Friday, 7 November 2014

Sporotrichosis pada kucing..

Kerapkali kita dengar atau baca tentang jangkitan sporo pada kucing..apa sebenarnya sporo?

Sporo atau nama penuhnya "Sporotrichosis" adalah jangkitan fungus yang jarang berlaku tetapi boleh menjadi fatal dan boleh terjadi pada manusia, anjing dan kucing. Ianya disebabkan oleh sejenis fungus Sporothrix schenkii yang hidup didalam tanah dan bahan2 buangan organic. Fungus ini berpotensi untuk menyebabkan jangkitan pada kulit, sistem pernafasan, tulang dan kadangkala jangkitan di otak, dan penyakit ini dikenali sebagai Sporotrichosis. Modus transmisi fungus ini ialah melalui inokulasi terus (direct innoculation), iaitu melalui luka abrasi pada kulit atau melalui pernafasan/inhalasi. Transmisi fungus ini boleh berlaku secara antara haiwan dengan haiwan lain dan juga antara haiwan kepada manusia. 


Sporothrix schenkii: dimorphic (mold n yeast) fungus
Kucing lebih kerap mendapat jangkitan sporotrichosis kulit yang teruk, dan ini membuatkan mereka lebih mudah untuk menjangkiti kucing2 lain dan juga manusia. Kucing2 yang dibiarkan outdoor lebih mudah dijangkiti melalui luka akibat pergaduhan samada puncture wound atau scratches.

Jenis2 sporotrichosis dan gejala jangkitan:

# Sporotrichosis pada kulit (cutaneous).

- kerap berlaku di kepala, hidung dan ekor kucing.
- terdapat bengkakan (bumps) atau lesion pada kulit luar, serta kelenjar membengkak.
- lesion biasanya kelihatan seperti luka yang bernanah, ulcerative dan tidak sembuh.
- tidak menunjukkan perubahan dengan rawatan antibiotik
- kerap berlaku dikawasan yang pernah luka.
- terdapat juga bengkakan limfa atau lymphadenopathy.




Jangkitan sporo di hidung dan muka


ulcerative lesion di kaki akibat sporo

Sporo di hidung, peringkat awal


Pada manusia, sporotrichosis lebih kerap terjadi di tangan, muka dan jari2 tangan. Ini kerap berlaku apabila kita bersentuhan dengan kucing yang menghidapi sporotrichosis, samada melalui direct contact dengan lelehan cecair dari lesion di kucing  tersebut atau melalui luka. 


Sporo pada manusia

Sporo dibadan

Jari paling mudah dijangkiti sporo

# Disseminated sporotrichosis (sporotrichosis yang merebak ke seluruh sistem).

- jarang berlaku, terjadi apabila jangkitan awal merebak ke kawasan lain ie sekunder
- tanda2 sistemik seperti keletihan (malaise) dan demam
- Osteoarticular sporotrichosis apabila jangkitan merebak ke tulang dan sendi
- Sporotrichosis meningitis apabila jangkitan merebak ke otak dan sistem saraf
- kucing akan hilang selera makan (anorexia) dan hilang berat badan (cachexia)


# Pulmonary sporotrichosis.

- ini berlaku apabila spora fungus ini masuk ke dalam paru2 secara inhalasi
- kucing akan menunjukkan tanda2 pneumonia ie radang paru2


Bagaimana sporotrichosis di diagnos?

Diagnosis untuk sporotrichosis pada kucing boleh dilakukan dengan mudah. Ini kerana sejumlah besar fungus sporo ini berada didalam bendalir atau cecair pada lesion kulit, dan ianya boleh dilihat dibawah mikroskop. 


Adakah sporo boleh dirawat?

Sporotrichosis boleh dirawat jika cepat dikenalpasti. Antara rawatan yang biasanya digunakan ialah antifungus Itraconazole (Sporanox) pada dose 10mg/kg/day. Jangkawaktu rawatan biasanya agak panjang selama 3-4 minggu. Satu lagi antifungus yang boleh diguna ialah Terbinafine (Lamisil). 

Oleh kerana Sporothrix schenkii ialah sejenis fungus, rawatan menggunakan antibiotik tidak akan berkesan, dan perlu dielakkan memberi steroid kepada kucing yang dijangkiti.


## Sporotrichosis merupakan zoonotic infection, dan manusia boleh dijangkiti apabila bersentuhan dengan kucing yang menghidapi penyakit ini. Perlu dititikberatkan aspek kebersihan ketika membersihkan luka pada kucing yang kita rasa mungkin diakibatkan oleh sporo, seperti dengan memakai sarung tangan dan mengelakkan sentuhan secara direct contact.


