Thursday, 12 September 2013

Perkara yang elok diketahui jika berminat memelihara kucing...for the first timer..

Ramai yang berminat nak bela kucing, tapi ramai yang takut ianya akan merumitkan jadual harian masing2. Sebenarnya yang paling utama ialah minat kita pada kucing, kerana dari minat baru kita boleh menerima kucing2 tu sebagai sebahagian dari kita. Kucing ada kerenah masing2, ada masanya boleh menyebabkan kita stress, tapi jika kita meminati dan menyayangi kucing2 tu, stress tu akan hilang sendiri. Percaya atau tidak, kehadiran kucing2 yang kita bela dirumah kita sebenarnya satu bentuk terapi yang mengajar minda kita untuk bersabar, serta ianya membantu menghilangkan stress harian kita bila melihat telatah mereka.

Aku mula membela kucing dari kecil, masa tu aku tak tau pun apa2 tentang penjagaan kucing, jenis penyakit kucing, baka2 kucing..tapi itu tidak mendatangkan masalah. Kucing2 kampung juga sebenarnya cantik jika dijaga dengan betul, walaupun pada sesetengah peminat kucing mereka mementingkan baka dan sebagainya, pada aku semua kucing tu makhluk Allah SWT yang sangat cantik, tiada bezanya antara mereka. Dan sehingga sekarang ini aku tidak mementingkan baka, dan semua kucing2 yang aku bela tak pernah aku beli dikedai tetapi aku dapat dari kawan2 yang berkongsi minat yang sama secara percuma.

Disini aku kongsikan beberapa tips untuk sesiapa saja yang berniat ingin mengambil kucing untuk dipelihara buat pertama kali..


* DIMANA NAK KITA ADOPT KUCING2 NI? Terserah pada kita, samada kita cerewet memilih baka atau tidak. Kita boleh cari dikedai2 haiwan yang biasanya menjual baka2 tertentu dan agak mahal, atau pada kawan2 yang ada menjual baka2 yang mereka biakkan sendiri, atau dipusat penjagaan kucing secara percuma..atau dari kawan2 yang bermurah hati nak memberi kucing pada kita. Mengambil kucing dari pusat jagaan sebenarnya amat digalakkan, kerana ianya membantu mengurangkan jumlah kucing2 yang terbiar ditepi jalan.



BANYAK MANA NAK KITA AMBIL? Juga terserah pada diri kita sendiri, samada kita punya masa dan ruang untuk menguruskan kucing2 tersebut, juga bajet kita. Kalau kita ingin bermula dengan seekor tak menjadi masalah, jika kita boleh mengambil dua sekali itu pastinya lebih baik dan lebih menyeronokkan!



APA PERSEDIAAN AWAL KITA? Bila kita dah bersedia mentally dan membuat keputusan untuk memelihara kucing, ada beberapa perkara yang seeloknya kita sediakan. Yang paling penting ialah litter box, makanan, bekas makanan dan air, carrier bag (jika nak..tak nak pun tak apa, guna kotak untuk sementara waktu semasa dalam perjalanan pun boleh), dan jika kita nak sediakan collar, mainan, tempat tidur khas dll pun boleh, terpulang pada kita sendiri. 



INDOOR ATAU OUTDOOR? Ini juga kerap menjadi persoalan setiap kali kita ingin memelihara kucing. Kebanyakan peminat kucing dari baka2 yang mahal akan menjadikan kucing mereka kucing indoor, satu kerana risiko untuk hilang amat tinggi (kerana kucing2 dari breed tertentu biasanya kurang lasak dan malas, cantik dan manja) dan keduanya untuk memastikan kesihatan kucing terjamin. Bagi kucing2 baka yang biasa kita boleh membiarkan mereka bebas bermain diluar rumah ie outdoor. Bagi anak2 kucing yang baru seeloknya kita latih dulu untuk menggunakan litter box dan kenal dengan rumah kita dahulu sebelum kita lepaskan mereka bermain diluar. Lebih mudah jika kita dapat sediakan sangkar yang selesa untuk mereka tidur diperingkat awal penjagaan.



JENIS MAKANAN? Sehingga berumur 1 tahun, anak2 kucing memerlukan 3 kali ganda kalori yang diperlukan oleh kucing dewasa. Kita boleh memilih makanan kering "dry food" atau makanan basah "wet food" dari berbagai jenama. Seeloknya kita memberi anak2 kucing ini makan sebanyak 3-5 kali sehari dalam jumlah yang sederhana. Atau kita boleh menyediakan bekas makanan yang bersih yang boleh dicapai oleh anak kucing kita pada bila2 masa. 



AIR DIMANA2....Sentiasa pastikan ada bekas air yang bersih dan sejuk untuk diminum oleh anak kucing kita. Jika dapat biarkan beberapa bekas dikawasan yang senang dicari oleh mereka, dan jika kita dapati anak2 kucing kurang minum air bersih yang disediakan, lebih baik untuk kita berikan mereka makanan basah supaya mereka akan dapat bekalan air secukupnya. 


LITTERBOX N SCOOP..Secara semulajadinya kucing akan mencari tanah atau pasir untuk membuang air, jadi kita perlu sediakan tempat yang bersih bagi tujuan tersebut dan biarkan anak kucing kita tau ianya dimana. Ada bermacam jenis pasir yang boleh digunakan, seperti clay litter dan chrystal litter, serta wood chips atau paper chips. Yang penting litterbox kucing perlu dibersihkan sekali atau dua kali sehari, ianya lebih menjimatkan dan bersih dari kita biarkan litterbox itu penuh dengan najis dan kencing. Sesekali elok dijemur litterbox itu dibawah matahari untuk mengeringkannya dan seminggu sekali bekas litterbox itu elok dicuci dan digantikan dengan pasir yang baru.



SEDIAKAN TEMPAT TIDUR YANG SELESA..Tabiinya kucing akan tidur dalam 16 jam sehari, dan bagi anak kucing ianya pasti berlebih lagi. Kita boleh menyediakan tempat tidur yang selesa untuk anak2 kucing kita samada dengan meletakkan kain bersih seperti tuala, atau menyediakan 'cat tree', 'cat cushion' dan lain2. Ada waktunya kucing akan mencari tempat yang sejuk dan terlindung untuk dia tidur.



BERMAIN DGN KUCING.. Luangkan masa untuk bermain dgn anak kucing setiap hari, dan dgn melakukan ini kita dapat mengajar anak kucing itu untuk menjadi haiwan kesayangan yang baik (a good pet). Kita juga dapat menggalakkan kucing kita menjadi sihat dan aktif, membina koordinasi yang baik dan mencari jalan keluar untuk menangani beberapa behaviour kucing. Sekiranya kucing kita suka menggigit dan menganggap tangan kita sebagai alat mainannya, maka kita boleh sediakan soft toy sebagai ganti, kerana habit tersebut mungkin boleh mencederakan orang lain jika dibenarkan.




UTAMAKAN KESELAMATAN...Kucing lazimnya bermain menggunakan mulut, jadi biar secomel manapun kucing kita kelihatan apabila bermain dgn barang2 dirumah, kita perlu pastikan ianya tidak merbahaya buat kucing. Barang2 seperti ribbon, getah gelang, klip kertas, dental floss, pin, ubat2an, plastik tutup botol dan sebagainya boleh memudaratkan kucing2 kita, jadi lebih elok kita pastikan ianya disimpan ditempat yang tidak boleh dicapai oleh kucing.




MENGAJAR KUCING BERDISIPLIN...Persekitaran dalaman rumah kita merupakan satu persekitaran baru buat kucing, so they have to learn some rules. Kita boleh mendisiplinkan kucing kita dengan menyediakan beberapa cara untuk menukar kebiasaan mereka. Sebagai contoh, untuk mengelakkan kucing kita mencakar diperabut2 kita, kita boleh sediakan 'scratching post' bagi tujuan itu. Untuk mengelakkan kucing menarik langsir dan menggunakan langsir untuk memanjat, kita sediakan satu tiang bersalut kain sebagai ganti...boleh juga kita sediakan 'cat tree' yang banyak dijual sekarang dikedai2 keperluan haiwan. 




WAJARKAH 'DECLAWING?'...Setengah2 pemelihara kucing melakukan declawing atau dalam kata mudahnya mencabut kuku kucing dengan alasan untuk menjadikannya haiwan peliharaan atau pet yang baik. Bagaimanapun ianya agak keterlaluan kerana kuku kucing bercantum dengan tulang dan declawing bermakna kita akan memotong satu sendi jari kucing untuk tujuan itu. Sekiranya kita tergamak melakukannya, kita perlu melakukannya ketika anak kucing berumur dibawah 6 bulan, dan kucing yg telah dicabut kuku mesti dijadikan kucing indoor kerana dia tidak boleh mempertahankan dirinya dari serangan haiwan lain.




BAGAIMANA UTK MENGELAKKAN CAKARAN KUCING?...Gunakan nail clipper untuk memotong kuku anak kucing kita, dan kita hanya perlu memotong dihujung kuku. Jangan memotong di bahagian tengah atau "quick" ie bahagian yg kelihatan merah jambu ditengah kuku kucing, kerana ianya akan menyebabkan kesakitan dan pendarahan pada kucing. Untuk memotong kuku, tekan dgn lembut dibahagian tapak tangan kucing bagi mengeluarkan kukunya. Manakala scratching board boleh membantu mengelakkan kucing mencakar diperabut..






MAKANAN YG BERBAHAYA UNTUK KUCING..Kopi, teh n alcohol merupakan minuman yang berbahaya untuk kucing. Dan untuk memastikan kucing kita selamat, jauhi dari bawang dan garlic kerana ianya boleh menyebabkan anemia pada kucing. Lebih selamat untuk memberi kucing makanan yang khas untuk mereka.




TUMBUHAN YANG MERBAHAYA PADA KUCING?...terdapat beberapa tumbuhan yang kita tanam diluar rumah kita yang boleh mendatangkan bahaya pada kucing2 dan diantaranya ialah 'chrysanthemum', 'azalea', 'tulip bulb' dan 'oleander'. Manakala Lily pula amat beracun dan merbahaya pada kucing2 kita, dimana pendedahan yang sedikit juga boleh menyebabkan anak kucing kita jatuh sakit. 





Lily..

Oleander
Azalea

Tulip bulb

Chrysanthemum..


8 MINGGU; NEUTER @ SPAY? Memilih untuk memandulkan anak2 kucing adalah pilihan kita sendiri. Kebanyakan pemilik kucing membenarkan kucing2nya untuk membiak sekali atau dua sebelum memandulkan kucing tersebut. Ianya bergantung pada kesediaan tuan punya kucing samada ingin memelihara anak2 kucing yang bakal lahir atau tidak. Bagi kucing jantan, memandulkannya mengurangkan tabiat untuk kencing dimerata tempat sebagai penandaan kawasan. Didalam Islam, ianya diharuskan sekiranya bertujuan untuk kebaikan.
Sekiranya memilih untuk dimandulkan, ianya boleh dilakukan seawal umur anak kucing kita sekitar 8 minggu.




CEGAH JANGKITAN FEA..Jika anak kucing kita kerap menggaru, menjilat atau menggigit kulit berlebihan, gugur bulu dibahagian tertentu serta terdapat iritasi pada kulit, ianya mungkin bermakna ianya dijangkiti oleh flea. Flea perlu dirawat dengan segera.




ELAKKAN JANGKITAN CACING USUS..Kita perlu memberikan ubat cacing kepada anak2 kucing kita bagi mengelakkan jangkitan roundworm (yg menyebabkan cirit birit, muntah dan pneumonia), hookworm (yg boleh menyebabkan anemia) serta tapeworm. Sekiranya kita terlihat objek seperti bijirin halus berwarna putih didalam najis atau didubur kucing, ianya perlu diberikan ubat cacing dgn segera. 




