Wednesday 21 May 2014

Aggression in cats....masalah yang kita sering hadapi..

Wow, sedar tak sedar dah 4 bulan aku tak menjenguk blog ni..tak berkesempatan kerana sibuk melayan kesibukkan anakku yang mewakili Girl Guides Malaysia ke Russia hujung April baru2 ini, first attempt n they made it with victories! Really proud of them, worth the effort, more proud to perform in front of Raja Permaisuri Agung before the certificate giving ceremony on this 11th June 2014. 

Berbalik pada isu kucing..rasanya ramai antara kita peminat kucing yang pernah kena gigit oleh kucing kesayangan kita sendiri, dan ada waktunya kita sendiri tak tau kenapa kucing kita tiba2 bertukar sifat dari penyayang dan cudly kepada garang dan kasar. Ada waktunya kecederaan yang dialami agak serius dan memerlukan rawatan di klinik. So kali ni kita cerita tentang masalah sikap ganas atau "aggression" pada kucing..

AGGRESSION IN CATS..

Aggression merupakan masalah tingkahlaku kedua yang paling kerap berlaku pada kucing, walaupun ianya tidak dianggap merbahaya berbanding masalah yang sama pada anjing, mungkin kerana kebanyakan kita menganggap kucing berbadan kecil dan tidak mungkin boleh menyebabkan kecederaan teruk jika dibandingkan dengan akibat digigit anjing. Sebenarnya serangan oleh kucing tidak boleh dipandang ringan, kerana kucing sebenarnya mempunyai 5 senjata : gigi2 yang tajam dan 4 set kuku yang tajam..berbanding dengan anjing yang hanya menggunakan mulut. Mereka boleh menggigit dan mencakar, menyebabkan luka laserasi yang dalam, yang menyakitkan dan sangat mudah dijangkiti. Mangsa juga boleh mendapat jangkitan seperti flu yang dikenali sebagai "Cat scratch fever". 

Apa itu 'aggression'?: 

Aggression merupakan tingkahlaku yang merbahaya dan mengancam terhadap individu lain samada terhadap manusia, kucing lain atau haiwan lain. Kebanyakan haiwan menunjukkan sikap aggresif atau aggression ini untuk tujuan melindungi kawasan, melindungi anak2nya dan juga bila terasa terancam oleh sesuatu. Ia merupakan satu kelakuan yang kompleks yang ditunjukkan oleh haiwan, manakala bagi kucing peliharaan pula ia boleh ditunjukkan sebagai 'hissing' dan menjauhi ancaman sehinggalah kepada menyerang ancaman tersebut.






Anak kucing belajar untuk mempercayai dan mengenali manusia sejak dari kecil, dan kepercayaan ini perlu cukup kuat untuk mengatasi ketakutannya dan mengelakkan sikap menjauhi @ avoidance seperti yang selalu kita lihat pada kucing2 yang meliar. Kucing2 yang terlepas fasa mengenali manusia seawal usia 3 hingga 9 minggu kebanyakkannya akan sukar untuk didekati dan kebanyakkannya akan sentiasa memiliki rasa cemas apabila didekati oleh manusia yang tidak dikenalinya.

Terdapat banyak keadaan dimana sikap aggresif kucing ini yang tidak diketahui puncanya ini disebabkan oleh persekitaran yang membawa kepada ketakutan yang keterlaluan. Kucing yang stress atau tertekan boleh menyerang kucing lain secara tiba2 atau manusia yang berhampiran, walaupun mereka bukan penyebab kepada stress yang dialaminya. Kucing yang baru bergaduh dengan kucing lain mungkin boleh diam apabila dipegang oleh sesiapa tetapi akan mencakar atau menggigit orang lain yang berhampiran pada masa yang sama...dan kelakuan ini dipanggil displaced aggression. 

