Wednesday 5 September 2018

RAW FOOD DIET untuk kucing kesayangan kita..bolehkah diberikan?

Pelik bunyi soalan di atas kan? Ramai yang agak skeptikal dengan jawapan tentang memberi kucing2 kesayangan kita makan makanan mentah..

Jawapannya ialah YA, BOLEH diberikan makanan mentah untuk kucing2 kesayangan kita, tetapi ada cara yang perlu diketahui, juga pro n cons..

Instinct semulajadi kucing, termasuk juga kucing2 peliharaan kita yang comel dan manja, ialah untuk mencari makanan. Jika dibiarkan di luar rumah dalam keadaan liar, kucing akan berjaya mencari makanan sendiri dalam bentuk semulajadi, dan mentah.

Kucing merupakan obligate carnivore..dalam ertikata lain mereka perlukan 'daging' untuk hidup. Kucing tidak perlukan karbohidrat atau sayur2an untuk hidup, dan sebenarnya kucing hanya boleh menerima sedikit karbohidrat dalam pemakanan mereka. Sebaliknya, kucing amat memerlukan protin yang tinggi dan juga  yang kaya dengan amino acids seperti taurine, fatty acids, serta vitamin dan garam galian ie minerals yang terkandung didalam daging.


Apa sebenarnya Raw Diet untuk kucing?

Raw diet bermaksud memberikan kucing kita makan makanan yang tidak dimasak yang merangkumi daging mentah haiwan, daging dari organ haiwan dan juga tulang. Ini kita namakan BARF ie ' bones and raw food' atau 'biologically-appropriate raw food'. Paling mudah, ianya merangkumi daging mentah, organ mentah seperti hati ayam, jantung dan juga rangka haiwan yang boleh dan sesuai dimakan. Secara umumnya, seekor kucing liar akan memakan apa saja haiwan kecil yang bergerak seperti tikus, ikan, burung2, serangga, cicak dsbnya, jadi raw diet untuk kucing seolah2 memberikan kucing2 peliharaan kita  makanan mentah seperti yang tersebut.

Pro n Cons memberikan raw diet pada kucing..

Ada yang berpendapat memasak makanan akan menyebabkan kerosakan kepada daging atau mengubah komponen2 perlu yang ada di dalam daging. Mereka juga percaya raw diet memberikan kelebihan dari segi kesihatan kepada kucing, menjadikan kucing sihat dan aktif serta tidak gemuk, gigi yang lebih kuat dan bersih, bulu yang lebih bersinar serta kesihatan yang lebih baik secara keseluruhannya.

Pakar Veterinar menyatakan elemen utama yang tidak ada dalam makanan mentah ialah carbohydrate dalam bentuk starch dan gula.. Kedua2 bahan ini jika ada dalam kandungan makanan kucing boleh menyebabkan berbagai masalah kesihatan seperti diabetes, obesity, athritis dan inflammation serta masalah saluran kencing atau urinary tract disorder.

Tetapi perlu diingat daging mentah mempunyai beberapa kuman atau patoen tertentu seperti Salmonella dan E.Coli yang boleh memudaratkan kesihatan dan nyawa kucing. Jadi ada beberapa perkara yang kita perlu ambil kira jika ingin memberikan makanan mentah kepada haiwan peliharaan kita bagi mengelakkan bahaya kontaminasi.

Bagaimana nak menyediakan makanan raw food untuk kucing kita?

Yang paling utama ialah kebersihan ketika menyediakannya..

Untuk mengelakkan cross contamination kita perlu pastikan makanan mentah tersebut ie daging, ikan etc disimpan frozen, dinyahbeku secukupnya sebelum diberikan pada kucing.

Bekas makanan kucing juga perlu dibasuh bersih dan tidak dibiarkan begitu sahaja selepas memberikan mereka makan.

Bagi daing haiwan yang besar seperti daging lembu, turkey atau ayam, ianya perlu dibasuh bersih dan dipotong kecil2 atau dikisar dan sebelum diberikan kepada kucing. Jika ingin memberikan tulang mestilah bahagian tulang yang tidak menyebabkan kucing kita tercekik etc seperti bahagian dari burung puyuh, dada ayam.

So..ringkasnya memang boleh diberikan makanan mentah kepada kucing kita tetapi perlu disediakan dengan bersih dan berhati2.



