Thursday 29 August 2013

Feline Panleukopenia...apa yang perlu kita tau..

Semalam, aku dapat anak angkat baru, 2 ekor anak kucing lebih kurang sebaya dengan anak2 Mili umurnya...bos bagi...jatuh dari syiling rumahnya seminggu lepas bila mak kucing tu mati digigit anjing! Walaupun ini bermakna bilangan kucing2ku akan bertambah, aku tak sampai hati nak tolak....maka jadilah anak angkat Mili yang baru. Mujur mereka berdua dapat blend dgn baik dgn anak2 Mili yang sedia ada dari malam pertama aku letakkan mereka dalam satu sangkar...dan Mili pun dapat menerima kucing2 baru tu dgn baik, nak menyusukan sekali! Alhamdulillah...

Nampaknya aku kena lebih membaca pasal kittens ni, apa keperluan mereka terutama nak mengelakkan penyakit2 yang mudah menjangkiti mereka dan boleh menyebabkan kematian. Rupanya mereka juga terdedah kepada jangkitan virus yang amat mudah merebak dan amat cepat memudaratkan anak2 kucing yang kecil2 ni..even boleh berakhir dengan kematian. 

So..hari ni aku membaca tentang Feine Panleukopenia...this is what i gain..

Feline Panleukopenia, turut dikenali sebagai feline infectious enteritis @ feline distemper, merupakan satu penyakit yang amat mudah merebak serta paling kerap menjadi sebab kematian anak2 kucing. Ianya disebabkan oleh satu jenis virus ie Parvovirus, sejenis virus yang sangat resistant dan boleh berada dalam persekitaran kita untuk jangkawaktu yang lama selepas menjangkiti kucing. 

Bagaimana virus ini merebak? Virus ini amat mudah merebak kerana ianya akan berada dengan banyak didalam secretion dan bahan buangan kucing tersebut pada fasa acute. Cara penyebarannya ialah secara 'direct contact' melalui najis yang tercemar, bekas makanan dan minuman, litterbox, atau penjaga kucing melalui tangan, pakaian, kasut dll (fomites). Virus ini juga akan kekal berada didalam najis kucing2 yang berjaya sembuh dari jangkitannya selama 6 minggu post recovery period. 

Pada umur berapa yang kitten prone mendapat jangkitan? Kebanyakkan anak2 kucing yang berumur 11 minggu kebawah masih memiliki imuniti terhadap virus ini yang didapati dari susu ibu. Imuniti penuh anak2 kucing akan hanya terbentuk selepas usia 16 minggu, jadi diantara 11-16 minggu usianya, mereka amat berisiko dijangkiti jangkitan yang teruk dan 3/4 dari jumlah yang dijangkiti biasanya akan mati. Bagi anak2 kucing selepas usia ini, ketahanan badan mereka sudah cukup sempurna dan membuatkan mereka mampu bertahan jika dijangkiti oleh FPV.

Tanda2 jangkitan? Virus Panleukopenia (FPV) menyerang sel2 darah putih menyebabkan 'leucopenia' dan ini menyebabkan sistem ketahanan badan amat rendah. Ia akan menyerang bahagian2 sel yang aktif membahagi seperti sumsum tulang, tisu limfa dan epithelium didalam intestine. Tanda2 awal akan kelihatan dalam 2-10 hari jangkitan virus berlaku, seperti demam atau peningkatan suhu badan sehingga 104 F(40.5 C), keletihan melampau dan hilang selera makan. Kucing akan muntah berulangkali hingga keluar cairan kekuningan ie hempedu atau bile tanpa berkaitan dengan waktu makan, manakala perutnya kembung dan sakit bila disentuh. Diarrhoea atau cirit birit biasanya akan datang kemudian dengan najis yang berbau busuk, kekuningan atau bercampur dengan darah. Kucing2 akan mengalami dehidrasi dan ini boleh membawa maut. 

Walaubagaimanapun kebanyakan kucing yang berusia lebih 1 tahun yang dijangkiti FPV mengalami keadaan yang dipanggil subclinical infection,dan tempoh jangkitan biasanya jarang melebihi 5-7 hari. Jika kucing2 yang dijangkiti ini berjaya sembuh mereka akan memperolehi imuniti kekal terhadap FPV dan pada masa yang sama boleh menjadi penyebar virus yang terdapat dalam bahan buangan mereka untuk tempoh waktu yang panjang. Bagi kucing2 dibawah umur 1 tahun mereka akan menunjukkan simptom diatas dan kebanyakkan yang maut berusia dibawah 5 bulan. Bagi anak2 kucing yang masih terlalu kecil, jangkitan ini boleh berlaku dengan pantas dan membawa maut dengan sertamerta sehinggakan kita tidak sedar kucing itu sakit. 

