Friday 16 August 2013

Kucing dan pemakanan...apa yang perlu kita tau dan common mistakes kita..

Dalam diam tak diam sejak aku mula membela kucing2 semula Februari lepas, jumlah kucing2 ku semakin bertambah. Dari asalnya 5 ie Mili sekeluarga dgn anak2nya Mia, Zulu, Ringgo dan Rio..ditambah dengan Nico, Rover dan Blackie dan yang terbaru Zorro dan Oren (aku ambil dari seorang guru yang juga merupakan patientku, anaknya yang kecil menderita asthma yang teruk dan kerap keluar masuk hospital disebabkan asthma). Jadi ada 4 kucing dewasa dan 6 yang remaja hehe.. 10 semuanya.. Mili pulak baru bersalinkan 6 ekor anak2 yang comel (7 asalnya tetapi mati seekor kerana tak pandai menyusu), 3 putih, 2 mixed brown dgn hitam, dan satu oren! Kesemuanya dah berusia 3 minggu, dah pandai berjalan dan membuang air kecil dan besar di pellet! Cuma belum lagi mula makan dan minum melainkan menyusu badan..

Now aku kena banyak membaca tentang pemakanan kucing yang perlu aku tau..rumit juga sebenarnya menjaga kucing2 ni. Teringat zaman di kampung dulu..mungkin kucing yang dibela pun kucing kampung yang lasak dan makan apa yang kita makan..mudah kan? 

APA PERKARA YANG KITA PERLU TAU TENTANG PEMAKANAN KUCING?

Kucing merupakan haiwan karnivor @ pemaging..itu kita perlu ingat. Kucing tak sama dgn manusia maupun anjing, bila ianya berkaitan dgn pemakanan, sistem penghadaman kucing amat tidak flexible dan berbeza dgn manusia, kucing perlukan banyak daging bagi sumber protin dan lemak...emmm jika manusia memakan makanan seperti yang diperlukan oleh kucing, kita pasti dah kena serangan sakit jantung at the age of 20!

Berbeza dengan anjing yang boleh memakan apa saja dan masih kekal sihat, sistem penghadaman kucing tidak boleh memproses karbohidrat. Kucing2 akan mengalami masalah obesiti melampau jika memakan karbohidrat berlebihan. 

Pleasing your cat's palate... maksudnya makanan yang kita pilih mestilah disukai oleh kucing kita. Perkara penting yang kita perlu perhatikan dalam memilih makanan ialah ianya hendaklah memenuhi kriteria pemakanan mengikut piawaian standard, samada AAFCO atau mengikut piawaian tempatan. Ini kerana sekurang2nya makanan yang kita pilih itu memenuhi keperluan minima yang sihat untuk kucing. Sekiranya makanan tu kucing kita tak suka, maka kita kena cari apa yang mereka suka, kerana kucing2 ni biasanya tak akan makan jika mereka tidak menggemari makanan yang diberi..mereka sanggup menahan lapar dari makan dan ini mungkin memudaratkan jika dibiar berlarutan.

Satu lagi..jika kita ingin menukar jenis makanan sedia ada ke jenis yang baru, kita perlu memberikannya sedikit demi sedikit selama beberapa hari, untuk mengelakkan kucing menolak makanan baru dan untuk mengurangkan kebarangkalian stomach upset pada kucing..

Berapa banyak perlu kucing kita makan? Soalan yang agak payah untuk kita tentukan sebenarnya..bergantung pada jenis kucing yang kita bela. Kucing yang bebas outdoor mungkin perlukan makanan yang lebih banyak kerana mereka aktif bergerak berbanding dgn kucing indoor yang banyak berehat dan memanjakan diri. Secara ideal kita boleh bawa kucing kita untuk ditimbang berat dan ditentukan jumlah kalori sebenar yang mereka perlukan bergantung pada berat, tapi mungkin agak sukar kalau kita ada banyak kucing..

Secara mudah...untuk kitten kita boleh bagi 25g setiap feeding 3-4 kali sehari..untuk kucing dewasa 25g setiap feeding untuk 2 kali sehari. 


APA KESILAPAN YANG KERAP KITA LAKUKAN DALAM MEMBERI KUCING2 MAKAN?

Kadang2 kita hanya sedar apa yang kita berikan pada kucing itu tidak betul apabila kucing kita jatuh sakit...sedih kan?

Kesalahan 1: Terlalu banyak makanan.

Obesiti merupakan penyakit berkaitan pemakanan yang paling kerap berlaku. Kita suka kucing kita comel dan gemuk tetapi obesiti akan menyebabkan banyak masalah kepada kucing kita dikemudian hari termasuk diabetis, athritis dan penyakit berkaitan sistem urin seperti batu karang.. 

Sedar atau tidak kita kerap terlebih memberi makanan kepada kucing2 kita kerana kita sayangkan mereka dan ingin membuat mereka gembira..secara tak langsung kita menggemukkan mereka kerana keperluan kucing indoor sebenarnya kurang dari kucing outdoor..ini semua berkaitan dengan nature mereka yang kurang aktif dan lebih banyak berehat. 





Kesalahan 2: Makan hanya makanan kering @ "dry food".

Deria dahaga bagi kucing amat kurang berbanding dengan anjing, dalam ertikata lain kucing jarang rasa dahaga dan jarang mencari air jika tidak disediakan. Dan disebabkan kencing kucing juga biasanya agak pekat, dengan hanya memberi makanan dry food kita memungkinkan mereka untuk mudah menghidapi penyakit berkaitan kencing seperti batu karang dan UTI.

Kucing secara semulajadinya mendapatkan air dari makanan yang dimakan, sebagai contoh seekor tikus yang dimakan mengandungi 70% air dari keseluruhan badan, manakala makanan basah dalam tin untuk kucing mengandungi 78% air. Makanan kering hanya mengandungi 5-10% air, dan ini menjadikan makanan basah dalam tin lebih baik untuk menjaga hidrasi kucing2 kita.

Emmm nampaknya aku kena lebih kerap memberikan makanan dalam tin untuk kucing2 ku yang banyak tu. Buat masa sekarang aku memberikan makanan kering Blackwood for kitten untuk semua kucing2 sebanyak 5 hidangan sehari, pada jumlah yang kecil, lebih kurang segenggam sekali makan setiap seekor. Bekalan air bersih sentiasa ada dalam kandang, cuma bekas makanan sentiasa kami keluarkan setiap kali selesai makan...dan sekali atau dua  kali seminggu pasti aku akan berikan makanan dalam tin..sebagai hidangan gantian..


Kesalahan 3: Tidak membekalkan bekalan air bersih yang mencukupi:

Kita tau kucing amat memerlukan bekalan air yang mencukupi apatah lagi jika kita memberikannya makanan kering. Jadi bekalan air bersih perlu sentiasa ada dan mudah untuk diminum oleh kucing pada bila2 masa. Secara mudahnya, kebanyakkan bekas makanan meletakkan air dan makanan bersebelahan, tapi ianya tidak digalakkan. Mengikut pakar vet, sebaiknya bekas makanan dan bekas minuman perlu berasingan, untuk memastikan kebersihannya dan juga untuk memastikan kucing kita selesa untuk minum. Apabila kucing tidak lapar, makanan yang ada dalam bekas makanan tidak akan menarik perhatian kucing, jadi jika bekas air minuman itu bersebelahan dgn bekas makanan, berkemungkinan kucing kita tidak akan mencari air untuk diminum kerana bau makanan lebih kuat.

Emmm, macam2..dan mereka juga menggalakkan kita menggunakan metal bowl berbanding plastik, untuk menjamin kebersihan makanan dan minuman kucing2 kita. 


Kesalahan 4: Memberikan garlic sebagai ubat cacing..home remedy:

Kita mungkin pernah terlihat bendasing berwarna putih sebesar biji beras di bahagian dubur kucing, itu merupakan segmen cacing pita yang bermastautin didalam usus kecil @ intestine kucing. Sesetengah percaya cara terbaik ialah mencampurkan garlic mentah kedalam makanan kucing..home remedy untuk merawat cacing pita. 

Garlic tidak pernah dibuktikan boleh merawat masalah infestasi cacing pita pada kucing atau masalah lain termasuk jangkitan flea, malah memberikan garlic dalam jumlah yang banyak boleh menyebabkan sel2 darah kucing memecah dan mengakibatkan anemia. 

Cacing pita didalam usus kucing agak biasa berlaku, dan ianya disebabkan oleh kucing2 kita termakan flea. Walaupun tidak begitu merbahaya tetapi infestasi cacing yang teruk boleh menyebabkan kehilangan berat badan, keletihan dan juga cirit birit pada kucing, jadi jalan terbaik ialah membawa kucing untuk deworming. 

Kesalahan 5: Menjadikan kucing kita vegetarian @ Vegans:

Semua tau, kucing ialah haiwan pemaging. Keperluan utama kucing iaitu acid amino taurine hanya boleh didapati didalam daging haiwan. Menukar pemakanan kucing kepada vegans boleh menyebabkan kucing kekurangan acid amino tersebut yang membawa kepada masalah jantung kucing, kebutaan dan juga kematian.

 Myth: Cats thrive on a vegetarian diet.

Fact: Cats are obligate carnivores, designed by nature to require animal protein. In fact, human-grade, unprocessed protein and moisture (water) should make up the bulk of your kitty’s diet. Regardless of your own feelings about eating meat, please don’t compromise your cat’s health by feeding him a vegan or vegetarian diet.


Kesalahan 6: Menyebabkan kekurangan zat makanan:
Ini terjadi apabila kita menyediakan makanan sendiri untuk dimakan oleh kucing. Kucing yang bebas biasanya mendapat cukup bekalan calcium kerana mereka memakan sekali tulang2 dari mangsa keseimbangan calcium dan phosphorus secara semulajadi. Bagi kucing yang kita sediakan makanannya, kita mungkin tidak sedar kekurangan zat makanan yang berlaku dalam hidangan yang kita sediakan.

Makanan kucing yang terlalu banyak tuna dan hati atau minyak ikan (cod liver oil) boleh menyebabkan keracunan vit A yang membawa kepada sakit sendi dan tulang, tulang rapuh (brittle bones) dan kulit kering. 

Makanan kucing yang terlalu banyak ikan mentah boleh merosakkan vit B, dan ini akan menyebabkan kelemahan otot, sawan dan kerosakan otak pada kucing.

Mudahnya..kita kena bersederhana dalam menyediakan hidangan untuk kucing, mungkin kita boleh memberikan makanan yang kita sediakan sekali dua seminggu..bukan setiap waktu makan. 



Perbandingan antara canned food n dry food.....

"Dry food":
* lebih ekonomi
* lebih mudah untuk dibiarkan terbuka dibekas makanan kucing
* padat dgn tenaga ie kucing boleh makan dgn cepat untuk mendapatkan kalori diperlukan
* ada 10% jumlah kelembapan
* mempunyai lebih karbohidrat dari protin berbanding dgn wet canned food
* mungkin lebih elok sedikit berbanding wet canned food dalam mengelakkan masalah dental ie gusi dan gigi





"Wet food":
* lebih mahal
* mudah rosak dan perlu disimpan didalam peti ais bila dibuka
* lebih kurang padat dgn tenaga berbanding dry food
* ada 78% jumlah kelembapan dan ini baik untuk kucing
* lebih mempunyai banyak lemak dan protin terutamanya protin haiwan




So...rasanya kita perlu berikan kedua2 makanan sesuai dengan perbelanjaan kita yang menjaganya...tidak semestinya sentiasa canned food tapi boleh kita alternatekan antara canned food n dry food. Bagus juga jika kita dapat jadikan rutin ni sebagai rewards untuk kucing2 kita yang berkelakuan baik..in a way boleh membantu training mereka..













