Tuesday 3 September 2013

Mia, Zulu dan Ringgo...RIP..we will miss u forever..

Semalam, 2hb September 2013 dan hari ini 3hb September merupakan hari yang paling sedih bagi keluargaku...kami kehilangan 3 kucing2 kesayangan kami, yang kami bela sejak 7 bulan lalu..Mia, Zulu dan disusuli oleh Ringgo...

Tanpa sebab apa2, Ringgo mula kurang makan beberapa hari lalu..tiada muntah atau cirit. Mia dan Zulu tidak menunjukkan tanda apa2, sehinggalah pada lewat malam 1hb September bila Zulu mula muntah2 dan cirit birit, tak mau makan dan minum. Mia menyusul dan mula tak berselera dan kurang aktif, tapi tanpa muntah dan cirit. Ketiga2nya hanya mendiamkan diri, tidak menangis..cuma air liur mereka bertali2 meleleh keluar. Malang sekali kerana pada waktu tu tiada vet yang boleh aku hubungi, even kawanku juga missing in action. Puas kami pujuk untuk minum, ada jiranku menyarankan diberikan glucose dan air kelapa, semuanya kami buat tapi tiada yang berhasil. Rio dan Nico kami asingkan dari rumah mereka, risau memikirkan keadaan kucing2 bertiga tu..

Akhirnya kami pasrah..kurang dari 48 jam ketiga2nya pergi meninggalkan kami...bermula dengan Zulu seawal pagi 2 September, disusuli dengan Mia 4 jam kemudian dan Ringgo lewat malam tadi..tak terkata kesedihan kami, dan tak terbendung airmata kami sekeluarga...terasa sangat kehilangan kerana ketiga2 kucing2 ini amat manja, terutamanya Mia dan Zulu. Zulu amat kami sekeluarga sayangi, kerana kelainan yang dimilikinya dengan mata yang berbeza warna serta amat keletah, suka menggigit manja jari kami setiap kali kami mengusiknya..manakala Mia  yang kuat tidur dan Ringgo dengan keletah masing2 yang sentiasa segar dalam kenangan kami..

Puas kami fikirkan apa puncanya tapi tidak kami temui..yang pasti beberapa hari sebelum kematian mereka ini, kami temui bangkai kucing luar yang kami panggil Blackie, yang selalu menumpang makan setiap kali waktu makan kucing2 dirumah kami. Blackie sudah agak besar, mungkin berumur antara 4-5 bulan juga..manakala kucing2 kesayangan kami berumur sekitar 9-10 bulan. Tiada apa yang mampu kami buat..dan kini hanya tinggal Rio dari 4 beradik asal anak2 Mili..selain dari anak2 Mili yang baru berumur tak sampai 6 minggu itu. 

Kami telah mencuba yang terbaik sewaktu menjaga mereka..berkongsi rezeki yang Allah berikan dan berkongsi kasih sayang biarpun hanya seketika..Mia, Zulu n Ringgo..we will always miss u..


Zulu...dalam kenangan...

Zulu..the most adorable

Zulu..sentiasa istimewa dihati kami

Kegemaran Zulu..we'll miss this dear

Mia...

Mia..antara yang tercantik dan manja

Pose dari Mia dan Zulu..

Mia..

Saat terakhir Mia yang mampu kusimpan..amat tidak menyusahkan..


Ringgo...

Ringgo dan Zulu..selepas dimandikan..

Ringgo...dalam kenangan...tempat kegemarannya bila bersandar..


No comments:

Post a Comment