Rawatan diperlukan? Jika anak2 kucing kita menunjukkan tanda2 jangkitan kita perlu membawanya segera ke vet. Rawatan segera bagi mengatasi dehidrasi dengan iv infusin, antibiotics dll boleh menyelamatkan anak2 kucing kesayangan kita.

Langkah pencegahan? Virus FPV amat tahan dan boleh survive di karpet, perabut, dan rekahan lebih dari setahun. Ia juga resistant terhadap apa2 disinfektan tetapi boleh dimusnahkan dengan menggunakan household bleach (dicampurkan air 1:32), atau 4% formaldehyde dan juga hydrogen peroxide (air api). So jika kucing kita disahkan atau kita syaki dijangkiti panleukopenia virus, kita perlu melakukan pembersihan di sangkar, dan di dalam rumah kita menggunakan larutan diatas.

Selain dari langkah diatas, Feline Panleukopenia boleh dicegah dari menjangkiti kucing2 kita dengan memberikan mereka vaksinasi yang dicadangkan. Ianya boleh menyelamatkan nyawa kucing2 peliharaan kita. Imunisasi terhadap FPV boleh diambil seawal umur anak kucing kita 6-9 minggu, sebanyak 2-3 dos selang 3-4 minggu, dan dos terakhir mesti diberikan selepas anak kucing mencecah umur 16 minggu bagi memastikan saki baki immuniti yang diperolehi dari ibu kucing tidak memusnahkan vaksin yang diberi ie 'live attenuated virus'. Dose tambahan boleh diberikan selepas setahun dan kebanyakkan manufacturer mencadangkan ianya dilakukan setiap setahun sekali. 

Emmm...dengan 8 anak kucing yang baru masuk 5 minggu, now i have to schedule them for vaccination!

A picture of a dead cat....


Thursday 22 August 2013

The newcomers....belum bernama

Sekarang anak2 Mili yang terbaru dah berusia 4 minggu lebih, ada 6 ekor semuanya...3 putih, 2 mixed brown n 1 oren. Dah pandai main, dah pandai buang air kecil dan besar di litter box, dan dah pandai makan! Cukup bising bila nampak kelibat kita, jika diberi peluang bermain di luar sangkar macam2 ragam boleh dilihat. Seronok melayan kerenah kitten2 yang belum bernama ni hehe..

Sampai sekarang tak terfikir nama lagi..rasanya kali ni aku nak namakan sempena nama2 kereta yang aku minat.. Yang oren tu aku nak namakan Cayyene..sikit lebih kurang bunyinya dengan oren..ni sebab aku minat betul dgn Porsche Cayyene hehehehe..
Yang mixed brown tu satu nak aku namakan Porsche, satu lagi Preve...comel gak Preve ni walaupun local car je (actually aku test drive Preve baru niece aku recently masa raya tempohari..not bad at all). 





Lena tidur semuanya sebab dah kekenyangan..waktu ni lepas penat bermain dan diberi peluang berlari diluar sangkar! Habis main semua mencari susu, dah kenyang apa lagi pengsan le...



Punya la penat, aku usik pun tak bangun, aku amik gambar pun tak gerak kecuali si Oren Cayyene!



Ni aksi2 sebelum pengsan kepenatan hehe tak padan kecik si putih ni nak bergayut !



Cukup susah nak diambil gambar semua anak2 kucing ni...banyak betul aktiviti masing2!



Bila dah penat..masing2 berebut port nak menyusu hehehe kesian si Mili, diam je dia melayan kerenah anak2 dia berebut puting susu..



Ni siputih bertiga ni aku tak plan nak namakan apa lagi...Yang besar sikit tu nak namakan Audi hehehehe yang dua ekor lagi rasanya Maserati dengan Ferari..mesti yang lain tak setuju dgn nama yang aku nak bagi ni kan? Tapi tak pe...selalunya part bagi nama ni memang kerja aku hehehehe

One thing for sure, anak2 kucing baru ni sangat comel! Sentiasa buat kami sekeluarga sibuk nak kacau mereka dan ajak mereka bermain..seronok melihat aksi2 mereka ni..siap pandai marahkan kucing2 ku yang lain tu hehehe

Ok la..next time aku update apa nama anak2 kucing ni..jadi ke tak dengan nama2 yang aku plan nak bagi ni...


Monday 19 August 2013

FLEA....amat mudah dijangkiti..

Flea...sama seperti kutu pada manusia, flea merupakan satu jangkitan luar yang sangat kerap berlaku pada kucing tetapi mudah diatasi.


 


Ctenocephalides felis merupakan flea yang paling kerap menyerang kucing2 kita. Semua jenis kucing boleh dijangkiti oleh flea ini termasuk indoor cats, yang boleh menghidapi flea sepanjang tahun! Kucing2 yang berada diketinggian 5000 kaki dari paras laut saja yang bebas dari flea ini kerana flea tak boleh hidup diaras ketinggian tersebut.

