Monday 19 August 2013

FLEA....amat mudah dijangkiti..

Flea...sama seperti kutu pada manusia, flea merupakan satu jangkitan luar yang sangat kerap berlaku pada kucing tetapi mudah diatasi.


 


Ctenocephalides felis merupakan flea yang paling kerap menyerang kucing2 kita. Semua jenis kucing boleh dijangkiti oleh flea ini termasuk indoor cats, yang boleh menghidapi flea sepanjang tahun! Kucing2 yang berada diketinggian 5000 kaki dari paras laut saja yang bebas dari flea ini kerana flea tak boleh hidup diaras ketinggian tersebut.

Flea, biarpun hanya bersaiz 2.5 mm hidup dengan melompat ke atas kulit mangsanya, melukakan kulit mangsa untuk menghisap darah mangsa. Walaupun kecil tetapi flea memiliki kaki belakang yang kuat dan boleh melompat pada jarak yang agak jauh, serta ianya bergerak pantas dan tidak mudah ditangkap dgn tangan.  Air liur flea, dalam kebanyakkan kes akan menyebabkan kegatalan. Jika jangkitan flea tersebut terlalu banyak (heavy infestation) terutama pada anak kucing dan kucing2 tua atau yang tidak begitu sihat, ianya akan menyebabkan anemia atau kematian. Ini kerana keupayaannya menyedut darah 15x ganda dari berat badannya sendiri.

Selain dari masalah kegatalan dan anemia, flea juga merupakan perantara untuk kucing kita mendapat tapeworm. 

Cara paling mudah untuk mengesan flea pada kucing ialah menggunakan sikat halus terutamanya di leher dan di pangkal ekor kucing kita. Diagnosis boleh dibuat jika kita terjumpa flea itu sendiri atau tanda kotoran "salt n pepper" pada bulu kucing ie "pepper" ialah najisnya manakala "salt" ialah telurnya.

Antara beberapa tanda yang kucing kita dijangkiti flea ialah:

* kotoran hitam pada kulit (flea dirt @ salt n pepper grainlike substance)
* kerap menggaru
* kerap menjilat bulu
* kulit kemerahan atau radangan pada kulit
* keguguran bulu
* jangkitan kulit


Kotoran hitam pada kucing- najisnya yang terbentuk dari darah mangsa yg terhadam..jika kita lap dgn kain basah ianya akan bertukar seperti coklat kemerahan.

Flea merupakan penyebab paling utama pada masalah kulit kucing. Ini kerana apabila flea menggigit kucing, ia akan memasukkan salivanya yang menyebabkan keadaan dipanggil flea allergy dermatitis. Tandan2nya termasuk kegatalan yang teruk, kulit menjadi merah dan tebal, keguguran bulu terutamanya dibhgn ekor.


Kucing kerap menggaru kerana gatal akibat alahan kulit

Flea menyebabkan bulu kucing gugur

Macamana kucing boleh dijangkiti? Flea betina menghasilkan 40-50 telur sehari, dan kucing kita boleh mendapat jangkitan walaupun ianya hanya keluar sebentar dari rumah dan bermain diluar.




Bila flea mula bertelur dibadan kucing2 kita, ada yang akan terjatuh dimana2 didalam rumah kita, di karpet, di sofa, di katil dan lain2 perabut. Flea yang baru pula akan mensasarkan kulit kita selain dari kulit kucing2 kita, untuk mendapatkan darah dan terus bertelur. Ianya merupakan satu kitaran hidup flea tersebut. Karpet dan kawasan yang berkelembapan tinggi merupakan tempat terbaik untuk pembiakan flea.





Flea juga kerap menyebabkan masalah kulit kepada manusia, kerana sifatnya yang mudah melompat dan menggigit untuk mendapatkan darah. Biasanya gigitan flea pada manusia juga menyebabkan kegatalan yang teruk dan jangkitan akibat digaru. Jika kita menemui 1 ekor flea pada kucing, vet menganggarkan ada lebih 100 flea didalam rumah kita!


Ruam yang kerap dilihat diklinik apabila seseorang digigit oleh flea...biasanya ia mengambil masa yang agak lama untuk pulih kerana gatal berlebihan. 


Flea boleh dirawat dan dicegah tetapi ianya tidak mudah..kerana kita perlu melakukan dua perkara..merawat kucing2 yang dijangkiti flea dan membersihkan persekitaran kucing supaya bebas flea.


