Friday 25 March 2016

Kucing..kehamilan dan melahirkan..apa yang kita perlu tau..

Ramai antara kita yang memelihara kucing tapi tidak ramai yang tau mengenai kehamilan pada kucing, bagaimana caranya untuk menjaga kucing semasa mengandung dan sewaktu melahirkan serta selepas melahirkan. 

Kucing2 dirumahku sendiri telah beberapa kali bunting dan melahirkan, buat masa sekarang ni tinggal dua ekor saja yang bunting, dan bunting pada waktu yang lebih kurang sama.. Selepas dari kelahiran ini rasanya tak ada lagi yang akan bunting kerana jantan 3 ekorku telah pun dispay, di SPCA Ampang, dengan kos yang sangat murah ie rm 70 seekor. 

Berbalik pada kehamilan pada kucing...

Mengenali tahap kesuburan kucing:

Perkara paling awal ialah kita perlu mengenali peringkat2 kesuburan kucing kita terutama yang betina..ie waktu2 kucing itu in heat atau mengalami peringkat estrusnya..

1. Kucing akan mula mengalami peringkat estrusnya atau in heat apabila berat badannya telah mencapai 80% dari berat dewasanya, maknanya jika kucing kita agak gebu, dia boleh mula mengalami kematangan pada usia seawal 4 bulan. Kebiasaanya dari umur 6-12 bulan.


2. Perhatikan tanda2 kucing kita bersedia untuk mengawan. Apabila kucing kita bersedia untuk mengawan terdapat perubahan ketara dalam tingkah laku kucing, selain dari mengeow memanggil pasangannya, dia juga akan manja berlebihan dengan tuannya, serta kurang selera makan.



3. Jika kita pasti kucing kita melalui fasa in heat dan mating telah berlaku, kucing kita akan mengalami fasa "quiet" dimana dia akan kelihatan lebih tenang dari biasa. Fasa ini biasanya berlaku untuk 8-10 hari. Pada waktu ini kebarangkalian kehamilan telah bermula sentiasa ada dan kita boleh mula memerhatikan tanda2 kehamilan pada kucing kita. Jika kucing kita tidak hamil, selepas tempoh quiet berakhir, kucing akan mula in heat semula.


                                       




Tanda-tanda kucing kita hamil:

1. Puting susu kucing mula membengkak selepas 15-18 hari kehamilan, dan menjadi kemerah-merahan, serta adakalanya akan mengeluarkan cecair seperti susu. 




2. Perhatikan perubahan pada perut kucing kita ie "burro" shape. Bila kehamilan semakin besar, perut kucing kita akan kelihatan membesar dan menonjol. Kebanyakan kucing betina akan menunjukkan perubahan pada perut pada penghujung kehamilan, manakala jika kucing kita jenis yang gemuk atau obese, pertambahan berat dan kegemukkannya akan ketara pada semua bahagian badan, bukan setakat abdomen sahaja. 




3. Perhatikan perubahan sikap ibu kucing ie "nesting" behaviour. Beberapa hari sebelum kelahiran, kucing kita akan mula menunjukkan sikap ini, dimana dia akan lebih kerap mencari tempat2 yang tersorok dan dijangkakan selamat untuk melahirkan, seperti di almari baju, tempat susunan cadar, selimut, baju, tuala dan sebagainya, atau di sudut2 tertentu dan juga di syiling rumah jika ada laluan masuk. Ini merupakan persediaan awal kucing untuk memastikan dia selamat. 




Penjagaan untuk kucing yang hamil:

1. Sekiranya berkemampuan atau jika kita tidak pasti, kita boleh membawa kucing kita ke vet untuk mengenalpasti kehamilan. Vet akan memeriksa perut kucing, dan vet yang berpengalaman boleh merasa embrio dengan palpation pada usia kehamilan 17-25 hari. Biarkan vet yang berpengalaman melakukannya, kerana kita boleh menyebabkan kucing kita keguguran jika cuba melakukannya sendiri dgn cara yang salah.


2. Jika vet tidak pasti tentang kehamilan kucing dengan palpasi abdomen, kita boleh meminta vet untuk melakukan ultrasound. Dengan cara ini vet boleh menganggarkan jumlah anak dalam kandungan serta boleh mengesan degupan jantung pada usia kehamilan 20 hari keatas. 



3. Elakkan dari memberikan ubat, vaksin atau sebagainya jika kucing kita hamil tanpa mendapatkan konsultasi dari vet terlebih dahulu. 


4. Pada minggu-minggu akhir kehamilan, kita perlu meningkatkan pemberian makanan yang berkalori tinggi. Jika diperhatikan kucing yang hamil akan makan dengan lebih banyak dari biasa, dan berat badannya akan meningkat ketara pada minggu2 terakhir kehamilan. Oleh kerana anak2 kucing didalam rahim akan bertambah beratnya secara ketara pada 1/3 akhir tempoh kehamilan, seeloknya kita memberi kucing kita makan makanan untuk pertumbuhan (growth formula for kitten). 




5. Pada minggu2 terakhir kehamilan sebelum melahirkan, adalah lebih baik kita memastikan kucing kita berada dirumah sentiasa, supaya dia tidak melahirkan anak2 kucing di tempat yang kita tidak ketahui. Paling elok jika kita sediakan kotak yang sesuai ditempat yang terlindung sedikit, dan biasakan kucing untuk berehat didalam kotak tersebut sebelum bersalin. Kita boleh sediakan bekas makanan dan minuman serta litter box dikawasan berhampiran, supaya kucing kita selesa untuk melahirkan didalam kotak tersebut. 



Setiap kehamilan kucing akan mengambil masa selama 63-65 hari. Pada hari2 terakhir kehamilan, kucing kita akan menunjukkan tanda2 untuk bersalin. Pada minggu2 terakhir kehamilan, kucing akan mula menunjukkan perubahan sikap, kelenjar susunya akan semakin membengkak, dia akan kelihatan gelisah, mula mencari tempat2 yang tersorok seperti almari baju, almari kasut, timbunan kain2 yang lama atau sudut2 tertentu yang tersorok didalam rumah. Jika kita sudah menyediakan kotak dan jika dia yakin dan selesa dgn kotak tersebut, kita akan perhatikan kucing akan kerap keluar masuk dari kotak tersebut berulangkali. Sesetengah kucing tidak mau makan seperti biasa sehari dua sebelum melahirkan, sebahagian akan makan seperti biasa. 

Kucing merupakan haiwan yang sangat cekap dalam proses pembiakan, kebiasaanya amat jarang memerlukan bantuan manusia..pemerhatian secara senyap adalah digalakkan dengan gangguan yang paling minima..

# macamana nak tau kucing kita akan melahirkan?

- dalam 2 hari sebelum melahirkan kelenjar susu akan membengkak dengan ketara dan susu akan mula dikeluarkan.

Stage 1: Proses melahirkan selalunya bermula 12 jam sebelum anak pertama dilahirkan. Suhu badan kucing akan turun dan kurang selera makan yang ketara. Kucing juga akan kelihatan resah dan tidak selesa, kerap bergerak dari satu kawasan atau bilik ke kawasan atau bilik lain, menjadi terlebih jinak dan manja, purring, mengeow, kerap menjilat bahagian genitalianya dan adakalanya terdapat discaj dari vagina kucing.

Stage 2: Tanda yang paling ketara ialah kucing akan masuk ke tempat yang disediakan untuk bersalin atau ditempat yang dia rasa paling selamat untuk bersalin dan tidak keluar beberapa lama.

@ kucing akan mula mengalami contraction yang akan bertambah kuat dan lebih kerap

@ 'placental plug' yang melindungi rahim dari jangkitan akan terlebih dahulu dikeluarkan

@ ketika anak kucing didalam 'birth canal', akan kelihatan gelembung air amniotic yang keluar terlebih dahulu, dan ketika ini proses kelahiran akan berlaku sepenuhnya.

@ anak kucing boleh lahir dengan kaki hadapan dahulu atau kaki belakang dahulu, cuma jika dengan kaki belakang prosesnya agak lambat sedikit.

@ anak kucing yang pertama sepatutnya dilahirkan antara 30 min hingga 1 jam dari bermulanya contraction yang kuat, manakala anak kucing seterusnya antara 15-30 minit. 

@ oleh kerana uterus kucing mempunyai dua tanduk atau horn, akan ada waktu rehat antara 1 hingga beberapa jam untuk kelahiran seterusnya berlaku. 

@ anak kucing akan lahir bersama dengan placenta dan didalam sarung, dan ibu kucing akan memecahkan sarung ini denga menjilatnya. Ini perlu untuk mebenarkan anak kucing bernafas, dan jika ibu kucing tidak melakukannya kita boleh memecahkan sarung dengan menggunakan kain bersih serta membersihkan muka anak kucing tersebut. 

@ placenta akan melekat pada anak kucing dan ibu kucing akan memutuskannya dengan menggigit tali pusat serta memakan tisu placenta tersebut. Ianya adalah normal dan mendatangkan manfaat nutrisi pada ibu kucing.

@ perlu berhati2 dengan kucing yang dewasa dan telah beberapa kali bersalin kerana ada ketikanya mereka akan memakan anak kucing sendiri.


bersedia untuk kelahiran


ibu kucing akan membersihkan anak kucing
                                      







Seeloknya kita biarkan kucing membersihkan anak2nya sendiri tanpa diganggu, kerana jika kerap diganggu ia boleh mendatangkan stress pada ibu kucing. 


Kebiasaannya kucing akan melahirkan tanpa sebarang kesukaran. Tetapi jika kita dapati keadaan seperti berikut, kita perlu bawa ke vet dengan kadar segera iaitu:
- contraction yang berpanjangan dan sangat rapat jaraknya serta melebihi 1 jam
- jangkaan kehamilan kucing sudah melebihi anggaran hari, dan terdapat discaj berbau di vagina kucing
- apabila anak2 kucing telah lahir tetapi ibu kucing duduk dalam keadaan seperti singa ie lion pose dan kelihatan tidak selesa, berkemungkinan terdapat lagi anak kucing yang belum lahir atau ada placenta yang tertinggal.


Apa yang perlu kita lakukan selepas kucing melahirkan?

Jangan buat apa2..kebanyakan kucing akan berasa terancam jika kita kerap mengganggu ibu dan anak, dan ini boleh menyebabkan kucing cuba untuk memindahkan anak2nya ketempat lain. Ada juga kucing yang akan membunuh anaknya sendiri jika stress. Berikan kucing kita sedikit privasi..cuma check dua kali sehari untuk memastikan anak2 kucing yang baru itu dapat menyusu dengan baik..

Cuma pastikan bekas makanan, minuman dan litter box berada dikawasan berdekatan dengan tempat ibu kucing tersebut, dan dia bebas untuk makan dan minum. Ibu kucing akan terus menyusukan anak2 kucing sehingga mereka pandai makan dan minum sendiri ie pada umur sekitar 4-6 minggu.

Beberapa fakta yang elok diketahui..

1. Anak kucing boleh mula makan dan minum pada usia 4 hingga 6 minggu

2. Kucing betina boleh in heat semula semasa menyusukan seawal beberapa minggu usia anak kucing.

3. Anak2 kucing perlu diberikan ubat cacing apabila berumur 6 ke 8 minggu, dan pastikan ianya bebas flea.

4. Anak2 kucing tak digalakkan untuk dipisahkan dari ibu dibawah umur 8 minggu, seeloknya tunggu sehingga 10-12 minggu jika perlu dipisahkan. Ini  kerana mereka akan mula belajar social behaviour dari ibu dan sibling pada usia tersebut.
























455 comments:

  1. Hi, nak tanya...kalau kitten baru usia sebulan tapi tak boleh jalan lagi...kaki belakang dia macam tak kuat untuk berdiri...kenape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak kucing pada usia sebulan selalunya memang tidak begitu kuat untuk berjalan lagi..tetapi jika dia memang tak boleh berdiri langsung by usianya 6 minggu, mungkin ada masalah dengan kakinya sejak lahir.

      Delete
    2. Okay, thanks...tapi ade tande2 sakit lain tak? Sebab adik beradik dia yg lain dah boleh berjalan dah...dia sekor je tak boleh lagi...still seret badan guna kaki depan...

