Wednesday 5 September 2018

RAW FOOD DIET untuk kucing kesayangan kita..bolehkah diberikan?

Pelik bunyi soalan di atas kan? Ramai yang agak skeptikal dengan jawapan tentang memberi kucing2 kesayangan kita makan makanan mentah..

Jawapannya ialah YA, BOLEH diberikan makanan mentah untuk kucing2 kesayangan kita, tetapi ada cara yang perlu diketahui, juga pro n cons..

Instinct semulajadi kucing, termasuk juga kucing2 peliharaan kita yang comel dan manja, ialah untuk mencari makanan. Jika dibiarkan di luar rumah dalam keadaan liar, kucing akan berjaya mencari makanan sendiri dalam bentuk semulajadi, dan mentah.

Kucing merupakan obligate carnivore..dalam ertikata lain mereka perlukan 'daging' untuk hidup. Kucing tidak perlukan karbohidrat atau sayur2an untuk hidup, dan sebenarnya kucing hanya boleh menerima sedikit karbohidrat dalam pemakanan mereka. Sebaliknya, kucing amat memerlukan protin yang tinggi dan juga  yang kaya dengan amino acids seperti taurine, fatty acids, serta vitamin dan garam galian ie minerals yang terkandung didalam daging.


Apa sebenarnya Raw Diet untuk kucing?

Raw diet bermaksud memberikan kucing kita makan makanan yang tidak dimasak yang merangkumi daging mentah haiwan, daging dari organ haiwan dan juga tulang. Ini kita namakan BARF ie ' bones and raw food' atau 'biologically-appropriate raw food'. Paling mudah, ianya merangkumi daging mentah, organ mentah seperti hati ayam, jantung dan juga rangka haiwan yang boleh dan sesuai dimakan. Secara umumnya, seekor kucing liar akan memakan apa saja haiwan kecil yang bergerak seperti tikus, ikan, burung2, serangga, cicak dsbnya, jadi raw diet untuk kucing seolah2 memberikan kucing2 peliharaan kita  makanan mentah seperti yang tersebut.

Pro n Cons memberikan raw diet pada kucing..

Ada yang berpendapat memasak makanan akan menyebabkan kerosakan kepada daging atau mengubah komponen2 perlu yang ada di dalam daging. Mereka juga percaya raw diet memberikan kelebihan dari segi kesihatan kepada kucing, menjadikan kucing sihat dan aktif serta tidak gemuk, gigi yang lebih kuat dan bersih, bulu yang lebih bersinar serta kesihatan yang lebih baik secara keseluruhannya.

Pakar Veterinar menyatakan elemen utama yang tidak ada dalam makanan mentah ialah carbohydrate dalam bentuk starch dan gula.. Kedua2 bahan ini jika ada dalam kandungan makanan kucing boleh menyebabkan berbagai masalah kesihatan seperti diabetes, obesity, athritis dan inflammation serta masalah saluran kencing atau urinary tract disorder.

Tetapi perlu diingat daging mentah mempunyai beberapa kuman atau patoen tertentu seperti Salmonella dan E.Coli yang boleh memudaratkan kesihatan dan nyawa kucing. Jadi ada beberapa perkara yang kita perlu ambil kira jika ingin memberikan makanan mentah kepada haiwan peliharaan kita bagi mengelakkan bahaya kontaminasi.

Bagaimana nak menyediakan makanan raw food untuk kucing kita?

Yang paling utama ialah kebersihan ketika menyediakannya..

Untuk mengelakkan cross contamination kita perlu pastikan makanan mentah tersebut ie daging, ikan etc disimpan frozen, dinyahbeku secukupnya sebelum diberikan pada kucing.

Bekas makanan kucing juga perlu dibasuh bersih dan tidak dibiarkan begitu sahaja selepas memberikan mereka makan.

Bagi daing haiwan yang besar seperti daging lembu, turkey atau ayam, ianya perlu dibasuh bersih dan dipotong kecil2 atau dikisar dan sebelum diberikan kepada kucing. Jika ingin memberikan tulang mestilah bahagian tulang yang tidak menyebabkan kucing kita tercekik etc seperti bahagian dari burung puyuh, dada ayam.

So..ringkasnya memang boleh diberikan makanan mentah kepada kucing kita tetapi perlu disediakan dengan bersih dan berhati2.



Friday 25 March 2016

Kucing..kehamilan dan melahirkan..apa yang kita perlu tau..

Ramai antara kita yang memelihara kucing tapi tidak ramai yang tau mengenai kehamilan pada kucing, bagaimana caranya untuk menjaga kucing semasa mengandung dan sewaktu melahirkan serta selepas melahirkan. 

Kucing2 dirumahku sendiri telah beberapa kali bunting dan melahirkan, buat masa sekarang ni tinggal dua ekor saja yang bunting, dan bunting pada waktu yang lebih kurang sama.. Selepas dari kelahiran ini rasanya tak ada lagi yang akan bunting kerana jantan 3 ekorku telah pun dispay, di SPCA Ampang, dengan kos yang sangat murah ie rm 70 seekor. 

Berbalik pada kehamilan pada kucing...

Mengenali tahap kesuburan kucing:

Perkara paling awal ialah kita perlu mengenali peringkat2 kesuburan kucing kita terutama yang betina..ie waktu2 kucing itu in heat atau mengalami peringkat estrusnya..

1. Kucing akan mula mengalami peringkat estrusnya atau in heat apabila berat badannya telah mencapai 80% dari berat dewasanya, maknanya jika kucing kita agak gebu, dia boleh mula mengalami kematangan pada usia seawal 4 bulan. Kebiasaanya dari umur 6-12 bulan.


2. Perhatikan tanda2 kucing kita bersedia untuk mengawan. Apabila kucing kita bersedia untuk mengawan terdapat perubahan ketara dalam tingkah laku kucing, selain dari mengeow memanggil pasangannya, dia juga akan manja berlebihan dengan tuannya, serta kurang selera makan.