Flea, biarpun hanya bersaiz 2.5 mm hidup dengan melompat ke atas kulit mangsanya, melukakan kulit mangsa untuk menghisap darah mangsa. Walaupun kecil tetapi flea memiliki kaki belakang yang kuat dan boleh melompat pada jarak yang agak jauh, serta ianya bergerak pantas dan tidak mudah ditangkap dgn tangan.  Air liur flea, dalam kebanyakkan kes akan menyebabkan kegatalan. Jika jangkitan flea tersebut terlalu banyak (heavy infestation) terutama pada anak kucing dan kucing2 tua atau yang tidak begitu sihat, ianya akan menyebabkan anemia atau kematian. Ini kerana keupayaannya menyedut darah 15x ganda dari berat badannya sendiri.

Selain dari masalah kegatalan dan anemia, flea juga merupakan perantara untuk kucing kita mendapat tapeworm. 

Cara paling mudah untuk mengesan flea pada kucing ialah menggunakan sikat halus terutamanya di leher dan di pangkal ekor kucing kita. Diagnosis boleh dibuat jika kita terjumpa flea itu sendiri atau tanda kotoran "salt n pepper" pada bulu kucing ie "pepper" ialah najisnya manakala "salt" ialah telurnya.

Antara beberapa tanda yang kucing kita dijangkiti flea ialah:

* kotoran hitam pada kulit (flea dirt @ salt n pepper grainlike substance)
* kerap menggaru
* kerap menjilat bulu
* kulit kemerahan atau radangan pada kulit
* keguguran bulu
* jangkitan kulit


Kotoran hitam pada kucing- najisnya yang terbentuk dari darah mangsa yg terhadam..jika kita lap dgn kain basah ianya akan bertukar seperti coklat kemerahan.

Flea merupakan penyebab paling utama pada masalah kulit kucing. Ini kerana apabila flea menggigit kucing, ia akan memasukkan salivanya yang menyebabkan keadaan dipanggil flea allergy dermatitis. Tandan2nya termasuk kegatalan yang teruk, kulit menjadi merah dan tebal, keguguran bulu terutamanya dibhgn ekor.


Kucing kerap menggaru kerana gatal akibat alahan kulit

Flea menyebabkan bulu kucing gugur

Macamana kucing boleh dijangkiti? Flea betina menghasilkan 40-50 telur sehari, dan kucing kita boleh mendapat jangkitan walaupun ianya hanya keluar sebentar dari rumah dan bermain diluar.




Bila flea mula bertelur dibadan kucing2 kita, ada yang akan terjatuh dimana2 didalam rumah kita, di karpet, di sofa, di katil dan lain2 perabut. Flea yang baru pula akan mensasarkan kulit kita selain dari kulit kucing2 kita, untuk mendapatkan darah dan terus bertelur. Ianya merupakan satu kitaran hidup flea tersebut. Karpet dan kawasan yang berkelembapan tinggi merupakan tempat terbaik untuk pembiakan flea.





Flea juga kerap menyebabkan masalah kulit kepada manusia, kerana sifatnya yang mudah melompat dan menggigit untuk mendapatkan darah. Biasanya gigitan flea pada manusia juga menyebabkan kegatalan yang teruk dan jangkitan akibat digaru. Jika kita menemui 1 ekor flea pada kucing, vet menganggarkan ada lebih 100 flea didalam rumah kita!


Ruam yang kerap dilihat diklinik apabila seseorang digigit oleh flea...biasanya ia mengambil masa yang agak lama untuk pulih kerana gatal berlebihan. 


Flea boleh dirawat dan dicegah tetapi ianya tidak mudah..kerana kita perlu melakukan dua perkara..merawat kucing2 yang dijangkiti flea dan membersihkan persekitaran kucing supaya bebas flea.


LANGKAH2 MERAWAT RUMAH:


LANGKAH 1: BERSIHKAN RUMAH

Flea tidak hanya ada pada badan kucing, tetapi juga didalam rumah dan halaman rumah kita.



LANGKAH 2: ASINGKAN KUCING

Jika kucing kita baru dijangkiti oleh flea, langkah terbaik ialah mengasingkan kucing ini didalam satu bilik bertutup. Ianya perlu untuk mengelakkan flea ini merebak dan membiak diseluruh rumah.


LANGKAH 3: VAKUM SELURUH RUMAH

Seluruh rumah dan perabut perlu divakum kerana flea amat suka tempat2 seperti ini untuk membiak.




LANGKAH 4: BERSIHKAN KARPET ATAU ALAS KAKI

Kibaskan dan vakum semua karpet dan alas kaki, kerana flea amat suka kedua2nya.


LANGKAH 5: SPRAY KUCING DAN RUMAH

Untuk memastikan semua flea dimusnahkan, kita boleh juga menggunakan spray flea pada kucing terutamanya.



LANGKAH2 MERAWAT KUCING:


LANGKAH 1: MANDIKAN KUCING

Mandikan kucing dengan menggunakan shampoo anti flea.