27 comments:

  1. Siapa nak cuba alternatif utk merawat sporo..boleh whatsapp saya 0182227022...saya dh berjaya merawat 2 ekor kucing saya dgn cara tak sengaja selepas dh buntu bagi makan ubat 4 bulan...alhamdulillah skrg dah baik selepas 20 hari buat rawatan alternatif tanpa ubat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga incase puan dapat share dgn semua

      Delete
    2. maaf bertanye.....bagaimane nk merawat kucing yg terkene sporo ni...mahal sangat ke coz rawatan die

      Delete
    3. maaf bertanye.....bagaimane nk merawat kucing yg terkene sporo ni...mahal sangat ke coz rawatan die

      Delete
    4. Alhamdulillah, awak tidak lokek dng ilmu yg Allah telah berikan pd awak.

      Delete
    5. Norazlina, maaf tak menjawab soalan awak selama ni. Saya terlepas pandang. Kos rawatan sporo jika diagnosisnya tepat tidaklah terlalu mahal, cuma perlu diberikan pada jangkawaktu yg panjang..
      En Halim Ahmad..sharing is caring 😊

      Delete
  2. Salam, kucing saya baru melahirkan sekumpulan anak kucing dalam 6 ekor. Salah seekor tue mengikut kata ibu saya, ade sejenis kurap tapi x tahu jenis apa dan sy pown x tahu nk determine kurap apa. Berdasarkan gambaran ibu saya, saya agak ianya adalah sporo kerana kurap berwarna merah. Kurap terletak di bahagian bahu si anak kucing dan ade di bibir nya sedikit. Apakah cadangan KD untuk merawat kucing tersebut kerana umurnya baru sahaja menjangkau seminggu dan masih perlu disusui. Ibu saya menggunakan franch oil dan meletakkannya di bahagian bahu dan di bibir saya suruh die letak minyak ikan goreng sprt ap yg sy bce di blog dll. Apa yg ptot saya buat? Saya takot jikalau ianya berjangkit kepada kucing lain dan ibunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, rasanya lesion yg kelihatan mungkin bukan sporo kerana kitten tu terlalu muda dan tak terdedah diluar lagi, kecuali jika ada kucing lain atau ibunya yg dijangkiti dgn sporo. Cuba dapatkan miconazole cream utk disapukan pada ruam tersebut kerana ia mungkin fungus.

      Delete
  3. Saya dijangkiti sporo kucing sbb sering bersentuhan dgn kulit meow masa bubuh ubat.. Dah 3 bulan tapi masih x sembuh walaupun dah cuba bermacam2 jenis ubat ubatan klinikT-T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan, adakah puan telah mengambil ubat sporanox? Ubat utk sporo hanya sporanox atau itrazole 200mg sehari sekali untuk 2 minggu dan perlu diulang selepas berehat dari mengambil ubat selama 2 minggu juga. Dan sporo mmg mengambil masa utk sembuh

      Delete
    2. dimana boleh daptkan ubat sporanox @ itrazole.

      Delete
    3. @Suraya Su, sporanox is a controlled drugs so puan boleh beli di klinik samada di vet atau di klinik gp biasa.

      Delete
  4. hai...bole share skit ubat2 untuk sporo kucing nie??harap sgt bole mmbantu sy,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, utk sporo ubatnya ialah sporanox atau itrazole dgn dos berbeza ikut berat bdn kucing

      Delete
    2. Ubat tu nk bgi mcm mne yer , kucing sy berat 3kg lbh

      Delete
    3. Arif Aiman, boleh bagi dalam 30 mg itrazole sehari sekali. Cara paling mudah ialah membuka kapsul ubat dan cairkan dalam 1 ml air, gunakan syringe ye, dan berikan sebanyak 0.3 ml utk sekali sehari. Tetapi memandangkan ubat tersebut agak mahal, saya selalu membahagikan serbuk didalam kapsul tersebut kepada 10 bhgn dan berikan 3 bhgn setiap kali sehari sekali. Boleh campurkan dgn wet food untuk lebih mudah.

      Delete
  5. Lubng hidung kanan kucing sy seperti ad sesuatu..dy slalu brsin berulng kali dlm msa yg sma.. perkara ni pernh berlaku pda kucing sy yg telh mati akibt sporo.. mahal utk ubatinya sy xmampu�� .. sy terpaksa melepaskan dy.. sbb parent sy ad pnykit kencing manis sy takot brjangkit dgn mereka jd sy terpaksa.. arwh kucing sy itu hidung mnjd besr.. ttp kucing sy yg satu ni lubng hidung spt ad isi.. adkh ini jngkitan sporo pd awlnya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kemungkinan kucing u mengalami ketumbuhan atau kanser hidung ie adenocarcinoma yang menyebabkan kucing u bersin berulangkali, ada discaj yang berterusan dari hidung dan mukanya boleh menjadi deform sedikit. Ia juga mungkin tanda awal jangkitan sporo. Tidak ada cara lain untuk kita mengenalpasti masalah sebenar kecuali dengan membawa kucing u ke vet, cuba cari vet dari kerajaan yang harganya amat murah.

