Saturday, 28 December 2013

Food Supplements untuk kucing..apa yang perlu kita ketahui..

Kerapkali aku terbaca tentang makanan tambahan untuk kucing sihat, gebu dan cantik. Kebanyakannya akan mengatakan kebaikan tentang produk masing2 dan tentunya ianya amat menarik untuk dibaca dan dicuba ke atas kucing2 kesayangan..sudah tentu harganya tak la semurah mana.. Emm, tak sangka ye ada juga makanan tambahan untuk kucing..selama ini aku kerap diajukan tentang keperluan, kebaikan dan bermacam2 lagi pertanyaan berkaitan makanan tambahan atau vitamin untuk manusia. Sebagai seorang doktor aku lebih kerap menasihatkan pesakit2 aku supaya bersederhana dalam pemakanan dan juga pengambilan makanan tambahan atau vitamin, kerana jika kita nak ambil semua supplement yang disyorkan oleh doktor, pegawai farmasi, rakan2 dan keluarga, rasanya boleh penuh sepinggan! Rasanya untuk kucing juga kita perlu mengamalkan sikap yang sama..bersederhana dan bergantung pada keperluan, itu pendapat aku.

Jadi, aku luangkan sikit masa untuk membaca tentang keperluan makanan tambahan atau supplement dan vitamins untuk kucing2..dan ingin aku kongsikan sebagai menambah pengetahuan sesiapa yang berminat mengetahuinya.

Benarkah makanan tambahan dan supplement kucing begitu berkesan? Dan, adakah kucing2 kita memerlukan makanan tambahan dan supplement? Itu semua bergantung kepada siapa kita bertanya..

Kebanyakan pengeluar produk makanan tambahan dan supplement serta penjual2nya akan mengatakan produk mereka perlu dilihat sebagai satu pelengkap kepada pemakanan harian kucing, dan ianya sudah pasti akan memastikan kucing kita sihat serta panjang umur. Bagi kumpulan yang lain seperti ahli2 pakar pemakanan untuk kucing akan mengatakan jika kucing kita secara kasarnya nampak sihat dan aktif, apa yang dia perlukan ialah makanan kucing yang berkualiti, kerana memberi kucing kita terlalu banyak vitamin dan minerals boleh membawa mudarat dari kebaikan sebenarnya.

"Supplement boleh diberikan jika kucing kita kurang sihat"

Menurut University of Georgia College of Veterinary Medicine, kebanyakan kucing yang dibela mendapat pemakanan yang lengkap, lebih lengkap dari manusia. Pada keadaan tertentu dimana kucing menghidapi penyakit maka suplement bersesuaian boleh diberi, tetapi kebanyakan supplement atau makanan tambahan ini tidak dibuktikan dan diuji secara klinikal mengikut Sains Veterinari.

" Supplements are supposed to correct deficiencies"

Sebagai contoh, kucing kita mungkin memerlukan supplement jika dia menghidapi penyakit yang menyebabkan kegagalan menyerap nutrien tertentu, seperti masalah penyakit melibatkan usus kecil yang menyukarkan penyerapan Vit B Folate dan cobalamin yang boleh diberikan melalui suntikan. Kucing yang bunting atau menyusukan anak juga boleh mengalami kekurangan zat makanan, terutamanya jika kucing tersebut hamil sebelum berusia 10-12 bulan. Dalam keadaan sebegini, seorang veterinar akan mencadangkan makanan tambahan atau supplement yang bersesuaian.

Jenis2 supplement atau makanan tambahan untuk kucing:

# Vitamin dan mineral:
Terdapat berbagai vitamin atau multivitamin untuk kucing. Bagaimanapun, kebanyakan makanan harian kucing yang sedia ada mengandungi multivitamin dan mineral yang  mencukupi dan diperlukan oleh kucing.

# Essential Fatty Acid:
Omega 3 FA dan Omega 6 FA memang dikenali dengan kebolehan untuk menjadikan bulu kucing berkilat dan kurang gugur @ shedding. Ia juga memberikan perlindungan kepada hati, otak, sistem imun, mata dan sendi2. Seperti juga pada manusia, omega 3 FA memberikan perlindungan kepada jantung serta menurunkan paras kolesterol. Kebanyakan makanan kucing mengandungi omega 6 FA berbanding omega 3 FA, jadi ada yang merasakan ianya perlukan tambahan supplement.

# Probiotics:
Probiotik merupakan bakteria baik dan sihat yang mampu memperbaiki sistem penghadaman dalam usus besar dengan cara mengawal pertumbuhan bakteria jahat. Ianya terdiri dari Lactobacillus acidophillus atau Lactobacillus casei(yg biasa didapati dalam yogurt). 

