Wednesday 14 August 2013

Masalah kesihatan kucing 3: Mata....dan masalahnya..

Ni kali pertama aku membuka blog semula...selepas bercuti sempena Hari Raya AidilFitri yang baru masuk hari ke 7 dan selepas memulakan semula tugas di klinik..seperti dijangkakan 3 hari pertama mula berkerja agak memenatkan..bilangan pesakit bertambah dengan penyakit2 sempena beraya seperti diarrhoea, demam dan batuk selsema..

Emm..hari ni aku nak mengkisahkan tentang sakit mata yang dialami oleh kucing2 kita..kucing pun ada masalah mata tersendiri..

Mata kucing juga mengalami masalah yang sama seperti manusia. Berbeza dengan anjing, kucing mengharapkan sepenuhnya pandangan mata yang jelas untuk menjalani kehidupan harian mereka seperti biasa, jadi sebarang masalah pada mata kucing akan menjejaskan kehidupan kucing2 ini. 

Tanda2 mata kucing bermasalah ialah:

* Discaj dari mata: 
Jenis2 discaj dari mata kucing banyak memberi maklumat tentang masalah yang dihadapi. Discaj yang jernih tanpa kemerahan pada mata atau sakit menunjukkan masalah pada saluran airmata. Discaj yang jernih dengan mata yang merah menunjukkan conjunctivitis, kemungkinan viral. Discaj yang melekit, pekat atau kekuningan serta mata yang merah menunjukkan conjunctivitis juga, kemungkinan chlamydophila. Bagaimanapun, sebarang discaj mata berserta sakit yang ketara menunjukkan masalah yang lebih serius, melibatkan dalaman mata atau kornea.



* "Painful eye": 
Kucing yang mengalami kesakitan dalam mata akan mengalami mata yang berair teruk (excessive tearing), 'squinting'(menutup mata), sakit apabila disentuh dan juga mengelak cahaya. Adakalanya kucing akan mencakar (paw) mata atau cuba menggosok mata dengan kerap. Pada bahagian dalam sudut mata kucing akan terbentuk kelopak tambahan dipanggil kelopak ke3 atau nictating membrane, yang terbentuk akibat sakit. Penyebab utama kesakitan pada mata kucing ialah kecederaan pada kornea atau bahagian dalaman mata, termasuk glaucoma dan uveitis. 




* Membrane atau lapisan pada mata: 
Membrane putih yang terbentuk didalam kelopak mata dan pada bahagian sudut mata kucing dipanggil "nictating membrane". 






* "Cloudy eye": 
Ada beberapa penyakit yang menyebabkan mata kucing menjadi kelabu atau pudar dan tidak jernih, menyebabkan seolah2 mata kucing itu buta. Lesion yang cloudy ini boleh bersaiz kecil atau boleh besar hingga meliputi seluruh cornea mata kucing. Mata yang kelabu dan tidak jernih menunjukkan masalah dalaman mata, jika ianya berserta dengan kesakitan, kemungkinan ianya disebabkan radangan uveitis, keratitis atau glaucoma. Keadaan cornea yang membengkak ie corneal oedema akan menyebabkan mata kucing kelihatan biru kelabu yang sekata, serta disertai kesakitan. Manakala cataract akan menyebabkan keadaan yang sama tetapi tanpa kesakitan. Sekiranya mata kucing kita menjadi kelabu tidak semestinya ia buta, tetapi perlu dibawa kepada vet untuk rawatan lanjut sebelum kerosakan kekal berlaku.



* Mata yang keras atau lembut : 
Perubahan pada tekanan dalam mata akan mengakibatkan keadaan 'hard' n 'soft' eye. Pupil mata kucing mungkin mengeras dan tidak boleh mengembang atau menguncup. Keadaan mata yang keras dengan pupil mata yang mengembang dan tidak boleh menguncup biasanya menunjukkan glaukoma, manakala mata yang lembut dengan pupil yang menguncup dan tidak boleh mengembang menunjukkan inflamasi atau radangan pada uvea mata ie uveitis. 

* Mata terjojol (bulging) atau cengkung (sunken):
Mata yang terjojol terjadi didalam glaukoma, tumor atau abses dibelakang mata, manakala mata yang cengkung adalah akibat dehidrasi, sakit mata, kehilangan berat badan mendadak dan tetanus. 


Ada beberapa lagi keadaan yang melibatkan mata kucing tetapi tidak kerap dijumpai...



Lakukan pemeriksaan sendiri pada mata kucing2 kita....lihat ke dalam mata kucing kita dengan tepat ditempat yang terang dan cukup cahaya, mata kucing kita sepatutnya jernih dan cerah, pupil sama dikedua2 belah, dan kawasan disekitar bebola mata kucing sepatutnya putih bersih. Tarik kelopak mata kucing kita ke bawah dengan lembut, ianya sepatutnya berwarna merah jambu, tidak putih atau merah menyala.

387 comments:

  1. sakit mata bulging akhir nya jadi ape

    ReplyDelete
  2. Bulging eyes dalam kucing boleh disebabkan oleh accident atau tumour dalam mata..jika dibiarkan boleh menyebabkan kucing kita buta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo bawa berjumpa dengan pakar verterinar,,anggaran berape harga kos rawatan or ad solution lain secara tradisional ?

      Delete
  3. kucing saya bergaduh dengan kucing lain...mata dia cedera...asyik berair dan macam "Cloudy eye"...boleh ke kalau saya sendiri nak rawat "Cloudy eye" dan bagaimana nak rawat dia...saya tak mampu untuk ke vet. boleh tak bagi pendapat atau nasihat...lagi 1 kalau "Cloudy eye" jadi kekal...mata dia akan 'cloudy' saje atau akan jadi lebih teruk?

    ReplyDelete
  4. Rasanya mungkin kesan cakaran pada mata tu yang menyebabkan jangkitan dan 'cloudy eye'. Kyla boleh cuba rawatan sendiri dirumah, kena bersihkan mata kucing Kyla tu dgn tuala lembab yang bersih, dan cari di farmasi pun boleh ubat krim mata nama Chloramphenicol Eye Ointment atau Terramycin Eye ointment. Sapukan pada mata yang bermasalah tu, sapu didalam mata ye..tarikkan kelopak mata kucing tu dan picitkan ubat..jika susah letakkan ointment tu dihujung jari kita yang dah dicuci, dan sapukan ke mata kucing yang sakit tu. InsyaAllah jika cepat kita ubat mata dia boleh sembuh. Btw ubat tu tak mahal, dalam rm 10-15 sahaja. Jika tak ada farmasi, boleh cuba ke klinik biasa dan minta untuk beli ubat tu.

    ReplyDelete
  5. in syaa allah saya akan cuba....terima kasih

    ReplyDelete
  6. Mata kucing saya jadi seperti nictating membrane yg ade pada gmbar di ats tu. Atas sebab apa ia terjadi n mcm mane sya nak rawatnya ye doctor?

    ReplyDelete
  7. Vanilla Yayya, nictating membrane atau kelopak mata ketiga terjadi pada kucing apabila berlaku jangkitan kuman atau conjunctivitis. Sebenarnya conjunctiva pada mata kucing yang normal tidak kelihatan (conjunctiva ni seperti mata putih pada manusia), tapi bila conjunctivitis atau inflammation pada conjunctiva terjadi, ianya membengkak dan menghasilkan nictating membrane. Ia boleh diubati, samada dgn membawa kucing ke vet atau boleh cuba memberikan ubat titis mata dan teramycin eye ointment disapukan pada mata kucing yang bermasalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doc Nak tanya mana nak dapat ubat titis mata dan teramycin eye ointment? Di farmasi biasa ada jual tak?

      Delete
    2. Di farmasi yg ada pharmacist biasanya sda, atau boleh juga cuba beli di klinik biasa

      Delete
  8. Nictating membrane itu bahaya gak ya dokter kalo di diamkan saja ? lalu obat matanya yg seperti apa ?

    ReplyDelete
  9. Nictating membrane tu naturally kita panggil third eyelid pada kucing, dan untuk tau ianya bermasalah atau tidak, kita kena comparekan atau bandingkan keadaanya sebelum atau selepas kita sedar kehadiran nictating membrane yang ketara pada mata kucing. Jika membrane itu sekadar putih dan mata kucing kita nampak normal, tiada yang kita perlu risaukan. Jika nictating membrane itu kelihatan sangat merah serta mata kucing kita kotor dan berair atau keluar cairan kuning, itu menunjukkan mata kucing kita bermasalah seperti jangkitan kuman atau conjunctivitis yang kita boleh rawat dengan menggunakan ointment untuk mata seperti terramycin eye ointment, selain kerap membersihkannya. Jika mata kucing kita jelas bengkak, masalahnya mungkin lebih serius dan perlu mendapatkan pemeriksaan rapi di vet terdekat.

    ReplyDelete
  10. discaj : macam mana nk ubat ye?/ mata anak kucing tu dh tertutup tp saya tarik bg buka balik

    ReplyDelete
  11. Biasanya discaj akan menyebabkan kelopak mata kucing melekat. Bersihkan dengan air suam dan tuala yang bersih, sapukan terramycin eye ointment yang boleh dibeli difarmasi.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum,

    Kucing lelaki saya umur 4 tahun menghidap mata berdarah didalam aqueous chamber. 2 Minggu lepas buah pinggang belah kanan dia bengkak, sekarang dah mengecil.

