Raya kali ni rumahku meriah dengan kucing2 baru..yang bermacam ragam. Dah lama tak bela kucing semula sebanyak sekarang ni...dulu aku pernah ada lebih 20 kucing pada satu masa, sekali bagi makan berkilo2 ikan kurebus dan kugaulkan dengan nasi...seronok bila tengok mereka kecoh ketika makan. Kali ni sekali lagi aku mula mengumpul kucing2 yang comel2 untuk dipelihara...satu yang pasti semua kucing2 ni diberikan oleh kawan2..setakat ni aku tak pernah lagi membeli mana2 kucing untuk dipelihara. Aku tidak terlalu mementingkan baka kerana bagi aku semua kucing2 ni istimewa, makhluk Tuhan yang dikasihi Rasulullah SAW..maka apa jenis sekalipun aku tetap sayang.
Buat masa sekarang aku memberi semua kucing2ku makan jenama Blackwood Kitten, termasuk Mili..Mili yang dah dewasa ni masih suka makan yang kitten mungkin kerana nibbles yang kecik dan lebih lembut dari makanan adult. Setakat ni jenama Blackwood memang kegemaran kucing2ku dan tiada masalah ketara. Sesekali at least seminggu sekali aku akan menjamu mereka dgn canned food..cuma yang aku pastikan bekalan air sentiasa ada untuk mereka. Secara rutinnya, adikku Lily akan memberi kucing2ku makan sebanyak 5-6 kali sehari, setiap kali hanya sedikit jumlah makanan yang diberi, dan ianya berjadual. Bekas makanan yang kosong akan Lily keluarkan dan bersihkan. Manakala untuk litter box aku dapati lebih selesa dan lebih bersih dengan menggunakan wood pellet berbanding pasir. Wood pellet menyerap bau dengan agak baik, jadi keadaan kandang lebih bersih dan tidak berbau berbanding dengan pasir. Memandangkan kucingku agak banyak, wood pellet akan kami gantikan dengan lebih kerap dalam 2-3 hari sekali manakala setiap hari selepas dibersihkan Lily akan menjemur litterbox itu.
Setiap 10 hari sekali Lily dan suamiku akan memandikan semua kucing2 kami menggunakan shampoo anti flea, dan grooming semestinya siap dengan bedak dan sikat selepas dikeringkan dengan hairdryer. Bermacam2 ragam kucing2ku waktu dimandikan tetapi secara overall semua agak pandai behave dan memudahkan kerja mereka.
Antara gambar2 dalam koleksiku...
 |
Gambar ni waktu Zulu tiba2 demam, terus dia minta dimanjakan dan berehat atas ribaanku..mujur tak melarat, within a day dia dah berlari seperti biasa.
|
 |
Ini gambar kandang kucingku sempena Hari Raya yang bakal tiba..semalaman tak tidur kucing2 ni dibuatnya..leka memerhati lampu yang bertukar2 kaler |
.jpg) |
Zulu, Rio dan Ringgo selepas dimandikan dan digrooming..
|
 |
Zulu lagi..yang paling manja dan dimanjakan..kena timang tinggi2
|
 |
Zulu dan Blackie, bergurau sakan
|
 |
Nico..diberikan oleh salah seorang patientku..manja dan senang dijaga |
Kucing2 ni sihat bg makan apa ya??
ReplyDeleteSaya guna dryfood blackwood kitten, tapi offlate ni saya tengok kibbles tu keras sangat, dan saya tukar ke sportsman brand. Alhamdulillah semua okay
ReplyDeletecomelnye kucing u, kalau nk mintak sekor boleh? nk wat kawan kat umh ada sekor je
ReplyDeleteKucing2 saya ni ada yang dah hilang dan ada juga yang dah mati kerana serangan virus, tak sempat nak diselamatkan. Tapi yang hilang sentiasa berganti, rezeki Allah bagi..saya jenis bela semua kucing tak kira breed apa, takut u nak yang jenis2 tertentu hehe
ReplyDeleteapa beza flea dan kutu
ReplyDeleteKalau ikut orang kita semua dipanggil kutu 😊, tetapi flea berbeza dgn kutu ie lice. Lice atau kutu kucing kecil2 dan tidak merbahaya tetapi flea seperti parasit hidup dgn menghisap darah kucing, serta menyebabkan kegatalan teruk kepada manusia dan kucing, serta lebih susah dihapuskan.
DeleteAssalam, saya nak tanya, memang ada ke jenis kucing yang selalu ada tahi mata? Sebab kucing saya jenis yg selalu ada tahi mata. Baru je lap mata, dua tiga jam ada balik. Sometimes saya tengok mata dia berair. Kenapa ya? Ada penyelesaian tak untuk untuk elak mata dia selalu ada tahi mata? Saya kesian tengok dia, kadang kadang sampai mata dia tertutup.
ReplyDeleteSalam..mmg ada baka2 tertentu yg sering bertahi matanya, sentiasa perlu dibersihkan dan dicuci..ada yg sakit mata ada yg kerana sifat semulajadi breed tersebut yg kurang rajin grooming seperti breed persian, yg flat face etc. Kita tak banyak pilihan kecuali kena bantu utk membersihkan matanya ye
DeleteSalam..saya nk tanya..kucing sy mengalami selaput putih dia ketara..tp tak berwarna merah.. Sy baca boleh diubat dgn sapukan teramycin eye ointment ya? Boleh ke ubat mata kita disapu pda mata kucing? Sama ke fungsi nya
DeleteSalam..boleh disapukan dlm mata kucing ye, fungsinya sama
DeleteSalam . Macam mana nak ubatkan mata kucing berair dan bernanah ? Semakin hari semakin teruk sehingga nak terkeluar biji mata . Mata sebelah kanan shj . Sebelah kiri ok .
ReplyDeleteSalam..jika semakin membengkak teruk matanya lebih baik dibawa ke vet ye untuk antibiotik, ubat bengkak dan jika perlu surgery utk selamatkan matanya yg boleh buta.. jika cuma kelopak matanya sahaja yg bengkak perlu dicuci bersih sentiasa dan sapukan antibiotik cream ye
Delete