VAKSINASI KUCING..Anak kucing boleh divaksinkan seawal umurnya 6-9 minggu dan bergantung pada berat badan serta keadaan kesihatannya. Vaksin amat digalakkan untuk mencegah penyakit2 yang merbahaya seperti feline panleukopenia, feline leukemia dan jangkitan saluran pernafasan atas (URTI). Kita boleh berbincang dgn vet tentang vaksin yang perlu diambil. 



Pengalaman sendiri bila 3 ekor anak kucing yang belum berumur setahun mati berturut2 akibat serangan virus amat menyedihkan, jadi sebaiknya kita segera mengimunisasikan kucing2 kita agar sentiasa sihat dan bebas dari jangkitan yang boleh membawa maut.

BAGAIMANA KITA TAU KUCING KITA SAKIT?..Ada beberapa simptom yang menandakan kucing kita tidak seihat seperti..tak mau makan atau minum, kurang aktif, menyorok, bersin, selsema, lebih banyak tidur dari bermain seperti kebiasaanya, batuk, dan juga kurang berat badan. Jika terdapat tanda2 seperti diatas, bawa kucing dgn segera berjumpa vet, dan jangan sesekali memberikan ubat2 manusia untuk kucing kerana ada yang boleh membunuh kucing.



##SEDIKIT MENGENAI IMMUNISASI YG PERLU##

Immunisasi jika diberikan pada peringkat awal umur anak kucing kita boleh mengurangkan kadar jangkitan dan kematian serta mengurangkan penyebaran virus yang kebanyakkannya boleh membawa maut.

Diantara vaksin yang perlu diambil ialah:

1. Panleukopenia:

Dose pertama FPV boleh diberi seawal umur kucing 6-8 minggu, bergantung juga kepada berat badan anak kucing kita. Dose kedua biasanya selepas 3-4 minggu dari dose pertama, dan jika perlu ianya diulang sehingga usia kucing 16 minggu.

Booster dose akan diberikan pada ketika kucing berusia 1-2 tahun, dan ianya hanya perlu diulang setiap 3 tahun, tidak kurang dari waktu tersebut.

Vaksin untuk Panleukopenia selalunya boleh didapati dalam campuran dengan vaksin Feline Viral Respiratory Complex dan diberikan sebagai single injection.

2. Feline Viral Respiratory Complex vaccine:

Satu lagi vaksin yang akan dicadangkan ialah kombinasi FHV (herpevirus) dan FCV (calicivirus), dan biasanya ia boleh didapati sebagai kombinasi dgn vaksin Panleukopenia, dan diberikan sebanyak dua kali, dgn dose terakhir mesti sebelum anak kucing berusia 16 minggu.

Bagi kucing yand dewasa dan melebihi 1 tahun, dose awal ialah 2 kali dengan jarak antaranya ialah 3-4 minggu, manakala bagi kesemua jenis kucing, dose booster tambahan diberikan selepas 1 tahun, dan hanya diulangi setiap 3 tahun sekali.

3. Virulent Systemic Feline Calicivirus:

CaliciVax, sejenis vaksin yang boleh diberikan secara berasingan kepada anak kucing yang berumur 8-10 minggu, bagi mencegah jangkitan FCV. Dose kedua juga diberikan selepas 3-4 minggu dose pertama, dan setahun sekali diberikan sebagai booster.

4. Rabies:

Dibeberapa negara, vaksin Rabies menjadi satu kemestian dan perlu diberikan kepada kucing berusia 8-12 minggu single dose, dan booster digalakkan diambil selepas itu setahun sekali.


So...selamat mencuba untuk memelihara kucing, dan percayalah...ianya pasti menyeronokkan!


259 comments:

  1. Nk tnya.. Berapa agk2 kos utk vaksin sekor kucing.,? Kitten..

    ReplyDelete
  2. Kebanyakan private vet akan caj sekitar 60-75 satu vaksin, dan biasanya mereka akan buat check up juga pada kucing, check telinga takut ada mites, dan juga ubat cacing. So harga akhir mungkin lebih dari yang disebut. Jika di klinik vet kerajaan mungkin lebih murah dalam 20-30 ringgit.

    ReplyDelete
  3. assalam kucingku duniaku, saya nak bertanya tentang ubat cacing. adakah ubat cacing dah termasuk dalam injection satu tahu sekali tu? tempoh ari saya membawa kucing saya pergi ke vet kerajaan. mereka memberi njection kepada kucing saya. katanya ni injection 1 tahun sekali, tahun depan renew lagi

    ReplyDelete
  4. Salam, biasanya ubat cacing tidak termasuk dalam injection yang diberikan kepada kucing kita, ianya dalam bentuk syrup atau tablet. Kebanyakan veterinar akan memberi sekali sebiji ubat cacing semasa pemeriksaan kesihatan sebelum memberikan injection. Jika kucing u masih kecil, ubat cacing boleh diberikan seawal umur sebulan, setiap bulan sekali hingga umurnya 6 bulan. Jika dah dewasa sekurang2nya sekali setahun ianya boleh diberikan bila perlu. Dalam injection yang diberi hanya mengandungi vaksin untuk virus sahaja, tiada untuk ubat cacing.

    ReplyDelete
  5. salam, saya ingin bertanya perlukan kita bawa kucing ke klinik apabila kita temui kucing itu di tepi jalan dan dekat mana kita boleh beli ubat cacing?

    ReplyDelete
  6. Salam, bergantung pada keadaan kucing yang kita jumpa samada dia kelihatan sihat atau ada masalah lain. Seeloknya kita bawa sekali untuk mendapatkan pemeriksaan dari vet, tapi jika kucing kelihatan elok dan sihat mungkin tak jadi masalah jika kita tidak membawanya ke klinik. Ubat cacing biasanya kita boleh dapat sewaktu kita bawa kucing tersebut untuk pemeriksaan kesihatan di klinik, atau jika tidak kita boleh beli di kedai makanan kucing mana2 yang ada jual, cuma kita kena agak berat kucing dan berapa banyak yang perlu diberikan.

    ReplyDelete
  7. Assalam...ini hanya sekadar perkongsian bersama. Saya baru saja men"vaksin"kan kitten sy di private vet. Cas untuk vaksin & ubat cacing hanya rm40.00 sahaja. Area Johor Bahru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, harga yg u dapat tu sangat murah, maybe boleh u kongsikan nama klinik tersebut utk pengetahuan yg berada disekitar area JB. Di KL ni paling murah rm 60-70, ada yg caj hingga rm 100 bergantung kawasan.

      Delete
  8. kalau setiap bulan diberikan ubat cacing adakah normal?anak2 kucing saya berumur genap 1 tahun. 4 bulan kebelakangan ini saya terpaksa memberi ubat cacing setiap bulan kerana setiap bulan itu lah cacing keluar melalui najis..cacing putih kecik2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika dilihat dari jenis cacing yang keluar dari najis kucing ia kelihatan dari jenis cacing pita (tapeworm). Bagi kucing yang berusia lebih dari 6 bulan, jika terdapat tanda2 menunjukkan ada cacing samada tapeworm atau roundworm, perlu diberikan ubat cacing setiap 1-3 bulan. Langkah terbaik ialah mendapatkan ubat cacing yang betul dari vet. Dan bagi kes kucing anda, seeloknya dberikan rawatan juga untuk flea kerana tapeworm boleh dibawa melalui flea.

      Delete
  9. thanks sudi kongsi tips tpi bolehtak buat senarai barang penting untuk kucing

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah saya akan luangkan masa utk update barang2 penting untuk kucing

      Delete
  10. di ofis saya ada 2-3 ekor kucing liar. Location: Seremban. anybody interested to pet the cats. Kalau berminat bole email ke segaletrik@yahoo.com or wasap ke 011-14803881

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tqvm, hopefully ada yang berhampiran n boleh adopt the cats.

      Delete
  11. Salam, saya baru beli seekor anak kucing berumur sebulan lebih. Tuan lame cakap dh vaksin , tapi sy tkot die tak vaksin lg,tp kalau die dh vaksin pon boleh ke sy vaksin sekali lg?? Takde ape2 ke?? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, vaksin pertama biasanya diberikan pada umur seawal 6-8 minggu, dose kedua dlm 3-4 minggu selepas itu dan jika perlu diulang sehingga umur 16 minggu. Lebih selamat utk u berikan vaksin semula dan ia tidak mendatangkan mudarat pada kucing, sebaliknya hanya akan meningkatkan imuniti kucing tersebut

      Delete
  12. Assalamualaikum kucingku duniaku....tahun lepas saya ada 5 ekor anak kucing...tapi kesemuanya mati akibat jangkitan virus tp yg lagi dua ekor sebab kene langgar kereta....saya dapati masa saya nak bersihkan najis tu saya nampak tapeworm kar dlm tmpt najis tu saya ingatkan sbb saya dah lama x bersihkan rupanya mmg dtg dr najis tu...saya dpt tau jugak diorg cirit birit tp masa tu saya x tau yg mereka ada penyakit...tup tup dah mati.....thn ni kucing saya beranak lagi sekali..kali ni 3 ekor...saya dah 3 kali bela anak kucing...tapi saya masih x tau mcm mana nak jaga anak kucing saya...anak kucing saya skrg ni berumur 1 bulan..saya nak tanya apa yg diperlukan oleh mereka supaya mereka sihat sentiasa sementara dia masih kecil lagi?mereka perlukan ubat cacing ke?vaksin ke? Dll...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Anis, memang tak mudah untuk menjaga anak kucing yang baru lahir tapi insyaAllah u boleh. Jangkitan tapeworm memang amat mudah menjangkiti anak2 kucing kita dan menyebabkan cirit birit yang boleh membawa kematian kerana dehidrasi. Untuk anak kucing u yang baru berumur sebulan, biasanya dia lebih bergantung pada susu ibu, jadi pastikan ibu kucing u sihat dan makan dengan secukupnya dan sentiasa menyusukan anak2 kucing tersebut. Pada umur masuk 8 minggu kebiasaanya anak kucing dah mula makan, jadi pastikan u berikan dia makanan yang sesuai untuk anak kucing mengikut umurnya. Ada macam2 jenis makanan kucing tetapi ianya bergantung juga pada baka kucing yang kita ada, seperti baka Persian, maincoone sebagai contohnya amat sensitive dgn jenis kibbles. Yang paling penting bekas najis kucing dan makanannya perlu sentiasa dibersihkan supaya tidak mudah anak2 kucing itu dijangkiti virus2 tertentu yang ada dalam najis kucing terutama ibunya dan juga cacing. Jika boleh perlu diasingkan bekas najis dan makanan anak kucing dari kucing2 dewasa yang lain ye. Vaksin dan ubat cacing perlu diberikan dari umurnya 2 bulan mengikut jadual yang akan diatur oleh vet. Satu lagi masalah yang boleh menyebabkan kucing kita tidak sihat ialah masalah kutu dan flea, ini memerlukan kerajinan kita untuk membersihkan bulu kucing selalu dengan menyikatnya dan memandikannya dengan shampoo tertentu.

