Monday 5 August 2013

Masalah kesihatan kucing 2....FLUTD

Emm...malam ni aku membaca tentang FLUTD (Feline Lower Urinary Tract Disease) or in simple layman term..kencing kotor atau masalah pada saluran kencing. Hampir setiap hari aku merawat pesakit2ku yang menghadapi masalah UTI @ Urinary Tract Infection ini, so aku tertarik nak tau punca dan bagaimana ianya berlaku pada kucing2 kita. Teringat pada kucing kesayanganku yang aku bela selama 14 tahun..Gebu...dalam entri terawal aku di blog ni...Gebu pernah mengalami FLUTD, dia demam dan tak boleh nak kencing..bila aku palpate perutnya kudapati pundi kencingnya penuh tetapi tiada urine yang keluar. Akhirnya Gebu terpaksa dirawat di hospital Vet di Tmn Melawati selama 7 hari, syukur kerana dia berjaya dirawat tanpa perlu menjalani pembedahan.

Back to the topic kali ni...

Hampir 10% kucing2 yang dibawa berjumpa Vet sebenarnya menghidapi FLUTD, yang merupakan satu kumpulan penyakit dari pelbagai sebab.


Kucing yang mengalami obesiti sangat berkemungkinan akan menghadapi sympoms FLUTD
                             




FLUTD..boleh dihidapi oleh kucing2 terutamanya yang jantan, kebanyakkannya yang obese dan pemakanan hanya dari makanan kering 'dry food'. Antara symptoms yang akan dialami oleh kucing yang menghidapi FLUTD adalah:

* tidak boleh kencing atau kencing dengan jumlah urin yang sedikit sahaja

* kencing berdarah atau kelihatan berkeladak

* dribbling of urine, loss of bladder control (incontinence)

* kerap kencing dgn jumlah yg sedikit

* kencing diluar dari litter box mereka

* meneran(straining) dan bising(crying) semasa kencing

* menjilat kawasan pembukaan urinary tract dgn kerap kerana sakit semasa kencing

* murung

* dehidrasi

* muntah tanpa sebab

* bau ammonia yang kuat dari urin

* abdomen yang distended dan mengeras

* kuat minum 


## IT IS ALWAYS AN EMERGENCY WHEN OUR CAT CANNOT URINATE##


Masalah yang menyebabkan FLUTD akan menyebabkan kucing gagal mengosongkan pundi kencing mereka bila urge ada, kadangkala ianya boleh menyebabkan fatal blockage pada uretra kucing.

Penyebab2 FLUTD diantaranya adalah:

a) Batu karang (urolithiasis)
Batu karang boleh terbentuk didalam pundi kencing atau didalam uretra. Ia               merupakan mineral yang terkumpul dan membentuk batu karang, yang paling kerap adalah jenis calcium oxalate dan sturvite. Jenis sturvite boleh dihancurkan dgn memberi makanan khas manakala calcium oxalate biasanya memerlukan pembedahan. Bagi kucing betina terutamanya kaedah 'flushing' pundi kencing boleh dilakukan untuk mengeluarkan batu. Untuk mengelakkan batu terjadi semula biasanya vet akan menasihatkan diet yang sesuai..untuk Gebu dulu dia dinasihatkan bertukar ke Science Diet. 

b) Kencing kotor @ Urinary tract infection (UTI)
Kencing kotor biasanya disebabkan oleh bakteria, walaupun boleh juga disebabkan oleh virus dan fungus. Sekiranya kucing didiagnose sebagai menghidap UTI, biasanya Vet akan juga mencari punca2 lain seperti batu karang dan diabetes pada kucing.
UTI jarang sekali menjangkiti kucing2 yang muda, jika ada ianya hanya dalam 5% sahaja. Ini kerana urine kucing2 muda ini biasanya berasid dan ini menghalang pertumbuhan bakteria penyebab UTI. Penyakit seperti diabetes dan penyakit buah pinggang lebih kerap berlaku pada kucing yang berumur lebih 10 tahun, maka mereka lebih mudah dijangkiti UTI kerana terdapat perubahan pada acidity urine. UTI lebih kerap terjadi pada kucing yang berumur sebagai punca utama FLUTD, dan diikuti oleh urolithiasis.
Rawatan untuk UTI bergantung kepada penyebabnya samada perlukan intravenous drip, antibiotic dll.

c) Urethral obstruction

Urethral obstruction dimana urethra kucing tersumbat separuh atau total merupakan keadaan yang amat serius. Ianya mengakibatkan kucing tidak boleh mengeluarkan kencing ataupun hanya sedikit walaupun meneran dengan lama. Keadaan ini merupakan keadaan yang amat serius dan life threatening, dan ianya disebabkan oleh samada urolithiasis atau tersumbat kerana plug ie residue lembut mengandungi mineral, protin dan kotoran. 
Kucing jantan samada neuterud atau intact mempunyai risiko yang tinggi utk mendapat urethral obstruction kerana keadaan urethra mereka yang lebih panjang dan sempit. Jika kucing kita dikhuatiri menghidapi masalah ini, ia mesti mendapat rawatan segera. Sekiranya urethral obstruction secara total berlaku, buah pinggang kucing akan gagal untuk membuang toksin dari sistem badan kucing serta gagal menyeimbangkan sistem elektrolit dan cairan dalam darah kucing. Ketidak seimbangan sistem ini boleh menyebabkan kematian akibat kegagalan jantung berfungsi, dalam kes total obstruction ianya boleh terjadi kurang dari 24-48 jam. 
Rawatan termasuk melepaskan obstruction tersebut dan ini boleh dilakukan dengan melakukan flushing dengan larutan steril melalui tiub dari pundi kencing. Seterusnya bergantung kepada keadaan hidrasi kucing tersebut, transfusi intravenous diperlukan jika kucing mengalami dehidrasi yang teruk. 

d) Feline Idiopathic Cystitis
FIC @ Interstitial Cystitis selalunya merupakan penyebab jangkitan kuman pada saluran kencing kucing yang berumur kurang 10 tahun. Idiopathic bermaksud tidak diketahui puncanya..dan FIC didiagnos 'by exclusion' ie apabila semua punca2 lain telah dikenalpasti tidak berlaku pada kucing terbabit. Ianya keadaan yang boleh berulang2..40-50% recurrence dalam waktu tidak sampai setahun. Objektif utama rawatan ialah untuk mengurangkan kekerapan ulangan jangkitan ini dan mengurangkan keterukkan tahap jangkitan. Kebanyakan Vet akan mencadangkan penukaran diet dari kering ke canned food yang basah dan mengurangkan stress yang mungkin dihadapi oleh kucing. 

e) Penyebab2 lain FLUTD
Penyakit2 seperti Diabetes dan hipertiroidism (peningkatan aktiviti kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma) juga boleh menyebabkan symptom FLUTD. Selain dari itu, congenital defect (kelainan sejak lahir) pada urinary tract, tumor pada urinary tract, masalah tulang belakang atau kecederaan pada saluran kencing juga boleh mendatangkan symptom yang sama.

KAEDAH PENCEGAHAN DARI BERULANGNYA FLUTD DI RUMAH:

Bergantung pada penyebabnya FLUTD mungkin amat jarang berulang, melainkan jika kucing mengalami FIC sebagai penyebabnya. Beberapa perkara yang kita boleh lakukan utk mengurangkan kadar recurrence penyakit ini adalah seperti berikut:

- berikan makanan pada jumlah yang kecil tetapi lebih kerap, ianya lebih baik dari memberikan makanan berlebihan pada kucing kita untuk mengelakkan obesiti.

- menukar makanan 'dry food' kepada jenama yang lebih baik untuk kucing2 dengan masalah jangkitan urine seperti Science Diet atau lain2 yang setaraf. Ada waktunya memberikan kucing 'canned food' lebih baik.

- memastikan air minuman kucing sentiasa bersih dan kerap ditukar baru.

- menyediakan litterbox yang mencukupi..seeloknya pada jumlah yang lebih 1 dari jumlah kucing dirumah.

- tempatkan litterbox ditempat yang terlindung dan selamat serta gunakan bahan yang digemari oleh kucing kita

- pastikan litterbox dibersihkan dua kali sehari dan ditukar setiap seminggu sekali atau lebih kerap bagi menjamin keselesaan kucing

- minimakan pertukaran daily routine yang kerap untuk kucing bagi mengelakkan stress




Memberikan kucing dry food sahaja memungkinkan pembentukan urolithiasis dalam saluran kencing kucing kita

Berkongsi litter box memungkinkan kucing menghidapi FLUTD



288 comments:

  1. Replies
    1. Sorry myself is a medical practitioner, not a vet.

      Delete
  2. 2 hari lepas saya bawa kucing saya jumpa doc sebab kedua belah kaki belakangnya tak boleh gerak then doc cakap kucing saya sakit saraf and bagi rawatan akupuntur and suruh saya dtg lagi untuk lakukan rawatan ni setiap minggu..tapi hari ni kucing saya kencing berdarah..adakah kucing saya menghadapi sakit batu karang dan bukan masalah saraf sebenarnya?

    ReplyDelete
  3. 2 hari lepas saya bawa kucing saya jumpa doc sebab kedua belah kaki belakangnya tak boleh gerak then doc cakap kucing saya sakit saraf and bagi rawatan akupuntur and suruh saya dtg lagi untuk lakukan rawatan ni setiap minggu..tapi hari ni kucing saya kencing berdarah..adakah kucing saya menghadapi sakit batu karang dan bukan masalah saraf sebenarnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sewaktu kaki kucing u tak dapat digerakkan, ada tak dia mengiau kesakitan bila kita sentuh perutnya, atau semasa ingin membuang air kecil? Biasanya kencing berdarah berkemungkinan besar disebabkan oleh batu karang atau jangkitan kuman di buah pinggang dan atau pundi kencing. Jarang sekali masalah saraf boleh menyebabkan kencing berdarah, dan saya setuju berkemungkinan kaki kucing u tak dapat digerakkan adalah akibat masalah pada bahagian kencingnya berbanding dgn masalah saraf. Saya nasihatkan u segera membawa kucing u ke vet berhampiran atau vet yang lain untuk mendapatkan rawatan segera berkaitan kencingnya, kerana jika dibiarkan ia boleh menjadi serius dan boleh menyebabkan komplikasi yang teruk. Untuk penyakit berkaitan saraf biasanya lebih kerap disebabkan oleh kemalangan yang teruk seperti dilanggar kenderaan dan sebagainya yang boleh menyebabkan kecederaan pada tulang belakang kucing.

      Delete
  4. kucing i ada mengiau tak bagi i usik badan dia sebelum ni dan i da bagi tahu doc 2 hari lepas dan doc tu sendiri pegang dan cuba dirikan kucing i dan hampir kena gigit tapi still doc tu cakap masalah saraf..tapi hari ni telah membuatkan i rasa doc tu dah salah tafsir tentang penyakitnya dan i akan bawa dia jumpa doc yang sama untuk diperiksa semula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully kucing u bertambah baik dan boleh berjln semula. Please update the outcome ye

      Delete
    2. Mcm mn dgn perkembangan kucing tu? Adakah batu karang atau saraf? Kucing sy menghadapi msalah yg sama..

      Delete
  5. Kucing sye ade maslah kencing berdarah n kerap kencing tapi sye dh bawakk dye pergi vet.Doc ckp xserius n just bgi ubat.tetapi my cat tetap sma je...apa ptut sye lakukan..sye dh buntu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya kebanyakkan vet akan admitkan kucing untuk diberikan antibiotik dan juga intravenous drip, untuk pastikan ianya bukan batu karang atau masalah buah pinggang. Untuk sementara waktu ni harapnya vet u bagi dia antibiotik oral juga, dan perlu pastikan kucing u boleh makan dan minum air kosong yang bersih dan banyak ye. Jika tidak tolong bawa semula ke vet dgn kadar segera.