252 comments:

  1. Replies
    1. salam anak kucing sy berusia 5 bulan sekarang sy ada bagi supplements royal pet dan diet dia sekarang adalah royal canin gastrointestinal sebab najis dia selalu cair tp dia aktif.. sy cuba bagi rc persian kitten tapi still cirit bila bagi rc gastrointestinal x cirit.. soalannya ada yg ckp supplements royal pet tu punca kucing sy cirit n xberapa ok patut ke sy stop supplements tu so that my kitten boleh makan rc persian kitten sbb rc gastrointestinal tu hanya utk temporary bagi sembuh stomach upset shj..

      Delete
    2. salam..saya suggestkan berhentikan dahulu supplement tersebut dan cuba berikan rc kitten secara beransur2 bersama dengan rc GIt dan perhatikan najis kucing.

      Delete
  2. Salam , saya ada anak kucing dalam umur 1 bulan lebih , saya selalu bg dia makan wet food (whiskas) setiap kali bg dia makan , apakah infect kepada anak kucing saya ni , buruk atau baik utknya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, untuk anak kucing yang kecil begitu u boleh berikan dia makanan wetfood, kerana giginya tidak begitu kuat lagi. InsyaAllah tak ada masalah tetapi boleh juga dicampurkan dgn makanan kering untuk kitten yang agak lembut.

      Delete
    2. Makanan kering yang agak lembut contohnya ?

      Delete
    3. Ada jenama2 tertentu seperti science diet kibbles utk kitten agak lembut

      Delete
  3. Salam doctor, saya nak tanya, kucing saya sebelum ni berak cair(ibu dan anak kucing) dan terkadang saya dapati ada cacing yg keluar bersama (ibu kucing) ... kemudian, saya telah membawa mereka ke klinik haiwan.. dan telah diberikan bbrapa suntikan yg seharusnya ... tapi beberapa hari kemudian saya dapati ianya semakin teruk(berak semakin cair).. dan terkadang ibu kucing muntah2 cair. ada yg suggest untuk bagi ubat cacing pil sdgkan mereka telah diberikan suntikan cacing .. apa yg perlu saya buat yaaa ? ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, jika dilihat dari tanda2 kucing tu mmg berkemungkinan menghidapi masalah infestasi cacing, biasanya tiada suntikan utk cacing tetapi perlu diberikan pil atau syrup ubat cacing ye. Suntikan yg diberi oleh vet u kebiasaannya utk vaksinasi penyakit seperti FPV dan FIV, bukan vaksinasi utk cacing.
      Jika kucing2 tu berterusan muntah dan cirit, seeloknya dipuasakan dari makanan dlm 12-24 jam, hanya berikan air kosong yang bersih sahaja. Jika kucing u cirit tetapi aktif, mungkin ciritnya disebabkan alahan atau ketidaksesusian dgn jenama mknan yg diberikan. Buat sementara waktu boleh berikan nasi dan ayam rebus juga sehingga kurang ciritnya dan tukar jenama mknan yg diberi.

      Delete
  4. saya bagi kucing saya ikan rebus dan nasi boleh ke? sebab kucing saya tak nak makan makanan kucing 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, asalkan nasi tidak keras dan ikan direbus kosong ye..jika boleh gaulkan nasi dgn ikan tanpa tulangnys

      Delete
  5. Apakah cadangan diet yg sesuai utk kucing yg terkena FIP? Saya difahamkan kucing ini tidak mampu menyerap nutrients spt protein.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucing dgn FIP mengalami masalah menyerap nutrisi terutamanya protin. Dicadangkan protin yang sesuai digunakan ialah dari daging yang melebihi 34% keperluan, ie daging segar seperti daging lembu dan ayam. Protin dari ikan segar juga boleh digunakan. Kurangkan penggunaan makanan yang diprocess walaupun dilabelkan sebagai veterinar recommended. Daging segar akan membekalkan cukup nutrient arginine utk diabsorb oleh kucing dgn FIP.
      Kucing ini juga memerlukan omega 3 yang tinggi dalam makanan, yang boleh didapati dalam daging ikan segar seperti tuna, salmon dan mackerel.
      Labu juga bagus untuk kucing yang dijangkiti FIP.
      Elakkan dari memberi kucing makanan yang mengandungi alfalfa, garlic dan yeast.

      Delete
    2. Salam doktor. Kucing saya berumur dlm 1 thn dan blm pernah beranak tapi dh ada susu. Normal ke begitu. Sye perasan bila ank kucing yg sya bela menyusu dari dia.

      Delete
    3. Salam, bagi kucing yang berusia setahun mmg dia boleh ada susu sedikit apabila ada yang cuba menyusu darinya, tetapi susuan itu tidak mengenyangkan, jadi masih perlu menyusu dari ibu asalnya ye.

      Delete
  6. Salam doc. Apa pemakanan yg bagus utk kucing selain kibbles? Adakah ikan rebus bagus utk kucing? Dan adakah daging cincang mentah juga bagus utk kucing?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..utk kucing better selang selikan antara kibbles dan wetfood..ikan rebus, ayam rebus dgn nasi adalah pilihan yg baik, selain labu yg direbus hancur. Boleh berikan daging cincang mentah terutamanya jika kucing kuta menghidapi FIP

      Delete
  7. Assalamualaikum
    Saya ada membela seekor anak kucing yg ditinggalkan ibunya dan sekarang berusia 4 bulan lebih. Saya memberinya minum susu, tapi sekarang dia sudah kurang mahu meminum susu dah sentiasa menggosokkan giginya yg baru tumbuh pada botol susu. Adakah saya perlu beri dia makanan pepejal Sekarang? Dan juga bagaimana utk mengelakkan ia dari suka mencakar setiap kali kita beri dia minum susu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan anak kucing ini kurus kering tetapi aktif berjalan dah bermain, dan suka mencakar hingga terdapat pelbagai kesan luka pada mukanya kerana matanya kurang nampak. Adakah saya perlu dptkan scratcher utknya?

      Delete
    2. Salam..maaf saya lewat menjawab soalan puan saya kira..
      Pada usia 4 bulan kucing tersebut sudah sepatutnya diberikan makanan pejal atau kibles yg bersesuaian dan tak boleh terlalu bergantung lagi pada susu. Boleh diberikan biskut atau juga wetfood atau ikan rebus dgn nasi.
      Kucing secara semulajadi akan suka mencakar utk menajamkan kukunya tetapi bukan pada badannya sendiri. Kebiasaannya dia akan mencakar pada perabut seperti kerusi atau tiang atau apa saja, utk mengelakkan peranut kita rosak cara paling mudah ialah potongkan kukunya selalu seperti setiap dua minggu, tetapi mesti kena tau cara memotongnya ye. Atau jika tidak belikan dia scratcher..
      Saya nasihatkan boleh berikan anak kucing u ubat cacing juga..

      Delete
  8. for me, dry food is better than wet food. bole bg, tp jgn slalu. kalau diperhatikan, lepas dia mkn wet food, dia x akan minum air, yela as u said makanan basah dalam tin untuk kucing mengandungi 78% air. so i prefer dia mkn dryfood, sbb dia akan minum air. dont expect too much with wet food. for advice jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anyway, homemade is the best food for ur kid.

      Delete
    2. We should mix, not purely on one type of meal. Most importantly air kena ada sentiasa

      Delete
  9. salam.
    saya ada jaga 3 ekor kucing...saya bg mkn setiap pagi dan petang wetfood..mcm lama2 dorg ni boring..setiap kali di beri...tidak habis...klu ayam rebus tu kan protein dia baik tak untuk kucing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..cuba pelbagaikan samada wetfood alternate dgn dry food..ayam rebus atau ikan rebus digaulkan dgn nasi juga merupakan sumber protin yg baik

      Delete
  10. Salam, saya ada sekor kucing yg baru melahirkan 3 ekor anak. untk ibu tu sy pelbagaikan mknan dia kdg nasi, ayam goreng. last bg ibu mkn whiskas before ibu mengandung, sbb dia muntah jd sy stop bagi dia mkn, rupanya dia mengandung. dan skrg anak anak tu dah 2 bulan sy bg mkn yg sama ibu mkn, nasi ayam goreng kdg ikan goreng,wlaupun mereka masih lagi menyusu dan sy try bg mknan kucing (lupa jenama apa). after tuu suara anak2 kucing berubah serak serak .. macam mana nak atasi masalah suara anak2 kucing dan sy perasan suara ibu ada sedikit berubah.? adakah dari segi pemakanan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..utk anak dan ibu kucing lebih elok berikan ikan rebus dan ayam rebus dgn nasi daripada ikan goreng, sesekali boleh juga dicampurkan tak jadi masalah..sediakan air bersih yg banyak utk mereka minum supaya tekak mereka tidak akan sakit dan suara menjadi serak.

      Delete
  11. Salam.. saya baru membela scottish fold..masa mggu pertama die mcm kuat makan..masuk minggu ke2 saya tgok die mcm kurang mkn..tp kerap bykali makan..jadi pasif & selalu tidur..saya selangseli bg kibbles waktu pagi n wet food waktu ptg n malam..tp sy sentiasa prepare kibbles ada incase die kelaparan waktu malam..adakah cara pemakanan ini salah? Or patut tetapkan timing makan dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..kebiasaannya Scottish fold agak cerewet dgn makanan, kena sediakan makanan yg premier utknya. Boleh diselang selikan dgn wet food, tetapi kebanyakkan scottish fold akan lebih suka jika makanannya diberi berjadual, dlm jumlah yg banyak.

      Delete
  12. Salam doktor...kucing saya kucing biasa je..hari2 saya bg wet foodd(pro diet) campur dgn nasi lah tp kurus je diaa saya try bg dry food dia mkn tp sikit sgt lepastu meow2 minx makanan lain..jenuh jugakla hari2 nk bg wet food sbb bau hanyir...dorang pon mcm da bosan je..tp sabtu & ahad saya akn bg ikan rebus mmg selerala dia licin mkn...doktor ada apa2 suggestion x wet food or dry food jenama apa yg saya kene beli? Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. satu perkara yang u boleh lakukan ialah dengan memberikan ubat cacing sesuai dgn umur kucing u tu ye. Boleh didapati di klinik vet atau di sesetengah pet shop. Selain dari menukar jenama kibbles ke jenama yang lebih baik seperti button n bows, EQ dll, u boleh juga berikan ikan rebus atau ayam rebus dicampurkan dengan nasi.

      Delete
  13. Saya nak tanya,kucing baka dlh,low nose makanan basah ap yang bagus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara makanan yg premium seperti jenam iams atau science diet wetfood boleh diberikan pada kucing u

      Delete
  14. Assalam Dr..kucing saya berumur 1 tahun 5 bulan..sy selalu berikan kucing sy ikan rebus dan juga dry food royal canin adults..sejak kucing sy terkena urinary tract infection sy memberikan dry food jenama hill's dan mencampurkan dengan royal canin Adults..badan kucing saya juga agak gempal dan sentiasa mempunyai selera makan yang tinggi..namun sejak 5 hari yang lalu sy dapati selera makan kucing semakin kurang dan dia tidak mahu makan ikan rebus dan hanya makan dry food..kemudian sejak semalam sy dapati dia tidak menghabiskan dry foodnya..kucing sy juga aktif seperti biasa..sy juga sedang merawat penyakit earmites dengan membersihkan telinga dan menitikkn ubat didalam telinganya sejak 5 hari yang lalu..adakah kucing saya tidak mahu makan kerana telinga sakit atau dia mengalami penyakit lain..tqvm dr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..jika kucing u tak menghabiskan mknannya seperti biasa tetapi masih aktif dan ceria, berkemungkinan seleranya sedikit kurang tanpa sesustu yg serius. Tetapi jika kucing u tidak aktif dan kurang selera mkn, mungkin sakit berkaitan kencingnya berulang. Earmites jrg menyebabkan kucing kurang selera

      Delete
  15. Sejak saya bagi makan wet food yd dlm tin tu, kucing saya mengalami banyak masalah dari segi kulit, bulu, dan badan mcm kurus sikit. Sebelum tu elok shj masa mula2 bagi makan yg dry food.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dry food berbeza dgn wet food dari segi penyediaannya dan bahan yang digunakan. Ia juga berbeza dari segi campuran bahan yang digunakan dalam kedua2 jenis makanan. Jika kucing u mengalami masalah akibat dari memakan wetfood, saya nasihatkan berhentikan serta merta, dan teruskan dengan memberi dry food yang biasa digunakan tetapi pastikan bekalan airnya mencukupi dan sentiasa ada. Saya juga cadangkan untuk cuba memberikan ikan atau ayam rebus dicampurkan dengan nasi atau tanpa nasi kerana ianya lebih selamat dari wetfood.

