telinga yang kemerah2an, dan kerap menggaru dibahagian tersebut. Bagaimanapun jangkitan ini amat mudah dirawat menggunakan antifungal. 

4. RINGWORM @ KURAP:



Ringworm @ kurap merupakan satu lagi jangkitan akibat fungus, dan selalu berlaku pada kucing terutamanya anak2 kucing dibawah 1 tahun. Ia selalunya merupakan satu lesi bulat di kepala, di telinga dan kaki kucing. Kawasan disekitar ringworm akan menjadi botak dan berkerak putih @ flaky. Ringworm amat mudah merebak diantara kucing2 peliharaan maupun manusia. Rawatan bergantung pada tahap jangkitan itu samada serius atau tidak, termasuk penggunaan syampo berubat, ointment atau ubatan oral.

5. SPOROTRICHOSIS:



Sporotrichosis sejenis lagi jangkitan fungus pada kucing, yang menyebabkan satu lesi keras yang kecil dan boleh mengeluarkan cairan. Jangkitan sporotrichosis ini amat mudah merebak kepada manusia terutama mereka yang lemah sistem imunnya. Kucing2 yang dijangkiti perlu dirawati dengan segera dan penjaga kucing juga perlu meningkatkan tahap hygine masing2.

6. ALLERGIC DERMATITIS:



Kucing juga boleh mendapat alahan kulit dari makanan, bahan2 grooming atau persekitaran seperti debunga dan gigitan flea. Gatal dikepala dan leher adalah tanda awal alahan makanan. Tanda2 lain termasuk menggigit tapak kaki, menggaru telinga atau pangkal ekor. Banyak rawatan yang boleh diberikan bagi mengurangkan kegatalan sebab alahan tetapi menjauhkan kucing dari punca alahan adalah langkah terbaik.

7. ALOPECIA:



Jika alopecia terjadi pada kucing ianya mungkin tanda2 penyakit yang lebih serius, atau mungkin disebabkan jangkitan flea, stress, alahan yang teruk atau tanda kurang zat makanan. Kucing2 ini perlu dibawa berjumpa vet.

8. FLEAS:



Fleas merupakan masalah yang paling kerap berlaku pada kucing, dan ianya hidup dengan menghisap darah kucing kita. Flea atau najisnya  boleh dikenalpasti di bulu2 kucing terutama jika bulu kucing tersebut berwarna pucat. Tanda2 lain jangkitan flea ialah kegatalan berterusan, kulit menjadi bersisik, dan bulu yang menipis dipangkal ekor. Untuk menghapuskan jangkitan flea, bukan sahaja kucing perlu dirawat tetapi semua perabut, karpet, peralatan bilik tidur dan sebagainya perlu juga dirawat kerana flea mudah bergerak di seluruh rumah dan ini menyukarkan pembasmiannya. 

9. EAR MITES:




Mites ialah sejenis parasit yang tertarik pada wax dan minyak dalam telinga kucing. Ketika mites ini makan dan membiak didalam telinga, ianya akan menyebabkan radangan yang teruk yang membawa kepada jangkitan telinga atau kulit berhampiran. Tanda2 jangkitan earmites ialah menggaru berlebihan ditelinga, kerap menggelengkan kepala dan bau yang kuat dari telinga serta kotoran yang hitam dalam telinga. Rawatan adalah menggunakan ubat titik telinga yang boleh didapati dari vet dan biasanya telinga kucing perlu dicuci dengan kerap.

10. LICE @ KUTU:



Lice atau kutu kerap terjadi pada kucing2 yang lebih tua dan selalunya tidak disedari. Jika jangkitan kutu ini terlalu teruk, kucing akan mengalami kegatalan teruk, kegelisahan dan lapisan 'coat' yang ketara pada bulu kucing. Ianya boleh dirawat dan oleh kerana kutu kucing ini species specific, ianya tidak berjangkit pada manusia.


11. STUD TAIL:



Stud tail atau juga dikenali sebagai hyperplasia kelenjar ekor dan ianya merujuk kepada kelenjar yang overaktif di hujung ekor. Kelenjar ini mengeluarkan lebihan berminyak atau waxy yang menyebabkan keguguran bulu diekor dan lesi berkuping. Meneuterkan kucing boleh mengurangkan gejala kelenjar hyperplasia ini selain dari kerap memberus bulu kucing dan penggunaan shampo khas. 

12. EUSINOPHILIC GRANULOMA:



Jika ada bengkakan atau ulcer pada kucing terutamanya pada hidung atau mulut ianya kemungkinan alahan dikenali sebagai eusinophilic granuloma. Ia boleh berlaku dimana2 bahagian tubuh kucing tetapi paling kerap di mulut, hidung, tapak tangan atau kaki kucing dan peha. Penyebab paling utama ialah jangkitan bakteria, selain dari alahan makanan atau flea.

13. TUMOR KULIT:



Ketulan atau lump dikulit kucing tidak semestinya kanser tetapi jika ianya membesar dgn cepat ia perlukan rawatan segera. Kucing yang sudah tua dan jenis kucing bertelinga serta kepala putih lebih susceptible untuk mendapat kanser kulit.


14. KULIT KERING BERSISIK @ KELEMUMUR:


Kulit kering dan bersisik kerap terjadi pada kucing, seperti kelemumur. Kelemumur yang persistent mungkin menunjukkan tanda2 kurang zat makanan, kurang penjagaan kebersihan. Rawatan yang diperlukan ialah shampoo khas dan juga supplement omega fatty acid untuk kucing.


15. COMPULSIVE GROOMING:



Penjagaan yang berlebihan @ excessive grooming seperti menjilat, mengunyah dan menghisap kulit boleh menyebabkan iritasi, jangkitan kuman dan kekurangan bulu dikawasan terlibat (dipanggil psychogenic alopecia). Kucing akan membersihkan diri berlebihan dan secara kompulsif apabila berhadapan dgn stress seperti pindah ke tempat baru, ataupun berkaitan dengan masalah kesakitan sendi ie osteoarthritis.

Jika terdapat tanda2 yang disebutkan diatas, kucing2 kita perlu dibawa berjumpa dengan vet terdekat untuk rawatan lanjut..

296 comments:

  1. Nak tnya anak kucing saya umur dlm 2 bulan. Dia terkena penyakit ringworm, tangan pun dah botak sikit dengan atas telinga pon dh botak. Adakah ni disebabkan ada kutu? Tempat yg botak tu boleh tumbuh bulu balik atau tak?

    ReplyDelete
  2. Ringworm selalunya kerap kena pada anak2 kucing dibawah 1 tahun, disebabkan oleh fungus. Ia tidak disebabkan oleh kutu, tapi boleh terjadi pada waktu yang sama. Kena ubatkan dengan cream antifungus yg boleh dibeli di vet, dan bulu akan tumbuh semula bila jangkitan ringworm tu dah pulih sepenuhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam….. Kucing saya die mngalami kudis dkt hidung n kaki die… n kudis tu brair lps tu kat ekor die oun ade jgak kudis…. Hmmm nak buat mcm mne ekkj

      Delete
    2. Salam, kudis dihidung dan di ekor serta kaki mungkin bukan kudis biasa, mungkin juga jangkitan sporo. Cuba cucikan dengan normal saline biasa atau air mineral bersih dan sapukan dulu antibiotik cream seperti Neomycin cream, jika tak banyak improvement u boleh cuba berikan dia Sporanox untuk rawatan sporo.

      Delete
  3. Kucg sy menglmi kudis yg berair dan kudis di bwh mulutnya seperty feline acne??bole ke kalau sy rwat gne myk gamat??

    ReplyDelete
  4. Biasanya kudis dibawah dagu berasal dari feline acne yg teruk, berkudis dan berair. Punca yg paling biasa ialah dagu yang basah, bekas makanan plastik yg mungkin kotor dan poor self grooming..rawatan paling mudah dirumah ialah menggunakan air suam dan towel bersih, atau menggunakan ubat luka chlorhexidine @ benzoil benzoate dari farmasi, dan sapukan dengan antibiotik cream mupirocin. Jika nak cuba gunakan minyak gamat boleh tapi puan mesti bersihkan dengan air suam sebelum setiap kali apply minyak gamat tersebut. Tapi jika tak berhasil puan kena cuba dapatkan antibiotik dari vet berhampiran jika perlu.

    ReplyDelete
  5. Salam. Kucing saya sekarang ni mengalami luka teruk pada telinga seakan benjol disekeliling telinga. Bahagian muka pun sama. Isi tapak tgn/kaki pula terkopek dan terdapat ulat didalamnya.. dibahagian siku terdapat isi yg terdedah. Tak tahu sama ada sebab gaduh dengan kucing jantan lain atau disebabkan virus. Adakah pyakit ini boleh dirawat?

    ReplyDelete
  6. Salam, sorry saya lambat respond to your soalan Nur Fatin. Rasanya kemungkinan besar kucing u mengalami kecederaan sebab bergaduh dengan kucing lain hingga luka teruk, dan sekarang mendapat jangkitan. Saya kira jangkitan luka tersebut agak teruk hingga sudah berulat, sebaiknya u kena bawa kucing tersebut untuk rawatan di klinik haiwan berdekatan dgn rumah, kerana kucing ini perlu mendapat antibiotik oral dan juga luka perlu dibersihkan. Satu lagi perkara yang kita perlu fikir ialah jangkitan luka begini boleh menjadi punca kucing mendapat Feline Immunodeficiency Virus infection, seperti HIV dalam manusia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah feline immunodeficiency virus ni merbahaya kpd manusia apabila seseorang itu mencium hiding kucing atau memeluknya?

      Delete
    2. Tidak, FIV tak akan menjangkit kepada manusia ye

      Delete
  7. salam.kucing sya berumur 3-4 bulan.skrng dia mengalami bulu mudah tercabut dan kulit mcm berkudis,apa puncanya dan apakah rawatan terbaik untuk kucing saya.untuk pengetahuan KUCINGKU DUNIAKU sya menberi minuman susu brand BENJY.adkah kucinh sya ni alergi pada susu.

    ReplyDelete
  8. Salam Awie, rasanya anak kucing u mengalami masalah jangkitan ringworm, mudah berjangkit dan merebak. Seeloknya bawa ke vet untuk pengesahan diagnosis, tetapi boleh cuba rawatan topikal dengan antifungal cream seperti miconazole atau thiabendazole yang kita boleh dapat di farmasi. Saya suggestkan juga u cari shampoo antifungus yang boleh dibeli over the counter di klinik haiwan swasta dan gunakan untuk memandikan kucing. Satu lagi perlu diingat kudis itu mungkin berjangkit kepada atau dari manusia juga, atau dari lain2 kucing. Susu tidak sangat mendatangkan masalah kulit pada kucing, yang paling kerap berlaku jika alahan susu ialah cirit birit akibat lactose intolerance.

    ReplyDelete
  9. Salam. Kucing sy terlebih garu di blkg telinga sehingga berdarah dan gugur bulu. tapi slps letak minyak gamat ia kian pulih. tetapi kini dia suka menjilat dibahagian dada dan tangannya hingga kemerahan dan gugur bulunya sedikit demi sedikit. mohon bantuan/pencerahan. Terima kasih Kucingku Duniaku.

