Saturday 28 December 2013

Food Supplements untuk kucing..apa yang perlu kita ketahui..

Kerapkali aku terbaca tentang makanan tambahan untuk kucing sihat, gebu dan cantik. Kebanyakannya akan mengatakan kebaikan tentang produk masing2 dan tentunya ianya amat menarik untuk dibaca dan dicuba ke atas kucing2 kesayangan..sudah tentu harganya tak la semurah mana.. Emm, tak sangka ye ada juga makanan tambahan untuk kucing..selama ini aku kerap diajukan tentang keperluan, kebaikan dan bermacam2 lagi pertanyaan berkaitan makanan tambahan atau vitamin untuk manusia. Sebagai seorang doktor aku lebih kerap menasihatkan pesakit2 aku supaya bersederhana dalam pemakanan dan juga pengambilan makanan tambahan atau vitamin, kerana jika kita nak ambil semua supplement yang disyorkan oleh doktor, pegawai farmasi, rakan2 dan keluarga, rasanya boleh penuh sepinggan! Rasanya untuk kucing juga kita perlu mengamalkan sikap yang sama..bersederhana dan bergantung pada keperluan, itu pendapat aku.

Jadi, aku luangkan sikit masa untuk membaca tentang keperluan makanan tambahan atau supplement dan vitamins untuk kucing2..dan ingin aku kongsikan sebagai menambah pengetahuan sesiapa yang berminat mengetahuinya.

Benarkah makanan tambahan dan supplement kucing begitu berkesan? Dan, adakah kucing2 kita memerlukan makanan tambahan dan supplement? Itu semua bergantung kepada siapa kita bertanya..

Kebanyakan pengeluar produk makanan tambahan dan supplement serta penjual2nya akan mengatakan produk mereka perlu dilihat sebagai satu pelengkap kepada pemakanan harian kucing, dan ianya sudah pasti akan memastikan kucing kita sihat serta panjang umur. Bagi kumpulan yang lain seperti ahli2 pakar pemakanan untuk kucing akan mengatakan jika kucing kita secara kasarnya nampak sihat dan aktif, apa yang dia perlukan ialah makanan kucing yang berkualiti, kerana memberi kucing kita terlalu banyak vitamin dan minerals boleh membawa mudarat dari kebaikan sebenarnya.

"Supplement boleh diberikan jika kucing kita kurang sihat"

Menurut University of Georgia College of Veterinary Medicine, kebanyakan kucing yang dibela mendapat pemakanan yang lengkap, lebih lengkap dari manusia. Pada keadaan tertentu dimana kucing menghidapi penyakit maka suplement bersesuaian boleh diberi, tetapi kebanyakan supplement atau makanan tambahan ini tidak dibuktikan dan diuji secara klinikal mengikut Sains Veterinari.

" Supplements are supposed to correct deficiencies"

Sebagai contoh, kucing kita mungkin memerlukan supplement jika dia menghidapi penyakit yang menyebabkan kegagalan menyerap nutrien tertentu, seperti masalah penyakit melibatkan usus kecil yang menyukarkan penyerapan Vit B Folate dan cobalamin yang boleh diberikan melalui suntikan. Kucing yang bunting atau menyusukan anak juga boleh mengalami kekurangan zat makanan, terutamanya jika kucing tersebut hamil sebelum berusia 10-12 bulan. Dalam keadaan sebegini, seorang veterinar akan mencadangkan makanan tambahan atau supplement yang bersesuaian.

Jenis2 supplement atau makanan tambahan untuk kucing:

# Vitamin dan mineral:
Terdapat berbagai vitamin atau multivitamin untuk kucing. Bagaimanapun, kebanyakan makanan harian kucing yang sedia ada mengandungi multivitamin dan mineral yang  mencukupi dan diperlukan oleh kucing.

# Essential Fatty Acid:
Omega 3 FA dan Omega 6 FA memang dikenali dengan kebolehan untuk menjadikan bulu kucing berkilat dan kurang gugur @ shedding. Ia juga memberikan perlindungan kepada hati, otak, sistem imun, mata dan sendi2. Seperti juga pada manusia, omega 3 FA memberikan perlindungan kepada jantung serta menurunkan paras kolesterol. Kebanyakan makanan kucing mengandungi omega 6 FA berbanding omega 3 FA, jadi ada yang merasakan ianya perlukan tambahan supplement.

# Probiotics:
Probiotik merupakan bakteria baik dan sihat yang mampu memperbaiki sistem penghadaman dalam usus besar dengan cara mengawal pertumbuhan bakteria jahat. Ianya terdiri dari Lactobacillus acidophillus atau Lactobacillus casei(yg biasa didapati dalam yogurt). 

Nutraceuticals:

Nutraceuticals terdiri dari remedi semulajadi atau herba, yang turut diklasifikasikan sebagai supplement, walaupun ianya masih samar2. Sebahagian menganggapnya sebagai makanan tambahan pelengkap, manakala sebahagian menganggapnya ubat yang menyembuhkan. Perlu diingat, remedi semulajadi tidak semestinya semuanya selamat digunakan atau berkesan.

Diantara supplement yang termasuk dalam kategori nutraceuticals untuk kucing ialah:

# Glucosamine: membantu meningkatkan mobiliti sendi dan sering dianggap ubat utk athritis, walaupun ianya tidak mengurangkan kesakitan sendi.

# Chondroitin: juga bagus untuk tulang dan sendi, sering didapati bersama dengan glucosamine.

# Milk thistle: Extrak Milk thistle boleh membantu mengurangkan toksin dari hati kucing, dan ia mungkin boleh digunakan bagi kucing2 dengan masalah hati. 