Sesetengah kucing, apabila digosok dibahagian perut atau dibelakang menghampiri ekornya, akan tiba2 berpusing dan menggigit atau mencakar. Tindakan ini menunjukkan kucing tersebut tidak suka di "petting" atau dimanjakan. Sebahagian kucing suka apabila dimanjakan atau "petted", sebahagian kucing tidak. Ada sesetengah kucing suka dimanjakan untuk seketika tetapi tidak suka berlebihan. Sebelum bersikap agresif biasanya kucing akan memberi tanda atau signal tertentu..seperti telinga kebelakang, lashing tail, twitching of skin, ataupun mengeluarkan bunyi yang vocal. 

Terdapat berbagai jenis aggression, dan antara yang paling bahaya dikenali sebagai "redirected aggression". Ini kerana dalam "redirected aggression", gigitan biasanya tidak dapat disekat, dan kesan dari serangan ini menakutkan dan 'damaging'. Ianya terjadi apabila seekor kucing itu diuja (aroused) dan disakiti (agitated) secara aggresif oleh sesuatu ie kucing lain, anjing atau manusia, yang tidak dapat didekatinya (eg: dipisahkan oleh dinding kaca, tingkap dsb). Apabila ianya tidak dapat mendekati punca kemarahannya, kucing tersebut berpaling dan melepaskan kemarahannya menyerang sesuatu atau sesiapa yang berdekatan dengannya.  Jarak waktu dari ketika kucing tersebut marah hingga ke waktu kemarahannya itu dilepaskan mungkin boleh berjam2..tetapi kucing itu hanya akan menyerang sesiapa yang mendekatinya sahaja. Tindakbalas itu selalunya terjadi seperti reflex yang tidak disengajakan. Sebab itu amat tidak digalakkan untuk kita meleraikan kucing yang bergaduh atau menghampiri kucing yang menunjukkan tanda2 sedang marah, walaupun itu kucing kesayangan kita..

Antara punca2 penyebab sikap "redirected aggression" ialah:
- melihat kucing lain diluar
- melihat burung atau tupai atau haiwan2 mangsa yang lain
- menghidu bau kucing lain pada pakaian tuannya atau sesiapa yang berhampiran
- masuk ke dalam rumah selepas dibiarkan bermain diluar bagi kucing indoor
- mendengar bunyi bising yang nyaring
- selepas ditakutkan atau diserang oleh anjing
- apabila manusia cuba meleraikan kucing yang sedang bergaduh

Selain dari stress persekitaran, kucing kita juga boleh bersikap aggresif sekiranya sedang mengalami beberapa masalah kesihatan, seperti masalah thyroid, kesakitan, kelaparan ataupun keletihan fizikal. 

Sekiranya kucing kita jenis yang anti social atau tidak friendly, kita biarkan kucing tersebut bertenang sekiranya kucing itu bersikap aggresif dan jangan dipaksa untuk menghadapi punca yang menyebabkan sikap aggresif tersebut. 

Bagi kucing yang ketakutan, seeloknya kita biarkan sahaja ia tenang sendiri. Kita perlu meminimakan apa2 stimulus yang boleh menyebabkan ketakutan. Salah satu cara ialah dengan memberikan kucing itu makanan, kita boleh duduk berhampiran untuk membantu menenangkannya dengan mengurut perlahan2..tetapi jika kucing tersebut terlalu takut, seeloknya kita biarkan dia makan sendirian. 

Bagi kucing yang suka dimanjakan, tidak digalakkan bergurau secara kasar atau berlebihan kerana ianya boleh bertukar kepada rough play dan kemudiannya aggression. Jangan sesekali bermain dengan kucing2, yang kelihatan sangat relax, dengan menggunakan tangan atau anggota badan kita sebagai mainan atau toy. 

Paling penting...apabila tiba2 kita digigit kucing, jangan sesekali menarik anggota yang digigit serta merta..kerana kucing tersebut akan semakin menggigit dan boleh mendatangkan kecederaan yang teruk. Sebaiknya kita biarkan sementara menanti kucing itu tenang sedikit dan melepaskan gigitan tersebut.




Beberapa tanda kucing kita sedang marah...