Nutraceuticals:

Nutraceuticals terdiri dari remedi semulajadi atau herba, yang turut diklasifikasikan sebagai supplement, walaupun ianya masih samar2. Sebahagian menganggapnya sebagai makanan tambahan pelengkap, manakala sebahagian menganggapnya ubat yang menyembuhkan. Perlu diingat, remedi semulajadi tidak semestinya semuanya selamat digunakan atau berkesan.

Diantara supplement yang termasuk dalam kategori nutraceuticals untuk kucing ialah:

# Glucosamine: membantu meningkatkan mobiliti sendi dan sering dianggap ubat utk athritis, walaupun ianya tidak mengurangkan kesakitan sendi.

# Chondroitin: juga bagus untuk tulang dan sendi, sering didapati bersama dengan glucosamine.

# Milk thistle: Extrak Milk thistle boleh membantu mengurangkan toksin dari hati kucing, dan ia mungkin boleh digunakan bagi kucing2 dengan masalah hati. 

Supplement yang perlu dielakkan dari kucing:

Terdapat banyak supplement yang tidak selamat untuk diberikan pada kucing tetapi yang paling utama untuk dielakkan adalah seperti:

# Garlic @ bawang putih: memusnahkan sel darah merah, menyebabkan anemia 
# Onion @ Bawang merah: memusnahkan sel darah merah, menyebabkan anemia
# Kalsium: jika berlebihan menjadi toksik
# Vitamin D: jika berlebihan menjadi toksik
# Vitamin C: jika berlebihan boleh menyebabkan urin yang asidik, dan boleh menyebabkan pembentukan crystal dalam urin serta blok pada saluran kencing.

Supplement yang berlebihan sudah pastinya boleh mendatangkan mudarat pada kucing. Kurangkan memberi supplement yang berganda kerana mungkin ada yang sudah terdapat dalam supplement pertama, juga ada pada supplement kedua. Sebaiknya dapatkan nasihat dari pakar atau veterinar sebelum mendapatkan sebarang supplement untuk kucing.

Kucing dari peringkat umur yang berbeza memerlukan keperluan yang berbeza..jadi kita kena berhati2 dalam memastikan supplement yang kita beri jika perlu itu tidak memudaratkan kucing kita.

"Remember, more is not always better"

Okay, sekarang kita lihat apa yang mungkin ada ditaman kita yang berguna untuk kucing2 kita..


"CAT GARDEN"...10 SUPPLEMENT SEMULAJADI UNTUK KUCING..




Terdapat beberapa herba semulajadi yang kita tanam didalam taman kita yang sebenarnya boleh mendatangkan manfaat kepada kucing kita. Herba atau remedi semulajadi ini boleh merawat masalah yang perlbagai dari masalah kulit hingga ke leukemia pada kucing.

1. "Goldenseal":




Herba ini sangat berguna sebagai disinfektan dan juga untuk merawat luka. Apabila dicampurkan dengan saline, goldenseal boleh mengurangkan bengkak mata akibat jangkitan kuman dan alergi. Veterinar juga mendapati dengan memberikan beberapa titik cairan dari goldenseal kepada kucing2 yang menghidapi leukemia, infeksi peritonitis atau masalah penghadaman, ianya akan dapat meredakan masalah tersebut. 

2. "Cat's Claw" dan "Dandelion Root":



Sekali imbas bunyinya seperti bancuhan ahli sihir, tetapi kedua2 supplement ini membawa kebaikan jika diberikan pada kucing. Ekstrak dari campuran kedua2nya boleh memberikan kelegaan pada kucing yang mengalami masalah kulit gatal. Kedua2 Cat's Claw dan Dandelion Root mengandungi cortisone atau steroid semulajadi yang dapat membantu mengurangkan alergi.

3. "Cat Thyme":



Untuk kucing2 yang cerewet yang tidak sukakan catnip, cat thyme boleh memberikan kesan yang sama seperti catnip, iaitu "soothing" dan "contentment". Kebanyakan kucing tertarik dgn rupa bentuk pokok ini, tetapi ia juga dikenali kerana mengeluarkan bau yang "musky".

4. "Peppermint, Pennyroyal dan Rosemary":




Ketiga2 herba ini merupakan repelen serangga yang baik untuk kucing. Jika dicampurkan dalam mandian kucing, ianya akan menambahkan kekuatan rawatan yang kita gunakan untuk menyah flea.