Supplement yang perlu dielakkan dari kucing:

Terdapat banyak supplement yang tidak selamat untuk diberikan pada kucing tetapi yang paling utama untuk dielakkan adalah seperti:

# Garlic @ bawang putih: memusnahkan sel darah merah, menyebabkan anemia 
# Onion @ Bawang merah: memusnahkan sel darah merah, menyebabkan anemia
# Kalsium: jika berlebihan menjadi toksik
# Vitamin D: jika berlebihan menjadi toksik
# Vitamin C: jika berlebihan boleh menyebabkan urin yang asidik, dan boleh menyebabkan pembentukan crystal dalam urin serta blok pada saluran kencing.

Supplement yang berlebihan sudah pastinya boleh mendatangkan mudarat pada kucing. Kurangkan memberi supplement yang berganda kerana mungkin ada yang sudah terdapat dalam supplement pertama, juga ada pada supplement kedua. Sebaiknya dapatkan nasihat dari pakar atau veterinar sebelum mendapatkan sebarang supplement untuk kucing.

Kucing dari peringkat umur yang berbeza memerlukan keperluan yang berbeza..jadi kita kena berhati2 dalam memastikan supplement yang kita beri jika perlu itu tidak memudaratkan kucing kita.

"Remember, more is not always better"

Okay, sekarang kita lihat apa yang mungkin ada ditaman kita yang berguna untuk kucing2 kita..


"CAT GARDEN"...10 SUPPLEMENT SEMULAJADI UNTUK KUCING..




Terdapat beberapa herba semulajadi yang kita tanam didalam taman kita yang sebenarnya boleh mendatangkan manfaat kepada kucing kita. Herba atau remedi semulajadi ini boleh merawat masalah yang perlbagai dari masalah kulit hingga ke leukemia pada kucing.

1. "Goldenseal":




Herba ini sangat berguna sebagai disinfektan dan juga untuk merawat luka. Apabila dicampurkan dengan saline, goldenseal boleh mengurangkan bengkak mata akibat jangkitan kuman dan alergi. Veterinar juga mendapati dengan memberikan beberapa titik cairan dari goldenseal kepada kucing2 yang menghidapi leukemia, infeksi peritonitis atau masalah penghadaman, ianya akan dapat meredakan masalah tersebut. 

2. "Cat's Claw" dan "Dandelion Root":



Sekali imbas bunyinya seperti bancuhan ahli sihir, tetapi kedua2 supplement ini membawa kebaikan jika diberikan pada kucing. Ekstrak dari campuran kedua2nya boleh memberikan kelegaan pada kucing yang mengalami masalah kulit gatal. Kedua2 Cat's Claw dan Dandelion Root mengandungi cortisone atau steroid semulajadi yang dapat membantu mengurangkan alergi.

3. "Cat Thyme":



Untuk kucing2 yang cerewet yang tidak sukakan catnip, cat thyme boleh memberikan kesan yang sama seperti catnip, iaitu "soothing" dan "contentment". Kebanyakan kucing tertarik dgn rupa bentuk pokok ini, tetapi ia juga dikenali kerana mengeluarkan bau yang "musky".

4. "Peppermint, Pennyroyal dan Rosemary":




Ketiga2 herba ini merupakan repelen serangga yang baik untuk kucing. Jika dicampurkan dalam mandian kucing, ianya akan menambahkan kekuatan rawatan yang kita gunakan untuk menyah flea.


4. Valerian:


Satu lagi catnip alternatif ialah Valerian. Pokok yang mengeluarkan bau yang kuat ini selalunya digunakan untuk 'sleep-inducer' pada manusia, tetapi sebaliknya pada kucing. Ia membuatkan kucing kita menjadi aktif dan bertenaga, jadi ianya amat sesuai untuk digunakan pada kucing2 kita yang mengalami masalah berat badan berlebihan supaya mereka lebih aktif. Kita cuma boleh menggunakan daun yang dikeringkan untuk diberikan pada kucing, bukan minyak kerana minyak dari pokok ini mungkin mendatangkan bahaya pada kucing.


6. Licorice root:


Licorice root yang sedap ini boleh membawa banyak kebaikan pada kucing kita. Ianya boleh membantu kucing2 yang mengalami masalah alergi, masalah pada sistem penghadaman serta endokrin seperti diabetes dan sebagainya. Ia juga boleh membantu masalah pernafasan kerana ianya menyejukkan mukus membrane pada sistem respiratori kucing. Bagi kucing yang mengalami masalah sendi atau athritis juga mendapat manfaat dari licorice root kerana sifatnya yang mengandungi anti inflamasi dan blood cleanser.


7. Glucosamine n chondroitin:



Sama seperti manusia, glucosamine dan chondroitin boleh membantu kucing dengan osteoathritis. Kucing2 yang berusia dapat mengurangkan kesakitan sendi mereka apabila diberikan supplement tersebut. 

8. Omega-3 Fatty acids:


Pakar veterinar mendapati Omega-3 Fatty acids banyak membantu menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan pada kucing. Supplement ini banyak membantu mengatasi masalah kulit kering, bulu yang pudar, penyakit kardiovascular, alahan makanan, penyakit ginjal, athritis dan juga penyakit autoimmune pada kucing. Jika sekiranya makanan kucing sedia ada tidak mempunyai cukup Essential Fatty (EFA), maka tambahan Omega-3 FA boleh diberikan.

9. Probiotics:



Sama juga seperti manusia, probiotics banyak mendatangkan faedah pada kucing kita. Dengan memberikan tambahan probiotics pada kucing ianya akan membantu menyelesaikan masalah sistem penghadaman mereka serta juga masalah berkaitan sistem urinari. Supplement tambahan ini bertindak dengan melalui mikroorganisma 'baik' yang terdapat dalam probiotics yang ideal pada kesihatan usus kucing.

10. Catnip:


Nepeta cataria: true catnip

Ia merupakan herb pilihan untuk species Feline. Tanaman ini membuatkan kucing kita rasa relax dan selesa apabila mereka bermain atau berbaring diatasnya. Tambahan pula, catnip memberikan kelegaan pada kucing2 yang mengalami kegatalan dan alahan kulit.


Jadi..rasanya lebih selamat jika kita cuba memberikan kucing2 kita natural remedi yang mudah kita dapati disekeliling kita..