      Delete
  16. Salam Doktor. Dengar kata..Iams sekarang ada di antaranya terdapat campuran khinzir. Betul ker? Mcm mana nak kenal yg mana ada..yg mana tdk yer? Thanx..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..kebanyakkan product iams campuran ikan dan ayam, ada juga lamb..ttg khinzir ada yg pasti pada mknan anjing, tapi utk kucing saya tak pasti. Utk mengenalinya kena baca ingredients, kalau ada tertulis sumber porcine tu maknanya ada dari khinzir

      Delete
  17. Assalamualaikum..
    Kucing saya sihat walafiat,tapi saya baru perasan hari ini, ada cacing berwarna putih di ekor dan lubang dubur nya. First time saya tengok.. sebelum2 ni memang tak pernah ada. Esok saya akan berikan dia ubat cacing cuma satu perkara aje yang saya nak tahu..cacing2 tu merbahaya ke pada manusia? Adakah dia boleh menjangkiti kita? Terima kasih ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..cacing pada kucing jarang menjangkiti manusia ye

      Delete
  18. Assalam dr..dr kucing sy mengalami masalah muntah(muntah makanan dan dia muntah sekali sehari) selama 2 hari berturut2 iaitu pada hari ahad dan isnin yang lalu..pada hari selasa sy telah membawanya ke vet dan vet mdapati kucing sy mengalami masalah gastritis dan telah membekalkan ubat gastritis dan ubat antibiotics ..setelah sy memberikan ubat tersebut namun muntah kucing sy tidak berhenti dan die mula mengalami cirit birit pula..sy telah memberitahu kepada vet dan vet meminta sy membawanye semula pada hari rabu..dan vet telah membekalkan ubat penghadaman dalam bentuk cecair jernih dan juga ubat cirit cecair putih..syukur Alhamdulillah setelah memakan ubatan tersebut muntah dan ciritnye telah berhenti..namun kucing sy mengalami masalah yg baru pula iaitu sejak dari hari khamis sy dapati die tidak mahu makan wetfood,dryfood dan ikan rebus yg selalu di makannya olehnya sedangkan sebelum itu dia mahu makan dengan berselera.. Apabila dia mahu memakan makanannya die hanya menguyah dan meludahkan makananya semula dalam bentuk cebisan kecil..die mempunyai nafsu untk makan namun setiap kali dia masukn makanan didalam mulutnya dia akan luahkan kembali makananya..sy telah membawa nya ke vet pada hari sabtu dan vet telah memeriksanya dan mendapati semuanya ok dan tiada masalah..vet meminta sy untuk blend makananya dan meyuap mengunakan syringe untuk beberapa hari...sy sangat runsing dr..sehingga kini kucing sy tidak boleh makan secara normal walapun dia ingin makan..sy sangat sedih dan tertekan dgn masalah ini dr..pada pendapat dr adakah dia sakit dan bolehkah dia kembali makan secara normal..sorry post sy telalu panjang..tqvm dr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..mungkin kucing u hilang selera makan kerana ubat2an seperti antibiotic n ubat utk berhentikan cirit..saya sarankan cuba berikan dia wetfood dari jenama avoderm yg khas utk kucing yg tidak sihat..sudukan atau syringekan ke dlm mulutnya..
      InsyaAllah kucing u boleh sembuh dan mkn seperti biasa..

      Delete
    2. Tqvm dr..terima kasih kerana sudi menjawab kpd masalah sy..sy akan cuba mencari jenama wetfood tsebut..terima kasih ye

      Delete
    3. salam. Saya nak tanya, masa kucing awak muntah muntah waktu awal tu then awak bawak ke vet kan ? kos nya mahal tak ?

      Delete
  19. Salam dr . Sy nak tny , anak2 kucing sy lebih suka mkn wetfood berbanding kibbles . Adakah baik atau tidak sekiranya sy hanya memberi mereka wetfood (campur nasi) sahaja? Sy pernah cuba bg kibbles tp mereka xnak mkn . Ada seorg kenalan sy bgtau yg wetfood x baik kalau diberi hari2 , seeloknya diganti dgn kibbles . Betul ke mcm tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. sekiranya kucing u hanya nak makan kibbles sahaja sebenarnya tidak menjadi masalah..malah ianya lebih baik dari makan kibbles sepenuhnya kerana kibbles agak kering dan boleh menyebabkan masalah batu karang atau masalah buah pinggang jika kekurangan air.
      U boleh pelbagaikan makanan yang diberikan seperti boleh berikan nasi dicampurkan dengan rebusan ikan atau ayam juga selain canned food.

      Delete
  20. Assalam.docter sy bru bela 2 ekor kucing. Seekor 2 bulan. Seekor lg 4 bulan. Sy bru blja pemakanan kucing. Tp sy tak tahu product mane yang sesuai yg bagus untuk kucing sy. Yang 2 bulan sblm ni adopt dr pet shop dan mmg makn produk fussie cat. Produk ni elok ke sbb ade pet shop lain ckp tak okay sbb bulu akan gugur. Kmudian mslh sy kucing yg 4 bulan memilih makanan sbb sy tglkn dgn kwn sminggu die bg weight food je. Makanan dry food die nk whiskas je. Tp sy nk tukar kn pd produk lain. Dan kucing sy agak memilih jgk. Cm mane sy nk pilih makanan untuk due kucing sy ni. Yg sy thu equilibrio.royal canin.blackwoor.fussie cat. Blh bg cadangandan pandangan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...pemilihan jenis makanana kucing bergantung pada baka atau breed kucing. Bagi kucing2 local tidak terlalu sukar memilih jenis makanan tetapi seeloknya diberikan makanan yang premium seperti blackwood, equilibrio, sportsman, dan beberapa jenama yang lain. Lebih baik kita berikan dry food dgn wet food sesekali. Royal canin, Iams, Science diet pula merupakan jenama yang baik tetapi agak costly, dan sesuai untuk kucing2 seperti breed Persian, Siamese, dan lain2. Jika cik tidak merasa terbeban memang lebih baik untuk memberikan jenama2 seperti ini bagi kucing2 kita tanpa mengira baka, kerana ianya agak lengkap. Nasihat saya berikan makanan yang boleh diterima oleh kucing2 dan selang selikan dengan wet food, sediakan air bersih sentiasa ye.

      Delete
  21. Slm. Saya bru adopt british shorthair, masalah kucing breeder saya ni dia hnya mkn RAW MEATS saje dia tk layan dry food langsung, dah mcm2 jenama dry food yg saya bg, dr yg murah hingga lah super premium dia still tk mahu jgk, saya cauba campur kan pun dia tk mkn langsung...mcm mana saya nk ubah pemakanan dia kpd dry food..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..agak sukar utk mengubah pemakanan kucing breed u kerana dia sudah memakannya sejak kecil. Utk permulaan cuba berikan mknan daging yg u rebus bercampur dgn raw meat..pada permulaan lebihkan portion raw meat dan slowly tambahkan portion yg direbus secara berperingkat sehingga kucing u boleh makan yg direbus sepenuhnya. Selepas itu baru cuba perlahan2 campurkan dry food. Saya harap u bolehenukar pemakanannya..

      Delete
  22. Salam...sy ada kucing ala-ala parsi bulu kembang umur lebih kurang 4 bulan. Adopt dr org lain lepas putus susu....dia ni x nak mkn dry or can food tu. Dah jenuh tukar yg branded punya...RC , EQ la...IAMS la....sume x nak. Sanggup berlapar...klau mkn pun setakat merasa jer...pas tu x nak. Dia lebis suka ikan rebus....tapi org kat pet shop tu kata x bagus bg ikan rebus. Dia kata nanti bulu kucing gugur dan tak cantik...lepas tu akan ada masalah cacing...betul ke doc?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..jika kucing u tak nak makan mknan yang lain, jgn dipaksa kerana ia akan membuat kucing u stress dan tak sihat. Boleh saja diberikan ikan rebus samada dicampur dgn nasi atau begitu saja dan ia tidak menyebabkan mudarat atau bulu gugur atau cacing. Satu lagi cara utk cuba mengubah seleranya ialah dgn memberikan mkn berselang seli antara dry food dan ikan rebus, lama2 dia akan biasa utk mkn kedua2 nya. Jika risau kurang vitamin boleh puan mula berikan dia vitamin utk kucing yg ada dijual di petshop ye

      Delete
  23. Salam..kucing sy ni sy jumpa..then amik bawak balik..sihat jee..just nak tnya mknan ape eh yg btol2 sesuai nak bg..stakat ni cuba burp premium ngan meowing headds..ok x brand ni..dye mkn skit2 tp slalu mkn..try bagi ikan rebus dye x nak langsung..n btul ke klaw bg blackwood ada sedetengah kucing x mkn..n kucing ni mmg duk dlm uma je..jrg bawak kua sbb sy dok condo..so ada pape suggestion x mknan cne yg ok n sesuai..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..pertamanya terimakasih sebab adopt kucing tepi jln tu, satu amalan terpuji. Mknan ada berbagai jenis yg premium dan bagus, since kucing u seekor sahaja buat masa ni boleh belikan brand yg bagus seperti blackwood, button n bow, EQ..dll termasuk juga jenama yg u belikan. Yg penting tiap kali dia makan perutnya selesa dn tidak cirit birit ye. Keserasian mknan bergantung pada kucing kita sendiri, ada yg sesuai ada yg tak walaupun jenamanya mahal. Tak jadi masalah..yg penting pastikan dia minum cukup air

      Delete
  24. Salam...sy br 2 bln adopt 2 ekor kucing, berusia 5 bulan keduanya.Sy bg mkn whiskas tuna pd bulan kedua dmana sblm ni po diet tuna...tp bbrpa hr ni keduanya sdh kurang mkn, paling ketara sabtu dan ahad br ni (slain wetfood tuna sy povide dryfood jgk,yg tu sntiasa ada)...mlh sy kucing sy da xlalu makan, smlm dye ada muntah 3 kali & lg sekor pulak pg ni cirit-birit...sy nak tnya ni adlh symptom kena cacing ke atau upset stomach sbb dye xnk mkanan tu yer?lg satu krn mkn utk kitten hanya ada tuna & kembong, sy bole bg mkanan dewasa ke krna lebih pelbagai...harap dpt pencerahan..

