Friday 11 October 2013

Flu pada kucing....

Kucing seperti juga manusia tidak terlepas dari dijangkiti oleh selsema atau flu, atau dikenali sebagai 'upper respiratory tract infections'. Tanda2 jangkitan flu pada kucing tidak banyak berbeza dengan flu pada manusia. 

Selesema pada kucing ini sangat mudah berjangkit (highly contagious) pada kucing2 lain, dan ia merupakan masalah kesihatan yang kerap kita lihat berlaku terutamanya jika terdapat banyak kucing pada satu tempat. Walaupun kadar kematian kucing dewasa akibat flu amat kurang, tetapi pada kitten ianya boleh mencapai 50% punca kematian.

Walaupun ianya amat mudah berjangkit sesama kucing, selsema ini tidak sesekali akan menjangkiti manusia, dan kucing kita juga tidak akan mendapat selsema dari manusia. Ini kerana virus yang menjangkiti manusia tidak boleh menjangkiti kucing dan sebaliknya.

Terdapat dua jenis virus yang dikenalpasti kerap menyebabkan flu pada kucing ie 80-90% kes. Virus pertama dikenali sebagai herpesvirus termasuk juga Feline Viral Rhinotracheitis (FVR), dan kumpulan kedua ialah calicivirus, termasuk juga feline caliciviral disesase. Terdapat juga kumpulan virus lain seperti reovirus yang menyebabkan feline viral respiratory illness pada jumlah yang kecil.

Bagaimana flu kucing ini merebak? Ia boleh merebak secara langsung ie melalui air liur, discaj hidung, mata dan mulut dari kucing yang dijangkiti atau kucing pembawa. Jangkitan secara tidak langsung atau fomites melalui bekas makanan dan minuman, mainan kucing dan lain2 peralatan atau perabot.

Apabila kucing kita dijangkiti flu atau feline viral respiratory complex ini, terdapat dua fasa yang akan dilalui iaitu fasa akut dan fasa kronik ie pembawa.

Jangkitan akut viral respiratori:

#Tanda2#:

Tanda2 jangkitan flu ini berbeza2 bergantung pada severity jangkitan tersebut. Ada yang sederhana manakala ada juga yang teruk dan boleh membawa kematian pada kucing kita. Sesuatu virus itu boleh berada dengan stabil diluar 'host' diantara 24 jam hingga ke 10 hari, bergantung pada keadaan. 

Tanda2 klinikal jangkitan ini boleh bermula seawal antara 2 hingga 17 hari dari pendedahan kepada virus, dan tanda2 ini akan mencapai tahap keterukan maxima pada hari ke 10 tanda jangkitan bermula. Penyakit bermula dengan sneezing atau bersin yang teruk selama 1-2 hari. Ianya diikuti oleh jangkitan pada mata atau conjunctivitis serta discaj yang berair dari hidung atau mata, yang menunjukkan kucing kita menghidapi flu. Pada hari ke 3-5, kucing mula mendapat demam yang ketara, keletihan dan kurang selera makan. Lelehan atau discaj dari mata dan hidung menjadi pekat atau mucoid dan purulent(kekuningan seperti nanah). 

Tanda2 lain bergantung kepada virus penyebab flu tersebut. Jika ianya disebabkan herpesvirus, kucing akan mula terbatuk yang kering @ spastic cough. Jangkitan yang teruk pada mata boleh menyebabkan keratitis dan ulser kornea, dan ini boleh mencacatkan penglihatan kucing.


Conjuntivitis yang teruk




Kucing yang dijangkiti oleh calicivirus pula menunjukkan tanda ulser pada mukus membrane didalam mulut @ stomatitis. Keadaan ini akan menyebabkan kucing hilang selera makan dan kurang minum air, serta drooling. Kucing juga boleh mengalami kesesakan nafas dan jangkitan paru2 @ pneumonia. Jangkitan bakteria sekunder, dehidrasi, kelaparan teruk dan kehilangan berat badan mendadak boleh membawa kematian.

Ulser mulut akibat calicivirus

#Diagnosis dan rawatan#

Diagnosis tentang flu kucing selalunya dilakukan berdasarkan kepada tanda2 klinikal, dan jika perlu ujian darah serta swab dari discaj mata dan hidung boleh dihantar ke makmal untuk menentukan jenis virus.