      Delete
  6. kucing saye kerap minum n kencing pun banyak adakah ini satu penyakit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Elmer, kerap minum (polydipsia) n kerap kencing (polyuria) perlu diberikan perhatian. Average utk kucing yg beratnya 10 pound minum adalah sekitar 21/2 cawan air bersih. Jika lebih dari itu dan kencingnya juga banyak, ia boleh disebabkan oleh beberapa masalah kesihatan seperti diabetes atau kencing manis, masalah buah pinggang atau kidney, masalah hormon tertentu, masalah thyroid dan beberapa lagi diagnosis yg mungkin, jadi assessment dan medical check up di vet perlu dilakukan. Rawatan bergantung pada punca simtom diatas, dan sebahagiannya tidak perlu dirawat jika tidak memudaratkan kucing.

      Delete
    2. kucing saye nampak mcm normal kuat bermain...saye ade dua ekor kucing satu persi n yg satu lagi tu kucing biasa,x pasti yg seekor mane yg kuat minum n kencing mcm same je dua2 ekor tu...biasa mereke dh puas bermain baru pergi minum air tu...makanan saye bagi adalah hotdog ayam n ayam rebus d hiris kecil2...tolong bagi pendapat...ada sifat yg pelik x kalo mereke harap penyakit2 yg anda bagi tau tu??? thnks you...

      Delete
    3. Berkemungkinan kedua2 kucing u tu memang aktif da normal bagi mereka untuk minum banyak selepas bermain dan kemudiannya akan kencing. Bagi kucing2 yang mungkin mengalami penyakit seperti yang saya sebutkan, mereka turut menunjukkan tanda yang lain seperti kencing tak terkawal dan diluar litterbox, kuat minum dan kerap kencing, kurang selera makan, gelisah, hilang berat badan dan keletihan.
      Kucing Persian agak cerewet pemakanannya berbanding kucing biasa, terutama bila u ingin memberikan makanan kering ie dry food atau kibbles. Tetapi jika u berikan dia ayam rebus yang dipotong halus, ianya tidak menjadi masalah. Hotdog tidak begitu sesuai diberikan pada kucing kerana preservativenya mungkin memudaratkan, jadi pilihan lain yang u boleh berikan ialah ikan rebus.


      Delete
  7. salam .kucing saya baru balik dari vet .kucing saya ni disahkan kena batu karang dan dah dirawat.tapi saya rasa perut yg ada ketulan keras tu masih ada cuma tak besar sebelum di rawat. keadaan kucing saya masih lemah tapi tak selemah sebelum di bawa ke vet. adakah dia okay akan okay ye? saya risau la dengan keadaan dia selepas balik vet ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..saya harap kucing u boleh kencing dgn lancar dan pastikan dia boleh minum. Ketulan di perut tu ada dua kemungkinan, jika di bhgn bawah perut dan agak lembut isnya mungkin pundi kencing yg distended kerana kucing u sukar utk kencing. Jika ketulan agak solid dan di bhgn tepi ianya mungkin ketulan najis kerana kebiasaannya kucing dgn batu karang boleh mengalami sembelit. Jika dia sukar utk buang najis u boleh bantu dgn memberikan laxative yg boleh didapati di vet atau kedai petshop.
      InsyaAllah dia boleh pulih dan saya nasihatkan u tukar jenis pemakanannya kepada jenama science diet, selain pastikan bekas airnya sentiasa bersih dan dia boleh minum. Juga boleh diselangseli dgn mkn makanan wetfood.

      Delete
    2. owh ketulan tu di tepi memang dia tak buang najis lagi lepas dia balik dari vet semalam. owh boleh dapat di petshop ye laxative tu. doc vet bagi dryfood royal canin. tapi nak tahu brand utk wetfood yang mana yg sesuai utk kucing ye lepas rawatan batu karang ye?

      Delete
    3. Royal canin yg utk kucing bermasalah dgn batu should be ok, saya dulu guna science diet. Tapi utk wetfood dapatkan jenama avoderm

      Delete
  8. salam. terima kasih atas info. nak tanya keadaan kucing selepas dirawat sakit batu karang ni makan masa ke nak pulih sedia kala. saya risau la tengok keadaan lepas balik dari vet ni. makan tak mahu. bila suapkan , keluarkan balik. kucing saya tak kencing2 lepas balik vet ni, buang najis sikit je. pastu bila suapkan air masak , dia susah sgt nk telan pastu keluar buih putih sama mcm masa makan ubat. adakah buih tu disebabkan ubat. keadaan dia pulak berjalan slow je pastu baring je. adakah dia okay?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, selalunya selepas rawatan kucing boleh kencing dan minum seperti biasa. Melalui pengalaman saya sendiri dulu sewaktu kucing saya mengalami masalah yg sama, vet admitkan dan berikan kucing saya iv drip serta monitor keadaan kucing sehingga kucing tu boleh kencing sendiri dan boleh makan dan minum, admitted dlm 4-5 hari. Saya agak risau bila kucing u masih tak boleh kencing walaupun diberikan ubat dan masih lemah. Jika u pegang dibhgn bawah perutnya dan u dapat rasa bengkakan yg lembut itu menunjukkan kucing u mengalami masalah distended bladder dan u perlu bawa semula ke vet ye

      Delete
  9. Salam. Normal ke kalau kucing saya kencing berdarah lepas operation batu karang tu? Berapa tempoh masa untuk dia betul2 sembuh lepas operate?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, selepas operation biasanya mmg akan berlaku pendarahan yg menyebabkan kencing berdarah, dan juga inflammation serta kesukaran buang air kecil pada kucing, dan ini mengambil masa beberapa hari. Biasanya vet akan admit utk observation selepas operation tu sehingga kucing u boleh kencing normal

      Delete
  10. Saya nak tanya kucing saya dah dua hari tak kencing Dah Berak . Saya Belum Bawah Pergi Klinik Lagi Sebab Cuti Umum . Adakah Kucing Saya Kene Batu Karam . Tapi Kucing Saya Berat 7kg Kuat Makan Dan Minum .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya kucing yang menghidapi batu karang akan tidak kencing dan kadang2 tidak berak juga untuk beberapa hari, dan selain dari itu biasanya dia akan kelihatan dalam kesakitan, bengkak dibahagian bawah perut akibat pundi kencing yang penuh dengan air kencing, kurang aktif dan kurang makan serta minum. Melihat dari berat badan kucing u ni memang boleh dia menghidapi batu karang kerana kucing dengan berat badan berlebihan selalunya kurang aktif bermain. Sekiranya dia tidak kencing dan tidak berak tetapi masih aktif, boleh makan dan minum seperti biasa, cuba pegang dibawah perutnya samada ada bengkakan atau tidak, sekiranya tiada u cuba tukar makanannya kepada wetfood buat sementara waktu. Sekiranya ada bengkakan seeloknya u bawa ke vet secepat yang boleh ye.

      Delete
  11. Is it normal kucing saya kencing dengan kerap dan menitis lepas tu laju selepas dimasukkan tube sbb tak dpt kencing? Kucing saya dalam observation slma 6 hari d vet.

    ReplyDelete
  12. Jika catheter tu masih dipasang maka urine flow akan berterusan utk mengosongkan pundi kencing. Selepas catheter dibuka biasanya kucing seperti manusia juga akan kencing seperti biasa, cuma dlm kes kucing u ni jika diadmit biasanya akan diberikan drip, dan biasanya air kencing akan jadi banyak dan laju.

    ReplyDelete
  13. Ok. Thank you. Tadi kucing saya dah kencing. Blh tahan banyak lah kncing dia. :)

    ReplyDelete
  14. Kos rawatan batu karang berapa ya? Ada info? Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya terlepas pandang soalan u ni. Kos rawatan batu karang bergantungvsamada vet perlu melakukan pembedahan atau hanya perlu memasukkan drip dan catheter utk bantu mengeluarkan batu. Bergantung juga jika ada melibatkan buah pinggang menjadi rosak. Bergantung pada kaedah rawatan ianya boleh diantara rm900-beberapa ribu.

      Delete

  15. Salam, kucing saya ni dlam beberapa hari ni dia takde selera nak makan, kencing pun dalam kuantiti yang sedikit. Adakah ini batu Karang ? Ada alternatif tak nak merawat kucing saya ni? Mohon beri penjelasan secepat mungkin ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika kucing u tidak makan dan tidak minum kuantiti kencingnya mmg akan berkurang kerana dehidrasi, tetapi dia tidak susah atau dlm kesakitan terutamanya waktu nak kencing. Tidak semestinya dia mengalami batu karang.
      Tolong perhatikan samada kucing u mmg tak boleh kencing atau kesakitan bila kencing. Jika ada berkemungkinan ianya berkaitan batu karang.

      Delete
  16. Assalam..kucing sy ada msalah utk kencing.hnya titisan air kencing shja yg keluar.tiub pernah dipasang tetapi keadaan masih tetap sama.kwsan private kucing sntsa basah disebabkn titisan air kencng yg sntsa kluar..utk makluman kucing sy pernah terjatuh dr tingkt.3 dan tulang bklgnya patah.kedua2 kaki blkgnya x dpt berdiri ..adakah rawatan untk masalah ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, jika dilihat dari history kucing u ni rasanya dia mengalami keadaan bladder paralysis sebab dari kecederaan tulang belakang. Tiada kemungkinan ianya akan pulih sendiri, satu cara rawatan yg boleh dilakukan bagi memastikan kucing u boleh kencing dgn baik ialah melakukan tube cystotomy, bukan catheterisation. Mungkin u boleh rujuk kucing u pada hospital vet.

      Delete
    2. sya ingin bertanya lagi..apakah perbezaan rawatan tiub berbanding catheter?adakah risiko yang bakal diterima oleh kucing sy jika mnjalani rawatan ini...lagi, apakah rawatan terbaik untuk masalah tulang belakang?kaki belakang kucing sy kini boleh bergerak, tetapi masih tidak boleh berdiri.adakah peluang/kemungkinan untuk sembuh dan bergerak seperti normal?..maaf bertanya banyak soalan..thanks.

      Delete
  17. Salam, tube cystotomy tu maknanya dr akan masukkan tiub utk keluarkan urine terus dari pundi kencing tanpa melalui saluran kencing, catheter biasanya tiub urine dimasukkan pada laluan kencing biasa. Risikonya tak ada utk kedua2 kaedah, cuma u perlu bincang dgn vet keperluan melakukannya dan penjagaannya. Saya rasa kucing u boleh pulih memandangkan dia sudah boleh menggerakkan kakinya walaupun lemah. Satu lagi cara yg mungkin lebih mudah dari segi penjagaan ialah dgn memakaikan pampers bayi pada kucing tersebut bg tujuan kebersihan

    ReplyDelete
  18. minggu lepas saya ada bwa kucing saya ke vet sbb xbole kencing....admit utk 5 hri doc ckp xde batu karang....lps tu sy bwa blek shri je kucing sy xbole kencing lgi....so kena bwa g vet blek...vet cuma buat masukkn wayar dlm cennont kucing dan pam klur kencing kucing sy...hri ni kucing saya xbole kencing lgi....sy dh try tekan pundi kencing kucing sya besar mcm bola tennis tp klur hnya setitik shja...kesian kat kucing sya xbole nk kencing normal......nk bwa g vet mmg sya xmampu sbb kos sblm ni dg mcecah rm400...... pening kepala bk buat mcm mne....klu ada y tahu cara nk merawatnya slain hntr ke vet info sya.....tq

    ReplyDelete
  19. minggu lepas saya ada bwa kucing saya ke vet sbb xbole kencing....admit utk 5 hri doc ckp xde batu karang....lps tu sy bwa blek shri je kucing sy xbole kencing lgi....so kena bwa g vet blek...vet cuma buat masukkn wayar dlm cennont kucing dan pam klur kencing kucing sy...hri ni kucing saya xbole kencing lgi....sy dh try tekan pundi kencing kucing sya besar mcm bola tennis tp klur hnya setitik shja...kesian kat kucing sya xbole nk kencing normal......nk bwa g vet mmg sya xmampu sbb kos sblm ni dg mcecah rm400...... pening kepala bk buat mcm mne....klu ada y tahu cara nk merawatnya slain hntr ke vet info sya.....tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa kucing u mengalami cystitis atau radangan di pundi kencing atau dlm simple words kencing kotor. Memang biasanya rawatan di vet agak mahal, jika kucing u tak demam rasanya kita boleh cuba rawat sendiri. Pertama makanan kucing u kena tukar, jgn bagi dry kibbles tapi bagi makanan dlm tin ie wet food, sebab kandungan airnya lebih byk. Kedua pastikan kucing u sentiasa dapat minum air yang bersih. Bagi tukuan melawaskan kencing, cuba gunakan apple cider vinegar (apa2 brand).
      U boleh campurkan sesudu apple cider vinegar tu dlm makanan basahnya dan gaulkan rata2. Dalam minumannya u boleh campurkan anggaran 1/4 cawan apple cider vinegar kepada semangkuk air bersih. Atau jika kucing u tak berapa nk minum, dilutekan apple cider vinegar tu dgn air bersih dlm ukuran 50/50, dan syringekan dlm 1ml kedlm mulut kucing u. Lakukan beberapa kali. InsyaAllah dia boleh kencing nanti.
      Tapi jika dia demam, u kena dapatkan antibiotik dari vet