      Delete
  13. salam,

    sy baru je dapat seekor anak kucing, dlm usia 1 bulan. org bagi pada saya, mengikut katanya kitten ni dia jumpa tepi jalan. semalam dh bawak jumpa vet, sbb kitten tu cirit birit, kurang makan n minum susu. so vet dh bagi suntik antobiotik utk sakit mata, ubat cacing. utk rawatan di rumah pula vet bg ubat sakit mata, ubat utk galak kn kitten tu makan, softfood n air 100 plus utk rawat dehydration. soalan saya

    1. brapa lama saya kene bagi ubat mata tu ye. buat masa ni kene apply setiap 3 jam.
    2. dlm 2, 3 hari lagi saya terpaksa travel, dn akan bawa kitten tu bersama since xada sapa yg jaga. apa preparation yg saya perlu buat utk keselesaan kitten sepanjang perjalanan.
    3. mcm mana nk ajar kitten saya utk minum sendiri dr bekas air. sebelum ni saya suapkan susu guna syringe, tp vet dh suruh stopkn bagi susu bg mengelakkn kitten sy terus cirit birit n galakkan kitten sy makan makanan biasa since dia dh pandai makan wet food.

    TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, anak kucing pada umur 1 bulan sangat sensitive perutnya dan memang mudah terkena cirit birit.

      1. untuk ubat mata tersebut u perlu berikan sehingga dia sembuh sepenuhnya, saya kira vet berikan ubat titis untuk dititiskan setiap 3 jam. Jika diberikan ointment u boleh sapukan dua kali sehari selepas membersihkan matanya terlebih dahulu dengan kain lembab yang bersih.

      3. since u akan travel dan anak kucing tu masih kecil, elok u sediakan tempat tidurnya didalam carrier bag supaya dia selesa, cuma mungkin untuk mengelakkan kekotoran lapikkan dengan suratkhabar supaya mudah dibersihkan sekiranya dia kencing dan membuang najis dalam perjalanan. Untuk tidur bolehla dilapik dengan kain yang tebal dan bersih. Tidak perlu disediakan bekas makanan untuk sepanjang perjalanan tetapi mesti berhenti untuk memberikan makanan dan minum air bersih bergantung pada jarak perjalanan u. Seeloknya sediakan wetfood tin kecil yang memudahkan u untuk sepanjang perjalanan tersebut.

      3. oleh kerana kucing tu cirit birit memang u perlu berhentikan susu dan gantikan dengan air bersih. Tak perlu disyringekan kerana secara semulajadinya kucing akan minum dari bekas, tetapi jika u berikan wetfood sahaja mungkin dia tidak akan minum banyak kerana dah dapat sedikit air dari makanan tersebut. Jika u berikan kibbles maka mesti letakkan bekas air bersih untuk diminum. Biarkan saja dia belajar sendiri secara semulajadi..

      Delete
  14. Salam..tumpang tanya.saya ada 2 ekor anak kucing yg berumur 6 minggu.baru2 ni saya dah beri mereka makan wetfood.tp saya dapati salah satu anak kucing saya perutnya sedikit buncit dan kelihatan seperti kurang aktif seperti dlu.seekor lagi ank kucing saya makan kuantiti yg sama ttp ttp aktif dan perutnya msih seperti biasa..adakah ini tanda2 ank kucing saya sakit atau ini merupakan proses biasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, utk kucing yg nampak tak aktif tu u tolong perhatikan najisnya bagaimana..adakah dia membuang najis seperti biasa atau tidak. Berkemungkinan yg bengkak tu ialah ketulan najis yg impacted ie tersekat atau sembelit, jika dia mmg tak buang najis utk beberapa hari u boleh cuba berikan laxative yg ada dijual di petshop.

      Delete
  15. hm .. sy ad ank kucing n sy xtau umur dy brp >< tp dh pndai berk n mkn sndiri lahh ~ ank kucing ni bole bg mndi ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya dah pandai mkn dan berak at least lebih dari 4-6 minggu. Peringkat awal ni tak perlu dimandikan dulu..biarkan dia dibersihkan oleh ibunya sendiri

      Delete
  16. haaa. n tommy ni prut dy buncit but dy berk n kncing cm biasa ~ hm ..ad mslh ke sy yg tlbih bg mkn ?? 0.o

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jadi masalah jika perutnya buncit dan dia mkn minum seperti biasa, boleh cuba berikan dia ubat cacing nanti..

      Delete
  17. Salam ...saya nak bertanya sedikit ya saya baru lepas vakasin bulus saya tadi dalam umo 3bulan apa yg perlu saya lakukan apabila saya pulang dari vet? Bagai mana cara untuk menjaga anak bulus tersebut tolong bagi pencerahaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, untuk kucing yg divaksin adakalanya mereka akan demam selsema sedikit, dan utk itu anda cuma perlu rehatkan dia dan sediakan tempat tidur yg agak selesa dan hangat supaya cepat sembuh.
      Kebiasaannya vet akan juga memberi ubat cacing semasa vaksinasi, dan ada kucing yg akan mengalami cirit birit. Sekiranya ia mild, boleh berikan mkn seperti biasa, sekiranya agak kerap elok dipuasakan kucing dari makan selama 12 jam, hanya berikan air yg bersih.

      Delete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum, saya nak tanya boleh tak nak titiskan ubat mata manusia dekat kitten?๐Ÿ˜ƒ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..ubat mata kucing boleh diguna pada kitten ie Chloramphenicol eye drop. Lebih elok gunakan Terramycin eye ointment atau CMC eye ointment.

      Delete
    2. Saye ade seekor kucing betina.die dah 2 kali beranak.lepas beranak yg kali ke2 kucing tu terus jd kurus.sebab ape ye

      Delete
    3. Saya rasa barangkali jarak waktu antara dua kandungan tersebut tidak lama dan ini mmg boleh menjejaskan kesihatan kucing tersebut. Saya nasihatkan lebih baik u mandulkan kucing tersebut kerana jika dia mengandung lagi high chance anak2nya juga tidak sihat dan dia juga akan semakin kurus. Boleh juga diberikan vitamin utk kucing tersebut..

      Delete
  20. Sy ada lagi beberapa soalan untuk di ajukan ..
    Bulus sy tu dh di vakasin untuk kali pertama pada 7 june baru2 ni tp hari ini sy tengok bulus saya cirit pula risau dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya sewaktu divaksin vet akan memberi ubat cacing utk kali pertama..kebiasaannya kucing akan cirit selepas mkn ubat cacing tapi bukan selewat sekarang. Mungkin ada mknan yg tak sesuai yg dimakan dek kucing u tu. Cuba perhatikan ciritnya samada kerap atau hanya sekali dua..jika kerap elok dipuasakan dari mkn utk 12 jam, cuma berikan air bersih

      Delete
  21. Assalam.. boleh ke kucing bunting diberi ubat cacing? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, kucing yg bunting boleh diberikan ubat cacing, ianya selamat utk dilakukan dan tak memudaratkan kucing dan kandungannya.

      Delete
  22. kucing saya baru mati tadi kucing saya mati waktu dia mati tadi ada cecair hijau keluar dari hidung adakah itu normal tolong jelaskan dia mati pada mulanya dia sesema dan semalam dia demam kerana saya pegang telinga dia terlalu sejuk tolong jelaskan pada saya terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa kucing u mati sebab jangkitan virus yg menyebabkan selsema teruk. Jangkitan ni sangat cepat berjangkit, jika ada kucing2 lain seeloknya u bawa ke vet utk diberikan suntikan vaksinasi

      Delete
  23. Salam, saya ada jumpa seekor anak kucing... sya x tau bapa umur dia... dia sgt pasif... x nak main n jarang mengiau... mata dia berselaput, berair n bertahi mata... dia x nak minum susu tp sya suap kan jugak dgn pacagari.. sepanjang 4 hr ni dia bru berak sekali.. dia jgk kerap berrsin... dan selsama... apakah yg perlu sya lakukan... risau jgk gan dia sbb dia sgt pasif...terima kasih..

    ReplyDelete
  24. Salam, saya ada jumpa seekor anak kucing... sya x tau bapa umur dia... dia sgt pasif... x nak main n jarang mengiau... mata dia berselaput, berair n bertahi mata... dia x nak minum susu tp sya suap kan jugak dgn pacagari.. sepanjang 4 hr ni dia bru berak sekali.. dia jgk kerap berrsin... dan selsama... apakah yg perlu sya lakukan... risau jgk gan dia sbb dia sgt pasif...terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, dari tanda2 yg ditunjukkan saya rasa kucing tersebut dijangkiti oleh virus selsema dan demam. Tidak byk yg boleh dilakukan tetapi yg paling utama islah mengasingkannya dari kucing2 lain yg ada dirumah utk mengelakkan jangkitan merebak pada yg lain. Buat masa sekarang pastikan kucing tu boleh minum sekurang2nya dgn menggunakan syringe dan kita juga boleh bersihkan matanya dengan menggunakan tuala dan air bersih, serta sapukan teramycin ointment yg boleh dibeli di klinik atau farmasi.

      Delete
  25. Salam.. Sy nk btanya, sy ada bela 4 ekor kucing, 3 brusia 9 bulan, seekor lg dah hampir 2 tahun. 2 drpd 3 ekor yg brusia 9 bulan tu dah mati. Asalnya seekor tu xnk mkan minum, x larat bjalan. Punggung dia keluar cecair kuning pekat ble dia kncing. Matanya jd kuning yg pelik, akhirnya dia mati. X sempat bawak pg klinik. Bberapa hari slpas dia mati, ada seekor lg yg mgalami smptom yg sama. Dia pnah muntah kluar mcm ccair warna jernih, agak pekat. X smpat bwak pg klinik jugak. Lastnye mati. Skrg ni ada sekor yg umur 9 bulan, adik dyorg tu jugak, xnk mkan minum. Dah bwak pg klinik. Dr ckap dia dmam tggi suhu 39C. Jd dah dberi injection. Esoknya dr suruhla bg ubat antibiotik n vtamin. Nk xnk, sy bg jugakla ubat tu ckit. Dia mau minum tp mkan x. Dah 3 hari slpas hari dia dbwak p klinik, air kencing dia pun warna kuning yg agak pekat. Ubat sy bg, tp sy campur dgn air masak, antibiotik tu. Sy btambah risau ble tgok dia mcm makin lemah. Kami pun x pasti sama ada dia dmam atau dracun. Mhon ptolongan :(

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, dari tanda2 yang ditunjukkan rasanya kucing2 u mengalami masalah dengan hati mereka, kerana mata kelihatan kuning dan kencing mereka sangat pekat seperti kuning teh. Masalah hati boleh disebabkan keracunan tertentu, atau juga jangkitan viral yang menyebabkan demam dan kerosakan dalam hati kucing yang akut. Yang paling penting u perlu berikan dia antibiotik yang diberikan oleh vet, dan sekiranya dia tak nak makan dan minum berkemungkinan u perlu bawa dia ke hospital atau clinic vet yang boleh admit kucing u tu.

      Delete
  27. Salam...saya nak tanya..kucing saya sakit,di xnak makan or minum..sy dh pergi vet dan dia kata kucing saya demam sbb suhunya rndh..sy dh bg ubat ubat semalam..tp still dia xsht..apa agaknya sakit dio?dia ada.muntah dan selalu duk dekat tandas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, mungkin kucing u mengalami jangkitan virus, teruskan memberi ubat2 yang diberikan dan pastikan u sentiasa berikan dia air masak yang bersih, samada menggunakan syringe atau apa2 cara lain. Jika dia masih muntah2, puasakan dari sebarang makanan buat sementara waktu kecuali air bersih ye.

      Delete
  28. Salam... kitten kalau dalam jangka masa seminggu dua kali da dia makan ubat cacing takpe ke.. last wweek pegi jumpa vet sbb kena flu dia bagi.. today 15.8 vaksin bg lagi.. doctor tu da bg baru teringat last week da dapat.. xpe ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, biasanya setiap dua minggu sekali tapi tak jadi masalah, cuma dia mungkin akan cirit birit.

