Thursday, 1 August 2013

Masalah kesihatan kucing 1....muntah, cirit birit dan sembelit.

Feeling a bit dull today..i went to the petshop next door. Lucu melihat telatah kucing2 yang boarding kat 'hotel kucing' tu..ada yang mengeow tak berhenti, ada yang tidur tak peduli dunia dan macam2 lagi..hilang sekejap kebosanan aku ni..ada juga yang diasingkan kerana tak berapa sihat..emmm macam2...terbit keinginan nak tau lebih tentang penyakit2 yang biasa dialami oleh kucing2 ni..

So, i went back browsing again...this is what i collected! Banyak rupanya masalah kesihatan yang dialami oleh kucing...hari ni aku sentuh yang paling kerap terjadi...muntah, cirit birit dan sembelit.


1. MUNTAH.




Muntah biasanya disebabkan oleh kucing menelan bulu2 mereka sendiri semasa self grooming session, atau mereka menelan objek2 yang tak mudah hadam seperti rumput yang menyebabkan iritasi pada perut. Kebanyakkan kucing akan mengalami keadaan ini dan ianya tidak merbahaya. Mereka juga boleh muntah kerana iritasi pada usus, atau kerana mereka makan terlalu banyak atau terlalu cepat..terutama pada anak2 kucing. Jika kucing2 muntah sekali atau dua tapi masih kelihatan aktif, ianya tidak serius dan boleh dirawat di rumah.

Muntah yang tidak berkaitan dgn makanan selalunya lebih serius dan perlu diberi perhatian..kebanyakkannya tanda2 jangkitan kuman, penyakit buah pinggang atau hati, atau penyakit berkaitan sistem saraf (central nervous system). Penyakit2 yang tanda2 awalnya ialah muntah termasuk Feline panleucopenia, tonsillitis, radangan tekak, radangan usus (inflammatory bowel disease) dan jangkitan kuman di uterus (acute metritis). Jika anak kucing atau kucing yang masih muda mula muntah2 tanpa sebab, kebarangkalian dia menghidapi panleucopenia dan perlukan rawatan segera.

Muntah yang berterusan: 
          Bila kucing muntah berterusan hingga keluar air liur berbuih dengan retching, kemungkinan penyebabnya ialah makanan yang tak elok, gumpalan bulu2, rumput, atau bahan2 tidak hadam yang lain. Ia juga boleh disebabkan oleh radangan dan jangkitan kuman di usus.

Muntah 'sporadic':
          Adakalanya kucing akan muntah berulangkali dalam jangkamasa beberapa hari atau minggu, tanpa ada kaitan dgn makanan atau waktu makan. Kucing akan jadi kurang selera makan, kelihatan susut berat badan dan gelisah. Ianya mungkin tanda2 penyakit buah pinggang, penyakit hati, gastritis kronik, gumpalan bulu yang besar dan lama, jangkitan cacing yang berat, atau diabetes mellitus (kencing manis). Jika kucing telah berumur, ada kemungkinan ianya berkaitan dgn tumor di perut atau intestine.

Muntah darah:
          Jika kucing muntah bercampur darah segar yang merah, ianya menandakan radangan atau masalah diantara mulut dan bahagian usus atas atau perut. Jika muntah yang bercampur dengan darah lama seperti coklat ianya menandakan masalah dari bahagian bawah usus. Kedua2nya perlukan rawatan rapi dari vet pada kadar segera.

Muntah najis:
          Jika muntah kucing berbau seperti najis itu menandakan ianya menghadapi masalah usus tersumbat (intestinal obstruction) atau peritonitis (radangan pada peritoneum). Kecederaan tumpul (blunt injury) pada abdomen kucing juga boleh mengakibatkan muntah yang sama. Kesemuanya ini perlu dibawa ke hospital ASAP.

Muntah projectile:
           Projectile vomiting atau muntah yang memancut secara tiba2 dan pada jarak yg agak jauh, ianya terjadi apabila semua isi perut dipaksa keluar dgn sepenuh tenaga. Muntah jenis ini adalah indikasi ada total complete blockage pada saluran gastrointestine atas ie perut. Penyebab utama ialah hairball yang besar, bendasing, tumor atau stricture atau saluran menjadi sempit. Masalah di otak juga merupakan salah satu penyebab termasuk darah beku, encephalitis atau radangan otak, serta tumor di otak kucing. 

Kaedah merawat kucing yang muntah:

Seperti juga manusia, kucing boleh mengalami dehidrasi akibat muntah berlebihan kerana kehilangan air dan garam galian dari tubuh. Sekiranya ia turut disertai dgn diarrhoea, dehidrasi amat pantas berlaku, dan kita perlu membawa kucing2 untuk rawatan lanjut jika muntah berterusan hampir 24 jam, tanda2 dehidrasi berlaku atau jika muntah berulang2.

Rawatan sendiri dirumah hanya boleh digunapakai pada kucing2 kita yang dewasa, normal dan sihat serta tidak menunjukkan tanda2 lain selain muntah. Bagi anak kucing, kucing yg bermasalah kesihatan atau kucing2 yang tua lebih baik dibawa ke veterinar secepat mungkin.

Muntah akan menyebabkan bendasing terkeluar dari perut kucing, dan langkah paling penting perlu dilakukan ialah merehatkan perut kucing dari sebarang makanan atau air untuk jangkamasa minima 12 jam. Sekiranya kucing kehausan boleh dibenarkan kucing menjlat kiub ais bagi menghilangkan dahaga. Selepas 12 jam, sekiranya muntah telah berhenti, berikan kucing untuk meminum air kosong, ataupun boleh digunakan oral rehydration salt untuk kanak2 yang dibancuh berselang seli dgn air. Sekiranya kucing dapat menerima air yang diberi tanpa muntah semula, boleh mula memberikan makanan untuk bayi yang lembut tanpa lemak dan pastikan tidak mengandungi onion atau garlic yang merbahaya kepada kucing. Berikan dalam 4-6 hidangan sehari selama dua hari sebelum memberikan kucing makanan seperti biasa. 



2. CIRIT BIRIT & SEMBELIT:

Tahukah kita bahawa bentuk najis kucing boleh memberitahu kita banyak perkara tentang kesihatan kucing peliharaan kita itu. Walaupun bowel habit kucing2 ini berbeza tetapi ada normal character of the poops yang boleh menunjukkan tahap kesihatan saluran penghadaman kucing. Kebanyakan kucing akan membuang air besar sehari sekali, dengan najis yang berwarna coklat dan terbentuk elok, tidak terlalu lembut atau keras atau terlalu mushy. Baunya juga tidak terlalu kuat atau terlalu busuk. 

Cirit birit @ Diarrhoea:




Cirit birit agak kerap dialami oleh kucing2, dimana najis mereka menjadi terlalu lembut atau cair, bertambah frekuensi dan volume. Ianya boleh jadi 'acute' yang terjadi dari sehari ke kurang dari 2-3 minggu, atau 'chronic' yang bertahan lebih dari 3 minggu. Walaupun cirit birit yang bertahan antara 24-48 jam tidak merisaukan, tetapi jika terlalu kerap frekuensinya masih boleh menyebabkan kucing mengalami dehidrasi.

Antara penyebab2 kucing mengalami diarrhoea adalah seperti berikut:

a. Pertukaran makanan dan/atau alahan makanan atau intolerance.

b. Inflammatory bowel disease @ jangkitan kuman di usus

c. Colitis @ jangkitan bakteria di kolon

d. Hipertiroidism

e. Cacing (parasit di intestine)

f. Penyakit pankreas

g. Kanser.


Jika kucing kita mengalami cirit birit lebih dari sehari lebih baik bawa kucing kita itu bertemu dgn Vet untuk menentukan punca cirit birit yang dialami. Sekiranya cirit birit itu disertai dengan darah atau berwarna hitam, atau turut disertai dengan demam, muntah, keletihan atau lethargy, serta kurang selera makan, perlu disegerakan untuk membawa kucing2 ini ke Vet.

Rawatan untuk cirit birit bergantung kepada puncanya dan vet akan memberikan beberapa ubat seperti antibiotik atau prednisolone jika perlu dan diet yang khas. 

Untuk mengelakkan kucing dari mengalami diarrhoea, kita boleh mengelakkannya dengan tidak memberi makanan dari tenusu dan yogurt kerana kebanyakkan kucing mengalami intolerance terhadap produk tersebut. Untuk memberikan produk makanan jenama yang baru kita boleh memberinya sedikit demi sedikit bersama dengan produk yang lama, dan ditambah perlahan2 sehingga kucing dapat menerima sepenuhnya produk baru tersebut dan ini akan mengelakkan kucing mengalami diarrhoea akibat penukaran makanan.

Rawatan dirumah untuk kucing yang mengalami cirit birit boleh dilakukan seperti berikut:

       Puasakan kucing dari makanan untuk 12-24 jam, berikan air sedikit demi sedikit dengan kerap. Kemudian berikan sedikit nasi yang dicampur dengan ayam tanpa lemak yang direbus atau boleh menggunakan makanan bayi yang lembut tapi pastikan tanpa onion atau garlic kerana kedua bahan ini merbahaya untuk kucing. Jika kucing tidak lagi mengalami cirit birit, maka kita boleh memberikan makanan asal kucing secara perlahan2 dalam beberapa hari.


Sembelit @ constipation:




Seperti juga diarrhoea, kadangkala kucing akan mengalami masalah sembeli sesekali dan ini tidak merisaukan. Tetapi jika ianya agak kerap dan kucing2 kelihatan terpaksa meneran berlebihan atau gagal untuk mengeluarkan najisnya ianya perlu dipandang serius dan segerakan membawa kucing kita ke Vet.

Beberapa perkara yang boleh menyebabkan sembelit pada kucing antaranya ialah:

- compulsive @ over grooming, menyebabkan gumpalan bulu hairballs yang banyak.

- masalah ginjal @ buah pinggang.

- feline megacolon.

- intestinal obstruction.

- diet yang rendah fibre

- abnormaliti pada kolon seperti stricture atau tumor

- sakit pada spina


Sembelit jika tidak dirawat boleh menyebabkan terkumpul toksin didalam tubuh kucing dan akhirnya mengakibatkan banyak masalah kesihatan.

Sembelit boleh dicegah dgn beberapa langkah mudah. Diet yang tinggi dgn fibre adalah perlu untuk kucing dan kebanyakkan makanan kucing sedia ada mempunyai kandungan fibre yang mencukupi. Sekiranya kita memberikan makanan yang kita sediakan sendiri, kita perlu tau samada kandungan fibre didalamnya mencukupi atau tidak. Sesekali memberikan makanan dalam tin kepada kucing yang memakan makanan kering juga boleh membantu mengelakkan sembelit..dan kita boleh juga menambahkan labu yang ditinkan untuk melawaskan masalah sembelit.

Gel laxative Laxatone boleh diberikan kepada kucing yang menghadapi sembelit setiap hari untuk membantu kucing2 kita.

Pastikan kucing sentiasa mendapat bekalan air minuman yang mencukupi setiap masa. Air yang banyak sangat membantu dalam mengatasi masalah sembelit pada kucing.

Galakkan kucing untuk melakukan aktiviti2 dan bermain sebagai 'exercise' kerana ianya membantu mengelakkan masalah sembelit dengan menggalakkan pergerakan usus.


Carta dibawah boleh memberikan sedikit panduan tentang najis kucing dan masalah yang mungkin dihadapi olehnya..


Symptom
Appearance
Frequency
Possible causes
Constipation
Small, hard, dry stools
Less than once a day
Dehydration, megacolon, dietary issues
Constipation
Small, hard, dry stools containing large amounts of hair
Less than once a day
Hairballs, over-grooming
Constipation
Thin, ribbon-like poop
Less than once a day
Tumor or stricture
Diarrhea
Black, tarry, loose stools
Variable
Stomach or intestinal bleeding. Seek immediate veterinary attention.
Diarrhea
Smelly, pudding-like stools
2-3 times daily
Dietary intolerances, inflammatory bowel disease
Diarrhea
Gooey poop filled with mucus
Multiple times daily
Inadequate dietary fiber; colitis


Rasanya cukup untuk topik kali ini..later on ada masa sambung lagi dgn masalah2 kucing ni..


  
        






430 comments:

  1. Kucing saya makan rumput dan tidak muntahkan hairball tetapi dia cirit birit. Dan pada popo dia ada rumput

    ReplyDelete
  2. Biasanya kucing akan mencari rumput apabila merasa tak selesa pada perut mereka..itu tindakan semulajadi kucing, kebanyakkannya akan memuntahkan rumput kembali. Tapi jika dia tak muntah, rumput akan keluar melalui najis..cirit birit memang kita expect akan berlaku tetapi tak serius.