LANGKAH2 MERAWAT RUMAH:


LANGKAH 1: BERSIHKAN RUMAH

Flea tidak hanya ada pada badan kucing, tetapi juga didalam rumah dan halaman rumah kita.



LANGKAH 2: ASINGKAN KUCING

Jika kucing kita baru dijangkiti oleh flea, langkah terbaik ialah mengasingkan kucing ini didalam satu bilik bertutup. Ianya perlu untuk mengelakkan flea ini merebak dan membiak diseluruh rumah.


LANGKAH 3: VAKUM SELURUH RUMAH

Seluruh rumah dan perabut perlu divakum kerana flea amat suka tempat2 seperti ini untuk membiak.




LANGKAH 4: BERSIHKAN KARPET ATAU ALAS KAKI

Kibaskan dan vakum semua karpet dan alas kaki, kerana flea amat suka kedua2nya.


LANGKAH 5: SPRAY KUCING DAN RUMAH

Untuk memastikan semua flea dimusnahkan, kita boleh juga menggunakan spray flea pada kucing terutamanya.



LANGKAH2 MERAWAT KUCING:


LANGKAH 1: MANDIKAN KUCING

Mandikan kucing dengan menggunakan shampoo anti flea.



LANGKAH 2: ELAKKAN MASUK KE DALAM MATA

Berhati-hati dan elakkan shampoo masuk ke dalam mata kucing. Kucing secara amnya tidak sukakan air, so untuk yang jarang memandikan kucing perlu amat berhati2 ketika melakukannya.



LANGKAH 3: SIKAT BULU KUCING MENGGUNAKAN SIKAT HALUS

Selepas dikeringkan, bulu kucing perlu disikat menggunakan sikat bermata halus untuk menarik flea keluar, dan lebih mudah dilakukan sebelah badan dahulu sebelum ke sebelah lagi.Penggunaan flea comb merupakan satu cara yang paling selamat dan mudah untuk menarik keluar flea..the real "Green" remedy!



LANGKAH 4: MENARIK "TICK" (KUTU BABI) JIKA ADA

Sekiranya dibadan kucing terdapat tick atau kutu babi, kebiasaanya ia tidak akan tanggal jika hanya disikat. Ia perlu ditarik menggunakan tweezer yang halus dan perlu dipastikan bahagian kepala tidak tertinggal didalam kulit kucing kita, bagi mengelakkan jangkitan kuman kemudian.



Jangan gunakan petroleum jelly, vaseline, pengilat kuku, pemetik api dll selain dari tweezer yang bermata halus untuk menarik tick atau kutu babi. Ia mungkin akan menyebabkan kecederaan yang lebih teruk keatas kucing kita.

LANGKAH 5: ULANGI RAWATAN

Sekiranya kita menggunakan shampoo anti flea sahaja untuk merawat kucing, kita perlu memeriksa bulu kucing kita beberapa hari sekali untuk memastikan tiada lagi flea yang baru atau tanda2nya. Jika ada maka kita perlu mengulangi proses mengasingkan kucing dan seterusnya seperti diatas.



Terdapat beberapa product yang kita boleh dapatkan melalui vet bagi mencegah flea dan tick seperti Frontline and Frontline Spray. Ianya merupakan topical application dimana bahan utamanya ie fipronil efektif untuk membunuh flea dalam masa 24-48 jam.  Bagi Fontline Plus, bahan utamanya S-methoprene membunuh flea dewasa, telur dan larvae, boleh digunakan dari umur anak kucing 8 minggu ke atas.

"Green" Flea n Tick Remedies......Ada beberapa myth tentang merawat flea..kebanyakan orang percaya dengan memberikan brewer's yeast dan atau campuran garlic ianya akan mengelakkan pembiakan flea, dengan penghasilan bau yang kurang enak pada badan kucing tetapi ianya tidak benar dan tidak dibuktikan secara saintifik. Malah penggunaan garlic pada jumlah yang banyak akan memudaratkan kucing kerana sifat toksinnya yang menyebabkan sel darah merah kucing memecah.