      Delete
  29. tolong ! ank kucing ni yatm .umo da lam 5mnggu .msalah dy ad dmam N xaktiv .da bwak ke klinik . doc da ksi ubat2 dy . msalah nya dy x mau minum air or susu .. klaw soft food sronok je tgok dy mkan .tlong jelaskan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika dia tak nak minum susu jangan paksa tetapi make sure ada bekas air bersih disediakan untuk dia minum bila2 dia ingin minum. Biasanya anak kucing memang tidak aktif apabila dia demam, jika dia boleh makan makanan yang seperti wetfood itu sudah cukup baik, kerana makanan wetfood turut mengandungi sedikit air, cuma pastikan dia boleh makan dengan kerap sehingga dia benar2 sihat.

      Delete
  30. okey . trima kasih krana bntu jelaskan msalah kitten sy .

    ReplyDelete
  31. Salam.. Hmm. Kitten sy terseliuh. Kena langgar. Takde luka. Dia boleh gerakkan kaki dia. Even boleh lompat n jln lagi. Tapi dia still sakit la sbb kalau pegang lama sikit dia akan tarik kaki dia dari tgn kita. Sy ada balut kaki dia. N banyakkan bagi minum susu. Maybe nak bagi pil kalsium sekali since kitten punya tumbesaran cepat kan. Sy nak tengok dia sembuh :( ada apa apa tips lagi ke? Vet susah nak dpt sini. Hmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, biasanya keadaan sedemikian kita katakan sebagai soft tissue injury. Pada bhgn yg sakit seeloknya tuamkan dgn ais, dan jika boleh bandagekan supaya dia kurang bergerak kerana terlebih bergerak akan melambatkan sembuh. Boleh juga diberikan antiinflamatory tablet yg u boleh dapatkan dari farmasi ie papain atau papase, 1/2 tablet dua kali sehari. Tak perlu diberikan kalsium, memadai diberikan susu utk kucing sahaja ye

      Delete
    2. Terima kasih. Tak perlu kalsium ya. Sy risau sbb mama dia macam dh tanak bg susu. Kitten sy dh dekat 2 bln. Bila bg susu kitten pun kena paksa. Dia minum sikit je. Try guna botol pun dia mcm marah sgt. Skrg sy asingkn dia dr adik beradik dia sbb takmau dia lasak sgt. Dia jln pun kdg terincut incut. Sy dh bandagekn dia. Hmm boleh sy tau antiinflamatory tablet tu function dia utk apa ye.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Biasanya bila dah 2 bulan dia mungkin tak suka susu tapi lebih pada makanan yg banyak. Anti inflammatory tu berfungsi utk mengurangkan bengkak

      Delete
    5. Oh.. Okay.. Terima kasih bnyk ya utk semua info :)

      Delete
  32. Salam. Kucing sy baru beranak seminggu lepas. Masalah nya bulu dia gugur. Boleh x klu sy bg ubat cacing kat ibu kucing tu? X memudaratkan susu dia d?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, boleh diberikan ubat cacing pada ibu kucing yg baru melahirkan dan masih menyusukan, boleh diberi setiap 2-3 minggu sehingga anak kucing berhenti menyusu ye, ianya selamat dan tidak memudaratkan.

      Delete
  33. Assalamualaikum,kucingku duniaku saya ingin membela seekor kucing jantan.Tetapi boleh ke selepas saya membela kucing saya mengambil kucing betina untuk melahirkan anak???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, boleh tak jadi masalah..u boleh plan dgn kawan yg ada kucing betina utk dptkan baka

      Delete
  34. Salam, bagaimana nak menyediakan tempat tidur kucing . sbb sesetengan org tak mampu nak membeli tempat tidur yang sedia ada di kedai pet.
    TQ

    ReplyDelete
  35. Salam, bagaimana nak menyediakan tempat tidur kucing . sbb sesetengan org tak mampu nak membeli tempat tidur yang sedia ada di kedai pet.
    TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, tak perlu untuk u beli barang2 keperluan kucing secara berlebihan. Yang paling penting ialah bekas makanan dan minuman serta bekas untuk pasir atau pellet. Jika ingin menyediakan tempat tidur kucing, u boleh gunakan kotak biasa dan letakkan kain2 yang tebal dan bersih sebagai lapik untuk kucing tidur. U boleh juga sediakan selimut kecil dari tuala untuk keselesaan kucing, kerana kucing biasanya suka baring ditempat yang berkusyen atau berlapik tebal dan selesa. Yang penting tempat tidur kucing itu disediakan bukan dikawasan laluan orang, letakkan disudut yang agak tersorok supaya dia rasa selamat.

      Delete
  36. Salam..apa ubat cacing yang sesuai untuk kucing sya..nak bgi pil tdak berani bgi..kucing sya sejak akhir2 ini ada cacing puth..minta tunjuk ajar..

    ReplyDelete
  37. Salam..apa ubat cacing yang sesuai untuk kucing sya..nak bgi pil tdak berani bgi..kucing sya sejak akhir2 ini ada cacing puth..minta tunjuk ajar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, ada ubat cacing yang jenis syrup dan rasanya agak sedap, boleh u dapatkan dari kedai petshop ataupun vet sendiri. Biasanya perlu diberikan dlm 1ml/kg berat kucing, atau boleh rujuk pada instructionnya.
      Antara brand yang boleh digunakan ialah TROY.

      Delete
  38. salam..sy ada sekor kucing btina,sy jmpa,sy rsa umur die dlm 4-5bln tp skrng ni die sllu mngiaw dan bulu die bnyk ggur,ade kah tu tnda die nk mngawan.? lg 1 bleh ke sy mandulkn slps die branak.? sbb sy nk bg die zuriat dlu sblm mndulkn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, biasanya kucing akan mula inheat apabila berumur seawal 5 bulan untuk kucing baka Siam manakala bagi kebanyakkan baka lain mereka akan matang pada usia 10 bulan ke atas. Untuk kucing yang nak mengawan biasanya bunyi dia mengeow tidak sama seperti biasa..dan ada beberapa tanda lain yang akan kelihatan seperti lenggok tubuhnya serta cairan di vagina kucing. Bulu gugur boleh akibat kerana perubahan hormon sewaktu dia ingin mengawan tetapi perlu juga dilihat keseluruhan kulit kucing u samada terdapat tanda2 jangkitan yang boleh menyebabkan keadaan yang sama. Jika anda berhajat untuk memberikan dia satu peluang untuk mengandung, maka dia boleh dimandulkan selepas dia beranak dan habis menyusukan anak2nya. Ada saya sertakan link tentang kucing inheat.
      http://kucingkuduniaku.blogspot.my/2014/01/cats-in-heatapa-yang-kita-perlu-faham.html

      Delete
    2. .ooo..tq..tp link tu x bleh bkk pon..klu nk tnye lg bleh x.? xpe ke klau kte x enjet vaksin pd kucing.? ade effect pape x.? lg 1 mcmna nk bg die gemok,kucing sy ni hiper n mkn memilih mknan y kering mkn ckit je,nk mknan y bsah je..sory sbb bnyk tnya.. :)

      Delete
    3. Incase tak boleh buka u tengok dlm post2 saya tahun 2014 rasanya antara mei atau april.
      Selalunya mmg kita galakkan untuk vaksinkan kucing bagi mengelakkan jangkitan virus parvo, feline hiv yg boleh membawa maut. Effect bila tak cucuk ialah risiko terdedah pada virus tersebut sgt tinggi terutama jika dia jenis aktif diluar rumah..
      Jika kucing u suka makanan basah, boleh berikan nasi dicampur ayam atau ikan rebus, jika wetfood sahaja mungkin dia tak cukup zat. So cuba tukar jenis makanan kringnya pada yg lebih baik atau lebih lengkap ye

      Delete
  39. salam kucingku duniaku...adakah kutu kucing ambil masa utk mati slps dititis ubat?..slalunya dlm brape ari?..saya risau sbb kutu kt kucing byk sgt sbb berjangkit ngn kucing kat luar...walau dh titik ubat still aktif lg kutu2 main kt badan kucing saya...tenz ya!!..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, jika jangkitan kutu tu agak banyak saya nasihatkan mandikan kucing dahulu dgn shampoo anti kutu dan anti flea, lakukan sekerap mungkin selain dari menitiskan ubat mencegah kutu. Jika terlalu banyak kucing boleh mati kerana anemia..kurang darah.

      Delete
    2. ooo...ok2..maknanya klu byk kutu sgt kucing blh mati ye...alahai..skunk sy mandi guna shampoo anti kutu n kutu still ada lg...ubt kutu biasanya blh bg brape kali ye??..tenz sbb sudi jawab...:-)

      Delete
    3. Ada ubat kutu yg boleh diletakkan di leher belakang kucing (ini utk elakkan dia menjilat) setiap sebulan sekali ye..

      Delete
    4. ok...tenz ye kucingku duniaku tuk info ni...;-)

      Delete
  40. SALAM.....umur berapa kucing boleh dimandi.....saya baca 3 bulan ..betol ka

    ReplyDelete
  41. Salam, memandikan kucing boleh dimulakan seawal 8 minggu menggunakan shampoo kitten yg mild dan jgn terlalu lama, mesti dikeringkan bulunya secepat mungkin.

    ReplyDelete
  42. salam.. bulan lepas sy jumpa kucing newborn kat tempat kerja 3 ekor, ibunya da mati kne langgar, so saya bawak balik & jaga.. da sbulan sy just bagi susu khas kucing yg dibeli dari vet guna botol susu yg disarankan.. soalan sy start umur berapa da boleh ajar diorg makan? rasanya umur diorg dah 4 minggu.. ada juga try kasi softfood tp diorg belum pndai makan & minum sndiri.. mcm mana nk ajar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, biasanya anak kucing boleh mula untuk makan pada umur 4 minggu dan boleh makan sepenuhnya tanpa susu pada umur 8 minggu. Keperluan pemakanan kitten berbeza dengan kucing dewasa. Untuk peringkat awal u boleh mulakan dengan wetfood untuk kitten dan berikan sedikit demi sedikit ke mulut kitten tersebut sehingga dia pandai untuk cuba makan sendiri. Perlu juga disediakan mimuman yang bersih, dan boleh mulakan pemberian makanan yang dry ie biskut yang juga khas untuk kitten sahaja kerana gigi kitten tidak kuat dan boleh terluka jika makanan diberikan terlalu keras.

      Delete
  43. ada tempat vet candagan utk vaksin area kl /selangor...hrga berptotan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk vaksin di kl yg harga murah dan berpatutan ialah di klinik veterinar di Gombak. Klinik under Jabatan Veterinar Selangor.

      Delete
  44. Saya ada 5ekor anak kucing umur dalam 2 bulan.ibunnya sakit.saya dh bagi ubat tapi still x ok.anak dia sihat2 dan gemuk.saya risau anak2 kucing akan sakit sebab masih menyusu..patut tak saya bagi vitamin kat anak2 kucing ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya anak kucing yg menyusu akan dapat immuniti dari ibunya secara semulajadi, walaupun ibunya tidak begitu sihat. Jika anak kucing u sudah mula makan, adalah lebih baik utk u cuba berikan makanan yg berkualiti dari vitamins, kerana vitamins jika tidak sesuai boleh memudaratkan kucing.