    ReplyDelete
  3. Salam..kucing saya kene cirit birit tapi saya dah puasakan dorg pastu dah oky cikit sy bg nasi n ikn rebus dorg kne balik ape patut sy buat..

    ReplyDelete
  4. Salam, cirit birit boleh memakan masa beberapa hari untuk betul2 sembuh, cuba puasakan kucing selama 24 jam, hanya berikan air kosong yang bersih sahaja yang digantikan selalu..selepas tu cuba berikan nasi yang lembut bercampur ayam rebus yang dikoyakkan kecil2..bila dah okay baru berikan makanan biasa kucing tapi seeloknya mulakan dengan makanan wetfood. Jika masih berterusan cirit birit elok bawa ke vet takut kucing dapat dehydration.

    ReplyDelete
  5. Kucing saya awalny lincah trus sy kasih susu ultra.tiba2 kucing saya muntah2 kuning dan berbusa bingung harus gmn ..obatnya apa y trimaksih

    ReplyDelete
  6. Susu dan gluten boleh menyebabkan food intolerance pada kucing, sama seperti allergy pada manusia. Rawatan termudah ialah dengan tidak memberikan kucing sebarang makanan melainkan air kosong selama 24 jam. Selepas 24 jam cuba berikan makanan yang lembut untuk kucing seperti blended ayam rebus sedikit demi sedikit berserta air. Jika kucing tidak lagi muntah selepas itu, bolehlah diberikan makanan seperti sediakala selepas 2 hari memakan makanan yang lembut. Jika kucing masih lagi berterusan muntah selepas kita membiarkan perutnya kosong atau berpuasa, dan jika kucing kelihatan lesu, perlu segera dibawa ke vet untuk iv drip. Jangan memberi kucing sebarang ubat yang dibeli difarmasi tanpa rundingan vet.

    ReplyDelete
  7. Kucing sy batuk2 pastu mo muntah tp x kluar apa2..mcm 3 ari sda bgtu.. pastu klo mo makan mcm susa mo menelan.. ada idea ka knapa tu?

    ReplyDelete
  8. Dari cara batuk rasanya kucing u mengalami masalah jangkitan di trachea atau bronchitis, bukan sangat sebab nak muntah tetapi reflex batuk yang buat dia nak muntah. Seeloknya bawa ke vet sebab jangkitan virus boleh dirawat. Jika tak dapat bawa ke vet dengan segera, cuba berikan kucing tu air yang bersih secara lebih kerap dan makan makanan yang lembut atau wetfood, takut dehidrated atau kering air dari tubuh, boleh memudaratkan kucing u.

    ReplyDelete
  9. Kucing saya muntah & cirit birit. Tp still makan & minum seperti biasa, ini kategori bahaya/tidak?

    ReplyDelete
  10. Ahmad Syakir, if kucing u muntah dan cirit birit tapi masih aktif dan makan macam biasa, dia mungkin tak sesuai dgn jenis kibbles yang u guna, seeloknya u tukar ke brand lain, beli pek kecil dulu untuk cuba. Jika kucing tu masih aktif insyaAllah tak merbahaya tetapi tak elok dibiarkan berterusan, takut memudaratkan kucing

    ReplyDelete
  11. Ank kucing saya mengalami cirit birit..selalu saya beri makan ikan yg direbus dan susu kambing..tapi tiba2 dia tak mahu makan..macam2 makanan utk kitten saya beri tapi dia tetap xnk makan.apa yg perlu saya beri pada dia..

    ReplyDelete
  12. Anak kucing u mengalami cirit birit sejak minum susu ke atau dulu dia ok? Biasanya ikan rebus tak mendatangkan masalah, tapi kita kena rebus kosong sahaja. Susu mungkin boleh menyebabkan dia mengalami cirit birit akibat lactose intolerance. Jika baru terjadi cirit birit tu, u hentikan pemberian semua makanan, puasakan at least 12 jam - 24 jam. Berikan air kosong yang bersih sahaja dalam tempuh puasa tersebut. Kemudian boleh cuba berikan dia makanan wetfood untuk kitten sedikit demi sedikit, atau boleh cuba berikan ayam rebus yang dicarik halus2 untuk dia makan. Jika kucing still tak nak makan dan kelihatan letih, kena bawa ke vet segera.

    ReplyDelete
  13. kucg saya muntah makanan yang tak hadam dan diahea.dia mkn ayam goreng arini.tapi bhagian isi je.slalu mkn ok.arini je jadi mcm ni.kenapa ye.pas muntah ngn diarhea dia jd x larat..

    ReplyDelete
  14. Biasanya untuk kucing lebih selamat kita memberi ayam yang direbus dari yang digoreng, terutamanya jika kucing kita dari jenis baka persian, mainecoon dan lain2. Biasanya jika dia muntah makanan yang tak hadam dan diarrhoea, berkemungkinan dia mengalami masalah lain seperti demam atau flu. Apapun penyebabnya u kena puasakan kucing tersebut, dan berikan dia air kosong yang bersih sahaja selama 24 jam, dan selepas itu baru u boleh cuba memberikan makanan yang lembut untuk kucing u secara sedikit demi sedikit, sekiranya dia boleh makan tanpa muntah atau cirit lagi barulah u berikan makanan seperti sebelumnya.

    ReplyDelete
  15. anak kucing yg usia 8 minggu dan masih menyusu blh dipuasakan ke sbb dia cirit terok..tapi masih aktif

    ReplyDelete
  16. Jika 8 minggu and hanya bergantung pada susu ibunya jangan dipuasakan walaupun cirit, tapi make sure u letakkan air bersih ditempat berhampiran. Jika dia dah mula makan boleh dipuasakan. Or jika kita memberi susu formula dan kucing kita cirit, kita tetap kena puasakan dan hanya berikan air kosong dalam masa 12 jam.

    ReplyDelete
  17. kucing saya muntah2(makanan yg dia makan) pastu dia x nak makan dan x aktif mcm biasa

    ReplyDelete
  18. Jika muntah2 dan tak aktif u kena perhatikan takut dia ada demam juga, dan berkemungkinan ada jangkitan virus. Jika takut muntah lagi make sure kucing u boleh minum air yang bersih, jika tak boleh juga minum better bawa ke vet dengan segera, takut dehydrated. Jangan paksa makan jika dia muntah, tapi make sure dia boleh minum. Muntah biasanya tak berlarutan lebih dari sehari, jika berlarutan mungkin keadaannya serius.

    ReplyDelete
  19. anak kucing saya belum cukup sebulan dan ibunya telah mati.. saya hanya beri dia minum susu ducthlady fullcream dan makanan kucing untuk kitten.. anak kucing saya mengalami masalah berak berdarah selama dua kali setakat ini dan muntah makanan dan airliurnya.. anak kucing saya sukar untuk minum air kosong dia hanya ingin minum susu saja.. tapi dia masih
    aktif walaupun berak berdarah dan muntah tersebut.. apa yang perlu saya lakukan??

    ReplyDelete
  20. anak kucing tidak sesuai untuk kita berikan susu dutch lady atau apa jenis sekalipun, terutamanya yang fullcream. Jika nak berikan dia susu adik kena dapatkan susu untuk kucing yang ada dijual di kedai vet, biasanya sekotak dalam rm6-7 satu. Jika tak ada lebih baik jangan diberikan susu langsung, cukup dengan make sure dia boleh minum air kosong yang bersih. Jika dia dah mula pandai makan, boleh mulakan dengan wetfood apa2 brand untuk anak kucing, berikan sedikit2 sebelum berikan kitten dry food kemudian selepas sebulan umurnya. Atau jika tidak, cuba rebuskan ikan dan buang semua tulangnya sebelum diberikan pada anak kucing tadi. Jika dia berak berdarah, ada beberapa kemungkinan samada makanan tak sesuai atau alahan makanan, infestasi cacing, masalah sembelit dan lain2. Untuk anak kucing yang baru sebulan mcm tu kemungkinan paling utama ialah cacing atau alahan makanan seperti susu dan makanan keras.
    Saya nasihatkan u tukar makanannya kepada wetfood, bukan dry food dan berhenti memberinya susu fullcream. Dia masih aktif bermakna masalahnya boleh diatasi, tetapi jika kita masih memberikan makanan yang sama, berkemungkinan masalahnya akan jadi serius.

    ReplyDelete
  21. Anak kucing saya kerap muntah. Muntahnya berwarna putih kekuningan dan berbuih. Dah banyak hari jugak sampai la saya mula perasan badannya dah semakin susut. Sekarang ni dia dah tak cergas macam biasa dan kerap kali gelisah. Apa patut saya buat?

    ReplyDelete
  22. Kucing saya hyper aktif..hari ni saya tengok dia..dia diam je dalam sangkar..saya tgk najis dlm bekas pasir..mcm cirit birit..n diam muntah2..tapi malam ni..dia kurang selera makan..minum air kosong je..n susah nk buang air besar ..kenapa ye? Apakah ni salah satu penyakit sembelit?

    ReplyDelete
  23. Aizan Shazlin, biasanya jika anak kucing muntah agak kerap tiba2 dan muntahnya lebih pada kekuningan dan berbuih, kemungkinan besar ianya disebabkan oleh demam atau jangkitan virus. Sekiranya selera makannya berkurang dan berat badannya susut mendadak, dia mungkin mengalami dehidrasi dari sebab jangkitan tersebut, seeloknya u bawa dia cepat untuk mendapat rawatan dari vet berhampiran kerana dehidrasi yg teruk boleh memudaratkan anak kucing, dan jika ada jangkitan virus keadaannya lebih kritikal nanti. Jangan sesekali memberikan apa2 ubat untuk manusia kepada anak kucing tu ye, jika tak boleh dibawa ke vet tolong pastikan sekurang2nya dia boleh minum air yang bersih.

    ReplyDelete
  24. Faya Dekyan, jika dari symptoms kucing u mungkin mengalami faecal impaction, najis yang keluar kelihatan seperti cirit tu mungkin lelehan air dari bahagian usus di belakang impacted faeces tu. Untuk waktu terdekat u perlu bawa kucing tersebut berjumpa vet bagi memastikan impacted faeces tu dapat dikeluarkan, samada manually atau dengan ubat, dan untuk jangka waktu panjang boleh cuba bertukar kepada makanan kucing yang high fibre bagi mengelakkan constipation berulang.

    ReplyDelete
  25. Kucing saya umur 4 bulan ++ .. hari ni seharian dia xnak mkn... tiba2 petang td dia muntah keluar air jer.. muntah dia xberbuih.. lepas tu terus xaktif... lalok jer.. rasa2 nape ye???

    ReplyDelete
  26. Hartini Idris, kucing saya pernah mengalami keadaan yang sama, ada beberapa kemungkinan, satu mungkin dia ada termakan benda2 tertentu seperti serangga atau makanan yang rosak, atau mungkin juga dia mengalami demam akibat jangkitan virus. Jangkitan virus boleh memudaratkan kucing. Jika kucing tidak aktif tetapi boleh minum, berikan air kosong yang bersih dan biarkan perutnya kosong sehingga minima 12 jam sebelum mula diberikan makanan yang lembut. Jika tiada perubahan elok dibawa berjumpa vet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq 4 the info... dah gi jumpa vet... dapat 1 injection... huhuhu... balik rumah.... dah nak mkn ayam rebus...

      Delete
  27. Saya ada seekor kucing yg sgt active n suka mkn.tp dh brapa hari dia x ada selera nk mkn n xactive..sy ingt dia hanya demam biasa tapi hari ini baru sy perasan ada bonjolan mcm bengkak di bhgian dlm tengkuk dia.mcm mana yg sy nk lakukan?

    ReplyDelete
  28. Nur Amaleena, rasanya kucing u tu mendapat jangkitan virus, yang bengkak tu mungkin kelenjar limfa, elok jika u bawa dia ke vet. Jika perlu vet akan memberi antibiotik pada kucing u tu. Jangan dibiarkan takut menjadi lebih teruk dan takut dia dehydrated sebab tak makan

    ReplyDelete
  29. Saya beri kucing yg baru saya jumpa dengan makanan yg saya beli dari 7eleven kerana ketika itu sudah tengah malam. So saya belikan makan yg ada iaitu friskies keras dan prodiet lembut. Selepas 3 @4 jam ia mahu berak dan selepas itu ia mula kerap berak dan yg merisaukan saya ia berak sambil menjerit. Tahinya pada mulanya keras biasa berubah menjadi lembut mcm cirit. Adakah makanan yg saya berikan itu tidak sesuai untuknya.

