Friday 7 November 2014

Sporotrichosis pada kucing..

Kerapkali kita dengar atau baca tentang jangkitan sporo pada kucing..apa sebenarnya sporo?

Sporo atau nama penuhnya "Sporotrichosis" adalah jangkitan fungus yang jarang berlaku tetapi boleh menjadi fatal dan boleh terjadi pada manusia, anjing dan kucing. Ianya disebabkan oleh sejenis fungus Sporothrix schenkii yang hidup didalam tanah dan bahan2 buangan organic. Fungus ini berpotensi untuk menyebabkan jangkitan pada kulit, sistem pernafasan, tulang dan kadangkala jangkitan di otak, dan penyakit ini dikenali sebagai Sporotrichosis. Modus transmisi fungus ini ialah melalui inokulasi terus (direct innoculation), iaitu melalui luka abrasi pada kulit atau melalui pernafasan/inhalasi. Transmisi fungus ini boleh berlaku secara antara haiwan dengan haiwan lain dan juga antara haiwan kepada manusia. 


Sporothrix schenkii: dimorphic (mold n yeast) fungus
Kucing lebih kerap mendapat jangkitan sporotrichosis kulit yang teruk, dan ini membuatkan mereka lebih mudah untuk menjangkiti kucing2 lain dan juga manusia. Kucing2 yang dibiarkan outdoor lebih mudah dijangkiti melalui luka akibat pergaduhan samada puncture wound atau scratches.

Jenis2 sporotrichosis dan gejala jangkitan:

# Sporotrichosis pada kulit (cutaneous).

- kerap berlaku di kepala, hidung dan ekor kucing.
- terdapat bengkakan (bumps) atau lesion pada kulit luar, serta kelenjar membengkak.
- lesion biasanya kelihatan seperti luka yang bernanah, ulcerative dan tidak sembuh.
- tidak menunjukkan perubahan dengan rawatan antibiotik
- kerap berlaku dikawasan yang pernah luka.
- terdapat juga bengkakan limfa atau lymphadenopathy.




Jangkitan sporo di hidung dan muka


ulcerative lesion di kaki akibat sporo

Sporo di hidung, peringkat awal


Pada manusia, sporotrichosis lebih kerap terjadi di tangan, muka dan jari2 tangan. Ini kerap berlaku apabila kita bersentuhan dengan kucing yang menghidapi sporotrichosis, samada melalui direct contact dengan lelehan cecair dari lesion di kucing  tersebut atau melalui luka. 


Sporo pada manusia

Sporo dibadan

Jari paling mudah dijangkiti sporo

# Disseminated sporotrichosis (sporotrichosis yang merebak ke seluruh sistem).

- jarang berlaku, terjadi apabila jangkitan awal merebak ke kawasan lain ie sekunder
- tanda2 sistemik seperti keletihan (malaise) dan demam
- Osteoarticular sporotrichosis apabila jangkitan merebak ke tulang dan sendi
- Sporotrichosis meningitis apabila jangkitan merebak ke otak dan sistem saraf
- kucing akan hilang selera makan (anorexia) dan hilang berat badan (cachexia)


# Pulmonary sporotrichosis.

- ini berlaku apabila spora fungus ini masuk ke dalam paru2 secara inhalasi
- kucing akan menunjukkan tanda2 pneumonia ie radang paru2


Bagaimana sporotrichosis di diagnos?

Diagnosis untuk sporotrichosis pada kucing boleh dilakukan dengan mudah. Ini kerana sejumlah besar fungus sporo ini berada didalam bendalir atau cecair pada lesion kulit, dan ianya boleh dilihat dibawah mikroskop. 


Adakah sporo boleh dirawat?

Sporotrichosis boleh dirawat jika cepat dikenalpasti. Antara rawatan yang biasanya digunakan ialah antifungus Itraconazole (Sporanox) pada dose 10mg/kg/day. Jangkawaktu rawatan biasanya agak panjang selama 3-4 minggu. Satu lagi antifungus yang boleh diguna ialah Terbinafine (Lamisil). 

Oleh kerana Sporothrix schenkii ialah sejenis fungus, rawatan menggunakan antibiotik tidak akan berkesan, dan perlu dielakkan memberi steroid kepada kucing yang dijangkiti.


## Sporotrichosis merupakan zoonotic infection, dan manusia boleh dijangkiti apabila bersentuhan dengan kucing yang menghidapi penyakit ini. Perlu dititikberatkan aspek kebersihan ketika membersihkan luka pada kucing yang kita rasa mungkin diakibatkan oleh sporo, seperti dengan memakai sarung tangan dan mengelakkan sentuhan secara direct contact.