    ReplyDelete
  10. Salam Shafiq, biasanya di belakang telinga tempat paling mudah terkena jangkitan flea, selain dari merawat luka dengan membersihkan dan letak minyak gamat, cuba belek di belakang telinga, bawah dagu atau bawah ketiak kucing tu ada bintik2 hitam atau tidak. Jika ada itu menunjukkan tanda2 jangkitan flea dan lebih baik jika dapat dimandikan kucing tersebut dengan shampoo anti flea yang ada dijual di klinik vet atau di kedai2 barangan untuk kucing. Bagi yang dibahagian dada, ada dua kemungkinan. Satu mungkin kucing u mengalami keadaan yg kita panggil compulsive grooming, bulu gugur tapi warna kulit normal, satu lagi mungkin dia mengalami masalah kegatalan di situ, jika kulitnya ketara merah berbanding kawasan lain, u boleh cuba letakkan cream seperti miconazole sebagai rawatan.

    ReplyDelete
  11. salam kucing sy mengalami keguguran bulu dan masalah kegatalan kulit apabila dia menggaru bulu semakin nipis dan terdapat bintik2..blh ke sy shave bulu kucing sy dan ape ubt yg perlu diberikan...

    ReplyDelete
  12. Salam, rasanya kucing u mengalami jangkitan kutu atau flea yang menyebabkan kegatalan serta keguguran bulu yang teruk. Saya tak nasihatkan u untuk shave bulu kucing tersebut kerana takut boleh menyebabkan jangkitan sekunder jika terluka kulitnya. Saya nasihatkan u dapatkan shampoo untuk flea dan kutu yang ada dijual di sesetengah petshop atau boleh dibeli di klinik vet. Untuk ruam boleh cuba sapukan antifungal cream.

    ReplyDelete
  13. Salam..kucing sy umur 1 bulan lebih dan saya tgk bulu dia berkerak..sy sapu minyak gamat dan bulu dia gugur dan ada bintik2 merah dekat kulit dia..skrg nie semakin byk satu bdn dia berkerak..apa patut sy buat? Ada ubat atau perlu ke vet?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, ada dua kemungkinan, paling kerap anak kucing u mungkin mengalami masalah jangkitan kutu yang teruk dan juga masalah fungus. Paling mudah u kena mandikan kucing tersebut menggunakan shampoo khas untuk flea dan kutu yang ada dijual di klinik vet dan u boleh beli sahaja tanpa membawa kucing tersebut. Dan untuk ruam yang kemerahan tu cuba sapukan miconazole antifungus cream yang u boleh beli di farmasi biasa. InsyaAllah boleh sembuh.

      Delete
  14. Aslm, dh 4 bln combi kucing jtn sy kena sporo ke klinik swasta dh klinik kerajaan dh tpi xbaik lps dpt info drp blok combi dh beransur pulih ubatnya sporanox(ubat utk manusia bgi ikut berat bdn blh dpt di farmasi)Hi-vit(kl kucing) allhamdulillah combi dh npk sihat luka2 semakin kering dh tumbuh bulu bila dh sihat betul sy akan kemili dia supaya dia xgi jauh lgipun dia dh puas kt luar sy cadngkn klu anda de kucing yg kena sporo guna ubat tersebut sb sy dh dpt hasilnya tpi perlu kesbran semasa menjaganya....wsalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, alhamdulillah kucing combi u puan siti bertambah baik, Betul seperti yang puan bagitau mengenai ubat sporo, ada saya buat satu topik mengenai sporotrichosis yang saya postkan.


      Delete
  15. salam...kucing sy menglami msalah kulit seperti kelemumur d ekor nye....badan tiada...hanye di bahagian ekor....kalau di kikis tidak melekat pada kulit ekor...tertanggal mcm kelemumur...tetapi di bahagian hidung nye terdapat kulit keras berwarna hitam.dan kini telah tanggal sedikit mungkin disebakn meow sy menggaru nye....sy kerap memndikn meow2 sy...boleh di katakan setiap mggu 2x...adakah gkin terjadi kerana tidak sesuai dgn meow sy atau terkene jangktan...seekor sahaja yg terkene...yg lain tidak....mohon penjelasan dgn segera...sy amat risau

    ReplyDelete
  16. Salam, biasanya kelemumur di bahagian ekor mungkin disebabkan keadaan yang kita panggil stud tail, ie kelenjar minyak yang aktif. Ianya tidak bahaya tapi perlu dibersihkan selalu dan digroom dengan kerap untuk mengelakkan jangkitan sekunder. Jalan paling selamat ialah dengan memandulkan kucing. Jika kelemumur banyak dikeseluruhan badan kucing ia selalunya disebabkan oleh kekurangan zat makanan. Boleh cuba untuk mencari makanan yang mengandungi omega 3. Kadang2 ianya boleh disebabkan oleh shampoo yang tidak sesuai untuk kucing juga, mungkin anda perlu menukar jenama shampoo tersebut.
    Bagi lesion dihidung, sekiranya ia kering dan tidak merebak ke bahagian lain atau tidak menjadi semakin teruk, ia mungkin local infection biasa atau acne yang u boleh rawat dengan menyapukan antibiotik cream. Tetapi jika terdapat lesion lain yang membengkak dan bernanah, kucing mungkin dijangkiti sporo dan rawatannya berbeza.
    Memandikan kucing dua kali seminggu tidak menjadi penyebab kecuali jika kucing allergy pada jenis shampoo tertentu.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, jika dilihat dari tanda2 gatal yang ada pada kucing u ada beberapa kemungkinan..mungkin kucing u menghidapi ringworm atau dermatophytosis, sejenis fungus..atau mungkin juga kucing u mengalami alahan makanan.
      Ringworm pada kucing mungkin akan menyebabkan gugur bulu, kemerahan pada kulit, pada paw kucing. Selain dari cuba applykan cream antifungus seperti miconazole cream, oral antifungal yang paling berkesan ialah sporanox atau itraconazole.
      Alahan pada makanan memang boleh berlaku pada kucing, kebiasaanya mereka akan develop allergy pada makanan yang dimakan bertahun2 lamanya. Dan sumber protin merupakan penyebab utama terutama yang dari ayam, daging, turkey, juga pewarna. Tidak mengira brand, jika kandungan protin didalam makanan kucing agak tinggi, simptoms alahan akan timbul terutamanya melibatkan gatal kulit yang teruk. Mungkin u boleh cuba untuk memberikan kucing u makanan dari ikan atau natural cat food yg high quality dan supplements yang mengandungi fatty acids. Jika terdapat ruam yang merah boleh cuba untuk menyapukan topical steroids seperti Bmycin cream.

      Delete
  18. salam..help me!! i've got 4 kitten from my cousin tanpa ibu..dri kecil sy bela skrg dh besar sikit tp masalhnya ialah, ada tompok hitam seolah2 tumbuhan dan ianya timbul,,jika di garu ia mengeluarkan air umpama kurap.. mula2 sekor je kena tp skrg 4 4 kena.. yg sekor tu kena kt bwh mata sblah kiri dan rupa dh mcm lanun dh mata kirinya tu hitam semacam dan tmpt yg terkena tu habis tiada bulu...penyakit jenis apa tu ye?? sy tgok senarai penyakit dan gmbr2 diatas tp xde 1 pun ciri2 penyakit kulit yg kittens sy kena tu...adkh ianya penyakit kulit yg serius??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, mungkin kucing2 u terkena sporotrichosis, sejenis fungus yang menyebabkan kudis dan bengkak2 pada kelenjar dibawah kulit. Mungkin u boleh cuba baca link saya dibawah tajuk sporotrichosis, harap dapat membantu.

      Delete
  19. salam..kucing saya berumur dalam 2 tahun 9 bulan..dia selalu gatal² then dia akan jilat bahagian gatal tu sampai merah² hampir nak berdarah..also his paws tu ada bintik² kecik bernanah & bengkak..saya dah refer pada banyak vet..lebih dari 3 sampai had to follow up each 2 weeks dengan Dr.Yap di klang but the result is still the same..doktor akan kata infection then bagi ubat sometimes injection anti fungal & shampoo pun anti fungal brand malaseb..tapi after treatment dia akan dalam 2 hari then jadi balik..dah habis ikhtiar dah? boleh jadi ke alahan pada makanan sebab nak kata tak vaccine dah vaccine also dewormed..cause baru² ni tukar makanan..before this dia makan whiskas brand biasa then mama tukar royal canin untuk hair & skin punya but terfikir tak kan makanan untuk hair & skin protection boleh buat dia gatal²..macam mana ya? boleh bagi reference?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah jawab pada komen u sebelum ni ye diatas..

      Delete
  20. ok..terima kasih ya..maaf terpost 2 kali pulak..😁

    ReplyDelete
  21. Kucing saya ada masalah dgn kurap dikepala dan telinga hingga ke muka. Mungkin sebab ia berjangkit dari kucing lain. Tapi boleh ke saya guna minyak goreng ikan utk mgatasinya? Kerana sebelum nih saya sapu myk gamat tapi ia semakin teruk. Kucing saya pulak dia jenis liar dan tapi manja. Jadi susah utk saya mngubatinya dan mengurungnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, biasanya kurap dikepala dan telinga disebabkan oleh fungus. Ramai yang menasihatkan untuk sapukan dengan minyak goreng ikan tetapi mungkin tak semua kucing sesuai dgn cara tersebut dan mungkin juga akan lebih teruk. Rawatan paling mudah jika dapat u mandikan kucing tersebut dengan shampoo yang khas untuk fungus dan flea, dan jika sukar cuba sapukan antifungus cream. Jika dapat dikurung sehingga sembuh lebih baik, tapi jika tak boleh make sure sentiasa cuba sapukan ubat.

      Delete
  22. salam kucing sy berumur dlm 5 bln skng ni kucing sy mengalami bulu trcabut di kawasan pehanya sehingga botak licin.. tapi tiada sebarang luka or merah2 pn just botak licin je.. ape masalah kucing sy ye? n ada harapan blik x bulu kucing sy tmbuh semula..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, ada kemungkinan kucing u mengalami compulsive grooming ie terlalu rajin membersihkan dirinya sendiri. Biasanya jika bulunya tertanggal tanpa ada tanda2 seperti bintik2 merah atau kulit berkeping, bulunya boleh tumbuh seperti biasa nanti. U boleh juga cuba sapukan cream antifungus just to be on the safe side sekiranya terdapat jangkitan fungus yang tidak kelihatan disitu.

      Delete
  23. Salam . Camne nak tau kucing tu kena jangkitan sporo bab kucing saya ade luka kat badan dia .

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://kucingkuduniaku.blogspot.com/2014/11/sporotrichosis-pada-kucing.html
      Salam, ciri2 sporo ada dalam link diatas dan mungkin dapat membantu u memahami sporo

      Delete
  24. salam. tumpang tanye. sy ade selamatkan kitten ni, x beribu. umur bwh sebulan, now dh dh dekat 2bulan.. masa saya jumpa dia, ada 1luka di pipi kanan seakan akan bisul pecah bernanah, sy cuci luka tu dh bwk ke vet. doctor bg ubat cacing oral,injek antibiotik, dan fucid cream 2% w/w. so,sy apply cream tu spt arahan doc. sehingga luka dia sembuh. sekarang luka dah tutup,tapi benjolan seperti bisul tu masih ada. ape yg boleh saya buat utk mencegah atau merawat benjolan itu? kitten ni sgt manja, male ada 3warna.. sgt jarang dijumpai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, jika dilihat dari umur kitten u mengalami abscess ie jangkitan kuman bawah kulit, dan alhamdulillah ia sudah kering. Bengkakan dibawah kulit terjadi sebagai parut dari jangkitan tersebut, kebiasaannya ia akan surut atau mengecil secara perlahan2 dan akan menjadi ketulan yang kecil sahaja. Perlu diingat jangkitan ulangan boleh berlaku ditempat yang sama atau dikawasan berhampiran dan jika ini berlaku u kena segera bawa kitten tersebut ke vet untuk incision n drainage abscess tersebut. Apa yang perlu u lakukan sekarang hanyalah mengawasi benjolan tersebut samada ianya semakin bertambah besar, sakit bila disentuh atau ianya hanya keras dan mengecil. Kebiasaanya parut abscess tersebut tidak akan mendatangkan masalah yang besar pada kucing u.