Thursday 12 December 2013

Masalah hairballs...

Antara banyak2 kucing yang aku ada, si Rio saja yang kerap muntahkan gumpalan bulu2 dari perutnya. Umur Rio baru nak masuk setahun, n dia saja yang berbulu agak panjang dan lebat berbanding dgn yang lain. 

Bagi tuan punya kucing, bila ini berlaku ianya amat menjengkelkan sebab nak membersihkan muntahan tersebut kan? Tapi bagi kucing2 kita pula ianya boleh mendatangkan mudarat yang lebih serius dari setakat muntah..so mari kita cuba fahami tentang masalah kucing dgn gumpalan bulu atau 'hairball'.

Macamana boleh terjadinya hairballs? Trichobezoar atau hairballs terhasil dari habit kucing secara semulajadi yang suka membersihkan diri mereka @ grooming..terutamanya yang berlebih-lebihan (compulsive grooming). Ini kerana setiap kali kucing menggunakan lidah mereka untuk grooming diri, struktur halus yang condong ke arah belakang dilidah kucing seperti cangkuk yang dipanggil 'papillae' akan memerangkap bulu2 yang tertanggal dan menelannya. Struktur rambut yang terdiri dari satu protin yang keras dan tebal dipanggil keratin menyebabkan ianya tidak boleh dihadamkan oleh sistem penghadaman. Kebanyakkan bulu2 ini akan melalui sistem penghadaman kucing untuk dibuang didalam najis tanpa mendatangkan masalah. Ada juga bulu2 ini berkumpul didalam perut dan biasanya dibuang oleh kucing melalui muntahan atau regurgitasi mereka. Oleh kerana gumpalan ini terpaksa melalui saluran esofagus kucing yang sempit, gumpalan ini selalunya kelihatan seperti tiub rambut yang nipis dalam muntahan kucing tersebut. 




Jika kita perhatikan, kittens dan kucing2 yang muda jarang mengalami masalah hairballs berbanding kucing yang mature dan lebih dewasa. Ini agak normal kerana semakin meningkat usia mereka, semakin rajin kucing2 ini membersihkan diri ie sefl grooming. Hairballs juga kerap terjadi pada kucing yang dari baka berbulu panjang seperti Persians dan Maine-coon berbanding dengan baka yang berbulu pendek.  



Simtom yang biasa ditunjukkan oleh kucing ialah 'hacking', 'retching' dan 'gagging', sebelum mereka memuntahkan hairball tidak berapa lama selepas itu. Kekerapannya tidak menentu, mungkin sekali dua seminggu atau lebih, dan keadaan ini adalah normal. Hairballs akan mendatangkan masalah kepada kucing jika ianya tersekat di saluran usus kecil menyebabkan obstruksi usus @ intestinal obstruction yang perlu dirawat dengan kadar segera, dan tanda2 berikut akan timbul, diantaranya:




* Berterusan muntah, "hacking", "gagging" dan "retching" tetapi tidak mengeluarkan hairballs didalam muntah mereka.
* Hilang selera makan
* Sembelit
* Cirit birit

4 perkara yang membantu mengurangkan masalah hairball pada kucing:

1. "Groom" kucing kita dengan lebih kerap.

     Lebih kerap kita menyikat bulu kucing kita, lebih banyak bulu gugur yang kita dapat keluarkan dan lebih kurang yang akan ditelan oleh kucing. Menyikat bulu kucing juga dapat mengeratkan kemesraan antara kita dgn kucing, selain mengurangkan masalah hairballs.

2. Memberikan makanan khas untuk mengatasi masalah hairballs.

     Terdapat banyak jenis makanan yang mengandungi formula untuk mengatasi masalah hairballs yang ada dipasaran. Kebanyakkan makanan ini mengandungi formula untuk mengurangkan bulu yang gugur atau shedding. 

3. Gunakan bahan pencegahan hairballs atau laxative.

     Kita juga boleh menggunakan beberapa bahan untuk mengurangkan hairballs  dalam bentuk laxatives untuk kucing, bagi memastikan kelancaran najis.

4. Mengelakkan excessive grooming oleh kucing.

     Jika kita dapati hairballs pada kucing kita disebabkan oleh sikapnya yang terlalu kerap menjilat bulu atau 'excessive or compulsive grooming', kita perlu membantu kucing kita untuk mengurangkan habit tersebut. Antaranya dengan memberikan kucing kita mainan baru bagi mengalih perhatiannya dari grooming, atau kita juga boleh lebih kerap bermain dgn kucing2 kita.





Friday 8 November 2013

Jangkitan Telinga Kucing..tanda2 dan cara pembersihan telinga kucing..

Dah agak lama aku tak menjenguk blog ni..agak sibuk sedikit dengan rutin harian. Tapi setiap hari yang pasti aku sentiasa punya waktu untuk membelek kucing2ku yang bermacam ragam. Di antara banyak2 kucing yang ada, hanya Rio yang mempunyai masalah jangkitan ditelinga sejak dari kecil. Syukur, masalah jangkitannya tidak serius dan agak kerap berlaku iaitu jangkitan oleh mites, seperti yang disahkan oleh Vet hasil dari pemeriksaan mikroskopik. 

Jadi kali ni aku nak share tentang jangkitan telinga pada kucing, kerana aku percaya ramai yang pernah mempunyai kucing dengan masalah yang sama.

Kucing tidak kerap menghidapi jangkitan telinga berbanding dengan kumpulan canine lain, tetapi sekiranya terjadi ianya mungkin satu masalah yang kompleks dan perlu dirawat segera bagi mengurangkan kesakitan dan mengelakkan kerosakan kanal telinga yang teruk. Jangkitan pada telinga kucing boleh menjadi kronik dan menyebabkan kepekakan serta 'facial paralysis'.

