Wednesday, 21 May 2014

Aggression in cats....masalah yang kita sering hadapi..

Wow, sedar tak sedar dah 4 bulan aku tak menjenguk blog ni..tak berkesempatan kerana sibuk melayan kesibukkan anakku yang mewakili Girl Guides Malaysia ke Russia hujung April baru2 ini, first attempt n they made it with victories! Really proud of them, worth the effort, more proud to perform in front of Raja Permaisuri Agung before the certificate giving ceremony on this 11th June 2014. 

Berbalik pada isu kucing..rasanya ramai antara kita peminat kucing yang pernah kena gigit oleh kucing kesayangan kita sendiri, dan ada waktunya kita sendiri tak tau kenapa kucing kita tiba2 bertukar sifat dari penyayang dan cudly kepada garang dan kasar. Ada waktunya kecederaan yang dialami agak serius dan memerlukan rawatan di klinik. So kali ni kita cerita tentang masalah sikap ganas atau "aggression" pada kucing..

AGGRESSION IN CATS..

Aggression merupakan masalah tingkahlaku kedua yang paling kerap berlaku pada kucing, walaupun ianya tidak dianggap merbahaya berbanding masalah yang sama pada anjing, mungkin kerana kebanyakan kita menganggap kucing berbadan kecil dan tidak mungkin boleh menyebabkan kecederaan teruk jika dibandingkan dengan akibat digigit anjing. Sebenarnya serangan oleh kucing tidak boleh dipandang ringan, kerana kucing sebenarnya mempunyai 5 senjata : gigi2 yang tajam dan 4 set kuku yang tajam..berbanding dengan anjing yang hanya menggunakan mulut. Mereka boleh menggigit dan mencakar, menyebabkan luka laserasi yang dalam, yang menyakitkan dan sangat mudah dijangkiti. Mangsa juga boleh mendapat jangkitan seperti flu yang dikenali sebagai "Cat scratch fever". 

Apa itu 'aggression'?: 

Aggression merupakan tingkahlaku yang merbahaya dan mengancam terhadap individu lain samada terhadap manusia, kucing lain atau haiwan lain. Kebanyakan haiwan menunjukkan sikap aggresif atau aggression ini untuk tujuan melindungi kawasan, melindungi anak2nya dan juga bila terasa terancam oleh sesuatu. Ia merupakan satu kelakuan yang kompleks yang ditunjukkan oleh haiwan, manakala bagi kucing peliharaan pula ia boleh ditunjukkan sebagai 'hissing' dan menjauhi ancaman sehinggalah kepada menyerang ancaman tersebut.






Anak kucing belajar untuk mempercayai dan mengenali manusia sejak dari kecil, dan kepercayaan ini perlu cukup kuat untuk mengatasi ketakutannya dan mengelakkan sikap menjauhi @ avoidance seperti yang selalu kita lihat pada kucing2 yang meliar. Kucing2 yang terlepas fasa mengenali manusia seawal usia 3 hingga 9 minggu kebanyakkannya akan sukar untuk didekati dan kebanyakkannya akan sentiasa memiliki rasa cemas apabila didekati oleh manusia yang tidak dikenalinya.

Terdapat banyak keadaan dimana sikap aggresif kucing ini yang tidak diketahui puncanya ini disebabkan oleh persekitaran yang membawa kepada ketakutan yang keterlaluan. Kucing yang stress atau tertekan boleh menyerang kucing lain secara tiba2 atau manusia yang berhampiran, walaupun mereka bukan penyebab kepada stress yang dialaminya. Kucing yang baru bergaduh dengan kucing lain mungkin boleh diam apabila dipegang oleh sesiapa tetapi akan mencakar atau menggigit orang lain yang berhampiran pada masa yang sama...dan kelakuan ini dipanggil displaced aggression. 

Sesetengah kucing, apabila digosok dibahagian perut atau dibelakang menghampiri ekornya, akan tiba2 berpusing dan menggigit atau mencakar. Tindakan ini menunjukkan kucing tersebut tidak suka di "petting" atau dimanjakan. Sebahagian kucing suka apabila dimanjakan atau "petted", sebahagian kucing tidak. Ada sesetengah kucing suka dimanjakan untuk seketika tetapi tidak suka berlebihan. Sebelum bersikap agresif biasanya kucing akan memberi tanda atau signal tertentu..seperti telinga kebelakang, lashing tail, twitching of skin, ataupun mengeluarkan bunyi yang vocal. 