      Delete
  25. Salam.kitten sy mcm ad benjolan kt bhgian muke dye.smpai bgkak.mmg bisul asenye.sbb ase ad abscess kt benjolan tu.nk tny bpe anggaran kos klu bwak pg vet. N nk thu ubt2 ap dkter akn prescribed utk treatment bisul ni. Bisulnye blom pcah lg. Tp bgkak bsar muke dye. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, biasanya bergantung pada keadaan dan kedudukan abscess tersebut, samada deep (dalam) atau superficial (bawah kulit). Jika yang superficial biasanya abscess boleh pecah sendiri dan kita perlu cucikan luka nanah tersebut. Jika agak dalam berkemungkinan vet akan melakukan I&D ie incision untuk keluarkan nanah2 serta tisu mati dan biasanya dilakukan under sedation. Jika vet tidak melakukan I&D, kosnya akan lebih murah sebab vet akan memberikan antibiotik serta ubat untuk kurangkan bengkak. Tetapi jika perlu melakukan I&D, kitten mungkin kena stay sehari dua selepas itu untuk cuci luka dan antibiotik dan kos mungkin sekitar beberapa ratus ringgit.

      Delete
  26. Salam...nak tanya...bulu kucing saya tertanggal satu badan...bulu tue tertanggal bersama dengan kulit kering...penyakit apa tue ye? Saya risau, badan dia dah mula botak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, jika dilihat dari symptoms yg ditunjukkan ie bulu tertanggal dalam area yg agak besar begitu, ia menunjukkan masalah sistemik, bukan lagi masalah local seperti ringworm. Berkemungkinan terdapat jangkitan bakteria seperti folliculitis, atau ada masalah berkaitan sistem imun atau pertahanan badan kucing. Elakkan menggunakan sebarang krim terutamanya steroid, paling elok jika dapat bawa kucing tersebut utk diperiksa lebih lanjut oleh veterinar.

      Delete
  27. Salam ... Nak tnya .. Kucing sya umur dia bru 2 bulan .. First . berak dia berdarah cirit birit lepastu kulit dia mcm ada kelemumur .. Boleh tahan la byk .
    Sya bwk pegi vet . Vet cek berak dia ada bacteria ke tak dulu .. Then ,result dia negative .. Lega la .. Pstu vet bgi ubat cacing dan antibiotik . sya tnya yg kemumur ni apa .. Vet ckp kulat . sya nk mnta injec tpi vet kata not necessary . vet pun ckp tk berjangkit .. Tpi adik sya dh sah kena kurap .. Sya pun tgh risau ni .. Mcm mne ea ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, rasanya memang fungus infection berkemungkinan jenis ringworm yang boleh berjangkit pada manusia. Anak kucing u agak muda umurnya, injection untuk fungus ada tetapi mungkin tidak sesuai dengan berat kucing tersebut. Apa u boleh buat ialah dengan memandikan kucing u tu menggunakan shampoo anti fungus khas untuk kucing, boleh juga applykan antifungus cream jika ada ruam2 yang kelihatan seperti ketoconazole cream. Oral antifungus jika perlu, tetapi rasanya dengan memandikan sudah memadai.
      Untuk adik u tu, segera minta dia berjumpa dgn vet dan dapatkan antifungus cream atau antifungus tablet seperti ketoconazole 200mg atau itrazole 200 mg.

      Delete
  28. Salam. Sya ezzah nk brtanya soalan bkenaan anak2 kucing.
    Bru tdi sy belek2 3 ekor anak kucing yg brumur 1 1/2 bulan, sy dapati terdapat kesan kepingan putih berkerap seperti kurap di bahagian bawah perut mereka. Kepingan tu sebesar 1 inci. Ketiga2 ada bnda yg sama di bawah perut. Mereka masih menyusu. Ibu kucing xde apa2 pnyakit kulit kurap atau fungus. Cuma ada masalah kutu je. Sy ada trbaca post blogger lain yg mgatakan itu adalah kurap susu yg berlaku pada anak kucing yg menyusu. Buat masa skrg, sy hanya mngambil lgkah dengan menyembur frontline shj kerana dirumah xde krim atau apa2 ubatan unt rawat kurap. Ada blogger lain bgtau boleh sapu minyak goreng ikan pada kurap. Tapi sy xyakin takot masalah lain timbul. Sbelum sy bawa anak2 ke vet, boleh tuan beri sy sedikit pendapat tentang msalah yg dihadapi.
    Terima kasih

    ReplyDelete
  29. Salam. Sya ezzah nk brtanya soalan bkenaan anak2 kucing.
    Bru tdi sy belek2 3 ekor anak kucing yg brumur 1 1/2 bulan, sy dapati terdapat kesan kepingan putih berkerap seperti kurap di bahagian bawah perut mereka. Kepingan tu sebesar 1 inci. Ketiga2 ada bnda yg sama di bawah perut. Mereka masih menyusu. Ibu kucing xde apa2 pnyakit kulit kurap atau fungus. Cuma ada masalah kutu je. Sy ada trbaca post blogger lain yg mgatakan itu adalah kurap susu yg berlaku pada anak kucing yg menyusu. Buat masa skrg, sy hanya mngambil lgkah dengan menyembur frontline shj kerana dirumah xde krim atau apa2 ubatan unt rawat kurap. Ada blogger lain bgtau boleh sapu minyak goreng ikan pada kurap. Tapi sy xyakin takot masalah lain timbul. Sbelum sy bawa anak2 ke vet, boleh tuan beri sy sedikit pendapat tentang msalah yg dihadapi.
    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, rasanya masalah lesion yg berkeping bukan kurap susu tapi akibat dari kesan gigitan kutu kucing dari ibunya. Frontline untuk baby kucing tidak begitu sesuai, lebih selamat utk u sapukan cream antifungus jika ada, atau antara jln paling mudah dan selamat sementara dibawa ke vet ialah u spraykan apple cider yg dibancuh dgn air (1:1), dan ratakan ke seluruh bdn kucing termasuk pada ibunya, ini dapat menghilangkan kutu dan flea dari ibu dan anak.

      Delete
  30. salam, nak tanya... kucing saya berusia 8 bulan..ada kudis dekat bibir dia pastu tapak tangan dan kaki dia luka( macam melecur)..mula2 saya igt terpijak benda panas (puntung rokok), lepas tu esoknya saya tengok dah merebak dekat tapak kaki yang lain.Makan pun x berapa selera sebab bibir die tu macam luka..saya baca artikel pasal penyakit kuku dan mulut.. kucing saya tu terkena penyakit tu ke?
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, rasanya kucing u kena jangkitan sporotrichosis dan bukan kuku dan mulut. U cuba baca entri saya ttg sporotrichosis dan cuba rawat secepat mungkin ye http://kucingkuduniaku.blogspot.com/2014/11/sporotrichosis-pada-kucing.html

      Delete
  31. kucing saya baru lahir seminggu lepas..tapi saya ada 2 masalah,pertama ibu kucing...saya dah gunakan spray yg anti kutu...tapi masih banyak lagi yg ada...dn masalah kedua,kutu itu berpindah kepada anaknya..tidak bahaya ker??saya takut nk buang atau bersihkn kutu memandangkan anak kucing masih lagi kecil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lice atau kutu paa kucing jika terlalu banyak atau heavy infestation boleh menyebabkan masalah kegatalan dan juga anemia pada kucing kita. Terutama pada anak kucing ianya boleh menyebabkan kematian bila terlalu banyak kutu. Untuk ibu kucing u kena mandikan sekerap yg boleh untuk membunuh kutu dewasa dan memusnahkan telur kutu. Bagi anak kucing tu u memang kena besihkan manually kerana spray atau mandian tidak sesuai. Pada anak kucing jika kutunya terlalu banyak mmg merbahaya. Satu lagi kena kerap bersihkan tempat sarang kucing2 tersebut utk mengelakkan jangkitan berterusan.

      Delete
  32. Salam..sy berharap kucing sy 'kechik' msh ada harapan..dia disahkan terkena jangkitan sporo.bhgn telinga merebak byak.skrg ni tgk hidung kechik pon dh luka.nafas berat mcm tersumbat.sedih msa tgk dia cuba bernafas.sy ada bg kechik ubat spray pd lukanya.spray wrna biru tu.luka tmpat lain kering bila dispray.tapi bolehkah dispray direct pd hidung kucing.sbb slalu klu sy spray sy ttup matanya.adakah hidungnya bleh kembali normal spt smula.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zaza, dah dibawa ke vet ke? Utk sporo boleh dirawat dgn memberikan oral sporanox @ itrazole, ada saya tuliskan dlm entri saya mengenai sporotrichosis dlm blog ni. http://kucingkuduniaku.blogspot.com/2014/11/sporotrichosis-pada-kucing.html?m=1

      Delete
    2. Spray yg Zaza guna cuma mengeringkan luka tetapi tidak menyembuhkan lesi penyakit sporo ni, jika cepat dirawat dgn itrazole insyaAllah kechik boleh diselamatkan

      Delete
  33. salam, sy ada bg makan stray cats kt area kondo.sy detect ada 2 ekor kucing masing2 perut ada benjol n lpstu kuar darah n nanah. n sy da tlg picit keluar nanah tu. sy tgk dia mcm bisul besar ala2 pada manusia. agaknya simptom ni tanda penyakit apa ya?sbb dorg just ada bisul tu btl2 kat tepi perut tu je.mohon penerangan,terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, alhamdulillah u dapat picitkan keluar nanah dari kulit kucing tu. Jika hanya terdapat satu benjolan bernanah tu ia mungkin abscess atau bisul akibat jangkitan kuman pada luka dikulit kucing tersebut. Jika terdapat banyak benjolan lain di badan dan muka kucing ianya mungkin sporotrichosis dan ini lebih berbahaya. Untuk kucing yang u picitkan nanahnya tu, jika dapat dibersihkan setiap hari ianya lebih baik dan jika dapat diberikan antibiotik paling berkesan untuk cepat sembuh. Tapi jika tak dapat, cubalah untuk membersihkan sebanyak mungkin bisul tersebut.