      Delete
  20. Salam kucinh saya baru2 ni kencing berdarah lepas tu muntah esoknya saya bawak jumpa vet lepas tu vet kata kena batu karang ditahan 5 hari di klinik. Hari 5 pundi kencingnya menjadi bengkak dan keras juga sidikit berdarah saya bertanya dekat vet apa yang boleh dilakukan? Vet kata bengkak itu boleh surut tetapi ada risiko yang bengkak nya akan merebak dan luka di pundi kencing membesar (seperti kanser katanya) atau boleh membuat pembedahan menukar jantina bermaksud jantan ke betina tetapi kos nya tidak diketahui kalau kos nya terlampau mahal saya akan membawa kucing balik dan berubat secara tradisional.. Apakah punca berlakunya masalah diatas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya batu karang tidak menyebabkan keras dipundi kencing selepas diberikan ubat yg sesuai utk melawaskan kencing, mungkin kucing u mengalami ketumbuhaan didalam pundi kencing yg menyebabkan bengkakan itu keras. Utk batu karang biasanya dari pemakanan kucing yg agak dry, dan jika kucing kita kurang minum air serta tidak aktif. Jika ketumbuhan tiada sebab spesifik yg diketahui menjadi puncanya..

      Delete
  21. Adakah cara untuk merawatinya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk batu karang u perlu tukarkan diet pada yg spesific utk elakkan batu seperti science diet..dan kena pastikan dia sentiasa minum air yg banyak. Jika ada ketumbuhan perlu lakukan surgery atau at least vet boleh bagi papase tablet utk kurangkan bengkak.

      Delete
  22. Hi. Kucing sy baru kena demam kuning pada ahad lepas, 8hb. Hari isnin pagi dah bawa ke upm vet. And doc x dapat nak declare demam kuning sebabkan fungus atau masalah hati. Sebab saling berkaitan. Sy x mampu nak beri kucing sy admit. Sy jage dia sendiri di rumah. Bg minum air kelapa muda dan wetfood avoderm. Tp air kencing dia kuning2 pekat cume x sepekat hari semalam. Setiap malam sy akan berikan kucing sy antibiotik dgn multivitamin. Adakah semua ini dah mencukupi utk merawat kucing sy yang demam kuning dan kencing kuning pekat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kucing u mengalami jangkitan di hati yg menyebabkan jaundice serta tea coloured urine. Sepatutnya dia mmg perlu diadmit utk hidrasi..tapi u mesti make sure dia boleh makan dan minum air bersih sebanyak2nya ye..

      Delete
  23. Kucing sy dah boleh jalan sekejap dan duduk. Cume cara jalan masih terhuyung hayang sebab ahad dan isnin lepas dia x lalu makan. Tapi isnin malam sy dah start force food avoderm dan beri air kelapa muda. Berbanding ahad dan isnin lepas, kucing sy mampu baring sahaja. Adakah ini menunjukkan petanda positif kucing sy kembali normal and sihat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kucing u menunjukkan tanda2 positif tapi selain dari air kelapa make sure u paksa dia minum air kosong ye..insyaAllah dia akan bertambah sihat

      Delete
  24. Saya nak tnya ni,kucing saya berat dalam 5kg lbh n mgalami mslh kncg xlawas.kncg dia d bcampur sedikit darah.sya dh bwa pergi vet n vet bagi ubt antibiotik n anti inflamation.b4 ni saya bg makan nutrient dry food n skrg saya dh tkar kepada royal canine utk urine prob.soalan saya boleh tak saya force kucing saya mnum air yang banyak semasa dia masih kencing xlawas n ada xcara yang boleh saya lakukan untuk membendung mslh ini dari berulang lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya kejadian kencing kotor dan berdarah serta batu karang byk berkaitan dgn jenis pemakanan yg kita beri pada kucing kita. Sekarang mmg u perlu pastikan kucing u akan minum ar kosong sebanyak mungkin utk mengelakkan masalah ini berulang, dan u boleh berikan wet food dgn lebih banyak..selain special diet utk urine

      Delete
  25. hai doc saya nak tanya kucing saya takdapat berjalan dengan betul sebab kaki depan dia tak boleh imbang badan dia dan akan jatuh bila saya cuba urut kucing saya tak meraung ke apa dan tak nampak dia sakit . makan mcm biasa lalu je cuma dia tak boleh berjalan sebab kaki depan dia . dia sakit apa doc ? cara rawat dia ? need ur help

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai..saya assume hanya sebelah kaki kucing u yg bermasalah atau kedua2nya? Jika dia tidak terlalu kesakitan berkemungkinan besar dia mengalami soft tissue injury atau seperti terseliuh sendi..jika dia boleh mkn dan minum seperti biasa cuba biarkan sahaja dia berehat sendiri dalam beberapa hari dan perhatikan progressnya. Jgn diurut atau ditarik kalinya itu.

      Delete
  26. Salam..kucing sy br lepas pasang tiub sbb flutd..die still xbole kencing,tapi die aktif sgt,n die nak mengawan even tiub tu ade,n tgh pakai colar,mkn minum semua ok,perlu ke sy bwk pegi vet balik?or ade cara lain?risau sgt tgk die xbole kencing,even die aktif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, biasanya apabila dgn tiub kucing u sepatutnya boleh kencing, kecuali jika tiub yg dimasukkan itu telah teralih atau displaced. Cuba u pegang dan raba dibhgn bawah perut kucing berdekatan dgn pangkal peha, ada tak terdapat bengkakan yg lembut? Jika ada maknanya kucing u mengalami urinary retention semula dan u perlu bawakan dia berjumpa vet bagi membetulkan kedudukan tiub urine tersebut. Seeloknya jgn biarkan kucing u bebas dan mengawan, seeloknya kurungkan dia dlm sangkar yg selesa dgn bekalan air yg mencukupi.

      Delete
  27. Tumpang tanya, berapa lama kucing perlu mengamalkan diet Science Diet/ Riyal Canin S/O?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya kita tak nasihatkan utk tukar ke jenama lain kerana jenama tersebut antara yg elok utk mengelakkan masalah FLUTD

      Delete
  28. Assalam. tumpang tanya. harini kucing sy kencing berdarah. sebelum ni tak pernah mcm ni. tp die kencing sikit2 di merata tempat. ape sebab nye eh? die kucing jantan n mmg sy lepaskan die dekat luar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, jika dilihat dari tanda2 kencing berdarah dan incontinence, saya rasa kucing u mengalami masalah FLUTD atau batu karang. Saya sarankan segera bawa ke vet utk rawatan ye.

      Delete
  29. assalamualaikum. nak tanya sikit minggu lepas kucing saya tak nak disentuh dengan saya dan tak berapa aktif mcm selalu dan tak mahu makan dan minum tp dalam 4 hari ni dia kerap kencing tp dalam kadar yg sedikit.kenapa ye? kucing saya kena batu karang ke ada masalah dgn pundi kencing ye ke? kalau kucing saye ade penyakit yg saya tanya ni ada tak rawatan yg tidak memerlukan kos yang tinggi atau saya kene tukar diet kucing saya ni. saya harap akak bole tolong saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, tanda2 yang ditunjukkan oleh kucing u ialah tanda2 jangkitan pundi kencing dan batu karang. Dia tak suka disentuh kerana kesakitan pada pundi kencing dan kencingnya kerap serta sikit2 kerana tidak lawas. Pada keadaan ini amat perlu dibawa ke vet untuk dirawat dengan cara mengeluarkan air kencing menggunakan catheter dan vet akan memberikan ubat untuk melawaskan kencing serta antibiotic. Jika perlu diadmit untuk drip mungkin agak costly dalam beberapa ratus, jika perlu surgery ianya akan bertambah mahal, jadi saya nasihatkan bawa pada kadar segera supaya boleh dirawat dengan cara yang conservative dulu. Diet memang perlu ditukar dimana kebiasaannya kita akan nasihatkan untuk memberi makanan yang sesuai dari brand tertentu khas untuk batu karang ie Science diet. Pastikan juga kucing u dapat minum air bersih sentiasa ye.

      Delete
  30. Hi salam i nak tanya, i punya kucing ade batu karang & i dah bawak dia pergi vet. Doc dah keluar kan air yg terkumpul & dia bg ubat. Hari first balik dari vet dia masih makan tapi dia lemah je. Dia tidur je. Kalau dia bgn pun dia dduk situ je tak bergerak. Masuk esk dgn harini.. Dia dah tak nak makan tak nak minum. Dia melepet kat tempat tidur dia, tak bergerak tp dia dah kencing mcm normal. Cuma dia tak nak makan & dia keras je dduk dlm bekas dia, dia tak nak bgn. Kalau saya angkat dia tolak2 tangan saya, mata dia terbuka je tp dia masih bernafas. Saya risau & sgt sedih tgk dia.. Dia macam dah lumpuh satu badan. Tangan dia bergerak pun bila nak halang saya pegang dia.. Pls i need help )':

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, berkemungkinan ada jangkitan kuman kesan dari batu karang tersebut yg menyebabkan kucing u lemah dan tak boleh bergerak. Saya nasihatkan u bawa dia semula ke vet utk diadmit bagi iv drip kerana dia tak makan dan minum, dan mungkin dia perlu diberikan antibiotic ye.

      Delete
  31. Salam, saya nak tanya dibawah perut kucing saya ada 2 ketulan keras, kenapa ya ? Adakah ini petanda penyakit batu karang? Makan tak lalu minum pon sikit2. Tapi kucing saya berak n kencing. Kuantiti air kencing tu sikit sebab dia minum pun hanya sedikit. Saya harap dapat membantu. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, ketulan tersebut agak keras ye? Biasanya jika kucing mengalami masalah dengan pundi kencing ketulannya yang kita dapat rasa agak besar dan tidak terlalu keras kerana ianya merupakan distended bladder atau pundi kencing yang membengkak dan penuh dgn air kencing. Berkemungkinan bengkak tersebut bukan dari batu karang tetapi bengkakkan dibawah kulit atau kelenjar limfa. Saya sarankan bawa ke vet jika ianya semakin membengkak dan kucing tidak aktif ye.

      Delete
  32. hi, saya nak tanya, kucing saya demam, dia tak mahu makan, dia minum je, tapi tadi dia kencing berdarah kenapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, rasanya kucing u mengalami jangkitan kuman akibat adanya batu karang. Perlu bawa ke vet dgn kadar segera ye!

      Delete
  33. Kucing saye x tau skit ape.first dia kne kurap kt tlinga dia then merebak smpai kepala.lepastu bdn dia mula lemah dan x brape ade selera mkn.tpi kerap minum air klau x nk mkn.bdn dia mula kurus.kuku dia pon luruh sendiri.saye x bwk prgi vet lgi sbb kos yg agak mhl.ape mslh kucing sye?tpi dry food dia x nk.dia nk wet food je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika dilihat dari symptoms kucing u ia menunjukkan seperti kekurangan imun sistem dalam badan. Berkemungkinan dia mendapat jangkitan virus, seperti feline hiv dan leukemia. Seeloknya u dpt bawa ke vet, tapi jika tidak berikan dia mknan yg basah seperti wetfood atau ayam n ikan yg direbus sekerap mungkin ye.