So...harapnya kita boleh mengenalpasti keadaan dimana kucing kita dalam keadaan yang tidak selesa, stress atau ketakutan yang boleh menyebabkan sikap aggresif..

26 comments:

  1. assalam begini nak tanya kucing hamba mengalami bernafas yang tercungap-cungap..akan tetapi dah bawa ke vet doktoe vet cakap penat atau lelah...dah bagi ubat doktor namajadi macam sama juga injection pun macam tu...air kelapa,air zam dan glukos dah bagi...tp nothing..kenapa yaaa...apa yang perlu hamba buat..huhuhuuuwaaa sedih tengok dia bernafas.ada cara lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Optimus Prime..saya nak tanya adakah kucing u sihat sebelum ni? Ada tak dia mengalami kecederaan apa2 atau tiba2 terus sakit dan mencungap2? Jika vet mengatakan ianya asthma, saya percaya vet akan memberikan ubat yang kita panggil steroid atau prednisolone untuk diberikan pada kucing. Kebiasaannya asthma pada kucing mungkin disebabkan faktor luaran, samada kita ada menggunakan spray chemical yang baru didalam rumah, perabut baru, jenis makanan baru untuk kucing dan beberapa perkara lagi yang perlu diambil kira. Jika ye, kucing tu perlu ditempatkan dikawasan yang berasingan untuk kurangkan pendedahan pada faktor penyebab. Tak perlu berikan dia air kelapa, cukup dengan memastikan dia boleh makan dan minum sedikit demi sedikit.
      Jika ada demam mungkin kucing u mengalami jangkitan virus atau bakteria dan perlu diberikan antibiotik oleh vet.
      Jika tak ada kurang dengan ubat yang diberikan saya nasihatkan bawa dia ke hospital vet yang terdekat ye

      Delete
  2. Assalam.. KD . Nk tnya.. kenapa kucing yg bru saya bela klmarin.. dea x mau buang air walaupon dh letak litter box. Tp tuan dlu kta kucing tu diajar buang air dlm tandas. Mcm mana tu? Dan bila kucing baru(betina umur 6 bulan) ngan kucing lama (jantan umur 6 bulan) jumpa, Kucing lama 'hissing'. Mcm mna nk bg dua ekor tu rapat ye? Dan klau x kberatan nk blas mesej saya, blas dkt no 0175818113.. terima kasih. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..kebiasaannya kucing yg baru bertukar tempat akan mengambil masa utk menyesuaikan diri. Berkemungkinan juga kucing tersebut dilatih membuang najis didalam tandas tanpa litterbox. Utk melatihnya semula u boleh cuba letakkan litterbox tersebut didalam tandas utk kucing tu gunakan.
      Utk menjadikan kucing2 u rapat antara yg lama dan yg baru, biarkan mereka bebas dlm satu kawasan yg sama tanpa diasingkan. Hissing pada peringkat awal perkenalan sangat biasa.

      Delete
  3. Salam KD.sy ad membela seekor kucing betina.indoor cat.dia sgt mnja dgn sy & suami semasa di rumah..tp bl sy bw balik ke kampung dia berubah menjdi aggresif.sgt garang..dgn sy pon dia garang.smpaikan dlm kereta,jika ad adik2 sy tumpang dia jd garang.tp bila bw balik ke rumah dia berubah 360 jd sgt mnja.sedih sy kucing sy selalu dibanding2 kan dgn kucing lain di kampung.mcm mn sy nak jinakkan dia smasa di kg ya?mohon penjelasan.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, saya dah jawab pada soalan u di posting yg lain ye..