Wednesday 27 August 2014

Feline AIDS @ Feline Immunodeficiency Virus (FIV)

Ramai yang bertanya tentang penyakit "HIV" pada kucing. Sebenarnya pada kucing kita panggil Feline Immunodeficiency Virus @ FIV...bezanya dengan HIV hanyalah pada fakta dimana virus HIV pada manusia tidak boleh menjangkiti kucing, dan vice versa. 

Okay, apa itu FIV atau Feline AIDS? Jangkitan FIV ialah satu jangkitan yang diakibatkan oleh retrovirus kompleks, yang menyebabkan penyakit kekurangan ketahanan badan atau immunodeficiency pada kucing2 domestik. Immunodeficiency bermaksud kegagalan badan untuk menghasilkan ketahanan atau sistem imun bagi melawan gejala penyakit yang biasa. Berasal dari kumpulan virus yang sekelas dengan virus FeLV (Feline Leukemia Virus) dan HIV bagi manusia, FIV boleh tinggal dorman (inaktif) didalam badan untuk beberapa waktu sebelum tanda2 Feline AIDS timbul pada kucing yang dijangkiti, dan pakar2 virus menamakan FIV sebagai lentivirus ('slow virus'). 



# Kekerapan jangkitan FIV?

Jangkitan FIV agak kerap berlaku dikalangan kucing2 domestik di seluruh dunia. Dianggarkan 1.5 - 3% dari keseluruhan kucing2 yang sihat dijangkiti FIV. Tidak banyak diketahui kaitan FIV dengan baka kucing, tetapi ianya lebih kerap menyerang kucing2 jantan berbanding betina. Ini kerana kucing2 jantan lebih gemar merayau dan terdedah pada kecederaan, yang merupakan salah satu cara penyakit ini disebarkan antara kucing. Average umur kucing pada waktu didiagnosis dgn FIV ialah 5 tahun, kurang berlaku pada kucing2 indoor berbanding outdoor. 


1.5-3% kucing2 yang sihat dijangkiti FIV

# Bagaimana FIV tersebar?

Cara penyebaran FIV yang paling utama ialah melalui luka gigtan atau cakar antara kucing2 sewaktu bergaduh. Sebab itu kucing2 indoor yang jarang bergaduh kurang risiko untuk dijangkiti FIV. Cara lain yang boleh tetapi kurang berlaku ialah melalui transmisi semasa kelahiran dari ibu ke anak, atau melalui susuan ibu yang susunya dikontaminasi oleh FIV. Transmisi sexual amat2 jarang menjadi cara penyebaran jangkitan FIV.




# Apa kesan FIV pada kucing?

Kucing2 yang dijangkiti FIV mungkin kelihatan normal pada peringkat awalnya untuk beberapa tahun. Lama kelamaan, jangkitan FIV ini akan menyebabkan keadaan dimana ketahanan diri kucing berkurangan (immunodeficient) dan ini mengakibatkan kucing yang dijangkiti gagal melawan penyakit2 yang disebabkan oleh bakteria atau virus atau fungus atau parasit dan protozoa yang biasanya tidak akan mendatangkan kesan buruk pada kucing2 yang normal. Infeksi atau jangkitan sekunder (secondary infection) ini biasanya akan mendatangkan kesan yang memudaratkan kucing2 dengan FIV.


# Apakah tanda2 penyakit yang disebabkan oleh FIV?

Pada peringkat awal jangkitan FIV, virus ini akan dibawa ke nodus limfa atau kelenjar yang berdekatan dimana ianya akan membiak didalam sel darah putih yang dipanggil limfosit T. Virus ini kemudiannya akan merebak ke seluruh nodus limfa dalam badan kucing yang biasanya akan menyebabkan kelenjar tersebut membengkak sementara berserta dengan demam. Pada peringkat ini jangkitan biasanya tidak begitu disedari oleh kita kecuali jika kelenjar itu membengkak besar dan amat ketara. 

Kesihatan kucing yang dijangkiti akan menurun secara progresif atau ditunjukkan dengan penyakit tertentu yang berulang2 dan kadang2 akan kelihatan sihat diantaranya. Seperti yang dinyatakan lebih awal, tanda2 kucing dijangkiti oleh FIV mungkin tidak kelihatan selama beberapa tahun dan apabila ia sudah menunjukkan simptom, tanda2 kekurangan sistem imun boleh kelihatan dimana2 bahagian tubuh kucing dijangkiti.

     - Keadaan bulu @ coat yang tidak sihat dan demam yang berterusan serta kurang selera makan merupakan antara tanda yang paling kerap dilihat.





        - Inflamasi pada gusi (gingivitis) atau mulut (stomatitis) dapat dilihat dalam 25-50% kucing yang dijangkiti.

Stomatitis
Gingivitis

             - Diarrhoea @ cirit birit yang berpanjangan.