LANGKAH 2: ELAKKAN MASUK KE DALAM MATA

Berhati-hati dan elakkan shampoo masuk ke dalam mata kucing. Kucing secara amnya tidak sukakan air, so untuk yang jarang memandikan kucing perlu amat berhati2 ketika melakukannya.



LANGKAH 3: SIKAT BULU KUCING MENGGUNAKAN SIKAT HALUS

Selepas dikeringkan, bulu kucing perlu disikat menggunakan sikat bermata halus untuk menarik flea keluar, dan lebih mudah dilakukan sebelah badan dahulu sebelum ke sebelah lagi.Penggunaan flea comb merupakan satu cara yang paling selamat dan mudah untuk menarik keluar flea..the real "Green" remedy!



LANGKAH 4: MENARIK "TICK" (KUTU BABI) JIKA ADA

Sekiranya dibadan kucing terdapat tick atau kutu babi, kebiasaanya ia tidak akan tanggal jika hanya disikat. Ia perlu ditarik menggunakan tweezer yang halus dan perlu dipastikan bahagian kepala tidak tertinggal didalam kulit kucing kita, bagi mengelakkan jangkitan kuman kemudian.



Jangan gunakan petroleum jelly, vaseline, pengilat kuku, pemetik api dll selain dari tweezer yang bermata halus untuk menarik tick atau kutu babi. Ia mungkin akan menyebabkan kecederaan yang lebih teruk keatas kucing kita.

LANGKAH 5: ULANGI RAWATAN

Sekiranya kita menggunakan shampoo anti flea sahaja untuk merawat kucing, kita perlu memeriksa bulu kucing kita beberapa hari sekali untuk memastikan tiada lagi flea yang baru atau tanda2nya. Jika ada maka kita perlu mengulangi proses mengasingkan kucing dan seterusnya seperti diatas.



Terdapat beberapa product yang kita boleh dapatkan melalui vet bagi mencegah flea dan tick seperti Frontline and Frontline Spray. Ianya merupakan topical application dimana bahan utamanya ie fipronil efektif untuk membunuh flea dalam masa 24-48 jam.  Bagi Fontline Plus, bahan utamanya S-methoprene membunuh flea dewasa, telur dan larvae, boleh digunakan dari umur anak kucing 8 minggu ke atas.

"Green" Flea n Tick Remedies......Ada beberapa myth tentang merawat flea..kebanyakan orang percaya dengan memberikan brewer's yeast dan atau campuran garlic ianya akan mengelakkan pembiakan flea, dengan penghasilan bau yang kurang enak pada badan kucing tetapi ianya tidak benar dan tidak dibuktikan secara saintifik. Malah penggunaan garlic pada jumlah yang banyak akan memudaratkan kucing kerana sifat toksinnya yang menyebabkan sel darah merah kucing memecah.





Friday 16 August 2013

Kucing dan pemakanan...apa yang perlu kita tau dan common mistakes kita..

Dalam diam tak diam sejak aku mula membela kucing2 semula Februari lepas, jumlah kucing2 ku semakin bertambah. Dari asalnya 5 ie Mili sekeluarga dgn anak2nya Mia, Zulu, Ringgo dan Rio..ditambah dengan Nico, Rover dan Blackie dan yang terbaru Zorro dan Oren (aku ambil dari seorang guru yang juga merupakan patientku, anaknya yang kecil menderita asthma yang teruk dan kerap keluar masuk hospital disebabkan asthma). Jadi ada 4 kucing dewasa dan 6 yang remaja hehe.. 10 semuanya.. Mili pulak baru bersalinkan 6 ekor anak2 yang comel (7 asalnya tetapi mati seekor kerana tak pandai menyusu), 3 putih, 2 mixed brown dgn hitam, dan satu oren! Kesemuanya dah berusia 3 minggu, dah pandai berjalan dan membuang air kecil dan besar di pellet! Cuma belum lagi mula makan dan minum melainkan menyusu badan..

Now aku kena banyak membaca tentang pemakanan kucing yang perlu aku tau..rumit juga sebenarnya menjaga kucing2 ni. Teringat zaman di kampung dulu..mungkin kucing yang dibela pun kucing kampung yang lasak dan makan apa yang kita makan..mudah kan? 

APA PERKARA YANG KITA PERLU TAU TENTANG PEMAKANAN KUCING?

Kucing merupakan haiwan karnivor @ pemaging..itu kita perlu ingat. Kucing tak sama dgn manusia maupun anjing, bila ianya berkaitan dgn pemakanan, sistem penghadaman kucing amat tidak flexible dan berbeza dgn manusia, kucing perlukan banyak daging bagi sumber protin dan lemak...emmm jika manusia memakan makanan seperti yang diperlukan oleh kucing, kita pasti dah kena serangan sakit jantung at the age of 20!