Terdapat berbagai jenis aggression, dan antara yang paling bahaya dikenali sebagai "redirected aggression". Ini kerana dalam "redirected aggression", gigitan biasanya tidak dapat disekat, dan kesan dari serangan ini menakutkan dan 'damaging'. Ianya terjadi apabila seekor kucing itu diuja (aroused) dan disakiti (agitated) secara aggresif oleh sesuatu ie kucing lain, anjing atau manusia, yang tidak dapat didekatinya (eg: dipisahkan oleh dinding kaca, tingkap dsb). Apabila ianya tidak dapat mendekati punca kemarahannya, kucing tersebut berpaling dan melepaskan kemarahannya menyerang sesuatu atau sesiapa yang berdekatan dengannya.  Jarak waktu dari ketika kucing tersebut marah hingga ke waktu kemarahannya itu dilepaskan mungkin boleh berjam2..tetapi kucing itu hanya akan menyerang sesiapa yang mendekatinya sahaja. Tindakbalas itu selalunya terjadi seperti reflex yang tidak disengajakan. Sebab itu amat tidak digalakkan untuk kita meleraikan kucing yang bergaduh atau menghampiri kucing yang menunjukkan tanda2 sedang marah, walaupun itu kucing kesayangan kita..

Antara punca2 penyebab sikap "redirected aggression" ialah:
- melihat kucing lain diluar
- melihat burung atau tupai atau haiwan2 mangsa yang lain
- menghidu bau kucing lain pada pakaian tuannya atau sesiapa yang berhampiran
- masuk ke dalam rumah selepas dibiarkan bermain diluar bagi kucing indoor
- mendengar bunyi bising yang nyaring
- selepas ditakutkan atau diserang oleh anjing
- apabila manusia cuba meleraikan kucing yang sedang bergaduh

Selain dari stress persekitaran, kucing kita juga boleh bersikap aggresif sekiranya sedang mengalami beberapa masalah kesihatan, seperti masalah thyroid, kesakitan, kelaparan ataupun keletihan fizikal. 

Sekiranya kucing kita jenis yang anti social atau tidak friendly, kita biarkan kucing tersebut bertenang sekiranya kucing itu bersikap aggresif dan jangan dipaksa untuk menghadapi punca yang menyebabkan sikap aggresif tersebut. 

Bagi kucing yang ketakutan, seeloknya kita biarkan sahaja ia tenang sendiri. Kita perlu meminimakan apa2 stimulus yang boleh menyebabkan ketakutan. Salah satu cara ialah dengan memberikan kucing itu makanan, kita boleh duduk berhampiran untuk membantu menenangkannya dengan mengurut perlahan2..tetapi jika kucing tersebut terlalu takut, seeloknya kita biarkan dia makan sendirian. 

Bagi kucing yang suka dimanjakan, tidak digalakkan bergurau secara kasar atau berlebihan kerana ianya boleh bertukar kepada rough play dan kemudiannya aggression. Jangan sesekali bermain dengan kucing2, yang kelihatan sangat relax, dengan menggunakan tangan atau anggota badan kita sebagai mainan atau toy. 

Paling penting...apabila tiba2 kita digigit kucing, jangan sesekali menarik anggota yang digigit serta merta..kerana kucing tersebut akan semakin menggigit dan boleh mendatangkan kecederaan yang teruk. Sebaiknya kita biarkan sementara menanti kucing itu tenang sedikit dan melepaskan gigitan tersebut.




Beberapa tanda kucing kita sedang marah...







So...harapnya kita boleh mengenalpasti keadaan dimana kucing kita dalam keadaan yang tidak selesa, stress atau ketakutan yang boleh menyebabkan sikap aggresif..