3. Jika kita pasti kucing kita melalui fasa in heat dan mating telah berlaku, kucing kita akan mengalami fasa "quiet" dimana dia akan kelihatan lebih tenang dari biasa. Fasa ini biasanya berlaku untuk 8-10 hari. Pada waktu ini kebarangkalian kehamilan telah bermula sentiasa ada dan kita boleh mula memerhatikan tanda2 kehamilan pada kucing kita. Jika kucing kita tidak hamil, selepas tempoh quiet berakhir, kucing akan mula in heat semula.


                                       




Tanda-tanda kucing kita hamil:

1. Puting susu kucing mula membengkak selepas 15-18 hari kehamilan, dan menjadi kemerah-merahan, serta adakalanya akan mengeluarkan cecair seperti susu. 




2. Perhatikan perubahan pada perut kucing kita ie "burro" shape. Bila kehamilan semakin besar, perut kucing kita akan kelihatan membesar dan menonjol. Kebanyakan kucing betina akan menunjukkan perubahan pada perut pada penghujung kehamilan, manakala jika kucing kita jenis yang gemuk atau obese, pertambahan berat dan kegemukkannya akan ketara pada semua bahagian badan, bukan setakat abdomen sahaja. 




3. Perhatikan perubahan sikap ibu kucing ie "nesting" behaviour. Beberapa hari sebelum kelahiran, kucing kita akan mula menunjukkan sikap ini, dimana dia akan lebih kerap mencari tempat2 yang tersorok dan dijangkakan selamat untuk melahirkan, seperti di almari baju, tempat susunan cadar, selimut, baju, tuala dan sebagainya, atau di sudut2 tertentu dan juga di syiling rumah jika ada laluan masuk. Ini merupakan persediaan awal kucing untuk memastikan dia selamat. 




Penjagaan untuk kucing yang hamil:

1. Sekiranya berkemampuan atau jika kita tidak pasti, kita boleh membawa kucing kita ke vet untuk mengenalpasti kehamilan. Vet akan memeriksa perut kucing, dan vet yang berpengalaman boleh merasa embrio dengan palpation pada usia kehamilan 17-25 hari. Biarkan vet yang berpengalaman melakukannya, kerana kita boleh menyebabkan kucing kita keguguran jika cuba melakukannya sendiri dgn cara yang salah.


2. Jika vet tidak pasti tentang kehamilan kucing dengan palpasi abdomen, kita boleh meminta vet untuk melakukan ultrasound. Dengan cara ini vet boleh menganggarkan jumlah anak dalam kandungan serta boleh mengesan degupan jantung pada usia kehamilan 20 hari keatas. 



3. Elakkan dari memberikan ubat, vaksin atau sebagainya jika kucing kita hamil tanpa mendapatkan konsultasi dari vet terlebih dahulu. 


4. Pada minggu-minggu akhir kehamilan, kita perlu meningkatkan pemberian makanan yang berkalori tinggi. Jika diperhatikan kucing yang hamil akan makan dengan lebih banyak dari biasa, dan berat badannya akan meningkat ketara pada minggu2 terakhir kehamilan. Oleh kerana anak2 kucing didalam rahim akan bertambah beratnya secara ketara pada 1/3 akhir tempoh kehamilan, seeloknya kita memberi kucing kita makan makanan untuk pertumbuhan (growth formula for kitten). 




5. Pada minggu2 terakhir kehamilan sebelum melahirkan, adalah lebih baik kita memastikan kucing kita berada dirumah sentiasa, supaya dia tidak melahirkan anak2 kucing di tempat yang kita tidak ketahui. Paling elok jika kita sediakan kotak yang sesuai ditempat yang terlindung sedikit, dan biasakan kucing untuk berehat didalam kotak tersebut sebelum bersalin. Kita boleh sediakan bekas makanan dan minuman serta litter box dikawasan berhampiran, supaya kucing kita selesa untuk melahirkan didalam kotak tersebut. 



Setiap kehamilan kucing akan mengambil masa selama 63-65 hari. Pada hari2 terakhir kehamilan, kucing kita akan menunjukkan tanda2 untuk bersalin. Pada minggu2 terakhir kehamilan, kucing akan mula menunjukkan perubahan sikap, kelenjar susunya akan semakin membengkak, dia akan kelihatan gelisah, mula mencari tempat2 yang tersorok seperti almari baju, almari kasut, timbunan kain2 yang lama atau sudut2 tertentu yang tersorok didalam rumah. Jika kita sudah menyediakan kotak dan jika dia yakin dan selesa dgn kotak tersebut, kita akan perhatikan kucing akan kerap keluar masuk dari kotak tersebut berulangkali. Sesetengah kucing tidak mau makan seperti biasa sehari dua sebelum melahirkan, sebahagian akan makan seperti biasa. 

Kucing merupakan haiwan yang sangat cekap dalam proses pembiakan, kebiasaanya amat jarang memerlukan bantuan manusia..pemerhatian secara senyap adalah digalakkan dengan gangguan yang paling minima..

# macamana nak tau kucing kita akan melahirkan?

- dalam 2 hari sebelum melahirkan kelenjar susu akan membengkak dengan ketara dan susu akan mula dikeluarkan.

Stage 1: Proses melahirkan selalunya bermula 12 jam sebelum anak pertama dilahirkan. Suhu badan kucing akan turun dan kurang selera makan yang ketara. Kucing juga akan kelihatan resah dan tidak selesa, kerap bergerak dari satu kawasan atau bilik ke kawasan atau bilik lain, menjadi terlebih jinak dan manja, purring, mengeow, kerap menjilat bahagian genitalianya dan adakalanya terdapat discaj dari vagina kucing.

Stage 2: Tanda yang paling ketara ialah kucing akan masuk ke tempat yang disediakan untuk bersalin atau ditempat yang dia rasa paling selamat untuk bersalin dan tidak keluar beberapa lama.

@ kucing akan mula mengalami contraction yang akan bertambah kuat dan lebih kerap

@ 'placental plug' yang melindungi rahim dari jangkitan akan terlebih dahulu dikeluarkan

@ ketika anak kucing didalam 'birth canal', akan kelihatan gelembung air amniotic yang keluar terlebih dahulu, dan ketika ini proses kelahiran akan berlaku sepenuhnya.