      Delete
  34. Assalamualaikum...kucing saye mngalami kencing x lawas.dia kerap rase nk kencing tpi air kencing yg keluar skit je.lepastu dia agak diam dan x brape aktif dan xde selera mkn.bile saye pegang dia xde pulak dia tunjuk dia sakit kt mne2.tpi saye kerap cuci bhgian bwh dia sebab sering je ade air kencing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..berkemungkinan kucing u mengalami jangkitan di saluran kencing ie FLUTD. Jika dia tak mau mkn dan minum perlu dibawa segera ke vet utk drip dan utk keluarkan air kencingnya..jgn dibiarkan ye kerana dia boleh menjadi lebih teruk.

      Delete
  35. Assalamualaikum..sy ada seekor kucing ni,namanyq cici..sjak kebelakangan ini dia xbg bdannya disentuh,jalan pun seakan tdk stabil,bila dia mau bdiri seakan gementar..kurang selera mkn..bole sy taw apa peyakitnya dan cara rawatannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, saya tak pasti samada cici kucing outdoor atau indoor tetapi berdasarkan tanda2 yg disebutkan saya rasa cici mengalami masalah yg serius. Mungkin cici ada kecederaan dalaman jika dia kucing outdoor, dan utk memastikannya anda perlu membawa cici ke vet dgn kadar segera

      Delete
  36. salam.. kucing sya yang berumur sekitar tiga bulan telah diserang oleh seekor kucing liar dewasa jalanan. Selepas serangan terbabit kucing sy enggan makan dan minum dan kedua belah kaki belakangnya xdpt bergerak. jika disentuh bahagian belakang kakinya dia akan mengiau kesakitan begitu jg semasa kencing dan berak.selepas dua hari barula dia dapat bergerak dan mengensot. dan dia juga dah mula makan dan dah boleh angkat dia tapi perlu berhati2 bahagian kaki dan pinggang.. kelmarin,sya memerikasa seluruh badannya dan mendapati terdpat beberapa luka dan salah satu nya masih terdapat kuku kucing dalam luka .. sya suda menarik keluar kuku kucing liar tersebut dan meletakkan ubat. persoalan saya disini kenapa kaki belakang kucing saya tidak dapat berjalan..adakah disebabkan ia patah ( saya perasan tulang pinggul kucing saya agak terkeluar dr biasa atau disebabkan kuku yang tertanam di luka tersebut. sebelum ini kucing saya sangat aktif dan melihat dia sedemikian agak menyedihkan hati saya.. terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, dari keadaan yg ditunjukkan saya rasa kucing anda mengalami kecederaan serius dibhgn pinggangnya, berkemungkinan patah tulang pinggul atau dislocated hip, memandangkan dia masih kecil dan diserang oleh kucing dewasa. Jika dapat dibawa ke vet adalah lebih baik, tetapi jika tidak pastikan dia diberikan makanan yg lembut dan berkhasiat seperti mknan wetfood jenama avoderm atau science diet. Ada kemungkinan dia akan pulih tetapi dgn sedikit kesukaran utk menggerakkan kaki belakang sepenuhnya seperti biasa.

      Delete
  37. Saya ada masalah yg sama dengan ily nadia hilton. Anak kcing saya d serang oleh kucing jantan dewasa, kaki blkngnya x dpt bgerak. Makan dan minum ok mcm biasa, bselera.. dia cuma kencing.. tp tak buang air besar.. adakah normal?ap yg patut sy lakukan sbb tak mampu untk bawak pegi vet..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, saya jangkakan kucing u mengalami kecederaan tulang belakang yg menyebabkan dia tak boleh bergerak, tetapi dgn keupayaannya utk kencing berkemungkinan kecederaannya boleh pulih. Saya nasihatkan utk masa sekarang cuba lakukan urutan di kaki yg tak bergerak dan lakukan latihan pada kakinya supaya tidak berlaku wastage of muscle atau kecutan otot. Saya yakin kerana dia boleh kencing, dia juga akan boleh berak kemudian.

      Delete
  38. Smlm kucing saya dimasukkn tiub dlm salur kencing nya, hari ini dia cume minum air & tak mahu makan, kencingnya sentiasa meleleh pada tiub tu, dia asyik tidur saja harini & tgk badannya lemah sangat, apa yang perlu saya lakukn. Kesian saya tengok dia.. ������

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dipasangkan catheter urine akan sentiasa mengalir keluar dari pundi kencing, jangan risau tentang itu ye..cuma perhatikan jika ada kelihatan darah yang ketara dalam urine. Saya jangkakan kucing u mengalami masalah urine retention akibat batu karang, dan dia mungkin agak lemah kerana ada jangkitan kuman atau demam. Pastikan dia boleh minum dan makan sedikit wet food..cuba syringekan dalam mulutnya, jika tak ada perubahan selepas beberapa hari mungkin u perlu bawa ke vet semula untuk rawatan lanjut, drip atau antibiotik.

      Delete
  39. Pada khamis lalu tiubnye tlh dibuka, tapi dy masih kelihatan lemah, vet sarankn agar saya bg dy minum glukos, setelah diberi minum kucing saya ada membuang air besar tetapi dlm kedaan cair & badannye masih lemah, dia ada makan tetapi terlalu sedikit risau saya tengok keadaan dia yg tak bermaya & tidak mcm biase.. Apa yg harus saya lakukn lagi..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. U kena sentiasa syringekan air atau glukos ke dlm mulutnya, dan utk makanan berikan wetfood yg khas utk kucing yg sakit ie yg halus seperti avoderm atau science diet brand. Pastikan dia cukup minum ye walaupun sedikit sedikit

      Delete
  40. salam. saya nk taya. kucing saya kencing xleh kawal dan berak pun xleh kawal. punggung die sentiasa basah sb kencing. bau sgt kuat. dan die berjalan cm patah pinggang. taw x kenapa? g Vet aritu Dr cek gitu gitu je pastu ckp mayb virus dan xle diselamatkan da. skrg da 2-3 minggu da die cmtu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, kucing u tak ada mengalami kemalangan ke sebelum tu? Dari simtom yg ditunjuk kucing u mungkin mengalami kecederaan tulang belakang atau pinggul, ia mungkin kekal tapi jika dia boleh berjln mungkin boleh dibantu dgn melakukan fisioterapi pada kaki. Untuk pulih mungkin sukar tetapi dapat diperbaiki sedikit demi sedikit

      Delete
    2. kucing saya xde plak accident ke pe. but suatu ari die moyok xnk mkn. pastu 2-3 ari pastu start jd cmtu. jalan cm
      patah pinggang. pastu bwk g klinik Vet. doctor ckp mayb virus sb kucing ni xvaksin dan die cross mixed. pastu 2 minggu ni die xle kawal
      kencing die dan berak die. tgh mkn pun bole kuar cmtu je najis die. kt mana mana die duk mesti basah dgn air kencing die. saya nk attch video pun kt komen ni xle attach. sian die.

      Delete
    3. Rasanya berkemungkinan virus yg menyebabkan kerosakan pada neeve atau saraf belakangnya. Saya suggestkan u carikan dia pampers utk kucing supaya terjaga kebersihannya, dan lebih mudah utk u bersihkan..ada di petshop tertentu. Yg paling utama cuba lakukan latihan fisio utk kaki kucing u tu, mana tahu dia boleh improve.

      Delete
    4. Dino Prince, boleh cuba berikan dia neurobion tablet yang boleh dibeli di farmasi biasa dan berikan sekali sehari 1/4 tablet sahaja..ini untuk membantu pemulihan sarafnya, semoga dia beransur sembuh.

      Delete
  41. Salam doktor,

    Semalam anak kucing dalam 5-6 bulan tidak saya tahu apa sebab sakitnya.Semasa ingin memberi makan, ibu saya lepaskan 4 ekor kuar sangkar,tetapi hanya 3 ekor berlari keluar,1 ekor masih didalam sangkar...cuba untuk berdiri tidak dapat, jatuh semula.Apabila ibu saya ambil keluar dari sangkar, dia tiba2 bising dan seperti terkena sawan dan kancing gigi (menyebabkan lidahnya luka) serta kencing.Apabila ibu saya membuka kipas menghalakan ke arahnya,dalam beberapa minit dia tenang.Saya hanya dapat menghantarnya ke klinik haiwan setelah balik dari kerja...mengikut kata doktor kemungkinan kucing saya lumpuh kaki depan dan lidahnya tidak dapat bergerak.


    Saya ingin bertanya adakah peluang untuk kucing saya sembuh seperti sebelumnya?Kerana ini kali pertama saya mendengar kucing lumpuh kaki depan.Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..

      Memang agak jarang anak kucing mengalami masalah seperti yang anak kucing u alami..

      Bagi kelumpuhan di kaki depan kita panggil peripheral nerve paralysis, penyebabnya pelbagai tetapi amat kurang terjadi sebenarnya.. termasuk inflamasi, disorder metabolic, kecederaan pada saraf dan vaskular, tumor atau cancer dan beberapa penyebab lagi..termasuk akibat insecticide toxic poisoning dan juga paralysis akibat gigitan tick species tertentu yang jarang berlaku disini..

      Bagi kecederaan saraf, ianya boleh berlaku akibat trauma pada pangkal leher kucing, tetapi jarang mengakibatkan fit atau sawan. Satu lagi penyebab ialah disebabkan pendarahan atau darah beku ie emboli yang menyekat laluan darah ke saraf dan boleh menyebabkan sawan dan kelumpuhan.

      Bagi kesemua keadaan, pemulihan amat perlahan kerana ianya melibatkan kelumpuhan saraf dan untuk memulihkan saraf ianya sangat2 perlahan. Memang tidak ada ubat2 yang sesuai selain dari kerap mengurut serta menggerakkan kaki kucing tersebut ie fisioterapi untuk mengelakkan 'kecutan' atau wastage otot. Untuk pulih seperti sediakala mungkin agak sukar tetapi jangan berputus asa dan jangan berhenti untuk melakukan terapi ye.

      Delete
    2. Salam,
      Terima kasih atas penjelasan doktor,kucing saya telah pergi meninggalkan saya semalam.Sekurang2nya saya sudah berusaha sehabis mungkin hingga ke akhir hayat,cuma terkilan kerana dia 'pergi' semasa berada di klinik.Sekali lagi terima kasih atas penjelasan.

      Wassalam

      Delete
  42. Salam. Kucing saya hilang dua hari dan dijumpai adik saya dalam keadaan yang basah dan longlai di dalam longkang. Dia kuat makan dan kerap makan. Dia makan makanan kucing. Dia makan berulang. Sekejap2 dia makan lepastu tidur. Masa adik saya dah jumpa kucing saya yg hilang tu, haritu jugak mak saya mendapati dia kencing berdarah. Habis satu bilik berdarah dengan titisam darah dia tu. Dia duduk diam dan lemah. Dia agak obes. Dan dia pernah duduk dalam bilik air dengan bawah perut yang berdarah. Dia kucing jantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, melihat pada tanda2 yg ditunjukkan ada 2 kemungkinan. Pertama oleh kerana kekurangan air sewaktu hilang kucing u mungkin mengalami jangkitan kuman yg menyebabkan pendarahan pada pundi kencing. Yg kedua ialah mungkin dia mengalami kecederaan dalaman akibat jatuh ke dlm longkang tersebut dan ini menyebabkan pendarahan. Kedua2 keadaan merbahaya pada kucing u, saya nasihatkan bawa ke vet dgn kadar segera

      Delete
  43. Salam. Saya nak tanya. Kucing saya baru dapat luka yg agak dalam di bahagian pinggang kirinya akibat bgaduh dgn kucing dewasa. Dan keesokkan hari kaki belakang dia dah lemah n tak aktif. Ada kemungkinan buah pinggangnya rosak ke ? Sebab sy dah bawa pergi vet. Just dapat iodine, antibiotic n ubat tahan sakit sahaja. Doc tak cakap apa2 mngenai buah pinggang dia pun hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, kucing u boleh kencing seperti biasa atau tidak? Ada tak nampak kencingnya berdarah? Jika tidak, kecederaannya mungkin lebih kepada saraf atau otot yang menyebabkan dia lemah kaki belakang dan kurang aktif. Bagi masa untuk lukanya sembuh dan lakukan gerakan berulang pada kaki kucing yang lemah tersebut untuk menggerakkan musclena.