4. Valerian:


Satu lagi catnip alternatif ialah Valerian. Pokok yang mengeluarkan bau yang kuat ini selalunya digunakan untuk 'sleep-inducer' pada manusia, tetapi sebaliknya pada kucing. Ia membuatkan kucing kita menjadi aktif dan bertenaga, jadi ianya amat sesuai untuk digunakan pada kucing2 kita yang mengalami masalah berat badan berlebihan supaya mereka lebih aktif. Kita cuma boleh menggunakan daun yang dikeringkan untuk diberikan pada kucing, bukan minyak kerana minyak dari pokok ini mungkin mendatangkan bahaya pada kucing.


6. Licorice root:


Licorice root yang sedap ini boleh membawa banyak kebaikan pada kucing kita. Ianya boleh membantu kucing2 yang mengalami masalah alergi, masalah pada sistem penghadaman serta endokrin seperti diabetes dan sebagainya. Ia juga boleh membantu masalah pernafasan kerana ianya menyejukkan mukus membrane pada sistem respiratori kucing. Bagi kucing yang mengalami masalah sendi atau athritis juga mendapat manfaat dari licorice root kerana sifatnya yang mengandungi anti inflamasi dan blood cleanser.


7. Glucosamine n chondroitin:



Sama seperti manusia, glucosamine dan chondroitin boleh membantu kucing dengan osteoathritis. Kucing2 yang berusia dapat mengurangkan kesakitan sendi mereka apabila diberikan supplement tersebut. 

8. Omega-3 Fatty acids:


Pakar veterinar mendapati Omega-3 Fatty acids banyak membantu menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan pada kucing. Supplement ini banyak membantu mengatasi masalah kulit kering, bulu yang pudar, penyakit kardiovascular, alahan makanan, penyakit ginjal, athritis dan juga penyakit autoimmune pada kucing. Jika sekiranya makanan kucing sedia ada tidak mempunyai cukup Essential Fatty (EFA), maka tambahan Omega-3 FA boleh diberikan.

9. Probiotics:



Sama juga seperti manusia, probiotics banyak mendatangkan faedah pada kucing kita. Dengan memberikan tambahan probiotics pada kucing ianya akan membantu menyelesaikan masalah sistem penghadaman mereka serta juga masalah berkaitan sistem urinari. Supplement tambahan ini bertindak dengan melalui mikroorganisma 'baik' yang terdapat dalam probiotics yang ideal pada kesihatan usus kucing.

10. Catnip:


Nepeta cataria: true catnip

Ia merupakan herb pilihan untuk species Feline. Tanaman ini membuatkan kucing kita rasa relax dan selesa apabila mereka bermain atau berbaring diatasnya. Tambahan pula, catnip memberikan kelegaan pada kucing2 yang mengalami kegatalan dan alahan kulit.


Jadi..rasanya lebih selamat jika kita cuba memberikan kucing2 kita natural remedi yang mudah kita dapati disekeliling kita..

11 comments:

  1. subhanallah...byk info pasal vitamin kucing ni..kesian kucing kt rumah..selalu sakit..

    ReplyDelete
  2. "Peppermint, Pennyroyal dan Rosemary"

    Pennyroyal tu herba yg mcm mana? blh dpt kt mall ke? xpnh dgr

    Omega-3 Fatty acids tu kita pnya omega ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pennyroyal tu grup herba peppermint dan biasanya digunakan sebagai rawatan herba utk flea, cuma berbanding dgn peppermint n rosemary, pennyroyal jarang digunakan secara meluas dlm rawatan flea.
      Omega 3 FA ada yg khas utk kucing dgn dosage yg dibenarkan ye..dosage utk manusia agak tinggi

      Delete
  3. so brewer yeast tu xbpe elok la kan sbb ada garlic huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari kajian klinikal begitulah..agak merbahaya pada kucing kita

      Delete
  4. Boleh berhubung melalui email saya? roslinayunos@yahoo.com berkenaan ada satu multivitamin ni...Nak tanya, saya pasti sis dari vet background dan saya boleh dapatkan sesuatu maklumat berkaitan... sebelum apa2 terjadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..email saya di amihashim67@yahoo.com ye

      Delete
  5. Mcm mana dengan pokok herba miang kucing? Kucing suka mkn pokok tu termasuk akarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok miang kucing ataupun pokok galak kucing mmg digemari, kucing suka menggigit daunnya dan juga akarnya. Kebiasaannya kucing akan muntah berbuih selepas menggigit daun atau akarnya, tapi tidak merbahaya.

      Delete
  6. Kat rumah ni ada tanam pokok papermint patut kucg sy suke je g kunyah2

    ReplyDelete