         - Penyakit2 yang minor tetapi berulang2 seperti jangkitan saluran pernafasan  atas (selsema @ URTI), inflamasi pada mata seperti cornea mata dan juga sering berkaitan dengan jangkitan sekunder seperti herpesvirus dan calicivirus.

Kucing dengan jangkitan pernafasan ie URTI

Ulcer pada cornea mata

Jangkitan Herpes pada mata

        - Penurunan berat badan yang perlahan tetapi progressive, dan akhirnya 'wasted' atau kurus melampau.

          - Kelenjar yang membengkak.

          - Kegagalan renal atau buah pinggang yang kronik.

        - Infeksi yang berterusan atau kronik dan tidak menunjukkan tindakbalas dengan ubat yang diberi pada telinga luar yang diakibatkan oleh fungus dan bakteria.

          - Kanser seperti lymphoma dan beberapa jenis penyakit berkaitan darah.

      - Perubahan akibat penyakit sistem saraf @ nervous system, seperti perubahan tingkahlaku (aggression, pacing), gangguan tidur (sleep disorder), pekak atau kurang pendengaran serta penglihatan, dan selalunya melibatkan sistem saraf pada kaki dan tapak tangan.


# Bagaimana diagnosis FIV dibuat?

Ujian antibodi yang positif didalam darah kucing mengesahkan jangkitan FIV. Kebanyakan klinik veterinar melakukan ujian dengan menggunakan kit yang mudah. Dan untuk mengelakkan berlakunya keadaan "false positive" ujian saringan dengan mengambil sampel darah akan dilakukan dan sekiranya ujian ini juga positif, ia mengesahkan diagnosis tersebut.

Bagi anak kucing yang dilahirkan oleh ibu kucing yang dijangkiti FIV, kebanyakkannya akan menunjukkan ujian positif selama beberapa bulan selepas kelahiran. Walaubagaimanapun, kebiasaanya hanya sedikit yang akan kekal dijangkiti oleh FIV. Bagi mengesahkan status jangkitan pada anak kucing tersebut, sekiranya anak kucing itu berumur dibawah 6 bulan dan positif ujian saringan FIV, adalah digalakkan untuk mengulangi ujian tersebut setiap 60 hari sehingga berumur lebih 6 bulan.

Ujian antibodi yang negatif bermakna kucing itu tidak dijangkiti FIV. Walaubagaimanapun jangkawaktu selama 8 - 12 minggu atau lebih lagi diambil untuk paras antibodi yang boleh dikesan akan kelihatan dalam darah, dan jika ujian dilakukan dalam tempoh tersebut ianya mungkin akan bersifat "false negative". Jika sekiranya kucing kita diketahui terdedah kepada kucing yang diketahui positif FIV terutamanya dan terdapat kecederaan dari cakaran dan gigitan, kita dinasihatkan untuk mengulangi ujian tersebut selepas tempoh 60 hari dari ujian pertama, bagi memastikan kucing kita benar2 bebas dari jangkitan. 

Ada juga keadaan dimana ujian darah menunjukkan keputusan negatif tetapi kucing itu menghidapi FIV. Ini berlaku pada kucing yang keadaannya kritikal dan badannya tidak lagi boleh menghasilkan apa2 antibodi.

# Bagaimana untuk mengelakkan kucing kita dari dijangkiti?

Cara yang paling mudah ialah dengan mengasingkan kucing kita dari kucing2 outdoor yang mungkin dijangkiti FIV, kerana transmisi paling mudah ialah melalui gigitan dan cakaran oleh kucing yang menghidapi FIV. 

Selain dari itu terdapat vaksin terhadap FIV yang boleh membantu mengurangkan risiko kucing2 kita mendapat jangkitan FIV, tetapi kebanyakkan vet tidak begitu menggalakkan penggunaan vaksin ini, kerana terdapat kes yang positif FIV selepas divaksin. Jadi cara paling berkesan dan mudah ialah dengan memastikan kucing kita tidak berkeliaran diluar rumah dan bergaul dengan kucing2 liar.

# Bagaimana cara menjaga kucing kita yang positif FIV?


< Kucing yang positif FIV perlu dikuarantin untuk mengelak penyebaran virus ini pada kucing2 lain.

< Kucing perlu di"spay" atau "neuter".

< Perlu diberikan makanan yang berkhasiat dan seimbang.

< Makanan yang tidak dimasak seperti daging mentah atau ikan mentah, serta bahan tenusu yang tidak dipasteurkan tidak boleh diberikan kepada kucing yang positif FIV. Ini bagi mengurangkan risiko mereka dijangkiti kuman bawaan makanan (food-borne bacteria) ataupun jangkitan parasit.

< Perlu membuat lawatan berskala seperti sekurang2nya setiap 6 bulan ke klinik veterinar. Ini bagi memantau keadaan kesihatan kucing dan komplikasi yang dihadapinya.