      Delete
  44. kencingnya saya tak sure. sbb dia pee dekat luar. tapi saya perasan poo dia keras dan bwarna gelap. hmm ada pendarahan dalaman ke agaknya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya bila agak keras dan gelap ianya akibat dehydration, jika ada pendarahan warna najis akan gelap tetapi tidak keras. Oleh kerana kakinya agak lemah cuba pastikan dia cukup minum supaya tidak dehydrated.

      Delete
  45. Kucing saya cirit birit lebih 10 ekor .macam mana saya patut lakukan?saya sudah beri ubat cirit birit di klinik haiwan tp masih tiada perubahan.skrg saya berikan ubat cirit yg dibeli di kedai haiwan .kucing saya cirit teruk sampai kurus .*anak kucing 2-3 bln lebih .kucing dewasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebiasaannya jika kucing cirit birit paling elok jika kita puasakan utk 12-24 jam, hanya berikan air kosong yang bersih. Selepas tempoh berpuasa berikan sedikit2 makanan yang lembut sebelum kembali menggunakan makanan yang biasa mereka makan. Ubat cirit untuk kucing jarang berkesan, sebaiknya dipuasakan. Jika kucing u ada yang kelihatan letih dan tidak bermaya seeloknya dibawa ke vet untuk dimasukkan drip ye.

      Delete
  46. Kucing saya betina..baru saja lepas spay 12/5/16 lepas..semalam dia makan.hari isnin baru dia start makan n minum macam biasa..tiba2 Rabu 3.45pm saya dapati dia menggigil dan asyik ulang alik masuk litterbox..makan n minum pon xnak..air saya tukar 2x sehari..literbox saya bersihkan setiapkali selepas digunakan..kucing saya indoor..malam ni khamis 1.00am dia munatah and gigil2 lagi..kenapa macam ni?terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika dilihat dari tanda2nya saya jangkakan kucing u mengalami jangkitan di bahagian urinary tract ie saluran kencing, tidak berkaitan dengan spaying secara direct tetapi mungkin kerana dia kurang minum air selepas prosedur tersebut. Saya nasihatkan u bawa dia ke vet dengan kadar segera untuk rawatan drip dan antibiotik sebelum melarat ye.

      Delete
  47. Assalamualaikum. Saya nk tanya. Masa gosok perut kucing, sy boleh rasa pundi kencing dia. Macam tersembul sikit. Itu normal ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, memang kita boleh rasa pundi kencing kucing terutamanya apabila pundi kencingnya penuh sedikit tetapi jika dia kelihatan selesa serta boleh kencing dengan elok dan tidak berdarah, jangan risau ye. Tetapi jika pundi kencingnya distended dan kucing u kelihatan restless serta sukar kencing atau kencing berdarah, itu menunjukkan jangkitan pundi kencing atau juga batu karang dan kucing perlu dibawa ke vet dgn kadar segera.

      Delete
  48. Assalamualaikum . saya nak tanya sikit tntg kucing saya .. tadi kucing saya dilanggar kereta oleh ba-a saya cause bapa saya taknampak dia .. terlanggar kaki dia .. lepastu kami pergi vet tetapi doc kata xde pape cuma kakinya retak sedikit shja .. mgkin 2 3 mggu boleh baik .. dan dh diberikan ubt .. tetapi malam tu kucing saya kencing berdarah .. saya sgt risau . mcm mana ni doc ? adakah dia bermasalah dalaman ? atau lain2 ? boleh doc tergkan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, dari tanda2 yang ditunjukkan, saya berpendapat terdapat kecederaan dalaman yang melibatkan pundi kencing kucing akibat kemalangan tersebut. Kecederaan pada pundi kencing menyebabkan pendarahan ketika kencing dan ini merupakan satu keadaan yang serius dan saya nasihatkan u bawa semula kucing tersebut ke hospital vet berdekatan ye.

      Delete
  49. Salam,maaf kucing sya baru2 ni dikejar anjing dikawasan perumahan sya. Lepas dari tu dia xaktif dn sya da bawa ke vet doc ckp cuma kekejagan otot. Tp esoknya kucing sya terus collapse xblh bagun,xmkn dn mnum. Sya ke vet lain dn diberikan cucuk 2 kali tp malam td lain pula jd air liur banyak dn penafasan laju. Adakah ini dsebabkan kekejagan otot? Utk makluman masa diambil suhu kucing sya dmam tgi suhu 40 keatas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, kucing u tidak mengalami sebarang kecederaan luaran? Jika tidak ada berkemungkinan juga dia ada kecederaan dalaman akibat terjatuh etc sewaktu dikejar,yang menyebabkan dia jadi tidak aktif serta collapse. Sewaktu dikejar memang akan berlaku kekejangan otot dan ini boleh menyebabkan demam akibat dehidrasi. Saya nasihatkan u bawa dia semula ke vet untuk rawatan segera ye.

      Delete
  50. Kucing saya kemalangan tetapi masih hidup selama 3hari kemalangan Dan dia asyik muntahkan buih putih je Dan makan terus muntah putih. ..apa yg perlu saya lakukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucing u boleh bangun dan kencing serta buang air macam biasa? Jika boleh berkemungkinan dia mengalami gegaran di dalam kepalanya yang menyebabkan dia muntah buih, teruskan memberikan makanan yang lembut dan air sedikit2 supaya dia cukup tenaga. Jika dia masih tidak boleh makan seeloknya bawa ke vet.

      Delete
    2. saya sudah bagi dia makan sedikit demi sedikit. ..boleh saya tahu sehingga bila saya perlu lakukan

      Delete
    3. Sehingga kucing u dapat makan dgn sendiri tanpa muntah..insyaAllah dia akan boleh mkn tanpa dibantu

      Delete
  51. salam.. kucing sy berusia 4thun keatas..bru keluar dari wad 7 hari lepas... die di tahan selama 6 hari setelah disahkan FLUTD... doc ade bekalkan ubat2an.. disamping itu juga sy ade berikan jus lobak putih seperti disarankan doc pencen vet...kucing sy xde msalah utk makan dan mnum... lepas blik wad die kencing ckit2 tp kerap... tp td die kencing dgn byk dan ade campuran seperti habuk dan darah... adakah normal??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, ubat2an dan jus lobak putih bergungsi utk memecahkan batu karang dlm saluran kencing dan ianya akan keluar sebagai kencing yg seperti berpasir bercampur darah. Ia adalah normal dan perkembangan yg baik, dan teruskan pengambilan ubat hingga habis serta banyakkan air kosong utk kucing anda minum.

      Delete
  52. Salam,saya nak tanye..sy first time jaga kucing.knape kucing saya,lepas saja kencing akan ada titis air kencing kat kawasan luar litter box sikit2 ..lepastu area kawasan kncing dia basah..dia kerap jugak jilat kawasan area tempat kluar air kencing tu..saya kene kerap mop lantai rumah sebap titisan kencing ..sehari dia kencing dalam 2 atau 3 kali..kadang2 banyak dan tidak terlalu sikit..dia bermain jugak..makn kibbles jenama biasa shja dan ikan rebus setiap hari..before ni, dia pernah kencing kluar darah sikit..lepastu saya bagi dia makn ikan rebus beserta campuran lobak putih..lepas tu dah tiada berdarah lagi..kene tukar makanan jenama ape?multivit ape?ada rawatan pencegahan awal tak untuk saya hindari pekara2 ini yang tak memerlukan kos terlalu tinngi..kalau pergi vet, sekitar berapa yer?saya kesian tengok kucing saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, saya tak pasti berapa umur kucing anda tapi dari tanda2 yang ditunjukkan iaitu incontinence (kencing tak habis) dan kencing berdarah, dia berkemungkinan menghadapi masalah batu karang. Batu karang pada kucing paling kerap berlaku pada kucing2 yang kita berikan makanan kucing biasa dan kurang air bersih. Seeloknya u bawa dia ke vet untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan seperti antibiotik dsbnya tetapi agak mahal juga bergantung kepada bentuk rawatan. Cara lain yang boleh dilakukan ialah menukar makanannya kepada jenis yang lebih sesuai seperti sciencediet khas utk kucing dgn masalah kencing, dan juga wetfood.Boleh juga menggunakan lobak putih sebagai jus.

      Delete
    2. Kucing saya kucing jantan lebih kurang dalam 9 bulan.sukatan jus lobak putih tu macam manne yer?berapa banyak saya perlu bagi?1ml?2ml?..2x sehari kah?saya akan cuba bawak pergi vet dan bagi jus lobak putih pula slepas ni..

      Delete
    3. alhamdulillah.. kucing sy warna kencing da blik normal.. cume masih lg kerap kencing... bib muse anggaran utk rawatan batu karang kalau ke vet kerajaan dlm rm100 ke atas.. tp klau swasta dlm 300-rm500..sy kene rm500 sbb kcing sy kene tahan wad.. utk jus lobak putih di blender ckit dgn air.. bg kucing mnum dlam 2ml je kalau kucing kecik.. utk dewasa mcm kucig sy2 bg 5ml... sekadar berkongsi...=)

      Delete
    4. Alhamdulillah..tq atas perkongsian ayu. Harga rawatan yg ayu sebutkan tu ialah rawatan consevative dgn ubat n air n urine tube, tapi boleh meningkat ke rm 2k + jika perlukan pembedahan. Seeloknya bawa awal ke vet utk mengelakkan rawatan pembedahan jika rawatan konservatif gagal

      Delete
    5. Assalammualaikum, isnin lepas saya bawa kucing saya ke vet sebab dia sukar nak kencing, doc berikan suntikan dan ubat tetapi keesokkan saya nampak dia lesu saya bawa terus ke vet semula. Dia kena warded dr hari selasa sampai ke sabtu. Tetapi start tadi lepas makan ubat dia start kencing berdarah, adakah itu disebabkan oleh ubat? makan minum dia normal, tahap aktif pun seperti biasa. Saya cuba call vet tp x dapat mungkin sebab terlalu bz. Adakah saya perlu hentikan ubat? Ataupun perlu bawa semula ke klinik? Maaf jika soklan saya terlalu banyak, ini kali pertama kucing saya mengidap FLUTD, umur dia 1 tahun 4 bln. Buat masa sekarang agak susah saya nak amik cuti untuk bawa ke vet dan vet berkenaan hanya bukak sampai pukul 6pm.

      Delete
    6. Salam, jika dilihat dari tanda2 yang ditunjukkan berkemungkinan batu karangnya pecah dan keluar bersama urine, dan ini memang akan menyebabkan kencingnya berdarah. Jika kucing u aktif, boleh makan dan minum seperti biasa biarkan sahaja dan jangan berhentikan ubat yang diberi, serta pastikan bekalan airnya mencukupi. Tetapi jika dia mengalami kesakitan, demam dan tidak aktif, anda amat perlu membawanya ke vet asap

      Delete
  53. Salam. Semalam kucing saya baru sahaja di bedah kerana batu karang. Pagi td keadaan dia semakin sihat dan dia dah boleh berjln. Tapi smp waktu tgh hari tiba2 di menjadi sangat lemah, x nak mkn dan minum dan x nak bergerak. Saya hanya memaksanya minum air. Adakah dia akan mati jika berterusan begitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, selepas pembedahan biasanya kucing perlu berehat beberapa hari di hospital sehingga dia boleh kencing tanpa darah lagi..kucing u mungkin mengalami demam akibat pembedahan dan penting utk u bawa semula ke vet dgn kadar segera ye

      Delete
  54. salam.dr saya nak tanya pendapat.kucing saya baru lepas beranak lam sebln lepas.pagi tadi kucing saya kencing berdarah.ada kait ngan batu karang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..kebiasaannya selepas beranak sebulan kucing akan kembali seperti biasa. Jika dia kencing berdarah kemungkinan yg paling hampir ialah jangkitan kuman pada salur kencing atau dan batu karang. Perlu segera bawa dia utk rawatan ye

      Delete
  55. Salam, sya terjumpa anak kucing yang sya saspek patah tulang belakang sebab dia berjalan hanya menggunakan kedua2 tangan hadapan. Anak kucing ini akan mengheret kaki belakang apabila berjalan. Apabila diberikan air, dia hanya minum sedikit tapi tidak mahu makan. Sya perasan perut anak kucing ni kembung dan tidak boleh kencing dan berak. Ada tak ubat nak bagi dia berak dan kencing? Sya yakin anak kucing ni boleh sembuh jika boleh berak dan kencing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, jika mengikut description u saya rasa kucing tersebut mengalami kecederaan tulang belakang yg menyebabkan kelumpuhan pada anggota kaki belakang. Berkemungkinan juga kecederaan sarafnya melibatkan saraf yg mengawal usus dan pundi kencing utk buang najis dan kencing. Tidak boleh kencing merupakan satu kecemasan yg perlu dibantu segera, jadi saya nasihatkan bawa ke vet kerana masalah lumpuh itu mungkin kekal dan membahayakan.