      Delete
    3. Mereka boleh ada masalah dgn spine dan saraf atau tulang belakang..yg tu agak sukar diubati tetapi kita boleh cuba latih dia sedikit demi sedikit nanti

      Delete
  2. Salam.. nak tya.. sy ada kucing usia dlm 7 bulan cmtu. Dr segi minuman nak bg minum apa ye.. coz dia asik jilat air hanyir dr mknn dia shj.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. untuk kucing perlu diberikan air bersih sahaja tanpa capuran apa2 ye.

      Delete
  3. Salam...sy ada satu soalan,,kenapa anak kucing dlm lingkungan umur 1 bulan yg dikutik oleh sy di pasar selalunya sukar utk hidup lebih dr 3 minggu..???

    Pada awalnya semua cukup baik tetapi masuk minggu kedua anak kuning tersebut hilang selesa mkn dan kelihatan kurus...dan seterusnya mati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, anak2 kucing yg tidak bertuan tu biasanya berkemungkinan terdedah kepada virus2 yg banyak menjangkiti kucing, serta turut terdedah pada jangkitan parasit yg menghisap darah mereka, atau juga infestasi cacing dan semua ini menyebabkan umur mereka tidak panjang..

      Delete
  4. Salam.
    Saya ada seekor kucing betina persian high nose. Dah 2 kali dia mengandung n beranak, dua kali tu jugak anak dia x selamat. Yg pertama, anaknya seekor je yg cukup sifat N yg lain gugur (masih x cukup sifat). Tp mati jugak anak tu sbb dia langsung x jilat n bukakan uri anak dia tu. Mula2 sy faham la mungkin first time beranak. And then, 2nd time beranak 2 mggu lps. Dia tak berbunyi pon utk beranak. Time tu awal pagi pukul 7. Sy cuma sedar dia dah melahirkan 5 ekor anak (cukup sifat). Tp semua mati. Sy perhatikan bangkai anak dia tu.. Semua dlm keadaan lemas mati dlm kantung. Uri pon mak dia langsung tak makan. Dia beranak bersepah. Sy sediakan kotak tp dia x beranak kat kotak tu. 2 ekor anak dia mati dlm litter box dlm keadaan pasir dikambus. Pening kepala denn.. Haha

    Soalan: adakah kucing persian high nose mmg macam tu? Tak pandai beranak n perlukan bantuan? Apa yg bole sy tolong in the near future? Oh.. Kucing sy skrg 1thn 2 bln.

    Terima kasih.
    Salam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..kucing persian memang jenis yang agak manja sedikit, walaupun kebanyakkannya tau untuk membersihkan anak mereka tetapi ada juga yang tidak peduli seperti kucing u. Sekiranya dia hamil lagi saya nasihatkan u bersedia terutama diwaktu2 hujung kehamilannya dan sewaktu melahirkan dia perlu dibantu nampak gayanya. Sekiranya dia mengandung lagi kita perlu jadi bidannya hahaha jadi standbykan gloves, gunting yang bersih dan tajam, serta saya sarankan sediakan juga benang untuk mengikat tali pusat anak kucing sebelum dipotong dari urinya. Ini untuk mengelakkan pendarahan berterusan, kerana kebiasaannya uri anak kucing akan dimakan oleh ibunya, tetapi tidak dalam kes kucing u ni. Jadi sebelum dipotong tali pusat dan uri adalah lebih baik diikat dahulu tali pusat tersebut. Dan selepas itu bolehla u besihkan anak2 kucing tersebut dengan tuala bersih dan letakkan pada ibunya untuk menyusu.

      Delete
  5. Salam

    Nak tnya.. Saya ada sekor anak kucing (baby) masih baru nk berjalan jatuh.. Xada ibu.. Jadi penjagaan dia macam mana ye..? Nak bagi makan minum apa..? Tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..

      Apabila anak kucing sudah boleh berjalan jatuh, umurnya sudah hampir sebulan, tetapi dia masih perlukan susu untuk membesar. Oleh kerana susu ibunya telah tiada, boleh diberikan susu khas untuk kucing yang boleh didapati di petshop dan berikan sedikit demi sedikit. Boleh juga cuba berikan makanan yang lembut dan paling halus sekiranya dia sudah menunjukkan keupayaan untuk makan.

      Delete
  6. Ok terima kasih ya.. Nanti saya cuba cari susu untuk anak kucing kat petshop.. Bila ya boleh mandikan dia..? Sebab tengok mcm ada kutu kat area perut ngn paha.. Nk amik buang susah pulaak benda tu merayap je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk mandikan kena tunggu besar sikit dlm 3 bulan..sementara ni cuma lapkan dgn kain yg lembap je utk bersihkan badannya..

      Delete
  7. adakah normal ibu kucing tidak habis melahirkan anaknye. sbb kucing sye die melahirkan se ekor je anknye. yg laen x kluar lgi. dh dua hari. adakah anak dlm perutnye dh mati ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amat tidak normal utk kucing tidak melahirkan anak yg lain sehingga 2 hari dan ini sgt life threatening. Ada kemungkinan kandungannya hanya seekor, jika dapat cuba rasa diperutnya samada sudah kosong atau masih ada janin lagi ye. Jika ada ia perlu dikeluarkan dgn segera utk tidak menyebabkan kematian ibu kucing, dan saya nasihatkan bawa kucing ke vet dgn segera

      Delete
  8. ada lagi sye rse dalam perut die. sbb hritu sye rse dkt perut die mcm ad keras2. lgi pun perut die besar. kucing sye tu dh 2 kali beranak normal je sebelum ni. cuma kali ni lain skit bila tak keluar semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika mmg pasti masih ada lagi kandungannya u perlu bawa ke vet utk mengeluarkannya ye

      Delete
  9. Salam...kucing saya baru beranak tetapi dgn bantuan n ade dua yg songsang. Alhamdulillah berjaya keluarkan 5 ekor anak kucing. Masalahnye...masa kluar anak yg ketiga, urinya tertinggal di dlm. N anak yg ke4 n ke5 tak pula kluar bersama uri yg tertinggal 1 tu. So, adekah dia akan kluar sendiri nanti atau kalau tak kluar jugak, apa yg saya perlu buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, kebanyakkan bayi kucing akan keluar bersama uri dan uri tersebut akan dimakan kembali oleh ibunya. Tetapi jika u mmg pasti uri tersebut tidak keluar, ia merupakan satu keadaan yg agak emergency kerana uri yg tertinggal boleh menyebabkan pendarahan dan jangkitan pada ibu kucing. Saya sarankan perhatikan keadaan ibu kucing sekiranya dia seperti dlm kesakitan dan nampak tidak selesa, pastikan ia dibawa ke vet dgn kadar segera ye

      Delete
  10. Tq atas info. My cat slmt melahirkan 5 ekor kittens smlm (seekor mati lemas). U know what... lps bersalin mmg dia tidur. Tp start pg ni dia dh kuat mkn. Skjp2 mkn... pastu asyik minta kami temankan dia bersama her kittens. Dan yg paling best ialah. .. dia izinkan kami sentuh anak2 dia. Allalala... so sweet.

    ReplyDelete
  11. Saya ada kucing yg sgt manja dgn saya. Kini anaknya berusia 2 bulan. Semua sihat. Cuma sikap ibu kucing yg mudah salah faham dgn saya, mudah mengamuk dan menyerang, mencakar dan mengigit saya. Saya trauma lalu saya kurung ibu dan anak kucing bersama dlm sangar dan cuma lepaskan indoor bila saya pergi kerja. Saya dpt kenalpasti, ibu kucing tak boleh nmpk saya angkat tangan dgn telapak ke bawah. Bila dia nmpk mcm tu, dia akan serang dgn marah. Ini buatkan saya takut dan sedih. Bila saya ada dirumah saya akan kurung ibu dan anaknya bersama. Bila sy letak tgn atas sangkar pun dia akan marah dan cakar dr dlm sangkar.

    Adakah sifat dia kerana trauma? Sbb dulu masa dia marah, dia cuma serang tangan saya dan sy angkat tinggi tangan masa tu. Tp dia terus nak serang.

    Adakah sifat dia begini kerana anaknya masih kecil?
    Adakah bila anaknya dah besar, sikap sensitif akan hilang dan tidak akan menyerang saya?

    Mohon pencerahan sekiranya tuan ada jumpa kes begini. Saya sangat sedih dan murung kerana tidak dpt melayan manja kucing sy dan hanya terpaksa mengurungnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..saya simpati dgn apa yg anda lalui..
      Saya kira kucing puan mengalami trauma yg agak ketara kerana mood swingnya terlalu bahaya dan bersikap protective atau defensive. Mungkin juga berkaitan dgn trauma sewaktu hamil dan melahirkan..
      Mengurungnya bukan penyelesaian yg baik kerana dia akan jadi lebih stress bila dikurung sewaktu anda berada dirumah, dan dia akan menganggap anda musuhnya..
      Saya nasihatkan lakukan reverse psychology supaya dia tidak rasa kita ini musuhnya..
      Adalah lebih baik anda biarkan dia bebas sewaktu anda ada di rumah, tetapi pastikan jgn provoke atau cuba utk menyentuhnya..maknanya biarkan dia bebas kemana2 dan anda juga bebas kemana2 dlm satu rumah, tanpa perlu cuba menyentuhnya atau anaknya..biarkan utk beberapa lama, sekadar memanjakannya dgn cuba memanggil namanya dan nama anaknya berulangkali. Naturally apabila kucing itu rasa dia selamat, dia akan dgn sendirinya datang kepada kita utk bermanja dan bergurau.
      Saya harap ianya dpt membantu..

      Delete
  12. Salam, dalam beberapa mggu lepas, saya mula perasan kucing saya mengandung. Tapi, dalam dua tiga hari ni, dia mula tak lalu makan dan langsung taknak makan even disuap pun. Setakat ni, saya cuba bagi air kosong dan susu menggunakan syringe. Adakah ini perkara biasa? Lagi satu, sebelum ni kucing saya ada fungus, kami dah ubati alhamdulillah makin sihat, tapi disebabkan kucing saya terlepas mating dengan kucing luar yang ada fungus, saya tgk kucing saya berjangkit semula fungus di bahagian ekornya. Adakah boleh saya sapu ubat fungus seperti saya rawat dia sebelum ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..jika kehamilannya sudah nampak ketara ada kemungkinan dia telah hampir nak melahirkan, sebab tu selera makannya kurang dan dia kurang aktif. Saya harap tempat yg selesa utk dia melahirkan telah anda sediakan ye.
      Utk ubat fungus boleh disapu di bhgn yg dijangkiti cuma jgn terlalu tebal ye

      Delete
  13. Assalamualaikum.. KD. Klau kucing betina yg mengandung .. dkt kmaluannya basah2.. adakah dia dh nk beranak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..jika kucing betina yg mengandung dan telah hampir nak bersalin, biasanya kemaluannya akan mengeluarkan lendir bercampur darah..mungkin juga akan basah sedikit pada peringkat awal.

      Delete
  14. Assalam. Mcm mna nk tau kucing yang bersalin tu dlm perut anak kucing sudah habis dikeluarkan. Dan kenapa ibu kucing selepas bersalin dia nmpk lesu dan badan dia panas. Dia cuma minum air ja. Klau mkn dia tak mau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas tu. Boleh tak bagi ibu kucing mandi sbb darah bnyk tu bg badan dia comot, kotor dan busuk dengan darah. Tadi paksa juga dia mkn makanan basah yg kitten pnya. Tp dia tak lalu. Dia baru bersalin kelmarin. Pg td ada lg sekor yg keluar. Tp dh mti sbb lemas. Dan dia juga tak bersihkan anak dan juga dia.

      Delete
    2. Salam Rara..
      Maaf lambat jawab..
      Selepas bersalin perutnya akan tak keras lagi..kebiasaannya kucing akan sihat seperti biasa walaupun masih lemah, tetapi dia tetap boleh mkn dan minum. Jika dia demam atau terlalu lemah takut ada komplikasi lain dan seeloknya bawa ke vet utk pemeriksaan lanjut.
      Jika kucing u kotor tapi dia lemah jgn dimandikan, lapkan badannya dgn kain basah yg bersih utk membersihkan darah yg melekat.