# Bolehkah manusia dijangkiti oleh FIV?

FIV lentivirus tidak boleh menjangkiti manusia walaupun ianya dari kumpulan yang sama dengan HIV yang menyebabkan AIDS.


#Bagaimana mencuci rumah sekiranya kita memiliki kucing yang positif FIV?

FIV tidak mampu bertahan diluar dari tubuh kucing selepas beberapa jam. Tetapi kucing yang dijangkiti FIV juga mungkin membawa bersama bakteria, parasit, fungus dan virus lain yang boleh tersebar pada kucing2 kita. Jadi segala peralatan untuk makan minum dan tempat bermain kucing perlu dicuci sebersihnya, dan cara paling mudah untuk menghasilkan disinfektan yang berkesan ialah dengan mencampurkan 4 oz cecair peluntur ke dalam 1 gallon air bersih. 


That's all for now...





Tuesday 24 June 2014

Feline Leukemia...what we should know

Seorang kawan lamaku kehilangan anak lelaki kesayangannya akibat leukemia awal tahun 2014 ni, dan terakhir seorang lagi kenalan kehilangan kucing kesayangannya juga kerana leukemia. Being a medical doctor, aku amat memahami tentang leukemia dan jenis2nya yang menyerang manusia, dan apabila mendengar tentang leukemia pada kucing, aku amat tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut. 

FELINE LEUKEMIA... 

Leukemia pada kucing amat berbeza dari leukemia pada manusia dari segi penyebabnya. Feline leukemia merupakan penyakit jangkitan Feline leukemia virus (FeLV) yang hanya menjangkiti kucing tetapi tidak sesekali akan menjangkiti manusia, anjing atau haiwan-haiwan lain. Jangkitan Feline leukemia virus FeLV merupakan penyebab kedua kematian selepas trauma pada kucing, membunuh hampir 85% kucing2 yang dijangkiti dalam jangkawaktu 3 tahun selepas didiagnosis. Walau bagaimanapun, ada juga kucing2 yang mampu membina resistant diri dan menghapuskan virus2 tersebut secara semulajadi.



Feline leukemia virus


Apabila seekor kucing dijangkiti virus feline leukemia ini, kandungan sel darah putih didalam badan kucing akan menjadi abnormal secara drastik, samada terlalu tinggi atau terlalu kurang. Ini boleh menyebabkan tumour dan jangkitan kuman yang teruk pada kucing terbabit. Feline leukemia ini sangat contagious dan mengakibatkan dua kesan yang boleh membawa maut ie:

- kegagalan sistem imun, dan/atau
- tumour


Bagaimana feline leukemia virus boleh merebak?:

FeLV merebak dari satu kucing ke  kucing yang lain melalui saliva, darah, dan sedikit melalui urin dan najis. Walaubagaimanapun, virus ini tidak bertahan lama di luar tubuh kucing, mungkin hanya bertahan dalam beberapa jam sahaja. "Grooming" dan pergaduhan merupakan cara yang paling mudah untuk virus ini merebak. Bagi kitten pula, ianya boleh merebak dari ibu yang dijangkiti virus ini melalui placenta 'in utero' atau dalam rahim, dan melalui susu ibu serta air liur ibu. Selalunya virus ini disebarkan oleh kucing yang kelihatan sihat.

Cara transmisi termudah bagi FeLV

Kitten dibawah umur 4 bulan sangat berisiko dijangkiti virus ini, diikuti dengan kucing yang masih muda. Kucing2 dewasa kebanyakkannya kurang berisiko kerana imuniti mereka meningkat secara semulajadi apabila meningkat dewasa. Kucing yang indoor lebih kurang berisiko berbanding dgn kucing outdoor. Manakala kucing indoor yang tinggal setempat dalam jumlah yang banyak juga berisiko kerana berkongsi bekas makanan dan minuman, berbanding dgn kucing yang dibela dalam jumlah yang kecil. 

Sebahagian kucing yang dijangkiti akan terus menunjukkan tanda2 serangan virus tersebut dan mati dalam beberapa bulan, ada juga yang terus kekal sihat kerana mereka berjaya mengeluarkan virus tersebut dari tubuh mereka secara semulajadi. 

Bagaimanapun, kebelakangan ini kadar kematian kucing akibat feline leukemia virus telah banyak berkurangan kerana terdapat vaksinasi terhadap virus tersebut. 