    Tolong saya. Saya sangat susah hati.

    ReplyDelete
  13. Pendarahan dalam aquoeus chamber atau kita panggil hyphaema agak common pada kucing, tetapi ianya bukan penyakit khusus pada mata tapi indication untuk penyakit2 lain yang mungkin ada pada kucing kita. Antara penyebab paling common ialah trauma pada mata atau kepala, retinal detachment, hypertension atau masalah thyroid yg aktif ie hyperthyroidism, infeksi parasit, pendarahan dari salur darah, uveitis, vasculitis, kanser atau lymphoma. Dalam kes kucing u pendarahan berlaku selepas dia ada masalah bengkak buah pinggang, mungkin dia mengalami masalah tekanan darah tinggi atau hypertensi. Saya nasihatkan u bawa dia semula untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut, supaya kucing tersebut tidak akan menderita kecacatan atau kerosakan yang teruk pada mata jika dibiarkan.
    Saya harap penjelasan saya dapat membantu..

    ReplyDelete
  14. assalammualaikum
    kucing sy mengalami masalah anak mata sebelah mengecil dan sebelah mengembang mcm dlm pic yg glaucoma and lens luxation.....tp anak mata yg mengecil tu sekitarnya ada merah2 macam darah rsnya...dan airmata yg keluar pun warna coklat...bole tak bg cara rawatan selain pegi vet...sbb nk pegi vet sy tak mampu...
    Tolong lah...sy dah xmampu nk tido mlm tgk keadaan dia...

    ReplyDelete
  15. Terima kasih banyak banyak atas penjelasan.

    ReplyDelete
  16. Salam Wolfrain, kucing u umur berapa tahun ye? Tentang mata yang membesar seperti glaucoma tu rawatannya hanyalah dengan surgery, jika tidak berkemungkinan kucing tersebut akan mengalami buta atau hilang penglihatan kekal. Bagi mata yang mengecil rasanya seperti mendapat jangkitan mata atau conjunctivitis. Diharapkan jangkitan tersebut lebih kepada jangkitan biasa dan bukan disebabkan oleh virus tertentu seperti FIV, kerana jika ada virus tersebut untuk sembuh sepenuhnya mungkin sukar, ataupun ianya akan kerap berulang2. Cara yang paling selamat dan mudah untuk u cuba lakukan rawatan dirumah ialah dengan membersihkan mata kucing menggunakan tuala bersih dan air bersih, selepas tu cuba dapatkan teramycin eye ointment untuk disapukan pada mata kucing u tu. Bersihkan mata dengan mengelap secara lembut dgn tuala yang lembut dan dibasahkan terlebih dahulu. Harap ianya dapat membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dimana nak dapatkan teramycin eye ointment tu?

      Delete
    2. Di farmasi yg ada pharmacist pun boleh, atau diklinik pun ada.

      Delete
  17. Salam.saya ada anak kucing berumur dalam 2minggu.die mempunyai masalah mata
    -bulging eye mcm mata pepatung
    -ada selaput putih mcm menutupi dada
    -mata melekat

    Apa rawatan yangvterbaik ye

    ReplyDelete
  18. Salam, untuk baby kitten kemungkinan lebih kepada jangkitan kuman pada mata, cukup dengan u cuba cucikan dulu kelopak mata kucing tersebut dengan towel basah yang bersih sebelum menyapukan chloramphenicol atau terramycin eye ointment pada kelopak mata kucing.

    ReplyDelete
  19. Assalammualaikum..sy nk tnya ank kucing sy dh 4 bulan mata dia mcm cloudy eye....dh stgah trtutup ngan selaput...then mkn pown kurang...knapa yaa??apa perlu sy buat??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, cloudy eye pada anak kucing agak serius, mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman pada cornea mata, jangkitan kuman pada cecair dlm mata, cataract pada lensa mata. Mungkin terdapat ulser atau luka pada cornea mata yang menyebabkan dia kurang penglihatan dan tak boleh makan. Saya nasihatkan u bawa dia ke vet berdekatan. Rawatan dirumah untuk kes seperti ini cuma elakkan dari kucing kerap menggososk mata, jangan dibiarkan takut mendatangkan mudarat pada kucing.

      Delete
  20. SALAM, Doktor sye dh pergi vet, dan vet ade bg ubat untuk alahan pada kucing sye, dan dye ckp boleh gunakan clorophemnicol, tp mata kucing sye semakin mmbgkak dan semakin tebal membrane. �� sye sgt risau. Kucing sye brumur 3bulan. Tolong la sye doktor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, biasanya memang selamat untuk gunakan chloramphenicol eye ointment 1% setiap 4 jam pada mata kucing, tetapi ada juga kucing yang mungkin alahan pada CMC @ Chloramphenicol. Saya nasihatkan buat masa ni u cuci mata kucing tersebut dengan menitikkan natural tears yang kita boleh beli dari farmasi, jangan guna optrex atau eye mo ye. Dan cucikan mata kucing dengan tuala yang dibasahkan dengan air bersih sebelum cuba applykan Terramycin eye ointment. Jika tak ada perubahan mungkin perlu berjumpa semula dengan vet untuk diberikan antibiotik oral mengikut berat badan kucing.

      Delete
  21. Salam. Selain terramycin ointment, kalau guna nicol eye drop boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, dari pengalaman saya dgn kucing2 saya sendiri, nicol eyedrop atau neodeca eyedrop agak perlahan kesannya berbanding terramycin atau chloramphenicol eye ointment, tetapi masih selamat utk digunakan pada kucing

      Delete
  22. Salam doc..kucing sy dah 4 hari...sakit mata sebelah n flu....mata dia makin teruk lepas sy titik nicol (vet bg)... Selalu ambik masa berapa lama utk baik?? Sy risau...kesian dia...kitten lagi...baru 2 bln

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, dari pengalaman saya eyedrop tak begitu berkesan untuk kucing berbanding ountment, jika nampak masih bengkak cuba cari terramycin ointment atau chloramphenicol ountment dan sapukan dimata kucing, mesti dibersihkan dahulu dgn menggunakan towel basah dan bersih. Ada waktunya mungkin mengambil masa beberapa hari hingga seminggu utk pulih

      Delete
  23. salam...

    sy terjumpa seekor anak kucing yg umo dlm 1@2minggu ...kelaparan dan ditingalkan ibunya....mata dia belah kiri bulging....sebelah kanan pulak mata dia xbrape bukak dan mata warna kelabu..sy dh bawak g jupe vet...tp sedihnye vet kata dua-dua mata dia dh rosak...vet still bagi chloramphenicol eye ointment....boleh sy tau pe lagi yg sy boleh lakukan untuk dia?

    ReplyDelete
  24. salam...kesiannya anak kucing tu. Berkemungkinan besar anak kucing tu akan mengalami kecacatan penglihatan yang kekal..CMC atau chloramphenicol eye ointment memang rawatan yang akan diberikan, selain dari u selalu kena bersihkan mata anak kucing tersebut dengan towel kecil yang lembut dan dibasahkan dengan air bersih. Tak banyak yang kita boleh lakukan selain dari perkara diatas, semoga dapat diselamatkan mata anak kucing u tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kemungkinan tak mata dia dapat diselamatkan?? sy risau mcm mana dia nak survive tanpa boleh melihat...sy tak pernah bela kucing sebelum ini...so sy banyak benda sy tak tau pasal kucing

      Delete
    2. Harap2nya boleh surut mata yang bulging tu dan dia boleh melihat dengan baik..walaupun agak sukar.
      Bela kucing ni pengalaman yang menyeronokkan asalkan kita sabar dan selesa dengan kucing, dan kena belajar memahami kerenah kucing. Saya ada menulis satu topik berkaitan "perkara yang kita perlu tahu untuk membela kucing esp yg first timer"..insyaAllah u boleh dapat beberapa pengetahuan yang mungkin boleh membantu..http://kucingkuduniaku.blogspot.com/2013/09/perkara-yang-elok-diketahui-jika.html

      Delete
  25. kucing saya berumur 1 tahun, hari ni saya dapati matannya bertukar warna dari biru ke warna kuning, sedikit berair dan sedikit bengkak keliling mata. saya amat risau dengan keadaan ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kucing u berkemungkinan mengalami sakit mata atau conjunctivitis dan yg kuning itu ialah nictating membrane. Boleh cuba applykan terramycin eye ointment yg boleh dibeli difarmasi atau lebih baik u bawanya ke vet jika semakin membengkak.

      Delete
    2. terima kasih atas info yg dberikan...

      Delete
  26. Assalamualaikum. Mata kucing saya bengkak, berwrna merah, banyk tahi mata Dan susah Nk buka. Smpi bulu dibahagian mata tu semakin berkurang. Tiap2 hari saya bersihkn. Smpi satu hari saya sapukan dettol anti septic cream dekt mata dia. Dalm beberapa minit. Matanya mengeluarkn darah. Kenapa ya? Risau saya dibuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, jika dilihat dari simptom kucing u mengalami conjunctivitis, tetapi dettol antiseptic mmg tak boleh disapukan pada mata. Tolong carikan terramycin ointment dan sapukan dlm mata kucing u, boleh juga dititikkan normal saline utk cuci matanya sebelum sapukan ointment tadi.