Berbeza dengan anjing yang boleh memakan apa saja dan masih kekal sihat, sistem penghadaman kucing tidak boleh memproses karbohidrat. Kucing2 akan mengalami masalah obesiti melampau jika memakan karbohidrat berlebihan. 

Pleasing your cat's palate... maksudnya makanan yang kita pilih mestilah disukai oleh kucing kita. Perkara penting yang kita perlu perhatikan dalam memilih makanan ialah ianya hendaklah memenuhi kriteria pemakanan mengikut piawaian standard, samada AAFCO atau mengikut piawaian tempatan. Ini kerana sekurang2nya makanan yang kita pilih itu memenuhi keperluan minima yang sihat untuk kucing. Sekiranya makanan tu kucing kita tak suka, maka kita kena cari apa yang mereka suka, kerana kucing2 ni biasanya tak akan makan jika mereka tidak menggemari makanan yang diberi..mereka sanggup menahan lapar dari makan dan ini mungkin memudaratkan jika dibiar berlarutan.

Satu lagi..jika kita ingin menukar jenis makanan sedia ada ke jenis yang baru, kita perlu memberikannya sedikit demi sedikit selama beberapa hari, untuk mengelakkan kucing menolak makanan baru dan untuk mengurangkan kebarangkalian stomach upset pada kucing..

Berapa banyak perlu kucing kita makan? Soalan yang agak payah untuk kita tentukan sebenarnya..bergantung pada jenis kucing yang kita bela. Kucing yang bebas outdoor mungkin perlukan makanan yang lebih banyak kerana mereka aktif bergerak berbanding dgn kucing indoor yang banyak berehat dan memanjakan diri. Secara ideal kita boleh bawa kucing kita untuk ditimbang berat dan ditentukan jumlah kalori sebenar yang mereka perlukan bergantung pada berat, tapi mungkin agak sukar kalau kita ada banyak kucing..

Secara mudah...untuk kitten kita boleh bagi 25g setiap feeding 3-4 kali sehari..untuk kucing dewasa 25g setiap feeding untuk 2 kali sehari. 


APA KESILAPAN YANG KERAP KITA LAKUKAN DALAM MEMBERI KUCING2 MAKAN?

Kadang2 kita hanya sedar apa yang kita berikan pada kucing itu tidak betul apabila kucing kita jatuh sakit...sedih kan?

Kesalahan 1: Terlalu banyak makanan.

Obesiti merupakan penyakit berkaitan pemakanan yang paling kerap berlaku. Kita suka kucing kita comel dan gemuk tetapi obesiti akan menyebabkan banyak masalah kepada kucing kita dikemudian hari termasuk diabetis, athritis dan penyakit berkaitan sistem urin seperti batu karang.. 

Sedar atau tidak kita kerap terlebih memberi makanan kepada kucing2 kita kerana kita sayangkan mereka dan ingin membuat mereka gembira..secara tak langsung kita menggemukkan mereka kerana keperluan kucing indoor sebenarnya kurang dari kucing outdoor..ini semua berkaitan dengan nature mereka yang kurang aktif dan lebih banyak berehat. 





Kesalahan 2: Makan hanya makanan kering @ "dry food".

Deria dahaga bagi kucing amat kurang berbanding dengan anjing, dalam ertikata lain kucing jarang rasa dahaga dan jarang mencari air jika tidak disediakan. Dan disebabkan kencing kucing juga biasanya agak pekat, dengan hanya memberi makanan dry food kita memungkinkan mereka untuk mudah menghidapi penyakit berkaitan kencing seperti batu karang dan UTI.

Kucing secara semulajadinya mendapatkan air dari makanan yang dimakan, sebagai contoh seekor tikus yang dimakan mengandungi 70% air dari keseluruhan badan, manakala makanan basah dalam tin untuk kucing mengandungi 78% air. Makanan kering hanya mengandungi 5-10% air, dan ini menjadikan makanan basah dalam tin lebih baik untuk menjaga hidrasi kucing2 kita.

Emmm nampaknya aku kena lebih kerap memberikan makanan dalam tin untuk kucing2 ku yang banyak tu. Buat masa sekarang aku memberikan makanan kering Blackwood for kitten untuk semua kucing2 sebanyak 5 hidangan sehari, pada jumlah yang kecil, lebih kurang segenggam sekali makan setiap seekor. Bekalan air bersih sentiasa ada dalam kandang, cuma bekas makanan sentiasa kami keluarkan setiap kali selesai makan...dan sekali atau dua  kali seminggu pasti aku akan berikan makanan dalam tin..sebagai hidangan gantian..