      Delete
  15. assalamualaikum.. saya nak tau..kucing saya dah lahirkan 3 ekor anak.. anak2 pn dh 2 bulan... tibe2 saya perasan perot ibu kucing macam kembong... adakah dia mengandung lg? sbb takda lak tunjuk yg dia nak mengawan.. dia biasa je.. kembung tu normal ke.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..ada tak dia menunjukkan tanda2 seperti di dalam kesakitan atau sukar buang air besar dan kecil? Jika tiada mmg berkemungkinan dia hamil kerana selepas bersalin kucing boleh mengawan seawal 4 minggu

      Delete
  16. Salam. sy ade bela kucing outdoor yg sy rse umo die dh cecah 2thn lebih. mse kelahiran pertama xde masalah. tp mse kelahiran yg ke2, ank pertama yg mati selepas brpe minit d lahir kan. selang brpe jam sy cek, belom ade lg kelahiran seterusnya. n nmpk die sgt x selesa. n byk bgerak dlm kotak tu. 2hari kemudian bru nmpk ank ke 2 die. tp rsenye ank die dh mati dr dlm perut. tp sy tgk perut die msih lg besar. jd sy expect mgkn ade lg sekor lg yg xkuar.leh terangkan tak knpe jd cmtu? skrg ni kucing sy tu tgh mengandung kali ke 4. n tggu mse nk beranak dh. mslh skrg pulak, die dh jmpe port beranak. tp ats bumbung umh. 😂 sbb skrg die kerap turun naik ats bumbung. n akn turun bila d pggl utk mkn. n lg satu, sy nk tau, bie kucing tgh mengandung, start bile die akn behave aggp semua musuh (mcm meroyan) tmsok ank die sndri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..maaf kerana terlewat menjawab ye..
      Kelahiran mati dan kematian dlm kandungan mmg kerap berlaku pada kucing, satu kerana ianya merupakan multiple pregnancy, jadi ada kandungan yg tidak berapa sihat atau sempurna. Kedua kerana jangkawaktu kehamilan yg terlebih hari dan kandungan lemas dlm perut.
      Ibu kucing biasanya akan bersikap protective terutama selepas kelahiran. Kebiasaannya perubahan sikap akan ketara pada 2 minggu terakhir kandungan, ibu kucing akan mula mencari tempat tersorok yg dirasakan selamat dan mula memusuhi semua yg berhampiran..dan ianya lebih ketara apabila kandungannya lahir nanti.

      Delete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Salam..kucing sy baru melahirkan anaknya 4 ekor tiga minggu lepas..sekarang kucing sy kena jangkitan selesema dari kucing yg lain dan menyebabkan jangkitan pada anak2nya..setakat ni dh seminggu selesema..sy cuba bagi air kelapa menggunakan syringe pd anak kucing sy tu tapi mcm dia tak boleh telan..mungkin ada mucus tersekat di kerongkongnya, menyusu pun taknak..kadang2, anak kucing tu bising2 mcm lapar..sy hulur tisu, anak kucing tu gigit dan mengundur ke belakang, mcm tarik..boleh tak tolong beritahu sy apa yg perlu sy buat untuk sembuhkan dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..anak kucing yg selsema berisiko utk tidak sembuh atau kematian pada peringkat awal umurnya. Yg boleh kita bantu ialah dgn membersihkan mukus dari hidungnya supaya dia boleh menyusu, jika tidak kena berikan susu utk kitten menggunakan syringe sedikit demi sedikit. Ada juga ubat selsema yg boleh diberikan pada kucing tetapi mesti didapatkan dari vet dgn dos yg betul ye.

      Delete
  19. Assalamualaikum. .
    Kittens sy berusia 5 minggu sabtu ni. Semuanya sihat dan tersgt aktif. Tp ada salah seekor yg tak sihat. Dia tak nak mkn dan suka menyendiri. Badannya kurus dan nmpk tidak stabil kerana kerap menggeletar. Selalu mengiau dgn kuat tanpa diketahui punca. Kami cuba suapkan mknan tp dia menolak, malah amat kurang menyusu. Kami dah tak tahu nak buat mcmana.
    Harap ada yg sudi membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..pada usia 5 minggu dia berkemungkinan mendapat infestasi cacing, anda boleh memberikan ubat cacing utk anak kucing yg boleh dibeli di kedai petshop atau vet dari jenis cecair, dan berikan mengikut beratnya..

      Delete
    2. Salam. Sy dah bawa ke vet smlm.. tp hayatnya nampaknya tak pjg. Harini genap usia 5 minggu dan dia mati waktu maghrib td. Sedih sgt...

      Delete
  20. Assalammualaikum,

    Kucing saya baru bersalin pada 3/11/2016 aritu, ada 6 ekor anaknya. Persoalannya

    1. Boleh tak saya mandikan ibu kucing tu, Sbb dia ada kutu yang kaler hitam itu. takut berjangkit dgn anak³ dia. Saya nak mandikan dia guna petua dari blog bilas dgn air garam tu. Waktu bila boleh saya mandikan ibu kucing.

    2. Lagi sekor kucing saya betina, dia garang ngan ibu lepas bersalin tu. Ngan anak² yang baru lahir pun dia garang, sbb apa ye. Sbb ibu lepas bersalin tu busuk ke..

    Sekian, terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..utk ibu yg baru bersalin tak begitu sesuai utk dimandikan dgn cepat, cukup dgn u bersihkan badannya menggunakan apple cider yg dibancuh dgn air bagi mencegah infestasi kutu hitam atau flea buat sementara waktu. Boleh di spray atau dilapkan pada badan ibu kucing. Satu lagi cara ialah dgn meletakkan ubat anti flea di tengkok atau belakang leher ibu kucing, boleh didapati di petshop.
      Naluri semulajadi ibu kucing ialah tidak suka dgn ibu lain, itu perkara biasa. Cuma asingkan dari anak2 tu krana dikhuatiri akan dicederakan dan mendtgkan stress buat ibu yg baru melahirkan.

      Delete
  21. salam,
    kucing sy baru beranak hari ni. umor 1y4m. kelahiran yg pertama. anak yg keluar seekor je. (memang tak perasan die mengandung sbb perut mcm biasa , tak nampak mcm bunting).
    persoalannye normal ke kucing beranak keluar seekor je? atau ada lagi dalam perut ibu kucing x keluar lagi? tapi takde tanda2 die mcm sakit nak beranak lagi.
    beranak pertama sekitar tengah hari tadi, sampai sekarang intai masih seekor.
    ini pun pengalaman pertama sy, kucing bunting dan beranak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..kebiasaannya kucing akan melalui multiple ovulation sewaktu mengawan yg menghasilkan byk anak, tetapi ada juga yg hanya seekor atau dua terutamanya dari jenis2 breeder cat. Jika kucing u kelihatan selesa dan tidak dlm kesakitan, berkemungkinan kelahirannya dah selesai dan tak ada lagi anak kucing lain. Jika ada yg mati didalam perut sekalipun kucing kita akan kelihatan tidak selesa serta sakit

      Delete
  22. Salam , blh saya tau berapa kos veterinar untuk mengeluarkn kitten yg mati atau sangkut smasa proses melahir .
    Kucing saya selamat melahir kan 4 ekor kitten malangnya hanya 2 hidup saya dapati perut x kempis urut2 lembut saja tetapi bahgian dubur kucing saya agak mengeras die marah bila saya urut ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..maaf lewat saya menjawab..
      Kebiasaannya anak kucing yg mati didalam perut boleh sebabkan mudarat pada ibu kucing jika ianya berlaku dan dibiarkan..by now sepatutnya akan kelihatan tanda2 yg ibu kucing dlm kesakitan, lemah dsb. Kos bergantung pada procedure dilakukan tetapi boleh menjangkau lebih dua ribu rm ye

      Delete
  23. saya ada soalan, kucing saya bernafas laju n tercungap-cungap after one day beranak. bila saya check perut dia, saya suspek ada lagi seekor baby kucing dalam perut dia. so how ? apa yang saya kena buat ? sebab dia ada pendarahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika dilihat dari tanda yg ditunjukkan, kucing u perlu dibawa ke vet dgn kadar segera, kerana jika dibiarkan dia mungkin mengalami haemorrhagic shock dan septicaemia yg boleh meragut nyawa jika kandungannya tidak dikeluarkan.

      Delete
  24. Kucing saya x mkn uri yg keluar. Macam mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pa, jika adik berani ikatkan di pangkal tali pusat dgn benang n potongkan bhg selepas ikatan tersebut dgn gunting bersih. Jika tidak, biarkan saja uri mengering sendiri dan tanggal ye

      Delete
  25. Salam... maaf sy ingin tya satu soalan.... knp kucing sy tiba2 hilang suara ye tp dia xde demam..... selera mkn dan minum spt biasa cuma sy agak susah hati sbb dia meow tp dh x mengeluarkan suara lg....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan kucing kita kehilangan suara, dan hilang suara ini boleh jadi sementara atau kekal bergantung pada penyebabnya.

      Kucing anda mungkin mengalami laryngitis atau jangkitan kuman atau virus dipeti suaranya, dan ini biasanya ada tanda2 lain seperti demam, selsema atau batuk. Dalam kebanyakkan kes ianya sementara, kucing masih boleh makan dan minum serta aktif seperti biasa, mungkin boleh berlarutan beberapa hari hingga ke dua minggu untuk pulih.

      Ada juga yang hilang suara kerana ada bengkakan di peti suaranya, samada tumour atau cancer atau nanah dll, dan ada juga keadaan dimana terdapat kelumpuhan saraf yang mengawal peti suara dan ini boleh jadi kekal.

      Bawa ke vet sekiranya kucing jadi tak aktif, sukar bernafas dan kurang selera makan kerana keadaan ini boleh membahayakan nyawa jika dibiarkan.

      Delete
  26. Tq atas info yg diberikan.... sy dh bwk ke vet aritu tp doktor tu plak ckp xtau sbb apa and nk buat apa sbb kucing sy x demam makan minum kencing berak semua ok.... aduh pening sy dibuatnye bila tgk kesayangan menyahut tp xde suara 😢

    ReplyDelete
  27. Saya ada kucing yang mcm tu jugak.. mulut dia mengiau.. tp takde suara.. dia mmg xde masalah pon.. tp bile dia main2 dgn kucing lain.. bile dia kena buli ke apa ke.. dia mengiau marah.. tp normally dia mmg mengiau tanpa suara hehe.. comel je.. memula mmg ingat dia bisu.. tp rupanya tak.. hehe

    ReplyDelete
  28. Owh yeke.... hehe tp tula kn sy rasa mcm sunyi la plak bila tgk dia tiba2 x bersuara sdgkn kucing sy ni pya la mulut bising.... aritu ada la try mandikan dia sbb time mandi pn mulut dia akan bising tp masa mandikan dia aritu dia meow tp yg kuar hya suara halus je

    ReplyDelete
  29. Kucing saya baru melahirkan anak.Sebelum ini kucing saya pernah melahirkan anak sekali.Kenapa kucing saya melahirkan anak kali ini perut dia keras?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa saya perlu buat jika ada masalah tersebut?

      Delete
    2. Salam..jika masih terasa keras perutnya dan dia tidak selesa, ada kemungkinan yg kandungannya blm habis keluar. Seeloknya bawa ke vet dgn kadar segera. Jika kucing u tidak menunjukkan sebarang kelainan, just perhatikan keadaannya dlm beberapa hari ini

      Delete
  30. Assalamualaikum wbt. Sy aziefa .. Sy nak tanya . Kucing sy baru beranak semalam 4 ekor. Semuanya in good condition ... Tapi perut ibu dia masih kembung lagi walaupun kendur sikit. Itu sebab dia gemuk ke atau ada lagi tak keluar ? Takkan ada lagi tak keluar kot. Mcm mana nak cek sendiri ? Nntu tekan perut dia takut dia marah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..kebiasaannya selepas melahirkan memang perut ibu kucing akan masih kelihatan lebih besar dari biasa, tetapi tidak keras lagi. Jika dapat cuba letakkan tangan Aziefa diperutnya tetapi jangan ditekan sehingga menyakitkan. Jika tidak berani, biarkan sahaja tetapi perhatikan samada ibu kucing itu kelihatan seperti dalam kesakitan, kerana jika ada lagi kandungan yang belum lahir kebiasaannya akan mati didalam perut, dan ini akan menyebabkan ibu kucing kesakitan atau mengeluarkan darah yang tidak berhenti2.