@ anak kucing boleh lahir dengan kaki hadapan dahulu atau kaki belakang dahulu, cuma jika dengan kaki belakang prosesnya agak lambat sedikit.

@ anak kucing yang pertama sepatutnya dilahirkan antara 30 min hingga 1 jam dari bermulanya contraction yang kuat, manakala anak kucing seterusnya antara 15-30 minit. 

@ oleh kerana uterus kucing mempunyai dua tanduk atau horn, akan ada waktu rehat antara 1 hingga beberapa jam untuk kelahiran seterusnya berlaku. 

@ anak kucing akan lahir bersama dengan placenta dan didalam sarung, dan ibu kucing akan memecahkan sarung ini denga menjilatnya. Ini perlu untuk mebenarkan anak kucing bernafas, dan jika ibu kucing tidak melakukannya kita boleh memecahkan sarung dengan menggunakan kain bersih serta membersihkan muka anak kucing tersebut. 

@ placenta akan melekat pada anak kucing dan ibu kucing akan memutuskannya dengan menggigit tali pusat serta memakan tisu placenta tersebut. Ianya adalah normal dan mendatangkan manfaat nutrisi pada ibu kucing.

@ perlu berhati2 dengan kucing yang dewasa dan telah beberapa kali bersalin kerana ada ketikanya mereka akan memakan anak kucing sendiri.


bersedia untuk kelahiran


ibu kucing akan membersihkan anak kucing
                                      







Seeloknya kita biarkan kucing membersihkan anak2nya sendiri tanpa diganggu, kerana jika kerap diganggu ia boleh mendatangkan stress pada ibu kucing. 


Kebiasaannya kucing akan melahirkan tanpa sebarang kesukaran. Tetapi jika kita dapati keadaan seperti berikut, kita perlu bawa ke vet dengan kadar segera iaitu:
- contraction yang berpanjangan dan sangat rapat jaraknya serta melebihi 1 jam
- jangkaan kehamilan kucing sudah melebihi anggaran hari, dan terdapat discaj berbau di vagina kucing
- apabila anak2 kucing telah lahir tetapi ibu kucing duduk dalam keadaan seperti singa ie lion pose dan kelihatan tidak selesa, berkemungkinan terdapat lagi anak kucing yang belum lahir atau ada placenta yang tertinggal.


Apa yang perlu kita lakukan selepas kucing melahirkan?

Jangan buat apa2..kebanyakan kucing akan berasa terancam jika kita kerap mengganggu ibu dan anak, dan ini boleh menyebabkan kucing cuba untuk memindahkan anak2nya ketempat lain. Ada juga kucing yang akan membunuh anaknya sendiri jika stress. Berikan kucing kita sedikit privasi..cuma check dua kali sehari untuk memastikan anak2 kucing yang baru itu dapat menyusu dengan baik..

Cuma pastikan bekas makanan, minuman dan litter box berada dikawasan berdekatan dengan tempat ibu kucing tersebut, dan dia bebas untuk makan dan minum. Ibu kucing akan terus menyusukan anak2 kucing sehingga mereka pandai makan dan minum sendiri ie pada umur sekitar 4-6 minggu.

Beberapa fakta yang elok diketahui..

1. Anak kucing boleh mula makan dan minum pada usia 4 hingga 6 minggu

2. Kucing betina boleh in heat semula semasa menyusukan seawal beberapa minggu usia anak kucing.

3. Anak2 kucing perlu diberikan ubat cacing apabila berumur 6 ke 8 minggu, dan pastikan ianya bebas flea.

4. Anak2 kucing tak digalakkan untuk dipisahkan dari ibu dibawah umur 8 minggu, seeloknya tunggu sehingga 10-12 minggu jika perlu dipisahkan. Ini  kerana mereka akan mula belajar social behaviour dari ibu dan sibling pada usia tersebut.
























Tuesday 29 September 2015

Mange : Jangkitan mites pada kucing

Dah agak lama aku tak menulis entri baru..agak sibuk dengan tugasan harian di klinik. Hanya sempat menjawab pertanyaan2 yang sentiasa ada dari penggemar kucing2 dalam beberapa topik yang pernah aku tulis.

Now, baru2 ni salah seekor kucingku mengalami jangkitan kulit berkeruping di telinganya. Puas dibersihkan dan diubati tapi ianya akan datang semula. Kerupingnya agak tebal dan boleh menyebabkan luka ditelinga jika dibiarkan. Puas meneliti, rupanya ada jangkitan mites atau dipanggil "Mange". So hari ni aku nak berkongsi ilmu tentang jangkitan mange pada kucing. 


APA ITU 'MANGE' PADA KUCING?

Mange agak jarang didiagnose pada kucing tetapi lebih kerap pada anjing, walaupun sebenarnya banyak berlaku. Mange merupakan jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh beberapa species mites atau hama yang halus. Sesetengah jenis hama atau mites ini merupakan normal residents pada kulit dan folikel rambut kucing, manakala sesetengahnya kita panggil parasit. Dalam kedua2 keadaan, mites ini akan menyebabkan sedikit sebanyak radangan atau jangkitan pada kulit jika mereka membiak berlebihan.

Penyebab mange pada kulit kucing..

'Feline sarcoptic mange' (Sarcoptes scabei) sangat jarang berlaku. Kadangkala dipanggil scabies, ianya disebabkan oleh hama atau mites kucing yang sangat halus ie mikroskopik, berbentuk oval dan berwarna cerah. 

Notredic manges (Notredes cats) juga dikenali sebagai feline scabies kerana rupanya menyamai  sarcoptic mange pada anjing. Mites ini akan menyebabkan jangkitan yang serius pada kucing, bermula dari muka dan telinga dan boleh merebak ke seluruh kulit kucing.


Notredic mange pada telinga kucing

Mange pada kulit kucing akibat tidak dirawat.

Mange yang tebal pada telinga

Mange 
## Notredic mange ini sangat mudah berjangkit diantara kucing2 yang berada disekitaran yang sama.