      Delete
  45. Saya ada anak kucing dlm umur 2 bulan.niat nk pkai loceng pada leher.tiba2 suara kucing hilang, langsung tidak miau2.. Tp kucing aktif, mkn bnyk, mula mencakar2 & kurang tdo.. Kenapa ye? Saya perlu rujuk ke klinik haiwan ke? Apa yg perlu saya lakukan utk kucing tersebut mengeluarkan suara?risau mungkin kucing sakit tekak sebab terlalu bnyk mkn? Atau kesunyian sebab ambk seekor je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya ada dua sebab yg menyebabkan anak kucing atau kucing hilang suara. Yg pertama gangguan mekanikal pada vocal cord seperti bengkak, sakit tekak atau ada mknan yg tersekat ditekak, atau gangguan yg melibatkan saraf seperti penyakit berkaitan baka dll. Saya nasihatkan bawa ke vet utk tentukan punca sebenar, dan pastikan anak kucing u diberikan mknan yg sesuai dgn unur selain air yg banyak ye.

      Delete
  46. assalamualaikum. saya baru ambil kucing dari tmpt kucing² terbiar (paws) . dah siap vaksin, dah dimandulkan (female) dan berusia 8month. nmpk mcm kucing kg mix maine coon sbb telinga nya iras maine coon dan juga tubuh bdnnya sedikit besar dari yg lain. soalan saya. kucing 8months ni masih kitten. diusia berapa kan kucing tu bkn kitten lagi ? dan apa cara utk kucing tu sesuaikan diri dgn environment baru ? cara mandi kan nya? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, pada usia 8 bulan kucing telah jatuh pada kumpulan junior cat, bukan kitten lagi. Kitten dikategorikan dari umur 0-6 bulan sahaja. Untuk menjadikan kucing biasa dgn persekitaran baru kita boleh mulakan dengan membiarkan kucing mengenali kita dan isi rumah serta keadaan didlm rumah..saya nasihatkan berikan rutin baru utk kucing tersebut seperti waktu bermain dan waktu utk berehat didalam kandang bagi membiasakannya dgn toilet baru mereka. Untuk mandi, ia boleh dilakukan dua minggu sekali atau sebulan sekali dan biasakan dgn memandikan kucing tanpa menakutkannya. Jangan sesekali menggunakan kekerasan utk memandikan kucing kerana kebanyakkan kucing tidak suka waktu mandi. Selepas dimandi dan dikeringkan berikan sedikit habusn atau treat supaya dia gembira dan lama kelamaan akan suka mandi

      Delete
  47. Tumpang tanya..saya bru adopt kucing ni umur dia 10 bulan tuan lame x pernah pergi bwak vaksin bley ke saya ccuk vaksin pada umur 10 bulan dia x pernah cucuk ap2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, biasanya akan ada dua kali vaksinasi.

      Delete
  48. hi nak tanya ..klau bawa kucing balik guna bas express yg mngambil masa 12 jam mcm mna eh ?pill tdr dperlukan ke ? blh kngsi tip tak ๐Ÿ˜ขpls

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu pill tidur..tapi jika u bawak dlm bas mesti gunakan carrier..cuma pastikan sudah diberi mkn sebelum perjlnan dan jika boleh pastikan kucing u sudah poopoo awal. Sepjg perjlnan cuma berikan sedikit minan kering sahajs atau puasakan pun lebih baik. Biasanya kucing akan tidur..

      Delete
    2. blh kngsikn apa prosedur tak mcm mna nak bwa kucing guna flight ? kucing ni saya adopt sejak sya jmpa dia kat tepi kedai .sya msh x pasti lagi dia betina or jantan ..alat sulit dia mcm jntan yg dh dsunatkn .tp perut dia besar mcm perut mngandung .tu yg bikin confius ๐Ÿ˜…

      Delete
    3. Biasanya utk naik flight kucing2 ni kena quarantine n prosedurnya agak rumit terutama jika u nak bawa ke sabah sarawak atau sebaliknya. Kena berurusan dgn jabatan veterinar dan perlu bertanya dgn pihak airline

      Delete
  49. Assalamualaikum..

    Saya baru spay kucing dlm 3 hari lepas after 2mnths+ dia beranak. Berapa lama nak kena asingkan ibu kucing ni dari anak2 dia?.

    Let say kalau put them all in 1 cage takpe ke?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya kita akan asingkan dlm 10 hari untuk ibu berehat dan sembuh sepenuhnya. Dlm usia dua bulan biasanya anak2 kucing dah boleh mkn sendiri, jadi jika dapat diasingkan ianya lebih baik

      Delete
  50. Assalamualaikum,

    Saya baru je ambil 2 ekor anak kucing..tak pasti umur brapa , nampak mcm dalam 2 bulan..husband dan saya mmg suka kucing..cuma tak bela lg sebab anak kami baru berumur setahun setengah..

    Kebetulan hari ni saya terjumpa 2 ekor anak kucing kat tepi jalan. Anak saya suka sangat. Sampai asyik nak dukung aje. Macam mana ye..saya risau anak saya terlalu perhatian dengan kucing tu. Selamat tak untuk bayi seusia dia bermain dengan kucing? Boleh tak dia dapat apa apa jangkitan dari kucing tu? Dan risau jugak anak saya cederakan kucing kucing tu..

    Kalau selamat, saya cadang nak vaksinkan kucing kucing tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, kucing merupakan haiwan yg cukup jinak utk dipelihara..jika kita membelanya dari kecil dia akan jadi sangat manja dan boleh diajar seperti utk toilet train, utk tidak mencakar dsbnya. Jika anak puan sukakan kucing tersebut saya nasihatkan bawa kucing2 tersebut utk diperiksa oleh vet, dan divaksinkan.
      Untuk mengenalpasti samada anak kita sda allergy atau tidak, puan perhatikan samada dia menjadi sensitif dgn bulu kucing dan mendapat batuk lelah atau lain2 symptoms yg tak ada sebelum ini. Jika ye ada tanda2 alahan saya nasihatkan limitkan exposure anak puan pada kucing tersebut. Dari segi jangkitan amat kurang berlaku kecuali kucing tersebut menghidapi jangkitan fungus yg teruk atau sporotrichosis.
      InsyaAllah jika diberikan peluang yg betul, anak puan dan kucing2 tersebut boleh menjadi kawan yg baik..

      Delete
    2. Alhamdulillah..terima kasih atas jawapan admin..saya akan bawa ke vet secepat mungkin.

      Delete
  51. Assalamualaikum.. kucing saya baru sahaja divaksin dan diberi ubat cacing minggu lepas.. bila saya bawa kucing saya balik ke rumah, kucing sy mnjadi kurang aktif, kurang makan, sering tidur dan denyutan jantung juga agak berlainan daripada sblum divaksin..sekarang kucing saya semakin kerap tidur, tidak makan makanannya serta tidak minum air yg diberi serta badannya juga agak panas.. denyutan jantungnya juga agak kuat.. apakah yg saya harus lakukan kerana saya agak risau dgn keadaan kucing sy yang semakin kurus dan pasif selepas divaksin kerana sebelum kucing sy divaksin dia sangat aktif dan makan dgn teratur.. mohon sedikit nasihat drpd admin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, biasanya selepas vaksinasi dan ubat cacing kucing mungkin akan menjadi kurang aktif dan sedikit demam tetapi hanya utk sehari ie 24jam sahaja. Jika kucing u menjadi sangat tak aktif, dengan degupan jantung yg laju, saya rasa kucing u sedang mengalami demam yg teruk, mungkin juga alahan dgn vaksin yg diberi atau disebabkan oleh virus lain. Saya sarankan u bawa dia ke vet dgn kadar segera kerana takut dehydration.

      Delete
  52. Klau anakkucing yg termakan makanan kucing dewasa macam mne ye ? ade kesan buruk kennti pada anak.kucing ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya jika anak kucing termkn mknan kucing dewasa ianya tidak begitu merbahaya, cuma mknan kucing dewasa biasanya agak keras dan boleh melukakan gusi anak kucing dan merosakkan giginya.

      Delete
  53. And mcm mne nk train ank kucing untk berak or kencing kat tnds

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucing antara haiwan yg mudah dilatih. Jika ingin mengajar kucing utk pee n poo dlm bilik air, cara paling mudah ialah dgn meletakkan bekas pasir didalam bilik air, dan latih kucing dgn mengurungnya dlm tandas selepas setiap kali diberikan makan. Kebiasaannya kucing akan kenal bau pasirnya dan dlm waktu yg singkat dia akan terbiasa dgn rutin tersebut.

      Delete
  54. Salam...anak kucing saya baru berumur sebulan..dua hari lepas anak kucing tu tak boleh bergerak..sebelum ni dia mmg kurang aktif..ingatkan takde apa2 sbb biasalah tak semua kucing aktif..boleh saya tau apa penyakit anak kucing tu? Saya sentuh kaki dia sejuk..saya tak tau nak buat apa..macam lumpuh pun ada..minta pencerahan admin..thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, untuk anak kucing pada umur sebulan biasanya sudah boleh bergerak sendiri walaupun tidak berapa kuat. Tetapi jika kakinya sejuk dan tidak boleh bergerak, masalahnya agak serius. Ada kemungkinan anak kucing tersebut mengalami masalah dengan tulang punggungnya ie hip dysplasia, atau satu lagi kemungkinan anak kucing mengalami masalah dengan tulang belakangnya yang menyebabkan lumpuh, rasa kaki yang sejuk dan tidak boleh digunakan. Tiada rawatan yang boleh kita lakukan dirumah, seeloknya bawa ke vet terdekat untuk mendapatkan pengesahan diagnosis dan nasihat cara untuk mengendalikan kucing tersebut.

      Delete
  55. hi Kucingku Duniaku. kucing sy x banyak makan dan minum.sy risu pulak ko2 benda lain yg terjadi.errm.. nak tanya juga apa jenama makanan kucing yg bagus selain wiskers?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, saya tak pasti kucing u dari baka mana kerana ada sesetengah kucing dari baka tertentu amat memilih makanan. Bagi kebanyakkan kucing, mereka akan makan apa juga yang diberikan, cuma andai jenama tersebut tidak berapa digemari mereka akan makan sedikit sahaja berbanding jika mereka suka . Anda boleh cuba beberapa jenis makanan premium yang lain seperti Vitapet, Prodiet..atau jika mampu boleh cuba jenama yang premium dan agak bagus seperti EQ, Sportsman, Blackwood dll.

      Delete
  56. Salam..sye nk tye..ank kucing sye umur akn mencecah 3bln pd 21/1 ni..mslh nye skrg..ade cacing kluar dri bontot dia..halus kaler kuning/krim..sye dh beli ubt cacing jenis cecair jenama troy dn dh diberikn kpd dia 2ari brturut2..tpi still cacing tu kluar..mcm mne nk buat ek? Perlu dibwa ke vet? Dia blom divaksinkn dn akn divaksinkn ble unur dia genap 3bln..lgi 1, sye rse dia ade earmites kot..sbb dia mngaru blkg telinga smpi luka..dn luka dia sbb spray dgn Orgaderm..soalannye..ade x ubt utk earmites? Bole cadangkn? Tgh buntu..terima kasih byk2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori..luka dia saya spray dgn Orgaderm utk keringkn luka tu..tpi still nk kne hapuskn earmites tu kot bru dia stop mngaru :'(

      Delete
    2. Salam..utk ubat cacing tu mmg perlu diberikan mengikut berat badan kucing. Mungkin infestasi cacing pada kucing u tu agak berat, teruskan memberi ubat cacing mengikut sukatan. Bagi ear mites biasanya ada ubat titis telinga yg boleh didapati dari vet, kerana ear mites yg teruk boleh menyebabkan jangkitan yg memudaratkan kucing. Selain dari itu u boleh pakaikan neck collar bagi mengelakkan kucing u menggaru sementara u merawat ear mites tersebut.

      Delete
    3. Terima kasih utk penjelasan..cuma nk confirmkan..ubt cacing tu bole diberikn setiap hari sehingga cacing dh xkluar dri bontot dia? Sori sbb byk prtanyaan..