      Delete
  31. Assalamualaikum...nak bertanya..kucing saya baru je lepas melahir kan anak 4 ekor...semua nya in good condition....tapi lepas dah settle2 kan anak2 die tu...die tibe2 pergi ke litter box dan makan pasir sikit...kenapa ya....takot die kena infection pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..selalunya bukan kebiasaan utk kucing mkn pasir selepas bersalin atau pada keadaan apa pun..mungkin dia ingin membersihkan mulutnya yg berbau darah

      Delete
  32. Salam, saya ada pertanyaan. Kucing saya bunting. dalam masa beberapa hari ni, dia dh menunjukkan tanda-tanda seperti nak bersalin. Tapi dah nak masuk empat hari dia masih belum melahirkan anak lagi. Dia duduk je dekat dalam kotak dia. Dia langsung tak nak makan dan minum walaupun disuap. Saya risau dengan keadaan dia. Adakah biasa kucing mengalami sakit bersalin untuk tempoh lama macam ni? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..maaf agak lewat saya menjawab soalan u ni. Saya harap dia dah selamat melahirkan, kerana kebiasaannya mereka tidak sakit terlalu lama tetapi lebih kepada tidak selesa selama beberapa hari sebelum melahirkan, serta kurang selera dan tidak banyak bergerak atau keluar jauh dari tempat yg dia rasakan selamat utk bersalin. Apabila mula keluar darah atau mula contraction biasanya dlm sehari atau paling lama 2 hari kelahiran akan berlaku. Jika hingga hari ini dia masih belum melahirkan dan kelihatan sakit, perlu dapatkan nasihat dan pemeriksaan vet ye

      Delete
  33. Salam..apa akn berlaku sekiranya ibu kucing yg mmpunyai ank yg masih menyusu(usia ank dlm 3minggu) tapi bunting lg...adakh nnt ank2 kucing itu xakn dipedulikn lg oleh ibunya...
    Sbbnya skrg ni ibunya marah jika ank2 dtg nk menyusu...mohon pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..kebiasaannya ibu kucing akan hamil paling awal dlm sebulan selepas melahirkan, bagi kucing anda ianya agak terlalu awal, kandungannya mungkin tidak begitu sihat atau besar bila dilahirkan. Biasanya dia masih boleh menyusukan anak2nya diperingkat awal kehamilan tetapi jika dia tidak selesa sekarang, option lain yg kita ada ialah artificial milk yg khas utk kitten. Jika kitten sudah boleh makan mulakan dgn makanan yg agak lembut, dan ini mengurangkan kebergantungan pada susu ibu.

      Delete
  34. Salam.. saya nak tanye.. bole ke kucing yg dlm early stage pregnancy .. on heat ? Kucing sy (high nose persian 1thn lebih) dlm 2-3 mggu lepas on heat. Sy perhatikan, nipples nya sudah kemerahan. Tp perut dia takde la besar sgt.. cuma lately ni nmpk mcm ada bump yg kecil. Sy rasa maybe pregnant. Tp petang td, dia berbunyi mcm on heat n mengguling2. Kucing jantan sy pon sempat memanjat dia dan berjaya mating sekali je.. beberapa jam kemudian, sy perasan, dia mcm normal balik.. mcm x on heat dah. Jantan cuba panjat, dia garang. And sy cuba usap belakang dia pon.. dah tak ternaik pon belakang nya. so sy jd musykil.. sbb takut sblm ni cuma false pregnancy. At the same time sy risau in case dia pregnant hasil sblm ni and kebetulan mating yg sekejap tadi.. menjadi.. logik ke ini? Haha.. sy yg type karangan ni pon rasa mcm x logik.. tp tebalkan muka je utk tanye. Hehe. Terima kasih baca cerita panjang lebar ni. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..😁..
      Kucing mmg boleh on heat dan ovulate beberapa kali pada satu waktu ie boleh mating dan mengandungkan anak beberapa jantan pada satu masa. Dan pada peringkat awal kehamilan ada waktunya dia boleh on heat semula tetapi kebarangkalian utk hamil pada waktu tersebut agak kurang. Sebab itu jangkawaktu dia on heat agak pendek dan dia sudah kembali seperti normal.

      Delete
  35. Samalah.. . Kucing sy pun dah bunting semula. Dia dah x bg anak sediada menyusu. Selalunya dia alih perhatian anak2 dgn ajak bermain. Pastu dia asyik muntah je skrg ni. Sabar je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully anak2 dia dah pandai makan sendiri jadi tak terlalu bergantung dengan susu ibu..jika tak takut kurang membesar.

      Delete
  36. Assalamualaikum.. nak tanya, kucing saya dh masuk 2 bulan mngandung.. tapi xnampak lagi tanda2 nak beranak, cumanya, awal2 mengandung, perut dia besar sgt dari ekor ke tangan belonnya.. tapi skrg, jadi kecil, xsebesar dulu, dan makin kebelakang hampir pada ekor.. normal ke mcm tu?? 😅 ke dia dh beranak dah.. haha.. sbbnya kat perut bahagian tangan tu dah kecik.. xmcm dulu.. menghala ke ekor bunting tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..kebiasaannya jangka kandungan kucing adalah sekitar 65 hari, jadi agak mudtahil ianya telah melahirkan jika baru dua bulan. Dan bentuk perut kucing memang akan membesar sewaktu hamil bergantung kepada banyak mana kandungannya, tetapi lebih kebahagian menghala ke punggung, terutama apabila dah hampir waktu untuk melahirkan.

      Delete
  37. Salam.. nak tanya adakah normal kucing selepas beranak makin manja dgn kita? Walaupun baru 1st day beranak.. dia beranak 2 ekor tapi anak dia mati sekor. Masalahnya dia jarang jenguk anak dia tapi asyik nak manja2 dgn saya.. and tgn dia kdg2 dalam posisi menekan2 macam menyusu waktu dia kecik dulu.. kenapa ya.. dia trauma ke anak dia mati?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... bergantung pada baka kucing juga, kebanyakkan kucing yang mixed breed atau kucing biasa akan bersifat protective dan agak garang apabila selesai melahirkan, mereka tidak berapa gemar dan berasa terancam apabila kita cuba memegang mereka atau anak2nya. Berbeza dgn kucing breed seperti Persian yang lebih manja dan dependant, tidak begitu pandai menjaga anak2 mereka. Saya andaikan kucing u mungkin pertama kali melahirkan, atau mungkin usianya masih muda. Jika begitu kita perlu memastikan dia menyusukan anaknya seberapa kerap yang boleh dan lebih baik jika letakkan didalam sangkar buat sementara waktu, lepaskan secara berkala untuk dia berehat.

      Delete
  38. Salam saya nak tanya. Kucing bunting ni bapak dia boleh ramai ke? Atau satu je bapak dia? Sebab kucing saya ada 2 kaler. Padahal bapak dia 1 je kaler. Tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Bole aje =) kucing bole mengawan dengan lebih dari 1 jantan. Empunye blogger ni ada explain kat entry lain.. bila kucing in heat..:)

      Delete
    2. Terimakasih En Shawal Ibrahim .. memang boleh mengawan dgn beberapa kucing jantan pada ketika in heat

      Delete
  39. Assalamualaikum...kucing sy baru shj melahirkan 5 ekor anak. Yg sy hairan kenapa kucing2 lain bila berdepan dengan ibu kucing ni dia jd pemarah bukan ibu kucing itu marah tp kucing lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..reaksi tersebut agak biasa terjadi terutama jika kucing2 lain ialah kucing betina, kerana stress melihat kitten2 yg ada bersama ibu. Jgn risau, cuma eloknya diasingkan dari kucing lain supaya ibu kucing tidak stress

      Delete
  40. Assalamualaikum.. kucing syg tgh bunting n perut die dh sgt besar. Nk tnye normal ke kucing bunting tktau nk kawal taik die? Sbb bntot dia kkdg btaik n die kesat kat mana2 je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..biasanya kucing akan membersihkan kemaluannya setiap kali ke tandas. Mungkin kucing u sukar melakukannya kerana perutnya besar dan mungkin dia sudah hampir melahirkan

      Delete
  41. assalamualaikum, nak tanya, kucong saya baru bersalin 3ekor 2hari lepas, tp knape harini masih ade lagi pendarahan kt dubur die, darah tu x byk tp ade d dubur die...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..jika darahnya tak banyak dan kucing nampak aktif mcm biasa serta tidak nampak seperti dlm kesakitan, biarkan sahaja. Tunggu beberapa hari supaya darah betul2 kering. Jika kucing nampak tak sihat barulah bawa ke vet ye

      Delete
  42. Salam..saya nak tanya,kucing saya sebelum ni ada sakit saraf,sendi(susah nk berjalan betul) lepas 2,tiba2 dia beranak..saya pon trkejut sbnarnya sbb dia mmg xkeluar rumah langsung..dia bersalin anak kedua selang sehari lepas anak dia yg first mati dlm perut..dan sampai skrang berlaku pendarahan lgi kt vagina dia..ada tak apa2 petua nk bgi hilang darah 2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..biasanya pendarahan minimal akan masih berlaku utk beberapa hari jika semua anak dah lahir, tetapi jika pendarahannya semakin banyak dan kucing tu nampak tak selesa, ada kemungkinan dia masih lagi blm habis melahirkan atau ada jangkitan atau pendarahan kerana masalah sarafnya, tak ada petua utk kurangkan pendarahan selain bawa ke vet

      Delete
  43. Assalamualaikum. Kucing sy baru slmt melahirkan 4 ekor anak tghari td. Adakah normal jika dia mahukan anak2 sediada (berusia 4 bulan) sentiasa berada berhampirannya? Krn jika anak2 berjauhan, Dia akan mengiau dan mencari serta memaksa anak tu (dgn cara menggigit tengkuk dan heret) agar mengikutinya. Dan sblm masa bersalin td dia mahu semua anak2 duduk dekat dia seolah cuba memberitahu bhw mrk akan dpt adik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..kebanyakkan ibu kucing akan lebih selesa untuk mengasingkan anak2 baru yang masih kecil dari kucing2 lain yang telah dewasa walaupun anaknya sendiri. Tetapi ada juga ibu kucing yang terlalu sayangkan anak2nya serta masih ingin menyusukan anak2nya walaupun sudah besar dan boleh makan sendiri, seperti ibu kucing Belle. Biarkan sahaja asalkan kucing2 yang besar tidak mendominasi susu ibu berbanding dengan anak2 yang baru dilahirkan, dan jika boleh sediakan kawasan atau kandang yang luas sedikit untuk keselesaan semua kucing2 tersebut ye.

      Delete
  44. Salam. Kucing saya baru beranak. Dia taknak makan urinya. Jadi berapa lama boleh survive sebelum ke vet. Takut nak potong uri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..uri perlu dipotong segera jika tidak dilakukan oleh ibunya ye. Cara paling mudah ialah dgn mengikat talinya dgn benang

      Delete
  45. Assalamualaikum..
    Kucing betina sy baru spay pd bulan lepas, umur 4 bulan pd masa tu. Dia ni tersgt aktif. Dan skrg.. dia seolah menunjuk potensi untuk mengawan sbb asyik ikut kucing jantan dewasa dan suka berguling2 dpn kucing jantan. Adakah ini normal? Jika dihalang dari keluar rumah, dia akan mengiau dgn nada yg tinggi sehingga dibenarkan keluar.
    Sekiranya kucing jantan dineuter.. adakah dia masih boleh mengawan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..kebiasaannya selepas di spay atau di neuter mereka masih boleh mengawan tapi tidak akan berlaku kehamilan.

      Delete
  46. Salam nk tanya, normal tak kalau kucing keluar darah pada bahagian kemaluan dia semasa mengandung pertengahan bulan? Adakah disebabkan stress? Atau mmg dia nk bersalin? Sebab dia taknampak sakit lgsg. And now dia still jilat dia punya darah? Tu tanda tanda kucing nak bersalin ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, semasa mengandung adalah tidak normal untuk kucing mengalami pendarahan pada peringkat awal kandungan, kecuali jika ianya telah hampir nak melahirkan. Oleh kerana kucing u tidak mengalami kesakitan dan pendarahan tidak berat atau banyak, boleh tunggu dahulu untuk beberapa waktu. Jika memang telah hampir melahirkan ianya mungkin akan berlaku dalam beberapa hari atau paling lama seminggu sebelum kelahiran.

