Monday 16 February 2015

Merawat dan mencegah infestasi flea...

Jangkitan flea pada kucing bukan sesuatu yang tidak kerap berlaku. Boleh dikatakan kebanyakkan kucing pernah mengalami jangkitan flea ini terutama bagi kucing yang aktif diluar rumah (outdoor). Merawat kucing yang dijangkiti flea kadangkala boleh menyebabkan kita rasa frustrated..kerana ia kerap berulang-ulang, terutama jika kita memelihara banyak kucing pada satu2 waktu. 

Kebanyakkan dari kita telah tau bagaimana symptoms apabila flea menjangkiti kucing2 kita, seperti yang pernah disebutkan dalam entri terdahulu.."FLEA..amat mudah dijangkiti". Tetapi ramai yang tidak tau kenapa kita perlu merawat jangkitan flea pada kucing2 kita. 

Tanda2 yang common...kerap menggaru

Kenapa perlu mengawal jangkitan flea?

Walaupun ada sebahagian kucing yang mengalami infestasi flea tetapi menunjukkan tanda2 yang sangat minimal, mengawal jangkitan amat perlu dilakukan kerana beberapa sebab termasuk:

# Flea pada kucing sering menjadi pembawa kepada larvae cacing pita @ tapeworm Dipilydium caninum. Kucing kita akan mengalami infestasi tapeworm dengan menelan flea semasa 'self-grooming'.

# Flea juga berpotensi menjadi pembawa kepada agen beberapa penyakit berjangkit yang lain.

# Flea yang dewasa menghisap darah kucing kita untuk survival, bagi anak kucing keadaan ini boleh menyebabkan anemia, dan kucing akan menjadi lemah dan tidak sihat.

# Sesetengah kucing akan mengalami alahan kepada saliva flea dan akan menyebabkan kegatalan yang teruk pada kulit serta excessive scratching, juga penyakit kulit. 

# Flea kucing juga boleh menyebabkan kegatalan pada kulit manusia akibat gigitan.


Kawalan flea jangka panjang.

Apabila flea dewasa telah kita bersihkan dari kucing dan persekitarannya dalam rumah kita, kita perlu mengelakkan atau mencegah dari infestasi yang berulang2. Produk kawalan flea ada beberapa bentuk, ie kolar, shampoo, spray, sabun, powder dan aplikasi topikal secara bulanan. 

Pencegahan merupakan langkah paling baik untuk menghalang infestasi flea dari berulang. Produk untuk pencegahan flea setiap sebulan sekali yang mengandungi agen "Insect Growth Regulators @ IGRs" atau "Insect Development Inhibitors @ IDIs" amat berkesan dan selamat digunakan kepada kucing kita kerana ianya hanya bertindak diatas reseptor yang terdapat didalam flea dan tidak terdapat pada mamalia seperti kucing. 

Diantara produk yang boleh didapati dipasaran ialah Advantage 11 dan Frontline Plus. Advantage 11 sebagai contohnya ialah produk topikal 'spot-on' secara bulanan yang boleh membunuh flea dewasa dan juga larvae. Ianya mengandungi insecticide Imidacloprid. 






Natural ways untuk pencegahan dan penghapusan flea dari kucing..

Bagi sesetengah pencinta kucing mungkin tertanya2 selain dari menggunakan bahan chemical seperti diatas untuk mencegah flea..mungkin ada cara semulajadi yang boleh kita gunakan bagi tujuan yang sama...





1. 'Flea comb'.


Flea comb untuk kucing sama seperti flea comb untuk anjing, atau kita boleh gunakan sikat2 yang bermata halus untuk menggantikan flea comb. Sesetengah kucing tidak suka bau citrus lemon, tetapi oleh kerana kita tidak menggunakan jus lemon secara direct, sensitiviti kucing pada baunya boleh dikurangkan. Flea dewasa tidak tahan dengan bau lemon, jadi cara ini dapat menjauhkan flea dari kucing. Dengan menggunakan sikat dan lemon, kita dapat mengeluarkan flea dari bulu kucing dan bau lemon yang tertinggal akan mengelakkan flea dari datang semula. 