      Delete
    4. Biasanya paling kerap ubat cacing perlu diberikan ialah setiap 2 minggu sekali. Terlebih kerap memberikan ubat cacing mungkin akan sebabkan kucing mendapat cirit birit.

      Delete
  57. Assalamualaikum. Sy ada anak kucing bru berusia 20 hari. Masalahnya kutu byk sgt kat ank kucing ni. As far sy bce page ni,anak kucing hanya boleh dimandikan dlm usia 6 minggu ke atas. Jadi ada ke suggestion nk buat mcm mana? lepas tu pagi ni seekor anak kucing baru je mati. Masa nak angkat tadi,sy perasan ade cacing putih panjang. Sy perlu bawak ke vet or mcm mne? terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, rasanya masalah kutu yg teruk pada anak kucing u didapati dari ibunya, dan infestasi yg teruk boleh membawa maut, begitu juga dgn cacing. Saya nasihatkan bawa ke vet dgn kadar segera kerana kucing u hanya berusia 3 minggu

      Delete
  58. Salam. Betul ke kalau pasir kucing tu kita just buang untuk setiap minggu? Cuma pakai scoop untuk buang najis kucing setiap hari? Infect tak bawa bau dalam rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, bergantung pada jenis pasir dan bilangan kucing juga. Paling mudah ialah tiap hari u scoopkan najis yg berketul dan bhgn pasir yg terlalu basah, atau yg clumpy dgn air kencing. U boleh jemurkan yg balance yg masih boleh digunakan jika berkesempatan, dan boleh campurkan dgn pasir yg baru sedikit2 tiap hari utk langkah penjimatan, serta memastikan kurang bau dlm rumah. Itu yg saya sendiri amalkan

      Delete
    2. Bagaimana pula kalau dekat telinga kucing tu ada telur kutu. Apa penjagaan yang sepatutnya?

      Delete
    3. Kutu pada kucing agak kerap ditemui terutamanya jika kucing kita jenis outdoor. Untuk mengatasi masaalah kutu kita perlu kerap memandikan kucing tersebut dengan menggunakan shampoo khas anti flea dan anti kutu yg ada dijual dikedai pet atau di vet.

      Delete
  59. Salam. Sy nk tnya. Sy baru bela ank kucing tp tak sure brpa bulan sbb jumpa di tepi jalan.Sy nak lepas dlm rumah tp takut kencing dan berak mrata. Sy dh cuba ajar dia kencing berak dlm air tp still kencing mrata. Sy tak nk beli pasir sbb mahal2 kat sini. So , ada tips tak mcm mana nak train dia ?

    ReplyDelete
  60. Replies
    1. Salam, untuk train anak kucing yang baru supaya kencing dan berak dengan teratur, mungkin agak mencabar sedikit. Seeloknya memang kita gunakan pasir tapi jika membebankan boleh guna cara lain. Jika memang ingin menjadikan kucing ni indoor ie tak dilepaskan bebas diluar, awak boleh train untuk mendisiplinkan kucing tersebut ye. Yg paling utama kena perhatikan gerak kucing sekiranya mula mengais untuk membuang air besar atau kecil dimana2 bahagian rumah, cepat2 angkat dan masukkan didalam bilik air, serta kuncikan sehingga dia selesai. Gunakan hanya satu bilik air sahaja, seeloknya bilik air yang kering kerana ianya lebih bersih dan tidak mengotorkan kaki kucing serta rumah kita. Pada peringkat awal, sediakan makanan samada dua atau tiga kali sehari, dan ajar kucing untuk membuang air selepas makan, dengan meletakkannya di dalam bilik air sehingga dia selesai. Apabila telah biasa dengan rutinnya, agak mudah untuk kita lepaskan kucing tersebut didalam rumah, kerana kebiasaannya kucing hanya akan mencari kawasan yang ada bau najisnya bagi membuang air. Cuma u kena rajin untuk membersihkan bilik air tersebut..

      Delete
    2. Okayy . Saya akan cubaa. Thankyou for the info ๐Ÿ˜Š

      Delete
  61. Salam. Saya nak tanya,saya ada kitten. Umur dia around 3 months. Ada dua ekor. Sekor ni aktif sihat and mmg nampak normal. Yg sekor lagi ni mcm muram sikit. Pergi vet,then dr kata dia demam. Dr dah bagi ubat demam and so on. Pahtu ni tak tau kenapa dia berak cair. Then asyik ngeowww. Maybe sbb tekak dia sakit sbb mmg dia kurang air. Tapi dia takmau minum air. Dah bubuh dalam bekas apa semua,dia taknak. Mcm mana nak buat? Risau sbb dia berak cair tu. Then risau dia tak mau minum air. Dr ada ajar bagi guna syringe tu. Tapi saya nak dia belajor minum sendiri dari bekas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, rasanya kucing u bukan sakit tekak tetapi cirit birit yang menyebabkan dia tidak aktif dan kurang selera makan serta kurang minum air. Dalam keadaan ini dia tidak akan mau makan dan minum dengan betul, jadi buat sementara waktu saya nasihatkan agar u puasakan dari sebarang makanan untuk 12 jam, tetapi terus memberikannya air bersih untuk diminum, walaupun terpaksa menggunakan syringe. Jangan risau kerana bila sembuh nanti dia akan tau untuk minum sendiri seperti biasa

      Delete
  62. assalamualaikum, saya ada 8 ekor kucing. baru lahir 4 ekor. nak tanya, brapa ekor ikan yang saya perlu beri kpd kucing dewasa(mak kucing)?? dia selalu sgt mengiau mintak mknn. tp, dia xnk mkn dry food masalahnya. saya kena rebus ikan. dan mknn apa yg saya perlu ber kpd 4 ekor kittens tu selain susu ibu dan sbg permulaan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. untuk ibu kucing u boleh berikan seekor dua ikan setiap kali makan, boleh juga dicampurkan dengan nasi sekiranya dia tak mau makan dry food. Untuk anak kucing mereka hanya bergantung kepada susu ibu sahaja, dan tak digalakkan kita memberikan sebarang makanan sehingga mereka mula makan sendiri ketika berusia sekurang2nya 2 bulan. Kecuali jika sekiranya ibu kucing tidak lagi mau menyusukan kitten u boleh cuba berikan susu untuk kucing yang khas dan ada dijual di kedai petshop.

      Delete
  63. Salam , anak kucing mmg tak boleh bagi makan nasi gaul dgn ikan rebus ke ? Sbb sejak sy bagi , dia cirit . Smblm ni bagi dry/tin food ja .. dia tak cirit .. So memang tak sesuai , atau simptom lain ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, biasanya utk anak kucing lebih baik diberikan ikan rebus atau ayam rebus sahaja tanpa dicampurkan dgn nasi.. Satu lagi bergantung pada baka kucing..biasanya baka breeder mmg agak sensitif berbanding dgn baka domestic.

      Delete
  64. Assalamualaikum.
    sy peminat kucing sedari dulu. tapi skrg ni sy dah tinggal kat bilik kecik, 4x2m je. selalu sy nak bawa pulang anak kucing kepunyaan kawan tp tak sampai hati pikir dia dlm bilik sorang sbb sy keje sampai malam kat ofis. tp pun sy tak blh tahan tengok anak kucing comel2. menurut puan sy mesti buat apa? is it ok to let a kitten in a room alone? pls help me. tqvm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, jika bilik u tidak dikongsi dengan orang lain dan ada ruang terbuka untuk pengudaraan saya kira ianya tidak salah untuk u mula membela kucing. Bagaimanapun jika bilik u sempit saya tak galakkan u membela kucing kerana ianya tidak sesuai ye.
      Jika ruang mencukupi dan memang u betul2 ingin bela kucing, saya sarankan sediakan kandang yang selesa serta peralatan yang perlu seperti bekas makanan dan minuman, bekas pasir yang selesa. Jika u perlu meninggalkan kucing sendirian, tolong pastikan bekalan makanan dan minuman sentiasa bersih dan penuh, serta bekas pasirnya juga dibersihkan. Jangan sesekali meninggalkan kucing dalam ruang tertutup tanpa pengudaraan yang betul serta dengan lampu dan kipas yang tertutup. Sekiranya anda memang berminat, anda perlu menjadi orang yang berdisiplin untuk melakukan rutin harian seperti membersihkan pasir serta menggantikan bekas makanan dan minuman kucing terlebih dahulu sebelum keluar berkerja.

      Delete
  65. Salaam .. Anak kucing sy skrg 3minggu .dia kerap tidur dan tak aktif .. Adakah sebab ibu dia xbagi susu menyebabkan dia tak aktif? Ank kucing kurus sgt skrg ni . blh bagi susu lain x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..biasanya pada umur 3 minggu anak kucing belum begitu aktif, tapi sudah boleh berjln walaupun lebih kerap tidur. Makansn utama ialah susu ibu, tetapi jika ibunya tak mau menyusukan perlu dicari alternatif lain. Pertama, gunakan ibu tumpang ie ibu lain yg masih menyusukan. Kedua ialah dgn memberikan susu formula yg khas utk kucing dan ada dijual dikedai pet. Boleh disyringekan ke mulut anak kucing tu.

      Delete
  66. Salam. Saya ada seekor kucing jantan. Now dia suka sangat kencing dimerata tempat sebagai penandaan kawasan. Saya nak mandulkan dia tapi umur dia sudah melebihi 7 bulan. Bolehkan dia dimandulkan? Ada apa2 kesan tak disebabkan umur dia yg sudah melebihi 8minggu seperti yang disarankan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..utk mengelakkan berlaku penandaan kawasan mmg seeloknya u bawa ke vet terdekat utk dispay, dan tidak ada sebrg masalah yg akan timbul walaupun kucing u sudah lebih 7 bulan

      Delete
  67. Salam and hai. Sy ada anak kucing , smlm tgn dia patah and idk why mcm mana boleh kena. Nak kata kena langgar tak sbb sy tak pernah lepas keluar. So skrg ni sy balut tgn dia. And skrg ni dia mcm asyik tido and tak bangun lansung. Makan dia nak , tapi kena suap. Kalau buang air , sy kena bwk dia . So sbb apa ya tiba2 tgn dia patah ? Sy rasa mungkin sbb dia main dgn kucing sy lagi satu dlm setahun lebih. Tergeliat or something. Ada tips tak , nak bagi tgn dia ok balik ?

    ReplyDelete
  68. And skrg ni tangan sebelah lagi. Ada org ckp strok haba . Dia bernafas pun laju , tak larat bangun , mcm kena strok. Mcm mana nak bagi sembuh ? Pls i need your help asap :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, saya rasa masalah kitten u bukan patah tangan. Masalahnya lebih serius dari tu, ada beberapa kemungkinan. Mungkin dia mengalami spine injury atau kecederaan tulang belakang akibat bermain, atau terjatuh dsb. Kemungkinan lain dia mungkin mengalami masalah darah beku yg terlepas ke jantung, yg menyebabkan kelemahan serta ciri2 strok. Bukan strok haba. Keadaan ini dikatergorikan sebagai emergency, tak ada rawatan dirumah melainkan u bawa ke vet dgn kadar segera.

      Delete
  69. salam..sy nk tnye..mcm mne kite nk thu umur kucing tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..kebiasaannya kita kena lihat secara keseluruhan..samada dah tumbuh gigi, dh mula ada plaque, gigi yg tumpul dan gugur etc..Secara kasar, pada usia 6 bulan kucing mula menunjukkan tanda2 utk mengawan,
      Pada usia 12-16 minggu gigi kucing yg permanent akan tumbuh..pada umur 7-18 bulan kucing akan mencapai ketinggian dan sai tubuh yg max..gigi mula gugur bila kucing sudah berumur 7-14 thn..