Demodectic mange (disebabkan oleh Demodex cati atau Demodex gatoi)  amat jarang dan tidak berjangkit. Mites yang berbentuk seperti cigar atau cerut ini merupakan resident biasa pada kulit dan folikel rambut kucing yang sihat. 


Apakah tanda2 biasa jangkitan mange pada kucing?

Mange akan menyebabkan kucing kita restless, mengalami kegatalan yang teruk dan akan menyebabkan kucing kita menggaru bahagian yang dijangkiti secara berlebihan. Tanda2 ini biasanya bermula dalam tempoh seminggu selepas exposure atau jangkitan. Tipikalnya ia akan menyebabkan tompok2 hair loss atau 'moth-eaten appearance' pada kulit. Bahagian yang kerap dijangkiti ialah telinga dan muka, serta boleh merebak ke seluruh bahangian kulit kucing kita.

Apabila manusia bersentuhan dengan kucing yang menghidapi mange ini, mites ini akan menyebabkan tumbuh ruam atau bintat merah pada kulit, dan ianya akan menyebabkan kita terasa gatal. Kebiasaannya ruam ini akan reda sendiri (self-limiting), kerana mites ini tidak akan dapat meneruskan kitaran hidup seperti biasa pada kulit manusia. 


Apa perlu kita buat?

Langkah paling awal ialah dengan membawa kucing kita ke vet. Biasanya vet akan melakukan skin scraping dan menganalisa dibawah mikroskop untuk menentukan mites, tetapi jika mites ini banyak dibawah kulit mungkin vet akan bergantung pada clinical history. 


Bagaimana mange dirawat?

Langkah pertama ialah mengasingkan kucing kita yang dijangkiti dari kucing2 atau pets lain untuk mengelakkan jangkitan mange ini merebak. Biasanya vet akan memberikan suntikan untuk mematikan mites yang ada didalam kulit, kebiasaannya sebanyak dua kali dalam masa 10 hari. 

Vet juga akan memberikan ubat topikal untuk membantu membunuh mites, kebiasaannya untuk kita apply di  belakang leher kucing bagi mengelakkan kucing kita menjilatnya. Jika jangkitan mange itu teruk dan septic, mungkin akan ada tambahan antibiotik dan  medicated shampoo yang akan diberikan.


Ini antara topikal solution untuk disapu pada kucing yang meghidapi jangkitan mange


Walaupun agak mudah untuk mematikan mites penyebab mange ini, kesan paling awal akan kelihatan dalam tempoh sebulan dari waktu kita memulakan rawatan.


Apakah langkah2 pencegahan untuk mengelakkan jangkitan mange berulang?

# Sekiranya kucing kita disahkan mengalami mange, kita perlu menukar atau membersihkan sepenuhnya tempat tidur, collar, mainan, bekas makanan dan minuman serta bekas pasir kucing kita dll yang biasa kita gunakan untuknya.

# Jika kita rasa mungkin kucing jiran kita menjadi penyebab jangkitan itu, adalah lebih baik kita elakkan kucing kita dari keluar bermain dengan kucing2 lain.

# Rawatan ulangan ke vet amat perlu untuk memastikan kucing kita benar2 telah bebas dari jangkitan mites penyebab mange ini.

# Kita juga perlu memeriksa telinga kucing kita kerana mites boleh juga menyebabkan jangkitan pada telinga ie ear mites.




Monday 16 February 2015

Merawat dan mencegah infestasi flea...

Jangkitan flea pada kucing bukan sesuatu yang tidak kerap berlaku. Boleh dikatakan kebanyakkan kucing pernah mengalami jangkitan flea ini terutama bagi kucing yang aktif diluar rumah (outdoor). Merawat kucing yang dijangkiti flea kadangkala boleh menyebabkan kita rasa frustrated..kerana ia kerap berulang-ulang, terutama jika kita memelihara banyak kucing pada satu2 waktu. 

Kebanyakkan dari kita telah tau bagaimana symptoms apabila flea menjangkiti kucing2 kita, seperti yang pernah disebutkan dalam entri terdahulu.."FLEA..amat mudah dijangkiti". Tetapi ramai yang tidak tau kenapa kita perlu merawat jangkitan flea pada kucing2 kita. 

Tanda2 yang common...kerap menggaru

Kenapa perlu mengawal jangkitan flea?

Walaupun ada sebahagian kucing yang mengalami infestasi flea tetapi menunjukkan tanda2 yang sangat minimal, mengawal jangkitan amat perlu dilakukan kerana beberapa sebab termasuk:

# Flea pada kucing sering menjadi pembawa kepada larvae cacing pita @ tapeworm Dipilydium caninum. Kucing kita akan mengalami infestasi tapeworm dengan menelan flea semasa 'self-grooming'.

# Flea juga berpotensi menjadi pembawa kepada agen beberapa penyakit berjangkit yang lain.

# Flea yang dewasa menghisap darah kucing kita untuk survival, bagi anak kucing keadaan ini boleh menyebabkan anemia, dan kucing akan menjadi lemah dan tidak sihat.

# Sesetengah kucing akan mengalami alahan kepada saliva flea dan akan menyebabkan kegatalan yang teruk pada kulit serta excessive scratching, juga penyakit kulit. 

# Flea kucing juga boleh menyebabkan kegatalan pada kulit manusia akibat gigitan.


Kawalan flea jangka panjang.

Apabila flea dewasa telah kita bersihkan dari kucing dan persekitarannya dalam rumah kita, kita perlu mengelakkan atau mencegah dari infestasi yang berulang2. Produk kawalan flea ada beberapa bentuk, ie kolar, shampoo, spray, sabun, powder dan aplikasi topikal secara bulanan. 

Pencegahan merupakan langkah paling baik untuk menghalang infestasi flea dari berulang. Produk untuk pencegahan flea setiap sebulan sekali yang mengandungi agen "Insect Growth Regulators @ IGRs" atau "Insect Development Inhibitors @ IDIs" amat berkesan dan selamat digunakan kepada kucing kita kerana ianya hanya bertindak diatas reseptor yang terdapat didalam flea dan tidak terdapat pada mamalia seperti kucing. 