Penyebab2 jangkitan telinga


Antara penyebab utama jangkitan telinga pada kucing ialah Jangkitan mites : 

Jangkitan mites merupakan penyebab utama dalam lebih separuh dari penyebab jangkitan telinga pada kucing. Mites pada telinga menunjukkan satu tanda yang sangat tipikal, iaitu terdapat discaj yang berwarna coklat gelap kehitam-hitaman seperti kopi di telinga kucing. Walaubagaimanapun, kebanyakan vet akan melakukan pemeriksaan mikroskopik untuk mengesahkan kehadiran mites dalam sample discaj tersebut. 


Ear mites


Lain-lain penyebab atau penyumbang kepada jangkitan telinga sekunder termasuklah:

# "overgrowth" fungus atau bakteria atau kedua2nya didalam telinga
# tahi telinga atau wax yang banyak dan tebal
# banyak terdapat bulu tebal dalam saluran telinga
# hipothyroidism
# penyakit autoimun 
# ketumbuhan dalam saluran telinga
# gegendang telinga yang pecah
# telinga yang tidak dibersihkan dengan cara yang betul
# bendasing dalam saluran telinga

Tanda2 @ simtom jangkitan telinga

Tanda2 jangkitan telinga pada kucing hampir sama walaupun penyebab jangkitan tersebut berbeza. Kucing yang mengalami jangkitan biasanya akan kerap menggaru, 'pawing', menggoyangkan (shaking) atau menyengetkan (tilting) kepala kearah telinga yang bermasalah. Tanda2 lain yang boleh kita lihat termasuk:

- discaj yang kehitaman atau kekuningan
- kulit menjadi kemerah-merahan atau bengkak pada cuping atau sekitar saluran telinga
- discaj coklat kehitaman seperti kopi yang menandakan jangkitan ear mites
- bau yang kurang menyenangkan dari telinga
- wax atau tahi telinga yang berlebihan
- kurang pendengaran
- jika teruk, hilang keseimbangan bila kucing berjalan

Rawatan

Diagnosis penyebab jangkitan telinga jika ianya bukan disebabkan oleh mites mungkin memerlukan beberapa ujian tertentu dan agak sukar, tetapi merawat jangkitan telinga lebih mudah. Biasanya vet akan memberikan antibiotik, ubat titis telinga yang bersesuaian dan juga antifungus. 

Jangkitan telinga boleh berulang, jadi kita perlu sentiasa memastikan telinga kucing kita bersih dan tidak menunjukkan sebarang discaj atau bau atau tanda2 kemerahan. Telinga kucing yang sihat sepatutnya berwarna merah jambu yang pucat (pale pink) tanpa sebarang discaj atau bau, serta hanya sedikit atau tiada wax kelihatan. 



Cara2 untuk membersihkan telinga kucing

# Membersihkan telinga kucing perlu dijadikan satu rutin yang kita lakukan mungkin seminggu atau dua minggu sekali, dan kita boleh bermula seawal umur kucing kita 8 minggu. Ini akan membuatkan kucing kita terbiasa dengan rutin tersebut dan tidak marah apabila kita usik telinga mereka.

# Kita perlu menjadikan pengalaman dibersihkan telinga itu suatu pengalaman yang positif pada kucing, seperti memberikan sedikit upah atau treats sebelum dan selepas pembersihan dilakukan. Ini pasti akan menggembirakan kucing kita dan memudahkan kerja kita.

# Pembersihan telinga perlu dilakukan ketika kucing kita "happy", bukan selepas dimandikan atau selepas dipotong kukunya atau lain2 prosedur yang menyebabkan kucing kita tidak selesa atau gembira.

# Kucing tidak suka dipegang dengan kuat, jadi kita mungkin perlu melakukan kerja pembersihan ini berdua.

# Langkah 1: Memeriksa telinga kucing

Pegang hujung telinga dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, dan terbalikkan cuping telinga kucing dari dalam ke luar sehingga kita dapat melihat bahagian dalam telinga kucing. Sekiranya terdapat discaj kehijauan atau kekuningan seperti nanah, atau seperti kopi coklat kehitaman, maka kita perlu membawa kucing kita ke vet.




# Langkah 2: 
Sedikit ear wax tidak mengapa, kita hanya perlu mengelap dengan putik kapas atau bebola kapas yang lembab secara lembut. Kita juga boleh meletakkan beberapa titik ubat pencuci telinga ke dalam lubang telinga kucing, dan gosokkan dipangkal telinga untuk 15-20 saat supaya titisan ubat boleh masuk ke dalam saluran telinga kucing. Biarkan beberapa minit sebelum dicuci. 



# Langkah 3: 

Gunakan bebola kapas yang dilembabkan dengan minyak bayi atau minyak zaitun atau hidrogen peroksida sekiranya ada untuk membersihkan telinga kucing selepas dititikkan ubat, tetapi jangan terlalu dalam kerana ditakuti kita akan menyebabkan wax yang kita cuba keluarkan menjadi padat atau impacted didalam saluran telinga. 


# Langkah 4:

Ulangi langkah diatas sekiranya perlu, sambil memuji dan memanjakan kucing kita supaya kucing kita tidak lagi takut setiap kali kita ingin membersihkan telinganya kemudian.



"An Ounce of Prevention is better than a Pound of Cure"..jadi kita perlu kerap memeriksa dan membersihkan telinga kucing2 kita..selamat mencuba!

Friday 11 October 2013

Flu pada kucing....

Kucing seperti juga manusia tidak terlepas dari dijangkiti oleh selsema atau flu, atau dikenali sebagai 'upper respiratory tract infections'. Tanda2 jangkitan flu pada kucing tidak banyak berbeza dengan flu pada manusia. 

Selesema pada kucing ini sangat mudah berjangkit (highly contagious) pada kucing2 lain, dan ia merupakan masalah kesihatan yang kerap kita lihat berlaku terutamanya jika terdapat banyak kucing pada satu tempat. Walaupun kadar kematian kucing dewasa akibat flu amat kurang, tetapi pada kitten ianya boleh mencapai 50% punca kematian.

