Tuesday 29 September 2015

Mange : Jangkitan mites pada kucing

Dah agak lama aku tak menulis entri baru..agak sibuk dengan tugasan harian di klinik. Hanya sempat menjawab pertanyaan2 yang sentiasa ada dari penggemar kucing2 dalam beberapa topik yang pernah aku tulis.

Now, baru2 ni salah seekor kucingku mengalami jangkitan kulit berkeruping di telinganya. Puas dibersihkan dan diubati tapi ianya akan datang semula. Kerupingnya agak tebal dan boleh menyebabkan luka ditelinga jika dibiarkan. Puas meneliti, rupanya ada jangkitan mites atau dipanggil "Mange". So hari ni aku nak berkongsi ilmu tentang jangkitan mange pada kucing. 


APA ITU 'MANGE' PADA KUCING?

Mange agak jarang didiagnose pada kucing tetapi lebih kerap pada anjing, walaupun sebenarnya banyak berlaku. Mange merupakan jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh beberapa species mites atau hama yang halus. Sesetengah jenis hama atau mites ini merupakan normal residents pada kulit dan folikel rambut kucing, manakala sesetengahnya kita panggil parasit. Dalam kedua2 keadaan, mites ini akan menyebabkan sedikit sebanyak radangan atau jangkitan pada kulit jika mereka membiak berlebihan.

Penyebab mange pada kulit kucing..

'Feline sarcoptic mange' (Sarcoptes scabei) sangat jarang berlaku. Kadangkala dipanggil scabies, ianya disebabkan oleh hama atau mites kucing yang sangat halus ie mikroskopik, berbentuk oval dan berwarna cerah. 

Notredic manges (Notredes cats) juga dikenali sebagai feline scabies kerana rupanya menyamai  sarcoptic mange pada anjing. Mites ini akan menyebabkan jangkitan yang serius pada kucing, bermula dari muka dan telinga dan boleh merebak ke seluruh kulit kucing.


Notredic mange pada telinga kucing

Mange pada kulit kucing akibat tidak dirawat.

Mange yang tebal pada telinga

Mange 
## Notredic mange ini sangat mudah berjangkit diantara kucing2 yang berada disekitaran yang sama.



Demodectic mange (disebabkan oleh Demodex cati atau Demodex gatoi)  amat jarang dan tidak berjangkit. Mites yang berbentuk seperti cigar atau cerut ini merupakan resident biasa pada kulit dan folikel rambut kucing yang sihat. 


Apakah tanda2 biasa jangkitan mange pada kucing?

Mange akan menyebabkan kucing kita restless, mengalami kegatalan yang teruk dan akan menyebabkan kucing kita menggaru bahagian yang dijangkiti secara berlebihan. Tanda2 ini biasanya bermula dalam tempoh seminggu selepas exposure atau jangkitan. Tipikalnya ia akan menyebabkan tompok2 hair loss atau 'moth-eaten appearance' pada kulit. Bahagian yang kerap dijangkiti ialah telinga dan muka, serta boleh merebak ke seluruh bahangian kulit kucing kita.

Apabila manusia bersentuhan dengan kucing yang menghidapi mange ini, mites ini akan menyebabkan tumbuh ruam atau bintat merah pada kulit, dan ianya akan menyebabkan kita terasa gatal. Kebiasaannya ruam ini akan reda sendiri (self-limiting), kerana mites ini tidak akan dapat meneruskan kitaran hidup seperti biasa pada kulit manusia. 


Apa perlu kita buat?

Langkah paling awal ialah dengan membawa kucing kita ke vet. Biasanya vet akan melakukan skin scraping dan menganalisa dibawah mikroskop untuk menentukan mites, tetapi jika mites ini banyak dibawah kulit mungkin vet akan bergantung pada clinical history. 


Bagaimana mange dirawat?

Langkah pertama ialah mengasingkan kucing kita yang dijangkiti dari kucing2 atau pets lain untuk mengelakkan jangkitan mange ini merebak. Biasanya vet akan memberikan suntikan untuk mematikan mites yang ada didalam kulit, kebiasaannya sebanyak dua kali dalam masa 10 hari. 

Vet juga akan memberikan ubat topikal untuk membantu membunuh mites, kebiasaannya untuk kita apply di  belakang leher kucing bagi mengelakkan kucing kita menjilatnya. Jika jangkitan mange itu teruk dan septic, mungkin akan ada tambahan antibiotik dan  medicated shampoo yang akan diberikan.


Ini antara topikal solution untuk disapu pada kucing yang meghidapi jangkitan mange


Walaupun agak mudah untuk mematikan mites penyebab mange ini, kesan paling awal akan kelihatan dalam tempoh sebulan dari waktu kita memulakan rawatan.