      Delete
  34. kitten saya ada jakitan kulit sebelum ni dia elok je...selang berapa hari tiba2 ada funggus kat ekor dia ingat kan sebab dia tak ngam ngan makanan dia (blacwoods)then sy try tukar ke +royalchin skincare) hasil nya tambah teruk sekrang funggus dah merebak kat badan dia,minta penjelasan or pendapat please .thanks

    ReplyDelete
  35. kitten saya ada jakitan kulit sebelum ni dia elok je...selang berapa hari tiba2 ada funggus kat ekor dia ingat kan sebab dia tak ngam ngan makanan dia (blacwoods)then sy try tukar ke +royalchin skincare) hasil nya tambah teruk sekrang funggus dah merebak kat badan dia,minta penjelasan or pendapat please .thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya fungus tidak berkaitan dgn makanan tetapi akibat jangkitan dari luar. Jika ianya merebak dgn cepat saya nasihatkan dibawa ke vet utk suntikan, sementara tu boleh cuba sapukan miconazole cream pada kawasan yg dijangkiti

      Delete
  36. As salam..kucing sya ada jgkitan ear mites..dh letak ear drop n dah bersihkan...tapi stil x baik2 lagi..dan skrang c comel alws menggaru dkat telinga.. telinga n tepi telinga merah.bulu atas telinga n tepi telinga macam keruping n mudah je tanggal..tolong saya..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, ear mites boleh dirawat dengan menggunakan ubat titik telinga yang betul utk mites, dan dibersihkan selalu. Saya nasihatkan juga untuk membersihkan kucing dari jangkitan flea kerana ianya berkaitan. Kebanyakan ear drop untuk mites hanya membunuh mites yang dewasa tetapi tidak telur mites, jadi kena rancang untuk membersihkan telinga dengan ubat antimites setiap minggu untuk memastikan telur2 mites telah menetas, tetapi jangan tunggu terlalu lama kerana ianya akan menyebabkan kitaran hidup mites tidak putus.
      Kucing u menggaru cuping telinganya secara berlebihan kerana mites boleh menyebabkan kegatalan yang serius, dan untuk itu perlu juga disapukan antifungus cream di bahagian yang merah dan gatal.

      Delete
  37. As.salam..kucing sy umur 3 bulan luka sebesar coins 20cent cmtu dalam gak area atas kepala between telinga only there. My cat tak pernah keluar dr cage maybe kena besi2 dlm cage tu. Sy dh cuba ubat cair biru dgn krim sapu warna coklat beli dr vet..3 week still tak nmpk improvment. Hopefully boleh tlng cadang tak ubat yg baik utk naik balik isi n tumbuh bulu atas kepala tu..nk mcm tumor kulit num
    13 tu...kucing bulu nipis. Tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, ada dua kemungkinan..satu luka akibat terkena besi sangkar jika kucing u aktif sangat, luka sebegini perlu dicuci dan sapukan povidine atau flavine sehingga kering. Jika dah selalu dibersihkan tapi tiada perubahan mungkin dia perlu diberikan antibiotic.
      Jika lukanya disebabkan jangkitan lain seperti sporo ianya tak akan sembuh dgn langkah diatas, u boleh cuba berikan dia sporanox sebagai rawatan oral utk menyembuhkan jangkitan tersebut.

      Delete
  38. bolehkah kutu kucing menjangkit & hidop kat kepala manusia??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kutu kucing tak boleh hidup dikepala manusia

      Delete
  39. Assalamualaikum..baru2 nie kucing sy trpijak rumput yg tlah d bakar..kulit tapak kaki dy dh trbukak..n dy jln pon ringkat..sy ad cuba sapu mnyak gamat..ad cara x tuk selesai mslh sy nie?hopefully i got the answer..tq ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..jika dilihat dari lukanya kucing u mengalami 2nd degree burn. Yg paling penting adalah sentiasa mencuci luka tersebut dengan normal saline dan boleh sapukan antiibiotic cream seperti gentamicin pada luka. Sebaiknya jika dapat dibandage luka tersebut utk kurangkan risiko jangkitan. Jika luka semakin teruk atau bernanah u perlu bawa ke vet.

      Delete
  40. Salam.. sy de jmpe ank kucing (bell) umo 6-7bln.. bell de mslh xslre mkn, berak cair dn sllu tido.. apa y perlu sy lakukan?? Thanks (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, dari tanda2 mungkin kucing u mengalami infestasi cacing, seeloknya u belikan dia ubat cacing samada di vet atau di petshop

      Delete
  41. Salam, kucing saya ada alahan dgn makanan Dia, dia always scratching, sneezing, gigit ekor dia. Skrg Dia makan totw + Evo, Ada brand lainn yg tuann boleh syor kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, biasanya kucing boleh alahan pada makanan yang telah terlalu lama dimakan ie makanan yang sama, dan kebanyakkan kucing ada kemungkinan develop alahan kepada ayam dan daging yang terdapat dalam makanan. Jika campuran bahan dalam jenama tersebut mengandungi ayam dan daging, saya nasihatkan cuba tukar kepada makanan yang bahannya dari ikan sahaja. Antara jenama yang elok ialah science diet.

      Delete
  42. Assalam... kucing sy gatal yg sngt teruk dia sntiasa garu... di bhgian kaki, telinga dh botak... di cuping telinga keras seperti kurab & di atas kpala macam keruping n mudah je tanggal... dah terima rawatan & sdah kna cucik tp still x ok lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, rasanya kucing u mengalami jangkitan fungus yg sebabkan kegatalan teruk. Sepatutnya selepas injection utk fungus kuping akan kering dan jatuh. Jika tidak u boleh cuba dapatkan miconazole cream dari farmasi utk disapukan pada bhg tersebut, insyaAllah akan bertambah baik.

      Delete
    2. Boleh kna mulut kucing tak...

      Delete
    3. miconazole cream boleh kna mulu kucing ke?

      Delete
    4. Jika dibibir jgn sapu tebal sebab kucing akan jilat bibirnya kerap.

      Delete
  43. assalamualaikum.. kucng saya mungkin mengalami ringworm kalau berdasarkan simptom2 y ada.. kalau bawa ke vet.. selalunya apa vet akan buat ye?.. n kos utk ubat di klinik brapa ea.?. ringworm boleh berjangkit dengan manusia ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, ringworm pada kucing boleh berjangkit pada manusia, so berhati2 sewaktu bermain dgn kucing yg ada masalah ni ye. Biasanya vet akan memberikan miconazole cream utk disapukan dan shampoo utk u mandikan kucing. Kadangkala vet akan memberikan injection juga bergantung pada keadaan, tetapi biasanya shampoo dan cream sudah memadai. Cream ni boleh dibeli difarmasi atau klinik (utk manusia). Kos di vet bergantung pada vet yg memeriksa, boleh antara rm 70-150 biasanya

      Delete
  44. salam.. saya dah bawa kucing saya ke vet.. katanya masalah earmites..vet bg eardrop utk smggu..n katanya klo x hilang hitam kat dlm tlinga truskan tmbh smggu lg ltak eardrop..
    dah smggu letak ubat titik.. tp tompok2 berkuping putih dekat mata,, telinga dan bdn makin bnyk n besar.. adkh saya perlu bawa kucing ke vet skali lg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, rasanya masalah tompok2 putih tu bukan disebabkan ear mites, tapi jangkitan fungus atau kurap. Untuk itu cuba mandikan dengan syampu utk fungus dan sapukan cream miconazole. Cuba dahulu dan jika tak berkesan bawa semula ke vet utk injection.

      Delete
  45. Salam..saya ingin bertanya. Ubat cacing and cirit-birit ni sama ke? Ke ubat lain2... Kitten saya perut besar pelik jew. Jalan pon terkengkang jew...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ubat cacing dan cirit birit berbeza..biasanya kitten mmg perutnya besar sikit tapi jika dia boleh mkn dan minum tak pa..

      Delete
  46. salam, bulu kucing saya gugur bertompok sampai nmpak kulitnya kemerahan, sbb apa ye jd mcm tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, bila gugur bertompok begitu biasanya ada masalah jangkitan pada kulit, paling kerap ialah jangkitan fungus

      Delete
  47. salam ..sy ad seekor kucing berumur 3 mggu..sebelum ni dy kuat mnyusu..tbe2 bru2 ni dy xnk mnyusu..dy kerap geleng kepala kuad2 ..dy pun nmpk lemah je..untuk mkluman tuan puan juga..sy bela dy mmg tidak mmpunyai ibu dari awl

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, 3 minggu masih kecil dan masih perlukan susu. Yg paling mudah utk menyebabkan masalah seperti ini ialah jangkitan virus, kerana anak kucing tuan tak mendapat imuniti semulajadi dari ibu. Cuba sebanyak mungkin syringekan air bersih dan susu berselang seli sikit2 utk mengelakkan dehidrasi, dan letakkannya dikawssan yg besih dan panas sedikit. Anak kucing yg dehidrasi mungkin tak boleh bertahan lama

      Delete
  48. salam ..sy ad seekor kucing berumur 3 mggu..sebelum ni dy kuat mnyusu..tbe2 bru2 ni dy xnk mnyusu..dy kerap geleng kepala kuad2 ..dy pun nmpk lemah je..untuk mkluman tuan puan juga..sy bela dy mmg tidak mmpunyai ibu dari awl

    ReplyDelete
  49. Salam. Kucing sy tbe2 je tseliuh. Umurny 4 bln. Ada cra atau rwatan sgera yg boleh sy lakukan di rumah? Saya rse belom patah sebab dye msih guna kaki tu tp boleh npk dye kurgkn pgunaan kaki tu dan bjalan pn x tekan sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam rasanya mmg dia terseliuh atau mengalami kecederaan tisu lembut bukan tulang. Cara paling mudah ialah dgn merehatkannya seperti letakkan dia dlm sangkar bersama makanan dan minuman bersih, biasanya dlm dua tiga hari kecederaan itu akan pulih

      Delete
  50. Salam saya nak tanya suggestion or any solution. Kucing saya jantan, dan dia disahkan oleh doc vet yg dia terkena sporo. Something like jangkitan kuman. Saya dh cuba 2 3klinik haiwan tp masih sama. Doc pesan yg kucing saya kena kurung dan tak boleh bebas selagi tak sembuh. Saya dh cuba mcm mcm. Saya bg mnum air kelapa, saya bg makan tranfer factor, saya sapu mnyak gamat, saya bg makan ubat doktor dan mcm mcm lagi, saya jgk dinasihatkam supaya memakai glove utk mgelakkan dari berjangkit. Lg satu, saya tak galakkan utk cuci dan bersihkan kucing saya ketika mgalami sakit ni, sbb lagi kita cuci, lagi virus tu merebak. Saya buntu. Dh taktau mcmana cara. Bantu lah saya. Saya hargai sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, ada saya tuliskan berkaitan sporotrichosis dlm entri saya tahun 2014, november.
      Sporotrichosis tu sejenis fungus, rawatannya melibatkan ubat yg dipanggil sporanox atau itrazole. Jika ubat yg sama diberikan oleh vet insyaAllah boleh sembuh. Mmg tak digalakkan u menyentuh kucing tersebut bare handed, seeloknya gunakan glove kerana sporo boleh merebak pada manusia juga. Rawatan untuk sporo agak lama, selama 3-4 minggu dgn menggunakan sporanox 10mg/kg/day. Maknanya jika kucing u beratnya 1kg, dia perlu mengambil 10mg sporanox sehari.
      http://kucingkuduniaku.blogspot.my/2014/11/sporotrichosis-pada-kucing.html?m=1

      Delete
  51. salam, saya nk tanye sebb sy baru perasan dkt bahagian perut kucing saya ad mcm ruam merah2.. perlu ke saya bawa jmpe vet atau ad ubat y boleh u suggest kan ?
    risau pula sy sbb sebelum ni takde pon. tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, biasanya yg paling kerap menjadi punca ruam is ringworm atau fungus. U boleh cuba sapukan miconazole cream dulu ye.