    ReplyDelete
  30. Sepatutnya friskies dan prodiet tidak begitu mendatangkan masalah pada perut kucing. Berkemungkinan kucing tersebut menghidapi jangkitan cacing, jadi sekiranya u terus membela kucing tersebut, seeloknya cuba dapatkan ubat cacing yang ada dijual di kedai petshop atau klinik (kena tau anggaran berat badan kucing). Mungkin lebih baik jika kucing tersebut masih lagi cirit u berhenti dulu memberikan makanan yang solid untuk 24 jam, hanya air bersih sahaja dan selepas waktu tersebut cuba berikan makanan yang lembut dahulu. Nasi dengan ayam atau ikan rebus mungkin lebih baik

    ReplyDelete
  31. Salam.. kucing saya batuk dah lebih seminggu..sehari dlm 7,8 kali jgk la..bunyi macam batuk kering gitu..dia aktif je. Makan pun ok. Tak selesema n tak bersin pun. Agaknye kenapa ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, ada beberapa sebab kucing kita batuk. Jika dari simptom yang diberi kucing u masih aktif dan boleh makan, berkemungkinan batuk tersebut disebabkan ada inhalant yang mengganggu salur pernafasannya hingga dia terbatuk, sebagai contoh pewangi atau aerosol, habuk dan sebagainya. Kemungkinan kedua kucing u mungkin mendapat acute bronchitis, dan kebiasaannya dari kering batuk akan menjadi berkahak. Untuk penyebab batuk yang lain insyaAllah tidak kerana kucing masih aktif dan masih makan seperti biasa. Jika dia kelihatan letih, batuk masih berterusan atau ada demam dan selsema, elok u bawa berjumpa vet segera.

      Delete
  32. Assalamualaikum

    Kucing saya berusia kira2 11 bulan. Sejak 2 hr yg lalu, dia asyik batuk2 mcm nak muntah. Tp tak muntah pn. Pg td dia nmpk lemah sgt. Satu hari tak mkn n minum. Bulu dia nmpk mngembang. Demam pn ada. So td saya gosok2 blakang tengkuk dia. Then dia muntah. Muntah air, kuning. Tak berbuih lah. Muntah smpai trkencing. Tgk cara dia muntah tu sakit betul. Smpai trangkat tgn dia. Lps tu mcm nak muntah lg tp tak muntah dah. Saya bg dia air td, tp dia tak nak minum. Adakah itu tnda2 dia trkena jgkitan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, jika dari simptom yang ditunjukkan berkemungkinan kucing u mengalami jangkitan flu oleh virus atau bakteria yang lebih teruk seperti bordetella. Saya nasihatkan bawa kucing ke vet untuk rawatantetapi jika tidak berkesempatan, kena pastikan kucing mampu minum sedikit demi sedikit kerana jika tidak, dehydration akan menyebabkan keadaan kucing semakin tenat.

      Delete
  33. kucing saya batuk batuk batuk tadi. Bahaya tak? and if dia batuk kena tepuk tepuk juga ke balakang dia macam manusia? hehe:3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atira, jika dia batuk tiba2 dan sekejap sahaja insyaAllah tak bahaya, mungkin sebab tercekik makanan atau sebab bulu atau hairball. Tak perlu tepuk2 dibelakang kucing takut dia akan rasa tak selesa, biarkan je dia batuk dan keluarkan sendiri apa yang tersangkut dari saluran pernafasan tu

      Delete
  34. Sis...aritu sy ada bg ubt cacing kat miow sy..then lps 2 mgu mkn ubt cacing..dia muntah..after dia uh uh (berak cirit).. dia mesti muntah..tp dlm 2 hari ja jd muntah tu...skang dia cuma berak cirit ja...mcm na yea sis..skang sy cuma bg mkn ayam rebus ja sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya selepas makan ubat cacing kucing mungkin akan cirit tapi dalam jangkawaktu yang berdekatan. Jika selepas dua minggu baru dia muntah, rasanya tak berkaitan dengan ubat cacing tersebut. Mungkin ada yang tersilap makan, dan sekarang bila dia berterusan cirit, mungkin ada alahan pada makanan. Jika u bagi dia ayam rebus make sure rebus kosong tanpa bawang dan lain2, atau mungkin lebih baik u berikan dia makan ikan rebus digaul dengan nasi buat sementara waktu. Jika kucing masih aktif walaupun cirit insyaAllah tak ada masalah besar, kecuali jika dia menjadi tidak aktif.

      Delete
  35. Sis..kucing sya dlm minggu nie kerap sgt muntah2. Badan pun susut. Sblum nie ada jgk muntah tp tk sekerap nie. Dia sgt kuat mkn dan sentiasa lapar. Hari2 sya bg dia mkn nasi dgn ikan goreng tapi hanya utk tgh hari dan mlm je. Friskies still sya bg. But sblum nie dia mkn friskies ja slps dia beranak kali yg kedua nie dia jd lagi lapar sb tu sya tukar mknan dia ke nasi. Dan friskies dia tk berapa sgt nk mkn. Lepas tu kadang2 ada jgk dia berak dan kencing dkt tmpt lain. Skrg nie dia still tgh menyusukn ank lagi dh 3 bln ank dia. Saya takut penyakit dia serius. Tolong saya sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada beberapa faktor yang boleh menjadi punca kucing u tiba2 muntah. Yang paling kerap berlaku ialah alahan pada makanan, Alahan pada makanan berlaku pada kucing jika kita memberikan kucing makanan yang sama berterusan. Sekiranya kucing u masih aktif, masih boleh makan dan tidak susut berat badan dengan ketara, alahan mungkin penyebab utama. Seeloknya u boleh tukar jenis makanan yang diberikan pada kucing, seperti nasi dengan ayam rebus atau ikan rebus secara bergilir2, selain dari wet food yang boleh diberi dikedai. Satu lagi penyebab kucing kita muntah sekiranya kucing kita jenis yang memakan makanan dengan terlalu cepat ie gobble. Jika kucing u kuat makan dan kerap menghabiskan makanan dengan cepat berbanding kucing lain, adalah lebih baik u memberikan makanan pada kuantiti yang sedikit tetapi lebih kerap.
      Terdapat juga banyak penyebab lain yang lebih serius yang menyebabkan kucing muntah berterusan, tetapi biasanya ia akan disertai dengan demam atau kehilangan berat badan yang ketara atau juga kurang aktif, dan sekiranya ini berlaku lebih baik untuk membawa kucing tersebut ke klinik.

      Delete
  36. Salam. Wah banyak betol FAQ kat sini. Kebetulan saya pun nak tanya. Kucing saya suspect kene FIP. Masih belum ada tanda clinical vet cakap. Aktif gila..kuat makan dan minum. Saya perasan seminggu sekali dia akan cirit. Minggu lepas cuma sehari. Minggu ini sekali iaitu semalam. Tengahari tadi ada muntah sikit makanan x hadam tp still tak berak lagi. Kuat minum. Cek telinga dan gusi tapi bukan jaundice. Ada cadangan tak macam mana nak merawat kucing saya ni. Oh ya..sejak dia cirit minggu lepas, saya bagi dia makan ubat untuk liver protection hari2. Cuma bila saya stop kan 3hari, cirit plak. Ada kaitan ke? Tanx

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, FIP ie Feline Infectious Peritonitis disebabkan oleh virus dari kumpulan coronavirus, dan agak susah untuk didiagnos kecuali terdapat simptoms tertentu. Jika kucing kita terkena FIP tanda paling awal ialah inactive, demam dan hilang selera makan, dan biasanya jika kucing dijangkiti FIP jangka hayatnya tidak lama, antara beberapa hari ke beberapa bulan, bergantung pada jenis tanda2 FIP. Dan satu yang pasti, tiada ubat jika dijangkiti FIP.
      Dari tanda2 kucing yang masih aktif dan kuat makan, berkemungkinan besar ianya bukan jangkitan FIP. Jika kucing muntah atau cirit sesekali tanpa menunjukkan tanda2 ianya semakin serius, dehidrasi atau demam, langkah yang perlu kita ambil cukup sekadar menukar pemakanan kucing tersebut atau puasakan sementara untuk 12 jam sehingga cirit dan muntahnya berhenti.
      Supplement utk liver protection biasanya tidak mempunyai side effect yang membahayakan kucing jika kita bagi mengikut dose yang disarankan.
      Berkaitan FIP, jangkitan coronavirus terjadi secara direct contact pada mulut dan hidung kucing dari najis yang mengandungi coronavirus. Jadi pastikan bekas makanan dan minuman diletakkan berasingan dengan litter box, serta litter box perlu dibersihkan sentiasa.

      Delete
  37. Assalam.kucing sy berusia lebih kurang 4thn dan dia mmg aktif dan sihat ala2 kucing kampung. Baru2 ni dia ada mslh spt berikut
    -muntah2 dan popo (shari je)
    - start tu and the next day, dia xnk mkn minum, jalan xbermaya...jalan skit jer baring
    -sy pegang perut dia n ada mcm ketulan besar yg keras
    -keadaan dia mcmni sejak jumaat petang baru2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, jika dilihat dari gejala penyakit kucing u mungkin mengalami masalah yang lebih serius dari muntah biasa. Bengkak didalam perut mungkin menunjukkan tanda2 ada ketumbuhan dalam usus, atau mungkin ada masalah obstruction atau usus tersumbat yang menyebabkan dia mengalami masalah muntah, letih dan tak bermaya serta sangat penat. Saya nasihatkan u bawa dia ke vet yang berhampiran untuk rawatan lanjut, kerana jika benar ada bengkakan didalam perutnya ia mungkin merbahaya.

      Delete
  38. tumpang tanya. kcg saya x lalu makan minum dr pagi dan asyik muntah2 kuning berbuih... knape ye? buatkan makann favourite dye pun dye x mau makan. sy ada bawak keluar rumah jalan2 smlam dan untuk pengetahuan kucing sy fobia nk klua rumh. smlm klua pun mnggigil badannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mustahil apa yang kucing u lalui hari ni adalah disebabkan oleh stress akibat fobianya semalam. Kucing juga boleh menunjukkan reaksi berpenyakit apabila melalui stress yang ketara, sebaiknya u make sure dia berasa selamat didalam rumah, dan cuba puasakan untuk tempoh 12 jam dari makanan, cuma berikan air kosong yang bersih sahaja. Biarkan kucing u kembali tenang didalam rumah. Untuk mengatasi fobia kucing u apabila keluar, seeloknya u cuba bawa dia berjalan2 didalam carrier supaya dia tidak rasa terancam dan stress.
      Bila muntahnya dah berkurangan u boleh cuba bagi dia makan yang lembut dahulu sebelum kembali ke makanan biasa.

      Delete
  39. terima kasih kucingku duniaku....

    ReplyDelete
  40. aslmkm .. kucing saya kencing n berak berdarah . baru je kene hari ni .. kucing saya juga dh hilang selere mkn .. kalau mkn pon , sikit je .. ubat ape yg sesuai sy bg ? kalo bwk jumpe vet , brape agak2 kos nya ? plz help .. thx ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, tanda2 yg ditunjukkan sangat acute, dan darah pada najis dan urine serentak mungkin menunjukkan masalah sistemik seperti jangkitan kuman, dan atau masalah berkaitan darah yg menyebabkan pendarahan. Memang sangat perlu utk u bawa ke vet kerana tiada rawatan yg boleh diberikan dirumah. Kos rawatan bergantung dan rasanya kucing u perlu diadmit, boleh mencecah ratusan ringgit paling murah. Tapi ianya perlu dilakukan dgn kadar segera ye

      Delete
  41. Salam, cik. kucing saya kitten, saya jumpa amik dr owner (owner jumpa tepi jalan). saya bagi dia wetfood utk dia dlm seminggu lepas tu dia dah xnak makan wetfood tu.lately dia cirit (najisnya cair tapi xde darah). then, saya tukar kepada wellness. dia makan, tapi keesokan harinya dia sudah xmau makan dan najisnya makin cair. dia kerap minum air sahaja. skrg dia cuma makan ikan rebus. any suggestion utk rawat dia? dia active. masih berlari2, cuma selalu tidur. thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, alhamdulillah jika anak kucing u masih aktif dan masih nak minum air dan makan. Anak kucing u mungkin mengalami alahan makanan, sebab ada kucing yg alah dgn protin dari daging dan ayam. Jika dia boleh makan ikan rebus, itu lebih baik. Rebuskan kosong tanpa campuran apa2, dan u boleh gaulkan isi ikan dgn nasi kosong, serta make sure dia ada bekalan air minuman yg bersih. Jika ciritnya semakin teruk puasakan anak kucing tu at least 12 jam sebelum memberinya makan semula. Btw elok juga jika diberikan ubat cacing utk anak kucing tu.