16 comments:

  1. Hi, saya jumpa kucing jalanan dan berminat untuk jadikan pet. Apakah langkah2 pertama yang perlu saya ambil as this is my first time having a pet?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, it's very kind of u nak bela kucing jalanan tu. Jika kucing tersebut sudah agak besar mungkin agak sukar utk u jinakkan dia, dan yang paling penting kena ajar menggunakan pasir utk najis jika u ingin jadikan dia kucing rumah ye. Antara perkara yang perlu u lakukan dan agak penting ialah membawanya ke vet untuk pemeriksaan kesihatan, suntikan dan ubat cacing. Sebenarnya tidak terlalu susah untuk memelihara kucing, cuma sediakan tempat makan yang bersih dan tempat minum, makanan boleh diberikan kibbles apa2 jenama mengikut kemampuan u dan juga boleh diselang seli dgn wetfood samada yang sedia ada atau boleh juga u rebuskan ayam atau ikan untuk dimakan.

      Delete
  2. kalau kucing makan raw food mcm daging kambing setiap hari boleh ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tetapi kena pastikan daging kambing tersebut dipotong kecil2 serta dibersihkan terlebih dahulu

      Delete
  3. Dalam awal pkp ni, ada kucing dtg rumah saya, mulanya saya kasi mknn dryfood adult, tapi rupanya ayah saya kata dia masih kitten(saya tak tahu as saya takda ilmu tentang kucing) dan saya kasi air, dia jarang minum.. And then saya try beli whiskas wetfood(tuna and mackerel), dia makan. Lepas baca survey makanan kucing, saya try kasi nasi+ikan kembung rebus, dia makan sikit je. Lepastu, saya try kasi telur kuning... Malam, saya kasi wetfood+nasi,tapi dia xnak mkn.. Boleh nasihatkan tak, wajar ke rutin ni and mknn apa yg lebih baik kalau xwajar rutin ni?
    Thankyouu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya terlewat membalas..
      Jika untuk kitten biasanya kita akan berikan soft diet lebih dari dry food. Soft diet seperti ikan rebus tanpa nasi lebih baik dari dicampurkan nasi, begitu juga wetfood tak perlu dicampurkan nasi. Untuk kitten ada jenis dry food yang boleh diselang selikan dengan wetfood, dan mungkin jika dia tak selera boleh cuba jenama lain

      Delete
  4. Hai nak tanya sy baru kali pertama bela anak kucing(parsi) umur 1bulan..sy keliru bole ke bagi makan dada ayam dan labu yg dah direbus dan diblend.
    Dan bagi makan setiap hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi..untuk peringkat awal ini anak kucing memerlukan makanan yang lembut, jadi boleh u berikan dia dada ayam dan labu yang diblend hancur serta lembik ye. boleh juga diberikan setiap hari tetapi elok juga jika diselang selikan dng makanan kering khas utk kitten

      Delete
  5. Hello admin.. Nak tanya blh tdk bagi kitten umur 5 bulan wet food sekali atau dua kali ja dlm seminggu dan hari2 seterusnya dry food.. Mna lebih mereka perlukn dry food or wet food.. And perlukah lagi bagi minum susu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello.. kitten pada umur 5 bulan boleh diberikan wet food sesekali dan lebih kepada dry food, asalkan dry foodnya mengandungi cukup nutrisi dan vitamins ie dari jenama yang premium. Susu boleh diberikan bergantung pada kesukaan kucing masing2, tetapi paling utama ialah bekalan air bersih perlu ada sentiasa ye

      Delete
    2. Hello.. Blh sy dpt kan nombor whtsapp utk pertanyaan lebih lanjut tentang kucing

      Delete
    3. Hello.. Blh sy dpt kan nombor whtsapp utk pertanyaan lebih lanjut tentang kucing

      Delete
    4. Hello.. Blh sy dpt kan nombor whtsapp utk pertanyaan lebih lanjut tentang kucing

      Delete
  6. Salam, sy nak tanya.kucing sy betina bahagian duburnya kluar cecair warna putih, dlm kuantiti yg ckit la. Hnya titis je, kadang2 dia jilat cecair tu, dia makan semua ok, kenapa ye. Adakah tu tanda kucing sy keguguran. Sebab kucing betina saya tnggal ngan kucing jantan. Harap dr dpt tolong,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..cecair warna putih dari dubur biasanya tidak menunjukkan masalah yang serius kecuali jika dia mengalami ketidak selesaan yang teruk atau mengeluarkan cecair seperti nanah atau darah.

      Delete