Simptom atau tanda2 gejala feline leukemia:

# gusi yang pucat, ulcer pada gusi dan mulut

# jaundice - kekuningan di mulut dan mata putih

# kelenjar yang membengkak

# jangkitan saluran respiratori, telinga, pundi kencing dan kulit yang teruk dan berulang

# kehilangan berat badan dan/atau kehilangan selera makan

# keadaan bulu yang tidak elok dan menipis

# lemah yang berpanjangan dan lethargy

# demam berpanjangan

# cirit birit berpanjangan

# kesukaran bernafas

# bagi kucing betina yang tidak dimandulkan akan mengalami kesukaran untuk hamil


Gusi yang pucat

Kucing menjadi lemah

Ulser didalam mulut kucing

Kucing menjadi 'emaciated' dan lesu



Kesemua simptom diatas merupakan akibat dari kerosakan pada sumsum tulang kucing yang dijangkiti oleh feline leukemia virus ini. Penghasilan sel darah merah didalam sumsum tulang terjejas, menyebabkan kucing mengalami anemia atau kekurangan sel darah merah, dan ini menjelaskan keadaan gusi kucing yang pucat. Dalam keadaan anemia, kekurangan sel darah merah menyebabkan kekurangan bekalan oksigen, dan ini memaksa jantung kucing berdegup kencang dan mengakibatkan kucing keletihan dan tidak aktif seperti biasa. 

Sumsum tulang juga menghasilkan sel darah putih untuk sistem imunisasi dan ini turut terjejas apabila dijangkiti. Kekurangan sel darah putih ie leukemia menyebabkan sistem imuniti kucing menurun dengan ketara, dan kucing amat mudah dijangkiti oleh bakteria, fungus dan virus lain. Jangkitan yang sedikit sahaja sudah cukup untuk membahayakan nyawa kucing yang menghidapi leukemia ini.

Selain dari sel darah merah dan putih, sumsum tulang juga menghasilkan platelet yang penting untuk pembekuan darah. Di dalam jangkitan leukemia, tiada platelet yang dihasilkan dan keadaan ini dinamakan thrombocytopenia. Kucing mudah mengalami lebam2 berlebihan dan juga pendarahan terutamanya dari usus, menghasilkan najis yang pekat dan hitam serta melekit dan berbau busuk dikenali sebagai 'melena'.

Selain dari ini, kucing2 yang dijangkiti leukemia boleh juga menghidapi 'mmune mediated haemolytic anemia (IMHA)' dimana sel darah putih kucing memusnahkan sel darah merah mereka sendiri. Dalam keadaan yang kompleks ini, kucing tersebut menghidapi anemia yang teruk dan mudah berlaku pendarahan.


TUMOR...

Banyak kucing dengan leukemia turut menghidapi tumor kerana sel darah putih mereka bergumpal dan membentuk ketulan di usus, dada, limfa dan ginjal. Jenis leukemia yang begini dinamakan lymphoma (lymph - sel darah putih, oma - tumor). Simptoms bergantung dimana kedudukan lymphoma itu dan kesannya pada fungsi normal tubuh kucing, dan darah putih yang ada pada tubuh kucing tersebut ialah darah putih yang tidak matang (immature) dan dikenali sebagai lymphoblast. Dalam keadaan akut dimana lymphoblast ini terlalu banyak ianya dikenali sebagai Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL), dan boleh membawa maut. Bagi kes dimana lymphoblast terhasil secara perlahan2, ianya dinamakan Chronic Lymphoblastic Leukemia (CLL), dan kucing boleh dirawat dan boleh mengalami keadaan yang dinamakan relapse, dimana dia boleh sihat seperti biasa.

Tidak ada rawatan bagi jangkitan Feline Leukemia Virus ini. Bagi kucing2 yang dijangkiti FeLV dan pada masa yang sama mendapat jangkitan sekunder seperti fungus, bakteria, rawatan boleh diberikan untuk jangkitan sekunder tersebut, manakala bagi yang telah mendapat kanser lymphoma, rawatan kemoterapi boleh dilakukan. Walaubagaimanapun, jika jangkitan FeLV ini menyebabkan kucing mengalami kekurangan dalam sistem imuniti atau ketahanan badan, biasanya kucing tersebut tidak dapat bertahan lama. 


Bagaimana mengelakkan jangkitan FeLV pada kucing kita?

Cara termudah ialah dengan memastikan kucing kita indoor setiap waktu, dan terdapat vaksinasi terhadap FeLV yang didapati di klinik. 


So, sekiranya ada terdapat tanda2 seperti diatas kita perlu membawa kucing kita untuk rawatan pada kadar segera...





Wednesday 21 May 2014

Aggression in cats....masalah yang kita sering hadapi..

Wow, sedar tak sedar dah 4 bulan aku tak menjenguk blog ni..tak berkesempatan kerana sibuk melayan kesibukkan anakku yang mewakili Girl Guides Malaysia ke Russia hujung April baru2 ini, first attempt n they made it with victories! Really proud of them, worth the effort, more proud to perform in front of Raja Permaisuri Agung before the certificate giving ceremony on this 11th June 2014. 