      Delete
  27. Assalamualaikum . Anak Kucing saya berusia 3 minggu . Mata kanannya seperti menghidap bulging . Tapi mata kirinya x buka lagi . Apa yg perlu saya buat ? Perlukah membawanya ke vet ? Tq atas info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, biasanya anak kucing pada umur 3 minggu masih belum terbuka sepenuhnya mata..atau jika terbuka kadang2 akan tertutup semula bergantung samada ibunya rajin membersihkan matanya atau tidak. Jika matanya nampak merah u boleh letakkan terramycin ointment, tapi jika tidak u boleh bersihkan mata kucing tersebut dengan air suam dan tuala lembut sekurang2nya sehari sekali. Jika tiada perubahan u bolehla membawanya ke vet ye

      Delete
  28. Salam..sy nak tnye mata kucing sy ada selaput putih yg tutup mata just separuh je. Mata tak ada bengkak atau merah.. sekrg ni selsema n batuk..selera mkn pon kurg.. boleh bg pndpt.. dh dua hari..

    ReplyDelete
  29. Salam, rasanya kucing u mengalami jangkitan di saluran pernafasannya ie URTI, dan dia mungkin demam. Selaput putih dimatanya menandakan dia tidak sihat, jika dapat u bawa ke vet langkah terbaik. Jika tidak, pastikan kucing u dapat makan dan minum walaupun sedikit2, ttg mata just perhatikan dan bersihkan jika perlu menggunakan tuala lembut dan basah.

    ReplyDelete
  30. Salam, saya nak tanya. Dua hari lepas saya ad hantar kucing saya pergi klinik, sebab mata sebelah dia bengkak and membrane putih dia dah merah and tutup dah mata dia. Then skrg dah bagi ubat, membrane dia dah okay sikit,mata dah terbukak. Tapi tulah mata dia kelabu(cloudy eye) . Hmmm boleh baik ke? Or dia akan buta? :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, tak semua cloudy eyes akan menyebabkan buta, buat sementara ni u sambung dgn ubat yg vet bagi sehingga masalah bengkak mata tu hilang. Jika selepas membrane matanya sudah pulih tetapi cloudy eye itu kekal, cuba bawa ke vet semula kerana dia mungkin mengalami jangkitan pada cornea

      Delete
  31. salam,saya punya 5 anak kucing umur 4 mingguan ,diantara ke5 nya ada 2 anak kucing yang matanya bulging atau terjojol sama persis kaya di gambar di atas,lalu setelah tau anak kucing saya sakit mata bulging saya membeli obat mata yang di petshop nama obatnya "healty eyes" nah pertanyaanya ,,apa tidak apa apa saya memakai obat yang dari petshop?dan akan sembuh matanya atau tidak?bila tidak apa ada saran obat yang harus sya pakai untuk anak kucing saya?terimakasih mohon bantuannya..

    ReplyDelete
  32. salam,saya punya 5 anak kucing umur 4 mingguan ,diantara ke5 nya ada 2 anak kucing yang matanya bulging atau terjojol sama persis kaya di gambar di atas,lalu setelah tau anak kucing saya sakit mata bulging saya membeli obat mata yang di petshop nama obatnya "healty eyes" nah pertanyaanya ,,apa tidak apa apa saya memakai obat yang dari petshop?dan akan sembuh matanya atau tidak?bila tidak apa ada saran obat yang harus sya pakai untuk anak kucing saya?terimakasih mohon bantuannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, biasanya pada umur 4-5 minggu bulging eyes mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman. Kebiasaannya boleh digunakan terramycin eye ointment atau chloramphenicol eye ointment. Cuba juga perhatikan samada cornea mata kucing itu menjadi kelabu atau tidak kerana jika ianya kelabu berkemungkinan ianya ialah glaukoma yang boleh terjadi secara tiba2. Bagi baka2 tertentu bulging eye adalah keadaan normal matanya seperti baka Persian, Siamese atau sphynx

      Delete
    2. salam,jadi saya harus menghentikan pemakaian obat yang dari petshop itu?(healty eyes) dan ganti obatnya jadi terramycin eye ointment/chloramphenicol eye ointment...

      Delete
    3. Salam, seeliknya begitu. U gunakan kain towel lembut yg dibasahkan dgn air bersih untuk mencuci mata kucing sebelum disapukan dgn ointment.

      Delete
  33. Tq at as info. Kali pertama menyambut kelahiran anak kucng. 5 ekor.. Semua ada masalah mata x boleh bukak slps 3 minggu. Sy baru sapu chlora.. Tapi berapa kali sapuan DLM sehari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Choramphenicol ointment boleh disapu dua kali sehari, pagi dan petang.

      Delete
  34. salam..sejak smlm sy perasan nictating membrane kucing sy mnutupi hmpir separuh mata kucing saya..bila tanya d pet shop, mereka kata perlu d rawat, jika d biarkan boleh buta..kmudian mereka cadangkan "johnson's diamond eyes". saya nak pastikan, adakah ubat itu btul² sesuai dan berkesan? saya takut ada kesan sampingan atau semakin teruk pula :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, johnson's diamond eye tu lebih kepada gentle lotion utk membersihkan mata kucing dan stain dari watery discharge pada kawasan sekeliling mata..
      Bagi mata kucing yg memperlihatkan nictating membrane yg semakin besar adalah lebih baik u gunakan terramycin eye ointment atau chloramphenicol eye ointment utk merawatnya ye..ini boleh dibeli diklinik atau farmasi

      Delete
    2. ok terima kasih :)

      Delete
  35. Assalammualaikum doc.sy baru jumpa seekor kucing.tp kucing tu jln terhenjut2...sy angkat dia dekat dada rasa mcm tulang rangka tepi dan bawah mcm patah dan tersembul sikit...APA YG SY PERLU BUAD?

    2. Kedua2 mata dia mcm x boleh melihat.bila berjln selalu langgar bende d depan.kesian sy tengok.mata dia mcm ada darah beku warna merah pekat.NK BUAD CAM MN DOC? BOLEH SEMBUH TAK KEDUA2 PENYAKIT TUE?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, dari tanda2 yang u berikan rasanya kucing ni mungkin mengalami kecederaan akibat kemalangan, berkemungkinan besar kakinya yang mengalami kecederaan berbanding dgn tulang rusuknya. Matanya juga berkemungkinan mengalami pendarahan pada anterior chamber dan ini memang akan menyebabkan dia buta sementara bergantung pada tahap kecederaannya. Jika u boleh membawanya ke vet lebih baik, tetapi jika tidak ada beberapa perkara yang u boleh lakukan untuk membantu.
      1. untuk kakinya cuba periksa samada ada kesan luka dikaki dan pinggangnya, dan perhatikan bahagian mana yang u sentuh yang menyebabkan kesakitan kepada kucing tersebut. Jika dikaki dia perlu direhatkan dan boleh dianduhkan menggunakan kayu kecil dan dibalut dgn bandage cotton untuk merehatkan kakinya.
      2. Untuk mata, memandangkan pendarahannya agak serius memang perlu dipastikan kucing ni tidak berjalan kemana2 kerana boleh membahayakan diri. Cuba dapatkan ubat titis mata yang mengandungi corticosteroids untuk dititskan dalam mata kucing bagi mengurangkan inflamasi, Gentadex atau Tobradex.
      Harap dapat membantu.

      Delete
  36. Salam.saya ada sekor kucing jantan umur dlm 6bulan.minggu lepas saya perasan yang kedua mata nya tidak sama.mata hitam belah kanan mengembang manakala mata hitam belah kiri menguncup.nak kata tak ada respon pada cahaya,dia nampak ok.masih nampak macam biasa.tiada discaj dan tiada kemerahan.harap dapat membantu.terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, saya tidak berapa jelas dengan keadaan mata anak kucing puan, samada mata kanan benar2 mengembang dan mata kiri normal, atau mata kanan tu sebenarnya normal dan mata kiri yang mengecut. Untuk mata yang mengembang, keadaan yang mungkin berlaku ialah kucing tu mengalami glaukoma ie peningkatan tekanan dalam mata, dan keadaan ini agak serius serta boleh membawa kepada kehilangan penglihatan kekal jika kita lewat merawatnya, Manakala bagi mata kiri yang mengecil berkemungkinan ianya akibat jangkitan virus yang menyebabkan nictating membranenya timbul serta mata hitam kelihatan mengecil. Untuk sementara waktu cuba sapukan teramycin atau cmc eye ointment ke mata kirinya dan lihat jika ada perubahan atau tidak. Jika keadaan salah satu mata tersebut menjadi semakin ketara saya nasihatkan cik bawa ke vet dgn kadar segera.