Kesalahan 3: Tidak membekalkan bekalan air bersih yang mencukupi:

Kita tau kucing amat memerlukan bekalan air yang mencukupi apatah lagi jika kita memberikannya makanan kering. Jadi bekalan air bersih perlu sentiasa ada dan mudah untuk diminum oleh kucing pada bila2 masa. Secara mudahnya, kebanyakkan bekas makanan meletakkan air dan makanan bersebelahan, tapi ianya tidak digalakkan. Mengikut pakar vet, sebaiknya bekas makanan dan bekas minuman perlu berasingan, untuk memastikan kebersihannya dan juga untuk memastikan kucing kita selesa untuk minum. Apabila kucing tidak lapar, makanan yang ada dalam bekas makanan tidak akan menarik perhatian kucing, jadi jika bekas air minuman itu bersebelahan dgn bekas makanan, berkemungkinan kucing kita tidak akan mencari air untuk diminum kerana bau makanan lebih kuat.

Emmm, macam2..dan mereka juga menggalakkan kita menggunakan metal bowl berbanding plastik, untuk menjamin kebersihan makanan dan minuman kucing2 kita. 


Kesalahan 4: Memberikan garlic sebagai ubat cacing..home remedy:

Kita mungkin pernah terlihat bendasing berwarna putih sebesar biji beras di bahagian dubur kucing, itu merupakan segmen cacing pita yang bermastautin didalam usus kecil @ intestine kucing. Sesetengah percaya cara terbaik ialah mencampurkan garlic mentah kedalam makanan kucing..home remedy untuk merawat cacing pita. 

Garlic tidak pernah dibuktikan boleh merawat masalah infestasi cacing pita pada kucing atau masalah lain termasuk jangkitan flea, malah memberikan garlic dalam jumlah yang banyak boleh menyebabkan sel2 darah kucing memecah dan mengakibatkan anemia. 

Cacing pita didalam usus kucing agak biasa berlaku, dan ianya disebabkan oleh kucing2 kita termakan flea. Walaupun tidak begitu merbahaya tetapi infestasi cacing yang teruk boleh menyebabkan kehilangan berat badan, keletihan dan juga cirit birit pada kucing, jadi jalan terbaik ialah membawa kucing untuk deworming. 

Kesalahan 5: Menjadikan kucing kita vegetarian @ Vegans:

Semua tau, kucing ialah haiwan pemaging. Keperluan utama kucing iaitu acid amino taurine hanya boleh didapati didalam daging haiwan. Menukar pemakanan kucing kepada vegans boleh menyebabkan kucing kekurangan acid amino tersebut yang membawa kepada masalah jantung kucing, kebutaan dan juga kematian.

 Myth: Cats thrive on a vegetarian diet.

Fact: Cats are obligate carnivores, designed by nature to require animal protein. In fact, human-grade, unprocessed protein and moisture (water) should make up the bulk of your kitty’s diet. Regardless of your own feelings about eating meat, please don’t compromise your cat’s health by feeding him a vegan or vegetarian diet.


Kesalahan 6: Menyebabkan kekurangan zat makanan:
Ini terjadi apabila kita menyediakan makanan sendiri untuk dimakan oleh kucing. Kucing yang bebas biasanya mendapat cukup bekalan calcium kerana mereka memakan sekali tulang2 dari mangsa keseimbangan calcium dan phosphorus secara semulajadi. Bagi kucing yang kita sediakan makanannya, kita mungkin tidak sedar kekurangan zat makanan yang berlaku dalam hidangan yang kita sediakan.

Makanan kucing yang terlalu banyak tuna dan hati atau minyak ikan (cod liver oil) boleh menyebabkan keracunan vit A yang membawa kepada sakit sendi dan tulang, tulang rapuh (brittle bones) dan kulit kering. 

Makanan kucing yang terlalu banyak ikan mentah boleh merosakkan vit B, dan ini akan menyebabkan kelemahan otot, sawan dan kerosakan otak pada kucing.

Mudahnya..kita kena bersederhana dalam menyediakan hidangan untuk kucing, mungkin kita boleh memberikan makanan yang kita sediakan sekali dua seminggu..bukan setiap waktu makan. 



Perbandingan antara canned food n dry food.....

"Dry food":
* lebih ekonomi
* lebih mudah untuk dibiarkan terbuka dibekas makanan kucing
* padat dgn tenaga ie kucing boleh makan dgn cepat untuk mendapatkan kalori diperlukan
* ada 10% jumlah kelembapan
* mempunyai lebih karbohidrat dari protin berbanding dgn wet canned food
* mungkin lebih elok sedikit berbanding wet canned food dalam mengelakkan masalah dental ie gusi dan gigi





"Wet food":
* lebih mahal
* mudah rosak dan perlu disimpan didalam peti ais bila dibuka
* lebih kurang padat dgn tenaga berbanding dry food
* ada 78% jumlah kelembapan dan ini baik untuk kucing
* lebih mempunyai banyak lemak dan protin terutamanya protin haiwan




So...rasanya kita perlu berikan kedua2 makanan sesuai dengan perbelanjaan kita yang menjaganya...tidak semestinya sentiasa canned food tapi boleh kita alternatekan antara canned food n dry food. Bagus juga jika kita dapat jadikan rutin ni sebagai rewards untuk kucing2 kita yang berkelakuan baik..in a way boleh membantu training mereka..