      Delete
  47. Salam.kalau badan si anak separuh keluar dan si ibu selalu rasa gelisah ngan mundar mandir macam mana sebab si ibu pun duduk mcm biasa.biarkan atau tolong skali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, jika telah keluar separuh maknanya ia telah hampir melahirkan, tetapi kita tak boleh menarik keluar kandungan tersebut sekiranya ibu kucing tidak mengalami contraction untuk meneran. Berkemungkinan anak kucing akan mati ye, jika dibiarkan. Saya harap ibu kucing u telah berjaya melahirkan kandungan tersebut tanpa masalah.

      Delete
  48. Salam, saya nak tanya. Kucing saya sudah sebulan lebih beranak dan dia ada menunjukkan tanda nak mengawan dengan kucing jantan lagi. Saya nak mandulkan tetapi anak-anaknya masih menyusu badan. Kalau saya mandulkan si ibu. adakah dia tak boleh bagi susu pada anak kucing nanti ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, selepas sebulan melahirkan memang kebanyakkan kucing akan mula mengawan semula. Jika dimandulkan kemungkinan untuk susu ibu kering memang boleh berlaku kerana ia melibatkan hormon, seeloknya tunggu sehingga 3 bulan bila anak kucing telah pandai makan dan tidak bergantung pada susu ibu. Jika boleh asingkan kucing betina tersebut dari kucing jantan buat sementara waktu sehingga dimandulkan. Tetapi jika terpaksa boleh dimandulkan walaupun belum cukup tiga bulan

      Delete
    2. Ibu kucing tersebut telah terbabas mengawan dengan kucing jantan yang lain. Dan bagaimana saya nak tahu yang ibu kucing tersebut sedang hamil. Kucing betina tersebut dah gatal sangat nak mengawan. tak diberi susu pada anaknya

      Delete
    3. Biasanya jika dia mengawan dan persenyawaan berjaya, on heatnya akan berkurang secara semulajadi..dan perubahan pada perut hanya skan ketara pada minggu kedua dan ke atas. Rasanya jika dia kurang menyusukan perlu dibantu dgn susu segera yg dijual di petshop

      Delete
  49. Salam.
    Kucing sy baru melahirkan. 10 hari slps kelahiran dia on heat semula. Dah 3 hri on heat Adakah ini normal? Jika mengawan, adakah dia boleh hamil seawal ini? Bolehkah sy beri dia pil cegah hamil memandangkan dia sedang menyusu baby? Baby seekor je. Kalau sy beri juga, Adakah pil cegah hamil boleh mmpengaruhi pengeluaran susu? Atau boleh sebabkan susu berhenti terus? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...kebiasaannya kucing memang boleh on heat semula dalam sekitar dua minggu selepas melahirkan, walaupun ianya masih agak awal dan seeloknya kita tidak membenarkan dia mengawan sekarang kerana anaknya belum bercerai susu. Jangan diberikan pil perancang manusia kepada kucing kerana ianya boleh memudaratkan kesihatan ibu kucing serta boleh menyebabkan susunya terhenti serta merta. Nasihat saya asingkan kucing dari kucing jantan at least sehingga usia anaknya sekitar 4 minggu dan boleh makan minum sendiri, tidak bergantung sepenuhnya pada susu ibu. Jika sukar dan kita tak berniat untuk mempunyai baka baru lagi, langkah paling selamat ialah dengan memandulkannya.

      Delete
  50. Salam,

    Kalau ikut hari (bermula dari hari dia mula kahwin), hari ni genap 63 hari kucing saya bunting.. tapi perut dia kecik je. Saya rasa ada seekor je.. puting dia mmg dah mengembang dah. Saya yang stress tgk dia x branak2.. sbb kesian. Badan dia kecik macam kucing umur 5 bulan, walaupon dia dah setahun 3 bulan. Dia pon takde tanda2 nak beranak pon.. takde cari tempat ke apa ke.. selamba badak je dia .. makan minum dia pon normal. Logic ke kucing lambat melahirkan sebab jumlah anak yg sikit?

    Terima kasih .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Kucing u mmg ada mengawan ye tempohari? Kebiasaannya biarpun kandungan cuma satu ekor saja, kelahiran mmg akan tetap berlaku apabila tempohnya cukup. Mungkin akan terlewat beberapa hari tetapi tanda2 utk melahirkan patut ada. Saya sarankan biarkan saja kucing u tanpa perlu buat apa2 cuma perhatikan keadaannya samada dlm kesakitan atau tidak. Satu lagi cara ialah dgn memegang perutnya utk merasa gerakan baby..

      Delete
    2. Wassalam,

      Haah.. dalam susah2 dia mengawan dulu, dua kali je dia berjaya.. sekarang ni sy perhatikan ada lendir warna pink mengalir sikit2.. xtau la ketuban dia dah keluar ke belum sbb sy kerja tadi. Mmg skrg ni nmpk mcm dia gelisah. First time nk beranak kot.. lagi satu dia macam x pandai sgt.. sbb skali skala dia masuk kotak.. dan dia nk berteman.. terpaksa hadap dia dalam kotak tu. Bila sy tinggalkan je.. dia keluar kotak. Lendir pink merah2 tu keluar sikit2.. air ketuban tu akan keluar dulu ke atau mmg lendir tu akan keluar dulu ye? Bole nampk dia x pandai nk branak. Kalau kucing lain, sy pernah nmpk dia macam mengurut2 masa nak beranak.. tp dia ni mcm relax je. Siap tertido lagi 😅.. first time beranak mmg ambil masa lama ke? Sbb dari petang tadi lendir tu keluar sikit2.. haihh.. risau betol dibuatnya..

      Delete
    3. Lendir2 pinkish tu tanda2 awal dia akan melahirkan, biasanya utk kucing air mentuban akan pecah pada saat akhir ketika kontraksionnya kuat untuk meneran keluar. Saya rasa ibu kucing ni muda lagi dan dia tidak begitu pandai, saya nasihatkan letakkan dia didalam sangkar dgn bekas kotak yang bersih supaya dia melahirkan di dalam kotak nanti. Cuma kena rajin tengukkan dia kerana saya jangkakan dia tak pandai nak membersihkan anaknya nanti termasuk untuk memutuskan uri anaknya.. pada waktu tersebut dia perlu bantuan kita. Kebiasaannya bagi kucing yang pertama kali melahirkan mungkin akan mengambil masa seharian..

      Delete
  51. Kucing sy tu dah berjaya mengeluarkan anak dia.. tp dia tak pandai.. pukul 3 pagi td .. air ketuban dia pecah.. around pukul 6 pagi td anak dia keluar.. tp dah mati anak dia.. sy perhatikan dia mmg tak pandai beranak sbb dia walaupon dalam sangkar, dia mundar mandir ke litter box cuba meneran tp tak keluar apa. Sy perhatikan sbb takut baby keluar kat litter box. Tp tak.. sayangnya baby mati.. dia cuba jilat kantung dia tp tak makan pon uri. Kesian. Sy nak tolong pon tak bole sbb baby mmg x bergerak dah lepas keluar. kepala baby tu macam melintang tak selari dengan badan.mcm patah tengkuk.. maybe itu penyebab baby mati. Skrg pulak kucing sy tengah meroyan.. culik anak kucing lain bawak masuk kotak dia. Huhu. Umur kucing saya 1tahun 2bln tp saiz badan mcm kucing 5-6 bulan. Takde rezki .. alhamdulillah dia selamat walaupon baby mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesiannya..mmg dia akan murung sekejap sebab anaknya mati..biarkan saja dia jaga anak kucing lain utk menghilangkan stress dan boleh juga dia menyusukan..

      Delete
  52. aslm...kucing sy lahir 8hari lepas...dia lahir kt dlm store...kt kotak penjuru dinding tu..sblh kiri kanan ad almari dan rak..tmpt tu mmg sush org nk p..kotak tu dlm keadaan nk jatuh..tpi mampat kt tgh2..stabil jgk lh..sbb kotak tu besar..smpai ke hrini sy xdpt nk tgk ank dia..brp ank pun xtau..sy nk tnya..blh x klau sy nk ubh kotak tu..minggu dpn..mcm dua minggu lps dia lahirkn ank tu..sy nk ubh..sbb sush nk tgk ank dia..ka kena tunggu smpai 4-6minggu..bru blh ubh?..tpi sy takut dia ubh ank dia kt tmpt lain pulk klau sy ubh nnti..dh lh letak tmpt susah nk tgk..dan dia nk p pun susah sikit..tpi ank dia sihat kot...sbb hritu(hujung minggu lps) sy nmpk dia angkut sekor anak dia kluar dr kotak..tpi xjd..dia letak blik dlm kotak tu..sy nmpk ank dia bersih jgk lh..tpi sy xnmpk dh lps tu..dia xubh dh ank dia..sy pun xtau ap jd kt ank dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..mmg tabii kebanyakkan kucing akan menyorokkan anaknya..saya nasihatkan biarkan saja kucing u ditempat asalnya tanpa diganggu, cuma sediakan bekas mknan dan minuman dgn secukupnya supaya dia tak perlu tinggalkan anak2nya lama..biarkan sehingga anaknya pandai bermain dan berjln sendiri, serta boleh mkn dan minum sendiri baru u alihkan. Ada kucing yg tidak kisah kita usik anaknya tetapi ada kucing yg boleh depress dan akan melarikan ansknya jika terasa terancam, walaupun oleh tuannya sendiri.

      Delete
  53. Salam..saya bukannya peminat kucing.Bulan lepas ada anak kucing umur 2 bln masuk engine bay kereta.Bawa keluar dh pelihara.cuma 5 hari anak jiran kata nampak dimakan kucing lain.Semalam ada kucing beranak dlm engine bay kereta yg sma.ada 3 ekor anak.Terpaksa la saya biar..cuma nk tahu biasanya memang kucing akan duduk setempat atau di akan ubah2.atau apa cara sy bolehbumpan dia keluar tanpa pelru paksa.
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..kebiasaannya kucing akan memikih utk beranak di tempat yg susah utk diganggu. Dan kebiasaannya mereka akan kerap berpindah2 jika terasa ada ancaman atau gangguan. Jika terasa terancam ada waktu kucing akan memakan anaknya sendiri, jadi saya cadangkan biarkan saja kucing tu disitu hingga dia sendiri nak keluar atau jika tempat itu merbahaya maka perlu dipaksa dia utk keluar. Kebiasaannya boleh diumpan dgn memberi mknan

      Delete
  54. Salam.. minta nasihat tentang kucing saya dah bersalin.. yg sulung mati.. no. 2 dan 3.. ok hidup.. boleh tak saya ambik anak kucing yg mati tu utk ditanam serta merta..or tunggu sehingga semua kelahiran selesai. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..boleh, asingkan anak kucing yg mati tu dan tanam dgn segera, tak perlu tunggu semua selesai ye

      Delete
  55. Salam.. Kucing sy baru beranak semalam.. Alhamdulillah sy jadi bidan terjun.. Hihi.. Anak 5 ekor semua selamat.. Cuma hari ni ibu kucing sy demam, tp kondisi dia semua ok.. Sy nak tanya, boleh ke sy bg dia makan ubat demam. ? Kalau bagi ubat ada effect tak dekat babies dia. ? Sy ingat nak bagi ubat demam tp risau kalau ada side effect.. Thx

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..alhamdulillah semuanya selamat..
      Utk kucing jgn diberikan ubat demam paracetamol atau panadol manusia ye kerana ia memudaratkan kucing dan boleh menyebabkan kematian. Biarkan dia dan berikan air bersih yg banyak utk diminum.

      Delete
  56. Salam. Apakah yang saya perlu buat kalau anak kucing dah tersekat di dubur hampir 5jam ? Perlu tarik atau biarkan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, jika tersekat terlalu lama anak kucing tersebut akan mati dan ini membahayakan nyawa ibu juga, jika tak boleh nak ditarik keluar, bawa ke vet segera ye.

      Delete
  57. Assalamualaikum. Kalau kucing yang sedang mengandung boleh tak bagi makan vitamin? Contohnya vitamin vetacat? Kalau boleh sukatannya berapa? 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..kucing yang mengandung boleh diberikan vitamin dan berikan hanya sekali sehari sahaja ye.