9 comments:

  1. assalam begini nak tanya kucing hamba mengalami bernafas yang tercungap-cungap..akan tetapi dah bawa ke vet doktoe vet cakap penat atau lelah...dah bagi ubat doktor namajadi macam sama juga injection pun macam tu...air kelapa,air zam dan glukos dah bagi...tp nothing..kenapa yaaa...apa yang perlu hamba buat..huhuhuuuwaaa sedih tengok dia bernafas.ada cara lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Optimus Prime..saya nak tanya adakah kucing u sihat sebelum ni? Ada tak dia mengalami kecederaan apa2 atau tiba2 terus sakit dan mencungap2? Jika vet mengatakan ianya asthma, saya percaya vet akan memberikan ubat yang kita panggil steroid atau prednisolone untuk diberikan pada kucing. Kebiasaannya asthma pada kucing mungkin disebabkan faktor luaran, samada kita ada menggunakan spray chemical yang baru didalam rumah, perabut baru, jenis makanan baru untuk kucing dan beberapa perkara lagi yang perlu diambil kira. Jika ye, kucing tu perlu ditempatkan dikawasan yang berasingan untuk kurangkan pendedahan pada faktor penyebab. Tak perlu berikan dia air kelapa, cukup dengan memastikan dia boleh makan dan minum sedikit demi sedikit.
      Jika ada demam mungkin kucing u mengalami jangkitan virus atau bakteria dan perlu diberikan antibiotik oleh vet.
      Jika tak ada kurang dengan ubat yang diberikan saya nasihatkan bawa dia ke hospital vet yang terdekat ye

      Delete
  2. Assalam.. KD . Nk tnya.. kenapa kucing yg bru saya bela klmarin.. dea x mau buang air walaupon dh letak litter box. Tp tuan dlu kta kucing tu diajar buang air dlm tandas. Mcm mana tu? Dan bila kucing baru(betina umur 6 bulan) ngan kucing lama (jantan umur 6 bulan) jumpa, Kucing lama 'hissing'. Mcm mna nk bg dua ekor tu rapat ye? Dan klau x kberatan nk blas mesej saya, blas dkt no 0175818113.. terima kasih. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..kebiasaannya kucing yg baru bertukar tempat akan mengambil masa utk menyesuaikan diri. Berkemungkinan juga kucing tersebut dilatih membuang najis didalam tandas tanpa litterbox. Utk melatihnya semula u boleh cuba letakkan litterbox tersebut didalam tandas utk kucing tu gunakan.
      Utk menjadikan kucing2 u rapat antara yg lama dan yg baru, biarkan mereka bebas dlm satu kawasan yg sama tanpa diasingkan. Hissing pada peringkat awal perkenalan sangat biasa.

      Delete
  3. Salam KD.sy ad membela seekor kucing betina.indoor cat.dia sgt mnja dgn sy & suami semasa di rumah..tp bl sy bw balik ke kampung dia berubah menjdi aggresif.sgt garang..dgn sy pon dia garang.smpaikan dlm kereta,jika ad adik2 sy tumpang dia jd garang.tp bila bw balik ke rumah dia berubah 360 jd sgt mnja.sedih sy kucing sy selalu dibanding2 kan dgn kucing lain di kampung.mcm mn sy nak jinakkan dia smasa di kg ya?mohon penjelasan.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, saya dah jawab pada soalan u di posting yg lain ye..

      Delete
  4. salam KD.. saya nak tanya.. kucing betina saya berumur 1 tahun n jantan 12 bulan.. sekarang nie saya nak bagi kucing betina saya buntin tapi masalah nye kucing betina saya garang n ketika kucing jantan nak gigit kucing betina saya mengelak.. macam mana nak pastikan kucing betina saya in heat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Kucing betina bila on heat akan menunjukkan tanda2 yg jelas seperti mengeow berterusan, menggesel2 etc seperti bersedia utk mating. Bila dia tak ready dia akan aggresive dan marah pada kucing jantan yg cuba mating dgnnya. Berikan dia masa cuma biarkan kedua2 kucing sentiasa dlm kawasan atau sekitaran yg sama, insyaAllah mereka akhirnya akan mating. Jika ada kucing jantan lain mungkin kucing betina akan menunjukkan preference pada kucing yg disenanginya

      Delete
  5. Terbaik la dpt menjawab smua ptanyaan.. Byk info yg Sya dpt.. trima kasih

    ReplyDelete