Wednesday 14 August 2013

Masalah kesihatan kucing 3: Mata....dan masalahnya..

Ni kali pertama aku membuka blog semula...selepas bercuti sempena Hari Raya AidilFitri yang baru masuk hari ke 7 dan selepas memulakan semula tugas di klinik..seperti dijangkakan 3 hari pertama mula berkerja agak memenatkan..bilangan pesakit bertambah dengan penyakit2 sempena beraya seperti diarrhoea, demam dan batuk selsema..

Emm..hari ni aku nak mengkisahkan tentang sakit mata yang dialami oleh kucing2 kita..kucing pun ada masalah mata tersendiri..

Mata kucing juga mengalami masalah yang sama seperti manusia. Berbeza dengan anjing, kucing mengharapkan sepenuhnya pandangan mata yang jelas untuk menjalani kehidupan harian mereka seperti biasa, jadi sebarang masalah pada mata kucing akan menjejaskan kehidupan kucing2 ini. 

Tanda2 mata kucing bermasalah ialah:

* Discaj dari mata: 
Jenis2 discaj dari mata kucing banyak memberi maklumat tentang masalah yang dihadapi. Discaj yang jernih tanpa kemerahan pada mata atau sakit menunjukkan masalah pada saluran airmata. Discaj yang jernih dengan mata yang merah menunjukkan conjunctivitis, kemungkinan viral. Discaj yang melekit, pekat atau kekuningan serta mata yang merah menunjukkan conjunctivitis juga, kemungkinan chlamydophila. Bagaimanapun, sebarang discaj mata berserta sakit yang ketara menunjukkan masalah yang lebih serius, melibatkan dalaman mata atau kornea.



* "Painful eye": 
Kucing yang mengalami kesakitan dalam mata akan mengalami mata yang berair teruk (excessive tearing), 'squinting'(menutup mata), sakit apabila disentuh dan juga mengelak cahaya. Adakalanya kucing akan mencakar (paw) mata atau cuba menggosok mata dengan kerap. Pada bahagian dalam sudut mata kucing akan terbentuk kelopak tambahan dipanggil kelopak ke3 atau nictating membrane, yang terbentuk akibat sakit. Penyebab utama kesakitan pada mata kucing ialah kecederaan pada kornea atau bahagian dalaman mata, termasuk glaucoma dan uveitis. 




* Membrane atau lapisan pada mata: 
Membrane putih yang terbentuk didalam kelopak mata dan pada bahagian sudut mata kucing dipanggil "nictating membrane". 






* "Cloudy eye": 
Ada beberapa penyakit yang menyebabkan mata kucing menjadi kelabu atau pudar dan tidak jernih, menyebabkan seolah2 mata kucing itu buta. Lesion yang cloudy ini boleh bersaiz kecil atau boleh besar hingga meliputi seluruh cornea mata kucing. Mata yang kelabu dan tidak jernih menunjukkan masalah dalaman mata, jika ianya berserta dengan kesakitan, kemungkinan ianya disebabkan radangan uveitis, keratitis atau glaucoma. Keadaan cornea yang membengkak ie corneal oedema akan menyebabkan mata kucing kelihatan biru kelabu yang sekata, serta disertai kesakitan. Manakala cataract akan menyebabkan keadaan yang sama tetapi tanpa kesakitan. Sekiranya mata kucing kita menjadi kelabu tidak semestinya ia buta, tetapi perlu dibawa kepada vet untuk rawatan lanjut sebelum kerosakan kekal berlaku.



* Mata yang keras atau lembut : 
Perubahan pada tekanan dalam mata akan mengakibatkan keadaan 'hard' n 'soft' eye. Pupil mata kucing mungkin mengeras dan tidak boleh mengembang atau menguncup. Keadaan mata yang keras dengan pupil mata yang mengembang dan tidak boleh menguncup biasanya menunjukkan glaukoma, manakala mata yang lembut dengan pupil yang menguncup dan tidak boleh mengembang menunjukkan inflamasi atau radangan pada uvea mata ie uveitis. 

* Mata terjojol (bulging) atau cengkung (sunken):
Mata yang terjojol terjadi didalam glaukoma, tumor atau abses dibelakang mata, manakala mata yang cengkung adalah akibat dehidrasi, sakit mata, kehilangan berat badan mendadak dan tetanus. 


Ada beberapa lagi keadaan yang melibatkan mata kucing tetapi tidak kerap dijumpai...