      Delete
  42. ouh ya cik, saya lupa yang saya pernah bagi dia ubat cacing dlm 0.1 ml, tapi saya stop bila dia jadi cirit. ubat cacing tu ada effect ke cirit ke? terima kasih ye atas info cik. :)

    ReplyDelete
  43. Kdg2 anak kucing mmg boleh cirit selepas diberi ubat cacing, tapi tak berpanjangan. Ubat cacing perlu diberi ikut jadual ye, setiap dua minggu sampai umur 8 minggu, lepas tu pada umur 16 minggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay, terima kasihh kucingku duniaku. byk info bermanfaat. thanks~!

      Delete
  44. assalam,kucing saya kene cirit birit . dah agak lama gak cirit birit ni..skrang nie saya terpaksa kurung dia dlm sangkar . kucing saya aktif dan sentiasa makan cuma selalu berak je dlm toilet dia.kadang sejam sekali dia akan berak.ada cadangan tak utk masalah saya ni?ada org cadangkan saya bagi teh utk keraskan taik dia tapi saya tak cuba lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, jgn sesekali cuba memberi teh pada kucing kerana ianya boleh menyebabkan keracunan pada kucing, berbeza dgn manusia. Jika dilihat dari tanda2, mungkin cirit birit yg kucing u alami berkaitan dgn makanan yg diberikan. Kucing boleh alahan pada makanan yg dah lama diberikan padanya, boleh juga disebabkan jangkitan usus tetapi ini biasanya disertai dgn demam dan inactive. Saya nasihatkan cuba tukar pemakanan yg diberikan pada kucing u

      Delete
    2. " Puasakan kucing dari makanan untuk 12-24 jam, berikan air sedikit demi sedikit dengan kerap. Kemudian berikan sedikit nasi yang dicampur dengan ayam tanpa lemak yang direbus" ...Boleh ke guna cara ni?..nasi berserta ayam tu,diberi selepas 12 jam,sekali sahaja atau berterusan sehingga taik dia keras baru tukar ke pemakanan asal dia?

      Delete
    3. Memang itu saranan yg diberikan dari pakar2 vet jika kucing kita mengalami cirit birit akut, dan nasi bersama ayamrebus atau ikan rebus boleh kita gunakan sebagai pemakanan berterusan atau sementara sehingga najisnya jadi elok semula

      Delete
    4. macam kucing saya ni,dia jenis persian...ada masalah kepada bulu ke nanti kalau makan ayam rebus ni??saya dah start puasakan dia selama 12 jam dah nie..esok tgh hari baru ingat nak bagi ayam rebus tue...takder masalah kan??cuma bila dia berak tu,masih bunyi kluar taik cair lagi la...ishh

      Delete
    5. Biasanya tak ada masalah dgn ayam rebus tapi buang kulitnya ye..mungkin utk mengurangkan risiko alahan pada protin dlm daging ayam tersebut u boleh selang selikan dgn ikan rebus dan nasi..dan bila najisnya dah kembali elok boleh berikan makanan asal. Persian biasanya amat sensitf dgn jenis makanan kucing, kebanyakkannya akan sesuai dgn jenama seperti RC, Blackwood, Eq, Iams dan Science Diet. Cirit birit pada kucing biasanya mengambil masa utk pulih, asalkan frekuensinya berkurangan dan najisnya semakin berisi dan tidak air saja, maknanya ia akan semakin sembuh..

      Delete
    6. baru kejap tadi saya dah bagi dia ayam rebus ,nasi beserta olive oil setelah berpuasa sehari..nampaknya dia berselera betul makan..skrang cuma kene sentiasa berikan menu ini dahulu la kan sehingga najisnya kembali keras.sebelum ni saya berikan dia jenama taste of the wild sebab ini yang disyorkan oleh kedai kucing.nampak gaya kene beli jenama yang awak sarankan tu la..

      Delete
    7. Alhamdulilah..buat sementara ni boleh berikan nasi dgn ayam rebus tu sehingga dia ok dan perlahan2 tukarkan pemakanannya.

      Delete
    8. assalam KD,semalam tgh hari kan saya bagitau dia berselera makan kan?..tapi malam tadi bila saya bagi lagi nasi beserta ayam rebu,dia jamah skit je,sampaila ke pagi.last last kucing saya yg sihat yang amik makanan tu dari dlam sangkar. Tgh ari ni saya cuba lagi bagi dia makan nasi beserta ayam rebus tetapi dia hanya cium je,makan taknak langsung..apa cara yang boleh saya buat nie..kesian tgk dia tak makan..

      Delete
    9. Salam, sekarang ni dia dah tak cirit lagi ke? Jika sudah tak cirit lagi cuba u berikan ikan rebus tanpa nasi dan dibuang tulang. Atau u boleh cuba berikan wetfood utk kucing yg hilang selera makan jenama Hill Prescription Diet-AD, atau jenama Avoderm. Kucing Persian agak cerewet sedikit, u boleh cuba berikan dry food seperti yg saya suggestkan dulu sedikit demi sedikit. Harap kucing u akan berselera semula.

      Delete
    10. Masih lagi cirit.Bila saya bagi wetfood malam tadi,barula dia nak makan. Pagi tadi licin abis wetfood tu,dan skrang saya bagi dia dryfood plak.Pun dia makan macam biasa . minum pn ok je..aduu tlgla apa perlu saya buat?..boleh tak saya nak mandikan dia sbb ekor dia dah teruk melekat dgn najis dan pasir dia.

      Delete
    11. Bila dia dah mula makan u boleh maintain mknan selang selikan dry food dgn wet food, cuma wetfood cari yg utk kucing yg sensitif perutnya, mcm yg saya sebutkan diatas. Persian sangat sensitif dgn jenis mknan yg sesuai pada perut. U boleh mandikan sebab bulunya pjg dan mudah bergumpal bila kotor

      Delete
    12. kucing saya mmg makan takder masalah,tetapi masalahnya najis dia masih lagi cair . dan juga masih melelh keluar tiap kali dia lepas toilet..saya dan bagi wetfood dan dryfood tapi masih gak cair najis dia..tolongla apa perlu saya buat lagi nie,,,,

      Delete
    13. Untuk kucing tak ada specific ubat yg boleh diberikan bagi menghentikan cirit birit. Kucing saya pernah mengalami masalah yg sama dan saya puasakan sehingga 24 jam, hanya berikan dia air kosong barulah ciritnya berhenti. Jika masih tak berjaya mungkin lebih baik u bawa dia ke vet.

      Delete
    14. semalam masa bawa kucing yang sihat utk vaksin,ada tanya doc berkenaan kucing yang sakit nie.doc sarankan utk beri dia ubat "kaolin pectin" 2ml khusus utk cirit birit..baru je bagi tadi dan esok kene bagi lagi sekali.harapnya najis dia akan kembali keras balik..

      Petang tadi,saya ada bawa dia keluar bersama kucing sihat bermain di padang,ada sekali tu,bila mereka bermain bersama,najisnya terkeluar sedikit..huhu..sedihnya tengok tak baik baik lagi.

      Delete
    15. Kaolin memang selamat utk kucing dgn dos 1ml/kg, hopefully ada perubahan pada kucing u. Jika masih berterusan juga ada waktunya u kena bagi antibiotik, dapatkan dari vet ye. Hopefully kucing u akan sembuh..

      Delete
    16. Dah beberapa hari bagi dia kaolin pectin sukatan 2ml sekali sehari..keadaan masih sama juga.Najisnya masih lagi cair dan meleleh keluar dari punggungnya.Saya dah tak tahu nak buat apa lagi..:((

      Delete
    17. Kesiannya kucing u tu..dah lama juga dia cirit ni. As long as dia aktif syukur tapi cirit tu mesti diberhentikan. Saya suggestkan u minta vet u prescribe antibiotik amoxycillin atau metrogyl utk kucing u. Alternative lain ialah tukar completely diet dia tapi mungkin memakan masa utk dptkan yg sesuai..

      Delete
    18. Ye dia masih aktif,baik makan mahupun minum..mmg saya syukur tgk dia aktif tapi bila bab dia nak berak tue,kesian saya tgk dia dan juga bila tgk najisnya masih meleleh keluar dan kene badan dan ekor dia.Sangkar jangan cakapla,selalu kene bersihkan sebab najisnya meleleh keluar selepas dia keluar toilet dia.

      Untuk yng ubat yang awak sarankan tu,nnti saya cuba minta ngan vet.

      Berkenaan tukar diet tu,saya dah tukar makanan dryfood dia kepada blackwood seperti yng awak sarankan dulu tue..tp masih sama gak.

      Delete
  45. Hi.. sy br adopt seekor persian mix.. semalam dia still okay, bole jalan2 n main2.. today dia tak active n tak dpt bangun.. bdn kaki semua mcm 'cramp'.. owner lama dia ckp dia kena constipation.. dah bwk vet n vet kasi ubat.. tp mslhnya dia xnk mkn xnk minum.. bdn mcm lembik sgt.. overdose ubat or apa? Apa sy nk buat :'(?? Please help..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, biasanya constipation yg chronic mmg boleh menyebabkan kucing hilang selera makan dan lemah atau lethargy serta susut berat badan, vet dah sahkan dia mengalami constipation ke? Dah diberikan laxative? Saya takut mungkin ada penyakit lain selain constipation yg menyebabkan keadaan kucing u menjadi terlalu lemah, dan tidak makan dan minum akan menambah terukksn keadaannya. Jika boleh u perlu bawa dia semula ke vet utk iv drip dan pengesahan diagnosis.

      Delete
    2. Yup.. vet dah sahkan :(.. Mungkin lps xmas br pergi semula.. tp kucing tu bole mati ke klau lmbt? N perlu ke sy continue kasi ubat? Masalahnya dia xnk mkn.. ubat bole paksa tp mknn dah paksa dia muntah..

      Delete
    3. Jika dah disahkan diagnosisnya, ubat masih perlu diberikan utk membantu mengeluarkan najis dari ususnya. Dan utk sementara waktu cuba dapatkan makanan wetfood utk kucing yg tak sihat, makanannya sangat halus dan boleh disyringekan kedlm mulut kucing u. Pastikan dia masih boleh minum air bersih..jika tak boleh juga lebih baik u bawa semula ke vet secepat mungkin.

      Delete
  46. Kucing saya berumur kira2 satu tahun. Dia tiba2 tidak mahu makan dan menjadi tidak aktif. Suhu badan normal. Tidak muntah dan najis normal.
    Yang ketara, kepalanya asyik tunduk sahaja. Adakah dia demam atau kemungkinan terkehel tengkuk akibat terjatuh dari tempat tinggi? Bagaimana rawatan jika benar tengkuknya terkehel?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkemungkinan anak kucing u mengalami jangkitan virus dan menjadi tidak aktif merupakan antara tanda awalnya. Jika dapat dibawa ke vet lebih baik, atau jika vet tiada dikawasan berhampiran pastikan sekurang2nya dia boleh minum. Amat jarang berlaku kucing terkehel tengkuknya kerana bhgn vetebra kucing ie tulang belakangnya sangat flexible.

      Delete
    2. Terima kasih. Tadi saya telah bawa ke vet. Demam yg tidak teruk. Doc suspect samada hawar kucing atau memang dia terjatuh. Bahagian kepalanya seperti bengkak sedikit. Ubat yg diberi adalah ubat demam, ubat sakit dan untuk saraf.
      Malam ini dia mula makan tetapi amat sikit.

      Delete
  47. kucing saya baru 2 bln lebih..dh seminggu berak cair..kadang tu muntah juga..dlu dia aktif..tp mmg jenis kurang makan..sejak sakit dia dh tak da selera makan.tak aktif.. just minum susu ibu dia tp ibu dia jarang kasi susu...bwk pegi vet..ubat habes..mcm mne ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua bulan biasanya dia dah bercerai susu dan dah boleh makan..tapi dgn ciritbirit dan muntah dia akan jadi tak aktif. Cuba puasakan dlm 12 jam, hanya berikan air bersih, dan perlahan2 berikan dia ikan rebus yg dibuang tulang. Jika nak diberikan susu adik kena cari susu gantian utk kucing yg boleh dibeli di petshop. Bila dia dah mau makan boleh berikan dry food utk kitten sikit2..

      Delete
    2. tp dia mmg dh x nak makan n minum selain dr susu ibu dia.. tp asyik berak cair..tu yg saya risau..rase2 dia ade sakit ke?? sbb saya bwk pegi vet..dia tak check pow kucing tu..just tanye sakit ape n bg ubat...

