Thursday 22 August 2013

The newcomers....belum bernama

Sekarang anak2 Mili yang terbaru dah berusia 4 minggu lebih, ada 6 ekor semuanya...3 putih, 2 mixed brown n 1 oren. Dah pandai main, dah pandai buang air kecil dan besar di litter box, dan dah pandai makan! Cukup bising bila nampak kelibat kita, jika diberi peluang bermain di luar sangkar macam2 ragam boleh dilihat. Seronok melayan kerenah kitten2 yang belum bernama ni hehe..

Sampai sekarang tak terfikir nama lagi..rasanya kali ni aku nak namakan sempena nama2 kereta yang aku minat.. Yang oren tu aku nak namakan Cayyene..sikit lebih kurang bunyinya dengan oren..ni sebab aku minat betul dgn Porsche Cayyene hehehehe..
Yang mixed brown tu satu nak aku namakan Porsche, satu lagi Preve...comel gak Preve ni walaupun local car je (actually aku test drive Preve baru niece aku recently masa raya tempohari..not bad at all). 





Lena tidur semuanya sebab dah kekenyangan..waktu ni lepas penat bermain dan diberi peluang berlari diluar sangkar! Habis main semua mencari susu, dah kenyang apa lagi pengsan le...



Punya la penat, aku usik pun tak bangun, aku amik gambar pun tak gerak kecuali si Oren Cayyene!



Ni aksi2 sebelum pengsan kepenatan hehe tak padan kecik si putih ni nak bergayut !



Cukup susah nak diambil gambar semua anak2 kucing ni...banyak betul aktiviti masing2!



Bila dah penat..masing2 berebut port nak menyusu hehehe kesian si Mili, diam je dia melayan kerenah anak2 dia berebut puting susu..



Ni siputih bertiga ni aku tak plan nak namakan apa lagi...Yang besar sikit tu nak namakan Audi hehehehe yang dua ekor lagi rasanya Maserati dengan Ferari..mesti yang lain tak setuju dgn nama yang aku nak bagi ni kan? Tapi tak pe...selalunya part bagi nama ni memang kerja aku hehehehe

One thing for sure, anak2 kucing baru ni sangat comel! Sentiasa buat kami sekeluarga sibuk nak kacau mereka dan ajak mereka bermain..seronok melihat aksi2 mereka ni..siap pandai marahkan kucing2 ku yang lain tu hehehe

Ok la..next time aku update apa nama anak2 kucing ni..jadi ke tak dengan nama2 yang aku plan nak bagi ni...


3 comments:

  1. Sayangnya...dari 6 yang ada, 4 telah meninggal dunia kerana demam dan serangan virus. Aku cuma dapat menyelamatkan 2 saja, seekor yang putih ku panggil Mercedes dan yang paling kecik sekali kelabu si Preve. Sewaktu mereka dijangkiti virus, umur mereka masih tidak sesuai utk divaksinkan...

    ReplyDelete
  2. salam. kucing sy bru beranak smlm.. tetapi 2ekor anknye mata da terbuka smsa lahir.. kenapa ye mcm tu? adkh normal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, kebiasaannya mmg mata akan tertutup dulu tapi jika lahir dah terus buka mata biasanya ia tak ada masalah apa2..jgn risau ye

      Delete