Lakukan pemeriksaan sendiri pada mata kucing2 kita....lihat ke dalam mata kucing kita dengan tepat ditempat yang terang dan cukup cahaya, mata kucing kita sepatutnya jernih dan cerah, pupil sama dikedua2 belah, dan kawasan disekitar bebola mata kucing sepatutnya putih bersih. Tarik kelopak mata kucing kita ke bawah dengan lembut, ianya sepatutnya berwarna merah jambu, tidak putih atau merah menyala.

Tuesday 6 August 2013

Koleksi gambar2 kucing2ku..

Raya kali ni rumahku meriah dengan kucing2 baru..yang bermacam ragam. Dah lama tak bela kucing semula sebanyak sekarang ni...dulu aku pernah ada lebih 20 kucing pada satu masa, sekali bagi makan berkilo2 ikan kurebus dan kugaulkan dengan nasi...seronok bila tengok mereka kecoh ketika makan. Kali ni sekali lagi aku mula mengumpul kucing2 yang comel2 untuk dipelihara...satu yang pasti semua kucing2 ni diberikan oleh kawan2..setakat ni aku tak pernah lagi membeli mana2 kucing untuk dipelihara. Aku tidak terlalu mementingkan baka kerana bagi aku semua kucing2 ni istimewa, makhluk Tuhan yang dikasihi Rasulullah SAW..maka apa jenis sekalipun aku tetap sayang.

Buat masa sekarang aku memberi semua kucing2ku makan jenama Blackwood Kitten, termasuk Mili..Mili yang dah dewasa ni masih suka makan yang kitten mungkin kerana nibbles yang kecik dan lebih lembut dari makanan adult. Setakat ni jenama Blackwood memang kegemaran kucing2ku dan tiada masalah ketara. Sesekali at least seminggu sekali aku akan menjamu mereka dgn canned food..cuma yang aku pastikan bekalan air sentiasa ada untuk mereka. Secara rutinnya, adikku Lily akan memberi kucing2ku makan sebanyak 5-6 kali sehari, setiap kali hanya sedikit jumlah makanan yang diberi, dan ianya berjadual. Bekas makanan yang kosong akan Lily keluarkan dan bersihkan. Manakala untuk litter box aku dapati lebih selesa dan lebih bersih dengan menggunakan wood pellet berbanding pasir. Wood pellet menyerap bau dengan agak baik, jadi keadaan kandang lebih bersih dan tidak berbau berbanding dengan pasir. Memandangkan kucingku agak banyak, wood pellet akan kami gantikan dengan lebih kerap dalam 2-3 hari sekali manakala setiap hari selepas dibersihkan Lily akan menjemur litterbox itu.

Setiap 10 hari sekali Lily dan suamiku akan memandikan semua kucing2 kami menggunakan shampoo anti flea, dan grooming semestinya siap dengan bedak dan sikat selepas dikeringkan dengan hairdryer. Bermacam2 ragam kucing2ku waktu dimandikan tetapi secara overall semua agak pandai behave dan memudahkan kerja mereka.

Antara gambar2 dalam koleksiku...



 Gambar ni waktu Zulu tiba2 demam, terus dia minta dimanjakan dan berehat atas ribaanku..mujur tak melarat, within a day dia dah berlari seperti biasa.

Ini gambar kandang kucingku sempena Hari Raya yang bakal tiba..semalaman tak tidur kucing2 ni dibuatnya..leka memerhati lampu yang bertukar2 kaler 


Zulu, Rio dan Ringgo selepas dimandikan dan digrooming..

Zulu lagi..yang paling manja dan dimanjakan..kena timang tinggi2

Zulu dan Blackie, bergurau sakan

Nico..diberikan oleh salah seorang patientku..manja dan senang dijaga


Ini Mili, sewaktu menunggu kami bersahur..waktu ini dia pregnant dan menunggu waktu untuk bersalin. Alhamdulillah dia selamat melahirkan 7 baby yang comel, malangnya 1 mati selepas 2 hari.

Keadaan setiap kali waktu makan..mereka akan beratur menghabiskan makanan masing2, tapi being cats..sentiasa juga mencuri makanan mana2 yang lambat habis. Yang paling kerap jadi mangsa ialah si Nico dan Rio..sopan sangat hehe


Gambar ni aku snap sewaktu awal2 Zulu sampai kerumah kami..dia merupakan anak kucing yang paling kecil berbanding dgn yan lain..tapi paling istimewa. Sekarang dia yang paling besar dan berkuasa

Mia, Rio, Ringgo dan Rover..bersantai di para dalam kandang...sepatutnya dah tidur ni tapi pantang buka lampu, berpencak aja mereka semua ni

Zulu fav spot bila masuk dalam rumah...bakul hijau

Mia yang sepet matanya bersama Zulu...Mia antara anak yang paling besar semasa lahir

Rio..jadi babysitter pada Brownie yang baru ku ambil waktu ni..tapi sayangnya Brownie mati selepas sakit selama 3 hari, refused feeding totally




Rio, Rover dan Nico..sibuk melihat kucing lain yang lalu lalang diluar kandang mereka