Walaupun ianya amat mudah berjangkit sesama kucing, selsema ini tidak sesekali akan menjangkiti manusia, dan kucing kita juga tidak akan mendapat selsema dari manusia. Ini kerana virus yang menjangkiti manusia tidak boleh menjangkiti kucing dan sebaliknya.

Terdapat dua jenis virus yang dikenalpasti kerap menyebabkan flu pada kucing ie 80-90% kes. Virus pertama dikenali sebagai herpesvirus termasuk juga Feline Viral Rhinotracheitis (FVR), dan kumpulan kedua ialah calicivirus, termasuk juga feline caliciviral disesase. Terdapat juga kumpulan virus lain seperti reovirus yang menyebabkan feline viral respiratory illness pada jumlah yang kecil.

Bagaimana flu kucing ini merebak? Ia boleh merebak secara langsung ie melalui air liur, discaj hidung, mata dan mulut dari kucing yang dijangkiti atau kucing pembawa. Jangkitan secara tidak langsung atau fomites melalui bekas makanan dan minuman, mainan kucing dan lain2 peralatan atau perabot.

Apabila kucing kita dijangkiti flu atau feline viral respiratory complex ini, terdapat dua fasa yang akan dilalui iaitu fasa akut dan fasa kronik ie pembawa.

Jangkitan akut viral respiratori:

#Tanda2#:

Tanda2 jangkitan flu ini berbeza2 bergantung pada severity jangkitan tersebut. Ada yang sederhana manakala ada juga yang teruk dan boleh membawa kematian pada kucing kita. Sesuatu virus itu boleh berada dengan stabil diluar 'host' diantara 24 jam hingga ke 10 hari, bergantung pada keadaan. 

Tanda2 klinikal jangkitan ini boleh bermula seawal antara 2 hingga 17 hari dari pendedahan kepada virus, dan tanda2 ini akan mencapai tahap keterukan maxima pada hari ke 10 tanda jangkitan bermula. Penyakit bermula dengan sneezing atau bersin yang teruk selama 1-2 hari. Ianya diikuti oleh jangkitan pada mata atau conjunctivitis serta discaj yang berair dari hidung atau mata, yang menunjukkan kucing kita menghidapi flu. Pada hari ke 3-5, kucing mula mendapat demam yang ketara, keletihan dan kurang selera makan. Lelehan atau discaj dari mata dan hidung menjadi pekat atau mucoid dan purulent(kekuningan seperti nanah). 

Tanda2 lain bergantung kepada virus penyebab flu tersebut. Jika ianya disebabkan herpesvirus, kucing akan mula terbatuk yang kering @ spastic cough. Jangkitan yang teruk pada mata boleh menyebabkan keratitis dan ulser kornea, dan ini boleh mencacatkan penglihatan kucing.


Conjuntivitis yang teruk




Kucing yang dijangkiti oleh calicivirus pula menunjukkan tanda ulser pada mukus membrane didalam mulut @ stomatitis. Keadaan ini akan menyebabkan kucing hilang selera makan dan kurang minum air, serta drooling. Kucing juga boleh mengalami kesesakan nafas dan jangkitan paru2 @ pneumonia. Jangkitan bakteria sekunder, dehidrasi, kelaparan teruk dan kehilangan berat badan mendadak boleh membawa kematian.

Ulser mulut akibat calicivirus

#Diagnosis dan rawatan#

Diagnosis tentang flu kucing selalunya dilakukan berdasarkan kepada tanda2 klinikal, dan jika perlu ujian darah serta swab dari discaj mata dan hidung boleh dihantar ke makmal untuk menentukan jenis virus.

Jika kita mengesyaki kucing kita mengalami jangkitan respiratori virus yang akut ini (acute viral respiratory tract infection), kita perlu mengasingkan kucing itu dari kucing2 lain selama 3-4 minggu. Kita juga perlu melakukan disinfeksi keatas semua peralatan, mangkuk makanan dan litter box, mainan dll dengan mencuci semuanya menggunakan agen peluntur @ bleach yg dicairkan. 

Rawatan untuk kucing kita lebih kepada meringankan simptom yang dihidapi, kerana untuk virus itu sendiri tiada ubat khusus yang boleh diberikan. Jika kucing kita tersumbat hidungnya, kemungkinan besar ianya akan kehilangan selera makan dan akan mengalami dehidrasi dgn lebih cepat, jadi amat perlu kita membersihkan hidung supaya tidak tersumbat dgn cairan yang keluar. Kita juga perlu membersihkan discaj dari mata dan ini boleh dilakukan dgn menggunakan bebola kapas yang lembut dan dibasahkan dgn air bersih. 

Kita juga perlu memastikan kucing kita berada dipersekitaran yang bersih dan kering. Kucing perlukan rehat yang cukup dan kita boleh sediakan tempat yg selesa dan panas untuk dia berehat. 

Kita juga boleh mendapatkan ubat2 yang sesuai dari veterinar untuk melegakan inflamasi mata, seperti ubat titik mata, dan juga antibiotik dimana perlu bagi merawat jangkitan bakteria sekunder.


Pembawa kronik (carrier status).

Bagi kucing2 yang dijangkiti terutamanya FCV dan FHV, kesemuanya menjadi pembawa yang kronik. Virus ini akan hidup dan tinggal dilapisan mukus yang berada ditekak kucing. Apabila kucing ini mengalami stress seperti mengandung, sakit, stress emosi, menyusukan, melalui surgeri dll, sistem imunitinya akan berkurang dan pada ketika ini virus tersebut akan dikeluarkan didalam cairan mulut. Pada waktu ini penyebaran virus ini akan berlaku. 

Cara mengatasi:

Cara terbaik ialah memberikan vaksinasi dari peringkat awal umur kucing. Terdapat kombinasi vaksin yang menggabungkan kesemua virus utama penyebab jangkitan respiratori pada kucing.







Wednesday 2 October 2013

Alahan kucing...