Apakah langkah2 pencegahan untuk mengelakkan jangkitan mange berulang?

# Sekiranya kucing kita disahkan mengalami mange, kita perlu menukar atau membersihkan sepenuhnya tempat tidur, collar, mainan, bekas makanan dan minuman serta bekas pasir kucing kita dll yang biasa kita gunakan untuknya.

# Jika kita rasa mungkin kucing jiran kita menjadi penyebab jangkitan itu, adalah lebih baik kita elakkan kucing kita dari keluar bermain dengan kucing2 lain.

# Rawatan ulangan ke vet amat perlu untuk memastikan kucing kita benar2 telah bebas dari jangkitan mites penyebab mange ini.

# Kita juga perlu memeriksa telinga kucing kita kerana mites boleh juga menyebabkan jangkitan pada telinga ie ear mites.




22 comments:

  1. hai, maaf menganggu! sy ade 4 ekor ank kucing br berumur 2 bulan. dlm seminggu ni diorg x leh gerakkan kaki-2 mcm kene tarik. ade yg ckp mrk kena sawan. mrk x leh berjalan dan klu berjalan dorg akan sorokkan kaki yg sakit. satu ekor dr dorg, x leh berjalan langsung klu suruh duduk pun dia akan tergolek sendiri tp klu diberi makanan dorg makan sampai licin.bley saya tahu apa masalahnya dan langkah-2 yg bley dibuat?? dah 2minggu lebih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, semua ni berlaku secara tiba2? Ingin saya tau samada kucing2 tu boleh kawal buang air besar dan kecil mereka tak? Dari tanda2 yg ditunjukkan mungkin kucing u mengalami masalah berkaitan saraf, samaada paraplegia atau paralysis, ie lumpuh atau lemah sebhgian anggota. Ia boleh jadi sebab kecederaan tulang belakang atau jangkitan virus atau kuman. Sekiranya tiada perubahan saya nasihatkan u bawa ke vet utk rawatan lanjut. Jika ada perubahan ie boleh berjln sikit2 cuba bantu dgn melakukan senaman pada kaki kucing tu.

      Delete
  2. Salam dan hai.. Pertanyaan sy maybe terkeluar sdikit dr topik entri ini.. Soalan adakah anak kucing yg berusia 1bln perlu divaksinkan? Dan pd usia berapakah anak kucing ini boleh mula diberikn makanan berat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam n hi..anak kucing boleh mula divaksinkan pada umur 8 minggu ke atas. Bagi makanan pula, pada umur 4 minggu biasanya anak kucing sudah mula pandai makan, jadi boleh mula memberikan soft diet dahulu..dan lihat perkembangan anak kucing u..

      Delete
  3. Salam and maaf menganggu saya ada terjumpa seekor ank kucing yang kena langgar tapi saya xtaw sama ada dia mengalami patah pada anggota badan or tidak..ank kucing tue hanya terbaring jew.. jd apa perlu saya lakukan...or ada cara lain untuk merawat ank kucing tue selain dari bawa ke klinik..sbb saya takut cost tinggi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..ada tak nampak tanda apa2 seperti luka diluar badan, kakinya tak bergerak lansung bila diusik dsbnya? Jika tak boleh membawanya ke klinik dia mungkin akan sembuh atau sebaliknya. Buat masa sekarang jgn paksa dia bergerak atau bangun, tapi pastikan dia boleh mkn dan minum

      Delete
  4. Hi, kucing saya beranak 4 dlm 230pm. Tp smpai skrg 2am die menggigil/teketar2 dan keluarkan lidah mcm anjing. Keadaan xlemah. Mkn minum ok. Knp ye? Firstime jaga kucing. Terima kasih untuk jwpnnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..maaf lewat saya dapat menjawab soalan cik. Kebiasaannya kucing akan menjulurkan lidah dan bernafas agak laju kerana dia kehilangan darah yang banyak dan tenaga sewaktu melahirkan. Yang penting dia dapat makan dan minum dengan baik dan tau menyusukan anak2nya yang baru lahir.

      Delete
  5. Assalamualaikum..kucing sy da tnjukkn. Tnda2 nk beranak,tapi sy x nk die beranak dlm rumah jd sy sediakn satu sangkar untuk die beranak sy letak luar rumah bawah meja.tapi kucing tu mcm x selesa dduk dlm tu asyik mengeow2 drpd td..ptut ke sy biarkn je kucing tu dlm sngkar tu smpai die beranak nnti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. Kucing pada kebiasaanya akan seboleh mungkin mencari tempat yang dirasakannya selamat supaya tidak ada kucing2 lain atau sesiapa yang akan mengganggu anak2nya. Dia mengeow kerana dia tidak rasa selamat berada diluar rumah walaupun di dalam sangkar. Jika puan ingin membiarkannya di luar, biarkan dia di dalam sangkar tersebut bersama dengan bekas makanan dan minuman yang cukup serta cuba letakkan sesuatu sebagai opelindung diluar kandang supaya dia rasa lebih selamat. Serta jika boleh sediakan keadaan yang selesa dan bersih seperti meletakkan kain2 bersih yang tidak digunakan sebagai lapik untuk dia bersalin nanti, yang mudah untuk kita bersihkan dan buang selepas dia bersalinkan anak2nya. Yang paling penting pastikan keadaan sekitarnya tidak mendatangkan bahaya pada kucing.