      Delete
    2. assalam doctor..kucing sy berumur 1thn stgh pun mengalami bnda yg sama.mata hitam sblh kiri membesar.sy suspect ianya glaucoma..klinik mana yg harus sy buat refer utk rawatan yer doctor..sy prnh bw ke klinik area psr gdg..dia ckp upm je amik kes utk surgery glaucoma..klu bole sy nk area johor bahru dan brp anggaran kos utk rawatan yer doctor

      Delete
  37. Assalamulaikum...saya ada anak kucing berusia sebulan lebih dan matanya sama mcm dlm gmbar untuk bulging eyes di atas..soalan saya,adakah penyakit ini boleh membawa kematian kpd kucing saya??dan berapakah angaran kos untuk merawat kucing saya??badan dia pun mula panas dan kurus sangat sehingga boleh rasa tulang bdn dia walaupun dia selalu menyusu...saya risau...harap doktor dpt bantu saya...terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hidayahtul, bulging eyes mungkin disebabkan oleh kecederaan pada mata, jangkitan kuman atau abscess dibelakang mata, juga tumor dan juga mungkin glaukoma. Pada umur sebulan dan saya kira kucing u masih tidak keluar dari rumah, kecederaan atau trauma pada mata mungkin tidak jadi penyebab, tetapi glaukoma atau jangkitan kuman pada mata mungkin boleh berlaku, Biasanya keadaan ini tidak menyebabkan kematian pada kucing tapi mungkin menyebabkan kehilangan penglihatan yang kekal. Satu lagi puncanya ialah mungkin juga dia mengalami jangkitan virus yang menyebabkan demam serta berat badan tidak naik. Dalam keadaan ini, saya nasihatkan u bawa ke vet, biasanya vet akan memberikan antibiotik dan juga ubat untuk mata serta ubat cacing, dan kosnya mungkin dalam rm70-100. Jika demam biasanya vet tak akan memberi vaksinasi untuk kucing, tapi u perlu membawa semula kucing tersebut untuk vaksinasi apabila demamnya sembuh, dan ini mungkin dalam rm 75 bergantung pada kawasan, Jika ada vet dari klinik kerajaan ianya jauh lebih murah berbanding swasta

      Delete
  38. As salam admin..
    kucing saya mata nya dah tertonjol keluar, mata mmg dah rosak @ buta, saya hanya cuci dgn air suam dan sapu minyak gamat saja..

    kalau pegi vet biasa doc buat cm mn ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ridhwan, dalam keadaan matanya yang terjojol keluar tu biasanya rawatan yang vet akan berikan bergantung kepada diagnosisnya, samada dengan surgery atau dengan aplication ubat2 tertentu untuk glaukoma.
      Sekiranya u merawat dirumah, saya nasihatkan jangan gunakan minyak gamat tapi cuba dapatkan teramycin ointment dan sapukan pada mata kucing tersebut selepas membersihkannya ya. Lakukan dua kali sehari sekurang2nya.

      Delete
  39. Assalam Dr,

    Kucing sy br pertama kali melahirkan anak dn 2 dr anaknya sakit mata.
    1) mata tertonjol bengkak berwarna putih dn sebelah lg x blh bukak kelopak mata

    2) kucing kedua, mata kanan bengkak dn tdk blh bukak n mata kiri tertutup sedikit.

    Saya sudah membersihkan mata mrk dn disapu dengan terramycine. Apa lg tindakan yg harus sy ambil? Vet terdekat adalah di KB, 52km dr rumah. Vet kerajaan yg ada berdekatan rumah is not reliable.

    Terima Kasih atas bantuan

    ReplyDelete
  40. Assalam Dr,

    Kucing sy br pertama kali melahirkan anak dn 2 dr anaknya sakit mata.
    1) mata tertonjol bengkak berwarna putih dn sebelah lg x blh bukak kelopak mata

    2) kucing kedua, mata kanan bengkak dn tdk blh bukak n mata kiri tertutup sedikit.

    Saya sudah membersihkan mata mrk dn disapu dengan terramycine. Apa lg tindakan yg harus sy ambil? Vet terdekat adalah di KB, 52km dr rumah. Vet kerajaan yg ada berdekatan rumah is not reliable.

    Terima Kasih atas bantuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, saya assume anak2 kucing ni masih baru beberapa hari umurnya. Kebiasaannya mmg mata anak2 kucing ni akan tertutup dlm jangkawaktu seminggu dan selepas itu akan terbuka sedikit sedikit. Sementara ni mmg u perlu bersihkan dgn tuala lembut dibasahkan dgn air bersih dan teruskan menyapu teramycin ointment. Pada peringkat umur yg masih muda lagi biasanya vet mmg hanya akan memberikan eye ointment sahaja..
      Untuk anak kucing yg pertama dgn mata yg terbonjol, u perlu lebih lembut ketika membersihkan matanya ye..utk tidak mencederakan membrane putih tersebut. Saya doakan kucing u dapat sembuh..

      Delete
  41. Tqsm. Anak2 kucing ni br berusia 3 minggu.

    Soalan lain:
    Kucing2 dewasa d rumah pun sakit mata, lapisan dlm berwarna merah dn mata sentiasa berair dn bertahi (banyak). Setakat ini, sy menggunakan teramycine utk merawat mrk atau doktor ada cadangan lain? Terima kasih, jzkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu yg lain cuma gunakan teramycin ointment tu juga, selepas dibersihkab dgn air bersih dan tuala

      Delete
  42. assalam...
    i ad terjmp ank kucing dalam 2@3 minggu cmto.time jmp dia dh kene ggt semot akibat dh lme ditinggalkan.mate dia merah n ade lapisan membrane pd mate dia n kua discaj pekat.melekit n kuning pekat sikit.ap perlu buat n rawat dia.kene bg vaksin ke ap ke.kesian tgk dia.kdg2 mate sebelah dia xpat nk bkk.harap dpt bntu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, untuk rawatan matanya tu u boleh bersihkan dengan menggunakan towel bersih yang dibasahkan dengan air, dan boleh letakkan ubat mata teramycin ointment ( boleh didapati di klinik atau farmasi biasa), lakukan sekali atau dua kali sehari. Pada umur 6 minggu keatas boleh bawa kucing tersebut ke vet untuk divaksinkan. Buat sementara waktu cuba pulihkan matanya dahulu dan berikan dia makanan yang berkhasiat supaya berat badannya menaik.

      Delete
  43. Assalamualaikum..
    kucing saya mengalami painful eye..dye selalu garu2 mate dye dan marah apabila di sentuh...
    boleh ke saya titik eye glo manusia di mata kucing saya? Ataupun saya perlu beli ubat lain??

    Tolong saya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, painful eye biasanya akibat kecederaan pada selaput mata atau kornea. Eye glo manusia tak sesuai digunakan tapi seeloknya cuba dapatkan ubat mata chloramphenicol atau cmc, atau terramycin ointment.

      Delete
  44. kucing saya berumur 2bulan. dia mengalami cloudy eye..saya merawat dengn meletakkan terramycin 2kali sehari dan bilas dengan air suam sebelum letak ubat tu.. boleh saya tahu ambil masa berapa lama untuk sembuhkannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya cloudy eye berkaitan dgn masalah dlman mata samada jangkitan atau glaukoma atau cataract. Jika dalam masa beberapa hari selepas diletakkan ountment tapi tiada sebarang perubahan, saya nasihatkan bawa kucing tersebut ke vet utk tindakan pemeriksaan lanjut.

      Delete
  45. Salam doctor..sy nk tanye kucing sy ari ni mata die kluar selaput putih tu cam nictating membrane...pastu die x aktif n lemah..perut die buncit..sy xpasti pregnant ke ape...de yg ckp klo mata kucing jd camtu sebab de cacing or demam...btul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, jika dilihat dari tanda2 perut buncit dan tidak bermaya, saya rasa kucing u menghidapi demam, manakala cacing tidak menyebabkan lemah tiba2.

      Delete
  46. Salam , sy baru sja vaksinkan kucing dan bg dia makan ubat cacing 1 bji yg doc bagi. Tp esok nya tibe2 mata kucing sy ada selaput putih at mata dia. Mcm dlm gambar nicating membrane.. sy tak tahu nak buat apa. Sy nak lapkan mata dia dgn tisu basah dia mengelak. Dan sy perasan ada bengkak at bawah mata dia. Apa perlu sy buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, berkemungkinan besar kucing u mengalami demam akibat vaksin tersebut. Jika matanya tak berair dan kotor, cuba dapatkan ubat cream terramycin atau chloramphenicol utk disapukan dikelopak matanya. Jika berair dan bertahi barulah u bersihkan dgn tuala bersih dan lembab

      Delete
  47. Assalammualaikum.. baru2 ini di rumah saya telah di datangi 4 ekor anak kucing bserta ibunya. Dan kesemuanya anak kucing itu melekat matanya sebelah. Beserta ibunya yg byk trdpat lelehan tahi mata atau nanah kurg pasti. Dan apabila cuba di cuci di bhgian mata yg trtutup keluar lelehan brwarna putih yg bgitu byk. Utk mkluman di kwasan mata yg telah trtutup tusudah seakan2 bgkak. Apa yg prlu sy buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, dgn tanda2 yang disebut biasanya kucing2 tu mengalami conjunctivitis. Rawatan yg boleh kita lakukan dirumah ialah dengan membersihkan mata kucing menggunakan tuala yg dibasahkan dgn air bersih. Selepas dibersihkan u boleh sapukan terramycin eye ointment atau chloramphenicol eye ointment pada mata kucing2 tu.