      Delete
  52. Salam kucing sy mengalami luke di kawasan telinga dan membawa ke tepi mata ..mulanya berpunca dari sy silap mngorek telinga dan menyebab kan di jangkiti bakteria .sy sudah rawat dan sebelah telinga dah baik . Tp seperi telinga sebelah kiri masih tidak elok dan merebak ke arah tepi mata kucing sy .. Luke akibat dari garu seakan kurap .. Huhuh . Sy buntu . Tidak tahu apa sebenarnye penyakit kucg sy . Sy ada gmbar rupa luke kucing sy tu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, saya rasa luka tu merupakan jangkitan bakteria. Cuba cucikan luka tersebut dan sapukan antibiotic cream atau ointment di bhgn yg luka tersebut. Jgn gunakan iodine kerana ia berhampiran mata. Kalau dapat disertakan gambar mungkin lebih baik utk kita sama2 bincang masalahnya

      Delete
  53. Assalammualaikum. Saya nak tanya sedikit . Kucing saya 6bln dan baru sahaja last tuesday dia buat spay. Balik dari klinik, saya perasan bawah dagu dia mom ada feline acne. Memandangkan kucing saya ni x blh mandi utk 2 minggu lagi, apa ya buat yg sesuai utk kucing saya ni? Apakah penyebab2 yg terjadinya feline acne ? Mohon pencerahan. Tq

    ReplyDelete
  54. Assalammualaikum. Saya nak tanya sedikit . Kucing saya 6bln dan baru sahaja last tuesday dia buat spay. Balik dari klinik, saya perasan bawah dagu dia mom ada feline acne. Memandangkan kucing saya ni x blh mandi utk 2 minggu lagi, apa ya buat yg sesuai utk kucing saya ni? Apakah penyebab2 yg terjadinya feline acne ? Mohon pencerahan. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, feline acne biasanya terjadi sebab mungkin poor grooming atau juga stress. Buat sementara waktu puan cuba bersihkan dagunya menggunakan towel bersih dan lembap dan sapukan antibiotic cream seperti fusicort cream jika terdapat lesion yg infected atau berair atau bernanah.

      Delete
  55. Salam..kucing saya selalu garu dekat telinga sampai merah dan mengeluarkan darah. Sama jgk di kaki. Di tepi telinga juga jadi macam hitam2 dan berkerak. Saya ada apply krim gatal yg dibeli dekat vet (tak tau nama ubat), tapi xda kesan. Disebabkan kucing saya selalu garu2, family saya juga turut terkena jangkitan gatal d badan. Apakah penyebab kegatalan pd kucing sy? bagaimana saya boleh bezakan antara gatal disebabkan oleh kurap/kutu/fungal.? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry saya jawab dalam komen dibawah ye.

      Delete
  56. Salam, ada dua kemungkinan penyebab kegatalan pada kucing u, dari simptoms yang dinyatakan saya berpendapat kucing u mengalami jangkitan mange atau mites, bukan fungus. Saya rasa ubat yang diberikan oleh vet tersebut ialah ubat untuk fungus, sebab itu ianya kurang berkesan. Untuk mengenalpasti ianya mange, seeloknya u bawa kucing tersebut bertemu vet semula, dan vet sepatutnya melakukan skin scraping bagi melihat penyebab ruam tersebut. Kebiasaannya vet perlu memberikan injection anti mites sebanyak dua kali, dan kuping2 hitam ditelinganya akan tanggal sendiri.
    Saya ada menulis tentang mange ini dalam entri terbaru saya http://kucingkuduniaku.blogspot.my/2015/09/mange-jangkitan-mites-pada-kucing.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sy tau harga per injection? selain dr injection, ada tak ubat lain yang boleh diguna merawat seperti krim etc.

      Delete
    2. Kebiasaanya harga injection utk mange ni cuma rm 30. Jika ianya mmg mange selain dari injection ada ubat anti mites jenama advocate utk diletakkan dibelakang leher supaya tak dijilat oleh kucing. Krim tak ada yg perlu disapu

      Delete
  57. Salam..kucing saya trkena langgar dgn keta semasa dya mmbersihkan bdn..alhmdulillah dya slmat tp mulut dya ternganga,lidah terjelir dan brdrh sdikit..sy bg mkn xnk...dya nk minum tp xblh mnum sbb xlrh telan..nk bw vet sy xmmpu..mslh kwgn..takut dya kna tahan...apa yg blh sy buat.Dr? Sy kesian tgk dya...blh x.sy ttp mulut dya? Tkt je kalo patah...:'((

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, kucing u tu boleh bangun atau terbaring sahaja? Berkemungkinan dia mengalami kecederaan dalaman danseeloknya mmg perlu dibawa ke vet. Buat sementara ni jika dia boleh minum, cuba syringekan sedikit2 air bersih, cuba utk tidak menggerakkan kucing tu ye. Jgn ditutup mulutnya ye..cuma selalu berikan dia air sedikit2..jika dia dah boleh mula makan baru berikan mknan yg lembut dahulu

      Delete
    2. dya boleh bangun, brjalan..cuma trhuyung hayang sdikit..mulut dya tak kan trtutup ke mcm mne? sy tgk keadaan dya mulut masih trbuka..sy ad syringekan air bersih dlm mulut dya..sy rs tak ada pilihan utk selain ke vet...kesian..anyway..terima kasih dr..

      Delete
  58. Sy ad kittens yg berkacukan parsi. usianya 4 bln 2 minggu... sy bru shj curi dri mk dia 2,3 hri lps.. sy beri susu kambing alhmdulillah dia boleh trime. mslh sy ialah... mse sy selak2 buluk kucing.. sy dapati bnyak gilo habuk bwarna putih halus2.. tp apabila saya zoom mata sy sampai naik juling dan perhati dgn penuh teliti dgn jarak hampir 3cm.. sy lihat habuk putih tu bergerak2.... yg sy thu kutu kucing wrne hitam and mesti boleh nampak. boleh sy thu adakah tu serangga sejenis kutu atau hama atau parasit lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syahira, pada usia 4 bulan tak perlu diberikan susu kambing pada anak kucing u tu ye, takut dia akan mengalami cirit birit nanti. Pada umur 4 bulan dia sepatutnya dah mula pandai makan.
      Yang berwarna putih seperti berhabuk tu adalah kutu kucing, u perlu bersihkan dengan memandikan kucing tersebut menggunakan shampoo untuk kutu dan flea yang boleh dibeli di pet shop. Minta yang memang untuk kutu dan flea ye. Yang hitam itu flea, satu lagi jenis parasit yang tidak boleh dibiarkan pada kucing.

      Delete
    2. Hi Dr,kucing sy baru je vaksin 2 hari lepas and vet saran amek pil prancang sbb skg meow tgh on heat,umur dlm 6 7 bln.. masalahnya lepas je vaksin tu sy perasan,kat tepi mulut meow sy mcm ada luka sikit n feline acne,bila belek2 badan dia,ada few tmpt yg xde bulu n bwarna merah2 mcm tu.. sy blur tu kurap ke bukan dlm sehari 2 je,blh kena byk mcm tu ke? kucing sy duk umah je n mmg xprnh kluar,so sy x tau dia jangkit dr sape.. huhu

      Delete
    3. Hi, saya rasa masalah kulit yg kucing u hadapi ialah jangkitan fungus, dan ia mungkin sudah ada dibadan kucing u sebelum divaksinasi. Jangkitan kulit pada kucing agak kerap walaupun dia tak keluar rumah ye.. Cuba sapukan antifungus cream seperti miconazole di lesion yg ada.

      Delete
    4. Tq dr for ur respond.. tp meow sy tu mcm luka,wrna kmerah2an,ada yg dh kering.. tp this few days mjangkit tmpt lain,area bdn kaki dan tangan.. cadang nak bawak g vet tp kekangan masa.. sedih sgt tgok dia,skg meow kena kurung..

      Delete
    5. Tq dr for ur respond.. tp meow sy tu mcm luka,wrna kmerah2an,ada yg dh kering.. tp this few days mjangkit tmpt lain,area bdn kaki dan tangan.. cadang nak bawak g vet tp kekangan masa.. sedih sgt tgok dia,skg meow kena kurung..

      Delete
  59. Salam...saya cuma nak tahu kotoran hitam di sekitar tepi mulut kucing saya tu sisa makanan yg telah kering atau jangkitan kuman?utk makluman dr,kucing saya berumur 11 bln dan saya beri dia makanan "britt".bagaimana saya nak mencuci kotoran itu?saya dah menggunakan tuala basah tapi tidak berhasil...t/kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, biasanya bintik2 hitam disekitar mulut, dagu dan leher kucing adalah tanda2 kucing tersebut mengalami jangkitan flea. Yang bintik2 hitam tu adalah kesan darah akibat infestasi flea yang sudah kering, dan boleh dibersihkan sewaktu memandikannya menggunakan shampoo anti flea. Makanan yang u berikan adalah dari jenama yang elok untuk kucing dan ia bukan penyebab kepada bintik2 hitam tersebut.

      Delete
  60. Salam...saya ada kucing baka meancoon...jantan...umur sekitar 1 tahun 6 bulan..saya dapati di bahagian ekornya ada mengeluarkan sejenis cecair...bulu d ekornya macam kener minyak....dan berbau...saya selalu bersihkannya...tetapi ia tetap ada jugak...kenapa boleh jadi begitu..dan apakah rawatan yg perlu saya beri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, keadaan itu kita panggil stud tail, dimana kelenjar minyak dibhgn ekor mengeluarkan minyak berlebihan, kebiasaannya pada kucing jantan sebagai salah satu alat menanda kawasan. Ia bukan satu penyakit cuma jika dibiarkan ianya boleh menjadi infected atau mendapat jangkitan kuman sekunder dan bernanah.
      Untuk merawat, perlu dicuci bahagian ekornya dengan menggunakan shampoo anti kelemumur atau anti seborrhaeic dua kali sehari, kadangkala perlu juga ditrim bulu dikawasan ekor tersebut sehingga pulih. Jika terdapat jangkitan sekunder, perlu diberikan antibiotik yang boleh ddapati selepas pemeriksaan dengan vet.

      Delete
  61. Salam, saya ada dua soalan
    1) Bulu kucing saya iaitu antara mata dan telinganya menjadi tipis, apakah puncanya?
    2) Selepas bersalin dua bulan lepas berat badan kucing saya semakin susut walupun dia makan seperti biasa. Apakah sebab dan bagaimana saya menaikkan berat badannya. Terima kasih

    ReplyDelete
  62. Salam..
    1) Biasanya bahagian bulu dimuka akan senang menjadi nipis apabila kucing kita tidak berapa sihat ie seperti baru lepas bersalin, demam dan sebagainya. Jika tak ada ruam yang ketara pada bahagian yang menipis ianya mungkin disebabkan kurang zat tertentu dari hidangan makanan kucing. Puan mungkin boleh tukar jenis makanan yang diberikan dan cari yang tinggi supplement atau khas untuk hair control.

    2) Kebiasaannya berat badan kucing selepas melahirkan memang akan susut terutamanya jika anak kucing agak banyak pada satu waktu kelahiran, kerana kucing perlu menyusukan anak2nya. Puan boleh cuba memberikan makanan sekerap mungkin lebih dari biasa, atau jika lebih mudah pastikan bekas makanan untuk ibu kucing tersebut sentiasa penuh dan berhampiran dengannya. Puan boleh juga cuba berikan dia makanan yang khas untuk ibu2 yang menyusukan.

    ReplyDelete
  63. Salam..kucing nk masuk 3bulan ,skrg ni dye muntah keluar buih putih dan popo dye cair..knp ye? Baru je jd cmni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, mungkin kucing u keracunan makanan yg menyebabkan dia cirit dan muntah..buat sementara waktu puasakan kucing u dari sebarang mknan selama 12 jam hingga 24 jam..selain air kosong yg bersih. Selepas itu mula berikan makanan yg lembut dulu ye..