    ReplyDelete
  25. fourth line...typo
    **pro diet tuna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..muntah dan cirit mmg boleh diakibatkan oleh infestasi cacing, jadi adalah selamat utk diberikan ubat cacing terlebih dahulu.
      Jika kucing u mengalami muntah dan cirit birit, selain dari memberi ubat cacing seeloknya puasakan dahulu selama 12-24 jam dari sebarang mknan dan selepas itu berikan nadi bercampur ayam atau ikan yg direbus. Mungkin perlu ditukar mknannya kepada jenama lain yg premier, tetapi saya nasihatkan mesti bersesuaian dgn umur, kerana mknan utk dewasa kdg2 lebih keras dan boleh merosakkan gigi dan gusi kucing u yg masih kecil..

      Delete
  26. Assalamualaikum wbt Dr. Adakah akan ada kesan sampingan pada kitten yang berumur 2 bulan setengah sekiranya saya memberinya makan daging kisar yang dicampur dgn kuning telur setiap hari? Apakah pula kebaikan sekiranya saya memberi makan daging kisar campur telur tersebut setiap hari? Mohon penjelasan Dr. Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..untuk kitten dua bulan lebih mmg boleh utk diberikan daging kisar bercampur telur, tetapi saya sarankan rebus dahulu daging tersebut, jgn diberikan mentah. Dan jika boleh jgn diberikan setiap hari kerana kucing boleh mendapat alahan kepada daging merah sebenarnya, dan ia boleh menyebabkan cirit birit. Seeloknya utk kitten seperti itu berikan ayam atau ikan yg direbus dan boleh dikisar hancur atau digaulkan pada nasi, ianya lebih selamat.

      Delete
  27. Sya nk tnya sukatan makanan kering utk kucing 1 tahun berapa bnyak ye? Sebab kucing sya kerap lapar..sbb dia menyusukn anaknya 5 ekor..sya ade beri susu free lactosa midalac klau xsilap..utk tmbh susu bdannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya ia bergantung pada berat badan kucing kita..jika beratnya antara 2-3kg sepatutnya mknan keringnya dlm anggaran 1/2 cawan atau 30-40g. Tapi agak susah utk kita menyekat pengambilan makanan pada kucing terutamanya jika dia sedang menyusukan, jadi saya nasihatkan pelbagaikan jenis makanan yg diberikan ie wetfood n dry food

      Delete
  28. Assalamualaikum. Kucing saya sebelum ni sakit ulser. Lepas tu saya bawak gi klinik and kena injection. So doctor suggest bagi makan wetfood ( sebelum sakit makan dry food ) selepas seminggu kucing saya sihat, saya tukar makanan dari wetfood ke dryfood tapi kucing saya tak makan sehingga sanggup puasa seharian sehingga saya bagi wetfood. Boleh tak doc bagi cadangan macam mana saya nak ajar kucing saya semula makan dryfood ?? ( ada orang cakap bila kucing makan wetfood banyam sangat nanti kena penyakit cacing )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..jika wetfood yg kita sediakan sendiri jarang yg akan menyebabkan kucing bercacing..dan tidak tepat utk mengatakan yg kucing akan bercacing dgn memakan wetfood sahaja..jd jgn risau ye. Mungkin u boleh menukar jenis dry food yg diberikan dan mulakan dgn memberinya sedikit2

      Delete
  29. Assalamualaikum, bolehkah saya bagi kucing yang berumur lebih kurang 1 bulan makan wet food? Atau saya perlu bagi kucing itu minum susu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..boleh utk diberikan wetfood tetapi dgn minima..seeloknya masih lagi perlu menyusu pada umur tersebut ye

      Delete
    2. Salam kucingku duniaku. Mohon bantu sy. Sy pya Ibu kucing yg br melahirkan. Sy tlh sediakn tmpt utk dia melahirkan. Dn dia melahirkan dtmpt yg sy sdiakan. Sy jgk dphmkn Ibu kucing akn mmindhkn anknya sekiranya meràsa tmpt trsebut tidak amn.berikutN rmh sy rmai org dn tmpt jgk sempit kami myediakn tmpt utk Ibu dn ank kucing druangan dpn rmh. Ttp Ibu kucing ttp nk msuk kdlm rmh utk mmindhkan anknya.berikutan itu kami sentiasa menutup pintu dn tgkap agr Ibu kucing xmsuk mmindhkn anknya kdlm rmh..adalah ini mberi kesan kpd Ibu kucing dn ank.utk pgetahuan tuan dlm kotak yg dsediakn Ada seekor ank kucing yg tlh mati. Dn Dr pndgan jiran yg Bela kucing katanya Kita xblh sentuh or Buat apa2 pd tmpt mreka apatah lg ank2 kucing trsebut..sy tlh meletAkkn satu kotak br brsebelahan kotak yg lama..blh tuan bntu sy bgaimana nk elakkan spya xberlaku perpindhan ank2 kucing dn apa prlu sy lakukan pd kucing yg dh mati dn jgk tmptnya. Sy bimbg Ibu kucing stress atau meroyan..adakah ank kucing mati sb ibunya yg bunuh atau kmugkinan mati kerna dpijak oleh ibunya .kotak yg dsediakn adlah luas sibu blh baring dn pd perkiraan sy luas utk ank kucing 4ekor.t.kasih krna mbls dn perihatin pd mslah sy

      Delete
    3. Salam..maaf terlewat saya menjawab soalan ini. Memang tabiat ibu kucing yang melahirkan akan memindahkan anaknya ke kawasan yang dia rasa selamat, kurang gangguan dan juga tidak terdedah. Dengan meletakkan kotak didepan rumah dimana banyak pergerakan berlaku akan menimbulkan rasa tak selamat pada ibu kucing dan dia akan sentiasa cuba memindahkan anaknya ke tempat lain. Anak yang mati memang perlu dikeluarkan dari tempat tersebut seberapa segera. Anak kucing boleh mati jika ibunya tidak menyusukan dengan betul, atau kerana ibunya membunuh anaknya sendiri dan mungkin oleh faktor lain juga. Seeloknya pindahkan kotak tersebut ke kawasan yang agak terlindung utk memberikan keselesaan pada ibu kucing tersebut.

      Delete
  30. dr terima kasih untuk entry yang sangat berilmu , tetapi saya nak tanya, dari pembacaan saya, kucing dewasa saya, saya berikan makan 2 kali sehari , tetapi kenapa derang sering kali menyibuk bila tuan dia makan ? kadang kadang 'me-nyiow' macam setahun tak makan ?
    them, saya nak tanya, makanan kucing jenama sheba bagus tak dr ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Surieyaaney..kucing memang sifatnya begitu, walaupun kita dah berikan mereka makan tetapi mereka akan sentiasa datang kepada kita jika kita sedang makan..itu tandanya kucing tersebut sayangkan kita dan inginkan perhatian.
      Jenama Sheba jenama yg agak ok untuk digunakan dan jika kucing u tidak mengalami masalah dengan jenama tersebut, ianya selamat untuk terus digunakan.

      Delete
  31. Assalam,saya nak tanya saya baru tukar dari dry food ke wetfood .kitten jadi cirit birit n mcm ada darah .Adakah saya patut berhenti bagi wetfood dan teruskan dryfood ke mcm mana ye .Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. mungkin kucing u tidak begitu sesuai dengan wetfood yang sedia ada..ada baiknya u cuba berikan rebusan ikan atau ayam yang dicampurkan nasi atau diberikan begitu sahaja..jika ciritnya berterusan kena dipuasakan sementara dan cuma berikan air bersih sahaja. Boleh juga diteruskan dengan dry food sahaja yang sesuai dimakan oleh kitten u.

      Delete
  32. Salam doc, kucing akak berumur 4 bln dan dh 2 hari dia berak cair. Dia akan gelisah, lari sana lari sini seblm dia berak. Seblm tu akak bagi wet food utk pagi,dry food utk tghari dan mlm. Minumannya susu. Takut dia x sesuai dgn mknannya,akak bagi dia dry food dan air shj. berak cairnya berkurang tapi masih x sembuh. Sy kesian dgn dia doc. Nmpk x selesa jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..menggilirkan makanan basah dan kering tidak sepatutnya menjadi masalah pada kucing akak ye, tetapi mungkin dia tidak begitu sesuai dgn susu yang digunakan. Buat sementara waktu ni cuba akak puasakan dia untuk 12 jam dan hanya berikan dia air kosong yang bersih, biasanya ia akan membantu memberhentikan ciritnya. Boleh juga diberikan ikan atau ayam rebus yang digaul dgn nasi selepas dipuasakan ye.

      Delete
  33. Salam doc..Adakah akan ada kesan sampingan pada kucing saya yang berumur 5 dan 6 bulan sekiranya saya memberi makan daging yang dicampur kuning telur setiap hari yakni pada waktu tengahari dan malam?Apakah pula kebaikkan sekiranya saya memberi makan daging campur kuning telur setiap hari?Mohon penjelasan Dr.Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..telur adalah selamat untuk diberikan pada kucing tetapi preferably telur yang dimasak dan dicampurkan dengan makanan lain seperti daging atau ikan. Ianya tidak mendatangkan masalah kesihatan kepada kucing, tetapi telur tidak memiliki kesemua nutrition yang kucing perlukan, jadi tidak digalakkan untuk memberi telur sebagai makanan utama kucing ye.
      Dalam kata mudah, berikan kucing telur yang dimasak in moderation ie tidak terlalu banyak pada satu2 masa.

      Delete
  34. assalamualaikum doc..saya baru bawa anak kucing umur +-5mth ke vet utk rawatan fungus. and vet kata kelopak bawah matanya nampak mcm bengkak sikit and mungkin ada infection. so vet bagi ubat anti radang, antibiotik and multivit semua dalam bentuk cecair. susah betul nak bagi dia makan ubat tu. so saya try campur dalam wet food baru dia makan. tapi boleh ke buat macam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. seeloknya jika dapat diberikan secara terus ubat tersebut akan lebih efektif, tetapi jika memang sangat sukar untuk memberikannya ubat, boleh dicampurkan ke dalam makanannya seperti yang u buat, cuma dikhuatiri dia akan rasa tak sedap pada makanan dan akhirnya refuse utk makan. Jika dia boleh makan makanannya tanpa masalah maka tak salah untuk mencampurkan semua ubatnya dalam makanan tersebut ye.

      Delete
  35. Salam, hai saya baru jumpa anak kucing dah bela dalam a week la juga. I nak tanya boleh ke i bagi susu full cream dutch lady? Sbb dia tak makan sgt maknan kucing yg mcm biskut tu. Haha lepas tu saya selalu bagi nasi dgn ikan bilis mmg dah blender habis. Selalu dia makan tapi harini dia tak makan pula. Jadiiiu apa yg boleh saya lakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. susu full cream biasanya tak sesuai pada kucing kerana kandungan gulanya tinggi dan boleh menyebabkan dia sakit perut serta cirit birit. Seeloknya cuba dapatkan susu gantian untuk kucing yg boleh didapati di petshop. Boleh cuba untuk berikan dia nasi bercampur dgn ikan rebus yang dibuang tulangnya atau ayam rebus, dan boleh diblendkan juga supaya jadi seperti wetfood

      Delete
  36. as'salam doc..kucing saya saya tak galakkan pemakanan basah jadi saya hanya memberikan dryfood..so sekarang dia tadak mngalami sebarang kesakitan or batu karang..bolehkah saya teruskan dengan hanya pemakanan dryfood?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Emy, tidak semua makanan kering atau dry food akan menyebabkan batu karang jika diberikan dgn kekerapan yang betul, dan juga bergantung kepada jenama yang digunakan. Yang paling utama ialah memastikan kucing kita sentiasa boleh minum pada bila2 masa kerana jika hanya bergantung pada dry food, kucing perlu minum banyak air kosong untuk mengelakkan crystallization dalam saluran kencing atau buah pinggangnya. Boleh untuk u teruskan makanan kering semata2 tetapi pastikan air mencukupi.