      Delete
    2. Terima kasih... namun seekor telah mati tnpa di ketahui sbbnya. Bgaimana harus di lakukan spya yg lain tidak mati juga? Bolehkan di beri mkn kerna ibunya tidak peduli pd anak2nya

      Delete
    3. Jika kucing tu dah pandai makan boleh cuba berikan wetfood sikit2, jika tak at least berikan susu khas utk kucing yg boleh dibeli dikedai petshop

      Delete
  48. Assalamualaikum. Anak kucing liar (duduk blkg umah) mata die sakit. Ade selaput putih. Saya bawak g klinik, doc bg ubat pil antibiotik dgn ubat mcm eyedrop. Esok tu, mak kucing bawak die lari kat rumah lain, so tak dapat nak bg anak kucing ubat. Lusa, mak die bwk semula anak dtg rumah. So sy nak kasi ubat, lap2 mata anak die, tp semua mata die da ade selaput putih. Saya cuba bukak mata die luas2, tp selaput tu taknak bukak2. Nak buat macam mane ye? kene hantar utk surgery tak? Mintak tlg sbb sy sedih mengenangkan nasib anak kucing umur sebulan lebih tu buta dua2 mata. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, biasanya selaput putih tu terbentuk sebab irritation pada mata, dan jangkitan. Kebiasaannya kita akan gunakan eye ointment seperti terramycin dan chloramphenicol selain dari membersihkannya. Saya rasa u perlu cuba berikan antibiotic serta ubat mata tersebut mengikut aturan, tak ada surgery yg perlu

      Delete
  49. Salam.. nak tanya ifiral eye drop bole guna untuk nasal skali ke.. my cat kena flu dctor kata maybe allergic so dia bg antibiotic n ubat mata.. dia ckp bole titik skali kt hidung kucing.. betul ke.. ape function ubat tu? Untuk keringkan selesema ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, ifiral eye drop ie sodium cromoglycate tak pernah digunakan utk kucing, dan tidak digunakan sbg nasal drop utk kucing ye. Lebih selamat u berikan kucing tersebut syrup piriton 4mg dua kali sehari.

      Delete
    2. Salam.. Nak tanya adakah selamat jika berikan ubt pil piriton kepada kucing?

      Delete
    3. Salam.. Nak tanya adakah selamat jika berikan ubt pil piriton kepada kucing?

      Delete
    4. Salam, boleh digunakan piriton samada pil atau syrup utk kucing ye. Dosagenya perlu tepat ie 4mg dua kali sehari, dan biasanya ini utk rawatan selsema yg teruk.

      Delete
  50. Salam, sy mau nanya kucing sy kucing umur 2th ada gejela mirip clody eye ada kotoran lendirnya jg nafsu makan turun drastis kirakira apa yg hrs sy lamukan dulu ya? Sblmnya terimakasih banyk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, cloudy eyes tidak menyebabkan kurang selera makan. Utk cloudy eyes, boleh dibersihkan lendiran dimata menggunakan tuala basah dan sapukan chloramphenicol eye ointment. Utk selera makan yg menurun ia mungkin disebabkan oleh kucing u menghidapi demam, sekiranya ia ketara tolong bawa ke vet dgn segera

      Delete
  51. salam doktor, anak kucing sya umur dlm 3buln , seminggu lalu kornea matanya ada luka ddlm mgkin cedera sbb cakaran kucing besar atau sbb bermain, tpi pada masa tu matanya masih lagi jernih walau kornea matanya cedera tpi skitar mata nmpk merah terang..bkn pink sy cuba rawat guna terramycin , tpi kemarin tiba2 nmpk matanya yg cedera tu mcm ada darah beku ddlm dn nmpk cloudy, warna kelabu.perlu ka sy tukar ubat lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, jika ada darah beku dan cloudy didalam mata kucing tu saya jangkakan ada pendarahan didalam mata dan mungkin berlaku jangkitan kuman dari kecederaan dicornea. Saya nasihatkan cuba bawa ke vet secepat mungkin kerana rasanya kucing u perlu dirawat menggunakan antibiotic oral pada kadar segera.

      Delete
  52. aslm kucing please this is urgent,kucing sye diserang dgan musang pstu kaki dia patah dgan mata sebelah dia terkeluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, kecederaan kucing u serius terutama berkaitan mata. Tolong bawa ke vet dgn kadar segera. Jika vet tutup pastikan jgn diusik kaki kucing tersebut dan tutupkan matanya dgn gauze yg bersih, cari difarmasi ye. Tapi please bawak ke vet segera ye

      Delete
  53. assalam, doc saya nak bertanyakan tentang anak kucing saya yg mmpunyai masalah sama iaitu cloudy eyes ..tetapi matanya merah dah selaput dah menutup kedua2x belah mata anak kucing tersebut serta berair dengan cairan kuning .. saya terbaca blog doc cara untuk mngubati mata kucing tersebut dengan mmbeli krim terramycin ointment dan pakaikan pada kucing tersebut dengan apa yg doc dah syorkan iaitu bersihkan terlebih dahulu dgn kain basah kemudia sapukan didalam mata kucing tersebut ..tapi yg saya takut matanya semakin membengkak ..dan semakin merah .. terkadang sayu sehingga menitis air mata bila lihat matanya yg semakin parah .. kenapa ya doc ? memang macam tu ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mira, rasanya masalah jangkitan dimata anak kucing u agak serius. Jika dapat u bawa ke vet dengan kadar segera untuk diberikan ubat antibiotic oral, jika tidak cuba titiskan juga ubat mata chloramphenicol eyedrops selain disapukan dengan teramycin ointment. Pada pendapat saya adalah lebih baik jika dapat diusahakan untuk dibawa ke vet dengan seberapa segera yang mungkin.

      Delete
  54. As salam Dr.. nk tanya.. kucing sy dh seminggu matanya berair..lps tuh tiba2 mata hitamnya membesar kedua-dua bbelah mata.. sy cuba suluh dgn lampu picit tp mcm kurang reaksi pd aanak matanya.. kucing sy juga jd kurus sgt.. apa yg ptt sy lakukannya ye Dr. Sy tkt kucing sy jd buta. Ada x rawatan yg boleh diberikan pd kucing sy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, dilated pupil atau mata hitam pada kucing perlu dipandang serius. Antara kemungkinan yang kerap berlaku ialah retinal detachment atau glaukoma, dan jika tidak dirawat segera ia boleh menyebabkan buta. Saya nasihatkan u tolong bawa kucing u berjumpa vet dengan kadar segera.

      Delete
  55. Salam doc.. Sy ada 4 ekor ank kucing umur 2bulan..ank2 kucing sy sakit mata (mata bnyk tahi mata n bnyk hingus). Sy nampak mata dorg semua dh agak bengkak.. Kalau sy guna gentamicin 3mg/g instead of cmc boleh ke doc?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gentamicin eye or opthalmic ointment boleh digunakan untuk kucing yang mengalami jangkitan mata ye.

      Delete
  56. Salam doc.. Sy ada 4 ekor ank kucing umur 2bulan..ank2 kucing sy sakit mata (mata bnyk tahi mata n bnyk hingus). Sy nampak mata dorg semua dh agak bengkak.. Kalau sy guna gentamicin 3mg/g instead of cmc boleh ke doc?

    ReplyDelete
  57. salam doc, saya ada ambik anak kucing yang takde mak so saya bagi dia minum susu kambing khas untuk kucing, but after a few days, dia cirit birit, so saya stop n now saya bagi dia minum susu ibu kucing saya yg baru lahirkan anak last month, okay ke saya buat macam ni? or susu ibu kucing tu tak sesuai dgn dia? plus, umurnya 3minggu, n mata kirinya ada nictating membrane, n dah menutupi hampir semua matanya, saya dah sapu ubat chloramphenicol 2 kali sehari, tapi macam tak berkesan, mata sebelah kanannya pulak selalu melekat, apa patut sya buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, sorry saya lewat response. Memang lebih baik u tumpangkan anak kucing tersebut menyusu dengan ibu kucing lain dari memberikannya susu kambing atau susu lembu biasa, kerana ia boleh menyebabkan cirit birit. Untuk matanya tu teruskan bersihkan setiap kali u ingin menyapukan chloramphenicol ointment terlebih dahulu, dan boleh juga cuba dapatkan gentamicin eye drop atau chloramphenicol eyedrop untuk dititis ke dalam matanya.

      Delete
  58. Salam doc..sye ade 4 ekor ank kucg dn kesemuanya mengalami sakit mata..mata diorg berair dn pnuh dngn tahi mata..tp salah seekor ank kucg tuh matanya dh bengkak and bernanah dn prnah sekali matanya brdarah..ape yg prlu sye buat ye doc sbb sye x mmpu nk bwak diorg pg vet untk mndpatkn rwatan lanjut..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, jangkitan mata pada anak2 kucing mmg agak kerap berlaku, kita perlu rajin membersihkan matanya dengan tuala lembut yang dibasahkan dengan air bersih. Cuba dapatkan ubat sapu chloramphenicol atau CMC eye ointment di klinik atau farmasi, atau boleh cuba dapatkan Terramycin eye ointment. Gunakan salah satu untuk disapukan pada mata kucing yang telah dibersihkan terlebih dahulu. Bagi anak kucing yang matanya sangat teruk berkemungkinan perlu diberikan antibiotik oral, tetapi u perlu bawa ke vet.

      Delete
  59. Assalamualaikum,saya baru jumpa kucing ni siang tadi.Keadaan dia sgt menyedihkan,kedua2 matanya ada mcm daging merah seakan2 terjojol. Mohon pencerahan apa puncanya?dan apa cara rawatan yang perlu saya beri...terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, ada dua kemungkinan, samada kucing tersebut mengalami kecederaan pada matanya atau dia menghidapi conjunctivitis yg teruk. Biasanya kita boleh bersihksn mata kucing tersebut dgn tuala basah yg bersih dan sapukan ubat mata atau jika teruk ungkin perlu dibawa ke vet untuk antibiotic

      Delete
  60. Salam..saya nak tanya..proper way nak bersihkan mata anak kucing macam mana ya? Sebab anak kucing saya lepas dia bangun tidur mesti akan tertutup balik..bila bersihkan akan ada discharge cloudy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, cara paling senang ialah menggunakan cotton wool yg dibasahkan dgn air bersih, perah sedikit supaya tidak terlalu basah dan lapkan keluar bermula dari angle di sebelah dlm ke luar. Gunakan helaian cotton yg baru utk setiap mata.