Diantara produk yang boleh didapati dipasaran ialah Advantage 11 dan Frontline Plus. Advantage 11 sebagai contohnya ialah produk topikal 'spot-on' secara bulanan yang boleh membunuh flea dewasa dan juga larvae. Ianya mengandungi insecticide Imidacloprid. 






Natural ways untuk pencegahan dan penghapusan flea dari kucing..

Bagi sesetengah pencinta kucing mungkin tertanya2 selain dari menggunakan bahan chemical seperti diatas untuk mencegah flea..mungkin ada cara semulajadi yang boleh kita gunakan bagi tujuan yang sama...





1. 'Flea comb'.


Flea comb untuk kucing sama seperti flea comb untuk anjing, atau kita boleh gunakan sikat2 yang bermata halus untuk menggantikan flea comb. Sesetengah kucing tidak suka bau citrus lemon, tetapi oleh kerana kita tidak menggunakan jus lemon secara direct, sensitiviti kucing pada baunya boleh dikurangkan. Flea dewasa tidak tahan dengan bau lemon, jadi cara ini dapat menjauhkan flea dari kucing. Dengan menggunakan sikat dan lemon, kita dapat mengeluarkan flea dari bulu kucing dan bau lemon yang tertinggal akan mengelakkan flea dari datang semula. 



Apa yang kita perlukan:

- sikat flea atau sikat bergigi halus
- 2-3 biji lemon
- 3 cawan air
- sebiji periuk
- botol spray

Cara2nya:

Tuangkan 3 cawan air ke dalam periuk dan masukkan 3 biji lemon yang telah dipotong2. Didihkan sehingga mendidih dan biarkan sejuk selama 3 jam. Asingkan lemon dan partikel2nya dari air didihan, dan masukkan air didihan tersebut ke dalam botol untuk spray (botol kaca lebih baik dari plastik kerana kesan asidic dari lemon mungkin merosakkan plastik). Spraykan pada kucing sambil meratakannya menggunakan sikat flea. Boleh juga jika menggunakan bekas mangkuk kaca dan rendamkan sikat flea sebelum memberus bulu kucing kita. Lakukan kedua2 cara ini dua kali sehari. Kita boleh juga menggunakan spray pada tempat tidur kucing2 kita bagi menghalau flea.


2. Mandian atau spray menggunakan apple cider vinegar.

Vinegar (cuka) atau apple cider vinegar mempunyai bau yang agak kuat dan secara semulajadinya boleh menjauhkan flea dari kucing. Mencampurkan vinegar pada mandian atau digunakan sebagai semburan pada kucing tidak akan mengubah pH kulit kucing kita dan ianya merupakan cara terbaik untuk menghalang flea dari menginfestasi kucing kita.




Apa yang kita perlukan..

- botol spray
- 3 cawan apple cider vinegar atau cuka biasa
- shampoo untuk kucing (mild)

Cara2nya:

Masukkan apple cider vinegar ke dalam botol spray dan spraykan kebadan kucing, ratakan keseluruh tubuh kucing kita, dan biarkan. Alternatif lain ialah dengan memandikan kucing kita, samada dengan apple cidar vinegar sahaja atau mencampurkan apple cider vinegar dan shampoo kucing yang tidak terlalu kuat dengan ratio 1:1. Mandikan kucing dengan campuran shampoo tersebut, ratakan ke seluruh badan dengan menumpukan ke bahagian kepala, kerana flea akan berkumpul di bahagian kepala apabila kucing tersebut masuk ke dalam air, dan biarkan selama 5 minit sebelum membilasnya. Selesai dibilas kita perlu sikatkan dengan sikat yang halus untuk membuang flea2 yang ada dari bulu kucing. 


3. Trap air bersabun untuk flea.

Flea, secara semulajadi akan tertarik pada cahaya. Satu cara yang kita boleh lakukan untuk membunuh flea ialah dengan meletakkan satu bekas air yang cetek dan bersabun dibawah cahaya lampu, supaya apabila flea melompat ke arah cahaya ianya akan jatuh ke dalam tray air tersebut dan lemas. Elok gunakan air panas atau suam.

Apa yang kita perlukan..

- bekas air yang paling rendah atau cetek (penutup plastik yogurt antara yang sesuai)
- air panas atau suam
- sabun pencuci
- lampu

Cara melakukannya:

Penuhkan bekas yang cetek dengan air suam atau panas bersabun dan letakkan dibawah lampu yang menyala pada waktu malam. Periksa dan kosongkan diwaktu pagi dan ulangi lagi trap yang sama pada waktu malam.


4. "Dry D.E Shampoo"

'Diatomaceous earth' @ DE merupakan batu semulajadi yang terbentuk dari fosil ancient algae yang berkulit keras dikenali sebagai diatom. Mudah dihancurkan, DE amat berkesan dan selamat untuk membunuh flea. Walaupun tidak merbahaya pada manusia dan haiwan peliharaan, ianya boleh membunuh flea kerana bucunya yang tajam dan halus yang dapat menembusi rangka luar flea yang tebal dan berminyak, dan flea akan mati disebabkan oleh dehydration.  Amat penting untuk menggunakan 'food grade DE' kerana jenis yang terlalu halus tak akan dapat membunuh flea. Food grade DE selamat untuk digunakan externally atau internally pada manusia dan haiwan, maknanya jika kucing kita menjilat bulunya yang disapukan DE, ia adalah selamat dan tak akan mengakibatkan masalah pada kucing kita.

Perkara terpenting yang ingin kita elakkan ialah menyedut DE sewaktu merawat kucing, so perlu gunakan mask. 




Apa yang kita perlukan..

- food grade DE
- Gloves

Cara melakukannya..

Dengan menggunakan glove, taburkan atau bedakkan DE ke serata tubuh kucing dan meratakannya supaya tak ada yang bergumpal disatu bahagian sahaja. Elakkan dari terlalu hampir dengan hidung kucing. Boleh juga dilakukan pada tempat tidur kucing dengan meratakannya (make sure tidak berlebihan) seminggu sekali. Pada badan kucing kita boleh lakukan setiap sehari sekali. 