Berbalik pada isu kucing..rasanya ramai antara kita peminat kucing yang pernah kena gigit oleh kucing kesayangan kita sendiri, dan ada waktunya kita sendiri tak tau kenapa kucing kita tiba2 bertukar sifat dari penyayang dan cudly kepada garang dan kasar. Ada waktunya kecederaan yang dialami agak serius dan memerlukan rawatan di klinik. So kali ni kita cerita tentang masalah sikap ganas atau "aggression" pada kucing..

AGGRESSION IN CATS..

Aggression merupakan masalah tingkahlaku kedua yang paling kerap berlaku pada kucing, walaupun ianya tidak dianggap merbahaya berbanding masalah yang sama pada anjing, mungkin kerana kebanyakan kita menganggap kucing berbadan kecil dan tidak mungkin boleh menyebabkan kecederaan teruk jika dibandingkan dengan akibat digigit anjing. Sebenarnya serangan oleh kucing tidak boleh dipandang ringan, kerana kucing sebenarnya mempunyai 5 senjata : gigi2 yang tajam dan 4 set kuku yang tajam..berbanding dengan anjing yang hanya menggunakan mulut. Mereka boleh menggigit dan mencakar, menyebabkan luka laserasi yang dalam, yang menyakitkan dan sangat mudah dijangkiti. Mangsa juga boleh mendapat jangkitan seperti flu yang dikenali sebagai "Cat scratch fever". 

Apa itu 'aggression'?: 

Aggression merupakan tingkahlaku yang merbahaya dan mengancam terhadap individu lain samada terhadap manusia, kucing lain atau haiwan lain. Kebanyakan haiwan menunjukkan sikap aggresif atau aggression ini untuk tujuan melindungi kawasan, melindungi anak2nya dan juga bila terasa terancam oleh sesuatu. Ia merupakan satu kelakuan yang kompleks yang ditunjukkan oleh haiwan, manakala bagi kucing peliharaan pula ia boleh ditunjukkan sebagai 'hissing' dan menjauhi ancaman sehinggalah kepada menyerang ancaman tersebut.






Anak kucing belajar untuk mempercayai dan mengenali manusia sejak dari kecil, dan kepercayaan ini perlu cukup kuat untuk mengatasi ketakutannya dan mengelakkan sikap menjauhi @ avoidance seperti yang selalu kita lihat pada kucing2 yang meliar. Kucing2 yang terlepas fasa mengenali manusia seawal usia 3 hingga 9 minggu kebanyakkannya akan sukar untuk didekati dan kebanyakkannya akan sentiasa memiliki rasa cemas apabila didekati oleh manusia yang tidak dikenalinya.

Terdapat banyak keadaan dimana sikap aggresif kucing ini yang tidak diketahui puncanya ini disebabkan oleh persekitaran yang membawa kepada ketakutan yang keterlaluan. Kucing yang stress atau tertekan boleh menyerang kucing lain secara tiba2 atau manusia yang berhampiran, walaupun mereka bukan penyebab kepada stress yang dialaminya. Kucing yang baru bergaduh dengan kucing lain mungkin boleh diam apabila dipegang oleh sesiapa tetapi akan mencakar atau menggigit orang lain yang berhampiran pada masa yang sama...dan kelakuan ini dipanggil displaced aggression. 

Sesetengah kucing, apabila digosok dibahagian perut atau dibelakang menghampiri ekornya, akan tiba2 berpusing dan menggigit atau mencakar. Tindakan ini menunjukkan kucing tersebut tidak suka di "petting" atau dimanjakan. Sebahagian kucing suka apabila dimanjakan atau "petted", sebahagian kucing tidak. Ada sesetengah kucing suka dimanjakan untuk seketika tetapi tidak suka berlebihan. Sebelum bersikap agresif biasanya kucing akan memberi tanda atau signal tertentu..seperti telinga kebelakang, lashing tail, twitching of skin, ataupun mengeluarkan bunyi yang vocal. 

Terdapat berbagai jenis aggression, dan antara yang paling bahaya dikenali sebagai "redirected aggression". Ini kerana dalam "redirected aggression", gigitan biasanya tidak dapat disekat, dan kesan dari serangan ini menakutkan dan 'damaging'. Ianya terjadi apabila seekor kucing itu diuja (aroused) dan disakiti (agitated) secara aggresif oleh sesuatu ie kucing lain, anjing atau manusia, yang tidak dapat didekatinya (eg: dipisahkan oleh dinding kaca, tingkap dsb). Apabila ianya tidak dapat mendekati punca kemarahannya, kucing tersebut berpaling dan melepaskan kemarahannya menyerang sesuatu atau sesiapa yang berdekatan dengannya.  Jarak waktu dari ketika kucing tersebut marah hingga ke waktu kemarahannya itu dilepaskan mungkin boleh berjam2..tetapi kucing itu hanya akan menyerang sesiapa yang mendekatinya sahaja. Tindakbalas itu selalunya terjadi seperti reflex yang tidak disengajakan. Sebab itu amat tidak digalakkan untuk kita meleraikan kucing yang bergaduh atau menghampiri kucing yang menunjukkan tanda2 sedang marah, walaupun itu kucing kesayangan kita..