15 comments:

  1. salam,saya ada sekor kucing jantan berusia setaun lebih. lepas sy bace entri nie, sy rase kucing sy mengalami jangkitan yg sama. boleh x bagi sy tips tuk menjaga kucing yg suka sgt outdoor activity mcm kucing sy nie sbb kucing sy nie sy mandikan dier 2 minggu sekali gunakan malasep n selalu spray ubat anti kutu tp jangkitan flea nie masih ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, untuk kucing yang aktif diluar memang pasti dia akan kerap mendapat jangkitan flea ni. Cara terbaik adalah dengan menjadikan kucing u indoor, biarkan bebas tapi hanya didalam rumah. Satu lagi cara ialah dengan mencegah flea yang dewasa dan juga larvanya, dengan menggunakan ubat antiflea yang mengandungi bahan aktif insecticide imidacloprid. Antaranya ialah AdvantageR II yang disapukan pada kulit kucing kita setiap sebulan sekali.
      Ada juga beberapa tradisional yang kita boleh cuba lakukan bagi mengelakkan jangkitan flea ni..saya akan share dalam entri seterusnya secepat mungkin. Harap dapat membantu.

      Delete
  2. Salam saya nak tanya. Kutu tu kan boleh pergi kat manusia. Macam mana cara utk elakkannya eh? Dengan mandi je boleh hilangkan ke? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kutu kucing tidak akan menghuni manusia seperti kutu manusia yang lekat dirambut, tetapi flea dari kucing boleh menyebabkan radangan pada kulit apabile flea ini beada disekitaran manusia. Flea perlu dirawat dengan cepat, dgn cara memandikan kucing dengan kerap menggunakan shampoo khas untuk flea, juga menyapukan ubat antiflea yang boleh dibeli di pet shop atau klinik vet. Selain dari itu jika kita tau flea ada pada kucing kita, kita perlu juga kerap membersihkan rumah menggunakan vakum dll.

      Delete
  3. Sy Ade gune tick n flea spray..Waupun spray tempat lain cthnya bukan Kaw muka kucing.. Kucing Sy jd berair2 air liur die kluar..Meleleh je..knp yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tick n flea spray tak digalakkan utk digunakan kerana kucing akan sentiasa menjilat bulu n ini merbahaya pada kucing, sebab tu airliutnya sentiasa meleleh. Ubat utk tick n flea perlu diletakkan dibhgn yg tak boleh dijilat oleh kucing seperti dibelakan leher ye

      Delete
  4. Pakai ubat titik lagi ok..
    Nak tahu lebih lanjut
    Wassap sy 0123170132

    ReplyDelete
  5. Pakai ubat titik lagi ok..
    Nak tahu lebih lanjut
    Wassap sy 0123170132

    ReplyDelete
  6. salam.nak tanya sikit berkenaan kutu kucing yang masuk ke dalam telinga.macam mana rawatan nya untuk mengeluarkan atau membunuh kutu tersebut yang berada di dalam telinga kucing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..yg masuk ke dlm telinga perlu dititikkan ubat utk mites (eardrop) dan dibersihkan dgn mengoreknya keluar ye.

      Delete
  7. slm..saya nk tya...saya bru je letak frontline pd kucing saya.tp nape dia asik mngaru2 je.x duduk dia dia..sian plak tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..dia mungkin mengalami kegatalan melampau akibat flea dan ini ambil masa utk sembuh walaupun selepas diletakkan ubat. Mungkin jika u boleh sapukan dia cream antifungal dibahagian mana yang dia garu akan dapat membantu

      Delete
  8. slm...saya nak tnya...macammana nak bnh kutu kucing bkan di badan kucing tapi dibilk saya? terlalu bnykkutu berkeliaran di lntai blk saya pabilasaya msk bilk saya kaki saya dikerumun dngn kutu maca mana yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..maaf saya lewat membalas.

      utk menghapuskan kutu kucing dan flea yg paling utama perlu dimandikan dan diberikan ubat kutu pada kucing tersebut dan kurung dia buat sementara, manakala utk bilik u perlu utk divakumkan termasuk dibawah karpet, diatas katil dan juga bantal2. Perlu juga dimop menggunakan bancuhan klorox utk mematikan kutu ye.
      Jika tidak anda akan mengalami kegatalan yang teruk

      Delete
  9. Assalamualaikum, saya nak tanya, saya spray Menggunakan frontline spray dekat seluruh badan kucing tu. Saya tak baca panduannya dulu. Patutnya kene spray dekat celah2. Apa patut saya buat? Boleh menyebabkan kematian ke?

    ReplyDelete