++ DE mungkin tak banyak boleh didapati di Malaysia though..



KENALI MUSUH KITA..FLEA.

Memahami flea boleh membantu kita untuk mengatasinya.. Seekor flea melalui 4 peringkat hidup : telurlarva, pupa dan dewasa. Semasa flea betina dewasa menghisap darah kucing, telur2nya akan dilepaskan ke kulit dan bulu2 kucing. Telur2 ini mudah terjatuh dan tidak melekat pada bulu, dan ini menjadikan tempat tidur kucing paling kerap dipenuhi oleh telur2 flea. Untuk memusnahkan flea, kita mesti memusnahkan setiap peringkat hidupnya, telur dan flea dewasa terutamanya agar larva dan pupa tidak terjadi. 


Tindakan yang boleh kita ambil....

Bunuh flea dewasa: Gunakan flea comb untuk menangkap flea dewasa dan lemaskan dalam air yang bersabun (flea sukar dibunuh kecuali dilemaskan kerana ia sangat pantas melompat). Ini diikuti dengan memandikan kucing kita dengan shampoo anti flea..jika kita boleh mendapatkan DE kita boleh menaburkannya di pet bedding kita dan carpet, seterusnya memvakum carpet selepas 30 minit.

Hapuskan telur flea: Vakum, vakum, vakum. Kita perlu kerap memvakum terutamanya dikawasan tidur kucing kita, peralatan tidurnya perlu kerap dibasuh dengan air panas serta boleh dicampurkan dengan cuka biasa, dan selepas memvakum ianya perlu dikosongkan atau jika boleh dibuang vakum beg dengan segera untuk mengelakkan telur menetas dan kitaran flea bermula semula. Perlu diingat telur flea menetas setiap 2 hari hingga ke 2 minggu.





Halang pembentukan larvae dan pupa: Jika kita kerap mengulangi langkah2 diatas, pembentukan dan reproduksi larvae dan pupa boleh dihalang kerana ianya akan hanya boleh terjadi apabila mereka menghisap darah. 

Pencegahan: Populasi flea adalah dalam pecahan berikut; 50% telur, 35% larvae, 10% pupa dan 5% dewasa. Jadi kita boleh faham kenapa kerap memvakum dan menggunakan spray seperti spray lemon boleh membantu kita mengatasi masalah infestasi flea yang berulang2. 




Untuk kitten: Merawat flea pada kitten sangat challenging. Ubat2 untuk flea biasanya tidak boleh digunakan sehingga umur tertentu, dan untuk menggunakan DE jika ada mestilah dengan berhati2 dan memastikan kita tidak berlebihan menggunakannya. Jadi langkah yang paling selamat ialah menggunakan flea comb dan spray lemon atau mandian menggunakan shampoo antiflea yang selamat, walaupun agak memakan masa dan memerlukan kesabaran ...







Friday 7 November 2014

Sporotrichosis pada kucing..

Kerapkali kita dengar atau baca tentang jangkitan sporo pada kucing..apa sebenarnya sporo?

Sporo atau nama penuhnya "Sporotrichosis" adalah jangkitan fungus yang jarang berlaku tetapi boleh menjadi fatal dan boleh terjadi pada manusia, anjing dan kucing. Ianya disebabkan oleh sejenis fungus Sporothrix schenkii yang hidup didalam tanah dan bahan2 buangan organic. Fungus ini berpotensi untuk menyebabkan jangkitan pada kulit, sistem pernafasan, tulang dan kadangkala jangkitan di otak, dan penyakit ini dikenali sebagai Sporotrichosis. Modus transmisi fungus ini ialah melalui inokulasi terus (direct innoculation), iaitu melalui luka abrasi pada kulit atau melalui pernafasan/inhalasi. Transmisi fungus ini boleh berlaku secara antara haiwan dengan haiwan lain dan juga antara haiwan kepada manusia. 


Sporothrix schenkii: dimorphic (mold n yeast) fungus
Kucing lebih kerap mendapat jangkitan sporotrichosis kulit yang teruk, dan ini membuatkan mereka lebih mudah untuk menjangkiti kucing2 lain dan juga manusia. Kucing2 yang dibiarkan outdoor lebih mudah dijangkiti melalui luka akibat pergaduhan samada puncture wound atau scratches.

Jenis2 sporotrichosis dan gejala jangkitan:

# Sporotrichosis pada kulit (cutaneous).

- kerap berlaku di kepala, hidung dan ekor kucing.
- terdapat bengkakan (bumps) atau lesion pada kulit luar, serta kelenjar membengkak.
- lesion biasanya kelihatan seperti luka yang bernanah, ulcerative dan tidak sembuh.
- tidak menunjukkan perubahan dengan rawatan antibiotik
- kerap berlaku dikawasan yang pernah luka.
- terdapat juga bengkakan limfa atau lymphadenopathy.




Jangkitan sporo di hidung dan muka


ulcerative lesion di kaki akibat sporo

Sporo di hidung, peringkat awal


Pada manusia, sporotrichosis lebih kerap terjadi di tangan, muka dan jari2 tangan. Ini kerap berlaku apabila kita bersentuhan dengan kucing yang menghidapi sporotrichosis, samada melalui direct contact dengan lelehan cecair dari lesion di kucing  tersebut atau melalui luka. 


Sporo pada manusia

Sporo dibadan

Jari paling mudah dijangkiti sporo

# Disseminated sporotrichosis (sporotrichosis yang merebak ke seluruh sistem).

- jarang berlaku, terjadi apabila jangkitan awal merebak ke kawasan lain ie sekunder
- tanda2 sistemik seperti keletihan (malaise) dan demam
- Osteoarticular sporotrichosis apabila jangkitan merebak ke tulang dan sendi
- Sporotrichosis meningitis apabila jangkitan merebak ke otak dan sistem saraf
- kucing akan hilang selera makan (anorexia) dan hilang berat badan (cachexia)


# Pulmonary sporotrichosis.

- ini berlaku apabila spora fungus ini masuk ke dalam paru2 secara inhalasi
- kucing akan menunjukkan tanda2 pneumonia ie radang paru2


Bagaimana sporotrichosis di diagnos?