      Delete
  37. Salam doc.. kitten saya usia 4 bulan,sblum ni kitten saya sangat aktif,blari sana kemari.. tapi sejak brapa hari ni,saya tgk bdan kitten saya smakin susut,smkin kurus, stiap kli dia berak, najisny cair, lpas tu smlam dia muntah, dan tdi pagi pun dia muntah.. dan kmi ada bgi kitten sya mkanan kucing utk dewasa (sblum ni mkan rc for kitten), tpi dia mkan jak mknan yg d berikan.. d sni saya nak tanya, apa punca kitten saya muntah dan najisny cair? Oh iya dr,kucing saya ada tabiat suka minum air di lantai tandas.. adakah ini merupakan salah satu punca kitten saya jdi bgini??(muntah2x dan najis cair)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, ada beberapa sebab anak kucing u cirit birit dan muntah. Satu mungkin dia tak sesuai memakan makanan basah utk dewasa, mungkin juga akibat dia suka minum air dilantai tandas terutamanya jika kita baru lepas mencuci lantai tersebut, dan mungkin juga dia mengalami infestasi cacing yang menyebabkan dia muntah dan cirit.
      Seeloknya sementara dia muntah dan cirit puasakan dahulu untuk 12jam hingga 24jam dari sebarang makanan, cuma pastikan dia dapat minum sedikit demi sedikit. Jika dia nampak terlalu letih atau tidak berdaya saya sarankan bawa dia ke vet dgn kadar segera.

      Delete
  38. Assalamualaikum Dr. Sabtu lepas, Saya jumpa anak kucing yg berusia sebulan(dah bawak pergi klinik). Dia sgt kurus. berat dia hanya mencecah 0.35gm. Saya ada berikan dia ubat cacing dan mlm tu dia muntah cacing (tapi cacing tu dah mati). Saya maklumkan pada doktor tentang perkara tu and doktor bagi tahu saya, okay kalau dia dah muntah cacing. Saya dibekalkan ubat antiradang dan multivitamin. Buat masa ni, saya perhatikan dia dah 'poop' tapi 'poop' dia agak cair sedikit dan berwarna coklat terang. dia juga dah start makn, tapi dia makan sgt sedikit, tak sampai 3ml pun rasanya. saya bagi dia wet food Avoderm. Soalan saya:- 1. adakah makan sedikit itu normal bagi anak kucing yg baru nak baik dari cacing? 2. Selain Avoderm, wet food apa lagi yg saya boleh beri pada dia, untuk tambah berat?. Saya nak dia sihat tapi harga Avoderm agak mahal. Saya try bagi dia ayam rebus, tapi dia langsung tak nak makan. 3. berapa ml makanan dan minuman yg saya perlu bagi dia dan kekerapan yg perlu setiap hari?
    Saya x bagi dry food lagi sebb keadaan dia masih lemah dan sgt kurus.
    Terima kasih didahulukan kepada doktor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..terlalu kecil anak kucing yang u jumpa tu..
      Pada peringkat awal usia sebulan, kebiasaannya anak kucing masih menyusu tetapi saya jangkakan dia tidak lagi mempunyai ibu. Jadi memang perlu dibantu untuk makan dan minum, dan avoderm mmg boleh diberikan pada kitten sekecil ini kerana texturenya yang sangat halus. Tidak mengapa jika dia makan sedikit2 tetapi kerap dan salah satu cara ialah dengan meletakkan sedikit air bersama makanannya. Berikan sedikit2 untuk dia makan bila dia perlu, tidak perlu terlalu kerap tetapi bergantung pada keperluannya. Poop yang cair selepas dijangkiti cacing memang berlaku, asalkan dia boleh makan ianya cukup baik. Makanan lain agak tidak sesuai untuk diberikan pada anak kucing u kerana saiznya sangat kecil..tetapi jika diberikan sedikit demi sedikit satu tin avoderm boleh tahan beberapa hari, asalkan disimpan di dalam fridge ye.

      Delete
  39. salam...doc...sy nk mnx guide dr doc brkenaan diet seharian kucing berusia 9 bulan utk both dryfood & wedfood...in terms of jumlah n bilangan kali utk sehari...lg satu,bulus kucing saya kerap gugur adakah faktor makanan?...thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..untuk usia 9 bulan kebiasaannya kucing akan makan sentiasa jika kita letakkan bekas makanan yang sentiasa berisi, jadual pemakanan bergantung kepada kita sebagai tuannya. Kita boleh juga selang selikan dengan makanan basah jika kita nak, tetapi pastikan makanan basah hanya diberikan dan terus dibersihkan bekasnya agar tidak berlalat dan boleh menyebabkan sakit perut. Melalui pengalaman saya sendiri, saya biasanya akan memberi kucing2 saya makan secara berkala, segenggam kibbles utk setiap kucing pada setiap waktu makan. Biasanya saya akan memberi mereka 3 kali sehari dry food dan wet food sebagai snack sekali sehari.
      Bulu kucing akan kerap gugur sekiranya makanan tak sesuai, ada jangkitan kutu atau flea atau fungus. Perlu diperhatikan samada ada kawasan2 yang mempunyai rash ie mungkin akibat fungus atau kutu.

      Delete
  40. Salam doc...saya nak bertanya...adakah makanan vitamin seperti royal canin perlu dicampurkan dngn makanan kucing yg biasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. makanan seperti royal canin tak perlu dicampurkan dengan makanan kucing yang biasa, boleh diberikan secara sendiri

      Delete
  41. Salam doc...sy ader sekor kucing umur dekat setahun...jadual mkn dier setiap pagi sy bg ayam rebus+lobak merah...bile dier abess mkn sy letak 1mangkuk dryfood utk dier mkn bile dier lapar sampai lh keesokan hari nyer...rase ok ker jadual sy buat tue doc...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..alhamdulillah apa yang u lakukan cukup bagus untuk kucing u kerana dia masih muda lagi, mungkin dia boleh juga diberikan nasi digaul dgn ikan rebus atau ayam rebus sebagai beberapa pilihan lain. Saya tidak galakkan untuk meletakkan terlalu banyak kibbles didalam bekas makanan yang terdedah pada satu2 masa, kecuali jika u menggunakan bekas makanan yang self dispense ie kibbles akan keluar bila kucing makan sahaja kerana ia lebih bersih dan terjamin tidak berlebihan. Apa2pun psstikan dia sentiasa ada bekalan air yang bersih ye.

      Delete
  42. Bleh ker klu kite pkai ayam kisar jenama ramly pastu kite rebus dgn campuran sayur sket...ader yg ckp x bgs...cuma lebih memudahkn keje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seeloknya gunakan ayam yang segar dan bukan yang dikisar kerana dikhuatiri tidak sesuai dengan kucing

      Delete
  43. Salam dr.. Saya ada anak kucing umur dah 3bln. Smlm saya dah bawa pergi vet and dah bagi ubat cirit birit n ubat selera makan. Malam lps pergi vet tu, alhamdulillah dah ada selera makan tp still najis dia keluar cecair. And 2nd day ni lgsg x de selera tak makan lgsg.
    Tapi dia ni even tak makan,dia still aktif melompat sana sini...kadang saya terpaksa paksa dia minum air garam pakai syringe. So mcm mana ye dr ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..besar kemungkinan dia ada cacing yang menyebabkan dia cirit birit. Buat masa sekarang jika dia masih cirit lagi puasakan dahulu untuk 6-12 jam dari sebarang makanan kecuali air bersih, dan selepas tempoh berpuasa tersebut baru berikan dia makanan sedikit demi sedikit. Apabila kucing cirit tetapi still aktif itu tidak perlu kita risau, tetapi jika dia tidak bermaya puan perlu bawa dia ke vet ye

      Delete
  44. Salam, 2 bulan lepas kucing sy sakit teruk slama 4 hari, selesema smpai takmau makan minum. I force feed dia bagi air gula, canned food utk kucing yg xsihat & then next day i force feed air kelapa muda (sumber google)..pastu tu dia dah ok..makan seperti biasa & aktif...sekarng nie masih selesema tpi xseteruk dulu..kenapa ye ? Boleh bagi suggestion ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..jika dia masih selsema tapi tidak demam dan berpanjangan seeloknya bawa untuk diperiksa oleh vet kerana takut ada jangkitan virus tertentu. Jika tidak boleh cuba berikan dia ubat selsema untuk kucing yang u boleh dapatkan dari kebanyakkan petshop ye

      Delete
  45. As salam doktor .. wetfood jenama wishkas adakah bagus untuk kitten .. ada org ckp wetfood wishkas nih xbgus kerana bnyk garam ..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam..ye memang ada yang mendakwa jenama whiskas tinggi kandungan garamnya, tetapi jika kita memberikannya tidak terlalu kerap ianya tak mendatangkan masalah, berbanding dgn mudarat memberikan kucing kita dryfood jenama yang sama. Lebih baik jika kita boleh prepare sendiri wetfood yang nak diberikan pada kucing ye.

      Delete
    2. Yew saya bg wetfood whiskas sehari 2 kali 2 kali dryfood royale canin .. xpa kan doktor .. sebb saya beli weetfood whiskas yg tin tuh .. syg pulak nk buang

      Delete
    3. Tak pa..bukan tidak boleh diberikan langsung jenama tersebut cuma pastikan kucing u sentiasa ada bekalan air bersih yang banyak untuk mengelakkan dia kurang air ye.

      Delete
  46. Assalamualaikum boleh x klau saya bagi kucing saya makan hati ayam yg direbus hari2 doktor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..saya tidak menggalakkan penggunaan hati ayam yang berterusan setiap hari untuk kucing kerana sudah pasti kuantiti yang diberikan bukan sedikit. Hati atau liver memang boleh dimakan oleh kucing kerana ianya akan membekalkan vitamin A untuk kucing, tetapi keperluannya adalah dalam jumlah yang kecil dan ini boleh didapati dalam kebanyakkan makanan kucing premium. Jika diberikan berlebihan ianya boleh menyebabkan keracunan vit A yang akan memudaratkan tulang kucing. Saya nasihatkan gunakan isi ayam instead of liver, tetapi tidak salah untuk memberinya sesekali sebagai hadiah atau treat.

      Delete
  47. Assalamualaikum, saya ada beli seekor kitten ni. Before ni owner dia dah cakap jangan tukar makan (rc mother and kitten plus iam adult). But tak tahu kenapa degil taknak dengar saya beli lah eq kitten. Start dari situ dia cirit. Lepastu saya biar dalam 3 minggu nak tengok still cirit tak and yes still cirit. Saya bawak pergi vet dia cakap tak ada apa just mungkin perut dia sensitif. So mula2 vet suggest bagi rc sensible. Okay dah bagi, and yes still cirit. Sebulan setengah. Lepas tu vet suggest beli hills z/d and yes still cirit . Sampai sekarang. Kucing pon dah kurus. Tak tahu nak bagi dia apa ������. Harituh, trylah bagi avoderm chicken plus dry food dlm 7-10 kibbles je dalam 5 hari waktu tu tak cirit. And then try naikkan portion dia ke satu sudu dry food terus cirit. Macam mana eh saya nak buat, tak tahu nak bagi makan apa dah. Sebab kesian dia makan sikit sangat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. saya kira kitten u mengalami alahan perut dengan banyak jenis jenama kerana keadaan ciritnya berterusan. Untuk sementara waktu saya nasihatkan guna semula avoderm wetfood tersebut untuk beberapa hari, dan perlahan2 campurkan juga kibbles dari jenama yang asal yang digunakan dahulu e rc mother and kitten, tetapi dengan kuantiti yang sedikit dan u tambahkan perlahan2 mengikut keadaan najisnya. Mungkin juga u boleh cuba buat sendiri makanannya seperti menggunakan ayam yang u rebus kosong tanpa sebarang campuran. Tetapi mulakan sedikit demi sedikit sewaktu mula2 introduce makanan baru tersebut pada kucing u.