      Delete
    2. Assalamualaikum. Kalau kucing dah beranak boleh tak teruskan bagi vitamin yang kita selalu bagi? 😁

      Delete
    3. Waalaikumsalam..boleh teruskan, tetapi jika baru melahirkan tgk dulu mood kucing tersebut ye, sebab ada waktunya dia akan marah kita dekat kerana dia rasa terancam. 😊

      Delete
  58. Salam.Saya ada 2 ekor kucing putih dan coklat.kucing putih tu dah 3 minggu melahirkan dan yang coklat tu dah dekat-dekat nak melahirkan.Masalahnya yang coklat tu pergi menyusukan anak yang putih tu dan anggap macam anak sendiri.Adakah itu normal atau perlu dielakkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..mana2 kucing betina yg dewasa mmg kebiasaannya ada sifat2 keibuan dan menyusukan kitten kucing lain merupakan perkara biasa, terutama jika ibu asalnya tidak begitu rajin menyusukan. Boleh dibiarkan jika ibu kucing tidak stress dgn keadaan itu

      Delete
  59. Salam. Kucing saya baru bersalin hari jumaat Dan sabtu lepas. Seekor kitten sehari. Tapi both of them dah mati. Lepas tu, kucing saya keluar tompokan darah sampai semalam, harini saya tengok ada keluar cecair warna kuning. Bahaya ke macam tu? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, maaf terlewat saya menjawab. Kebiasaannya selepas bersalin, discaj yang berwarna merah coklat (brownish red) adalah normal antara 7-10 hari, tidak berbau sama sekali. Jika cecair kekuningan itu berbau foul smelling, serta kucing kelihatan tidak aktif atau demam, u perlu bawa dia ke vet dgn kadar segera. Ini berkemungkinan akibat jangkitan kuman di rahim selepas bersalin. Jika dia tidak menunjukkan tanda tidak sihat dan cecair kuning itu tidak semakin banyak dan tidak bebau, ianya tidak merbahaya.

      Delete
  60. Salam...kucing saya sedang melahirkan. Tapi dia tak tahu utk buang selaput dan sebagainya. Dan yang paling risau tak nampak uri yang keluar even dah 2 kitten dilahirkan. Apa yang perlu saya buat? Boleh ke dia bertahan semalaman sblm ke vet?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..kebiasaannya uri akan keluar sekali dgn kandungannya kerana uri melekat pada badan kucing melalui tali pusat. Setiap kitten ada uri yg berasingan, secara maturalnya ibu kucing akan membersihkan dan memutuskan uri serta memakannya semula, kecuali jika tidak dilakukan oleh ibu kucing maka kita perlu memotongkan uri tersebut. Jika puan sangat pasti uri tak keluar langsung dan kucing menunjukkan tanda2 pendarahan berterusan tolong bawa ke vet dgn kadar segera.

      Delete
  61. Aslm..sya nk tnya kucing sya bru branak smlm..alhamdulillah dpt 4 ekor anak kucing..tpikn knpe sya nmpk dia mkn 2 uri je spatutnya mesti ad 4 uri kn? ..sya risau klau uri trtinggl di dlm perut sbb perut dia cm kembung ckit..tpi dia ok je x de rsa cm yg dia ni skit..tlong bgi penjelasan ttng pertanyaan sya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..kebanyakkan kucing akan memakan terus urinya sewaktu membersihkan kitten yg baru keluar, dan perlu diingat kelahiran berlaku satu persatu. Mungkin dia dah terlebih dahulu memakan uri tersebut tanpa kita sedari. Jika kucing u kelihatan selesa just biarkan sahaja ye

      Delete
  62. Asalam..
    Saya nak Tanya . Kucing Saya baru melahirkan anak semalam 27/5/17 . Ingkungan pukul 8.30 malam. 2 ekor dah keluar . Selamat . Tapi kucing Saya masih menunjukan tanda2 nak bersalin Dan mahu saya teman dia bersalin. Tapi anak dia takde keluar pun . Esok nya pukul 10 pagi 28/5/17 keluar sekor , Dan dah mati . Tapi dia beranak bawah meja. Bukan dalam rumah dia . Saya syk Ada lagi anak dalam perut sebab still berdarah . Kucing Saya nampak lemah sangat . Taknak makan . Minum sikit je . Harini 29/5/17 kucing Saya still bleeding . Saya rasa masih Ada anak lagi sebab dia macam meneran tapi tak Ada apa yang keluar . Darah meleleh je . Anak dia pun dia buat tak tahu je . FYI ni kelahiran kedua . Yang pertama tak jadi . Kegugran tapi dah cukup sifat cuma take bulu . Ke sebab kucing Saya muda lagi . Umur dalam 8 bulan kot . Jenis dlh yg macam ekor musang tu . Ke dia Tak reti beranak?apa perlu saya buat ya . Help me 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Then anak dia yang mati tu dia biar Kan . Dia x makan macam kelahiran yang pertama dulu .

      Delete
    2. Salam..jika dia nampak dlm kesakitan dan bleeding sentiasa ada serta banyak, berkemungkinan masih ada janin didalam rahimnya dan saya nasihatkan bawa ke vet dgn kadar segera kerana ia boleh membahayakan nyawa ibu kucing ye. Mungkin kerana faktor usia yang muda menyebabkan dia tak tau ala perlu dibuat

      Delete
  63. hi..saya naj tny..kucing saya bunting...tp nak tny,kenapa ada mcm uri ke mcm hirisan daging halus kluo dekat juburnya?saya tak tau bila dia boleh lahirkan anak.boleh tolong bg pndpt tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..jika kucing u bunting dan dah hampir melahirkan biasanya akan ada pendarahan yg keluar dan dia akan tidak selesa serta resah.. saya kira hirisan daging yg terkeluar bukan uri tetapi hujung duburnya yg menonjol akibat tekanan dari kehamilan di perut. Jika kucing u nampak normal dan tak sakit atau gelisah..biarkan saja ye

      Delete
  64. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..ibu kucing tu mungkin sudah lama terbiar diluar sebelum u mula bela dia, dan dia bersikap protective utk dirinya sendiri. Dia trauma pada manusia dan sekarang selepas divaksinkan traumanya berganda. Tetapi saya nasihatkan jgn lepaskan dia semula di luar kerana dia mungkin tak selamat. Nasihat saya buat masa sekarang biarkan saja dia rasa selamat dgn menyendiri, jgn cuba ganggu dia dgn cuba menarik dia keluar dari tempat persembunyiannya kerana dia akan bertambah trauma. Biarkan saja dia mengambil masa utk rasa yg dirinya selamat dan dia akan mula keluar sendiri dari bawah katil utk makan atau minum. Once dia rasa dirinya selamat dia akan keluar dan akan boleh mixed around dgn kita.
      Ttg boarding sepatutnya tak jadi masalah kerana di boarding dia akan diletakkan dlm sangkar bersama anak2nya..jadi tak timbul isu ttg dia liar seperti sekarang. InsyaAllah boleh..btw terimakasih kerana sudi adopt kucing tersebut ye..it's a noble thing to do 😊

      Delete
  65. salam dr. kucing saya melahirkan anak untuk kali yg pertama.ibu kucing branak 3 ekor tapi selepas 2 hari kemaluan ibu kucing berdarah,malahan darah tu bewarna merah cair.boleh saya tahu x punca jadi perkara ini.adakah ibu kucing hidap penyakit ke atau perkara ni normal? atau pn saya kena hantar ibu kucing ke klinik haiwan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..kebiasaannya mmg akan ada sedikit pendarahan selepas melahirkan tetapi tidak banyak atau tidak terlalu merah. Jika pendarahan bertambah banyak dgn darah yg pekat merah serta kucing u dlm kesakitan atau kelihatan tak selesa kena bawa segera ke vet ye! Kdg2 ada kandungan yg tertinggal dan ia boleh memudaratkan kucing. Jika dia nampak selesa u boleh monitor dulu ye

      Delete
  66. Salam, saya ada kucing yg mengandung, Tapi malam tadi saya perasan yang Ada keluar cecair dri bahagian bontotnya.. saya ingat dia nak beranak Tapi Tak jugak.. selepas dia jilat bahagian bontotnya, dia terus aktif macam biasa.. tapi saya perasan sejak 2 hari lalu dia terlebih manja dgn saya.. patut ka saya bawa pergi jumpa vet sbb saya takut dia Tak dapat nak beranak sendiri.. takut anak2 dia Tak dapat keluar and mati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, kucing u menunjukkan tanda2 yang dia akan melahirkan dalam waktu terdekat kerana sifatnya yang manja seperti meminta perhatian dan kerana telah ada cairan yang keluar dari duburnya. Tidak perlu dibawa ke vet cuma sediakan tempat yang selesa dan selamat untuk dia melahirkan, tidak di kawasan yang terdedah ye. InsyaAllah dia boleh melahirkan secara natural , kecuali u dapati dia seperti dalam kesakitan serta kelahirannya terlalu lewat selepas dia mengalami pendarahan.

      Delete
  67. Assalamualaikum, nak tanya.. kucing sy baru lahirkan anak, tapi salah sekor dari anak dia tu talk pusat masih ada, uri dia dah mkn. Perlu ke sy gunting tali pusat tu atau tali pusat tu akan putus sendiri nanti?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..jika tinggal tali pusat sahaja dan ia tidak berdarah, biarkan ia kering sendiri dan akan tertanggal sendiri ye. Jika nampak masih berdarah seeloknya ikat tali pusat dgn benang dan biarkan ia tanggal sendiri.

      Delete
  68. Assalamualaikum admin
    Sy ada 2 pertanyaan.
    1. Ibu kucing sy terlalu garang dgn anak² nya. Kdg² anak tu jauh tp si ibu p marah² dan silap haribulan p terkam kat anak serta menderam. Ibu tu dah di kembiri 5 bulan yg lalu.
    2. Kucing jantan usia 9 bulan, baru² ni sy tgk dia cuba 'ngurat' adik jantannya. Mcmwna sy tau? Sbb dia beria² gigit tengkuk si adik dan kemaluannya terkeluar. Nasib baik adik nya garang, kalau tak tak tahulah.
    Mcmana nak atasi masalah² ini ya? /mohon bantuan.
    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..
      Ada ibu kucing yg mmg garang walaupun dgn anaknya sendiri. Saya jangkakan anak2nya sudah besar dan dewasa serta tidak lagi memerlukan bantuan ibu mereka. Ianya tak sepatutnya menjadi masalah walaupun ibu mereka menganggap mereka asing dan bukan anaknya..naluri kucing mmg begitu, sifat keibuan mereka hanya sehingga anak2 berhenti menyusu sahaja..
      Tentang kucing jantan yg mengurat adik jantannya, juga biarkan saja kerana dia baru mula on heat dan masih cuba belajar. Masalahnya cuma mungkin mereka akan bergaduh..secara nalurinya kucing jantan tersebut akan akhirnya mengawan dgn kucing betina.

      Delete
  69. assalam, saya ada beberapa pertanyaan. mohon diperjelaskan.

    kucing saya baru beranak kelmarin. tp macam ada lg yang tertinggal dalam perut dia (terasa masi keras2 lagi bila di pegang). soalan saya??

    1)bagaimana nak tau kucing tu tdk selesa? skrg ni kucing saya cuma bersama (menyusukan) anak2 nya sahaja dan sekali sekala dia keluar utk mkn dan buang air.

    2)tadi pagi saya ada lihat keadaan kucing saya dapati di bahagian kemaluan dia ada basah2..adakah dia akan melahirkan anak lg?? (yang belum keluar kelmarin).

    3)sekiranya kucing tu melahirkan anak yg lambat keluar tu.. berapa peratus kebarangkalian anak itu ble selamat??

    4)kenapa perkara ini ble terjadi (tidak melahirkan anak dgn sempurna/ tidak habis keluar/ masih tertinggal dalam perut)??

    untuk pengetahuan juga. kucing saya ini sdh kali ketiga beranak cuma baru ni kali terjadi mcm ni..