      Delete
  56. Salam .. saya nak tanya .. kucing saya tadi tiba2 kencing berdarah di merata tempat .. what should i do n kalo nak prg vet pun memang tak dapat sbb close .. kalo esok saya bawa dia jumpa vet,adakah ianya akan memudaratkan kesihatan kucing saya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..buat sementara boleh berikan kucing u air bersih dan boleh cuba berikan dia tablet papase yg boleh dibeli di farmasi sementara nk dibawa ke vet. By esok mesti dapatkan rawatan segera ye

      Delete
    2. Kalau nak bagi dia mandi boleh tak ? Sebab badan dia kotor disebabkan kencing berdarah .. so far,dia dah tak kencing berdarah lagi tapi air kencing dia kuning and pagi tadi saya terjumpa cacing kat tempat dia kencing semalam ..

      Delete
    3. Boleh mandikan dia, make sure dia terus minum air bersih dan seeloknya u cuba tukarkan dietnya kepada mknan premium seperti science diet utk mengelakkan masalah kencing berdarah semula. Dan utk cacing tu kebiasaannya tidak keluar dlm urine, walau bagaimanapun adalah lebih selamat utk u berikan dia ubat cacing ye

      Delete
    4. Ubat cacing nie kalau kat pet shop biasanya ada jual tak ?

      Delete
  57. Kebanyakan petshop pun ada..ada yg in drop n ada yg tablet

    ReplyDelete
  58. Salam..saya nak tanya...kucing saya yang baru 3 bulan lebih ni..
    Sebelum ni elok je aktif bermain...but then,harini masa mak saya nak keluarkan dia dari sangkar...dia tetiba jalan terhuyung hayang..suara pon jadi lain....apa yang terjadi pada dia? dan ada apa apa ke yg saya boleh buat selain bawa pergi klinik? Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, maaf lambat saya menjawab. Kucing u ada bermain diluar rumah ke ataupun sangkar diluar rumah? Jika dia jenis indoor agak pelik utk tiba2 jatuh sakit, kecuali jika dia jenis kucing outdoor yg bebas keluar masuk dan hanya disimpan dlm sangkar utk tidur. Ada dua kemungkinan, dia mungkin dijangkiti virus atau mungkin juga ada kecederaan sewaktu bermain atau digigit haiwan liar seperti ular, lipan etc. Jika dpt bawa segera ke vet, jika tak make sure dia berehat didalam rumah dan berikan mknan soft diet serta air dan perhatikan keadaannya ye..

      Delete
    2. Kucing saya memang selalu main diluar rumah..dan semalam juga saya baru perasan ada cacing keluar ketika dia buang air besar dan juga cirit birit... Dia masih lagi jalan terhuyung hayang dan kadang kadang terjatuh

      Delete
  59. Infestasi cacing tidak akan menyebabkan keadaannya seteruk itu, tapi boleh berikan dia ubat cacing yg boleh dibeli di petshop. Saya jangkakan dia juga mengalami demam yg menyebabkan keadaan lemah tersebut. U boleh cuba dptkan ubat demam dan cirit dari kedai petshop

    ReplyDelete
  60. As salam...sy nk tnya d bhagian prut kcing sy sblh kiri trdpat bbola..mcm bengkak pn ada..kcing sy jnis x kuat mkn n mkn ckit...sy rsa d sbbgkn prutnya..adakah dia ktumbuhan...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..jika ketulan tu dibhgn kiri..mungkin dia dibawah kulit atau didalam abdomen. Jika ketulan tu boleh digerakkan dan terasing dari kulit ianya mungkin bengkakan dlm usus atau najisnya yg tersumbat. Jika ianya melekat pada kulit mungkin dari kelenjar atau lymph nodes dan itu ialah jangkitan. Saya rasa lebih baik bawa ke vet utk kepastian dan rawatan yg betul ye

      Delete
  61. As slm...bagaimana,rawatan jika kucing patah pinggul....apa yg sy dengar kos sgt tinggi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..patah pinggul mmg kecederaan agak serius, kucing mungkin mati jika kecederaan teruk dan berlaku pendarahan organ dlm, atau dia boleh lumpuh serta hilang kawalan bladder dan usus. Kos surgery mmg tinggi, kos utk rawatan tanpa surgery juga tinggi tapi kita x ada byk pilihan utk menyelamatkan kucing kita

      Delete
  62. Assalamualaikum Dr..kucing jantan saya mengalami pendarahan dalaman dlm pundi kencing...tak pasti puncanye...Dr Vet dh flush keluar darah...tiada crystal. ..slps 2 hari dan masih lgi admit...Dr ckp kucing saya nmpk mcm dah sihat...tpi...masalahnya...air kencing keluar tidak terkawal...boleh kah saya tahu..kenapa berlaku keadaan seperti ini? Adakah ianya akan kekal berlarutan? Apakah cadangan Dr untuk atasi masalah ini? Terima kasih atas bantuan Dr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, boleh saya tau jika kucing u terlibat dgn kemalangan atau jatuh sebelum berlaku pendarahan dalaman tersebut? Ini kerana jika kucing tersebut tak mampu mengawal pundi kencingnya mungkin ada saraf yang terlibat. Jika tidak dikenal pasti dikhuatiri ianya akan kekal begitu. Saya nasihatkan cuba lakukan pemeriksaan menyeluruh utk ligat punca ketidakbolehan kucing u mengawal pundi kencingnya

      Delete
  63. Assalamualaikum

    Dr...kucing jantan saya disahkan flutd. Saya sudah membawa ke vet and doc flushing. Masalahnya sekarang untuk hari 1 hingga 3 ada urine campur darah dan masuk hari yang ke 4 darah berkurangan. Dia kerap terkencing dan sometimes luar dari litter box. Hari ni masuk hari ke 5 tp dia takde selera makan. I have to force feed makanan khas (a/d can food). And at the same time saya bagi juga minum jus lobak. Is that anything serious on him or i should just wait until ubat antibiotic habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Melalui pengalaman saya sendiri, kebiasaannya jika kucing disahkan menghidapi FLUTD kebanyakkan vet akan memilih untuk memasukkan kucing ke dalam ward untuk diberikan drip dan observe kencingnya..kerana kencing yang tak lawas boleh menyebabkan kucing mengalami masalah dengan buah pinggangnya kemudian. Apabila kucing sudah kelihatan sihat dan boleh kencing dengan elok serta boleh tolerate makan dan minum barulah kita akan discaj patient dan offkan drip. Teruskan dengan memaksanya makan dan minum air kosong serta boleh juga air lobak putih, tetapi yang lebih utama ialah air bersih. Jika keadaannya tidak banyak berubah saya nasihatkan bawa ke vet untuk rawatan lanjutan. Ada ketikanya apabila kucing tidak response dengan rawatan conservative vet akan nasihatkan untuk dilakukan pembedahan kecil.

      Delete
  64. Assalamualaikum...umur kucing saya 3 bulan.dia baru baik cirit birit tp air kencing dia keruh..warna coklat.adakah die ada sakit batu karang atau kne infection sbb cirit birit tu??lpastu die dah tak aktif n makan pun sikit jee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..pada umur 3 bulan terlalu awal utk kena FLUTD atau batu karang. Cuma dia mungkin mengalami dehidrasi akibat cirit birit, cuba puasakan sementara dan hanya berikan air kosong sebelum memberinya mknan seperti biasa.

      Delete
  65. Asalamualikum..saya mempunyi sekor kucing yang baru habis di oprate kerana mempunyi kanser rahim,tetapi selepas 3 hari pembedahan.kaki kucing tersebut mulai lumpuh.dari satu kaki selepas itu hingga ke empat-empat kaki lumpuh.sehingga hari ini kami masih kebinggungan apakah cara rawatan yang sepatutnya di beri kepada kucing tersebut..sedih melihat kucing kesayangan hanya mampu berak dan kencing berbaring😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..saya tumpang sedih dgn keadaan kucing u..agak jarang berlaku kanser rahim tapi she's among the unlucky one.. Mmg agak sukar utk menjangkakan kesan dari kanser dan pembedahan tersebut kerana ada kemungkinan kelumpuhan disebabkan oleh secondary metastasis dari kanser itu sendiri yg terkena pd spine kucing. Tak banyak yg kita boleh lakukan kecuali tender loving care, menjaga kebersihannya dgn memakaikan pampers, dan melakukan gerakan berulang pada keempat2 kaki ie fisioterapi, agar otot2nya tidak mengecut.

      Delete
  66. salam Dr, kucing sy ada simptom-simptom FLUTD spt yg Dr katakan tu, dia kencing berdarah, kerap kencing di luar litter box, kurang makan dan kerap minum air. sy da da bawa ke vet dan vet da bg 4 jenis ubat iaitu antibiotik, antiradang, kidney supply n satu lg xingt. vet juga maklumkan keadaan kucing sy tak teruk sgt...hari ni hari ke 4 kucing sy on drug tp simptom tu still ada cumanya kuantiti darah dlm air kencing tu da kurang sikit. perlu ke sy bawa ke vet semula atau habiskan ubat dulu? biasanya keadaan kucing akan ok selepas berapa hari ye? thanks Dr.

    ReplyDelete
  67. Salam..simptoms yg ditunjukkan mmg simptoms FLUTD. Buat masa sekarang habiskan ubat2 yg diberikan kerana ianya mengambil masa utk sembuh..tetapi sepatutnya ia dah berkurangan. Selepas habis antibiotic dan jika keadaaanya sama barulah bawa semula berjumpa vet ye

    ReplyDelete
  68. Assalam doc,,tumpg tnya telur kucing jantan sy membengkak besar, tegang,dan keras sebelah kiri saja n sebelah kanannya normal,,knapa ya?? Kucing ni jnis persian indoor..stiap kli kencing dya akn kluarkan suara seperti teramat sakit,,n bila tersentuh telornya tu dya mrh..sy dh bwa ke 2 vet tp kdua2 doc beri bekalan antibiotic n surut bengkak,n msa di vet pn doc cucuk antibiotik n surut bengkak tp still kdaan tu sama bengkak pd telur kucing ni makin besar n tegang smpaikan duduk n nk tdo pn nmpk sgt xslesa..apa pnyebab dya doc,n apa yg bleh sy buat utk kesembuhan kucing ni...ksian tgk kcing sy dgn kdaan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, dari simptom yg ditunjukkan kucing u menghidapi epididymitis atau orchitis ie jangkitan kuman pada testisnya. Jarang berlaku tetapi boleh, terutama jika kucing tersebut ada luka pada scrotum ie telurnya. Ada juga puncanya dari jangkitan virus atau bakteria atau tumor. Dlm kebanyakkan kes ianya lebih kepada bakteria, dan rawatan antibiotik perlu diberikan selama 3 minggu. Jika tidak berkurang ada baiknya utk terus membuang testis kucing tersebut samada sebelah jika anda masih ingin membiakkan baka, atau mandulkan terus.

      Delete
    2. Adakah jangkitan bakteria tersebut berkemungkinan dari kesan "flutd" beberapa miggu sblm ni?? Kerana shari sblm pembengkakan tu berlaku kucing ni kencing keluarkan darah cair..skiranya antibiotics diberi berterusan slama 3 mggu,,ada potensi sembuh @ x doc? Thanks for the info..