      Delete
  6. asalamuailaikum ....kucing saya bru 2 hari lahir...tetapi tali pusat ank kucing melekat 4 ekor sekli....yg lagi seekor dh mati.macam mna saya nk keluarkan dia..adakah saya patut bawa ke vet? berapa kos nyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. ke4 anak kucing berkongsi satu uri ke? saya jangkakan semua anak kucing tersebut sudah lahir dan seekor mati tetapi masih melekat diuri rasanya. Kena potongkan tali pusat kucing yang mati tersebut supaya dapat diasingkan dari yang lain. Jika boleh lakukan sendiri dirumah, ikatkan tali pusat tersebut dgn benang bersih sebelum memotong bahagian tali yang hampir dgn perut anak kucing yang mati. jika tak boleh kena bawa ke vet sekiranya ibu kucing tidak memutuskan sendiri tali pusat anak tersebut.

      Delete
    2. maaf terlupa..tentang kos saya rasa ianya tidak mahal kerana prosedur tersebut sangat simple

      Delete
  7. salam, nak tanya.. kucing sy dah branak 1 ogos haritu, skrg kira nya dah 12 hari anak nya lahir.. anak ada 3 ekor. 1 mati, 1 sihat, 1 lagi mcm lemah sikit but still survive.. doktor pun cakap yg lemah tu peluang dia 50 50.. sy dah try bagi susu formula, ada laa besar sikit dah badan dia.. tapi semalam lepas sy bagi susu formula tu dia minum smpai habis tau 10cc ikut sukatan dkt guidelines susu tu. tapi dari semalam dia tidur je tak banyak sgt bergerak.. mak dia pun asyik timpa/duduk je atas dia.. sy slalu aturkan balik posisi anak dia takut anak tu lemas disbbkan si ibu.. soalannya, knp dia jadi lemah sikit and tidur tu ye? sblm ni byk je dia bergerak jalan slow2.. adakah anak kucing tu terlalu kenyang ke mcm mana ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..saya kira ibu kucing tersebut tidak begitu mahu menyusukan anaknya kerana u perlu memberikan susu formula. Pada usia 12 hari ada kemungkinan dia terlebih kenyang kerana 10cc tu agak banyak juga utk satu hidangan, dan secara semulajadinya apabila dia lapar dia akan meminta susu semula.

      Delete
  8. Salam, kucing sya baru beranak lebih kurg 2 minggu lps. Lps tu td sayabwk balik anak kucing yg x beribu. Dia sya agak dlm lebih kurg sebulan 2 minggu umurnya. Sya jgk bercadang nk beri ia menumpang kucing sya, tp kucing sya beri tindak balas agresif kpd anak kucing tu. Boleh ke tak eh sebenarnya nk bg anak kucing sya menumpang kat ibu kucing tu? Dan kalau x boleh, mcm mana nk bg kucing sya boleh terima anak kucing tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya mana2 ibu kucing boleh menumpang susukan anak2 kucing lain ibunya..cuma pada awalnya kebanyakkan ibu kucing akan agak kasar sikit. Cuma saya sarankan letakkan anak kucing tersebut bersama2 anak2 kucing yg lain dlm satu kawasan, akhirnya pasti anak kucing tersebut dpt tumpang menyusu

      Delete
  9. Hye.. Blh tau mcm mna cara merawat kutu dlm telingga kucing ? Kucing sy slalu garuh bahagian wajah smpai bulu atas mata hampir botak.. Vet ckp disebabkn kutu dlm telingga, tpi dah 3 kali jarum 3 serangkai still kucing sy suka mengaruh bahagian muka mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya vet akan membersihkan telinga kucing dan menitiskan ubat didalam telinganya. Kita boleh melakukan yg sama dirumah ye. Perlu dibersihkan setiap hari utk menghapuskan kutu

      Delete
  10. Boleh sy dptkn nombor tuan/puan utk pertanyaan lebih lanjut tentang kucing

    ReplyDelete
    Replies
    1. U boleh emel kepada saya di amihashim67@yahoo.com

      Delete
    2. Is it Dr. Amina ? Wife of Mr. Adnan ?

      Delete