    MOHON BANTUAN :C

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Maaf agak lewat saya menjawab..
      Saya harap ibu kucing u telah selamat melahirkan kesemua anaknya..
      Kebiasaannya ibu kucing mengambil masa beberapa jam utk melahirkan kesemua kandungannya..jika ada yg tertinggal kebarangkalian utk hidup agak rendah..terapi jika ia tidak juga keluar keadaan itu akan mendatangkan bahaya pada nyawa ibu kucing juga..
      Satu tanda yg pasti ialah ibu kucing seperti dlm kesakitan dan tidak selesa serta tak akan ingin atau kurang ingin menyusukan anak2nya yg lahir hidup. Jika kucing u selesa berkemungkinan semuanya telah selamat dilahirkan. Kemaluan kucing mungkin akan basah tetapi utk jangkawaktu hanya beberapa hari. Jika masih berlaku pendarahan atau discaj yg busuk sila bawa ke vet ye

      Delete
  70. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..saya nasihatkan benarkan kucing u untuk menggunakan pasir untuk kencing dan berak ye, kerana selepas di neuterkan tidak menjadi masalah untuk dia menggunakan pasir ye. Yang perlu dielakkan ialah dia menjilat luka tempat pembedahan saja..takut akan berlaku jangkitan kuman. So lebih baik u lepaskan dia untuk menggunakan pasir seperti biasa ye

      Delete
  71. Assalam. 17/7/17 anak bulus saya selamat melahirakan & ada 4anak 4-4 selamat.
    Permasalahan saya: Bila saya sapu perut c ibu seperti ada yg keras2 masih d perut dia. Tpi c ibu dlm keadaan yang sihat; makan berselera/ berak ok&& rajin menyusukan baby2 bulus. Adakah dia sihat atau apa? Saya risau ada apa2 berlaku dgn mama bulus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..rahim kucing mengambil masa utk kecut. As long as ibu kucing aktif, selesa, tiada pendarahan atau discaj dari kemaluan biarkan sahaja..insyaAllah dia sihat.

      Delete
  72. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..😊
      1. Selepas dimandulkan u cuma perlu kurung dlm seminggu utk memastikan dia berehat dan tidak kerap menjilat luka operate saja. Selepas itu dia sudah boleh aktif seperti biasa..
      2. Saya rasa anak kucing u mungkin mengalami stress semasa di boarding dan itu menyebabkan dia cirit birit. Jika berterusan cirit birit lebih baik u puasakan antara 12-24 jam dan hanya berikan air kosong, selepas itu berikan makanan yg lembut dahulu sebelum memberikan makanan yg biasa dimakan. InsyaAllah ciritnya akan berhenti.

      Delete
  73. Salam.tumpang tanya kucing sy baru bsalin 21hb7.bila sy boleh mndikan dy? Sbb bulu dy ad lekat drah2 n luruh byk sy rsau juga nnti tkena fungus ka apa.apa ptut sy buat ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Boleh dimandikan tapi kucing u mungkin tidak selesa dan stress kerana dia masih penat melahirkan. Hati2 kerana dia mungkin akan bertukar garang bila dimandikan pada waktu sekarang.
      Satu lagi cara ialah dgn membasahkan bulunya dgn air bersih terutama dibhgn bawah supaya dia boleh mengeringkan sendiri dan pada masa yg sama menjilat bersih bulunya. Atau boleh juga kita yg bersihkan dgn mengelap menggunakan kain lembap

      Delete
  74. salam..kucing sya bru je melahirkan 6 ekor anak semalam..tetapi dia langsung x hiraukn anak² nya..baru pgi tdi saya pindahkan anak² kucing trsebut letak dlm kotak..apa yang sya perlu buat utk memastikan ibu kucing itu menyusukn anak nya..dan lagi stu ada stu placent kucing yang x di makan ibu nya baru d temui sya pgi tdi..dan saya trus gunting placenta trsbut dan apa yg saya prlu buat dgn placenta itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..seeloknya letakkan anak kucing di dalam kotak dan letakkan bersama ibunya dalam sangkar ye, secara naturally dia akan masuk ke dalam kotak dan menyusukan anak2nya. Placenta yang dipotong boleh saja dibuang tetapi seeloknya ditanam supaya tidak busuk.

      Delete
  75. Hi salam . Nak tanya. ,kucing sy baru beranak dlm 2 3 harini. Tapi sy baru perasan ade benjolan mcm ada baby lagi dalam perut dia. Normal ke kucing cmtu ? Ni kali pertama dia melahirkan. Sy takut sgt kalau ada apa apa effect pada ibu bulus tu. Adakan anak kucing dlm perut tu masih tkcukup bulan ? Sikap ubu bulus tu takde apa apa macam biasa je. Makan pun selera. Cuma die selalu jilat punggungnya sbb ada darah sikit sy tengok . Tlg sis ���������� sy takut sgt sgt sbb syg diaa. Mmg terasa ada bby lg dlm perut tu. Nk bawak vec pun tkut sbb haiwan sy bela dulu mati lepas bawa ke vec ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu bulus tu jugak elok je bagi susu anak dia. Mmg tkde apa apa perubahan sikap dia.tp sy risau kalau dlm perut tu ada apa apa masalah.

      Delete
    2. Hi Yen Qin, kebiasaannya selepas melahirkan memang masih kelihatan sedikit bengkak di perut ibu kucing, sekiranya masih ada baby yang belum lahir biasanya kucing akan kelihatan resah dan dalam kesakitan, sentiasa berlaku pendarahan, atau discaj kekuningan yang berbau dan kucing juga mungkin demam. Jika dilihat dari tanda2 kucing u, rasanya dia dah selesaikan melahirkan kesemua kandungannya tanpa masalah apa2.

      Delete
  76. Hii . kucing saya tengah mengandung . saya dapati ada cecair macam darah klua dari rahim dia . apa maksud kalau benda tu berlaku eh? help !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..jika kandungannya sudah mencukupi 63 hari itu tanda yg dia akan melahirkan dlm waktu terdekat ye. Jika masih kecil kandungannya berkemungkinan dia akan keguguran juga.

      Delete
  77. Salam dr . Sy nk tny , ibu kucing yg bru melahirkan boleh divaksin selepas berapa hari ya ? Boleh x sy titik kan ubat kutu kat ibu kucing tu ? Dia bru lepas beranak kelmarin . Dan lg satu , boleh x kalau sy nk mandulkan tp belum full vaksin ? Maksud nya , lepas seminggu first vaksin , sy hntr vet utk spay . Ada apa apa risiko ke kalau kucing tu belum full vaksin tp nk mandulkan? Sbb nya ada stray cat ni berank kt depan rumah sy , sy mmg kenal kucing ni selalu mintak mkn kt kwsn rumah sy ni . Tp sygnya dia garang dan samseng , so mmg susah nk bercampur dgn kucing indoor sy ni . Kalau x boleh sy bela dia dlm rumah ni . So sy ingat sy nk mandulkan je ibu ni , at least dia hidup dkt luar just jaga diri dia je . Kwsn ni pn ramai suka kucing selalu bg ibu kucing tu mkn , tp xde yg boleh bwk masuk kucing tu dlm rumah sbb dorg dh ada kucing sndri dorg bela dlm rumah . Ibu kucing ni selalu tdo kt tangga atau depan pintu rumah . Kesian tp hmmm. Sy pulak x reti mcm mne cara nk bg dorg ni mengeratkan silaturrahim . 😅 Tu je la dr sy nk tny . Tq yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..😅 Maaf lewat saya balas soalan ni..
      Selepas melahirkan boleh dibawa ke vet utk vaksin dan boleh juga dimandulkan selepas satu vaksin sepatutnya..tak mendatangkan masalah apa2..cuma selepas dimandulkan perlu dijaga sementara dlm beberapa hari agar lukanya pulih sebelum dilepaskan bebas.
      Berkaitan ubat kutu boleh dititik di tengkuk ibu kucing tersebut kerana takut juga berjangkit dgn anak2 yg baru lahir.
      Bagus jika u tak boleh pelihara kucing tersebut tetapi bantu dgn memandulkannya..satu niat yg baik..

      Delete
  78. Assalamualaikum admin. Nak tanya.. Sy baru seminggu adopt stray cat. Jangkaan umur bawah 2 bulan. Sblm ni kucing tu mempunyai masalah kesihatan spt perut kembung, selesema, berkutu dan sakit mata (bengkak) . Setelah diberi ubat, alhamdulillah sudah sihat, malah Matanya juga semua dah pulih. Tetapi ada 1 masalah lg iaitu selaput mata masih belum terbuka. Sbnrnya saya tidak pasti apa panggilan sbnr lapisan putih tebal yg menutupi matanya. Soalan saya ialah, bolehlah Matanya pulih spt kucing² yg lain?
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Adakah selaput matanya menutupi keseluruhan mata termasuk mata hitam? Agak mustahil jika selaput mata yg kita panggil nictating membrane menutupi keseluruhan biji mata kucing, jika sekadar nictating membrane biasanya ia akan pulih seperti sediakala..jika bukan nictating membrane dan ia melibatkan cornea ie mata hitam kucing keadaannya akan berbeza ye. Saya nasihatkan bawa ke vet untuk pemeriksaan lanjut samada perlu dilakukan sesuatu atau tidak ye.

      Delete
  79. Salam dr . Sy ada 3 soalan nk tny 🤔
    1- sy ada meow yg suka muntah . Xtau knp . Dlm byk2 meow sy , dia yg slalu muntah . Biasa nya dia muntah biskut atau pn muntah air . Lepas dia muntah tu dia akan murung jap , tdo lepastu x lama tu okay , dia mkn pastu main mcm biasa . Tp baru ni , pagi tu dia muntah biskut , ptg tu dia muntah keluar air . Lepastu dia murung jap tdo . Bgun tdo dia okay balik . Selang 2 hari dia muntah lg la dr . Hmm . Dia muntah , x lama tu dia berak cirit . Tp x lama tu , dia okay pulak . Mkn dan main mcm biasa . Knp ye mcm tu dr ? Xkan sbb mknn ? Sbb yg lain2 mkn okay je xde muntah . Hairball ke ? Tp x nmpk sgt ada hairball nya ? Atau sbb dia terlebih mkn ye ?

    2- knp ye kitten selalu berair mata , taik mata byk kt mata ? Boleh x sy just bersihkan pakai air atau kena beli ubat mata ?

    3- ada sekor kitten ni sesat pulak kt rumah sy ni semalam . Umur dlm 1 bulan lebih mcm tu . Dia mmg kebulur sgt . Kerap mkn berulang2 kibbles . Hri ni sy bg sikit wetfood , kibbles mmg sentiasa tersedia la . Tp yg sy terkejuttt dan takut , hri ni je dia dh berak 5 kali dr 😐 adakah ini normal 😐 dia mmg kuat mkn . Sekejap2 mkn. Xtau la kalau mungkin jakun kot first time mkn kibbles rc haha . Takut pulak sy . Kot kot dia sakit perut ke smpai kerap berak . Sbb kibbles rc ni kitten second age pnya . Sy x sempat beli yg mother and bby punya . Tp kibbles tu sy tumbuk bg hancur sikit so x tercekik dan senang mkn . Emm mcm mne ye dr ? Sy perlu kurangkan ke bg mkn kt dia ?

    Tu je sy nk tny . Thanks dr sudi baca dan jwb 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam rakhma..
      1. Untuk kucing yang selalu muntah ni mungkin dia tak serasi dengan makanan yang diberikan walaupun kucing2 lain tidak menunjukkan masalah yang sama. Sebab dari tanda2 yang ditunjukkan dia masih aktif walaupun kerap muntah dan cirit birit kadang2..cuba tukarkan jenis kibbles yang digunakan dengan brand yang lebih premium..

      2. Untuk kitten memang kebanyakkannya mengalami mata bertahi dan berair, cuma perlu dibersihkan menggunakan cotton ball n air bersih. Jika nampak discajnya berwarna kekuningan atau terlalu banyak bolehla didapatkan ubat mata ie eye ointment untuk rawatan.
      3. Jika beraknya normal walaupun kerap tidak mengapa..mungkin dia kelaparan dan tak biasa dapat makan dengan banyak.

      Delete
    2. Sy bg mkn kibbles rc kitten dr . Boleh dr suggest kan brand apa sy patut cuba ?

      Lagi satu dr, kitten boleh start putus susu dan mkn sndri seawal umur brapa ye ? Sbb sy nk cepat2 mandulkan ibu nya . Takut mngandung lg .

      Tq dr ❤

      Delete
    3. Brand dah ok tu tapi mungkin kucing u tak berapa suka..boleh cuba brand lain seperti science diet, evo dll tapi saya nasihatkan berikan sedikit sedikit untuk membiasakannya..

      Kitten boleh mula putus susu as long as dia dah boleh makan dengan sendiri, kebiasaannya selepas 3 bulan mereka dah tak menyusu sangat.