      Delete
  70. Assalamualaikum nk tanya..sy ad 3 eko kucing..yg pertama betina dh beranak..
    Yg kedua jantan..baru mengalami biang nk mengawan pertama kali..
    Yg ketiga jantan..kecik lg masih kitten..
    Kalau yg jantan tu nk mengawan dgn betina yg baru beranak tu..akn terjadi x persetubuhan tu..sbb takut yg betina xnk susukn ank dia lg..2 eko ank dia dh mati..tggl seko je yg survive..ap patut sy buat sbb semua ketiga2 eko kucing duk rmh skali..adk2 pn xsuka..sy je yg suka kucing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..kucing betina yg baru lepas beranak biasanya sudah mula on heat selepas beberapa minggu melahirkan..dan anak2 kucing u akan mula pandai makan sendiri pada usia 6-8 minggu, jadi boleh dibenarkan ibu tu utk mating ye..jika u tak nak ibu tu mengandung lagi boleh dikasikan atau asingkan kandang..

      Delete
  71. Assalamualaikum..nak tnya,ada tips ka nk bg kucing tu gemuk dari segi makanan mahupun penjagaan dan juga pjagaan bulu kucing tersebut spya nmpk cntik dan lebat....kucing sy baka biasa saja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucing baka biasa pun boleh menjadi sihat dan cantik jika pemakanan yg diberikan adalah betul. Boleh campurkan makanan basah yg dibuat menggunakan ikan atau ayam direbus atau boleh berikan juga makanan dry food dari jenama premium. Untuk memastikan bulu kucing bersih dan sihat, perlu dimandikan dgn shampoo yg sesuai 2 minggu sekali. Boleh juga diberikan vitamin yg sesuai

      Delete
  72. Assalammualaikum
    Saya nk ada adopt kucing jantan berumur dalam lingkungan 5/6 bulan. Saya nak bertanya, normal ke kucing berumur mcm ni mengawan? yang merisaukan saya ialah kucing2 yang datang mengawan ni kucing2 jantan jugak..pernah ternmpk dia sedang digigit kucing jantan lain.. kesian tgk sebab dia kecik lagi. macam mana cara saya nk elakkan perkara ni berlaku..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada umur 5-6 bulan mmg kucing dah mula pandai utk mengawan, tetapi jika jantan dgn jantan biasanya lebih pada bermain, bukan mengawan betul kerana saya kira kucing u tu masih kecil saiz badannya. Cara paling mudah asingkan dlm kandang berasingan, jika dibiarkan pun tak mendtgkan masalah

      Delete
  73. Assalam
    . biasanya kucing bsr brgaduh takk dgn anak kucing ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..kebiasaannya kucing besar jarang bergaduh dengan anak kucing, cuma mungkin setakat marah2 biasa pada peringkat awal dan lama kelamaan akan biasa..

      Delete
  74. Assalam,hai saya nak tanya.sebelum bi kucing saya baru saja dapatkan 1 kali vaksin dan ubat cacing.tapi dah lama tak ambil injection tersebut kerana last saya pergi ke klinik vet kerjaan dokter kata kucing demam dan suhunya tinggi jadi tak boleh di vaksin dan dia beri ubat,masalahnya kucing saya sampai ke harini tak sembuh lagi.Kdg2 saya pegang di bahagian kepalanya panas,kdg2 tidak.Berak kencing normal.dan sekarang dia kerap juga muntah.Lagi satu bru2 ni saya prasan yg kucing saya ada kutu pula.Jadi perlu ke saya hantar kucing saya pergi mandi kutu dahulu,kemudian dapatkan rawatan daripada dokter?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, biasanya kucing akan kelihatan letih dan tidak aktif serta hilang selera makan jika dia demam ye..jika kucing u aktif besar kemungkinan dia tidak demam. Muntah juga boleh diakibatkan oleh terlebih makan, hairball, cacing atau demam..jika muntahnya kerap hingga dia tidak boleh makan dan minum seperti biasa dan tidak aktif, u perlu bawa dia segera ke vet ye. Jika ada jangkitan kutu, tak perlu dimandikan dahulu utk di bawa ke vet, kerana vet juga akan memberikan nasihat dan ubat mengenai kutu tersebut.

      Delete
    2. Okay terima kasih atas jawapan yang sangat membantu๐Ÿ˜Š✌

      Delete
  75. saya nak tanya,kucing saya disuntik,esoknya badan dye lemah dan menggigil..kenapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya selepas vaksin kebanyakkan kucing akan lemah sedikit saja, boleh makan dan aktif seperti biasa. Tapi mungkin kucing u mengalami demam akibat suntikan tersebut, dan itu boleh menyebabka dia lemah dan menggigil. Pastikan kucing u berehat dan minum air ye

      Delete
  76. assalamualaikum , saya ada kucing betina dan dia baru je beranak . okay time dia bunting . dia punya najis okay je keras . tapi lepas dia beranak najis dia cair . kenapa ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..biasanya selepas bersalin mungkin dia akan mengalami cirit birit sedikit kerana stress atau penat..cuma perhatikan yg dia boleh makan dan minum dgn baik ye..dia perlukan tenaga utk breast feeding

      Delete
    2. alhamdulillah makan minum dia okay . cuma risau je dia sakit ke apa . terima kasih

      Delete
  77. assalamualaikum , berapa lama ya nak tunggu nak mandulkan ibu kucing lepas beranak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..selepas melahirkan seeloknya tunggu sehingga 4 minggu sebelum dimandulkan ye.

      Delete
  78. Salam sis.. Sy ada a few questions utk d tanya.
    1) Sy br bela anak kucing yg sy ambil d pasar. Sy dah berikan dry food utk kittens dan juga air. Dah 24 jam dia bersama sy tapi masih belum berak. Sy x pasti berapa umurnya..

    2) kittens ni juga asyik menggaru bhgian telinga dan tadi sy perasan dah ada kesan luka d telinga tu. What should i do?

    Btw, sy br beli dan guna Just Spray as suggested by my friends.. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. Biasanya kucing akan berak sehari sekali tetapi berkemungkinan kerana kucing tersebut kelaparan sebelum ini, dia tak dapat makanan yang secukupnya. Biarkan naturally dia buang air dengan sendiri dan terus berikan makanan seperti biasa serta air secukupnya ya.
      Berkaitan dengan luka yang ditelinga berkemungkinan kegatalan tersebut disebabkan oleh ear mites yang menyebabkan intense itching. U boleh cuba bersihkan telinga kucing tersebut dengan menitikkan ubat telinga anti mites dan korek sehingga bersih bagi menghapuskan mites. Boleh juga disapukan krim antifungus seperti miconazole cream dibahagian yang digaru.
      Antara langkah paling awal yang u boleh lakukan ialah mandikan kucing tersebut dengan syampu kucing antiflea n antilice.

      Delete
    2. Ooooo ok sis.. Btw, semlm sy dah bw dia jumpa vets.. Underweight rupanya anak teruna tu.. 700gm aja.. Adeihhh.. Vets dah cuci telinga dan bg injection utk prevent gatal2 tu berterusan. Tapikan sis, arini dia lemah dan x aktif. Suara pun slow jer nyahut bila d panggil. Dia juga cirit tadi.. What should i do?

      Delete
    3. Mungkin kucing u mengalami demam akibat injection yg diberi, biarkan dia berehat dan cirit tu mungkin akibat ubat cacing yg kebanyakan vet berikan. Make sure dia boleh minum dan makan ye

      Delete
    4. Dia x berapa nak mkn.. Minum tu ada juga sikit2.. Sy guna picagari utk bg dia minum.. Ada kwn kata masukkan sedikit glukos dlm air minuman Coco.. Hopefully he'll be healthy soon. Tq sis ;)

      Delete
  79. salam kucingku duniaku...i ade bela 2 ekor kucing..sekor kucing kmpung and sekor lagi kucing parsi..kedua-duanya jantan dn brumur 8 bulan..
    1)kucing kmpung i dh mula tunjuk tanda2 nk mngawan..but, i still tanak kahwin kan lagi..mybe trlalu syg..lagipun,kucing i just dduk dlm rumah je..nk dimndulkan kesian pulak...
    2)kucing kmpung i terlalu aktif dan sgt aktif...dia jenis suka gigit and gigitan dia kuat smpai mnyebabkan bekas dan luka...
    3) kedua-dua kucing i prnah divaksinkan 2 kali in this year...last vaksin pada bulan february...perlu ke kena vaksin lagi?
    please help me kucingku duniaku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya pada umur 8 bulan kucing memang dah boleh mengawan, mungkin u boleh benarkan dia mengawan sekali sebelum dimandulkan.
      Kucing kampung agak aktif dan jika dia menggigit biarkan saja dan jgn ditarik tangan atau bhgn yg digigit. Dan berkenaan imunisasi rasanya u dah complete.

      Delete
  80. Assalam sis...kucing sy da berapa hari cirit birit. Umur dalam 2-3 bulan. Najis dia xda pula cacing ka apa ka. Cuma cirit birit. Bila sy bg mkn mknan kucing, dia xnk mkn. Tp bila sy bg ikan goreng bru dia mkn. Tetap aktif n kuat menyusu. Patutkah sy mula bg ubat cacing? N ubat cacing apa yg sesuai utk anak kucing? Ada cara lain x utk mengelakkan anak kucing cirit birit selain bg ubat cacing? Sebab kat sini susah nk cari petshop. Klinik haiwan apatah lagi. Ada pun yg swasta. Cecah 200++ utk 3ekor anak kucing sy. Sy tk mampu nk bawa ke klinik haiwan swasta selalu. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, jika kucing2 tu masih aktif dan boleh makan serta minum dengan baik, tak perlu dibawa ke vet tetapi cuba puasakan dalam 12 jam dari sebarang makanan kecuali air bersih, dan selepas jangkawaktu 12 jam itu cuba berikan ikan yang direbus kosong, lebih baik dari diberikan ikan goreng ye. Utk ubat cacing, ada yang boleh didapati di petshop dengan harga yang sederhana dan berbentuk syrup. Jika tidak, cuba pergi ke vet swasta tersebut dan minta untuk beli ubat cacing sahaja jika boleh. Jangan terlalu risau jika anak kucing itu masih aktif dan kuat menyusu, tetapi jangan diberikan susu untuk manusia ye..takut semakin teruk cirit biritnya.

      Delete
  81. Salam . Mula2 kucing saya jalan pincang tapi tak luka pun kaki dia . Dia mula kurang makan dan suka duduk sorg2. Skrg ni dia mkin terukk . Duduk terlantar je xnk makan langsung . Dia x bleh berjalan kalau dia berdiri pun badan dia berketar2 . Dia berak dn kencing setempat je . Dia mcm skit area pnggung dia je . Bila saya sntuh situ dia akan keluarkan air kencing. Mcm mna ye doc . Mcm mne sy nk rwat kucing sy. Kalau g vet kerajaan brpe kos ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..kucing u jenis outdoor ke? Dari tanda2 yg ditunjukkan ada kemungkinan dia mengalami kecederaan di bhgn tulang belakang atau punggung, mungkin akibat jatuh tapi tiada luka yg ketara. Saya rasa keadaannya agak serius apabila dia tak boleh mkn n tidak boleh berjalan dan saya nasihatkan bawa dia ke vet segera ye..ttg harga rasanya agak mahal di private tetapi di kerajaan tidak mahal

      Delete
  82. Salam,
    Hari ini saya baru adopt kucing jalanan yg saya size dier lebih kurang 8 bulan mungkin kerana size kucing dirumah usia 8bulan hampir sama. Dari jalanan kami masukkan dia dlm cage, tp bila dirumah sy nak pegang untuk lap mata dan luka dia lari mungkin kerana tak biasa.
    Berapa lama patut saya bagi masa pada kucing itu untuk dia biasakan diri, nak bawak pegi vet pun takut dier lari dan tak boleh kontrol.
    Harap boleh bagi tips penjagaan kucing ini, first time adopt kucing yg dah besar begini sebelum nie adopt kucing jalanan all below 3 months.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..untuk peringkat awal saya nasihatkan biarkan dulu kucing tu didalam cage untuk beberapa hari supaya dia dapat membiasakan diri dgn kita dahulu..kerana dia tak biasa dimanjakan. Jika dia mengelak utk dibersihkan biarkan saja dahulu ye..once dia dah rasa comfortable dgn kita baru u cuba biar dia bebas di dlm rumah.. Kucing akan jadi mesra once dia rasa selamat dan tidak dibahayakan oleh org sekelilingnya..