      Delete
  48. As Salam doc untuk kucing British shorthair boleh ke sya berikan makan daging lembu yg mentah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. memberi raw meat untuk kucing memang digalakkan dan dibolehkan utk semua baka kucing kerana kucing secara semulajadinya ialah carnivore. Tetapi perlu diingat untuk memberikan makanan mentah pada kucing, ianya perlu disediakan dengan betul kerana makanan mentah boleh menjadi tempat pembiakan bakteria yang berbahaya jika tidak disediakan dengan betul.

      Delete
    2. Salam doc... Kucing saya yg baru brumur 3 mggu trkena selsema dan bersin yg truk tapi menyusu .. Slps itu, saya mbawa kucing saya ke vet.. Dbri injenction dan dibekalkan dgn ubat selsema ,antibiotik dan demam. .Tpi sehari selpas itu, kucing saya tidak myuusu ttpisaya dpti yg kucing saya sudah tidak bersin cuma mereka mcm susah nk bernafas.. . Adakah ubat yg dibekalkn tidak sesuai dgn mereka? ?

      Delete
    3. Salam..berkemungkinan hidungnya tersumbat kesan dari ubat selsema tersebut, tetapi ia tidak bermakna ubat itu tidak sesuai. Saya nasihatkan sambung berikan ubat tersebut dan antibiotik sehingga habis, insyaAllah dia akan sembuh sepenuhnya.

      Delete
  49. salam doc, sy nak mintak pendapat kucing sy baka mein coon. dry food sy bagi botton and bows, wet food sy bg mia Michel atau wet food premium. weekand sy bg dia ayam rebus soalan sy skrg boleh ke baka meain coom bagi ayam rebus gaul dengan nasi atau ikan kembung rebus gaul dgn nasi? kwn sy ckp mein coon x boleh bg nasi sbb kucing x sesuai dgn kabo. lg 1 bulu dia akan gugur.. betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. maine coon breed memang terkenal dgn bulu panjang dan cantik, dan baka ni unik. Diet untuk main coon perlu tinggi protin, kurang karbohidrat dan kandungan lemak atau fat yang sederhana. Ikan rebus ok tetapi bukan nasi. Diet untuk maine coon perlu tidak mengandungi jagung, starch dan wheat. Memang betul jika diberikan karbo bulunya akan gugur.

      Delete
  50. Salam,kucing saye usia (4 bulan) ade masalah kencing tidak lawas, jadi saye tukr dietnye dari dryfood jenama glorycat kepada yg meowing head(petshop kate sesuai utk urinarycare).saye tukr dietnye secara drastik n then dye mengalami cirit birit dan muntah..saye da puasakan dye 12 jam n cube bgi ayam rebusan n kemudian dye muntah balik.saye bwk ke vet dan doc prescribe dye sebagai food intolerance dan bagi dye suntikan cacing skali.dan jgk kaolinpectin.balik rumah je saye terus bgi dye makan ayam rebus dan beberapa jam tu dye muntahkan balik ayam tu.n kemudian dye muntahkan air sahaja tpi ade ckit buih..saye puasakan dye balik dan cube berikan ikan rebus plak..setakat nie cirit dye da stop.cume saye risau dye asyik muntah balik kalo makan.sebab ape ye..dan mcm mane saye nk betulkan balik diet dye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. kucing pada usia 4 blan terlalu muda untuk mendapat masalah kencing tak lawas..
      Btw masalah muntahnya mungkin berkaitan dengan masalah tak lawas kencing, jika kedua2 masalah diatas berterusan kena bawa semula ke vet untuk diberikan ubat antibiotik yang sesuai. Buat sementara waktu berikan dia soft diet seperti ikan rebus secara sedikit2 sehingga dia tidak muntah lagi.

      Delete
  51. saya mahu tanya. 5 hari kucing saya ada pemasalahan dalam kencing. setiap kali kencing hanya keluar sedikit sahaja. tapi saya sudah hantar kucing saya pergi vet. saya mahu tanya apakah pemakanan sesuai yang diberikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika kucing mengalami masalah susah kencing, biasanya disebabkan jangkitan di saluran kencing dan atau batu karang. Pemakanan biasanya boleh diberikan jenis yg khas utk penjagaan kencing dan pastikan cukup air bersih ye.

      Delete
  52. Salam doc. Nak tanya. Kucing saya berak tapi najis dia sikit sangat. Tapi kerap dlm masa 2 hari ni( 4 oct-5 oct)nampak macam susah juga dia nak teran. lepas tu malam tadi dia muntah. Nampak macam hairball je. Mungkin la, sebab dia panjang. Lepastu harini sy tengok dia pergi tmpat dia nak berak tu, mcm nak berak. Lama jugak la. Tp takda apa2 pun . Tapi still aktif .waktu dia main2 tadi sy tengok dia makan rumput.Kucing sy jenis yg dduk dlm rumah sahaja.keluar pun ada time2 dia. Itupun dgn sy. Sepanjang 4 bulan sy jaga dia. Sy hanya beri ikan goreng dgn dry food je.Sebab ayam ke daging dia tk makan. Nak tanye pndapat doc ttg masalah yg kucing sy hadapi. Dgn pemakanan dia..Elok ke ikan goreng tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..berkemungkinan dia mengalami masalah constipation dan atau boleh juga disebabkan oleh gumpalan hairball dlm usus yg menyebabkan dia sukar membuang air besar. Jika dia aktif seperti biasa insyaAllah masalahnya boleh diatasi dgn mengubah pemakanannya. Saya nasihatkan berikan dia ikan rebus instead of ikan goreng, tetapi jika dia masih mengalami kesukaran membuang air besar, seeloknya dibawa ke vet ye

      Delete
  53. Salam dr, Apa pndangan dr ttg dry food glory cat utk kucing sy ibu kucing kampung straycat yg dtg menumpang kasih. Tp anak2 nya ada yg berbulu panjang n gebu. Adakah ia sesuai? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..glory cat antara jenama premium yang baik untuk kucing, tetapi bergantung juga pada kesesuaian perut kucing u, jika dia tidak cirit birit ianya ok untuk terus diberikan. Makanan kucing hanya perlu kurang starch dan karbo, maknanya tidak bercampur dgn jagung kentang dll.

      Delete
  54. Asslm doc..sy ada sekor kitten 4 bln dsh.. Sy bg dia diet orijen..tp dia mkn x byk..bdn pon x gemuk la.. Kdg2 bg ayam rebus..n telor kuning mentah..dia kurus bulu je kmbang..ke sebab dia aktif sgt doc..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..orijen antara diet yang bagus untuk kucing, tetapi mungkin kucing u tidak berapa menggemari rasanya. Jika dia tidak suka dgn orijen rasanya perlu untuk u tukar brand lain seperti royal canin atau EQ dan beberapa jenama lain

      Delete
  55. Assalam...kucing sy baru 3 minggu dan dia suka sngt mkn keropok yg telah sy goreng..takpe ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..pada umur 3 minggu sepatutnya dia tak boleh makan lagi keropok goreng, seeloknya u berikan dia ikan ataupun ayam rebus untuk dia sihat

      Delete
  56. Assalamuakaikum doctor, is it true fresh egg yolk boleh mencantikkan bulu kucing & juga melebatkan bulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..raw egg yolk mengandungi high amino acids yang bagus untuk tumbesaran kucing secara keseluruhan dan bukan hanya untuk bulu kucing. Tetapi perlu berhati2 memberikan telur mentah kerana takut ada kontaminasi bakteria atau ada campuran telur putih yang tidak sesuai diberikan pada kucing ye.

      Delete
  57. Salam doc bagaimana ya kucing saya hanya mahu makn dry food shj,tak mahu langsung mkn ikan rebus mahupun wet food usianya sudah 3 thun lebih,saya khuatir ia akan sakit suatu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..ada sesetengah kucing memang hanya akan makan kibbles sahaja, ada baik buruknya kerana kibbles jenama biasa mungkin ada kekurangan vitamin tertentu. Tetapi jika dia memang tak nak makan lain2 maka seeloknya berikan dia multivitamin dan juga pastikan air minumannya sentiasa ada dan bersih, untuk mengelakkan masalah kencing atau batu karang ye

      Delete
    2. thnx doc,one more question,kucing saya diam dan tidak aktif seperti slalu selepas diberi annual vaksin 1 wk ago bodynya slightly warmer than usual dan kurang mkn she just sleep most of the time,is it normal doc

      Delete
    3. it is normal utk kucing mengalami tanda2 feverish dan lesu selepas vaksin, cuma jangan hingga dia menjadi terlalu lemah dan tidak mau makan minum langsung ye

      Delete
  58. Doktor, saya nak tanya pemakanan kucing saya ini baik atau tidak...Setiap pagi dan malam, saya akan bagi BSH saya ni makan ayam kukus dan sedikit snappy tom (chicken and beef liver). Kibbles RC Mother and Babycat tu saya memang sediakan sentiasa. Kitten berumur 2 bulan setengah dan belum pernah bagi ubat cacing tetapi vaksin pertama sudah diberikan. Apa pendapat doktor untuk corak pemakanan yang saya sediakan ini... harap doktor sudi reply ye, terima kasih banyak banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BSH merupakan breed yang agak cerewet dengan makanan. Apa yang encik sediakan merupakan makanan yang sesuai untuk breed tersebut. RC memang sesuai untuk breed ini, begitu juga rebusan ayam atau kukusan ayam, Dua bulan setengah biasanya memang sudah perlu diberikan ubat cacing dan kebiasaanya vet akan memberikan ubat cacing semasa vaksin yang pertama. Saya nasihatkan semasa suntikan kedua dan seterusnya perlu ditanya pada vet tersebut ye samada sudah diberikan ubat cacing atau tidak

      Delete
  59. assalamualaikum
    saya ada 20 ekor kucing indoor
    bukan kacukan hanya kucing jalanan yang saya kutip
    saya ingin bertanya tentang jenis makanan yg sesuai bg mereka memandangkan umur mereka berperingkat dan tidak diasingkan
    bermaksud mereka bebas memakan biskut tanpa perlu dikurung
    bolehkah tuan cadangkan kpd saya jenama yg sesuai yang beratnya 20kg utk diberikan kpd kucing-kucing saya
    setakat ini saya telah mencuba memberi mereka Jenama Glory,Love Cat,Maxi
    dan adakah perlu saya berikan supplement utk menambahkan kegebuan mereka kerana dibandingkan mereka dengan kucing jalanan di luar sana, kucing2 saya kurang gebu.
    harap pihak tuan dapat memberi respon terhadap soalan saya.
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..
      Pertamanya saya ingin mengucapkan terimakasih dan semoga puan dilimpahi rezeki yang luas kerana kebaikkan puan memelihara kucing2 yang terbiar.
      Oleh kerana terdapt berbagai peringkat umur, yang paling mudah ialah memberikan mereka makanan kucing yg premium seperti Button n Bow, TomKat, Darmeo yang agak lengkap dan disukai kucing. Jenama2 lain tetapi agak mahal adalah seperti RC, Iams, dan beberapa jenama lain. Dari pengalaman saya sendiri saya menggunakan TomKat dan alhamdulillah kucing2 saya tidak mengalami masalah walaupun mereka dari breed yang berbeza.
      Tetapi jika ada antara kucing2 u yang agak berumur dan kelihatan tidak boleh mengunyah kibbles biasa, seeloknya diberikan special feed khusus utk adult atau senior cat, ataupun boleh diberikan makanan kitten tetapi elok ditambah dgn supplement juga, kerana gigi mereka mungkin tidak kuat untuk mengunyah makanan biasa.
      Satu lagi cara adalah memberikan kucing2 u makan ikan rebus atau ayam rebus sekali sekala.
      Mengenai supplement boleh diberikan kepada kucing2 puan untuk menambah baikkan keadaan keseluruhan kucing ye.