Antara punca2 penyebab sikap "redirected aggression" ialah:
- melihat kucing lain diluar
- melihat burung atau tupai atau haiwan2 mangsa yang lain
- menghidu bau kucing lain pada pakaian tuannya atau sesiapa yang berhampiran
- masuk ke dalam rumah selepas dibiarkan bermain diluar bagi kucing indoor
- mendengar bunyi bising yang nyaring
- selepas ditakutkan atau diserang oleh anjing
- apabila manusia cuba meleraikan kucing yang sedang bergaduh

Selain dari stress persekitaran, kucing kita juga boleh bersikap aggresif sekiranya sedang mengalami beberapa masalah kesihatan, seperti masalah thyroid, kesakitan, kelaparan ataupun keletihan fizikal. 

Sekiranya kucing kita jenis yang anti social atau tidak friendly, kita biarkan kucing tersebut bertenang sekiranya kucing itu bersikap aggresif dan jangan dipaksa untuk menghadapi punca yang menyebabkan sikap aggresif tersebut. 

Bagi kucing yang ketakutan, seeloknya kita biarkan sahaja ia tenang sendiri. Kita perlu meminimakan apa2 stimulus yang boleh menyebabkan ketakutan. Salah satu cara ialah dengan memberikan kucing itu makanan, kita boleh duduk berhampiran untuk membantu menenangkannya dengan mengurut perlahan2..tetapi jika kucing tersebut terlalu takut, seeloknya kita biarkan dia makan sendirian. 

Bagi kucing yang suka dimanjakan, tidak digalakkan bergurau secara kasar atau berlebihan kerana ianya boleh bertukar kepada rough play dan kemudiannya aggression. Jangan sesekali bermain dengan kucing2, yang kelihatan sangat relax, dengan menggunakan tangan atau anggota badan kita sebagai mainan atau toy. 

Paling penting...apabila tiba2 kita digigit kucing, jangan sesekali menarik anggota yang digigit serta merta..kerana kucing tersebut akan semakin menggigit dan boleh mendatangkan kecederaan yang teruk. Sebaiknya kita biarkan sementara menanti kucing itu tenang sedikit dan melepaskan gigitan tersebut.




Beberapa tanda kucing kita sedang marah...







So...harapnya kita boleh mengenalpasti keadaan dimana kucing kita dalam keadaan yang tidak selesa, stress atau ketakutan yang boleh menyebabkan sikap aggresif..

Friday 31 January 2014

Cats in heat..apa yang kita perlu faham..

Hampir sebulan aku tak menjenguk blogku ini, a bit busy dan mencari idea topik apa yang nak kukongsikan bersama..seperti biasa menjalani rutin harian tanpa banyak perkara yang menarik berlaku pada kucing2ku..kecuali seekor kucingku hilang, entah kemana perginya tak balik rumah berhari-hari..jika ada yang nak memeliharanya syukur alhamdulillah..

Hari ni aku nak share pasal kucing2 yang nak mengawan..nama glamernya 'in heat' hehe sebab dah dua minggu ni kucingku si Mili n Niko dah mula bising balik, senak telinga ni dibuatnya..

Kucing betina mengalami kematangan seksual pada umur yang berbeza bergantung pada baka. Sesetengah baka seperti Siamese akan mula 'in heat' seawal umur 5 bulan, manakala bagi baka berbulu panjang seperti Persians akan hanya matang pada usia 10 bulan ke atas. 

Kucing merupakan haiwan yang mengawan bermusim @ 'seasonally polyestrous', yang bermakna mereka boleh mengalami musim mengawan atau in heat ini berulangkali dalam setahun melainkan mereka dapat mengawan. Faktor sekitaran juga mempengaruhi musim mengawan kucing iaitu waktu siang yang panjang melebihi 12 jam, suhu persekitaran dan juga kehadiran kucing-kucing lain. 

Oleh kerana kucing dikenali sebagai haiwan 'primarily induced ovulator' ie tingkahlaku mengawan yang akan menyebabkan mereka bertelur @ ovulate, seekor kucing akan sentiasa mengalami kitaran in heat mereka sehinggalah mereka 'mating'. 

Terdapat beberapa peringkat apabila kucing 'in heat' seperti di bawah:

Proestrus:

Peringkat atau fasa pertama 'in heat' ini berlaku selama satu atau dua hari. Pada ketika ini vulva kucing akan membesar sedikit dan kelihatan basah (tetapi selalunya tidak begitu ketara). kucing betina ini akan menjadi agak gelisah, bertambah selera makan dan lebih manja kepada tuannya.