Jika kita mengesyaki kucing kita mengalami jangkitan respiratori virus yang akut ini (acute viral respiratory tract infection), kita perlu mengasingkan kucing itu dari kucing2 lain selama 3-4 minggu. Kita juga perlu melakukan disinfeksi keatas semua peralatan, mangkuk makanan dan litter box, mainan dll dengan mencuci semuanya menggunakan agen peluntur @ bleach yg dicairkan. 

Rawatan untuk kucing kita lebih kepada meringankan simptom yang dihidapi, kerana untuk virus itu sendiri tiada ubat khusus yang boleh diberikan. Jika kucing kita tersumbat hidungnya, kemungkinan besar ianya akan kehilangan selera makan dan akan mengalami dehidrasi dgn lebih cepat, jadi amat perlu kita membersihkan hidung supaya tidak tersumbat dgn cairan yang keluar. Kita juga perlu membersihkan discaj dari mata dan ini boleh dilakukan dgn menggunakan bebola kapas yang lembut dan dibasahkan dgn air bersih. 

Kita juga perlu memastikan kucing kita berada dipersekitaran yang bersih dan kering. Kucing perlukan rehat yang cukup dan kita boleh sediakan tempat yg selesa dan panas untuk dia berehat. 

Kita juga boleh mendapatkan ubat2 yang sesuai dari veterinar untuk melegakan inflamasi mata, seperti ubat titik mata, dan juga antibiotik dimana perlu bagi merawat jangkitan bakteria sekunder.


Pembawa kronik (carrier status).

Bagi kucing2 yang dijangkiti terutamanya FCV dan FHV, kesemuanya menjadi pembawa yang kronik. Virus ini akan hidup dan tinggal dilapisan mukus yang berada ditekak kucing. Apabila kucing ini mengalami stress seperti mengandung, sakit, stress emosi, menyusukan, melalui surgeri dll, sistem imunitinya akan berkurang dan pada ketika ini virus tersebut akan dikeluarkan didalam cairan mulut. Pada waktu ini penyebaran virus ini akan berlaku. 

Cara mengatasi:

Cara terbaik ialah memberikan vaksinasi dari peringkat awal umur kucing. Terdapat kombinasi vaksin yang menggabungkan kesemua virus utama penyebab jangkitan respiratori pada kucing.







Wednesday 2 October 2013

Alahan kucing...

Kerap kita dengar tentang alahan kucing..dalam praktis harian diklinik pun kerap aku temui pesakit2 yang datang kerana alahan, dan antara soalan yang pasti ditanya samada mereka ada memelihara haiwan dirumah, termasuk anjing, kucing, rabbit, hamster dan lain-lain. Ramai yang keberatan melepaskan haiwan peliharaan mereka tapi terpaksa kerana alahan yang dialami oleh ahli keluarga..so hari ni kita sembang pasal alahan kucing.

Apa penyebab alahan kucing?

Lebih kurang 10% dari jumlah populasi satu2 negara mengalami alahan yang disebabkan oleh haiwan peliharaan, dan malang sekali kucing merupakan antara haiwan kesayangan yang paling kerap menjadi penyebabnya. Alahan kucing terjadi hampir 2x ganda dari alahan akibat anjing. Kebanyakkannya menyalahkan kepada bulu kucing, tetapi sebenarnya alahan kucing terjadi bukan disebabkan bulunya. Manusia yang alah kepada kucing sebenarnya mengalami alahan kepada protin yang terdapat didalam air liur, urine dan 'dander' (dried flaky skin). Tubuh badan manusia yang mempunyai alergi terhadap protin ini akan bertindakbalas berlebihan kerana menganggap protin tersebut suatu allergen yang merbahaya, dan gejala alahan yang timbul adalah kerana reaksi tersebut.

Perlu juga diingat, walaupun kita sebenarnya tidak punya alahan kucing yang sebenar, kucing2 kita masih tetap berkemampuan untuk menimbulkan reaksi alergi kita terutamanya kucing2 outdoor. Alergen seperti pollen, fungus atau mold, atau lain2 alergen boleh dibawa balik oleh kucing dengan melekat pada bulu kucing. 