      Delete
  64. salam. kucing sy bru2 kena operate pasal rahang dia trblah 2. kulit dagu tu kena buang kos kulit mati, so skang ne mulut dia xda lapisan kat bawah, so nmpj jlas rahang dia tu kos ada lubang diantra rahang. kalau makan ,kekadang mkanan tu jtuh dri lbang tu n lidah dia kadang2 trmasuk di lubang tu, so nk tya kulit tu boleh tumbuh balik ke,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, terdapat total skin loss dikawasan rahang kucing u, saya harap u akan sentiasa membersihkan kawasan tersebut. Biasanya kulit sekeliling akan tumbuh meliputi kawasan yg berlubang, cuma kena pastikan tiada jangkitan kuman..

      Delete
  65. Salam..sy nak tanya,kucing sy ne jarang kluar ruma,tpi d bwa telinga dia ada luka,dan bdan dia ada ketulan keras,kalau dia garu jdi luka,,apaka yg dialami kucing sy ne..risau jga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, jika terdapat byk benjolan keras dan luka besar kemungkinan kucing u mendapat jangkitan sporo, seeloknya bawa ke vet utk dptkan ubat yg sesuai sebelum ianya merebak.

      Delete
  66. Salam.kucing saya sudah dapat injection kurap untuk dos pertama. Dan nanti akan ada dos ke dua. Perlu ke untuk pergi injection kedua tu? Dan lagi satu saya pelik kucing saya selalu garu di belakang telinga dia lagi. Bila saya check ada kesan macam kulit kering (saya tak pasti sama ada kelemumur atau parut kurap yg dulu). Tapi bila dia garu dan saya cuba untuk cuci telinganya, bulu di belakang telinga tercabut sekali dengan kulit kering tu. Apa ya sebenarnya masalah dia and bagaimana nak rawat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya utk lengkapkan rawatan elok diambil kedua2 injection supaya kucing dapat full recovery tetapi u boleh lihat keadaan klinikal kucing samada telah pulih sepenuhnya. Dibelakang telinga mungkin ada fungus yg menyebabkan gatal dan kulit kering tanggal bila digaru, elok jika dapat disapukan miconazole cream.

      Delete
  67. salam..saya nak tanya..kenapa kucing saya selalu garu2 bahagian bawah dagu leher n kepala..bila check bahagian situ,luka dan kering..or sbb kuku kena potong? .kena jangkitan kutu ke ? sbb bila check xde pula kutu..mmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, gatal dibhgn dagu n kepala mungkin menunjukkan ada tanda2 jangkitan flea..antara tanda yg senang dilihat ialah bintik2 hitam yg lekat dikulit. Kuku yg dipotong dgn betul biasanya tak mencederakan kucing. Saya sarankan cuba mandikan kucing dgn shampoo anti flea setiap 2 minggu

      Delete
  68. Saya perlukan nasihat.. Tookoo Berumur 18 tahun dan ada ketumbuhan di dalam telinganya. Pada mulanya ia berdarah dan meleleh,setelah dibawa ke vet, hanya diberi ubat utk cuci telinga dan ubat telinga. Ia mula membengkak di bawah telinga dan bernanah dan meleleh darah setiap hari kerana digaru. Skrg dia sudah tiada selera mkn. Sy beri antibiotic dan suapkan syrup vitamin utk memberi tenaga. Mohon nasihat dan panduan. 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari keadaan yg ditunjukkan saya rasa kucing u mengalami jangkitan kuman dikelenjar atau dibawah kulit pada pangkal telinga. Dengan jangkitan tersebut biasanya dia akan mengalami demam panas, letih dan kurang selera makan. Antibiotic sepatutnya akan menyebabkan bengkak dan nanah itu susut atau berkurang. Jika kucing sentiasa menggaru lukanya akan lambat sembuh, dan satu lagi kemungkinan yg perlu diambilkira ialah jangkitan sporotrichosis. Sementara berikan antibiotik mengikut dos yg ditetapkan, seeloknya gunakan collar utk halang kucing terus menggaru. Jika tiada perubahan segera dapatkan rawatan lanjut dari vet ye

      Delete
  69. Terima kasih atas nasihat u.. I rasa faktor umur cat I pun main peranan.. She was born in 1997 and I pray she's keep strong to fight this.. InsyaAllah i'll go to vet for further check up.. Thanks a lot ya..

    ReplyDelete
  70. Terima kasih atas nasihat u.. I rasa faktor umur cat I pun main peranan.. She was born in 1997 and I pray she's keep strong to fight this.. InsyaAllah i'll go to vet for further check up.. Thanks a lot ya..

    ReplyDelete
  71. Salam, boleh saya nak tanya pandangan, semalam saya pegang kepala kucing saya dan rasa keras macam ada benda berketul, then i tgk ada macam kerak kelemumur yang berketul, then i kutis2.. bahaya ke? i nk refer vet belum berkesempatan kekangan kerja..

    ReplyDelete
  72. lupa ada tambahan, saya syak sebb kucing jantan masa mengawan dengan kucing betina saya dia gigit kepala so sebb tu ade kesan luka tu kot kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..kerak diatas kepala biasanya ada jangkitan fungus, tapi kita tak digalakkan utk kutis ye, takut terluka dan lebih mudarat. Lebih selamat utk u cuba mandian dia dgn shampoo antifungus yg ada di kedai kucing, dan sapukan cream antifungus seperti miconazole.
      Sewaktu kucing mengawan gigitannya tidak kuat dan jarang mencederakan pasangan yg digigit, saya tak rasa itu sebabnya. Tapi luka dari sebab bergaduh mungkin.

      Delete
    2. OO macam tu ye.. okay balik nanti saya mandi kan dia.. kebetulan memg ada shampoo tu.. cuma jrg dimandikan sebb guna kaedah spray je.. terima kasih ye..

      Delete
  73. SALAM, NAK TANYA, KUCING SAYA TERKENA JANGKITAN MAGGOTS DAN DALAM PROSES PENYEMBUHAN. KEBETULAN DIRUMAH SAYA ADA ANAK KECIL. ADAKAH IA MEMBAHAYAKAN BAYI SAYA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, maggot ni is parasitic in nature. Ianya boleh menjangkiti manusia, jadi seeloknya asingkan kucing tersebut sehingga benar2 pulih.

      Delete
  74. Salam, saya memiliki seekor kitten berumur 3-4 bulan, die telah dirawat di klinik kerana kaki terseliuh salah lompat, die di suntik dan di beri ubat untuk dimakan selama 5 hari, setelah ubat habis dan dia pulih, timbul ketulan kecil di hidung seperti mahu mnjadi kudis, kucing ni tak pernah keluar rumah dan ada seekor lagi kucing yg lebih besar juga tak pernah keluar rumah. Adakah itu tanda2 sporo. Adakah sporo ini begitu common untuk dijangkiti ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, kebiasaannya sporo akan mudah menjangkiti kucing outdoor, yang tercedera dan in contact dgn kucing yang dijangkiti sporo. Mungkin ketulan kecil itu bukan sporo, cuba juga rasa diseluruh badan kucing u samada ada ketulan2 lain dikulit ie kelenjar limfa yang bengkak. Cuba berikan kucing u antibiotik utk kudis tersebut, cuci dan sapukan cream antibiotik, tetapi jika melarat dan tidak sembuh, berkemungkinan ianya sporo dan saya nasihatkan bawa semula ke vet ye.

      Delete
  75. salam,nak tanya,didalam mulut kucing saya terdapat darah,dan apabila dia mejilat bulunya,darah itu melekat pada bulunya.kenapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, macamana keadaan kucing u secara keseluruhannya? Adakah dia aktif, boleh makan dan minum seperti biasa, atau tidak aktif dan tidak mau makan serta minum? Jika kucing kelihatan normal tetapi ada darah dari mulutnya mungkin dia terluka akibat bergaduh dan sebagainya. Tapi jika kucing u kelihatan lemah, kurang aktif dan sebagainya, perlu dibawa ke vet untuk diperiksa sepenuhnya ye..

      Delete
  76. Salam nak tanya, saya baru adopt anak kucing umur 1 bulan lebih, dia terjangkit fungus dkt perut, kepala, dan tangan.. Saya dah bawa pegi vet dan mereka bagi dermasol untuk sapukan ke area fungus tu.. Apakah tanda2 fungus ni berangsur sembuh? Masa saya sapukan tu ada ketulan halus2 dr kulit dia.. Trims

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, anak kucing tu mungkin dapat dari ibunya, Jika ianya beransur pulih, ruam fungus tersebut akan kurang merah, kurang berkuping seperti kulit kering yang putih2 tu serta kucing kurang gatal ye. Satu lagi krim yang lebih berkesan untuk fungus ialah Miconazole cream, jika dermasol tidak menunjukkan banyak perubahan saya cadangkan cuba dapatkan krim yang saya sebutkan tadi. Satu lagi cara ialah memandikan kucing u dengan menggunakan shampoo anti fungus,

      Delete
  77. Salam, anak kucing saya kena jangkitan kutu..ada jugak saya mandikan dengan ubat kutu tapi doc pesan tak boleh selalu.. sebelum ni dah bwk pegi vet. vet bagi injection utk kutu2x tu mati..tapi kutu tu sampai sekarang masih ada lagi.. sampai luka besar dekat bawah leher.. boleh suggest kan tak, ubat kutu ape yang sya kena gunakan utk kucing saya ? sedih tengok dia sampai berdarah teruk sebabkan gatal kutu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, bagi anak kucing jangkitan kutu yg teruk mmg boleh mendatangkan bahaya pada kucing. Jika menggunakan shampoo kutu dan flea, ianya tidak boleh terlalu kerap digunakan, seminggu atau dua minggu sekali. Anda boleh cuba mandikan dgn apple cider vinegar yg dicairkan dan ianya berkesan mengurangkan jangkitan kutu. Selain dari shampoo ada ubat yg boleh diletakkan dibelakang tengkuk kucing dan boleh mengurangkan kutu, cuma perlu diulang2 dalam sebulan sekali. Harap ianya membantu

      Delete
    2. kalau luka dia masih berdarah, boleh ke nak letak ubat kutu dibelakang tengkuk dia ?? boleh tahu, nama ubat tu ??

      Delete
    3. Keringkan luka tu terlebih dahulu tapi jika boleh diletakkan di kawasan yg tak boleh dijilat oleh kucing berhampiran tengkuknya pun tak pa, ubat kutu jenama bayers yg elok

      Delete
  78. Salam nk tnye..sye bru adopt kucing..kucing tu ade jangkitan kurap..kesian plak sye ngok dok trgaru2..klau hntar vet smggu skali rawatan kurap tu selalunye brape ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, untuk rawatan kurap di vet biasanya tidak mahal, injection untuk kurap mungkin dalam rm 35-40, biasanya akan ada cream yang boleh disapukan pada kurap tersebut seperti miconazole cream. Untuk lawatan pertama ke vet, biasanya vet juga akan memberikan ubat cacing serta vaksinasi untuk virus, jadi kos rawatan akan bertambah sedikit ye.

      Delete
  79. As Salam.nak tanya,kucing saya berumur 5 tahun.sebelum ni dia kena earmites,dah rawat.skrg ni telinga kanan dia gatal,ada gelembung.knp yer?rawatan apa yang sesuai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, jika earmites telah dirawat sepenuhnya, gelembung yang terjadi mungkin kerana kucing u masih menggaru ditempat yang sama berulangkali. Bersihkan dan cuba sapu antibiotik cream seperti CMC supaya gelembung tu kering ye

      Delete
  80. salam..kenapa badan kucing saya ada luka2 kering..serata badan..luka tu x besar.kecik2 je ..tu penyakit apa? lagi 1 ada benjolan di tulang belakang badan..sebesar duit 20sen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, jika banyak kesan2 luka diserata badan kucing serta terdapat benjolan dibawah kulit, dan terutamanya jika luka itu lambat sembuh serta merebak, berkemungkinan dia dijangkiti oleh sporotrichosis. Ianya boleh disahkan oleh vet dan perlu dirawat segera.