      Delete
    2. Oh..in case cotton wool tak ada, boleh ke guna cotton bud? And nak tanya..if the kitten keep on sneezing, do u have any solution that i can do to stop it from sneezing? Sebab ari tu the mum carry the kitten panjang katil..the kitten suddenly fall dari katil and since that cannot stop sneezing..

      Delete
    3. Safer if u guna facial cotton kerana cotton bud tips agak keras n it might injured the kitten's eyes. For small kitten biasanya kita tak bagi ubat selsema but u can help by keeping them warm, sediakan tempat tidur yg berkain dan agak warn. It should help the kitten from sneezing.

      Delete
  61. Salam doc. Minggu lepas sy ade kutip stray cat umur lingkungan 6 minggu n berat sekitar 400g shj. Dr vet kata, dia demam, selsema n ade eyes inflammation. So doc bg injection, ubat titis, antibiotic n multivitamin. After few days, kucing tu nmpk ok. Tp lepas tu selsema dia dtg balik n mata dia asyik berair je. Then the next day dia mati. Boleh doc bgtau punca dia sakit? Sbb sy memang ade bela sekor adult cat. Very healthy. Tp skrg dia pun dah berjangkit. Sebelah mata dh merah n berair. Lepas tu asyik bersin. Kurang aktif. Tp masih ade selera makan. Sy risau kalau penyakit ni bole membawa maut. Apa yg perlu sy lakukan doc?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, berkemungkinan kucing stray yg u jumpa tu mengalami jangkitan virus yg teruk seperti parvo yg boleh menyebabkan kematian melalui demam n selsema. Untuk kucing dewasa u tu biasanya jangkitan virus masih boleh berlaku tetapi dlm kebanyakkan kes ianya agak mild dan tidak menyebabkan kematian, tapi lebih baik u bawa dia berjumpa dgn vet berhampiran utk rawatan.

      Delete
  62. Assalamualaikum doctor ...sye ade seekor anak kucing ni die ade pnyakit membrane atau lpisan pde kulit mate tpi mte die berair dn berwarna merah..hritu sye prg vet die ksi ubat titik n antibiotik...dh tiga tiga hri sye apply ubat tu tpi sye nmpk kucing sye punye mata mcm smakin terok..mcm mne sye nk buat??? Sye tkut sgt klu penyakit ni blh membawa maut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..kebiasaannya vet akan memberikan ubat sapu ie terramycin ointment atau chloramphenicol untuk disapu dalam mata kucing tersebut. Perlu dibersihkan setiap hari mata kucing tersebut dengan cotton wool dan air bersih ye.. Penyakit ini jarang membawa maut tapi boleh menyebabkan kecederaan atau kerosakkan pada mata sekiranya dibiarkan melarat.

      Delete
    2. Tpi klu dia bgi ubat titik camne??
      Perlu ke minta tukar ubat??

      Delete
    3. Puan boleh dptkan eye ointment tu diklinik biasa kerana ianya selamat digunakan utk kedua2nya, manusia dan kucing. Boleh juga dibeli difarmasi

      Delete
  63. Kucing sye mata dia ada darah beku.. Anak mata hilang. Adakah kucing sye tu akan buta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Darah beku didalam mata adalah satu masalah yangserius dan boleh menyebabkan kucing buta ye..seeloknya dibawa ke vet supaya rawatan awal dapat diberikan

      Delete
  64. Salam..sy nk tny, ada seekor anak kucing dtg ke rumah sy, pada mulanya sebelah mata kucing tu berair dan tertutup, lama kelamaan, nmpk mcm selaput kemerahan dan kemudian mcm keluar cecar putih pekat mcm nanah dr mata.. bleh sy tau ape penyakit yg dihidapi dan mcm mana nk merawat? Lg satu sy nk tny, adakah penyebab kd mcm tu, adakah disebabkn pemakanan atau ada sebab lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, rasanya kucing tu mengalami jangkitan bacterial conjunctivitis, perlu dibersihkan matanya dgn air yg bersih mengunakan putik kapas dan sapukan terramycin eye ointment didalam kelopak mata..jangkitan ni tidak ada kena mengena dgn pemakanan, ianya dari luaran..

      Delete
    2. Bleh sy tau di mana sy bleh dptkan terramycin eye ointment tu? Atau sy perlu bw dia ke vet utk pemeriksaan terlebih dahulu?

      Delete
    3. Terramycin ointment atau chloramphenicol ointment boleh dibeli diklinik biasa atau di farmasi yg ada pharmacist bertugas ye..jika dapat bawa ke vet lebih baik

      Delete
    4. Maaf, sy nk bertanya lg, kalau tumor pada mata kucing, biasanya apa treatment yg di berikan? jika perlu surgery, brape range harga biasanya yg dikenakan...

      Delete
    5. Kalau tumor pada mata rawatannya bergantung pada lokasi tumor dan kesannya pada kucing, jika saiznya kecil dan diperingkat awal surgery boleh dilakukan, biasanya kos agak tinggi kerana procedure surgery n rawatan selepas surgery perlu diambil kira

      Delete
  65. Salam Doctor. Saya ade seekor anak kucing yg berusia 4 bulan. Sekarang ni die menderita sakit mata. Asalnya mata dia kemerah2an n sy ade letakkan nicol eye drop. Tp kelopak matanya makin membengkak dan punyai selaput so sy bawak ke vet berhampiran. D beri rawatan dan ubat anti inflammatory bersama ubat opticlox ( d sapu pada mata ). Skrang ni dlm mata nya ade ulser n makin membesar. Bila sy call doctor vet hrtu katanya itu ulser n seolah2 ambil ringan ttg hal ini. Matanya seolah2 terjojol sekarang ni d sbbkn ulser tu. Apa patut sy buat ye? perlukan jwpn dr Doctor segera. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, jika betul ulcer ianya tak boleh dibiarkan saja dan perlu dipandang serius. Ulcer yg superficial boleh dirawat dgn menggunakan syrup antibiotic dan ubat antiinflamatory serta cream utk disapu, tetapi jika ianya agak dlm mungkin perlukan pembedahan. Perlu dibawa ke hospital vet berdekatan utk pastikan tahap kecederaan pada mata anak kucing u ye

      Delete
    2. Terima kasih atas nasihat doctor. Boleh sy tahu berapa cost utk surgery tu doctor?

      Delete
    3. Cost surgery bergantung pada procedure yg nak dibuat tapi biasanya tak kurang dari rm 1k

      Delete
    4. Doctor...jika sy bawa ke hospital veterinar kerajaan adakah mereka Boleh bantu saya kadar segera?spt klinik2 vet swata?

      Delete
    5. Boleh..biasanya utk kes2 mcm ni x perlu appointment. Cuba lah ye..

      Delete
  66. Doc, kucing sy pd mulanya kedua2 mata merah...sekarang matanya berselaput putih...ada itu penyakit keratitis? Bgmn merawatnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jane, saya rasa apa yang kelihatan sebagai selaput putih di mata kucing u itu ialah third eyelid atau nictating membrane, bukan keratitis. Yang paling utama bersihkan mata kucing selalu dengan air bersih, dan cuba titiskan ubat titik mata chloramphenicol atau nicol eyedrop .

      Delete
  67. Saya ade seekor ank kucing umur dlm 4 bulan .Mata die sakit.lapisan dlm kat mata die tu hmpir nk tutup mata dan dh jadi merah n bengkak sikit.Saya dh bawak gi vet die bagi eye drop tapi still tk jln siap masuk wad lagi .Vet tk sarankan pakai terramcyin .Lagi satu die ade mslh pernafasan ngan tk nk mkn saya risau sbb mata die dh tutup.Saya takot ape2 jadi kat die.Ade ape2 yg saya blh buat ke????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa kucing u bukan sekadar menghidapi sakit atau jangkitan mata tetapi juga jangkitan viral yang menyebabkan dia sukar bernafas. Untuk kes begini biasanya vet akan memberikan antibiotik sebagai salah satu rawatan selain dari ubat mata sahaja. Jika kucing u telah dibenarikan balik tetapi masalahnya tetap sama, cuba minta antibiotik amoxycillin dan berikan mengikut dose yang disarankan ye

      Delete
  68. Saya harap ade jln penyelesaian . saya takot sbb satu adik die dh mati

    ReplyDelete
  69. doc, my cat dia punya mata macam ada selaput dekat mata, I mean klau kucing biasa tu tak nampak pun kan? But kenapa mata kucing kelihatan seperti ada selaput yang menebal dekat sisi mata? Tak tertutup seluruh mata, tapi nampak selaput dekat tepi mata, macam mana eh doc? seems like dah tiga hari macam tu? macam mana nak rawat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya mmg ada jangkitan pada mata yg menyebabkan timbul nictating membrane atau selaput yg kelihatan pada mata tu. Carikan eye ointment terramycin atau chloramphenicol utk disapukan pada mata kucing tu ye.