      Delete
    3. Boleh juga disebabkan oleh flutd. Jika bengkakan itu akibat jangkitan bakteria, ia sepatutnya boleh sembuh. Jika bengkakan itu berpunca dari yg lain seperti tumor etc, perlu dilakukan pemeriksaan rapi lagi

      Delete
  69. Salam doc. Kucing sy bru lps buat catheter disebabkn mslh xboleh kencing smlm dan baru discharge dr vet ptg td. Tapi lps ambil dr vet kucing sy masih tidak sedarkan diri dan cuma bangun skjp2 dan lps tu tido semula. Vet ckp efek ubat bius yg msih belum hilang. Pkul 1130 pm td nafasnya tercungap2 dan baru pkul 12.03 am td dia menghembuskan nafasnya. Sy bru selesai kebumikannya td doc. Sbb apa jd mcm tu ye doc.. Adakah sbb jangkitan kuman.. Td sblm discharge sy nmpk keadaannya xberapa elok dan sy tnya vet dia ckp tu perkara biasa lps buat catheter. Semua ubat yg vet bg dan juga mknn RC utk Flutd infection masih tak terusik. Sy sbnrnye sgt sedih dan terkilan tp sy terima takdir kucing sy dah mati. sorry lah sbb buat luahan perasaan kat sini ye. Tp yg membuatkan sy nk post kat sini sbb ms sy tgh bc blog doc ni dia menghembuskan nafasnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..kebiasaannya selepas dipasangkan catheter kucing akan masih dirawat di klinik utk memastikan keadaannya pulih sepenuhnya sebelum dibawa pulang. Agak tidak appropriate utk membenarkan kucing u balik dlm keadaan dia masih tidak sedar dan saya tak pasti kenapa ianya dilakukan begitu. Walau bagaimanapun saya assume kucing u mengalami komplikasi dari jangkitan kumannya yg menyebabkan kematian. Saya tumpang sedih ..

      Delete
  70. Assalam Dr..malam kelmarin kucing sy asyik keluar masuk toilet untuk membuang air kecil..bila sy check kucing sy tidak membuang air kecil..keesokan pagi sy dapati kucing sy kencing dalam jumlah yang sedikit dan terdapat darah ddalam air kencingnya..sy bawa kucing sy ke klinik..Dr memeriksaan kawasan perut dan kemaluan kucing sy..Dr bagi tahu bukan batu karang dan kucing sy mengalami infection di pundi kencing..Dr telah memberi beberapa jenis ubat dan semalam sy telah memberikan ubat2 tersebut..malam smlm kucing sy sudah mula kencing tetapi dlm kuantiti sedikit dan kerap..adakah kucing sy mengalami batu karang ataupun memang die terkena infection Dr..doakan die cepat sembuh ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, simptom yang ditunjukkan oleh batu karang dan jangkitan kuman tidak banyak berbeza, cuma rawatannya berbeza sedikit. Teruskan memberi ubat2 yang diberikan oleh vet dan pada masa yang sama kita boleh berikan cranberry yg didilutekan untuk membantu lawaskan kencing. Saya sendiri pernah menggunakannya untuk kucing saya yang mengalami masalah kencing berdarah dan kesakitan untuk kencing.

      Delete
    2. terima kasih tak terhingga Dr..cranberry yg di dilute boleh didapati di vets dan pets shop ke..tqvm

      Delete
    3. If tak ada boleh guna yg dijual difarmasi biasa n cairkan sebelum diberikan pada kucing u

      Delete
    4. tqvm Dr..syukur alhamdulillah kucing sy sudah semakin sembuh skarang..

      Delete
  71. Salam Dr, kucing saya dipasangkan catheter. Saya hntar ke vetarinar smlm pagi, dan petangnya disuruh bw blk dlm keadaan tidak sedar. Sekarang kucing saya masih dlm keadaan lemah..tidak mahu makan..tapi minum air..air kencingnya sentiasa mengalir melalui tiubnya..air kencingnya masih berdarah sehingga kini..adakah normal? Atau ade suspect penyakit lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..kebiasaannya kebanyakkan vet akan meletakkan kucing selepas prosedur sehari utk observation selepas diberikan pelalian. Walaubagaimanapun, selepas prosedur memang dia akan kelihatan agak lemah tapi tak jadi masalah..biarkan ubat tersebut habis dalam masa sekitar 24 jam, selepas dia segar semula bolehlah diberikan makanan dan minuman. Tentang urine dalam catheter ianya akan sentiasa ada kerana tujuan pemasangan catheter ialah untuk memastikan kencingnya sentiasa keluar, pada peringkat awal memang ianya akan masih berdarah..selepas beberapa hari dan selepas kucing u minum seperti biasa barulah kencingnya akan normal. Saya nasihatkan berikan antibiotik yang dibekalkan sekiranya ada sehingga habis dan pada masa yang sama pastikan dia boleh minum dengan sempurna. Satu cara lagi ialah dengan memberikannya diluted cranberry juice untuk membantu membersihkan kencing.

      Delete
  72. kucing betina saya dah 2-3 hari ada seolah2 cairan coklat kemerahan yang keluar darinya, mcm darah tp mcm bukan. kalo saya nak lapkan dia mengiao mcm sakit. kena ye, tolong bantu saya. dia makan pro diet mcm biasa je, kencing pun ok.tolong bantu saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, kucing betina farah tidak mengandung kan? Jika kucing betina yang mengandung mengeluarkan cairan coklat kemerahan dia mungkin akan melahirkan. Tapi jika dia tidak mengandung, dia mungkin mengalami jangkitan kuman yang menyebabkan genitalianya membengkak dan kelihatan sakit. Jika benar dia perlu dirawat dengan segera

      Delete
    2. terima kasih atas jawapan. saya tgk perut dia tak besar. tapi sekarang ada kucing seekor lagi, kucing besar juga yang menyusu dgn dia. heran saya. kucing saya selalunya tak suka brkawan dgn kucing lain tapi tetiba jadi penyayang pulak...

      Delete
  73. salam...kucing sy bernama diaz seekor jantan berumur 5 bulan..berat bdn dia pula hmpir 4kg..tadi sy dapati dia kencing dan ada darah di kemaluanya..adakah kucing sy mengalami obesiti dan batu karang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..utk kucing berumur 5 bulan dgn berat 4 kg mmg sudah mengalami obesiti. Kencing berdarah pula lebih menunjukkan kemungkinan batu karang atau FLUTD. Terapi yg paling perlu ditangani ialah masalah kencingnya, jadi saya sarankan bawa dia ke vet dgn kadar segera

      Delete
  74. as salam,sy perlukan nasihat..kucing jantan sy umur 5thun ..outdoor cat.. dlm 2mggu dia flu nsakit mata smpai sebelah mata kabur..skrg da xbole jalan.. sakit ape ye nape perlu sy buat...sy nak bwk pergi vet tp sy xtau yg mane sesuai... tlg bg sy advise..tq sgt 0123668967

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, saya jangkakan kucing u mengalami sakit mata bacteria conjunctivitis dan ditambah dengan flu yang berpanjangan, memang dia perlukan rawatan dari vet terutamanya antibiotik dan ubat selsema untuk kucing. Buat sementara waktu cucikan matanya dengan kain bersih dan sapukan teramycin ointment. Jika tiada vet yang berhampiran cuba dapatkan ubat selsema T.Piriton 4mg dan berikan padanya. Dia perlukan antibiotik tapi perlu diketahui berat badan kucing u untuk dosage yang betul.

      Delete
  75. Salam Dr, kucing saya (jantan) sekarang kerap ke litter box untuk kencing, dan bila kencing kadang2 dia mengambil masa yg panjang, tapi keluar jugak air kencing dlam tompokan kecil. Tiada darah, makan minum n masih aktif macam biasa. Saya nak tanya, adakah ini simptom2 awal utk kucing kena batu karang/FLUTD? Perlu tak untuk dibawa ke vet? Kucing saya kucing indoor n makan dry food jenama equilibrio, seminggu sekali diberi wet food.

    ReplyDelete
    Replies
    1. *makan dan minum ok masih macam biasa.

      Delete
    2. Salam, tanda2 yang ditunjukkan lebih kepada FLUTD. Seeloknya dibawa ke vet untuk rawatan awal, tetapi jika u ingin cuba merawat dirumah, pastikan kucing u banyak minum air bersih dan boleh cuba diberikan cranberry juice yang dicairkan menggunakan syringe. Jika tiada perubahan lebih baik bawa ke vet ye.

      Delete
  76. Salam Doc. Kucing sy harini ulang alik ke litter box tapi takda setitik pun air kencing yg keluar. Dia boleh berak. Cuma takboleh kencing. Smlm still okay. Sy start sedar pagi ni. Harini klinik tutup sebab public holiday. Selain sy cuba air lobak putih, ada apa2 lagi sy boleh tlg dia smpai klinik bukak esok pagi? Tkasih doc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, dari tanda2 yang ditunjukkan kucing u memang mengalami masalah samaada jangkitan atau batu karang. Kaedah terawal yang u boleh cuba buat selain dari lobak putih ialah dengan memberikan dia minum cranbery juice yang dicairkan menggunakan syringe berulangkali.

      Delete
    2. Tkasih doc. Alhamdulillah tadi kebetulan ada klinik yg bukak. Sy dah bawak pegi and doc tu picit/tekan pundi kencing dia smpai keluar air kencing dia. Lega hati. Tkasihh again doc.

      Delete
  77. Salam.. kucing saya sakit.. sebelum nie dia ada masalah sukar berak and kencing.. dan saya pun bawak terus pergi ke klink vet dan diaorang dah bagi enemma dan 3 hari selepas tu.. diaorang buat secara manual iaitu korek.. and kucing saya diadmitkan di hosptl vet.. kemudian selama 6 hari..dan bila saya bawak balik badan dia lemah sangat saya ingat dia mabok sebab kena bius.. dan dalam masa 2 hari dia still x makan x minum .. dan saya terus bawak ke hosptl vet 24hours.. dan mereka membuat ujian blood test pada kucing saya bahawa ada kencing manis dan kerosakkan buah pinggang... ada x cara lain untuk dia pulih ? Ada tak ubat dia untuk pulih kan kucing saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, kencing manis atau diabetes pada kucing memang boleh berlaku walaupun kurang kebarangkaliannya dlm 2% populasi kucing. Bila telah didiagnose sebagai diabetes, yang paling penting untuk kita buat ialah mengubah diet kucing kepada wetfood yang rendah karbo, contoh yang mudah didapati ialah jenama Fancy Feast Classic. Jangan berikan dry food kerana kandungan carbo yang tinggi akan menyukarkan kita untuk mengawal kandungan gula dalam darahnya. Ada ubat untu mengawal kandungan gulanya yang akan dimulakan oleh vet iaitu insulin. Vet akan mengaturkan jumlah insulin yang perlu disuntik dan jangan mengubah sendiri jumlah insulin tersebut ye kerana ia boleh memudaratkan kucing.

      Delete
  78. Hai kucing saye sedang dirawat di klinik masuk hari ke 5 sebab batu karang & masih tak boleh discharge. Tube dah dikeluarkan & harini pulak dr bagitahu dia tak boleh bjalan, kaki depan dia nampak kaku macam ade masalah saraf. Dia jugak masih taknak makan. What should i do ya? Risau tengok keadaan dia tadi kat klinik. Dia nampak macam murung since stay kat klinik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, kucing u dah boleh kencing atau belum? Jika dia masih tak boleh kencing akibat batu karang mungkin dia perlu melalui pembedahan bagi mengeluarkan batu tersebut. Agak pelik apabila dia tidak boleh berdiri menggunakan kaki hadapan kerana masalah buah pinggang akan melibatkan kaki belakang lebih. Berkemungkinan dia memang mengalami masalah berkaitan tulang belakang yang menyebabkan dia sukar untuk kencing dan pada masa yang sama mengalami kelumpuhan. Minta penerangan dari doktor yang merawat apa diagnosis yang vet fikirkan berkaitan masalah kucing u ye, jika perlu minta lakukan pemeriksaan rapi di hospital vet kerajaan.

      Delete
  79. hye..sye nk tnye kalau kucing tu tibe2 take nak makan..pastu badannye mengigil pastu jalan terhuyung hayang...mcm mana nk but ye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai @Qeyyla Keyla..
      Jika dilihat dari tanda2nya berkemungkinan kucing u mengalami demam, yang menyebabkan dia menggigil dan keletihan.. Cuba perhatikan samada kucing u boleh kencing seperti biasa atau tidak, kerana kesukaran untuk kencing menunjukkan kemungkinan jangkitan kuman atau Flutd serta batu karang pada saluran kencing kucing, dan ini perlu dirawat oleh vet ye.