Diagnosis untuk sporotrichosis pada kucing boleh dilakukan dengan mudah. Ini kerana sejumlah besar fungus sporo ini berada didalam bendalir atau cecair pada lesion kulit, dan ianya boleh dilihat dibawah mikroskop. 


Adakah sporo boleh dirawat?

Sporotrichosis boleh dirawat jika cepat dikenalpasti. Antara rawatan yang biasanya digunakan ialah antifungus Itraconazole (Sporanox) pada dose 10mg/kg/day. Jangkawaktu rawatan biasanya agak panjang selama 3-4 minggu. Satu lagi antifungus yang boleh diguna ialah Terbinafine (Lamisil). 

Oleh kerana Sporothrix schenkii ialah sejenis fungus, rawatan menggunakan antibiotik tidak akan berkesan, dan perlu dielakkan memberi steroid kepada kucing yang dijangkiti.


## Sporotrichosis merupakan zoonotic infection, dan manusia boleh dijangkiti apabila bersentuhan dengan kucing yang menghidapi penyakit ini. Perlu dititikberatkan aspek kebersihan ketika membersihkan luka pada kucing yang kita rasa mungkin diakibatkan oleh sporo, seperti dengan memakai sarung tangan dan mengelakkan sentuhan secara direct contact.


Wednesday 27 August 2014

Feline AIDS @ Feline Immunodeficiency Virus (FIV)

Ramai yang bertanya tentang penyakit "HIV" pada kucing. Sebenarnya pada kucing kita panggil Feline Immunodeficiency Virus @ FIV...bezanya dengan HIV hanyalah pada fakta dimana virus HIV pada manusia tidak boleh menjangkiti kucing, dan vice versa. 

Okay, apa itu FIV atau Feline AIDS? Jangkitan FIV ialah satu jangkitan yang diakibatkan oleh retrovirus kompleks, yang menyebabkan penyakit kekurangan ketahanan badan atau immunodeficiency pada kucing2 domestik. Immunodeficiency bermaksud kegagalan badan untuk menghasilkan ketahanan atau sistem imun bagi melawan gejala penyakit yang biasa. Berasal dari kumpulan virus yang sekelas dengan virus FeLV (Feline Leukemia Virus) dan HIV bagi manusia, FIV boleh tinggal dorman (inaktif) didalam badan untuk beberapa waktu sebelum tanda2 Feline AIDS timbul pada kucing yang dijangkiti, dan pakar2 virus menamakan FIV sebagai lentivirus ('slow virus'). 



# Kekerapan jangkitan FIV?

Jangkitan FIV agak kerap berlaku dikalangan kucing2 domestik di seluruh dunia. Dianggarkan 1.5 - 3% dari keseluruhan kucing2 yang sihat dijangkiti FIV. Tidak banyak diketahui kaitan FIV dengan baka kucing, tetapi ianya lebih kerap menyerang kucing2 jantan berbanding betina. Ini kerana kucing2 jantan lebih gemar merayau dan terdedah pada kecederaan, yang merupakan salah satu cara penyakit ini disebarkan antara kucing. Average umur kucing pada waktu didiagnosis dgn FIV ialah 5 tahun, kurang berlaku pada kucing2 indoor berbanding outdoor. 


1.5-3% kucing2 yang sihat dijangkiti FIV

# Bagaimana FIV tersebar?

Cara penyebaran FIV yang paling utama ialah melalui luka gigtan atau cakar antara kucing2 sewaktu bergaduh. Sebab itu kucing2 indoor yang jarang bergaduh kurang risiko untuk dijangkiti FIV. Cara lain yang boleh tetapi kurang berlaku ialah melalui transmisi semasa kelahiran dari ibu ke anak, atau melalui susuan ibu yang susunya dikontaminasi oleh FIV. Transmisi sexual amat2 jarang menjadi cara penyebaran jangkitan FIV.




# Apa kesan FIV pada kucing?

Kucing2 yang dijangkiti FIV mungkin kelihatan normal pada peringkat awalnya untuk beberapa tahun. Lama kelamaan, jangkitan FIV ini akan menyebabkan keadaan dimana ketahanan diri kucing berkurangan (immunodeficient) dan ini mengakibatkan kucing yang dijangkiti gagal melawan penyakit2 yang disebabkan oleh bakteria atau virus atau fungus atau parasit dan protozoa yang biasanya tidak akan mendatangkan kesan buruk pada kucing2 yang normal. Infeksi atau jangkitan sekunder (secondary infection) ini biasanya akan mendatangkan kesan yang memudaratkan kucing2 dengan FIV.


# Apakah tanda2 penyakit yang disebabkan oleh FIV?

Pada peringkat awal jangkitan FIV, virus ini akan dibawa ke nodus limfa atau kelenjar yang berdekatan dimana ianya akan membiak didalam sel darah putih yang dipanggil limfosit T. Virus ini kemudiannya akan merebak ke seluruh nodus limfa dalam badan kucing yang biasanya akan menyebabkan kelenjar tersebut membengkak sementara berserta dengan demam. Pada peringkat ini jangkitan biasanya tidak begitu disedari oleh kita kecuali jika kelenjar itu membengkak besar dan amat ketara. 

Kesihatan kucing yang dijangkiti akan menurun secara progresif atau ditunjukkan dengan penyakit tertentu yang berulang2 dan kadang2 akan kelihatan sihat diantaranya. Seperti yang dinyatakan lebih awal, tanda2 kucing dijangkiti oleh FIV mungkin tidak kelihatan selama beberapa tahun dan apabila ia sudah menunjukkan simptom, tanda2 kekurangan sistem imun boleh kelihatan dimana2 bahagian tubuh kucing dijangkiti.