      Delete
    3. Harap2 dia tak dijangkiti virus apa2 pada umur mcm tu..jika dia cuma nak menyusu u cuba paksa syringekan air kosong ke mulutnya..sebab takut jika diberi susu dia akan bertambah cirit. Atau jika terpaksa kurungkan dia dgn maknya sekali supaya dia dapat menyusu lebih kerap

      Delete
    4. okay...thanx ye..bergune la nasihat akak ni hehhe

      Delete
  48. Salam, nak tanya, sejak semalam kucing saya mengalami mulut berbuih dan berlendir, badan dia pun jadi lemah tak bermaya, asyik baring saje. Mata berair. Badan pun makin susut. Tahu tahu je dia duduk and mulut berbuih berlendir lagi..apa sebenarnya yang dia sedang alami dan apa yang perlu saya buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, saya jangkakan kucing u bukan mengalami masalah berkaitan makanan, berkemungkinan besar dia mengalami jangkitan virus dan demam. Buat sementara waktu asingkan dia dari kucing2 yg lain dan bawa ke vet secepat mungkin. Pastikan dia dapat minum sedikit air bersih, elok u syringekan atau sudukan ke dlm mulutnya.

      Delete
    2. Terima kasih.. Kalau bagi dia air ayam rebus boleh jugak ke? Dan apa sebenarnya sebab dia kena virus ye..virus yang serious atau sebaliknya, risau jugak dengar virus ni..

      Delete
    3. Virus pada kucing banyak jenis, jangkitan berlaku bila kucing2 kita bercampur dgn kucing2 yg pembawa, diantara virus yg merbahaya termasuk parvovirus. Boleh cuba bagi air rebusan tapi make sure u rebus tanpa minyak dan apa2 bawang ye.

      Delete
    4. Dah try bagi air bersih dan air rebusan..dia taknak Makan apa apa pun.. Tahu tahu je mulut berbuih lagi. Tadi dia tengah tidur, then suddenly dia duduk and mulut berbuih dan berlendir..

      Delete
    5. Kesiannya, saya nasihatkan just asingkan dia dari kucing2 lain dan sediakan bekas air bersih bersamanya serta sedikit makanan..biarkan dia berehat sementara tunggu esok utk ke vet.

      Delete
  49. Tadi saya rasa dia terlalu lapar sebab tak Makan apa apa satu hari, lepas tu dia bangun jalan nak pergi Makan, lepas tu dia terjatuh terduduk. Macam tak bermaya sangat. Bila dibagi makanan dia taknak Makan.. Then daripada perut dia nampak pernafasan dia laju sangat. Kenapa eh.. Kesian sangat :'((

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari tanda2 yang ditunjukkan saya rasa kucing u dijangkiti virus dan mengalami demam, at least make sure dia dapat minum walaupun sedikit2, tolong bawa ke vet secepat mungkin.

      Delete
  50. salam, kucing saya mengalami masalah kurap. dah dibawa ke vet. dan diberi suntikan. anak bulus saya ni sampai ke ekor kurap nya. sebabkan dia susah untuk tidur. boleh bagitau cara lain untuk saya bantu dia. :( terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, ada saya tuliskan di blog ni berkaitan kucing dan masalah kulit jika u ingin rujuk. Selain dari injection biasanya kita kena kerap memandikan kucing dgn menggunakan shampoo khas antifungus, selain menyapukan antifungus cream di bhg yg dijangkiti..

      Delete
  51. Salam .4 ekor kucing sy skrg ni muntah2 dan cirit birit.setengahnya muntah makanan whiskas dan setengahnya muntah air liur atau xkluar APA pon.setengah kucing sy break cirit DLM kuantiti sdkit tp kerap.sy risau sbb dh smnggu jd.mcm mna?bole tlong sy? Apa perlu sy Buat?sy risau nk p vet sbb dlu penah p dan kucing sy mati slpas beberpa jam p sblum tu OK ja.APA bole sy Buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, jika u tak ada berikan atau tukar pemakanan yang baru keempat2 kucing u mungkin mengalami jangkitan virus yang menyebabkan muntah2 dan cirit birit. Walau apapun penyebabnya u cuba asingkan kucing2 yang bermasalah ini dari kucing2 lain jika ada. Cuba puasakan kesemua kucing2 yang muntah dan cirit tu sekurang2nya 12 jam, cuma sediakan air kosong yang bersih secukupnya, dan selepas dipuasakan baru bagi makan sedikit demi sedikit.

      Delete
  52. Tolong reply di whtsapp sy ya 01138408629.sy risau klau JD apa2 kt kucing sy.

    ReplyDelete
  53. Salam..kucing sy cirit birit lepas sy bg makan ayam rebus..mcm mna tu..risau saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nurul, memang ada sesetengah kucing yang agak sensitif dengan protin dari ayam, jadi jika u bagi dia makan ayam rebus (tanpa kulit dan tanpa ditambah dgn bawang putih dan bawang merah semasa merebusnya) berkemungkinan kucing u tak sesuai dgn protin dari ayam. Hentikan segera, biarkan perutnya berehat seketika ie puasakan jika cirit biritnya teruk, jika tidak teruk sangat u boleh cuba berikan dia nasi yang digaul dengan ikan rebus yang dibuang tulangnya.

      Delete
  54. salam saya ade masalah ini. :) saya short kan je ye.

    3month female persian.
    3 weeks adopted
    mkn RC sensible sbb owner lama pun bg makan ni.
    active tetapi kurang makan dan selalu mengeow mungkin sbb lapar.
    dah suap tp xnak makan sgt.

    mcm mana ya nk buat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, rasanya kucing u tidak mengalami masalah dengan pemakanannya tetapi dia mungkin mengalami sedikit stress kerana berpindah pada environment yang berbeza dari dulu. Langkah terbaik ialah dengan cuba melayan kerenahnya supaya dia rasa lebih selamat ditempat baru. Tidak perlu memaksa dia makan dan menukar pemakanannya sekiranya dia tidak mengalami masalah ketidak serasian dgn makanan. InsyaAllah dia akan makan semula apabila dia merasa selesa..

      Delete
    2. Salam... Sy ada anak kucing..Dulu dia aktif dan selalu makan.. Tpi sekarang die begantong pada susu ibu dan jarang makan.. Ade sesekali die akan muntah dan cirit.. Badan pon dah semakin susut hinga nampak rangka.. Ada tahap mak dia xmahu beri susu pada anak dia.. Sy risau akan kucing 2 akan mati kelaparan.. Apa perlu sy buat?

      Delete
    3. Salam, berapa bulan umur anak kucing u tu ye? Biasanya selepas 2 bulan mmg siibu dah tak nak lagi menyusukan anaknya. Ada kemungkinan juga anak kucing u ada masalah dgn cacing..jadi saya nasihatkan cuba berikan dia ubat cacing mengikut dosage ditetapkan.

      Delete
    4. Umo dlm 4 bulan.. Lg 1 mata die pnoh dgn taik mata.. Stiap pg n mlm sy bersihkan.. Sekarang pin aktiviti diorg just tdo je.. Bgon pon kejap2

      Delete
    5. Elok u beri dia ubat cacing mengikut berat badannya. Untuk masalah mata bertahi tu u kena applykan terramycin eye ointment

      Delete
  55. salam kucing saya cirit birit, tapi masih berselera makan, cuma kadang2 dia aktif, kadang2 lesu..tapi bila saya pegang perut dia tak de pulak dia marah atau tunjukkan tanda sakit.. pernah sekali dia berak keluar cacing sekor, adakah disebabkan cacing.. lagi satu, di perut dia ade bonjolan kecil di pusat sejak dia kecil lagi, adakah dia ade ketumbuhan dalam perut atau cirit birit tu tanda dia ada ketumbuhan?

    ReplyDelete
  56. Salam, berkemungkinan besar cacing menjadi penyebab kucing u cirit birit. Jika dia masih aktif dan boleh makan, u perlu berikan dia ubat cacing yang boleh didapati di vet atau di setengah2 kedai petshop. Jika bonjolan kecil tersebut ada sejak kecil dan ianya tidak keras, mungkin ia adalah umbilical hernia yang terjadi apabila tali pusatnya kering dan ianya tidak merbahaya. Saya rasa cirit birit tu bukan disebabkan oleh bonjolan tersebut. Andainya ketulan itu bersifat firm atau keras dan semakin membesar, u perlu bawa kucing u untuk pemeriksaan lanjut di vet.

    ReplyDelete
  57. terima kasih KD... hari ni saya nampak kucing saya dah kurang buang air besar, masa dia mula2 kene cirit birit, kerap sgt dia buang air besar... yg bonjolan tu memang ada sejak dia lahir lagi.. dan memang tak mengeras.. alhamdulillah...saya risau sangat kalau2 bonjolan tu merbahayakan...

    ReplyDelete
  58. salam, kucing saya di duburnya keluar air, sebelum ni dia mengalami cirit birit, tapi tiada air yang keluar meleleh dari duburnya, cuma hari ini keluar air dari duburnya.. tapi dia masih makan macam biasa... adakah itu merbahaya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, berkemungkinan lelehan cecair tu saki baki cirit birit yg dia alami, rasanya tidak merbahaya selagi dia boleh makan dan masih aktif. Ada baiknya u asingkan dia dari kucing2 lain dan utk faktor kebersihan. Cuma perhatikan jika lelehan semakin teruk atau bercampur darah u kena bawa segera ke vet ye

      Delete
  59. Salam, kucing sya buntutnya luka. najis yg dikeluarkan mula2 keras dan pada hujungnya cair spt cirit birit pula. apa puncanya ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, rasanya kucing u mungkin mengalami masalah constipation yg menyebabkan luka tersebut..jika berterusan masalah najisnya keras u boleh berikan laxative dari vet..

      Delete
  60. Salam, sy ada dua ekor kucing. Seekor dlm 2-3 bulan. Br jadi cirit birit, kurang selera makan, cirit dia kekuningan. Apa perlu sy buat utk kurangkan cirit dia?

    Kucing kedua dlm 7-8 bln, betina. Lepas proses mengawan, jd kurang aktif, bnyk diam, mkn pun kurang. Kenapa ye? Sy risau.

    Satu lagi, utk anak kucing ubat cacing kena bagi dua minggu sekali ke? Sehingga umur brapa bln? Utk kucing besar ubat cacing mcm mana pulak?

    Harap cik dapat bantu sy yg dlm kerisauan pkirkan anak bulus sy ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, bagi kucing u yang cirit birit, u tak ada introduce makanan baru kan? Jika cirit seeloknya u perlu puasakan kucing tersebut at least 12 jam dari makanan, cuma sediakan minuman yang bersih dan jika boleh asingkan dari kucing lain sebab takut berjangkit. Selepas 12 jam baru u berikan dia makanan yang lembut seperti ikan rebus atau ayam rebus dengan nasi.

      Kucing u mengawan agak cepat, mungkin dia dah mula pregnant..cuba perhatikan perutnya samada nampak agak penuh berbanding biasa dari hari ke hari. Memang boleh berlaku kucing kita menjadi agak moody dengan pregnancy, saya nasihatkan just biarkan dia sendirian dan buat apa yang dia suka tapi perlu diperhatikan pemakanannya, incase dia tak mau makan makanan biasa mungkin u perlu tukarkan jenis makanannya. Jika pregnancy berlaku ianya berlangsung dlm jangkamasa 60 hari dari mating.

      Untuk anak kucing kita boleh mula deworming dari umur 2 minggu dan lakukan setiap dua minggu sehingga umurnya 8 minggu, seterusnya 12 dan 16 minggu, sehingga umur 6 bulan. Bagi kucing dewasa ubat cacing boleh diberi setiap setahun sekali.

      Delete
    2. salam. terima kasih atas maklumbalas yg diberikan,
      anak kucing tu mmg sy ada bg minum susu yg dibeli dr pet shop. lepas minum susu trus cirit birit, adakah sebab susu? sy dah bawa dia jumpa doktor vet. doktor ada bg ubat antibiotik, cirit, selera makan dan sejenis ubat cuci hati.

      utk kucing mengandung boleh ka kalau dicucuk vaksin?

      Delete
    3. Alahan pada protin atau lactose dalam susu memang boleh menyebabkan cirit birit, pada umur 2-3 bulan tak perlu diberikan susu lagi kerana jika pemakanan yang kita berikan itu lengkap dengan nutrisi (information pada packing makanan tersebut). Hopefully cirit birit kucing u akan berhenti dengan ubat yang diberikan.

      Untuk kucing yang mengandung ada vaccine yang boleh diberikan dan selamat.

      Delete
  61. sekarang dh stop cirit cuma masih xlalu makan. sy akan cuba bg nasi campur ikan rebus @ ayam rebus mcm cadangan sis.

    terima kasih atas maklumbalas sis.sy sgt hargai

    ReplyDelete
  62. Salam KD, anak kucing sy xnk mkn dan minum. Dia asik tido saja. Cirit dh stop. Sy ada beli mknana avo derm, tp dia langsung xmkn. Kalau sy force feed dia xpe x. Sy paksa dia minum dan mkn melalui sringe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Azizah, jika dia tak nak mkn dan minum u boleh syringekan avoderm yg halus tu utk bg dia tenaga..selang selikan dgn air bersih ye..

