Wednesday 24 July 2013

Kucing2 baru dirumahku kini..

Dalam kesibukan keluarga berpindah rumah..kami hilang semua kucing2 kesayangan kami satu persatu. Aku tak bercadang mencari kucing2 baru, biarlah...hingga pada 22 Feb 2013 seorang rakan dan juga pesakitku bertanyakan samada aku ingin mengambil satu keluarga kucing2 baka maine coon mixed 5 ekor semuanya...1 ibu dan 4 anak..apa lagi, aku yang memang sukakan kucing terus bersetuju.
Risau juga sebab suamiku bukan terlalu sukakan kucing, amat memilih dan amat particular dgn kucing2 yang aku nak bela. Ketika aku terima kucing2 tu yang bernama Mili (ibunya) dgn 4 anak2 yang sangat cute..aku terus jatuh cinta dan aku cukup pasti yang lain dirumah pasti akan turut gembira.

Benar telahanku...siapa yang tak akan jatuh cinta dgn kucing2 secomel mereka ni?

Zulu..antara yang paling kecil waktu sampai ke rumah kami..tapi sekarang sudah gebu!


Mili..siibu yang sedang  berbadan dua waktu gambar ni aku snap!


Mia..kami gelar si Amoi..kuat tidur sampai sembab muka. Mia antara yang paling besar waktu kami terima Feb lepas.

Ini kami namakan Rio..betina..tak banyak ragam kecuali bermasalah dgn telinga

Ini Ringgo...garang..tapi manja..pun tak banyak kerenah..
Zulu..satu2nya jantan dalam keluarga Mili
Zulu yang special..kerana matanya dual color!
Banyak kerenah si Zulu yang menghiburkan kami sekeluarga..


Satu lagi kegemaran Zulu..pantang jumpa jari pasti dikunyahnya
Ini Rover...kucing yang diambil selepas terselit didalam engine Range Rover jiran..
Jantan..tetapi penakut dan amat manja..pantang nampak peha gerenti dia akan minta dipangku.
Ini Nico..pemberian seorang dari patientku..garang2 manja..


Kesemua mereka kami tempatkan didalam kandang yang sama...agak luas dan selesa untuk mereka berehat dan bermain. Untuk mengelakkan hujan yang tak menentu kami letakkan bidai buluh dibahagian depan. Waktu makan mereka berjadual...lebihkurang 5 kali sehari dan bekas makanan akan diletakkan di luar sesudah makan. Ini untuk mendisiplinkan mereka untuk makan mengikut waktu ditetapkan. Kesemuanya berkongsi mangkuk untuk litter yang sama, kami menggunakan wood pieces berbanding pasir kucing kerana lebih ekonomi dan lebih bersih serta tidak berbau.


Waktu berehat...si Mia dan Ringgo berkongsi
Feeding time...semua beratur mengikut mangkuk masing2 hehe



Rover bermanja dengan Ringgo...menyelit tidur!

Zulu, Ringgo dan Rio...sesudah mandi dan di hair dryer..cuma waktu ni Mia saja yang belum dimandikan.








Banyak lagi gambar2 mereka yang aku belum sempat untuk update..seronok melayan kerenah mereka semua ni..kesemuanya manja2 dan rajin bergurau. Anak jiran kami juga suka melayan mereka dan selalu datang bermain dengan kucing2 ni..
Pada waktu aku menulis ni, Mili dah selamat melahirkan 7 anak, 4 putih, 2 hitam dan 1 oren! Cuma yang seekor putih tu dah mati selepas 2 hari dilahirkan, dia tak pandai menyusu dan selalu kalah dgn yang lain..sedih juga sebab semuanya comel2 dan berekor panjang lurus. Ada waktu dan bila mereka semua dah besar sedikit aku akan update gambar baby2 baru tu pula.








3 comments:

  1. Hi doc.. Nak tanya.. Apakah shampoo yg sesuai utk cat yg berwarna putih??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..biasanya apa2 jenis shampoo termasuk shampoo yang medicated seperti antiflea boleh digunakan pada kucing dgn bulu putih kerana ia tidak meninggalkan stain pada bulu kucing

      Delete