      Delete
  60. Assalamualaikum doc..sy ada seekor kucing brumur 5 buln..sy bagi dia makan wet food yg sy buat sniri iaitu ikn rebus cmpur lobak dan agar2..sy x bagi dryfood..btul ke cork pmkanan kucing sy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..boleh buat sendiri wefood seperti yang cik buat, atau tak perlu letak agar2 atau sayur kerana kucing adalah haiwan karnivor ie pemakan daging, sekadar rebuskan ikan atau ayam juga boleh dan mencukupi.

      Delete
    2. Salam puan, kalau rebus ikan tu perlu dibuang organ dalaman dulu atau tak?

      Delete
    3. Salam, seeloknya dibuang isi dalaman sebelum direbus,dan juga tulang2 ikan tersebut sebelum diberikan pada kucing

      Delete
  61. macamana cara untuk kucing makan dryfood..??penat dah saya campur dengan wetfood..bru makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebanyakkan kucing akan maka kedua2nya wetfood dan dry food, tetapi ada juga yang memilih makanan, seperti kucing u. Cara paling mudah ialah sediakan makanan dry food seharian untuk kucing u makan, tanpa memberikannya wetfood lansung, mungkin dia akan akhirnya memakan dry food tersebut.

      Delete
  62. Assalam doctor.. sy ada scottish fold umo 6 bulan.. apa diet pemakanan yg doc suggest utk breed ni? Utk dry food and wet food? Sebelum ni mkn orijen tp dia mcm xbrpe suka.. Totw ok ke? Tq doctor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..scottish fold biasanya jenis breed yang cerewet dgn makanan dan kebiasaanya makanan untuk breed ini perlu dari base chicken, beef, turkey and fish. Antara brand yang sesuai termasuk orijen fit n trim, purina pro plan nature, royal canin for scottish fold, true wilderness dry food.

      Delete
  63. Doktor,
    anak kucing yg saya ambil mungkin dlm anggaran 5 minggu dan beratnya belum sekilo. masa kutip tu dia ceria wpun berkutu. pernah bawa jumpa vet tp belum boleh vaksin. dan skrg bila dlm rumah terus lesu tak bermaya, suara hilang dan cirit birit. pernah keluar cacing tp sekali saja. saya dah beri ayam rebus seminggu dan nampak ada perubahan. cuma dia masih lagi tak aktif dan suaranya masih tak ada dan masih batuk/bersin. tapi setakat ni tak ada cairan di mata atau hidung. risau sangat takut dia makin sakit dan tak aktif lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tee, maaf lambat saya menjawab. Besar kemungkinan ada masalah cacing yang menyebabkan anak kucing u cirit dan lesu. Kebiasaannya vet akan memberikan ubat cacing tapi jika tidak, Tee boleh dapatkan dari mana2 petshop dan berikan mengikut dos yang dicadangkan. Bagi masalah bersin dan batuk, ianya tidak common utk kucing dan seeloknya bawa dia ke vet semula kerana takut ada jangkitan kuman dan ini boleh menjadi lebih teruk jika dibiarkan.
      Tentang makanan pula, memang bagus diberikan samada ikan atau ayam yang direbus sebagai makanan awal sementara dia masih tidak begitu sihat.

      Delete
    2. Kucing kecik saya berak ulat la kenapa ye padahal bagi makan vitamin superfood tapi dia aktif cuma risau

      Delete
  64. Salam Doc. Sy nak ucapkan tahniah dan terima kasih kerana doc sanggup membantu dan memberi pendapat kepada peminat2 kucing di blog nie dengan secara ikhlas.
    Sy nak dptkan pendapat doc. Sy ade 1 ekor kucing jantan 3 bulan 1.3kg mix antara BSH (Bapak) dan Siamese (Ibu) dan sekor lg betina 3 bulan 1.4kg mix juga Siamese (Mak) kucing lain dan Bapak x tahu yg mana.
    Sy bagi makan Dryfood RC Kitten 3 kali sehari. Amaun setiap hidangan 2 sudu besar bg seekor kitten. Setiap selang 2 hari saya akan bagi utk makan malam daging kisar mentah sebanyak 2 sudu besar juga bg setiap kitten.
    Soalan sy :
    1. Adakah corak pemakanan sy berikan pd kucing tidak betul dengan memberi daging 2 hari 1 kali hidangan dan tidak memberinya setiap hari.
    2. Adakah jumlah makanan sy beri pada kitten adalah betul bergantung skala yg tepat bg umurnya.
    3. Berat kucing sy termasuk dalam golongan kucing yg kurus/ideal/obes.
    Terima kasih pada doc. Semoga Tuhan sentiasa merahmati usaha Doc membantu menyelesaikan masalah dan pengetahuan pencinta kucing selama ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..terimakasih kembali..
      Untuk umur kucing u dalam 3 bulan, jadual feeding yang disarankan memang 3 kali sehari utk dry food, dengan anggaran sekali meal dlm 6-10g, saya kira anggaran 2 sudu besar penuh tu memadai utk kucing u sekali makan.
      Daging mentah yang dikisar boleh dikategorikan sebagai makanan wetfood, dan seeloknya diberikan setiap hari untuk keseimbangan, sekali sehari pun ok. Boleh juga digunakan ayam atau ikan yang direbus dan dihancurkan atau dikisar tanpa tulang sebagai ganti daging mentah, itu lebih selamat untuk kucing bagi mengelakkan risiko jangkitan bakteria pada makanan mentah.
      Berat badan kucing u agak berpatutan untuk umurnya, tidak obese atau underweight. Saya kira pada usia 3 bulan kucing u masih aktif dan memerlukan tenaga yang banyak, jadi corak pemakanan yang u berikan memadai.

      Delete
    2. Salam doc,,saya nak tanya kenapa kucing saya lepas makan atau minum apa apa,,die mesti mcm tersedak,,itu sbb apa ya?..adakah mmg dia tersedak makanan ?,,sebab risau pulak saya sbb everytime lepas makan die jadi mcm tu

      Delete
    3. Salam Karmila.. ada kemungkinan kucing u mengalami masalah hairball atau boleh juga akibat lelah jangkitan paru2. Jika kucing u cuma tersedak tetapi tidak memuntahkan bulu saya nasihatkan bawa ke vet utk pemeriksaan paru2nya.

      Delete
  65. Salam...saya dimaklumkan yang kuching tidak sesuai jika diberikan makan nasi...adakah perkara ini betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...kucing merupakan haiwan karnivor jadi sumber makanannya perlukan protin yang tinggi, nasi merupakan sumber karbo dan karbo tidak begitu diperlukan dalam jumlah yang banyak. Boleh diberikan sedikit nasi sesekali tetapi bukan sebagai makanan harian kucing ye

      Delete
  66. Salam Dr...saya sekarang ini memberikan kucing saya makan dry food jenama Smart Heart...ada kah jenama ini ok...kuching saya hanya kuching kampung yang saya amik dijalanan...mohon nasihat Dr...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. smart heart merupakan jenama makanan yang sederhana dan tidak terlalu complete utk kucing tetapi untuk baka domestic cat atau kucing kampung insyaAllah memadai, cuma saya nasihatkan berikan dia banyak air dan kalau boleh kerap berikan dia makanan lain seperti ikan atau ayam yang direbus untuk menambah baik permakanannya.

      Delete
  67. Salam. Kucing sy baru terkena flutd dan klinik veterinar masukkan catheter utk keluarkan air kencing. Lepas 3 hari catheter tu tercabut, kucing sy nampak mcm selalu nak buang air kencing, kadang keluar dan ada jugak x keluar. Dia jugak xnak minum air. Ini mmg normal ke utk kucing selepas pasang catheter? Perlu ke sy bawak pergi klinik balik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..tak normal utk kucing tak boleh kencing selepas catheter dibuka atau tercabut. Bila dia tak nak minum dan sukar kencing, saya nasihatkan bawa semula ke vet utk rawatan.

      Delete
  68. Salam doktor.baru2 ni saya ada bawa kucing saya ke vet untuk masalah telur kutu yg banyak.doktor letakkan ubat ditengkuknya.ubt tu untuk cacing sekali.selepas 2 hari berikutnya,cacing kecil seperti biji beras,keluar melalui duburnya.tapi masih hidup.keluarnya kerap juga.adakah saya perlu beri ubt cacing untuknya ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, ubat yang diletak ditengkuk ialah untuk flea dan kutu. Jika masih ada cacing yang keluar dalam najis atau duburnya,memang perlu diberikan ubat cacing mengikut jadual.

      Delete
  69. salam doktor, nak tanya saya baru adopt BSH.. umor dia 8month mcm tu..saya bagi royal canin kitten sikit pun tak jamah.. sampai risau saya sebb badan makin susut then saya bagi wetfood brand fussie cat baru dia laju nak makan..kalau saya teruskan bagi dia makan wetfood baik atau menjejaskan kesihatan dia ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, BSH ni biasanya baka yang agak cerewet dalam makanan, ada makanan yang khas utk BSH, jenama royal canin pun ada tetapi utk breed royal canin. Wetfood boleh diberikan tetapi ada wet food yang tinggi garam, jadi tidak terlalu elok untuk diberikan wetfood sahaja sebagai makanan utama.

      Delete
  70. salam Dr. kucing saya beberapa hari ni hilang selera makan . dia kerap muntah n cirit-birit. saya bagi dia makan ayam rebus tapi dengan cara paksaan. dia kerap minum air . ada tak wetfood yg memang khas untuk kucing sakit begini? usia dia dalam lingkungan 3-4 bulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..jika kucing u masih muntah dan cirit seeloknya puasakan dahulu utk 12-24jam sebelum diberikan makanan. Jenama yang sesuai utk kucing yang tidak sihat ialah Avoderm, biasa terdapat di kedai haiwan tertentu.

      Delete
  71. Tuan,hrp dpt bntu sy,sy Ada kucing yg br melahirkn,dn sy pnh trbca Ibu kucing akn mmindhkn anknya sekiranya tmpt trsebut xsesuai dgn ank2nya.mslahnya rumh sy rmai org tmpt trhad dn byk brg,jd sy tlh myediakan kotak dluar rmh(ttp ddlm pagar) tmpt trsebut telah sy hadgkn dgn kain2 lgsir lama spya tdk trlalu trdedah(spya xtrlihat dik Mata manusia-sy Buat spti bilik) ttp xjauh Dr situ kami lalu lalang utk keluar dn msuk rmh,bimbg kdaan sibu kucing msuk rmh(mmindhkn anknya)kami sentiasa menutup pintu n tgkap agr Ibu kucing xdpt msuk..ddlm kotak Ada seekor ank kucing tlh mati,dn sy dfhmkn kita xblh sentuh or melihat ank kucing krna sibu akn rs Kita mgamcam anknya,berikutan itu sy tlh meletkkn satu kotak baru dtmpt kotak lama(sy Buat bila siibu keluar cr mkn) 1. apa patut sy lakukan pd kucing yg mati(tdkah siibu strees-blh meroyan-) tgl brsma kucing yg mati dn ank kucing yg hdp,dn apa patut sy lakukan pd Ibu kucing dn ank kucing yg hdp. 2.apa prlu sy lakukan agr siibu tdk mmindhkn anknya (taulah kdaan dluar rmh bising dgn knderaan lalu lalang)dn sasaran Ibu kucing adlah ddlm rmh,kdaan ddlm rmh byk barang dn org,Ibu kucing pnh masuk meninjau ddlm almari baju(almari plstik) almari buku,tmpat beg2 sek,dn kotak2 Simpanan brg2 brharga,apa sy prlu lakukan agr sibu ttp dtmpt yg sy sdiAkn. 3. Bilakah Ms/umur yg sesuai utk sy Kasi siibu dn ank2 kucing..xlalu la dr,klau byk sgt nk jg,bkn ape xnak jatuh menyiksa kucing2 plk..t.kasih krna sudi bca dn balas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nasihatkan seeloknya pindahkan kotak utk kucing tersebut ke tempat yang terlindung seperti dibelakang rumah dll asalkan terlindung dan selamat dari pemangsa luar. Untuk dikasi boleh dilakukan selepas ibu kucing putus susu dan untuk anak2nya apabila sudah berumur 6 bulan ke atas atau apabila sudah mula mengawan.