      Delete
  70. Doc,my cat umur tak sampai sebulan masih menyusu..mata dia bengkak and esok pagi tengok mata kucing dah tertutop and petang tu dia muntah susu ada cacing takut juga jadi ape2...macam mana eh doc? Apa boleh saya buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada umur sebulan jangkitan infestasi cacing mmg pasti datang dari ibu kucing. Rawatan awal ialah berikan ubat cacing utk ibu kucing dan juga anak kucing tersebut, repeat setiap dua minggu sehingga usia 9 minggu. Selepas tu berikan sebulan sekali.
      Utk jangkitan mata bersihkan menggunakan cotton wool yg dibasahkan dgn air bersih ye

      Delete
  71. Salam. Doc, sy nak tanya. Anak kucing sy umur 3 bulan. Kerapkali demam dan selsema yg berterusan hmpir 1 bulan. Dia bernafas pun bunyi mcm penat. Smlm dia demam lg dan mata kiri dia bengkak, berair dan tertutup. Bila cuba bukak, hanya nampak selaput. Tak nampak bola mata. Vet tutup sbb public holiday. Hari sabtu baru bukak. Ada apa2 yg boleh sy buatsementara tggu vet bukak? Sy rsau matanya makin serius. Matanya seakan bulging tapi dlm keadaan tertutup. Bengkak yg ketara disekeliling matanya yg sakit. Tkasih doc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, berkemungkinan anak kucing u menghidapi penyakit jangkitan virus yg menyebabkan dia selalu demam. Bagi jangkitan mata tersebut, saya rasa jangkitannya agak serius dan dia memerlukan antibiotik. Jika ada hospital vet berhampiran lebih baik u bawa ke hospital, jika tidak buat masa ni cuma boleh bersihkan sahaja matanya dgn cotton wool yg dibasahkan dgn air bersih

      Delete
    2. Tkasih byk2 doc. Sy masih ada ubat antibiotik yg dia tak habis makan masa demam dan selesama last two weeks. Dan ubat titis mata utk mata kucing yg merah dan berair. Boleh sy cuba bg dia makan antibiotik dan ubat titis mata tu ke doc sementara tggu vet bukak? Ubat utk kuatkan imun dia bagi pagi tdi. Dia still makan dan minum mcm biasa.

      Delete
    3. Biasanya antibiotik tu dah tak boleh pakai selepas dibancuh dan cukup seminggu, tapi u boleh gunakan ubat titis mata yg diberikan terdahulu ye.

      Delete
    4. Tkasih atas feedback doc. Sy cuba ubat tits mata dan bersihkan mata dia guna cotton wool dan air. Harini bengkak mata dia dah surut banyak. Alhamdulillah. Esok in shaa Allah vet dah bukak and sy boleh bawak dia utk check if ada anything yg serius. Tkasih byk2 doc.

      Delete
  72. Salam doc. Saya nk tnye, kucing saya mengalami bulging eye n ada discharge jernih yg keluar dri belakng mata dia selepas beberapa hari x pulng ke rmah. Sebelah mata lg x boleh bukak. Apa yg patot saya lakukn. Harap doc dpt membntu. Terima kasih.

    ReplyDelete
  73. Kucing saya dlm linkungn 2 bulan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, adakah kucing u turut mengalami selsema? Jika tanpa selsema berkemungkinan ada terdapat injury pada mata anak kucing yg menyebabkan bulging eye serta infection yg menyebabkan matanya tertutup melekat. Cuba bersihkan dengan gunakan cotton wool yg bersih dan basahkan dgn air, tapi seeloknya u bawa ke vet secepat mungkin.

      Delete
    2. Terima kasih doc. Ank kucing saya x mengalami selsema.Sblom nie ank kucing saya tu mmg mngalami conjuntivitis, dan saya dh bwk dia pergi ke klinik dan dpt eye drop saje. Mata dia xpulih jgk. Lps tu beberapa hari x blk dan ble blk eye dia dh bulging. Klau saya bwk pergi vet agk2 berapa anggaran kos nnt.

      Delete
    3. Dengan keadaan matanya yang agak teruk mungkin anak kucing u perlu untuk diadmit beberapa hari bagi tujuan memberikan antibiotic secara iv, kos mungkin sekitar 500 bergantung pada keadaan dan sekiranya tidak memerlukan surgery apa2 ye..mungkin juga kurang atau mungkin juga akan lebih.. Jika ada klinik vet kerajaan yang berhampiran saya nasihatkan bawa ke vet kerajaan kerana kosnya lebih murah.

      Delete
  74. Aduihh..mcm mna ya? Sbb sy terpaksa sapu jgk kat mata kucing..p farmasi depa kata..tinggal GENTAMICIN ja.TERRAMYCIN hbs..depa kata utk kucing jgk,sy risau klu jd apa2 kat mata kucing sy.. :(

    ReplyDelete
  75. Aduihh..mcm mna ya? Sbb sy terpaksa sapu jgk kat mata kucing..p farmasi depa kata..tinggal GENTAMICIN ja.TERRAMYCIN hbs..depa kata utk kucing jgk,sy risau klu jd apa2 kat mata kucing sy.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, maaf lewat. Boleh guna gentamicin ointment utk kucing, tapi cuci mata dulu ye

      Delete
  76. assalammualaikum saya nak tanya pasal anak kucing saya padamulanya mata sebelah kucing saya berair dan saya lapkan dengan tisu yang dibasahkan sedikit dengan air paip dan hari yang selanjutnya mata sebelahnya tak boleh dibuka dan semalam mata anak kucing saya berdarah ? dimanakah tempat rawatan yg affordable boleh saya pergi? dan apakah ubat yang perlu saya beli ? dan apakah jenis penyakit kucing saya , apakah kesan jika dibiarkan berlarutan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..besar kemungkinan terdapat jangkitan dikornea mata kucing u atau kita panggil keratitis yg menyebabkan pendarahan secara nyata. Jika ada klinik atau jabatan haiwan yg berhampiran yg milik kerajaan atau majlis bandaran boleh dapatkan rawatan disana dgn harga berpatutan. Bergantung pada keadaan klinikal kucing ada kemungkinan dia perlu diberikan antibiotik secara oral, jika dibiarkan begitu saja dikhuatiri boleh menyebabkan kehilangan penglihatan yg kekal ye..

      Delete
  77. Salam Doctor... sy nak tanya pendapat doctor.. anak kucing sy berusia 5 bulan dan suka makan biskut high fibre. Jadi sy bg mereka makan sesekali. Adakah ianya mendatangkan khasiat buat kucing apabila mereka makan biakut high fibre ni? Dan sy juga ade mendengar khabar angin mengapa kan makanan kucing jenama prp diet tidak bagus kandungan nya utk kucing. Boleh dapatkan nasihat doc? Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam farah..saya assume yg farah maksudkan biskut high fibre tu ialah mknan biskut kita, bukan kucing..betul ke? Jika sesekali diberikan biskut yg plain utk kucing kita makan insyaAllah tak memudaratkan dan saya tak rasa ada benefitnya pada kucing selain dari rasa kenyang. Jika biskut yg dimaksudkan mmg khas utk kucing then ianya berbeza, fibre yg tinggi boleh mengurangkan masalah sembelit..
      Jenama pro diet bukanlah tidak elok, sama juga dgn jenama lain seperti whiskas, friskies dan beberapa lagi yg jenis premium dan tidak terlalu mahal. Ada kajian mengatakan mknan jenis ini mudah menyebabkan kristal dan masakah batu karang serta FLUTD pada kucing jika diberikan terlalu lama. Saya sarankan boleh guna jenama pro diet tapi mesti sediakan air bersih yg banyak utk kucing minum sentiasa, dan selang selikan dgn makanan basah juga.

      Delete
  78. Ya Doctor tepat sekali. Biskut yg d maksudkan adalah biskut manusia. Anak2 kicing sy suka makan dan selera sgt. Kadang2 4 ekor anak kucing tu mampu kongsi makan 2keping biskut. Ok doctor. Berkenaan dfn biskut kucing tu, sy akan selang selikan dgn wet food. Seminggu sekali sy bg mereka wet food campur dgn biskut. Adakah itu elok utk mereka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, asalkan pastikan mereka minum dgn banyak ye.

      Delete
    2. Ok terima kasih Doctor. sgt berguna info doctor bg tu.

      Delete
  79. Doctor, saya ade seekor ibu kucing yg kini sarat memgandung. Ibu kucing ini dtg ke rumah sejak dulu. Sejak die sarat mengandung ni dia asik nak keluar dr umah. Seakan mencari tmpt untuk beranak. Sy dah sediakan sangkar serta kotak tp dia tetap juga mahu keluar. Boleh bg pendapat doctor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya ibu kucing yg mengandung akan mencari tempat yg agak tersorok yg dirasakan selamat bagi dia utk melahirkan. Jika dah ada kotak farah cuba letakkan kotak tersebut ditempat yg agak jauh dari kawasan lalu lalang kita dan agak tersorok, utk permulaan angkat dan letakkan dia dlm kotak tu supaya dia rasa dia akan selamat bersalin disitu nanti..

      Delete
  80. Ok doctor. .kalau sy letak dia d belakang rumah boleh? Tmpt tu agak tersorok jugak. Dulu dia pernah beranak d situ. Mngkn dia selesa beranak d sana berbanding dlm rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, asalkan ada tempat berteduh dari hujan n panas n dari kucing2 lain terutama kucing luar..kerana bila dah bersalin kita mmg tak boleh pindahkan lagi ye

      Delete
    2. Salam Doctor. .. kucing sy dah beranak jam 11.40pg td .semua yg keluar sekarang ade 3 ekor. Tp sy namapak perut die maseh besar lg. Dan rsnya ade sekor lg dlm perutnya. Ape sy perlu buat ye? perlukan nasihat dr Doctor segera. Selera makan minum maseh kuat lg. Sy bg die makan n minum sbb lama die dlm sangkar.