      Delete
  80. Ini adalah untuk memaklumkan kepada lelaki awam atau perempuan yang sihat dan 100% serius dalam menjual buah pinggangnya perlu segera menghubungi Dr. rahmat lara Hospital e-mel: mercylarahospital@gmail.com |, kerana kami mempunyai banyak pesakit yang sedang yang memerlukan pemindahan buah pinggang, yang anda cari peluang untuk menjual buah pinggang untuk wang kerana rehat kewangan ke bawah dan kami akan memberikan $ 80,000USD untuk buah pinggang beliau. dan juga kita mempunyai penawar hiv / bantuan jika anda memerlukan penawar juga hanya e-mel kami sekarang,
      EMAIL: mercylarahospital@gmail.com ..
      nombor whats app +2348077368914
      terima kasih.

    ReplyDelete
  81. Hai sy nak tny la psl kucing sy.
    Sblm ni kcg sy pnh warded sbb kencing xlawas dan kncg berdrh. 2x warded first just flush n msuk tube. Lps tu refer vet lain utk xray. ������ Dh xray mmg xde batu karang. So vet just msuk tube dan flush shj. Bw balik dan Hbskan ubat vet. Disamping itu sy bg jus lobak putih kat rmh. Xsmpi sebulan ni die still kncg ckt dan kerap kncg. Tpi ade keluar juga la kncg die tu. Tpi pgi td npk mcm ade drh plak. Sy nk cpt pergi kerja. Sy just ltk jus lobak putih tu. Mcm mn ye. Sy rse die xde btu karang tpi salur kncg die tu bengkak semula. Costly jugak kan sbb dh 2x warded minor operation. ����

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..berapa tahun usia kucing u ye? Kucing saya juga pernah mengalami masalah yg sama..seekor di warded utk 5 hari hingga boleh kencing sendiri, yg seekor saya rawat sendiri di rumah. Perkara paling utama selain ubat ialah tukarkan pemakanannya kepada yg premium dan better gunakan mknan kitten instead of his age. Jika sudah di xray n x ada batu, dia mungkin mengalami cystitis atau UTI ie jangkitan. Kucing saya saya berikan cranberry juice menggunakan syringe, antibiotic dan ubat bengkak, alhamdulillah dia pulih n mknannya saya tukar kepada kitten.

      Delete
  82. setahun. sy bg RC urinary care dan campur dgn happy cat minkas. maybe sy boleh tukar kpd mknn kiiten lps ni. n akan try bg cranberie jus tu jugak la.antibiotik n ubat bengkak dh hbs. sdg mkn petdietric UTI dri vet. tqsm

    ReplyDelete
  83. Kucing saya kucing kampung. Buang najis ok. Tapi air kencing pekat dan sekarang dah campur darah. Saya bagi makan power cat dan ikan rebus sahaja. Air dia jarang minum. Perlukan jumoa doc utk antibiotik? Atau tukar makanan bg mengatasi masalah urin? Bole doc sarankan? Science diet jenis mana? Wet food jenama apa ? T.kasih banyak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh macamana sekalipun kena pastikan dia minum air, jika tidak agak sukar utk mengurangkan risiko batu karang atau jangkitan walaupun kita tukarkan kiblesnya. Jika dia mmg tak suka minum, saya cadangkan u berikan dia wet food sepenuhnya, rebusan ikan atau can food, apa2 jenam tak jadi masalah. Utk kibles gunakan yg disediakan bagi urine care but still kena sediakan air bersih utk diminum

      Delete
  84. Hi dr..kucing ksygn kami pernah mengalami kencing berdarah & saluran kencing tersumbat/sukar kencing..rawatan yg diterimanya ialah pemasangan tiub catheter /flush & ubat anti inflamatory/antibiotik serta ubat utk melancarkn kencing,
    Sekarang berat kucing kami ialah 4.1kg, agak kurus bagi kami kerana tulang pinggangnya kelihatan dgn jelas dan perut yg agak kempis..berat sebelumnya ialah kira² 5kg..anggaran umur ialah setahun lima bulan...kami hanya memberikn mknn royal canin 52g sehari memandangkn kolar dan tiub baru sahaja dibuka pada 21hb march 2017 dan kucing kami masih makan ubat...apa yg meyedihkn ialah makann 52g tu seakan² tak mencukupi..kami bercadang utk memberikannya makann lain..tapi bimbang akan membahayakn..apakah mknn lain/mknn tambahan yg boleh diberikn selain royal canin utk mengenyangknnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Tiandy, maaf saya lewat membalas soalan. Ubat2an yang diberikan perlu dihabiskan seperti jadual ye. Tentang penjagaan makanan, boleh berikan kibbles yg untuk urinary care dan juga wetfood sebagai tambahan kerana jika 52g saja sehari ianya pasti tidak mencukupi dan kucing akan lambat sembuh. Banyakkan wetfood berbanding dengan kibles ye buat sementara waktu. Boleh juga diberikan supplement multivitamin bagi menambah seleranya.

      Delete
  85. kucing sy mngalami kencing brdarah dan kurg selera mkn dan muntah yg agak cair.masalahnya klinik vet tutup pda hri mnggu..apa yg patut sy lakukan utk kucing sy mampu brtahan sbelum bwak ke vet.keadaan dia lemah sgt.sy sedih dan risau sbb x mampu nk bg rawatan yg segera.apa mknan yg sesuai untuk kucing yg x sihat.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, maaf terlewat menjawab..
      Saya harap u dah sempat membawanya ke vet kerana kencing berdarah pada kucing boleh menyebabkan dia kesakitan dan demam yg mengurangkan selera mkn nya..jika belum buat sementara waktu berikan dia air yg bersih dan banyak, atau boleh cuba berikan cranberi jus yg dicairkan ye utk melawaskan kencing, serta berikan makanan yg jenis wetfood atau direbus

      Delete
  86. Hai Dr.
    Saya nak tanya tentang keadaan kucing saya. Dia kena langgar kereta dan mcm patah tulang blkg. Dah bawak pergi klinik haiwan dan Dr tu ckap dia lumpuh kaki blkg. Dia xboleh nak kawal kencing dan berak dia. Masa hari pertama lepas di excident tu, air kencing selalu keluar. Dr klinik tu cakap dia xmmpu nak kawal pembuangan air dia jadi saya yg kena tlg dia buang air dan berak. Alhamdulillah, lepas balik klinik tu saya salu tlg pcit bdan dia nk tlg dia kencing seperti yg Dr klinik tu ajar. Tapi yg masalahnya sekarang, dia x berak lagi. Harini dah masuk hari ke2 dia xberak. Dia dah x kencing merata, sebab dia macam faham bila saya angkat dia untuk tlg dia kencing baru dia kencing masa tu. Tapi saya picit gk nak sruh dia berak, tapi sampai ke sudah tak berak. Risau jugak sebab dia nak makan tapi x berak pun. Psal kaki dia tu dia dpat gerakkan cuma tak mampu nak brdiri dengan kaki blkg tu. Dr klinik tu sruh bgi makan ubat dan tengok ada perubahan tak dlm masa seminggu ni. Kalau takda perubahan gak dlm masa seminggu ni, memang dia akan lumpuh seumur hidup dia. Betul ke Dr? X sanggup lak rasa tengok dia jln seret kaki blkg dia cm2. Dia dah lar sebelum ni kucing yang aktif. Sekarang pun dia salu nak bergerak tapi dia bergerak dengan kaki seret camtu lah. Saya tiap² hari gak buat fisioterapi pada kaki dia. Ad kemungkinan tak kucing saya ni boleh jalan mcm biasa balik? Dan apa patot saya buat utk bagi kucing saya berak? Skrg saya hanya bagi mkan ayam goreng dan ikan goreng sbb dia nak je makan mkanan tu. Ke perlu saya tukar mkanan utk bagi najis dia cair dan senang utk dia berak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, kesiannya kucing u tu..memang patah tulang belakang atau spine tu akan menyebabkan dia lumpuh separuh badan, dan ia juga melibatkan kawalan pada pundi kencing dan ususnya. Jika dia mampu untuk menggerakkan kakinya walaupun tidak kuat untuk berdiri, itu menunjukkan perkembangan yang baik dan ada kemungkinan dia boleh pulih dan mampu berdiri semula walaupun ianya akan mengambil masa. Saya sarankan teruskan dgn physiotherapy untuk mengembalikan muscle power dikaki belakang. Bagi kawalan usus dan kencing memang akan mengambil masa untuk pulih, tetapi jgn berhenti memberi kucing u makan ye, perbanyakkan makanan yang basah supaya dia tidak sukar untuk membuang air besar. Boleh diberikan ikan rebus dan ayam rebus digaulkan dengan nasi ye.

      Delete
  87. selain flush boleh x buat cara lain? jus lobak tu boleh kecut kan bengkak pundi kencing tu x ? dah 3 hari dia xmakan . risau sangat dh rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jus yg sesuai ialah cranberry jus, itu dpt melancarkan kencing dan kurangkan bengkak pundi kencing.

      Delete
  88. Salam doctor
    Saya nk bertanya , kucing saya since hr ahad dia kncing tp dlm kuantitu yg sgt sikit . Then pagi isnin saya bwk pergi vet then dctr bg makan ubat utk batu karang . Balik dr vet tu dia kncing dlm kuantiti yg byk . Tapi pagi selasa trs dia x kncg sampai ptg . Then saya bwk ke vet ptg tu jgk then dctr bg injection utk pchkan batu karang tu la . Tapi bila bwk balik rumah , dia jd x aktif and selalu tersentak mcm tu . Bhgn perut dia sgt keras . Harap dktr blh bantu sbb saya syg sgt kucing saya ni . Tq dctr . Sbb skrg ni dia asyik cari tmpt yg gelap utk ddk . Adakah harapan utk dia trskan life tu msh tggi ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. kucing u bukan sekadar mengalami masalah batu karang tetapi juga acute urinary retention ie tak boleh kencing langsung. Bhgn perut yang keras tu ialah pundi kencing yang penuh dengan air kencing yang tak boleh lepas. Apa yang patut dilakukan ialah untuk vet mengeluarkan air kencing menggunakan catheter dan meberikan rawatan antibiotik serta drip sehingga kucing u boleh makan dan minum serta boleh kencing sendiri. Saya sangat berharap Syafiza tidak membiarkan kucing tersebut tanpa sebarang bantuan kerana ianya boleh membahayakan nyawa kucing tersebut.

      Delete
    2. Ouhh mcm tu , saya dah bwk ke vet dan kucing saya warded 5 hari sbb dctr nak buang air kncg yg terkumpul tu . Dan mmndgkan usia kucing saya 5 tahun , byk kmplikasi yg akn dihadapi . Kucing saya juga dah muntah muntah mlm td . Pd pndgn dctr , kucing saya msh ada harapan kan ? Saya terlalu rsau dgn keadaan kucing saya . 😭

      Delete
    3. InsyaAllah boleh..kita berusaha sebaik mungkin. Jika diikutkan usia 5 tahun bukan usia senior cat, komplikasi sepatutnya kurang dan harapan utk sembuh sentiasa ada ye

      Delete
  89. hai, kucing saya dah berapa hari kerap kencing tp sedikit, mcm tk puas kencing. tp dah bawa pergi vet. and doktor kata takde batu karang maybe infection. and dr dah inject and bg antibiotik serta ubat2 yg lain. tp masalahnya, lepas balik daripada vet, kucing saya terus jd lemah kaki belakang jadi lemah. tk boleh berdiri. adakah ini effect daripada ubat/suntikan? pls tlg. kesian saya tgk dia :( tq so much.

    ReplyDelete
  90. Saya jaga kucing dah 3 minggu selepas rawatan batu karang. Dalam 3 minggu baru 3-4 kali keluar sangkar tapi masih dalam.rumah. Kerap kencing tapi berak sket je. Luar sangkar pun dia tetap cari pasir utk kencing. Soalan saya sampai bila dia kena kurung dan makan ubat hi djau jenama himalaya.

    ReplyDelete