      Delete
  6. Salam.... Kucing sy menghidap penyakit sporo dan ia kerap bersin... Jadi sy nk tanya adakah bersin itu disebabkan penyakit sporo ataupun penyakit lain... Dan satu lgi bleh ker kalau sy nk bagi kucing sy yg berpenyakit sporo itu makan makanan selain makanan kucing... Kerana dia jadi kurang selera untuk makan makanan kucing?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..penyakit sporo boleh menyebabkan immune system kucing berkurangan dan dia boleh dijangkiti dengan selsema serta bersin yang kerap. Untuk pemakanan kucing yang dijangkiti sporo, tak banyak beza dengan kucing lain dan jika dia tidak berselera untuk makan makanan kucing, u boleh berikan dia makanan seperti nasi dicampurkan dengan ayam rebus atau ikan rebus.

      Delete
  7. Salam. Bagaimana untuk tahu kita dijangkiti sphoro kalau bukan melalui luka atau sentuhan kulit yg dpt dilihat dengan mata kasar. Memandangkan ada kemungkinan boleh berlaku melalui jangkitan udara. Kucing saya baru dikenalpasti mempunyai jangkitan sphoro tetapi luka dia dah dekat 3 minggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..sporo pada manusia berjangkit melalui sentuhan pada luka atau lelehan dari kucing yang dijangkiti sporo. Agak sukar untuk kita tahu kita dijangkiti atau tidak jika kita tidak mempunyai ruam yang tak sembuh2 dan merebak. Kebiasaannya jangkitan sporo pada manusia akan menunjukkan tanda2 pada kulit.

      Delete
  8. Penyakit sporo boleh diubati
    https://www.psherbs.com/bolehkah-kucing-berpenyakit-sporo-diubati-dan-sembuh/

    ReplyDelete
  9. Kucing aku baru ni dijangkiti sporo dan telah merebak ke hidung. Tetapi, di hidung masih lagi dlm peringkat permulaan tetapi tapak kakinya sudah byk luka yg besar juga. Lalu aku pergi ke klinik kerajaan utk cek. Mereka suggest ambil ubat sporo di farmasi berdekatan. Sampai di farmasi, aku beritahu kakak tue, aku nak ubat sporo utk kucing. Lalu mereka bagi ubat yg nama ubat tue' Inox ' .Tanya mereka brp dos yg diperlukan oleh kucing .Mereka suruh rujuk Dr. Sehingga saya pergi ke klinik haiwan,saya tunjuk ubat yg saya beli utk Choko. Dr cina tersebut memberitahu saya dgn nada yg agak tegas.. " inox ini ubat sporo utk manusia, haiwan tak boleh makan.. Nanti risikokan hati kucing "." Kalau awak sakit, bolehke awak makan ubat kucing " ..saya balas ..mestilah tak boleh..Dr menjawab " Haa.. Sama jugak dgn kucing, awak kena beli ubat sporo haiwan utk haiwan punya la".Baru saya tahu yg ubat inox tu ubat sporo manusia, dan kucing dilarang makan sama sekali. Even kalau u bagi kucing u makan suplement utk lindungi hati dia, still hatinya ada kesan tak baik dari ubat inox tersebut. Adoii, pelik jugak akak farmasi ni, tak de pun ckp ubat manusia ni sbnrnya kucing x boleh makan.. Tapi, selamba je suggest kat aku ubat ni...rasa nak marah pun ada jugak ni.. 😅.So, Dr cina tu bagi akh ubat sporo khas utk haiwan.. Sebiji dalm rm 4.lebih je,wajib makan setiap hari selama 10 hari utk lihat perkembangannya.. Dan sebotol ubat spray botol hijau.. Harganya rm 50 utk elak kaki choko dari langau bertelur.. Nanti lagi susah nak sembuh.. Itu jela nak bgtw sedikit ilmu yg bagi aku amat penting utk kebaikan kucing kita. Apa2pun,pergi terus ke klinik haiwan sebab Dr haiwan lebih arif ttg kesihatan haiwan peliharaan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ubat utk sporo untuk kucing berbeza dosagenya dgn ubat yang ada untuk manusia jadi kita memang kena tau dosage yang betul untuk tidak memudaratkan kucing.

      Delete
    2. Kucing saya dijangkiti sporo..doktor dh bg ubat utk 10 hr tp masih x de effect..kakinya dh mula berdarah..apa patut saya buat..adakah kos tinggi kalau dibawa jumpa vet utk rawatan.bolehkah penyakit ni bawa kpd kematian

      Delete
    3. Luka pada kaki kucing juga perlu dibersihkan sentiasa dan ubat untuk sporo memerlukan pengambilan dalam jangkawaktu yang lebih panjang. Sporo boleh diubati tetapi jika dibiarkan memang ianya boleh membawa kepada kematian, saya nasihatkan bawa semula ke vet untuk penilaian dan rawatan lanjut.

      Delete