      Delete
  4. salam KD.. saya nak tanya.. kucing betina saya berumur 1 tahun n jantan 12 bulan.. sekarang nie saya nak bagi kucing betina saya buntin tapi masalah nye kucing betina saya garang n ketika kucing jantan nak gigit kucing betina saya mengelak.. macam mana nak pastikan kucing betina saya in heat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Kucing betina bila on heat akan menunjukkan tanda2 yg jelas seperti mengeow berterusan, menggesel2 etc seperti bersedia utk mating. Bila dia tak ready dia akan aggresive dan marah pada kucing jantan yg cuba mating dgnnya. Berikan dia masa cuma biarkan kedua2 kucing sentiasa dlm kawasan atau sekitaran yg sama, insyaAllah mereka akhirnya akan mating. Jika ada kucing jantan lain mungkin kucing betina akan menunjukkan preference pada kucing yg disenanginya

      Delete
  5. Terbaik la dpt menjawab smua ptanyaan.. Byk info yg Sya dpt.. trima kasih

    ReplyDelete
  6. Kenape anak kucing saya menggaru badan nya sendiri sehingga menyakiti diri sendiri sehingga berdarah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya anak kucing akan menggaru kerana ada jangkitan flea atau kutu atau fungal yang menyebabkan kegatalan melampau. Semua itu perlu dirawat terlebih dahulu dan sekiranya dia masih terus menggaru berlebihan walaupun masalah asalnya dah sembuh sepenuhnya, ini mungkin aggression dan agak sukar utk dirawat.

      Delete
  7. hi sy nak tanya, sy ada bela sekor kucing betina dalam umur 7 bulan, pastu sy bela sekor kucing jantan 8 bulan. kucing jantan and betina ni sy dah try baikkan dekat dua bulan dah. yg betina sy dah mandulkan, yg jantan belum lagi. skrg ni yg jantan asyik nak bergaduh dgn yg betina,kejar and gaduh sampai terkencing2. sy terpaksa asingkan kucing2 ni. tapi tak nampak ada perubahan yg dieorg boleh bebaik. sy tak rasa yg jantan on heat sbb takde tanda2 nak mating sampai dia jadi terlalu agresif pada kucing betina. sy dah give up nak jaga yg jantan sbb tak sampai hati tgk kucing betina sy takut and luka2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi..maaf saya lewat..

      sya kirakan kucing jantan u tidak selesa dan merasa terancam dengan kucing betina tersebut, memandangkan kucing betina telah dimandulkan jadi dia tidak tertarik kepada kucing jantan tersebut. Jika sukar, memang perlu diasingkan ie dikurung berasingan, sehingga kucing jantan tersebut dimandulkan.

      Delete
  8. Hi..saya nak tanya..saya ada bela kucing betina (dah dimandulkan) beberapa taun dh..baru2 ni sy ada adopt anak kucing 3bulan(jantan&belum dimandulkan)..saya cuba untuk baikkan mereka..tp mcm tak boleh..kucing betina sy tu selalu kacau..smpai takut anak kucing tu..saya dh buntu..tp sy sayang sgt..kalau boleh nk elakkan bagi dekat orang lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Kaseh..anak kucing pada usia 3 bulan masih suka bermain2 dan aktif, jika kucing betina suka mengacaunya tetapi tidak menyebabkan mereka bergaduh..biarkan saja mereka duduk didalam kawasan atau ruang yang sama. lama2 mereka akan berbaik2, ianya mengambil masa

      Delete
  9. hi, saya nak tanya. semalam kucing saya baru lepas bergaduh dengan kucing lain. selepas itu, tiba tiba je kucing saya jadi garang. bila saya nak angkat dia tiba tiba je jadi garang dan nak marah. dia taknak kena sentuh sangat. sentuh tempat tertentu je boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..kucing u masih di dlm keadaan trauma akibat pergaduhan tersebut. Ada kemungkinan dia turut cedera yg menyebabkan dia tidak mau disentuh. Buat masa ni biarkan dia sendirian dulu ye sehingga dia rasa cukup selamat utk kita sentuh