Pada ketika ini ianya akan menarik kucing jantan tetapi masih tidak ingin mengawan. Kucing betina juga akan kencing di kawasan tertentu rumah sebagai tanda, dan peringkat ini dikenali sebagai peringkat 'courtship'. dimana exposure kepada kucing jantan akan menjadi stimulus hormon untuk full heat.

Jika kita tak mahu kucing kita hamil, kita sepatutnya mengambil langkah awal apabila kucing mula menunjukkan tanda2 proestrus ini.

Estrus:

Peringkat atau fasa kedua ialah peringkat penerimaan sexual (sexual receptivity). Peringkat ini biasanya dikenali oleh pembiak kucing @ breeders sebagai 'heat' dan ianya berlangsung antara 4-6 hari. Kucing betina dalam fasa ini akan mengeow dengan lebih panjang dan kuat, dan agak kerap serta constant. Terdapat perubahan yang ketara dalam behaviour kucing dalam fasa estrus ini. Kucing akan menjadi lebih manja berlebihan dengan manusia, kerap menggesel dan 'weaves' dicelah-celah kaki, menggoyangkan pelvisnya serta menggolekkan badan diatas lantai. Apabila kita cuba mengangkatnya ketika bergolek di lanti, kucing akan menangkap tangan kita dan kadang-kadang menggigit.

Semakin kuat 'urge' untuk mengawan, semakin kuat kucing teresbut mengeow hingga kadang-kadang ianya kedengaran seperti dalam kesakitan. Tangisan seperti ini akan menarik kucing jantan dari jauh dan dekat. 

Untuk memastikan kucing betina kita itu telah bersedia untuk mengawan (receptive for mating), kita boleh memegang tengkuknya dan mengurut badannya kebawah menghala ke ekor. Jika kucing di dalam fasa estrus, dia akan menaikkan punggungnya ke atas, menggerakkan ekornya ke sebelah dan punggungnya akan turun naik dengan menggunakan gerakan kaki belakang. 

Fasa estrus ini biasanya bertahan antara 4-10 hari.

Interestrus:

Fasa ketiga ini berlangsung selama 7-14 hari. Dalam fasa ketiga ini, kucing betina akan menolak untuk mating dan akan melawan secara aggresif jika ada kucing jantan yang cuba untuk mengawan dengannya. 

Apa yang berlaku dalam fasa interestrus ini bergantung kepada apa yang berlaku semasa estrus. Jika tiada pengawanan berlaku, kucing betina akan melalui fsa intersetrus ini selama 7-14 hari, sebelum memulakan kitaran baru dengan fasa proestrus dahulu diikuti estrus. Sekiranya berlaku ovulasi dari sexual intercourse tetapi kucing itu tidak mengandung, kucing akan memasuki fasa 'pseudopregnancy' yang berlaku selama 36 hari, Jika kucing tersebut berjaya hamil, anak kucing akan dilahirkan dalam anggaran 63 hari kemudian. 

Anestrus:

Fasa keempat ialah fasa dimana kucing memasuki jangkawaktu berehat dari reproduksi (reproductive rest). Fasa ini juga diguna pakai untuk kucing2 betina yang tidak lagi mengalami kitaran reproduksi fasa pertama hingga ketiga. 


Jadi, beberapa perubahan sikap kucing yang kita boleh jangkakan jika kucing kita in heat adalah seperti berikut:

1. Terlebih manja..



Kucing kita akan terlebih manja dari biasa, dan dia akan sentiasa menggeselkan baddannya dikaki kita atau perabut semasa estrus, dan sekiranya kita ada kucing jantan yang belum dineuter, kucing betina itu akan sentiasa berusaha menarik perhatiannya. 

2. Sentiasa berada dalam kedudukan 'mating' ie lordosis..



Dalam keadaan ini biasanya kepala kucing akan rendah ke bawah manakala bahagian sisi dan belakangnya akan tinggi sedikit. Kucing betina juga akan mengalihkan ekornya ketepi bagi mendedahkan bahagian vaginanya.

3. Mengeluarkan bunyi yang bising..


Kucing akan mengeow dengan lebih kerap dan lebih bising, bertujuan untuk menarik perhatian kucing jantan.

4. Spray atau marking..


Tak semua kucing betina akan spray atau marking urine mereka dirumah, tetapi jika ianya berlaku ia merupakan satu proses yang natural..walaupun kita akan rasa geram. Kucing betina akan menanda kawasan untuk menarik kucing jantan..

5. Kerap menjilat vagina..


Kucing betina akan kerap menjilat vagina mereka yang kelihatan sedikit membengkak..

So jika kita tak nak bagi kucing2 kita melalui kitaran ini dan mengandung, rasanya lebih baik kita mandulkan lebih awal.