Kerap kita dengar tentang alahan kucing..dalam praktis harian diklinik pun kerap aku temui pesakit2 yang datang kerana alahan, dan antara soalan yang pasti ditanya samada mereka ada memelihara haiwan dirumah, termasuk anjing, kucing, rabbit, hamster dan lain-lain. Ramai yang keberatan melepaskan haiwan peliharaan mereka tapi terpaksa kerana alahan yang dialami oleh ahli keluarga..so hari ni kita sembang pasal alahan kucing.

Apa penyebab alahan kucing?

Lebih kurang 10% dari jumlah populasi satu2 negara mengalami alahan yang disebabkan oleh haiwan peliharaan, dan malang sekali kucing merupakan antara haiwan kesayangan yang paling kerap menjadi penyebabnya. Alahan kucing terjadi hampir 2x ganda dari alahan akibat anjing. Kebanyakkannya menyalahkan kepada bulu kucing, tetapi sebenarnya alahan kucing terjadi bukan disebabkan bulunya. Manusia yang alah kepada kucing sebenarnya mengalami alahan kepada protin yang terdapat didalam air liur, urine dan 'dander' (dried flaky skin). Tubuh badan manusia yang mempunyai alergi terhadap protin ini akan bertindakbalas berlebihan kerana menganggap protin tersebut suatu allergen yang merbahaya, dan gejala alahan yang timbul adalah kerana reaksi tersebut.

Perlu juga diingat, walaupun kita sebenarnya tidak punya alahan kucing yang sebenar, kucing2 kita masih tetap berkemampuan untuk menimbulkan reaksi alergi kita terutamanya kucing2 outdoor. Alergen seperti pollen, fungus atau mold, atau lain2 alergen boleh dibawa balik oleh kucing dengan melekat pada bulu kucing. 

Dander..


Semua jenis kucing tanpa mengira baka berpotensi untuk menyebabkan alahan kucing bagi mereka yang sensitif, tak kira samada kucing itu dari baka "hypoallergenic @ hairless" seperti "sphynx", panjang bulu atau berapa banyak bulu yang gugur. Jadi, sekiranya kita atau ahli keluarga kita memang mempunyai alahan pada kucing, adalah tidak digalakkan untuk kita memelihara kucing sama sekali.

Apa tanda2 alahan kucing?

Antara tanda2 alahan kucing termasuk:
- batuk dan wheezing @ semput
- 'hives' atau gegata terutama dimuka dan dada
- mata gatal dan merah
- radangan atau merah dibahagian kulit yang digigit, dicakar atau dijilat oleh kucing
- hidung gatal, berair dan meleleh
- bersin



Tanda2 alahan ini boleh timbul serta merta dalam beberapa minit atau beberapa jam selepas pendedahan dgn kucing. Lebihkurang 20-30% dari mereka yang mempunyai penyakit asma alahan (allergic asthma) akan mengalami serangan asma akut apabila terdedah dgn kucing.

Bagaimana untuk mengetahui kita ada alahan kucing? Jika mahu kita boleh melakukan beberapa ujian darah terhadap alergen dari kucing. Cara paling mudah ialah dengan mengasingkan diri dari kucing untuk beberapa minggu atau bulan dan perhatikan samada kita akan mendapat tanda2 alahan tersebut atau tidak.

Cara rawatan alahan kucing?

Rawatan untuk alahan kucing selalunya merupakan anti histamine, decongestant atau rawatan untuk asma dimana berkaitan. Tetapi perlu diingat selagi kita masih terdedah kepada alergen dari kucing tersebut, simptoms alahan hanya dapat dikurangkan tetapi akan masih berterusan.

Langkah terbaik?

Sekiranya kita atau ahli keluarga kita memang diketahui mempunyai alahan kucing, langkah terbaik adalah dengan tidak memiliki kucing secara total. Sekiranya kita masih ingin memelihara kucing atau sudah memiliki kucing, beberapa langkah yang boleh diambil ialah:

# jangan memeluk, menyentuh atau mencium kucing. Ada sesetengah berpendapat sentuhan sedikit tidak memudaratkan, sebenarnya tidak. 

# berhati2 dengan pelawat yang diketahui memiliki kucing. Walaupun mereka tidak membawa kucing bersama, tetapi dander kucing boleh dibawa bersama melalui luggage dan pakaian mereka. Pendedahan tidak langsung ini sebenarnya boleh menghasilkan reaksi alahan kucing yang serius kepada mereka yang sensitif.

# jarakkan diri kita dari kucing. Kurangkan pendedahan dengan kucing dan tugas2 berkaitan kucing perlu dilakukan oleh orang lain yang tiada alahan.

# hadkan pergerakan kucing pada bahagian tertentu rumah sahaja. Jangan benarkan kucing kita bergerak bebas didalam rumah, terutamanya di bilik tidur.

# biarkan kucing berada diluar rumah ie outdoor sebanyak mungkin. Cara ini kerap dilakukan oleh mereka yang ingin memelihara kucing tetapi memiliki alahan kucing.

# kerap membersihkan rumah. Dander kucing sentiasa ada dimana2. Kita perlu sentiasa menyapu, mengemop dan memvakum rumah dan perabut sekerap mungkin. Jangan gunakan karpet kerana karpet mudah memerangkap dander kucing. 

# bersihkan udara didalam rumah. Pembersih udara boleh membantu memerangkap dander kucing dan mengurangkan ianya dari berada di dalam udara. 

# jika boleh kerap memandikan kucing. Ini boleh dilakukan jika sekiranya kucing kita tidak mengalami stress yang keterlaluan apabila dimandikan.

Langkah2 diatas boleh diambil untuk mengurangkan alahan kucing, tetapi sekiranya dengan memelihara kucing mendatangkan mudarat kepada diri kita atau ahli keluarga, adalah lebih baik untuk kita melepaskan kucing kita itu walaupun ianya sukar dilakukan.