Dander..


Semua jenis kucing tanpa mengira baka berpotensi untuk menyebabkan alahan kucing bagi mereka yang sensitif, tak kira samada kucing itu dari baka "hypoallergenic @ hairless" seperti "sphynx", panjang bulu atau berapa banyak bulu yang gugur. Jadi, sekiranya kita atau ahli keluarga kita memang mempunyai alahan pada kucing, adalah tidak digalakkan untuk kita memelihara kucing sama sekali.

Apa tanda2 alahan kucing?

Antara tanda2 alahan kucing termasuk:
- batuk dan wheezing @ semput
- 'hives' atau gegata terutama dimuka dan dada
- mata gatal dan merah
- radangan atau merah dibahagian kulit yang digigit, dicakar atau dijilat oleh kucing
- hidung gatal, berair dan meleleh
- bersin



Tanda2 alahan ini boleh timbul serta merta dalam beberapa minit atau beberapa jam selepas pendedahan dgn kucing. Lebihkurang 20-30% dari mereka yang mempunyai penyakit asma alahan (allergic asthma) akan mengalami serangan asma akut apabila terdedah dgn kucing.

Bagaimana untuk mengetahui kita ada alahan kucing? Jika mahu kita boleh melakukan beberapa ujian darah terhadap alergen dari kucing. Cara paling mudah ialah dengan mengasingkan diri dari kucing untuk beberapa minggu atau bulan dan perhatikan samada kita akan mendapat tanda2 alahan tersebut atau tidak.

Cara rawatan alahan kucing?

Rawatan untuk alahan kucing selalunya merupakan anti histamine, decongestant atau rawatan untuk asma dimana berkaitan. Tetapi perlu diingat selagi kita masih terdedah kepada alergen dari kucing tersebut, simptoms alahan hanya dapat dikurangkan tetapi akan masih berterusan.

Langkah terbaik?

Sekiranya kita atau ahli keluarga kita memang diketahui mempunyai alahan kucing, langkah terbaik adalah dengan tidak memiliki kucing secara total. Sekiranya kita masih ingin memelihara kucing atau sudah memiliki kucing, beberapa langkah yang boleh diambil ialah:

# jangan memeluk, menyentuh atau mencium kucing. Ada sesetengah berpendapat sentuhan sedikit tidak memudaratkan, sebenarnya tidak. 

# berhati2 dengan pelawat yang diketahui memiliki kucing. Walaupun mereka tidak membawa kucing bersama, tetapi dander kucing boleh dibawa bersama melalui luggage dan pakaian mereka. Pendedahan tidak langsung ini sebenarnya boleh menghasilkan reaksi alahan kucing yang serius kepada mereka yang sensitif.

# jarakkan diri kita dari kucing. Kurangkan pendedahan dengan kucing dan tugas2 berkaitan kucing perlu dilakukan oleh orang lain yang tiada alahan.

# hadkan pergerakan kucing pada bahagian tertentu rumah sahaja. Jangan benarkan kucing kita bergerak bebas didalam rumah, terutamanya di bilik tidur.

# biarkan kucing berada diluar rumah ie outdoor sebanyak mungkin. Cara ini kerap dilakukan oleh mereka yang ingin memelihara kucing tetapi memiliki alahan kucing.

# kerap membersihkan rumah. Dander kucing sentiasa ada dimana2. Kita perlu sentiasa menyapu, mengemop dan memvakum rumah dan perabut sekerap mungkin. Jangan gunakan karpet kerana karpet mudah memerangkap dander kucing. 

# bersihkan udara didalam rumah. Pembersih udara boleh membantu memerangkap dander kucing dan mengurangkan ianya dari berada di dalam udara. 

# jika boleh kerap memandikan kucing. Ini boleh dilakukan jika sekiranya kucing kita tidak mengalami stress yang keterlaluan apabila dimandikan.

Langkah2 diatas boleh diambil untuk mengurangkan alahan kucing, tetapi sekiranya dengan memelihara kucing mendatangkan mudarat kepada diri kita atau ahli keluarga, adalah lebih baik untuk kita melepaskan kucing kita itu walaupun ianya sukar dilakukan.