Thursday 12 December 2013

Masalah hairballs...

Antara banyak2 kucing yang aku ada, si Rio saja yang kerap muntahkan gumpalan bulu2 dari perutnya. Umur Rio baru nak masuk setahun, n dia saja yang berbulu agak panjang dan lebat berbanding dgn yang lain. 

Bagi tuan punya kucing, bila ini berlaku ianya amat menjengkelkan sebab nak membersihkan muntahan tersebut kan? Tapi bagi kucing2 kita pula ianya boleh mendatangkan mudarat yang lebih serius dari setakat muntah..so mari kita cuba fahami tentang masalah kucing dgn gumpalan bulu atau 'hairball'.

Macamana boleh terjadinya hairballs? Trichobezoar atau hairballs terhasil dari habit kucing secara semulajadi yang suka membersihkan diri mereka @ grooming..terutamanya yang berlebih-lebihan (compulsive grooming). Ini kerana setiap kali kucing menggunakan lidah mereka untuk grooming diri, struktur halus yang condong ke arah belakang dilidah kucing seperti cangkuk yang dipanggil 'papillae' akan memerangkap bulu2 yang tertanggal dan menelannya. Struktur rambut yang terdiri dari satu protin yang keras dan tebal dipanggil keratin menyebabkan ianya tidak boleh dihadamkan oleh sistem penghadaman. Kebanyakkan bulu2 ini akan melalui sistem penghadaman kucing untuk dibuang didalam najis tanpa mendatangkan masalah. Ada juga bulu2 ini berkumpul didalam perut dan biasanya dibuang oleh kucing melalui muntahan atau regurgitasi mereka. Oleh kerana gumpalan ini terpaksa melalui saluran esofagus kucing yang sempit, gumpalan ini selalunya kelihatan seperti tiub rambut yang nipis dalam muntahan kucing tersebut. 




Jika kita perhatikan, kittens dan kucing2 yang muda jarang mengalami masalah hairballs berbanding kucing yang mature dan lebih dewasa. Ini agak normal kerana semakin meningkat usia mereka, semakin rajin kucing2 ini membersihkan diri ie sefl grooming. Hairballs juga kerap terjadi pada kucing yang dari baka berbulu panjang seperti Persians dan Maine-coon berbanding dengan baka yang berbulu pendek.  



Simtom yang biasa ditunjukkan oleh kucing ialah 'hacking', 'retching' dan 'gagging', sebelum mereka memuntahkan hairball tidak berapa lama selepas itu. Kekerapannya tidak menentu, mungkin sekali dua seminggu atau lebih, dan keadaan ini adalah normal. Hairballs akan mendatangkan masalah kepada kucing jika ianya tersekat di saluran usus kecil menyebabkan obstruksi usus @ intestinal obstruction yang perlu dirawat dengan kadar segera, dan tanda2 berikut akan timbul, diantaranya:




* Berterusan muntah, "hacking", "gagging" dan "retching" tetapi tidak mengeluarkan hairballs didalam muntah mereka.
* Hilang selera makan
* Sembelit
* Cirit birit

4 perkara yang membantu mengurangkan masalah hairball pada kucing:

1. "Groom" kucing kita dengan lebih kerap.

     Lebih kerap kita menyikat bulu kucing kita, lebih banyak bulu gugur yang kita dapat keluarkan dan lebih kurang yang akan ditelan oleh kucing. Menyikat bulu kucing juga dapat mengeratkan kemesraan antara kita dgn kucing, selain mengurangkan masalah hairballs.

2. Memberikan makanan khas untuk mengatasi masalah hairballs.

     Terdapat banyak jenis makanan yang mengandungi formula untuk mengatasi masalah hairballs yang ada dipasaran. Kebanyakkan makanan ini mengandungi formula untuk mengurangkan bulu yang gugur atau shedding. 

3. Gunakan bahan pencegahan hairballs atau laxative.

     Kita juga boleh menggunakan beberapa bahan untuk mengurangkan hairballs  dalam bentuk laxatives untuk kucing, bagi memastikan kelancaran najis.

4. Mengelakkan excessive grooming oleh kucing.

     Jika kita dapati hairballs pada kucing kita disebabkan oleh sikapnya yang terlalu kerap menjilat bulu atau 'excessive or compulsive grooming', kita perlu membantu kucing kita untuk mengurangkan habit tersebut. Antaranya dengan memberikan kucing kita mainan baru bagi mengalih perhatiannya dari grooming, atau kita juga boleh lebih kerap bermain dgn kucing2 kita.





6 comments:

  1. bagaimana dengan pemberian rumput pada kucing kita? adakah itu terbaik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya kucing yang merasa kurang sihat akan keluar mencari rumput yang mereka akan kunyah dan telan bagi mengurangkan ketidakselesaan perutnya.. tapi ia bukan yang terbaik untuk mengatasi masalah hairballs..sebaliknya hairballs perlu dikurangkan dgn grooming yang betul.

      Delete
  2. Bagaimanakah cara grooming yg btl ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika baka kucing kita dari jenis yang berbulu tebal dan panjang, seeloknya jadikan kebiasaan untuk menyikat bulu kucing sekurang2nya sekali sehari, dan mandikan setiap dua minggu

      Delete
  3. Slots & Casino Games - DRMCD
    No need to register to play 춘천 출장샵 slots and casino games 부천 출장안마 online. Play our collection 대전광역 출장안마 of free 대구광역 출장안마 casino games, 하남 출장샵 including Blackjack, Roulette and Video Poker!

    ReplyDelete