Tuesday 17 September 2013

20 Perkara yang kita boleh Belajar dari haiwan kesayangan kita..

Jika selalunya kita bercakap tentang mengajar atau mendisiplinkan haiwan kesayangan kita, tak kira la anjing ke kucing..(of course untuk aku cuma kucing)..kali ni aku nak share beberapa perkara yang sebenarnya kita boleh belajar dari haiwan peliharaan kita tu..pelik bunyinya tapi tidak mustahil.

Ada beberapa habit haiwan2 kesayangan kita yang boleh kita gunapakai dalam kehidupan harian kita..it is a learning process..diantaranya:

#FORGET MULTITASKING#

Bila seekor anjing diberikan tugasan tertentu, biasanya anjing tersebut akan memberikan sepenuh perhatian sehingga tugasannya selesai dan tuannya berpuas hati. Kita sepatutnya memilih untuk bersikap yang sama..ini kerana kajian dilakukan oleh researchers dari Stanford mendapati memori manusia 'terdera' apabila kita sibuk mencampuradukkan kerja dengan web surfing dan membaca emel serta kerja2 lain, berbanding dgn memori mereka2 yang menumpukan perhatian pada satu tugasan sahaja. Kajian yang lain pula menunjukkan pekerja kehilangan banyak masa dengan multitasking!


#TAKE A NAP#

Kucing kesayangan kita tak pernah berjaga sepanjang hari, mesti akan ada ketika dia 'take a nap'. Kajian yang melibatkan 24000 orang menunjukkan mereka2 yang mengamalkan 'short nap' secara regular setiap hari adalah 37% kurang risiko mati akibat serangan jantung berbanding dgn mereka yang tidak mengamalkan nap. Percaya atau tidak, short nap sebenarnya boleh merangsangkan prestasi dan alertness seseorang.



#BERJALAN SETIAP HARI#

Samada kita berkaki dua atau berkaki empat, berjalan kaki merupakan cara paling mudah, murah dan senang untuk membakar kalori serta memelihara kesihatan jantung. Berjalan kaki secara regular juga turut

a. membantu mengatasi kemurungan
b. menurunkan berat badan
c. mengurangkan risiko mengidapi Diabetes Mellitus Type 2
d. mengurangkan risiko kanser colon dan breast
e. menguatkan tulang
f. menajanmkan minda



#TINGKATKAN KEMESRAAN#

Setuju atau tidak, manusia merupakan gologan "social creature"..dan persahabatan ada memberikan impak terhadap kesihatan. Satu kumpulan pengkaji di Australia mengikuti sekumpulan 1500 orang2 dewasa yang berumur untuk tempoh 10 tahun, dan kajian itu mendapati mereka2 yang suka berkawan memiliki 22% kebarangkalian untuk tidak mati cepat berbanding dgn yang tidak berkawan.



#LIVE IN THE MOMENT#

"Living in the moment" mungkin antara perkara paling menarik untuk kita pelajari dari haiwan peliharaan kita. Dalam satu kajian bertajuk "A wandering mind is an unhappy Mind", pakar psikologi dari Harvards merumuskan manusia akan berada pada tahap maksima kegembiraan masing2 apabila melakukan sesuatu aktiviti yang memerlukan mereka fokus sepenuhnya, seperti melakukan riadah sukan dan kegiatan luar. Merancang, memikirkan sesuatu yang lain dari apa yang dilakukan ketika melakukan sesuatu aktiviti sebenarnya mengurangkan kegembiraan yang sepatutnya dinikmati. 



#USAH BERDENDAM (DON'T HOLD A GRUDGE)#

Sebahagian dari konsep 'living in the moment' ialah membiarkan yang lepas terus berlalu (let bygone be bygone). Lepaskan semua kekesalan dan dendam, dan kita sebenarnya akan merasa lebih mudah bernafas. Kemarahan dan dendam yang berpanjangan menurunkan fungsi sebenar paru2 kita, manakala memaafkan membantu menurunkan tekanan darah kita dan mengurangkan anxiety. Manusia yang mudah memaafkan juga memiliki 'self-esteem' atau jatidiri yang lebih tinggi dari yang suka berdendam.



#'WAG'#

Kita memang tidak punya ekor untuk digoyangkan bila kita gembira memperolehi sesuatu, tetapi kita sentiasa boleh tersenyum untuk menunjukkan kesyukuran kita. Researches menemui kaitan yang signifikan antara rasa bersyukur dengan kesihatan manusia, dimana satu kajian menunjukkan manusia yang rasa bersyukur memiliki sikap atau atitude yang lebih baik, lebih suka beriadah dan kurang mempunyai rungutan tentang fizikal mereka. 



#KEKALKAN RASA INGIN TAHU (MAINTAIN CURIOSITY)#

Jika diperhatikan, kucing memiliki rasa ingin tahu yang tinggi, walaupun kadang2 ianya boleh membahayakan diri. Tetapi untuk manusia, rasa ingin tahu yang tinggi sebenarnya boleh memberikan makna yang lebih baik kepada kehidupan masing2. Keinginan untuk tahu juga sebenarnya meningkatkan rasa hebat dalam diri seseorang secara psikologi, dan ianya juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. 



#"BE SILLY"#

Melakukan sesuatu yang mungkin kelihatan bodoh mungkin boleh mendatangkan kesan yang ketara pada tahap kesihatan seseorang. Pakar kardiologi dari Universiti of Maryland Medical Centre mendapati kebanyakkan orang yang memiliki jantung yang sihat memiliki sifat lucu atau 'sense of humour' yang tinggi berbanding dengan pesakit2 yang pernah mengalami serangan sakit jantung. "LAUGHTER IS THE BEST MEDICINE" terutamanya untuk melindungi jantung kita.