     - Keadaan bulu @ coat yang tidak sihat dan demam yang berterusan serta kurang selera makan merupakan antara tanda yang paling kerap dilihat.





        - Inflamasi pada gusi (gingivitis) atau mulut (stomatitis) dapat dilihat dalam 25-50% kucing yang dijangkiti.

Stomatitis
Gingivitis

             - Diarrhoea @ cirit birit yang berpanjangan.

         - Penyakit2 yang minor tetapi berulang2 seperti jangkitan saluran pernafasan  atas (selsema @ URTI), inflamasi pada mata seperti cornea mata dan juga sering berkaitan dengan jangkitan sekunder seperti herpesvirus dan calicivirus.

Kucing dengan jangkitan pernafasan ie URTI

Ulcer pada cornea mata

Jangkitan Herpes pada mata

        - Penurunan berat badan yang perlahan tetapi progressive, dan akhirnya 'wasted' atau kurus melampau.

          - Kelenjar yang membengkak.

          - Kegagalan renal atau buah pinggang yang kronik.

        - Infeksi yang berterusan atau kronik dan tidak menunjukkan tindakbalas dengan ubat yang diberi pada telinga luar yang diakibatkan oleh fungus dan bakteria.

          - Kanser seperti lymphoma dan beberapa jenis penyakit berkaitan darah.

      - Perubahan akibat penyakit sistem saraf @ nervous system, seperti perubahan tingkahlaku (aggression, pacing), gangguan tidur (sleep disorder), pekak atau kurang pendengaran serta penglihatan, dan selalunya melibatkan sistem saraf pada kaki dan tapak tangan.


# Bagaimana diagnosis FIV dibuat?

Ujian antibodi yang positif didalam darah kucing mengesahkan jangkitan FIV. Kebanyakan klinik veterinar melakukan ujian dengan menggunakan kit yang mudah. Dan untuk mengelakkan berlakunya keadaan "false positive" ujian saringan dengan mengambil sampel darah akan dilakukan dan sekiranya ujian ini juga positif, ia mengesahkan diagnosis tersebut.

Bagi anak kucing yang dilahirkan oleh ibu kucing yang dijangkiti FIV, kebanyakkannya akan menunjukkan ujian positif selama beberapa bulan selepas kelahiran. Walaubagaimanapun, kebiasaanya hanya sedikit yang akan kekal dijangkiti oleh FIV. Bagi mengesahkan status jangkitan pada anak kucing tersebut, sekiranya anak kucing itu berumur dibawah 6 bulan dan positif ujian saringan FIV, adalah digalakkan untuk mengulangi ujian tersebut setiap 60 hari sehingga berumur lebih 6 bulan.

Ujian antibodi yang negatif bermakna kucing itu tidak dijangkiti FIV. Walaubagaimanapun jangkawaktu selama 8 - 12 minggu atau lebih lagi diambil untuk paras antibodi yang boleh dikesan akan kelihatan dalam darah, dan jika ujian dilakukan dalam tempoh tersebut ianya mungkin akan bersifat "false negative". Jika sekiranya kucing kita diketahui terdedah kepada kucing yang diketahui positif FIV terutamanya dan terdapat kecederaan dari cakaran dan gigitan, kita dinasihatkan untuk mengulangi ujian tersebut selepas tempoh 60 hari dari ujian pertama, bagi memastikan kucing kita benar2 bebas dari jangkitan. 

Ada juga keadaan dimana ujian darah menunjukkan keputusan negatif tetapi kucing itu menghidapi FIV. Ini berlaku pada kucing yang keadaannya kritikal dan badannya tidak lagi boleh menghasilkan apa2 antibodi.

# Bagaimana untuk mengelakkan kucing kita dari dijangkiti?

Cara yang paling mudah ialah dengan mengasingkan kucing kita dari kucing2 outdoor yang mungkin dijangkiti FIV, kerana transmisi paling mudah ialah melalui gigitan dan cakaran oleh kucing yang menghidapi FIV. 

Selain dari itu terdapat vaksin terhadap FIV yang boleh membantu mengurangkan risiko kucing2 kita mendapat jangkitan FIV, tetapi kebanyakkan vet tidak begitu menggalakkan penggunaan vaksin ini, kerana terdapat kes yang positif FIV selepas divaksin. Jadi cara paling berkesan dan mudah ialah dengan memastikan kucing kita tidak berkeliaran diluar rumah dan bergaul dengan kucing2 liar.

# Bagaimana cara menjaga kucing kita yang positif FIV?


< Kucing yang positif FIV perlu dikuarantin untuk mengelak penyebaran virus ini pada kucing2 lain.

< Kucing perlu di"spay" atau "neuter".

< Perlu diberikan makanan yang berkhasiat dan seimbang.

< Makanan yang tidak dimasak seperti daging mentah atau ikan mentah, serta bahan tenusu yang tidak dipasteurkan tidak boleh diberikan kepada kucing yang positif FIV. Ini bagi mengurangkan risiko mereka dijangkiti kuman bawaan makanan (food-borne bacteria) ataupun jangkitan parasit.

< Perlu membuat lawatan berskala seperti sekurang2nya setiap 6 bulan ke klinik veterinar. Ini bagi memantau keadaan kesihatan kucing dan komplikasi yang dihadapinya.


# Bolehkah manusia dijangkiti oleh FIV?

FIV lentivirus tidak boleh menjangkiti manusia walaupun ianya dari kumpulan yang sama dengan HIV yang menyebabkan AIDS.


#Bagaimana mencuci rumah sekiranya kita memiliki kucing yang positif FIV?

FIV tidak mampu bertahan diluar dari tubuh kucing selepas beberapa jam. Tetapi kucing yang dijangkiti FIV juga mungkin membawa bersama bakteria, parasit, fungus dan virus lain yang boleh tersebar pada kucing2 kita. Jadi segala peralatan untuk makan minum dan tempat bermain kucing perlu dicuci sebersihnya, dan cara paling mudah untuk menghasilkan disinfektan yang berkesan ialah dengan mencampurkan 4 oz cecair peluntur ke dalam 1 gallon air bersih. 


That's all for now...