      Delete
  63. Salam. Trima kasih kerana balas soalan sy. Satu lagi sy nk tnya, 3 kali sehari atau setiap brapa jam sy perlu bg dia mkn? Sian tgk lesu ja dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucing tu perlu feeding yg lebih kerap, u boleh cuba berikan setiap 2-4jam jika dia mkn sedikit2..jika dia boleh mkn lebih u kurangkan ke 3-4 kali sehari

      Delete
  64. Salam...Anak kucing sy baru 6mgu..cirit biirit Dan muntah2 lepas menyusu ibu meow..apa perlu sy buat?ank Kucing sy blm perna Mkn Hanya menyusu Dgn ibu..

    ReplyDelete
  65. Salam, pada usia 6 minggu anak kucing biasanya belum putus susu, dan belum pandai makan. Agak membimbqngkan sekiranya pada umur tersebut kucing mengalami muntah dan cirit birit, walaupun mungkin penyebabnya tidak merbahaya tetapi anak kucing boleh mengalami dehidrasi. Ada beberapa kemungkinan yg boleh menjadi punca, sekiranya anak kucing itu mmg belum makan apa2 selain susu ibu, ia mungkin menghidapi masalah cacing yg didapati dari ibunya sendiri. Ini boleh diatasi dgn memberikan ubat cacing setiap dua minggu mengikut anggaran berat badannya. Satu lagi punca masalah ini ialah feline leukemia yg didapati dari saliva kucing2 pembawa. Saya nasihatkan cuba kuarantin anak kucing yg sakit dari anak2 kucing yg sihat dan pastikan ibu kucing dapat memberikannya susu secara berselang seli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skg da asingkan..tapi Anak Kucing yg sakit ne xnak menyusu ngan ibu..dia da mcm xbetenaga..da bwa p klinik..doc suru minum air gula..skg mcm makin teruk keadaan dia..nafas laju Dari yg biasa..

      Delete
    2. Rasanya anak kucing u ni terkena jangkitan virus, dan keadaanya agak tidak stabil. Kebiasaannya kita hanya berikan air kosong yang bersih yang u boleh syringekan ke dalam mulut anak kucing tersebut. Sekiranya dia berjaya melepasi fasa kritikal ni insyaAllah dia akan survive, tapi jika tidak, tak banyak yang kita boleh lakukan untuk anak kucing yang masih kecil ni.

      Delete
  66. Salam. Pada jam ini 4.36pg sy tjaga sb anak2 kucing berbunyi2. Ruoa2nya salah sekor dah cirit dan sekor lagi da monyok. Siang tu da bagi ubat cacing. Bau sgt kuat cirit nya. Rebuskan ikan xnaknmakan. Tapi air banyak dia minum. Apa patut sy buat neh. Sangkar da bersihkan tp dua2 duk senyap je..mcm tmenung2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, kebiasaannnya selepas diberikan ubat cacing ada yang akan mengalami cirit birit. Buat sementara waktu ni puasakan dahulu dari sebarang makanan tapi pastikan kedua2nya boleh minum air, lakukan untuk 12 jam pertama dan selepas itu boleh cuba berikan makanan sedikit demi sedikit. Jika banyak anak2 kucing u tu, yang bermasalah lebih baik diasingkan dari yang lain.

      Delete
  67. assalam , nak tanya kitten sy mengalami cirit birit ttp dia masih lg aktif , mkn pun selera cuma najis dia kluar secara tiba2. dh nak masuk 3 hari dh kitten sy mcm ni . kenapa dy jadi mcm ni ye ? DK boleh bgtahu x apa yg perlu sy buat sementara nak pergi vet ni. bahaya x ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, jika dia masih aktif mungkin sebab cacing atau ada termkn sesuatu yg tak sesuai dgn perut dia, tapi bukan jangkitan virus. Jika boleh sementara ni u asingkan dan cuba puasakan utk 12 jam sebelum diberi makan sedikit2. Selagi dia boleh mkn insyaAllah tak merbahaya sangat

      Delete
  68. salam, saya ada seekor kucing umur dia saya xpasti sebab kucing tu asalnya kucing terbiar dan kami bela.2-3 menjak ni dia cirit.kadang2 time tidur pun dia tercirit tapi xbanyak.dia still makan and aktif macam biasa cuma kesian and risau kat dia.saya nak bawa pergi vet.selalunya kalau kes macam ni,berapa kos kalau kita bawa kucing jumpa vet?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, berkemungkinan kucing u mengalami masalah cacing, kerana dia masih active dan masih boleh makan, u boleh cuba berikan dia ubat cacing utk kucing yg biasanya ada dijual di kedai petshop. Utk ke vet, anggaran perbelanjaan bergantung pada pemeriksaan vet n ubat yg diberikan. Kebiasaannya vet akan memberikan ubat cacing dan juga satu dos vaksinasi regardless of umur kucing, jadi kos boleh dianggarkan antara rm 150-200 keseluruhan atau mungkin kurang sedikit.

      Delete
  69. assalamualaikum. saye ade kucing umur 10 bulan . die dah due hari tak makan. minum air pun sikit je lah . pastu petang tu mak saye bagi air kelapa sebab takut die keracunan. tapi lepas 10minit, die muntah berbuih. then saye bagi die air, tapi die taknak minum. nak hantar pergi vet, tapi ayah slalu balik lambat. vet dah tutup. ape yang saye boleh buat ye KD ? die pon asyik baring je. :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, mungkin anak kucing u mengalami demam atau jangkitan viral yang menyebabkan dia letih dan hilang selera makan dan minum. Seeloknya u dapat bawa dia ke vet sebab pada umur begitu muda dia mudah dijangkiti virus dan boleh membawa maut. Buat sementara waktu, u mesti cuba berikan dia air kosong yang bersih dengan kerap, menggunakan syringe lebih mudah. Ini perlu untuk memastikan dia tidak mengalami dehidrasi, Untuk makan u boleh cuba dapatkan makanan basah jenama avoderm yang halus dan boleh u syringekan ke dalam mulut sedikit2. Jika u ada kucing2 lain seeloknya u asingkan anak kucing yang tak sihat ni supaya tidak menjangkiti yang lain

      Delete
    2. SLM.semalam kucing saya terbatuk batuk Dan hari INI apabila saya hendak membelai nya dia berasa sakit.APA Yang perlu saya buat?

      Delete
    3. Salam, batuk pada kucing perlu dipandang serius, berkemungkinan ianya berpunca dari jangkitan kuman, bendasing, trauma pada saluran pernafasan, masalah pada sistem cardiovascular atau juga repiratory. Apabila dia batuk dan kelihatan tak selesa atau sakit bila disentuh, ianya mungkin disebabkan demam dan saya nasihatkan bawa ke vet dgn kadar segera

      Delete
  70. Hi. Semalam sy terjumpa seekor anak kucing di tepi jalan. Dia nampak sngat tak bermaya dan ibunya tidak bersama jadi saya ambilnya bawa ke rumah. Saya beli prodiet which is for kitten and berikannya air yg dah di masak. Semalaman dia tidak berak atau kencing. Pagi tadi, dia kencing dan petang pula dia berak. Alhamdulillah tetapi pada taiknya pula terdapat cacing. Dia kelihatan sangat sakit dan penat. Dia bernafas dgan sangat laju. Mmg nak bawa dia pergi vet tapi hari ni hari ahad, vet dah tutup. Jd apakah yg harus sy lakukan smentara menunggu esok? Help me!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, mungkin anak kucing tersebut mengalami dehidrasi yg agak teruk, sementara dibawa ke vet pastikan dia sentiasa makan dan minum air bersih lebih dari biasa, dan utk cacing tu boleh diberikan ubat cacing utk kucing yg boleh didapati di kedai petshop.

      Delete
    2. Oh sy nak tnya juga. Kenapa dia bernafas laju? And, kalau disebabkan faktor cacing ni, boleb mati ke?

      Delete
    3. Bernafas laju disebabkan oleh keadaan dehidrasi yg dialami, dan mungkin juga dia ada sedikit demam. Cacing biasanya tidak menyebabkan kematian jika dirawat dgn cepat, jika dibiarkan infestasi cacing boleh menyebabkan anemia dan kekurangan zat makanan dan itu boleh mengakibatkan kematian.

      Delete
  71. Saya mempunyai 2 ekor kucg
    Kucing 1. Jantan 4tahun
    Dia kerap tidur, ada masalah fungal, kdg2 muntah, batuk2, dan ada ketulan pd kedua ketiak dan pinggang dia. Kenapa ye?

    Kucing 2. Betina 3tahun
    Haritu dia hlg dari rumah 8hari. Sy jumpa dia dlm longkan xboleh pnjat naik and dapati kaki dia tempang sebelah. Mgkin pelvic fracture sbb ada ketulan pd punggung dia. Dia xboleh membuang air dah 3hari, kalau buang pun cirit yg setitik2.
    So apa perlu sy buat?
    Dan ada suggestion pvt vet atau kerajaan yg tbaik?
    Kerana sy tidak mmpunyai bajet yg byk, bila ke pvt vet sy dah habis dekat 1ribu utk kos surgeri 2 ekor ni sebelum ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, utk kucing pertama yg ada jangkitan fungus, muntah2 dan batuknya mungkin berkaitan dgn masalah hairball akibat kerap menjilat bulu bagi menghilangkan gatal. Ada baiknya u bawa ke vet untuk suntikan bagi menghapuskan fungus tersebut. Yg bengkak2 pada ketiak dan pinggang mungkin gumpalan bulu pada kawasan yg dijangkiti atau satu lagi yg ditakuti ialah kelenjar yg bengkak akibat jangkitan sporo.
      Bagi kucing kedua, keadaannya agak serius, kerana pelvic fracture boleh menyebabkan luka atau bengkak diusus dan pundi kencing dan ini perlu diberikan perhatian serius. Bergantung pada area tempat tinggal u kerana u perlu bawa ke vet yg punya facilities utk surgery, dan vet kerajaan tidak banyak pilihan berbanding vet private. Kos surgery mmg tak murah, saya nasihatkan u boleh cuba bawa ke vet kerajaan dulu dan minta rujukan kemana pusat yg terdekat yg u boleh pergi utk rawatan lanjut.

      Delete
    2. Blh sy tau jgkitan sporo 2 apa?
      Oh ye sy dh bw kucing ke2 tu ke vet kerajaan td, doc kata dia cuma bg ubt tahan skt atau bgkak and dia suruh tggu 5hari kalau makin serius, br ke hosp kerajaan utk xray semua. Ptt ke sy tggu smpai 5hari?

      Delete
    3. Sporo tu jangkitan yg serius dan ada saya buat entri dgn tajuk Sporotrichosis..u boleh baca utk details.
      Kucing ke 2 tu boleh bergerak tak? Jika tak boleh langsung rasanya tak perlu tunggu utk 5 hari dan surut bengkak..tapi apa2 pun u make sure dia boleh mkn dan minum, dan jgn cuba gerakkan anggota kakinya kecuali dia gerakkan sendri..

      Delete
  72. Salam sy ade female persian kitten umr 4bulan. Sy nk mtk pndapat. Nafas die laju dan dalam mcm penat tp xde mencungap cungap..waktu tidur/main/relax baring dn duduk pn nafas die mcmtu..dari hari pertama sy ambil die skrg dh dua bulan sy perhatikan nafas die mmg mcmtu..nafas laju dan dalam mcm manusia guna accessory muscle utk bernafas. Die mkn mcm biasa n kadang2 cmpur ayam rebus dgn dry food sb xnk bg bosan. Air masak bersih slalu ada n tukar 2-3kali sehari sb dia xkn minum kalau ada even seekor semut atau bendasing dlm air die. Dry food hnya mkn rc shj n xde masalah dgn najis samada cirit birit atau sembelit. Dh completed vaksin semalam n pagi ni dh okey mcm biasa tp nafas still mcmtu. Vet pn xde xckp pape.. Die sgt aktif berlari dn bermain spt kucing lain tp sy sgt risau dgn cara die bernafas..adkah die mgalami penyakit serius? Tolong bantu sy!

    ReplyDelete
  73. Salam, jika dilihat dari simtomnya kucing u mengalami tachypnoea ie rapid breathing, dan ada berbagai punca yang menyebabkan kucing kita bernafas seperti itu. Antara sebab2nya ialah asthma, jangkitan saluran pernafasan atas dan bawah (upper n lower), anemia, masalah jantung, tapeworm dan lain2. Kebiasaanya akan ada tanda2 lain seperti letih, tidak aktif, kurang selera makan, kuat minum, demam dan lain2 lagi. Jika dilihat dari aktiviti dan keadaan kucing u, dia mungkin mempunyai simptom tachypnoea tetapi tanpa sebab2 yang berat dan serius. Tak semua tachypnoea menunjukkan tanda kepada masalah yang serius, terutamanya jika dia aktif dan boleh makan serta bermain seperti biasa.