#"GET A BACK RUB"#

Haiwan kesayangan kita pasti suka apabila kita mengurut lembut belakang badan dan kepala mereka. Pada manusia, kuasa sentuhan tidak dapat disangkal lagi dapat membantu menjadikan kita lebih sihat. The Touch Research Institute di University of Miami Miller School of Medicine mendapati 'massage therapy' boleh mengurangkan kesakitan, meningkatkan sistem imuniti tubuh, dan membantu mengawal penyakit2 kronik seperti asma dan diabetes. Urutan dari orang yang kita sayangi mungkin jauh lebih berkuasa. 



#MINUM AIR KOSONG APABILA KITA DAHAGA#

Apabila penat bermain atau berlari, kucing dan anjing tidak mencari "sports drink" untuk menghilangkan dahaga mereka..begitu juga manusia sebenarnya, tiada keperluan untuk mencari "sports drink" seperti yang kita amalkan sekarang. Ketika melakukan aktiviti riadah harian, meminum air kosong sudah mencukupi untuk hidrasi tubuh. Air memberikan cairan yang diperlukan secukupnya oleh otot dan tisu tubuh tanpa menambah kalori pada badan kita. Pastikan kita meminum lebih air pada hari yang panas dan pada waktu kita berpeluh dengan banyak. 



#MAKAN IKAN#

Jika diberi pilihan, rasanya kucing kita akan memilih untuk memakan ikan dari memakan kibble rutin mereka. Kita bernasib baik kerana boleh memilih untuk menjadikan ikan sebahagian makanan rutin harian kita. Salmon, tuna, trout dan ikan2 lain mengandungi omega fatty acid yang tinggi, yang membantu untuk mengurangkan risiko sakit jantung, tekanan darah tinggi dan arthritis. Tambahan pula, researchers dari Rush University mendapati orang yang memakan hidangan ikan sekurang-kurangnya sekali seminggu mempunyai kebarangkalian 60% kurang risiko menghidapi Alzheimer's. 



#TUNJUKKAN KASIH SAYANG#

Anjing terutamanya, dan juga kucing, biasanya akan menunjukkan kasih sayang kepada tuan yang disukainya. Manusia juga sepatutnya bersikap begitu..if u love someone, show it. Satu kajian yang diterbitkan didalam jurnal Personal Relationships mencadangkan satu lengguk tubuh yang kecil cukup bermakna untuk melahirkan hubungan yang diharapkan. 



#BERMAIN#

Bermain bukan hanya untuk kanak2 atau kittens. Dalam bukunya, Play, Stuart Brown, MD menulis bahawa bermain merupakan satu keperluan tubuh manusia selain tidur dan makan. Bermain meningkatkan kecerdasan minda, social skills, kreativiti dan problem-solving. Jadi ambil contoh dari kucing2 kita untuk kita melibatkan diri dengan aktiviti yang boleh memberikan keseronokan. 





#NIKMATI AKTIVITI OUTDOOR#

Jika sesekali kita lepaskan haiwan kesayangan kita untuk bermain diluar, ia merupakan satu saat yang menggembirakan buat mereka.  Bagi manusia, melakukan aktiviti riadah diluar juga mendatangkan banyak kebaikan kepada tubuh badan dan minda. Menghabiskan masa beriadah diluar meningkatkan kesihatan @ fitness, meningkatkan level Vitamin D dan mengurangkan stress. Bagi kanak2 pula, banyak bermain diluar dalam alam sekitar yang semulajadi meningkatkan tahap penglihatan jarak jauh mereka, mengurangkan simtom ADHD dan meningkatkan prestasi di sekolah. 



#SEDIAKAN MASA UNTUK BERHIAS#

Selain dari kepentingan untuk mandi dan membersihkan diri serta gigi, berhias atau grooming boleh mendatangkan kesan positif pada diri kita. Kebersihan dan kekemasan diri paling utama dalam meningkatkan keyakinan diri @ self esteem. Penampilan yang kemas juga akan menarik minat ramai untuk mengenali dan berkerja bersama kita. 



#PEKA DGN GERAK TUBUH#

Haiwan terutamanya anjing amat cekap dalam mengenali dan memahami gerak tubuh pesaingnya. Walaubagaimanapun manusia tidak begitu. Biarpun ada sebahagian dari kita yang mempamerkan emosi masing2 dengan posture atau gerak tubuh, pandangan mata dan cara atau nada bertutur, kebanyakkan dari kita tidak begitu mahir membacanya. Semakin berusia seorang manusia itu barulah kemahiran tersebut dapat diperbaiki.



#KERAP 'STRETCHING'#

"Stretching" akan melegakan sendi2 kita, menjadikan kita "limber". Tetapi kebaikan stretching tidak berhenti setakat itu. Dalam satu kajian selama 10 minggu, sukarelawan yang tidak melakukan sebarang exercise lain selain stretching menunjukkan perubahan fizikal yang memeranjatkan. Selain dari ianya menambah fleksibiliti anggota tubuh, ianya juga meningkatkan kekuatan dan ketahanan otot (the strength, power n endurance of muscle). Jadi, stretching merupakan alternatif terbaik sekiranya kita tidak dapat melakukan senaman yang berterusan. 



#MENCARI TEMPAT BERTEDUH#

Kebiasaannya anjing dan kucing akan mencari tempat teduh untuk berehat apabila berada dibawah matahari. Pakar dermatologi juga mencadangkan yang sama untuk kita ikuti terutamanya diantara pukul 10 am hingga 4 pm. Ini kerana pada waktu tersebut kulit kita akan menyerap sebanyak mungkin sinaran UV yang boleh memudaratkan kesihatan. 



#"STICK TO A SCHEDULE"#

Sedar atau tidak, haiwan peliharaan kita lebih suka mengikuti rutin harian yang sama, dan mereka tidak dapat membezakan hari seperti kita. Manusia juga sepatutnya melakukan yang sama untuk jam tubuh kita (body clock). Kita akan tidur dengan lena dan bangun lebih segar jika kita mengikuti waktu tidur harian yang sama walaupun sewaktu hujung minggu. Kualiti tidur juga turut dipengaruhi oleh konsistensi kita yang lain seperti mandi, makan dan berehat. 



Emm...that's all for now..