      Delete
  80. Assalamualaikum,
    Tempohari sy ada post pertanyaan ttg sikap ibu kucing yg suka menderam dgn anak².
    Nampaknya sikapnya berlarutan sehingga kini (anak²nya sudah berusia 11bulan dan 7 bulan). Ada ketikanya dia akan 'menampar' anak²nya. Malah dgn kami juga dia menunjukkan sikap yg sama dan tidak membenarkan kami menyentuh nya langsung.
    Adakah keadaan ini akan berlarutan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...
      Kucing akan berubah menjadi aggressive jika dia berasa dirinya terancam..mungkin ibu kucing u tak rasa selamat atau rasa kurang disayangi dengan kehadiran kucing2 baru (walaupun anak2nya sendiri yang semakin dewasa). Jika dia tidak mencederakan kucing2 lain atau u all boleh dibiarkan dia bersendirian tanpa diganggu, tetapi jika sikapnya mendatangkan kecederaan lebih baik dia diasingkan atau salah satu cara utk menstabilkan hormonnya ialah dengan meneuterkan ibu kucing tersebut.

      Delete
  81. Assalamualaikum . Nak tnya. Klau kemaluan kucing betina berdarah sebab apa? Tapi dia still mau mkn ngn minum. Cuma tak seaktif dlu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..jika kemaluan kucing betina berdarah dan dia kelihatan tidak aktif, ada beberapa penyebabnya termasuk jangkitan kuman pada uterus, trauma di vagina, jika dia hamil mungkin juga uri yang tertinggal dan sebagainya. Keadaan ini perlu dikira sebagai emergency dan saya harap dapat bawa kucing u ke vet ye

      Delete
  82. Salam,, kucing sy dh 57 hari pregnant.. Sy picit tetek dia pun dh start keluar susu... Agak2 brapa hari lg dia nk branak? Sebab tngok dia mcm x kisah pun nk cari2 tmpat.. Mkn pun mcm biasa... First time dia nk ada baby.. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..jika jangkaan hari u tepat berkemungkinan dia akan bersalin dalam seminggu lagi..adalah lebih baik jika u sediakan tempat ditempat yang sesuai dan tidak terdedah. Kebiasaannya tanda2 untuk bersalin akan kelihaan dalam beberapa hari sebelum proses bersalin bermula ye.

      Delete
  83. Salam saya nak tanya..sy syu..anak kucing sy 3 ekor baru saja mati 2 hr lpas..mereka mati secara mendadak..dalam jgka msa 3 hr..umur sekjta 3bulan...adakah pil perancang yg ibu mereka mkn blh menyebabkn keracunan dalam susu yg disusukan??atau punca lain...sebab mereka sgt aktif mati secara tiba2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nurul..pertamanya saya nak tanya pil perancang tu diberikan oleh vet ke atau dari siapa? Oral contraceptive utk kucing memang ada walaupun agak sukar didapati dan paling utama ialah DOSE yg diberikan mestilah betul campurannya. Jika diberikan dgn dose yg betul dan rendah ianya selamat utk digunakan pada nursing mother ie yg menyusukan,tetapi jika dose yg diberikan itu salah..berkemungkinan ianya akan memberi kesan negatif pada anak kucing tersebut.

      Delete
  84. Salam, keadaan ibu kucing telah masuk 2 hari selepas melahirkan anknya. Tetapi terdapat cecair merah coklat dn berbau keluar dr kemaluannya dn ibu kucing masih kelihatan spt meneran seakan masih terdapat ank kucing, plasenta/ ketubuhan or what? I dont know. Adakah perkara macam ni normal berlaku? Jika perlu utk bawa ke klinik haiwan berapakh anggaran kosnya? Harap dapat balasan dengan kadar segera. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..saya jangkakan ada lagi kandungan didalam rahimnya yang gagal dikeluarkan, dan ia boleh menyebabkan kematian janin serta jangkitan dan pendarahan atau discaj berbau seperti yang kucing u alami. Ia sangat berbahaya dan perlu dibawa ke vet dgn kadar segera. Jika memerlukan pembedahan ianya mungkin akan menjadi agak mahal ye.

      Delete
  85. salam. kucing saya melahirkan anak semlm seekor tapi mati disebabkan kepala anak kucing tu tersangkut dan kami terpaksa tarik keluar perlahan lahan tapi tak dapat diselamatkan. kami dapat rasakan ada masih lagi sekurang kurangnya seekor lagi didalam perut ibunya tapi selepas 10 jam masih lagi belum keluar. perut ibu memang masih lagi besar seperti masih lagi ada nak didalam nye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..saya harap kucing u telah selamat melahirkan kandungannya sekiranya masih ada lagi didalam rahim. Jika dia tidak melahirkan lagi tetapi dia kelihatan sihat, cergas dan boleh makan dan minum seperti biasa, ianya tidak menjadi masalah. Tetapi jika dia masih belum melahirkan dan dia kelihatan letih serta kurang selera, perlu dibawa ke vet kerana dikhuatiri kandungan tersebut telah mati dan ini boleh membahayakan nyawa kucing tersebut. Perlu diperhatikan samada dia mengalami pendarahan atau ada lelehan dari vagina yang berbau kuat, jika ada ianya menunjukkan tanda2 jangkitan rahim ie pyometra dan ia perlu dirawat segera.

      Delete
  86. Salam dr . Sy nk tny , apa pendapat dr mengenai penggunaan imexa untuk kucing yg sakit ? Ramai ckp imexa boleh sembuhkan selsema cirit sakit mata kalau x salah . Mmg ramai bg feedback yg imexa tu bagus dan berkesan dgn cepat . Tp sy ada jumpa info yg imexa tu x sepatutnya diberi kpd kucing tp sy lupa apa sbb nya . Boleh dr jelaskan ? Selain tu ada byk lg yg lain yg mostly sy jumpa kt fb contoh zoox 250 (untuk selsema) , all in one (untuk selsema cirit) , proganic , baja haiwan . Dr pernah guna x nama2 ubat sy sebut tu ? Berkesan dan selamat x ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..Imexa is actually antibiotic azithromycin, walaupun tidak sepenuhnya diluluskan oleh American FDA untuk kegunaan pada kucing tetapi boleh digunakan sekiranya diprescribe oleh Vet yang bertauliah. Antibiotic ni tidak boleh didispense sendiri oleh pemilik kucing ye, kerana kita perlu tau dose yang betul bersesuaian dengan berat badan kucing serta juga keadaan kesihatan keseluruhan kucing ie liver functionnya. Sudah pasti apabila diberikan pada kucing kita yang kurang sihat ia akan menunjukkan tanda2 sembuh tetapi sekiranya dose tidak betul atau kekerapan penggunaan tidak betul ia boleh memudaratkan kucing ye. Seeloknya jangan dapatkan imexa dari direct selling atau petshop tetapi dapatkan dengan prescription dari vet.

      Delete
  87. Assalam.. sy nak tanya.. kucing sy menghitung hari untuk melahirkan.. tetapi start hari ini die berada dlam keadaan sndrian dan xnak bercampur dgn yg lain.. hanya baring didapur.. perut die agak mengeras macam biasa dan die hanya baring dan kelihatan sangat lemah dan tidak bermaya, pergerakan baby jugak sangat2 active.. adakah ianya normal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..saya jangkakan sekarang ni dia dah melahirkan barangkali..walaubagaimanapun ianya agak normal untuk kucing yang menunggu waktu melahirkan untuk duduk atau baring sendirian dan mula mengasingkan diri dari yang lain.

      Delete
  88. boleh saya tahu ibu kucing tidak dapat mghsilkan susu atau kurang susu untuk kitenn adakah ianya satu mitos semata mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. mitos semata2..secara semulajadi kucing juga seperti manusia akan menghasilkan susu apabila melahirkan.

      Delete
  89. Assalamualaikum sy nak tnya, kucing saya umur xsampai setahun pon lagi dan saiz badan pom mmg mcm remaja lgi tp da melahirkan bby 5 ekor 4 hari lepas (Alhamdulillah semua selamat). Tapi selepas beberapa hari, badan dia susut dan ringan jea. Adakah sebab dia umur dia dan bagaimana nak atasi sbb saya takut anak dia xcukup susu sbb doa pom muda lg dan nk kena menyusu 5ekor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikumsalam.. pada umur tidak sampai setahun kucing u boleh hamil dan melahirkan, alhamdulillah anak2nya selamat tetapi cabarannya ialah untuk memastikan anak2 tersebut dapat nutrisi dan susuan yang cukup dari ibunya yang tidak begitu matang. Tak banyak yang kita boleh lakukan tetapi pastikan ibunya mendapat makanan yang cukup dan berkhasiat serta lebih dari biasa, rehat yang cukup dan keadaan yang selesa supaya dia mahu dan boleh menyusukan anak2nya dengan sempurna.

      Delete
  90. Salam . Sedihnya kucing sy ada fungus . First time kena , sy xde pengalaman langsung handle kucing ada fungus . Sy dah bawa ke vet, doc bg ubat fungus + supplement bulu utk 21 hari . Sy nak tny ,
    1- Boleh ke sy campurkan kucing yg fungus tu dgn kucing sihat ?
    2- Fungus boleh berjangkit dgn kucing melalui apa ye?
    3- Setiap kali lepas uruskan dia , memadai ke sy cuma sabun tgn menggunakan sabun biasa?
    4- Takpe ke kalau dia kerap menjilat fungus tu ?
    5- Bila dia dah sembuh dri fungus , ada kemungkinan x dia akan dijangkiti fungus semula ?
    6- Buat masa skrg sy kuarantin dia dlm bilik , memadai ke kalau sy just guna pencuci lantai biasa utk mencuci lantai bilik tu ? atau sy perlu guna clorox ?

    Lagi satu soalan bonus , boleh sy tau doc bekerja di vet mana ? 😬

    Harap doc sudi membalas semua soalan sy .
    TQ 🌸

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..memang stress kalau kucing kita ada jangkitan fungus..
      1. Seeloknya jangan dicampurkan dalam satu sangkar kerana fungus boleh berjangkit antara kucing.
      2. Fungus boleh merebak melalui udara, luka di kulit atau juga dari tanah yang mempunyai fungus tertentu.
      3. Jika fungus yang menjangkiti kucing u bukan dari jenis sporotrichosis, memadai dgn dicuci sahaja. Jika vet mengesahkan ianya sporo saya nasihatkan elakkan dari direct contact dan pastikan anda menggunakan glove ketika merawatnya.
      4. Tak pa.. tu habit kucing untuk membersihkan dirinya dan mengurangkan gatal.
      5. Ada kemungkinan untuk dia dijangkiti semula jika dia bercampur dgn kucing2 lain yang dijangkiti
      6. Seeloknya gunakan chlorox.

      Saya sebenarnya medical doctor tetapi amat berminat dgn kucing ..

      Delete
  91. Salam..pagi semalam (27/02/18), kucing saya telah melahirkan..tapi anak pertamanya mati..pada petangnya keluar lagi seekor, tapi anak yang kedua tu pun mati..sampai sekarang ibu kucing masih dalam kesakitan..dari semalam memang taknak makan dan minum..badannya juga semakin lemah..apa yang patut saya lakukan? Sebab ini pengalaman pertama bg sy dan ibu kucing itu sendiri..adakah situasi ini normal? Jika perlu dibawa ke vet, berapakah anggaran bayaran yang akan dikenakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..kebiasaannya selepas melahirkan ibu kucing mmg akan kelihatan sedikit lemah tetapi tidak sehingga dia tak nak makan atau minum. Sekiranya dia mmg terlalu lemah ada kemungkinan ada lagi kandungan yang belum keluar dan ini boleh membahayakan ibu kucing, jadi perlu dibawa ke vet dgn kadar segera, anggaran bayaran sekitar 500 rm bergantung pada kawasan, mungkin lebih jika memerlukan procedure tertentu

      Delete
  92. Salam, kucimg saya first time baru beranak then after that dia langsung tak bgi anknya minum susu, tak bersihkan anknya and tk mkn uri tu. It is normal? And mcm mna nk bgi anknya minum susu sbb saya nk pgn pun agak fragile. Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..ada kucing terutama jika dari breed tertentu yang tidak pandai utk membersihkan anak, memakan uri dan juga menyusukan anaknya selepas lahir. Saya harap anda telah memotong uri tersebut dan membersihkan anak kucing. Berkenaan susu cuba seboleh mungkin meletakkan anak kucing di badan ibunya tetapi jika tidak berjaya kita perlu membantu dgn memberikan susu gantian yg boleh dibeli di petshop. Cuma berhati2 kerana ada ibu yg menjadi aggresive jika kita mengganggu anaknya. Semoga berjaya

      Delete