      Delete
  72. Salam doctor, saya ada adopt dua ekor kucing, seekor ibu dan anak. Sekarang ni saya memberi dry food kepada kucing saya brand happy cat. Adakah brand happy cat ni bagus utk kucing ? Kalau kurang bagus, bole tak doctor tlg listkan mknan kucing yang bagus dan mknan yg bole kawal nafsu mkn kucing ? Contohnya makan sedikit sudah kenyang. Dan berak pun okayy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..makanan kucing bergantung juga pada baka kucing, kerana ada baka kucing yang cerewet dgn jenis makanan seperti baka persian, mainecoon dll. Happy cat adalah jenis makanan yang agak biasa dan murah. Antara jenis makanan premium yang elok untuk kucing ialah Button n Bow, EQ, Araton selain Royal Canin, Science diet dan IAMS.

      Delete
  73. Assalamualaikum doktor, saya ada 9 ekor kucing tapi semuanya lain2 baka. skrg saya bagi kucing2 saya makan dormeos. kucing2 saya suka, tapi kucing2 saya kadang2 kerap muntah. kadang2 keluar balik makanan tu. adakah sebab makanan ni xsesuai dgn kucing2 saya? kalau saya beli brand maxi is it ok? dulu lenah try bagi button n bows tp masing2 makan sikit je. lg satu, ada 3 kucing sy selalu berak berdarah. ni dsebabkn apa ye? mohon pencerahan dari doktor. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..dormeo jenis makanan premium yang baik utk diberikan pada kucing. Kadang2 kucing makan terlalu banyak dan ini boleh menyebabkan dia muntah semula makanan yang terlebih dimakan. Boleh cuba utk tukarkan brand tapi saya sarankan mulakan dengan jumlah yang kecil dahulu supaya jika tidak sesuai kita boleh menukarnya semula dengan kadar segera. Bila kucing berak berdarah dan najisnya keras ia mungkin kerana dia kekurangan air dalam badan, jika ini berlaku selang selikan dengan memberikan makanan wetfood juga. Jika berdarah dan najisnya cair besar kemungkinan dia mengalami infestasi cacing atau ada jangkitan pada usus, jika ini berlaku saya sarankan bawa ke vet ye

      Delete
  74. Assalamualaikum doctor, Kucing saya tidak mahu makan, bila dibawa ke vet, dinasihatkan cabut gigi. What is the side effects to this? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..maaf saya terlepas pandang soalan ni.

      biasanya saranan utk mencabut gigi kucing dibuat jika gusinya mengalami jangkitan yang teruk. Kesannya pemakanan kucing perlu ditukar kepada yang lebih lembut kerana dia akan sukar utk menghancurkan makanan seperti biasa

      Delete
  75. Assalamualaikum dr. Saya baru dapat anak kucing lebih kurang dlm 4 mnggu jiran saya bg (tp kucing saya biasa je). Soalan saya, apa pemakanan yg baik untuk usia skrg? Buat masa sekarang saya bg wet food & dry food (rc mother& baby cat) dlm masa yg sama dia masih menyusu dgn mak nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..maaf juga kerana lewat membalas,
      sekadar utk berkongsi pada usia 4 minggu biasanya anak kucing tidak begitu pandai makan dan lebih bergantung pada susu. tetapi jika ingin diberikan makanan lebihkan wet food dan dry food perlu yg lembut dan kecil sahaja. RC merupakan pilihan yang baik

      Delete
  76. Salam doktor. Nak Tanya,, kenapa kucing, Kita dah bagi makanan dia tapi masih nak minta Makanan yang manusia makan? Kenapa ya? Boleh jekaskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada sesetengah baka kucing terutama yang baka tempatan memang akan meminta makanan yang kita makan. bagi yang jenis dari baka tertentu biasanya agak cerewet dan jarang meminta makanan yang dimakan manusia.

      Delete
  77. DR NAK TANYA KALAU BAGI KUCING MAKANAN WARNA WARNI KAN BOLEH KEE SEBAB AYAH SAYA TAK JALAK KAN ESOK PULAH 1 PEK MAKANAN KUCING WARNA MERAH . DR BOLEH TOLONG SAYA .

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebanyakkan makanan premier atau makanan yang elok utk kucing tidak menggunakan pewarna. Memang ada keburukan makanan dry food yang berkaler kerana ada kemungkinan akan memudahkan kucing mendapat masalah batu karang dikemudian hari. tetapi jika diberikan sekali dua tidak menjadi masalah

      Delete
  78. Dr. Nk tanya kucing sy umur satu bulan.. Blh ke sy bg wet food gravy tu? Ssuai ke x utk kucing?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf saya lewat..
      bagi anak kucing yang berumur sebulan boleh diberikan wet food yang gravy

      Delete
  79. Assalamualaikum Dr ! Please reply
    Sy nk beli Blackwood tpi sy ada 3adult 4kitten
    Masalah nya sekarang... Kalau sy beli yg kitten ... Adult boleh mkn ke ! Please reply

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. so sorry saya lewat membalas.
      boleh diberikan adult makan dry food yang kitten tetapi kandungan vitamin dan portion protien dsb tidak mencukupi utk kucing dewasa.
      jika blackwood ada yang jenis mother n baby, ianya lebih sesuai utk dikongsi

      Delete
  80. Salam doc, sejak kebelakangan ni kucing saya susah untuk berak dan kencing,tapi dua tiga Hari ni,dia semakin lemah,kencing keluar dengan sengaja,hilang selera makan,dan tak berdaya utk berjalan adakah kucing saya mengalami cirit birit..tapi perutnya keras bila ditekan sedikit.atau perutnya kembung??

    Mohon penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..maaf saya lewat membalas, harap kucing u telah sembuh.
      jika dilihat dari tanda2nya saya jangkakan kucing u mengalami masalah berkaitan batu karang atau jangkitan pundi kencing berbanding cirit birit biasa. Perut yang keras boleh disebabkan oleh punci kencing yang penuh dgn kencing yg tak dpt keluar. Jika keadaan ini berlaku bawa kucing ke vet

      Delete
  81. Slm doc. Sy br amik stray umur lbh kurg 2bln. Dh bwk ke vet utk bg ubt cacing dan ubat kutu. Berat 700gm blom boleh vaksin. Dia dpt ubat cirit birit dan sakit mata jgk. Vet ckp dia xde sakit lain. Masalahnya sakit perut masih xbaik sgt dan dia lemah je berbanding masa saya mula² adopt. Saya bg air kelapa sbb nmpk dia letih. Ubat vet bg pn dh habis. Boleh ke sy bg wetfood yg dicmpur garlic utk kucing sakot perut? Apa kibble sesuai ya. Kesian sbb dh lemah asyik sakit perut saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..saya harap kucing u dah sembuh, maaf saya lewat menjawab.

      Sekadar berkongsi, apabila kucing cirit birit elok kita puasakan sementara antara 12 - 24 jam sebelum diberikan makan yang lembut. Untuk kibbles lebih elok diberikan jenama premier seperti blackwood, button n bow dll

      Delete
  82. Salam doc, boleh ke kucing belum cukup sebulan minum air putih berbanding susu formula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk kucing yang berumur sebulan dia boleh minum air kosong tetapi selalunya dia masih perlu menyusu dari ibunya. Jika ibunya tidak lagi menyusukan atau tiada ibu lain yang boleh ditumpangkan, boleh diberikan susu formula yang khusus utk kucing ye

      Delete
  83. Boleh tak suggestkan nutrien yg diperlukan utk outdoor cat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk kucing outdoor boleh diberikan supplement brewer's yeast

      Delete
  84. Boleh ke kita campur dry food dgn ikan rebus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seeloknya diberikan berasingan ikan rebus dari dry food, ditakuti berubah rasa dan tidak digemari oleh kucing

      Delete
  85. Untuk kucing umur 1-2 bulan yang tiada ibu boleh ke kita bagi susu tepung kucing ?

    ReplyDelete
  86. Assalamualaikum doktor.. saya ada 3 anak kucing.. 2 anak kucing saya berisi dan 1 kurus. Mereka baru umur 2 bulan macam too.. semua makan wetfood 1 kali waktu pagi dan 1 kali waktu malam dengan pelbagai jenama dan perisa.. manakala waktu kita tidur saya sediakan dryfood dan air..

    Adakah cara permakanan tersebut baik atau tidak?

    Boleh saya tahu berapa bulan anak kucing saya perlu suntikan vaksin?

    Berapa bulan sekali untuk anak kucing dan mak kucing perlu diberikan pil ubat cacing sekiranya mereka lebih banyak mengambil wetfood?

    Dan bagaimana cara untuk mengatasi anak kucing saya yang xsuka mandi tapi mahu membersihkannya dari kutu dan berbau busuk?

    Bagaimana cara untuk mengatasi cirit birit anak kucing?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Memberikan dry food berselang dgn wetfood boleh diamalkan dan pastikan air tersedia sentiaaa utk diminum ye.

      Vaksin boleh diberikan pada usia 2 bulan ke atas, begitu juga ubat cacing sejak usia 8 minggu. Biasanya bila dibawa ke vet utk vaksin ubat caving juga akan diberikan.

      Utk anak kucing yg tak suka mandi boleh dilapkan dgn kain basah dan letakkan ubat kutu dilehernya.

      Biasanya jika diberikan ubat cacing mereka akan kurang cirit.

      Delete
  87. Assalamualaikum doktor. Jenama powercat elok ke untuk bagi kucing makan dan adakah jenama ni dikategorikan jenama premium? Kucing saya merupakan kucing kampung sahaja. Saya juga kerap beri kucing saya minum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. utk kucing kampung apa2 jenama boleh diberikan termasuk powercat, tetapi setau saya ia bukan kategori premium cat food. Kucing kampung tidak terlalu cerewet dengan pemakanan tetapi jika dapat diberikan jenama premium lain yang lebih lengkap mungkin lebih baik. Yang penting air bersih mesti sentiasa tersedia utk kucing

      Delete
  88. Salam doc, sy nak tnya ckit.
    1.bolehkah kita bagi makan daging kisar rebus pada anak kucing jenis bsh umur 2blan stengah bnyak,mcm bsh kitten sy dia suka makan kaw2 smpai bulat perut, boleh ke.
    2.knpa kucing jenis bsh dewasa kurang makan. Ubat cacing & vaksin smua complete dh. Mcm mna nk tambahkan selera makan dia. Kucing saya smua indoor cat saja, xpenah kluar umah.
    Harap dr bleh terangkan soalan sy ni k, pening bila pikir tentang selera makanan kucing jnis bsh ni

    ReplyDelete
  89. Assalammualaikum dokter..
    Adakah labu rebus sesuai untuk anak kucing berusia 1bulan dan ibunya.

    ReplyDelete