    ReplyDelete
  74. As salam...sy ingin bertanya... kucing sy sejak dari bln januari... mengalami cirit birit d sebbkn sy slh bg mkn... sy bwk ke vet dan kucng sy tlh d cuck antibitik n ubt cirit... tpi njis stil lembik tetapi xtlalu cair... ubat cacing sy dah berikan...sebab sy lihat kucing sy ada muntah n cirit truk smpai bsuk.. sy bwk lgi ke vet...dan tlh bg antibiotk n ubt cirit... lpas mkn ubat selma 3ari lg .. sy dapati njis kucng sy ttap sama..tetap lembik sdgkn sy cuma bg mkn aym rebus cmpur nsi... sya stopkn dlu kibbles.. seari kucng sy akn pegi ke toilet 8x... mean... lps mkn msti mbuang... sy pegi lg ke vet... doc berikn ubat Beazyme dan Metrogyl..dan pstikn sy berikn ubat dan akn tgk cmna hsilnya. Sy isau..da sebulan kucng sy njisnya lembik... xnormal la kalo lps mkn asyik mbuang... dah mkin kurus.. stil aktf n kuat mkn..cuma kalo bermain skejap akn tercungap2 terjelir2 lidah... sy check perot..spt ada benjolan d seblh kanan tpi tdk keras..tlg bntu saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, tempoh sebulan untuk cirit tu agak lama, dan selepas diberikan antibiotik tetap cirit atau najisnya lembik dan kerap menunjukkan ianya bukan disebabkan oleh jangkitan kuman atau bakteria. Kemungkinan paling besar ialah kucing u mengalami alahan pada makanan yang diberikan dan ianya berlarutan. Saya cadangkan u berhenti memberi ayam rebus kerana kadang2 ada kucing yang alah pada protin dalam daging dan ayam, mungkin lebih baik u berikan dia ikan rebus dan nasi atau ikan rebus sahaja tanpa nasi. Satu yang bagus ialah dia masih aktif dan masih berselera makan, dan ini definitely menunjukkan ketulan di sebelah kanan perut bukan cancer. Kemungkinan bengkak didalam abdomennya ialah perut dia sendiri yang timbul kerana dia telah bertambah kurus. U cuba perhatikan samada benjolan tersebut mengecil bila dia belum makan dan menjadi besar apabila dia selesai makan. Jika itu keadaannya jgn risau ttg benjolan tu, tapi jika benjolan tu semakin bertambah besar tanpa mengira keadaan lebih baik bawa semula bertemu vet dihospital.

      Delete
    2. Thax for the info n ur advice.. tima ksih sgt2. Arini sudh selesai bikan ubat Beazyme.. dan kna truskn lgi 2ari utk Metrogyl. Njis ttap lembik cuma pgi tadi sekali shj njis berbntuk. Esok sy akn cuba tukr ikn rbus... dan perhatikan benjolan di perot nya...

      Delete
  75. Assalamualaikum. Saya nak bertanya. Mengapakah kucing saya 3 ke 4 hari ini tidak mahu lagi makan dan tidak mahu mngeluarkan air kencing dan air besar. Tetapi kalau kucing saya ingin mengeluarkan air besar atau air kecil dia akan mengajan sambil berbunyi. Apakah sebabnya tu sis? And bagaimanakah cara mengubatnya? Tolong balass

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, jika dilihat dari simtom yang ditunjukkan oleh kucing u tu, saya rasa masalahnya bukan berkaitan dengan usus atau GIT tetapi lebih kepada masalah jangkitan di saluran kencing atau batu karang, yang kerap berlaku pada kucing dewasa. U cuba pegang dibahagian bawah abdomennya dan jika terdapat bengkakan berkemungkinan itu ialah distended urinary bladder atau pundi kencing yang penuh tetapi tak boleh keluar. Kena segera bawa kucing u ke vet untuk catheterization dan rawatan, jika lewat dan diakibatkan oleh batu karang, takut ianya tidak boleh dirawat secara koncervatif tetapi memerlukan pembedahan.

      Delete
    2. Terima kasih atas maklumatnya sis.. Smpai sekarang dia mash sakit dan tidak mau makan lagi dan sering muntah yang berbuih dan berwarna putih ..

      Delete
    3. Saya nasihatkan u segera bawa ke vet sebelum keadaan kucing menjadi lebih teruk akibat dehidrasi

      Delete
  76. Salam kucingku Duniaku,
    Sya ada 4 ekor kucing yg mana sya rasa tak sihat.
    Kucing pertama( apek) dari hari sya adopt smpai sekarang tahi dia memang lembut.cirit.sya dh tkar kpda smartheart,prodiet,whiskas,wet food,dan ikan rebus.masih juga tahi dia lembut.tp dia aktiv.
    Kucing 2,( kiki) 2blan lbh,
    Dh bwa pg vet,dh injection dan dworm.tahi msh lmbut.cirit.skarang mta dia bertahi.dan mcm katarak je.
    Kucing k 3,( suga) 7 blan
    dri minggu lepas sya perhati dia cirit birit dan tahi dia selalu melekat dkat buntut.bla sya cba bersihkan bki tahi yg melekat dkat dubur tu,dia akan mengerang.
    Kucing ke 4( bingo) 2 blan.
    Sya bru adopt kucing ni.kwn punya dia taknak sbb mta dia kmbang.sya cba bg ubt titik nico,mkn kembng kelopak mta dia.then tkar kpda neo dca.ada perubhan skit.tp msh kmbng.
    Dan msalah sya satu lg.kucing sya kalau dberi ikan rebus dan nasi akan cirit.kenapa ya?sbb sya tngok kucing kwn sya yg lain xda apa2 kalau mkan ikan rbus.ikan tu sya rebus kosong je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Reutler Jaloh..
      Untuk kucing2 ni kesemuanya u berikan makanan yang sama atau berbeza2 ye?
      Bagi kucing pertama Apek, dia mungkin alah dengan jenis makanan yang diberikan seperti yang u sebutkan. Mungkin u kena tau jenis apa kucing u apek ni samada ia dari baka Persian ke Maincoone ke atau yang lain2, yang pemakanannya agak cerewet. U cuba tukar dry food yang diberikan kepada jenis RC, Science Diet, Iaams, Premier Blue LV, Sportsmans atau Blackwood dan EQ. Tak menjadi kesalahan juga untuk cuba memberikan ubat deworming setahun sekali kerana infestasi cacing boleh menyebabkan diarrhoea.
      Bagi Kiki, peringkat awal pemakanan mungkin agak perlu berhati2 kerana umurnya..u kena carikan dia kibbles yang bersesuaian. Ttg mata Kiki, berkemungkinan dia mengalami jangkitan kuman yang kerap kena pada baby kucing, u perlu bersihkan matanya dan applykan terramycin ointment. Agak jarang kitten mendapat cataract, tetapi jika betul ianya cataract pemeriksaan lanjut amat perlu kerana ia melibatkan masalah sistemik seperti cancer, thyroid problem, kidney problem dan diabetes.
      Bagi kucing ke3, jika cirit biritnya teruk u better puasakan selama 12 jam dari sebarang makanan kecuali air kosong yang bersih. Selepas itu baru u berikan makanan yang lembut sedikit demi sedikit.
      Kucing keempat mengalami jangkitan mata, neodeca tidak begitu sesuai berbanding dgn terramycin ointment atau chloramphenicol ointment. U perlu bersihkan dahulu matanya dgn tuala basah yang bersih setiap hari.

      Kebiasaanya kucing jarang mengalami alahan kepada nasi dan ikan, tetapi ada juga kucing yang tak tahan dgn gluten. Mungkin lebih baik u berikan ikan rebus atau ayam rebus tanpa kulit sahaja tanpa mencampurkan dengan nasi.

      Saya harap ianya dapat membantu.

      Delete
    2. salam,kiki dan bingo saya bagi prodiet kitten,yg bsar saya bg smartheart.apek tu jnis kucing siam,yg bingo tu,maincoone.kiki dan suga kucing biasa.sekarang saya dh cba puasakan suga.yg mta bingo tu mcm ada perubahan bila saya dh tukar kepada teramycin.

      Delete
    3. Dari pengalaman saya sendiri antara mkn premium yg paling elok utk kucing2 yg berbagai baka ni ialah Vitapet, berbanding prodiet whiskas dan smartheart. Alhamdulillah diharap mata bingo tu akan bertambah elok.

      Delete
  77. Satu lg,kucing sya kiki tu,sya tengok mcm bnyak hingus sja.smua tu dia dpat selepas g cucuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vaccination pada umur 8 minggu biasanya ialah combined vaccination, dan ianya mengandungi activated virus yang akan menyebabkan badan membina immunity terhadap virus tersebut. Selsema yang dihadapi mungkin kesan sampingan vaccination tersebut.

      Delete
    2. salam sis,terima kasih diatas info tp kucing saya tu dah nak dkat sbulan kna injection.14.3 ni nanti injection k 2 kali.kalau dia msh x sihat boleh kna suntik k?@ tunggu dia sihat?

      Delete
    3. Biasanya jika kucing u masih tak sihat boleh ditangguhkan vaccination susulan, takut mudharat pada kucing juga. Mungkin u perlu highlight pd vet yg flu kucing tu berpjgan, maybe ada option vaccine yg berbeza

      Delete
    4. Kucing sy accident semalam ... rsanya mcm rahang kt bwah mulut dy path .. dn telinga dy senget .. mulut dy ternganga ..xble brnafas kt hidung .. Kat semporna Ni xda vet .. yg ad jabatan haiwan ..

      Delete
  78. Mcm mana nk smbuhkan dy ... :( sy risau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply. Agak serius keadaan kucing u tu n mmg perlu dibawa ke vet secepat mungkin. Di jbtn haiwan biasanya ada vet yg merawat ternakan, u boleh cuba bawa kucing u tu ke vet dijbtn haiwan utk rawatan segera. Jika tidak berjaya, pastikan kucing u dapat minum air secukupnya, samada u syringekan ke dlm mulut dia. Jika dia boleh menelan, boleh cuba syringekan makanan yg halus dan berair utk kucing u survive.

      Delete
  79. Asalamualaikum cik...nak tnya ni...dua ekor kucing sya ada mslah kencing n muntah warna kuning cair...sekor da mati...kucing2 sya ni xnk mkn ..berat bdn pn da mkin susut...apakah masalah n bagaimna cra mengatasinya..???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..bila u kata masalah kencing maksudnya apa ye? Dia tak boleh kencing atau sikit sangat kencingnya? Jika dia muntah2 dan tak boleh kencing..mungkin masalahnya adalah berkaitan jangkitan kuman pada saluran dan pundi kencing dan ini amat kritikal, perlu rawatan segera. Mungkin juga jika ianya tak berkaitan dgn kencing, kucing u mungkin mendapat jangkitan virus. Cuma pastikan sekurang2nya mesti minum air yg banyak ye, takut dehidrasi dan boleh menyebabkan kematian

      Delete
  80. Sya nk bwak ke klinik haiwan tp masalahnya kt kg ni xda klinik tu....bleh tak bg tips bagaimana nk rawat sndri at umah...??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk rawatan sendiri dirumah u perlu puasakan sementara dalam 12-24 jam dari makanan solid kecuali air kosong yang bersih. Jika dia sukar untuk minum u berikan dengan menggunakan syringe secara berterusan untuk mengelakkan dehidrasi. Selepas 12 jam cuba berikan makanan yang lembut sedikit demi sedikit. Jika dikawasan berhampiran ada kedai petshop cuba carikan makanan untuk kucing yang sakit ie Avoderm dan syringekan ke mulutnya jika dia tak mau makan. Harap dapat membantu