      Delete
  81. Salam. Alhamdulillah jumpa blog ni. Saya ada sedikit pertanyaan.

    Kucing sy indoor. Sebelum sy pindah rumah dia xde masalah. Duduk dlm bilik shj sbb dulu duduk rumah mak mertua. Bila da pindah rumah, sy tgk dia mcm nak main di kawasan luar rumah. Sy xpernah vaccine kucing sy. Mungkin ini silap sy. Kemudian kucing sy dah dimandulkan dan buat lion cut sebab ade masalah fungus yg teruk.

    Apa yg sy musykil ialah... adekah kucing sy ni allergic dgn makanan dia atau dia tidak boleb bermain di kawasan luar rumah sy?

    Sbb sebelum dia kena fungus sebelum ni, sy biarkan dia main di luar dgn kucing2 dari kawasan jiran2. Sehari lepas tu dia jadi teruk gatal2 dan akhirnya dipotong bulu dia.

    Bila sudah elok, saya kesian dia tiada kawan. Dan menurut kwn sy, kena bg dia berkawan. Jd sy telah bebas kan lg dia main keluar. Namun masuk hari ke 2 ini, kulit2 dia naik gatal2. Kwn sy ckp mungkin allergic makanan. Dia makan royale wetfood dan royal canin.

    Jd sy xpasti dia allergic makanan atau dia tidak boleh bermain di luar.

    Sy agak buntu sbb bila bdn dia naik gatal mcm tu, sy juga akn gatal sbb sy kulit sensitif : ( harap2 encik dpt membalas tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, harap blog ni dapat membantu dengan sedikit ilmu yang dikongsikan..

      Jika dilihat dari jenama makanan yang u gunakan untuk kucing, saya tidak menjangkakan yang kucing u akan allergik pada makanan. Dari kisah yang diceritakan saya rasa kucing u mengalami masalah jangkitan fungus yang agak teruk, yang sangat mudah menjangkiti kucing2 yang kita biarkan outdoor.
      Saya nasihatkan, selain dari kerap memandikan kucing u dengan menggunakan shampoo khas untuk antifungus dan cuba kurangkan aktiviti luarnya yang berlebihan ie cukup sekadar bebas didalam rumah atau di halaman rumah u sendiri, u boleh cuba bawa kucing u ke vet untuk diberikan suntikan anti fungus. Satu lagi perkara yang perlu diperhatikan ialah kucing u juga mungkin mengalami jangkitan minges ie mites yang teruk, yang menyebabkan kegatalan melampau. Kedua2 jangkitan ini boleh dirawat jika dibawa ke vet ye

      Delete
  82. Assalamualaikum... Mcm mna nk mula yerr? Puas sy cri punca kucing sy jtuh sakit.. Rudy ank kucing yg sy jumpa tanpa ibu. Buat blik rumah dia oke , tp perut dia mcm kembung sgt.. Bila sentuh dia mcm skit, marah pun ada.. Dia kucing aktif, dkt 2mnggu dgn sy tiba2 hari ni jatuh skit, berak berbau busuk sgt dan dia tak boleh bgun.. Lsung xboleh berdiri dgn kaki dan tangan.. Mkn pun tak nak sdgkan smlm dia masih dlm keadaan sihat dan boleh berjlan.. Kutus sgt.. Kesian tgok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..pertamanya adakah kucing u Rudy jenis kucing berbulu tebal, atau adakah dia pernah mengalami kesukaran untuk buang air besar? Berkemungkinan keadaan yang kita panggil acute abdomen tu adalah akibat impacted faeces atau najis yang tersumbat, atau juga boleh diakibatkan oleh jangkitan kuman di saluran kencing atau urinary tract infection. Ini boleh diakibatkan oleh batu karang atau kuman dalam kencing. Jika dilihat dari tanda2 yang ditunjukkan kucing u berada dalam keadaan yang agak kritikal, dan saya nasihatkan u bawa dia ke vet segera.

      Delete
  83. Assalamualaikum..sy nk tnye..sy bru sbln lebih buat lion cut utk kucing sy..nape sekarang setiap Kali sikat bulu die..jatuh habuk2 mcm kelemumur tu ye?..sblm ni mase bulu die pnjg..xpnh ade pon mslh ni..bkn telur kutu kan? Sbb xpnh pon jumpe kutu lgpon die indoor.. Ubat kutu pon bubuh je 3-4 bln sekali..sy bg die mkn evo..mndi pon smggu sekali..pelik sbb sblm ni xpnh ade..ape mslh die ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, masalah yang kucing u hadapi ialah dandruff atau seborrhoeic dermatitis, iaitu inflamasi pada kulit yang menyebabkan kulit flaky dan kegatalan melampau. Itu bukan kutu kucing ye. Sewaktu bulunya panjang mungkin u tidak perasan kerana sewaktu grooming mungkin kita cuma menyikat yang dibahagian luar sahaja. Jika dimandikan perlu menggunakan syampoo berubat untuk dandruff dan fungus khas untuk kucing, tapi tidak digalakan terlalu kerap memandikan kucing ye.
      Ada beberapa penyebab sistemik seperti diabetes pada kucing atau jangkitan parasit yang teruk, malnutrisi, atau jangkitan bakteria. Jika kesemuanya bukan penyebab kepada masalah dandruf pada kucing kita, kita perlu kerap melakukan grooming, menukar mandiannya serta cuba berikan supplement yang mengandungi omega fatty acid, yang membantu menghalang pembentukan dandruf pada kucing.

      Delete
  84. Salam, saya ada 2 kucing, 1 jantan (4 tahun & neuter) & 1 betina (3 bulan), masalah yang saya hadapi adalah si jantan overgrooming pada si betina..adakah menjadi masalah? bagaimana ingin mengatasinya jika bermasalah..mohon bantuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, masalah utama jika berkaitan dgn overgrooming ialah hairball pada kucing jantan. Jika kucing jantan mengalami masalah sembelit u perlu berikan laxative. Untuk mengatasinya paling mudah ialah mengasingkan kucing2 tersebut

      Delete
    2. terima kasih atas kesudian membantu :)

      Delete
  85. Hi, kucing saya ada kemerah merahan pada kulit hampir dgn bahagian sulit, di kaki tpt seperti L tu, dan ekor ada kawasan tiada bulu dan ada kerak2, di bahagian tepi mulut tiada bulu juga. Seminggu rawat guna antibacteria, sabun ubat...ada cari lain?sakit apa itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, mungkin kucing u mendapat jangkitan fungus dan bukan bakteria, cuba mandikan dengan shampoo utk fungus dari petshop dan sapukan miconazole cream.

      Delete
  86. Salam, saya ada sedikit soalan, pertama kalinya terima kasih atas kesudian menjawab persoalan saya sebelum ini.
    Saya ada kucing betina (3 bulan lebih), masalah yang saya hadapi ialah dia poo & pee merata terutamanya waktu pagi ketika kami bersiap-siap untuk pergi bekerja sahaja, waktu lain dia okay je. Kami telah menyediakan 2 litter box di dalam rumah..adakah kucing saya mengalami stress? mohon bantuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, dari symptoms yg ditunjukkan saya rasa apa yg kucing u buat ialah tanda protes yg dia akan ditinggalkan sendirian, dia hendak menarik perhatian sebenarnya. Saya nasihatkan pada waktu u perlu bersiap utk kerja letakkan dia didalam sangkar supaya dia tak dapat poo atau pee merata tempat, dan juga sebagai denda atas sikapnya yg terdahulu. Pada hari berikutnya biarkan dia bebas utk lihat samada sikapnya berubah atau tidak. Jika masih yg sama letakan semula dlm sangkar diwaktu pagi. Ini perlu utk mendidik kucing tersebut.

      Delete
    2. ok saya akan buat sepertimana yg dinasihatkan. myb saya akan cuba tukar jenis litter & harap ianya berkesan. Terima kasih kerana selalu membantu

      Delete
  87. As salam... Sy nk tny...mungkin dh agak lmbt sbb kucing sy dh mati.... Kucing sy bgaduh dgn kucing jntan liar kt luar rumah...disebabkan itu berlaku infeksi pada kaki dpn kucing sy...bengkak dan nanah...sehinggakan dia tak boleh nk pijak langsung..sy bw pergi vet dktr cucuk ubat tahan sakit dan bg pil antibiotic utk 10 hari...semkin hari sy tgk bengkak makin besar..sy bw pergi vet lg..dktr kta ada nanah..dia cukur bulu kwsan tu lps tu sruh sy tunggu nanah tu pecah sendri...agak lama jg dlm seminggu bru nanah tu pecah...mmg byk..tp langsung tak ada darah...sy bw pergi vet utk cuci..dktr tlg cuci dan bg ubat tahan sakit..dkt rumah sy sntiasa cuci luka tu dan sapu ubat...tp nanah masih mengalir..sehari slps tu kucing sy mati...sy cuma nak tahu puncanya..adakah mungkin kerana jangkitan bakteria...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, ye mmg disebabkan oleh jangkitan bakteria yg masuk semasa luka pertama kali sewaktu bergaduh. Saya kira infekdi tu agak teruk sehingga membengkak dan bernanah, mungkin boleh diselamatkan jika vet mengambilkira utk melakukan surgery lebih awal atau memberikan antibiotik melalui drip.

      Delete
  88. Salam..kucing saya kene gatal2 kot saya rasa..mula2 kat perut sy tgk ade bulat..tp saya letak gamat..tp x bpe nak elok sangat..pastu hr ni saya tgk ade kat kepala dan leher..ape jenis pnyakit ye ni?? Ape sy patut lakukan

    ReplyDelete
  89. Lupe nak btau...tmpat luka tu berair..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..berkemungkinan ianya fungus dan apabila digaru berlebihan ianya akan berair. Cuba sapukan miconazole cream dan berikan dia ubat makan sporanox atau itrazole

      Delete
  90. Assalam.. Maaf saya nak bertanya.. Kucing saya betina umur dlm 2thn parsi baru2 ni sy bg dia mating. Lepas 1minggu mating sy perasan dkt tepi badan kucing saya ada luka bulat bentuk benjol. Sy beli krim wound protector dr petshop . gusi dia juga merah. Tp luka masih xkering luka jd sy bwk g vet. Doc bg prednisolone n krim sapu utk 1minggu.. Doc amik sampel kulit dr tmpat luka tu n dia bymt ujian makmal dan doc kata bkn fungus.. Alhamdulillah luka dh kering n kulit mcm nak cantum semula tp masih benjol. Lepas habis ubat vet, sy perasan luka tu berdarah semula.. Dan gusi kucing sy merah balik.. Dah sy perasan bhgn ekor dan celah punggung kucing sy mcm byk kerak putih dan mcm serbuk hitam.. Bulu kat ekor pun makin nipis dan mcm nak botak.. Sya guna spray juzspray sembur pd tempat tu.. Sy perasan sepanjang bhgn ekor tu mmg penuh kerak putih campur serbuk hitam.. Luka kat tepi perut pun berlubang balik. Puting dia pun sy tgk semua merah2 n bengkak.. Saya susah hati sgt2.. Suami cadang nak buat lion cut tp sy takut makin teruk.. Minta tlg sgt2 saudara dpt bantu kami.. Dah buntu dah sgt2..