Apa yang kita perlukan:

- sikat flea atau sikat bergigi halus
- 2-3 biji lemon
- 3 cawan air
- sebiji periuk
- botol spray

Cara2nya:

Tuangkan 3 cawan air ke dalam periuk dan masukkan 3 biji lemon yang telah dipotong2. Didihkan sehingga mendidih dan biarkan sejuk selama 3 jam. Asingkan lemon dan partikel2nya dari air didihan, dan masukkan air didihan tersebut ke dalam botol untuk spray (botol kaca lebih baik dari plastik kerana kesan asidic dari lemon mungkin merosakkan plastik). Spraykan pada kucing sambil meratakannya menggunakan sikat flea. Boleh juga jika menggunakan bekas mangkuk kaca dan rendamkan sikat flea sebelum memberus bulu kucing kita. Lakukan kedua2 cara ini dua kali sehari. Kita boleh juga menggunakan spray pada tempat tidur kucing2 kita bagi menghalau flea.


2. Mandian atau spray menggunakan apple cider vinegar.

Vinegar (cuka) atau apple cider vinegar mempunyai bau yang agak kuat dan secara semulajadinya boleh menjauhkan flea dari kucing. Mencampurkan vinegar pada mandian atau digunakan sebagai semburan pada kucing tidak akan mengubah pH kulit kucing kita dan ianya merupakan cara terbaik untuk menghalang flea dari menginfestasi kucing kita.




Apa yang kita perlukan..

- botol spray
- 3 cawan apple cider vinegar atau cuka biasa
- shampoo untuk kucing (mild)

Cara2nya:

Masukkan apple cider vinegar ke dalam botol spray dan spraykan kebadan kucing, ratakan keseluruh tubuh kucing kita, dan biarkan. Alternatif lain ialah dengan memandikan kucing kita, samada dengan apple cidar vinegar sahaja atau mencampurkan apple cider vinegar dan shampoo kucing yang tidak terlalu kuat dengan ratio 1:1. Mandikan kucing dengan campuran shampoo tersebut, ratakan ke seluruh badan dengan menumpukan ke bahagian kepala, kerana flea akan berkumpul di bahagian kepala apabila kucing tersebut masuk ke dalam air, dan biarkan selama 5 minit sebelum membilasnya. Selesai dibilas kita perlu sikatkan dengan sikat yang halus untuk membuang flea2 yang ada dari bulu kucing. 


3. Trap air bersabun untuk flea.

Flea, secara semulajadi akan tertarik pada cahaya. Satu cara yang kita boleh lakukan untuk membunuh flea ialah dengan meletakkan satu bekas air yang cetek dan bersabun dibawah cahaya lampu, supaya apabila flea melompat ke arah cahaya ianya akan jatuh ke dalam tray air tersebut dan lemas. Elok gunakan air panas atau suam.

Apa yang kita perlukan..

- bekas air yang paling rendah atau cetek (penutup plastik yogurt antara yang sesuai)
- air panas atau suam
- sabun pencuci
- lampu

Cara melakukannya:

Penuhkan bekas yang cetek dengan air suam atau panas bersabun dan letakkan dibawah lampu yang menyala pada waktu malam. Periksa dan kosongkan diwaktu pagi dan ulangi lagi trap yang sama pada waktu malam.


4. "Dry D.E Shampoo"

'Diatomaceous earth' @ DE merupakan batu semulajadi yang terbentuk dari fosil ancient algae yang berkulit keras dikenali sebagai diatom. Mudah dihancurkan, DE amat berkesan dan selamat untuk membunuh flea. Walaupun tidak merbahaya pada manusia dan haiwan peliharaan, ianya boleh membunuh flea kerana bucunya yang tajam dan halus yang dapat menembusi rangka luar flea yang tebal dan berminyak, dan flea akan mati disebabkan oleh dehydration.  Amat penting untuk menggunakan 'food grade DE' kerana jenis yang terlalu halus tak akan dapat membunuh flea. Food grade DE selamat untuk digunakan externally atau internally pada manusia dan haiwan, maknanya jika kucing kita menjilat bulunya yang disapukan DE, ia adalah selamat dan tak akan mengakibatkan masalah pada kucing kita.

Perkara terpenting yang ingin kita elakkan ialah menyedut DE sewaktu merawat kucing, so perlu gunakan mask. 




Apa yang kita perlukan..

- food grade DE
- Gloves

Cara melakukannya..

Dengan menggunakan glove, taburkan atau bedakkan DE ke serata tubuh kucing dan meratakannya supaya tak ada yang bergumpal disatu bahagian sahaja. Elakkan dari terlalu hampir dengan hidung kucing. Boleh juga dilakukan pada tempat tidur kucing dengan meratakannya (make sure tidak berlebihan) seminggu sekali. Pada badan kucing kita boleh lakukan setiap sehari sekali. 