      Delete
  81. Salam...cik Kucingku Duniaku. Akak dh perasan 2 ari lps kucing akak jantan bka parsi kencing tk lawas dan keruh. Akak beri dia minum RO water dn kencingnya byk semula tp hri ni awl pgi subuh td akak tgk kencing nya diluar litterbox dan berwarna merah cair. Mlm ni bbrpa kli asyik g ke litter box nya teran nk kencin tp kencin tk kluar dah asyik menjilat bwhnya. Masih mkn dn dr dlu mkn prodiet. Sempat tak dia berthn sehingga besok kak nk bwa g vet. Risau thp gaban dh ni. Dh 5thn kak perliharanya ni bru pertama kli dia mengalami mslh cmni. Mksh byk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak, dari simtom yang ditunjukkan rasanya kucing akak mengalami masalah jangkitan kencing atau batu karang pada kucing, seperti yang kucing saya pernah alami dulu. Biasanya ia bermula dari jenis makanan yang kita berikan terutamanya dry food, tapi boleh juga kerana kucing kita kurang minum air semasa dia sihat. InsyaAllah boleh dia bertahan hingga esok tapi buat sementara waktu akak perlu pastikan dia minum sentiasa air kosong yang bersih. Biasanya vet akan cuba untuk merawat masalahnya tanpa melakukan surgeri kecuali jika ianya tidak berkesan, Kucing akak perlu diadmit buat beberapa hari sepatutnya untuk rawatan dan intravenous drip. Bagi kucing dewasa masalah ini agak common, nanti akak perlu tukarkan dietnya kepada Science Diet untuk kucing yang dewasa kerana kibbles science diet kurang acidic dan kurang membentuk crystal yang boleh menyebabkan masalah kencing berdarah

      Delete
    2. Alhamdulilah..terimakasih byk2 atas info dr cik, mg ats nasihat cik kak bg minum air ksg byk2 semlm walaupun dipksa minum mgunakan syringe. Pepgi lg akak dh bwa g vet mmg btul apa yg cik jelaskan kucin kak mglmi mslh btu karang. Mg btul juga dokt tk mlakukan surgeri syukur sgt hnya masuk tiub wayar utk kuarkn air kencinnya yg bercmpur drh dan pundi kencin nya dh sebesar bola golf msa kak bwa tu dan dokt juga admitkn dia tuk tgk pekembangannya. Bila bwa tu dokt kta sgt serius akak dh tk boleh thn terus menangis teresak2 sb dh mcm ank sndiri teman kita dikala sunyi suka n susah. Kak dh la xde ank n suami hnya bermnja ng si Tomy akak tu je. hehehe..lega seleganya. Mksh kerana sudi menberi info yg membuatkan akak pencinta makluk kesayangan Nabi ni boleh bertindak dlu sblum ke Vet. Mksh byk2 sgt. Akak akn jdkan blog Cik ni sebg rujukan sentiasa.

      Delete
    3. Syukur alhamdulillah dapat kita berkongsi ilmu..saya pun mengumpulkan maklumat2 dan info2 ni utk kegunaan sendiri dan sesiapa juga yg sudi membaca..demi kucing2 kesayangan kita semua..syukur kucing akak dah dalam jagaan vet sekarang..nanti akak jgn lupa tukarkan mkn si Tomy tu ye dan boleh akak berikan makanan yg basah seperti ikan rebus gak..

      Delete
    4. Cik kucingku Duniaku, pgi ni vet cl nmpknya si Tomy akak xberjaya survive. Admitted 2 hari semlm kak g tgk dia kuar kencin tp bengkak tk surut dokt suspect dh kna infection kt buah pinggang. Berakhirlah kehidupannya bersma akak. Biar pun sedih tersgt2 namun jika itu boleh mengurangkan kesakitannya kak redha, kita dh berusaha menyelamatkannya tp dh smpi msanya. Your memory remains with me forever, gudbye my love. Mksh yea sja nk share. Tk sempat nk bg sciene diet kak d bli siap2 igt nk jmu bila blik nti. Tkpe sedekah kt kucin lain.

      Delete
    5. Kak..sedihnya..kucing saya dulu pun mengalami masalah yg sama tapi saya tak perasan hingga 4-5 hari dia tak kencing..tapi alhamdulillah vet dapat selesaikan masalahnya walaupun kena admit 5 hari.. Tak pa lah kak, akak dah cuba yg terbaik utk Tomy, insyaAllah akak akan dapat kucing baru mengganti Tomy soon..

      Delete
  82. Salam, masa kucing sy 5 bulan, sy tukar maknn dia dr nutram ke royal canin sensible. Skrang umur dia 9 bulan dan masih berak cair sejak tukar maknn tu. Poop dia tak berdarah tapi cair dan warna kuning. Sy pun nmpk masa dia buang air tu, dia meneran dan sakit. Dia sdg diberi vaksin. Kali ketiga 24/3 ni. Apa sy patut buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, saya rasa kucing u mungkin tidak sesuai dengan kandungan nutrien RC walaupun ianya dikategorikan sebagai antara makanan yang mahal dan berjenama untuk kucing. Sebab itu najisnya sentiasa cair dan kekuningan. Seeloknya u cuba tukarkan jenis kibbles yang u berikan pada kucing u tersebut, dan lebih baik u cuba perhatikan jenis ingredients yang ada pada RC tersebut seperti protin dari ayam dan daging contohnya yang mungkin boleh menyebabkan alahan pada kucing. Antara jenis lain yang agak bagus termasuk Sportsman, EQ, IAMS dan Science diet.
      Tentang vaccination u perlu teruskan kerana ianya tidak berkaitan dengan keadaan najis kucing, tetapi ada baiknya jika vet turut memberikan ubat cacing pada kucing u semasa vaccination.
      Satu lagi mungkin u boleh berikan wetfood pada kucing seperti ikan rebus dan atau tanpa nasi..

      Delete
  83. oh my gaddd thank you sangat2 , my kucing semalam sembelit and i takut sangat . dgn tak jadual padat haih . nasib sangat jumpa blog ni . thank you very much .

    ReplyDelete
  84. oh my gaddd thank you sangat2 , my kucing semalam sembelit and i takut sangat . dgn tak jadual padat haih . nasib sangat jumpa blog ni . thank you very much .

    ReplyDelete
  85. Kucing saya selalu berak berdarah..so selepas 24 jam, boleh x kalau saya bagi kucing saya makan nasi campur ikan..

    ReplyDelete
  86. Kucing saya selalu berak berdarah..so selepas 24 jam, boleh x kalau saya bagi kucing saya makan nasi campur ikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, jika kucing u berak berdarah kerana sembelit atau kerap berak berdarah, kena cuba bawa ke vet juga ye. Cuba kurangkan mknan yg kering seperti kibbles, boleh diberikan ikan rebus atau ayam rebus tanpa tulang..boleh dicampurkan dgn nasi yg lembut ye..

      Delete
  87. Salam KD,
    Maaf ganggu..anak kucing saya umur 2bulan..cantik putih hitam gemuk dan comel..dah boleh jalan jalan jadi sy letak dilua rumah bia dia belaja jadi kucing sebenar dan kuat..selang beberapa hari jumpa dia lemah mengigil jadi sy bawa masuk rumah semula..malam ni baru je ni..sy tgk dia xboleh angkat kepala pulak dah..adui..sedih sy tgk dia..sy nk tolong angkat alih alih sikit tempat dia pun dia mcm mengiau sakit..sy xmampu nk buat apa..saya xpernah bela kucing..tp sy suka kucing..tolong sy KD..ape dah jadi kucing ni sedemikian rupa.. mohon bantuan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, pada usia dua bulan terlalu kecil untuk kita biarkan diluar rumah, sangat mudah dijangkiti virus dari kucing2 diluar sana, juga sangat mudah mengalami kecederaan akibat diserang kucing yg lebih besar, anjing dsbnya. Rasanya agak sukar utk kucing Hiro tu pulih seperti biasa, buat sementara ni cuba pastikan dia boleh minum walaupun sedikit sedikit. Jika Hiro berminat untuk memelihara kucing, jika anak kucing itu masih kecil jgn diletakkan diluar rumah sepenuhnya..kita kena pastikan dia cukup sedia sebelum dilepaskan keluar sendirian. Hiro boleh melepaskannya sekejap2 utk bermain diluar tetapi biarkan dia tidur dirumah terutama waktu malam, aturkan makanan dan minumannya supaya dia tau dia ada tempat utk pulang. Jika dapat diberikan vaksinasi lengkap sebelum dilepaskan lebih baik.

      Delete
    2. Salam KD, Terima kasih atas nasihat..mmg sy suapkan dia air sedari beliau tidak mampu mengangkat kepalanya pun..pagi td baca KD punya reply sy trus bergegas bg lagi dgn kuada tambahan air yassin..tapi apakan daya Allah Taala menjemput beliau jam 12.45 tghari tadi. Ibu beliau bernama pau disamping beliau tatkala nazak membelai memandikan dia disaat sakaratulmaut..sy sebak lalu pergi xmampu melihatnya lagi. Allah Taala syg dia..sy terpikir kejap si anak kucing binatang tiada punyai dosa pun menjalani sakaratulmaut sampai terkencing kencing terkinja kinja, bagaimana saya yg penuh dosa menjalaninya..ya Allah ampun dosa saya dan ummah ini...

      Terima Kasih KD

      Delete
  88. Salam Hiro, sebak rasanya membaca perkongsian perasaan u tadi. Allah SWT mendidik kita supaya sedar dlm setiap perkara yg kita lalui, insyaAllah ada yg lebih baik menanti u nanti..amin..teruskan mengasihi kucing2 kerana ianya salah satu jln kita beramal.

    ReplyDelete
  89. salam.. tumpang tnya.. kucing sy muntah2 lpas sy hantr p vet sbb leher dia dah brdarah sbb kuat garu.. dia mkn je sikit trus muntah.. ni dah 4 hari dah.. kucing sy xprnah vaksin.. adkah effect kena cuxuk tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, biasanya lepas vaksin kucing jarang muntah tapi mungkin akan demam dan selsema. Adakah vet turut memberikan kucing u tu antibiotik utk luka? Jika ye mungkin dia tak tahan dgn ubat. Buat masa ni jika masih muntah cuba puasakan dulu utk 12 jam sebelum cuba berikan dia sedikit demi sedikit makanan..

      Delete
  90. Salam. Kucing sy dlm 2 bulan. Dia cirit-birit dan sy dah pun bawa ke vet. Ubat sy dah beri. Tapi kucing sy still xnak makan. Apa yang perlu sy buat. Sy risau sgt tgk dia mcm tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, utk umur dua bulan dikira masih kitten lagi dan cirit birit boleh menyebabkan dia dehidrated. Cuba puasakan dia selama 12 jam dan berikan dia air bersih sahaja sebelum mula berikan mknan sedikit demi sedikit kemudian

      Delete
  91. Salam KD.. memeow saya alami demam panas baru2 nie.. saya dh hantar ke vet.. balik ke rumah saya ada bg dia minum susu kambing + air vitamin yg beri oleh vet.. 2 3 hari nie sy perasan dia poo cair.. jd sy stop bg susu tu.. apa yg perlu saya buat? dulu dia aktif normal.. tp selepas demam panas tu dia jalan goyang2 xstabil.. apa yg perlu saya buat? ini kali pertama ni berlaku selama saya bela kucing..terima kasih KD :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zalikha, memang u perlu berhentikan susu kambing tu sebab tak semua makanan kita selamat untuk kucing. Buat sementara ni jika poonya masih cair u kena puasakan dulu, tapi jika poonya sudah hampir normal u boleh berikan dia makanan yang lembut untuk kucing2 yang kurang sihat seperti jenama Avoderm (wetfood). Pastikan dia sentiasa mendapat air bersih secukupnya, insyaAllah dia boleh sembuh. Cuba tempatkan kucing u dalam sangkar buat sementara waktu untuk dia berehat sepenuhnya sehingga sembuh.

      Delete
    2. Salam tq KD.. sekurang2nya ambil masa berapa lama kucing utk sembuh dari demam panas ye? skrg dia dah blh bangun berjalan tp sikit thuyung hayang mcm xstabil.. kenapa ye? sy risau sgt

      Delete
    3. Salam, biasanya kucing akan ambil masa beberapa hari ke seminggu utk pulih sepenuhnya..dia mungkin masih lemah lagi dan masih sakit pada otot2nya akibat demam tempohari, sebab tu agak tak stabil. Cuma pastikan dia cukup rehat dan boleh makan dan minum sedikit sedikit, insyaAllah dia aken sembuh

      Delete
  92. salam. sebelum nie ank kucing sy cirit birit. lepas tu sy bg mkn ubt cirit birit dan ubt cacing sebab sblm ni dia berak kua cacing.. lepas dri sy bg ubat, dia da okay.tp hari ni sy tengok mcm dia susah nk berak.. kenapa ya jd mcm tu?

    ReplyDelete
  93. lagi 1 dia akif dan kuat makan.. sy bg dia wetfood whiskas dan kdg2 bg ikan rebus.. knp jadi mcm tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, berkemungkinan masalah susah buang air besar tu akibat kesan sampingan apabila kita memberi ubat cirit birit pada anak kucing. Teruskan memberi wet food dan ikan rebus bersama air bersih, ianya akan jadi seperti sediakala. Jika masih lagi sukar u boleh carikan laxative utk diberi pada kucing dikedai vet, hanya bila perlu ye.

      Delete