      Delete
    2. Terima kasih dengan tips yg diberikan, hari nie just cuba lap2 dlm cage tanpa keluarkan dan sapu ubat pada luka dia. InsyaAllah bila dia dah makin selesa dgn human touch akan bawak ke vet.

      Delete
  83. Bagaimanakah cara untuk melebatkan bulu kucing.Apakah ada ubat/pil pil untuk melebatkan bulu kucing?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung pada jenis kucing yang kita ada, kebiasaanya kita boleh berikan makanan yang sesuai dan khas untuk penjagaan bulunya..dan satu lagi cara ialah memberikan makanan tambahan yang sesuai seperti brewer's yeast untuk kucing kita makan.

      Delete
  84. Salam n selamat sejahtera kucingku duniaku.. sy ada adopt anak kucing yang usianya dua minggu lebih.. ibunya mati.. jadi saya hanya berikan die susu yang dibeli di pet shop.. Masaalahnya, adakah normal anak kucing saya kerap berak taik lembik warna kuning? Sehari tiga ke empat kali. Anak kucing saya juga kurang minum susu yang diberi walaupon dipaksa. Badannya kecil je dan kerap tidur. Matanya juga kerap bertaik smpai menyukarkn die membuka mata shingga sy mencuci. Harap admin dpt memberi sedikit penerangan akn masaalah yang dihadapi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..anak kucing pada umur 2 minggu tidak begitu pandai makan, dan bergantung hanya pada susu ibu. Jika diberikan susu formula mmg kebiasaannya dia akan cirit..bagi dia makan soft diet sikit2 ye incase dia tak boleh minum banyak..ttg mata tu u bersihkan dgn cotton basah ye..selalu bersihkan matanya.

      Delete
  85. Salam n selamat sejahtera kucingku duniaku.. sy ada adopt anak kucing yang usianya dua minggu lebih.. ibunya mati.. jadi saya hanya berikan die susu yang dibeli di pet shop.. Masaalahnya, adakah normal anak kucing saya kerap berak taik lembik warna kuning? Sehari tiga ke empat kali. Anak kucing saya juga kurang minum susu yang diberi walaupon dipaksa. Badannya kecil je dan kerap tidur. Matanya juga kerap bertaik smpai menyukarkn die membuka mata shingga sy mencuci. Harap admin dpt memberi sedikit penerangan akn masaalah yang dihadapi.

    ReplyDelete
  86. Hai...sy ada seekor kitten br tumbuh gg tumpul. Br pandai gnkn kaki hdpn. Baka kg shja. Sy xpernah bela kucing dn ini Kali pertama. Sy nk tahu umur dia berapa dn bila mata kitten ni mula terbuka. Jika buta apa ciri2 nya dn cara penjagaan bg y buta? Jika tak vaksin mslh apa y akan dihadapi sy juga kucing? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, untuk kitten biasanya mata akan terbuka pada usia 2 minggu ke atas, dan mula pandai menggunakan kaki depan dan belakang selepas sebulan ke atas usianya. Jika buta penglihatan kucing kita tidak akan dapat berjalan dgn betul dan akan kerap terlanggar barang disekelilingnya. Jarang sekali kucing lahir buta kedua belah mata ye..
      Saya rasa kitten tersebut berusia dlm sekitar sebulan lebih usianya..
      Utk vaksin, mmg digalakkan untuk diberikan pada kucing kita terutamaya jika kita ingin melepaskan kucing tersebut bebas keluar masuk rumah. Vaksin perlu untuk mengelakkan kucing kita dijangkiti virus yang berbahaya pada kucing seperti FPV dan FIV. Kedua2 jangkitan virus ini boleh menyebabkan kematian pada usia yang kecil.

      Delete
  87. Salam , saya ade kucing dalam lingkungan 1 bulan lebih , dia selalu mengaru dibahagian telinga serta ditelinga dan sikunya ade kudis2 arna kuning , adakah itu kurap ? Apa yang saya perlu lakukan ? Mohon pencerahan terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, pada umur satu bulan lebih yang paling mungkin ialah kegatalan akibat ear mites dan kutu. Ear mites menyebabkan kegatalan pada telinga dan kutu dibahagian lain badan. Untuk telinga ianya perlu dibersihkan dengan menitikkan ubat telinga khas untuk mites dan bersihkan degnan mengorek menggunakan cotton bud. Manakala untuk kutu lebih baik dimandikan menggunakan shampoo untuk kutu kucing dan boleh disapukan antifungus cream dibahagian yang kelihatan merah atau kekuningan.

      Delete
  88. Salam, saya baru beli seekor kucing parsi betina umur 11bulan. Kucingnya sihat tapi tidak pernah di vaksin. Jadi, saya bercadang untuk beri vaksin. Boleh terangkan sedikit sebanyak langkah2 yang perlu saya lakukan? saya juga banyak dengar istilah deworm, deflea, inject kali pertama, kedua ketiga. Makin banyak membaca makin pening di buatnya,,boleh tuan terangkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, anak kucing boleh divaksinkan seawal umur 6-8 minggu ie dos pertama, dan selang 3-4 minggu dos kedua dan seterusnya. Kebiasaannya vet akan mengaturkan jadual imunisasi untuk kucing kita, dan kebanyakan vet akan menggunakan vaksin yang mengandungi kombinasi beberapa virus sekaligus untuk memudahkan. Pada usia 11 bulan kucing u masih perlu divaksinkan, terutama jika u bercadang melepaskan kucing tersebut keluar masuk rumah.
      Untuk deworming, secara rutinnya vet akan memberikan ubat cacing ketika melakukan pemeriksaan sebelum vaksinasi, bermakna dalam satu lawatan ke vet kucing akan divaksin dan deworming sekali. Utk rawatan flea, kita boleh lakukan dirumah, anda hanya perlu memeriksa untuk tanda2 flea pada kulit. Paling mudah ialah memandikan kucing dengan shampoo khas antiflea yang boleh dibeli di petshop. Harap ini akan membantu

      Delete
  89. Salam.. blh sy tahu kesan2 slps anak kucing makan ubat cacing? Sbb sy tgk dy kerap buang air n mcm cirit pun ada.. normal tak tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, kebiasaannya selepas makan ubat cacing anak kucing akan ada sedikit cirit birit tetapi tidak berpanjangan. Jika cirit berterusan ianya bukan disebabkan oleh ubat cacing.

      Delete
  90. Salam..kucing saya umur 7 bulan & skrg dia cuba untuk keluar dari rumah.Saya xbagi sebab dia prnah sesat & takut dia brgaduh dgn kucing lain.saya berhasrat utk kasi kucing saya kerana beranggapan selepas dikasi dia tidak cuba untuk lari dri rumah lg.dia jga tak pernah divaksin.berapa kali vaksin perlu diambil sebelum dia dikasi?
    Terima kasih ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, sebenarnya kucing perlu divaksin seawal 2 bulan usianya dan kebiasaannya vet akan memberi 3 injection pada jarak 3-4 minggu. Tetapi kita masih boleh mengkasikan kucing kita even tanpa membuat sebarang vaksinasi, cuma jika ingin dilepaskan diluar saya nasihatkan vaksinkan.

      Delete
  91. salam :) kucing sy umur dlm 2 tahun lebih. sy bru bela dy dlm 2 mggu dari tuan asal dy. tiap2 pagi sy nk scoop buang pasir n tgk kt pasir dy mmg selalu bnyk kencing je. buang air besar dy jarang2. normal ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..kebiasaannya kucing akan pee lebih byk dari poo ie buang air besar. Tetapi at least sekali sehari mesti poo. Jika kucing u kelihatan normal dan aktif seperti biasa itu normal, tetapi jika dia kelihatan letih atau sakit tanpa membuang air besar, dia mungkin mengalami masalah sembelit dan atau hairballs. Cuba dapatkan laxative jika itu terjadi

      Delete
  92. Salam, 2,3 hari lepas saya baru dapat seekor anak kucing (Ben), umur Ben dalam sebulan lebih, katanya tuan asal, mak Ben baru je mati sebab terkena virus pada mulut and Ben masih belum habis menyusu, so sekarang saya ajar Ben minum susu (susu khas utk kucing) guna syringe dan botol, masalahnya sekarang Ben agak sukar nak minum susu dan dia nampak lemah dan lesu sangat sampai dua hari berturut-turut saya bawa ben pergi vet, hari pertama vet inject ben (saya pun tak pasti apa yang vet inject) dan bagi ubat demam dan hari kedua vet bagi vitamin tenaga (yang pekat warna coklat dan suap pakai cotton bud) . Tapi sampai sekarang Ben masih xaktif dan lesu and masih xnak minum susu sampai sy kena paksa dia minum sikit (guna syringe) takut apa-apa yang buruk terjadi. Agak-agak kenapa ya Ben jadi macam ni? Adakah kerana Ben memang perlukan susu ibunya atau ada cadangan tak utk buat ben kembali kepada normal? mohon bantuan dan pencerahan, tq

    ps;/ ni baru pengalaman pertama saya bela kucing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..pada umur sebulan sepatutnya Ben boleh makan dan minum sendiri walaupun dia masih perlukan susu ibunya. Jika dilihat dari sejarah ibunya berkemungkinan Ben dijangkiti virus yang menyebabkan kematian. Seboleh mungkin u memang perlu berikan dia susu dan air bersih berterusan dan berikan makanan yang lembut dan halus khas untuk anak kucing. Sekiranya tidak berhasil dia mungkin perlu dibawa ke vet bagi dimasukkan air dan proper ubat seperti antibiotik etc.

      Delete
  93. Semalam saya telah membawa anak kucing seusia 2 bulan ke klinik haiwan sebb keadaan kucing saya semakin kurus dan tidak lalu makan,doktor telah memberikan suntikan serta ubat cacing dan dia muntah semula, doktor telah memberikan ubat tenaga,antibiotik dan nestum kerana bimbang anak kucing saya tidak mahu makan. Malam Semalam anak kucing saya telah berak cacing,saya telah beri ubat tenaga(setiap 2jam) serta nestum seperti yang disarankan doktor namum pada hari ini dia tidak mahu makan langsung .. saya bimbang krna keadaan dia yang tidak brtenga dan kurus bole mnyebabkan mati,,adakah ada kesan smpingn selepas ambil ubat2 ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya terlambat menjawab..agak sibuk sedikit
      Rasanya anak kucing u mengalami infestasi cacing yg teruk, yg menyebabkan dia lemah dan semakin kurus dan bukan disebabkan oleh ubat yg diberi. Buat sementara waktu jgn berikan nestum tersebut kerana dikhuatiri susu dlm nestum akan menyebabkan dia lagi kurang sihat. Sentiasa berikan dia air yg bersih, syringekan jika perlu. Dan belikan mknan wetfood ygkhas utk kucing yg sakit bagi mengembalikan tenaganya.

      Delete