      Delete
  10. Saya nak tnya jika kucing trauma dia dan 4ekor anaknya masih kecik diserang musang yg masuk rumah.da disebabkan kes itu dia jadi kurus mendadak berat badannya serta jika bunyi kucing lain di luar bilik atau rumah.dia pasti akan serang kucing berhampiran dgn sangat kasar.apa perlu saya buat ya.hingga tangan saya setiap hari berdarah teruk di xakar sangat meleraikan gigitan nya pada kucing indoor lain dan juga saat menenangkan dia..pls tell me what should i do ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf saya lewat menjawab soalan ini.
      kucing tersebut mengalami trauma yang teruk dan sentiasa rasa tidak selamat walaupun di dalam rumah dan dengan kucing2 indoor yang lain.saya suggestkan u letakkan dia didalam sangkar yang besar dan selesa didalam rumah bersama anak2nya, lepaskan sesekali untuk anak2nya keluar bermain sehingga dia rasa dirinya selamat. jika kucing u bergaduh jgn dileraikan menggunakan tangan kerana semua kucing akan bertindak ganas bila merasakan dirinya tidak selamat. lebih baik leraikan menggunakan penyapu yang lembut dan biarkan kucing tersebut bertenang sendiri

      Delete
  11. Salam kD Saya Ada 7 ekor kucing 3 ekor jantan yg 4 ekor ni betina.Ni 1 mak Semua yg jantan Saya simpan dlm kandang dgn 2 ekor betina dlm kandang kecuali Mak dia dgn seekor yg betina anak sulung.masalahnya walaupun dlam kandang selalu je bising hissing yg nak gaduh tuh sebelum ni takda.soalan syaa macamna nak elakkan Semua kucing ni bergaduh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak elakkan Semua kucing ni dr bergaduh.pening tgok asik nak gaduh walaupun dlm kandang yg berasingan

      Delete
    2. kucing jantan memang akan bergaduh sesama sendiri apabila mereka dewasa dan sudah boleh mengawan, terutamanya jika ada betina berhampiran. Jalan terbaik adalah dengan mengkasikan semua kucing2 tersebut, mereka akan berhenti bergaduh

      Delete
  12. Salam, saya nak tanya kucing saya 2 jantan dan 1 betina (berumur 2 bulan). Tetapi mereka kerap bergaduh sesama sendiri. Boleh saya tahu sebab apa mereka sering bergaduh?. Jadi saya perlu mengasingkan mereka sebab bila berada di dalam sangkar mereka akan bergaduh sesama sendiri sehingga berak-berak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya kucing akan bergaduh sesama sendiri bila mereka belum serasi bersama atau bila mereka berebutkan betina utk mengawan. paling mudah ialah dengan meneuterkan kesemua kucing tersebut.

      Delete
  13. Hello..kucing betina saya baru lepas beranak 2 bulan lebih yang lalu. Tapi sekarang ni mamacat sedang on heat lagi.dan saya sudah dptkan kucing jantan untuk mamacat. Tapi Masalahnya skrg kenapa mamacat menyerang anaknya sendiri yg baru berumur dua bulan lebih dan saya cuba mengambil anaknya tapi saya di cakar dan di gigit..(luka memang teruk juga ka)
    Apakah punca mamacat boleh jadi sangat agresif..

    ReplyDelete
  14. salam...saya mempunyai 9 ekor kucing semuanya baka yg bulu kembang yg kaki pendek yg muka penyek semua jenis ada, 5 ekor betina 4 jantan semuanya sudah sy mandul kn, masaalahnya skg yg ada sekor kucing jantan saya ni dh berusia 7thn saya baru membelanya 10 bulan, dia pantang tgk kucing saya yg paling lama dan dia lh kucing yg mula2 saya bela betia, dia mmg dok dlm rumah dan x pernah letak dlm sangkar yg lain 8 ekor lg masa nk tido sy akan masuk dlm sangkar,kucing jantan yh dh umur 7 thn ni mmg x blh langsung tgk yg sekor ni mesti dia akan kerja dan kerja kn dia teruk2 kasihan sy dgn kucing sy ni mcm mn saya nk buat dia tidak bergaduh lg mcm2 cara dh saya laku kn tapi x berjaya juga.

    ReplyDelete