      Delete
  81. salam doc. saya nak tanya mata kucing saya warna hitam tu jadi macam painful eye membesar sampai tak nampak mata warna koko emas tu . knpa ya . dia jalan pon macam xnampak n kdg2 berlanggar dgn perabot. bole doc bgtaw dia sakit apa n kos anggaran dalam berapa kalau hntar ke vet? tolong saya doc . tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam puan, berkemungkinan kucing puan mengalami masalah dgn lense matanya seperti subluxation, atau boleh juga disebabkan glaucoma iaitu peningkatan tekanan dlm mata. Jika dibiarkan dia boleh buta sepenuhnya ya. Saya sarankan bawa ke vet tetapi rawatan bergantung pada diagnosis, ada yg memerlukan surgery dan ia pasti tidak murah. Jika glaucome biasanya ada ubat titis yg akan diberikan dan tidak terlalu mahal. Yg penting puan bawa ke vet dahulu

      Delete
  82. Assalam doc...sy ade kitten umur sebulan lebih..sekor dah mcm cloudy eye..sekor lg cloudy eye jgk n ade mcm tompok isi d mata..mcm mne ye doc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, kitten pada umur sebulan kerap mengalami masalah jangkitan pada mata. Cuma perlu sentiasa dibersihkan menggunakan kain lembut dan bersih atau cotton wool yang dibasahkan bagi membuang discaj yang melekat, dan sapukan ubat mata yang boleh dibeli difarmasi ye. InsyaAllah ia akan sembuh

      Delete
  83. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, mungkin jangkitannya lebih serius dari conjunctivitis biasa. Pastikan sentiasa bersihkan matanya dgn cotton wool dan air bersih ye. Jika berterusan perlu dibawa ke vet untuk oral antibiotic

      Delete
  84. Salam Doctor. .. kucing sy dah beranak jam 11.40pg td .semua yg keluar sekarang ade 3 ekor. Tp sy namapak perut die maseh besar lg. Dan rsnya ade sekor lg dlm perutnya. Ape sy perlu buat ye? perlukan nasihat dr Doctor segera. Selera makan minum maseh kuat lg. Sy bg die makan n minum sbb lama die dlm sangkar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..biasanya kucing akan melahirkan secara berperingkat2. Jika perutnya nampak masih besar, u cuba pegang dan rasa pergerakan baby. Jika tak, biarkan saja kerana ia pasti berlaku secara semulajadi.

      Delete
    2. Sy risau jika anaknya mati dlm perut..doctor ade nombor talifon klinik doktor? Mak maseh aktif makan n minum. Adakah kelahiran akan trjadi dlm masa 24jam? adakah itu normal doktor?

      Delete
    3. Jika ibu kucing aktif boleh mkn dan minum seperti biasa selalunya semua kandungannya telah lahir. Jika ada lagi kandungan tersebut ibu kucing tidak akan selesa utk mkn dan minum..jgn risau, just observe keadaan ibu kucing tu ye

      Delete
  85. saya nak tanya, mata kucing saya belah kanan bengkak dan bernanah sejak dua hari lalu. kadang nanah tu sampai berair keluar dari bahagian matanya. apa sebabnya and macam mana nak rawat dia tanpa perlu mendapatkan rawatan di vet?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kotoran yg keluar tu boleh dibersihkan dgn menggunakan cotton wool dibasahkan dgn air bersih, dan sapukan dgn teramycin eye ointment ye.

      Delete
  86. doktor, ubat mata tu titiskan terus pada mata kucing ataupun titiskan pada cotton wool dulu then baru sapu pada mata kucing?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh letakkan pada cotton wool n sapu pada mata kucing kerana lebih mudah..

      Delete
  87. kucing saya mcm bulging ...umur ye dalam 7 bulan... mata ye bernanah serta mcm nk terkeluar mata ye di sebelah kanan...ap yang patot sy laku kn? harga rawatan kucing bulging mahal x? nk standby hantar kucing saya di klinik verterinar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nasihatkan u bawa dia ke vet secepatnya kerana paling tidak matanya perlu dirawat dengan memberikan antibiotik oral. Kos rawatan bergantung pada vet, jika hanya dengan ubat2an mungkin sekitar dua ratus, tapi jika perlu dilakukan surgery bagi merawat matanya, ia mungkin akan sampai seribu dua.

      Delete
  88. assalamualaikum. Saya nak tanya mengenai kucing saya, saya perasan harini mata kucing saya di sebelah kiri agak sedikit kelabu tidak terlalu ketara tapi saya dpt membezakan perubahan mata kirinya berbanding kanan. Apakah yg perlu saya lakukan? sekiranya saya rujuk ke vet apa ubat yg akan dia berikan kpd kucing saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, ada beberapa punca yang menyebabkan cloudy eye pada kucing, mungkin trauma atau luka pada cornea mata, mungkin juga pendarahan atau pengumpulan cecair pada chamber dalam mata kucing, peningkatan tekanan dalam mata dan sebagainya. Saya nasihatkan buat sementara ini puan tolong check keadaan mata kucing tu samada semakin bertambah ketara atau tidak dalam dua kali sehari, seeloknya pakaikan E collar utk elakkan kucing menggaru matanya, dan perhatikan perubahan lain pada kucing, samada dia ada menunjukkan tanda2 hilang atau kurang penglihatan. Rawatan yang diberi oleh vet bergantung pada diagnosis mereka.

      Delete
  89. salam. kucing sy bergaduh dgn kucing lain and mungkin kena cakar dkt mata. pada mula mcm kne sakit mata, jd sepet.bbrape hari lps tu mata die semakin membengkak. sy risau die akan buta. apa ubat yg sy boleh bagi selain hantar dkt vet?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, besar kemungkinan matanya cedera akibat cakaran sewaktu bergaduh. Agak sukar untuk mencadangkan ubat kerana matanya perlu diperiksa terlebih dahulu, jika tidak dirawat memang boleh menyebabkan kucing u buta sepenuhnya. Saya sangat sarankan u bawa ke vet dengan kadar segera, atau cuba sapukan teramycin eye ointment di dalam kelopak mata kucing u..tapi saya jangkakan mungkin agak sukar untuk u melakukan sedemikian.

      Delete
  90. Assalam. Saya nak bertanya. Kucing saya mata nyer be fair Dan berths mata. So,adakah dia sakit mata? Bagaimana cara untuk ubati nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, kebiasaannya memang ada jangkitan atau conjunctivitis, antara rawatan awal ialah dengan membersihkan mata kucing u dengan cotton wool yang bersih dan dibasahkan dengan air, serta sapukan ubat mata teramycin ointment.

      Delete

  91. Assalam, saya nak tanya tentang anak kucing saya umur 2 bulan. Asalnya matanya tertutup kedua2 belah dan membengkak sekeliling mata, setelah didiagnos veterinar alhamdulillah sebelah kembali surut dan mcm ada selaput membrane tu tp lagi sebelah tu makin teruk dan membengkak smpai ke pipi, bila di diagbos veterina katanya ulcer kornea, kemudian x lama lepas tu dia terjatuh bahagian mata yg rosak teruk tu mcam sudah pecah, kerana selepas jatuh tu matanya kempis dan mengeluarkan air dan darah. Apabila didagnos veterinar, kata mereka cornea dah rosak dan memang tidak dapat diselamatkan lagi, disebabkn dia masih tak kuat pembedahan tuk buang mata tersebut tak dpt di lakukan, buat masa sekarang sekadar lap matanya yg rosak tu dgn air suam sahaja, skdar dpt menanti mayanya keluar srndiri ataupun buat pembedahan tuk membuang katanya huhu. Spnjng rawatan sblum ni, doktor bgi ubat anti inflame n ubat eyedrop gentamicin. Ada kemungkinan tak mata yg korneanya tu rosak dapat diselamatkn huhu saya rasa bersalah sgt2 huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, untuk mata yg rosak teruk dari cornea ulcer dan pecah akibat jatuh, kebiasaannya mmg tidak mungkin diselamatkan. Jika dapat dilakukan surgery utk membuang mata yg rosak mumgkin lebih baik, jika tidak cuma pastikan tidak ada jangkitan sekunder pada mata yg rosak itu ye..habiskan antibiotik yg diberikan dan teruskan mengelap mata ygrosak itu hingga ianya kering.

      Delete
  92. assalam doctor.kucg sy berumur setahun stgh..mata hitam kucg sy sblh kiri mbesar..mgkn dia mengalami glaukoma..baru dlm 3 hari sy perasan.dimana sy harus dptkn rawatan/surgery di daerah johor bahru dan brp anggaran kosnye..sy prnh refer satu klinik,doctor tu ckp upm je amik kes ni.tolong yer doctor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..buat sementara ni saya harap vet tersebut ada memberikan ubat titis mata utk mengurangkan tekanan dlm mata. Saya tidak pasti ttg klinik2 di jb tapi sepatutnya mana2 hospital veterinar boleh melakukan surgery utk membuang mata kucing yg rosak tu.

      Delete
    2. Satu lagi ttg kos mungkin sekitar 800-1500 bergantung pada tempat, tetapi di upm pasti lebih murah berbanding private vet

      Delete