    ReplyDelete
  91. O ye.. Baru tadi masa sikat bulu dia perasan kerak putih n hitam tu dah naik kat ats tengkuk dia pulak.. Mcm kukit merah dan berkerak.. Kesian sgt tgk. Skrg ni kami terpaksa kurung dalam sangkar dulu. Apa pun jadi mcmni ye sbb kucing kami indoor mmg xpenah keluar rumah. Harap dapat bantu kami. Terima kasih sgt2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. Dari tanda yang ditunjukkan berkemungkinan ada dua perkara yang mungkin berlaku dan saling berkaitan. Memandangkan kucing u jenis indoor, jangkitan kuman yang pertama yang menyebabkan luka dibadan kucing mungkin akibat luka sewaktu proses mating yang infected. Dan oleh kerana vet merawatnya menggunakan steroid ie prednisolone, saya jangkakan masalah dermatitis yang dialami selepas itu berkaitan dengan rawatan tersebut. Berkemungkinan kucing u mendapat jangkitan sekunder seperti dari flea, fungus (walaupun lesion luka bukan fungus tetapi kerak putih dibadan dan ekor mungkin fungus), atau beberapa diagnosis lain yang perlu diambil kira. Seeloknya u bawa semula ke vet yang sama atau vet yang lain untuk mendapatkan pengesahan diagnosi, tetapi jika ada halangan saya sarankan perkara paling awal yang boleh u lakukan ialah memandikannya menggunakan shampoo anti flea untuk kucing yang betul, boleh dilakukan lion cut bagi mengelakkan sebarang kawasan yang tertinggal untuk disapukan cream seperti miconazole cream.Dan pastikan kukunya pendek untuk mengelakkan dia menggaru akibat kegatalan.

      Delete
    2. Salam.. Terima kasih saudara sebab sudi menjawab soalan saya. Lupa nak bagitau luka yg ada pada kucing saya tu sebelum kami bagi mating lagi dah ada.. Pd mulanya ingatkan fungus biasa dan masa tu dia tgh on heat sgt2. Kami tepaksa bagi mating gak. Ada yg bgtau kt group kucing kami mgkn kena sporo. Buat masa ni kami tepaksa kurung dulu takut berjangkit.. Masih lagi sapu wound protector cream utk luka tu. Apa punca ni jadi sebab cuaca panas atau sbb baru ni kami tukar diet dia dr royal canin hair skin kpd evo turkey..

      Delete
    3. Sporo biasanya disahkan dgn scrape dari tisu yang dijangkiti dan saya kira vet u dah melakukan ujian makmal tersebut. Buat masa ni rasanya akan lebih baik untuk u sapukan antibiotic cream pada luka, dan bagi dermatitis lesion yang lain u boleh cuba berikan sporanox ( 1 capsule dibahagi 4 dan berikan 1 bhg pada kucing u ie serbuk didalam capsule). Ini akan dapat merawat fungus dan sporo in particular. Kucing memang boleh ada allergy pada makanan yang dimakan walaupun ianya agak kurang berlaku, dan buat sementara waktu rasanya mungkin lebih baik u berikan dia makanan asalnya buat sementara waktu.

      Delete
    4. Baik.. Terima kasih saudara.. Perlu ke kami terus kurung kucing dalam sangkar dulu, adakah dia blh berjangkit pd manusia.. Puting merah n bengkak dan gusi merah tu pun salah satu simptom dari fungus ni ke.. Terima kasih sbb sudi bantu

      Delete
    5. Buat sementara waktu memang elok u asingkan dia di dalam sangkar dahulu, jika bukan sporotrichosis ianya tidak terlalu cepat menjangkit pada manusia, tetapi boleh menyebabkan kegatalan. Gusi bengkak dan puting yang membengkak jarang berkaitan dgn jangkitan fungus tetapi mungkin akibat jangkitan luka yang asal.

      Delete
  92. salam..jangkitan bakteria tu boleh berjangkit manusia ke?
    saya ada ubat cecair antibiotik. setiap hari bg tp makin teruk pula..
    and saya guna spray fido yg anti fungi anti bacteria tp tak beri kesan..adik dia pun kena benda yg sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, saya tidak pasti jangkitan bakteria itu dimana pada kucing u, tetapi jika sudah diberikan antibiotik orally namun tidak mendatangkan kesan positif, saya nasihatkan bawa semula ke vet untuk siasatan lanjut. Terutamanay apabila jangkitan itu cepat merebak ke kucing2 lain.

      Delete
  93. salam..kucing saya berumur kurang daripada sebulan dan ada keguguran bulu dan kulit kemerahan....apa harus saya lakukan memandangkan pertama kali memelihara kucing parsi,,tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, saya kira kucing u belum pandai makan lagi rasanya jika belum sebulan.. Jika dia belum mula makan apa2 dan terdapat ruam sebegitu, berkemungkinan dia mengalami jangkitan fungus yang didapati dari ibunya, tetapi jika dia telah mula makan, ada juga penyebab lain sperti alahan pada makanan kerana kucing parsi merupakan breed yang agak sensitif dan cerewet dengan makanan. Saya sarankan cuba sapukan cream antifungus seperti miconazole cream di bahagian kulit yang kemerahan itu ye.

      Delete
    2. Salam, saya kira kucing u belum pandai makan lagi rasanya jika belum sebulan.. Jika dia belum mula makan apa2 dan terdapat ruam sebegitu, berkemungkinan dia mengalami jangkitan fungus yang didapati dari ibunya, tetapi jika dia telah mula makan, ada juga penyebab lain sperti alahan pada makanan kerana kucing parsi merupakan breed yang agak sensitif dan cerewet dengan makanan. Saya sarankan cuba sapukan cream antifungus seperti miconazole cream di bahagian kulit yang kemerahan itu ye.

      Delete
  94. Salam , saya nak tnya , kucing saya baru dlm 6 bulan . Knapa ada bengkak di bdn dia ya , tapi klu sya tkn dia x rasa sakit pun . Bleh taw tak punca bengkak kat bdn nya tu n cara nak susutnya bengkak tu.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, bengkakan yang tak sakit dibadan kucing mungkin akibat parut, kesan gigitan kutu dan flea atau akibat dermatitis pada kulit. Jika ianya tidak semakin membesar, tidak sakit dan bernanah biasanya kita tak perlu buat apa2 melainkan mandikan kucing dan groomkan. Tetapi jika bengkakan itu semakin bertambah, ianya mungkin jangkitan sistemik seperti virus dan perlu dibawa ke vet.

      Delete
  95. salam,,kucing saya mengalami kegatalan yang agak teruk di bahaian dalam dan luar telinga, dye garu sampai berdarah, saya sapukan cream utk gatal, hilang skjap then ade balik...
    satu lagi, kucing saya kukunya tertanggal dang isi membusuk dan kluar pus, sy dh try dressing guna dettol tp belum juga sembuh..
    dan bulunya juga rasa sedikit berminyak dan melekit jika lama tidak mandi...
    mohon pencerahan ye. tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, saya rasa kucing u mungkin mengalami jangkitan mites yang menyebabkan kegatalan yang teruk ditelinga luar dan dalam. Untuk merawat mites kena gunakan ubat titis telinga yang boleh didapatkan di vet atau kedai petshop dan bersihkan telinga kucing berulangkali ye.
      Kuku yang tanggal dgn isi yang membusuk dan bernanah menunjukkan ada tanda2 jangkitan kuman. Selain dari menggunakan detol, cuba gunakan normal saline dan sapukan antibiotic cream, dan seeloknya perlu dibawa ke vet untuk mendapatkan antibiotik oral.
      Bulu yang melekit menunjukkan kucing u mempunyai kulit yang sensitif dan berminyak, seeloknya perlu dimandikan dalam dua minggu sekali bai mengelakkan kegatalan dan acne ye

      Delete
  96. Salam admin.. mintak pandangan serta nasihat penjagaan anak kucing.. saya baru membela kucing.. saya membela dua ekor anak kucing kematian ibunya pada bulan lepas.. sekarang ni anak kucing yg seekor ni kesihatan nya bermasalah.. saya ada membeli susu utk anak kucing di kedai haiwan serta sangkar dan kelengkapan.. hari ini, anak kucing semakon teruk dan kelihatan tidak bermaya.. suara yang halus dan perlahan mengiau.. badannya seperti berpeluh dan bulu tidak terurus.. saya lihat anak kucing ini bernafas seprti tidak nrmal.. perlahan n seperti nyawa2 ikan.. setiap hembusan kluar dari mulut dan mengeluarkan bunyi mengiau yang halus.. apa yang harus saya lakukan.. esok saya akan membawa jumpa VET..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, maaf kerana saya lewat menjawab. Saya jangkakan kucing u menunjukkan tanda2 jangkitan virus, yang menyebabkan dia tidak bertenaga, lemah dan bernafas tercungap2. Seeloknya u bawa ke vet dgn kadar segera jika belum berbuat demikian ye.

      Delete
  97. Salam.. bulan lepas mak sedara saya ada bagi kucing and kitten.. kitten tu tak tahu lah umur berapa (that time dia dah buka mata and active sgt tapi kaki still tak seberapa kuat lagi).. then setelah beberapa minggu saya dapati ada kesan botak pd bahagian belakang badan kitten maybe sebab jangkitan fungus.. dan setelah saya rawat (mggunakan cream antifungus) kelihatan pulih dan tiada kesan fungus dah.. tapi baru2 ni saya dapati kulit tempat yg sebelum ni botak sebab jangkitan fungus tu jadi merekah, adakah disebabkan pergantian kulit atau masih ada jangkitan fungus ? Mohon pencerahan.. terima kasih ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..kawasan kulit yang merekah mungkin disebabkan oleh kesan garu oleh kitten tersebut kerana bahagian yang dijangkiti fungus akan menyebabkan kegatalan. Biasanya apabila jangkitan fungus telah pulih sepenuhnya bulu dikawasan yang botak tersebut akan tumbuh semula, jika belum tumbuh lagi maknanya belum hilang sepenuhnya. U boleh sapukan cream yang digunakan tempohari, atau boleh juga cuba sapukan fusidic cream ie antibiotik cream dikawasan yang merekah.

      Delete
  98. Assalam. Nak tanya, bila boleh mandi kan anak kucing? Sbb kucing saya baru je melahirkan bulan lepas.. Tapi skrg ni anak anak kucing saya ada seperti kelemumur dan juga kering dibawah perut dan juga belakang kaki depan mereka.. Dan ada yg trasa berketul kecik kecik seperti pasir.. Mereka masih lg menyusu dkt mak diorg.. Betul ke ade org ckp anak kucing bleh dimandikan bila mereka dh mula pandai gilat badan mereka atau garu badan mrk.. Sbb diorg dh pun boleh groom badan diorg sndiri wlupun baru berumur sebulan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, biasanya anak kucing yang telah pandai makan dan bermain sudah boleh dimandikan tetapi jangan terlalu lama dimandikan dan seboleh mungkin keringkan badannya dengan segera ye. Gunakan shampoo yang sesuai untuk kucing ie yang mengandungi anti flea n anti fungus.

      Delete
  99. Assalam. Kucing saya baru disunatkan sebulan lepas. Mula2 luka pada bahagian telur dia takda masalah. Tp sejak 2 hari lepas, saya perasan yg telur dia ada nanah sikit. Boleh saya tahu apa punca and cara ubati nanah tu? Terima kasih

    ReplyDelete