++ DE mungkin tak banyak boleh didapati di Malaysia though..



KENALI MUSUH KITA..FLEA.

Memahami flea boleh membantu kita untuk mengatasinya.. Seekor flea melalui 4 peringkat hidup : telurlarva, pupa dan dewasa. Semasa flea betina dewasa menghisap darah kucing, telur2nya akan dilepaskan ke kulit dan bulu2 kucing. Telur2 ini mudah terjatuh dan tidak melekat pada bulu, dan ini menjadikan tempat tidur kucing paling kerap dipenuhi oleh telur2 flea. Untuk memusnahkan flea, kita mesti memusnahkan setiap peringkat hidupnya, telur dan flea dewasa terutamanya agar larva dan pupa tidak terjadi. 


Tindakan yang boleh kita ambil....

Bunuh flea dewasa: Gunakan flea comb untuk menangkap flea dewasa dan lemaskan dalam air yang bersabun (flea sukar dibunuh kecuali dilemaskan kerana ia sangat pantas melompat). Ini diikuti dengan memandikan kucing kita dengan shampoo anti flea..jika kita boleh mendapatkan DE kita boleh menaburkannya di pet bedding kita dan carpet, seterusnya memvakum carpet selepas 30 minit.

Hapuskan telur flea: Vakum, vakum, vakum. Kita perlu kerap memvakum terutamanya dikawasan tidur kucing kita, peralatan tidurnya perlu kerap dibasuh dengan air panas serta boleh dicampurkan dengan cuka biasa, dan selepas memvakum ianya perlu dikosongkan atau jika boleh dibuang vakum beg dengan segera untuk mengelakkan telur menetas dan kitaran flea bermula semula. Perlu diingat telur flea menetas setiap 2 hari hingga ke 2 minggu.





Halang pembentukan larvae dan pupa: Jika kita kerap mengulangi langkah2 diatas, pembentukan dan reproduksi larvae dan pupa boleh dihalang kerana ianya akan hanya boleh terjadi apabila mereka menghisap darah. 

Pencegahan: Populasi flea adalah dalam pecahan berikut; 50% telur, 35% larvae, 10% pupa dan 5% dewasa. Jadi kita boleh faham kenapa kerap memvakum dan menggunakan spray seperti spray lemon boleh membantu kita mengatasi masalah infestasi flea yang berulang2. 




Untuk kitten: Merawat flea pada kitten sangat challenging. Ubat2 untuk flea biasanya tidak boleh digunakan sehingga umur tertentu, dan untuk menggunakan DE jika ada mestilah dengan berhati2 dan memastikan kita tidak berlebihan menggunakannya. Jadi langkah yang paling selamat ialah menggunakan flea comb dan spray lemon atau mandian menggunakan shampoo antiflea yang selamat, walaupun agak memakan masa dan memerlukan kesabaran ...







39 comments:

  1. Salam,tq for the info.sgt2 berguna tuk sy... :-)

    ReplyDelete
  2. Salam. Maaf saya ingin bertnya. Saya mempunyai seekor anak kucing yang berumur 6 bulan. Stray cat. Masa ambil kurus sekarang dah gebu. Boleh ke saya mandulkan dsn bila masa yang sesuai utk dimandulkan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, pada usia 6 bulan kucing sudah boleh dimandulkan atau dineuter, ianya lebih baik dan dibolehkan mengikut ugama.

      Delete
  3. Saya baru menemui blog ni dan banyak maklumat berguna yang dapat dikongsi..terima kasih.

    ReplyDelete
  4. saya biasa guna apple cider.front line guna 3 bulan sekali

    http://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/cara-bagi-kucing-makan-di-kedai-makan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih..incase ada apa2 yg boleh dikongsi boleh share

      Delete
  5. Alat test kehamilan kucing harge nye brape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk kucing tak ada dijual alat test kehamilan ye, yg utk manusia tak boleh digunakan kerana hormon yg berbeza. U boleh tau kucing pregnant atau tidak dgn melihat puting susunya yg membengkak dan juga perutnya.

      Delete
  6. Assalamualaikum..encik sy nk tnya..anak kucing sy berusia 3 minggu..kesian depa masih baby..semua 3 ekoq..sy perlu bawa jumpa veterinar ka sbb depa cirit..kesian..cuma.minum susu ibu ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, biasanya umur 3 minggu sangat kecil utk cirit birit..jika boleh dibawa ke vet lebih baik n jika tidak, mungkin boleh kawal pemakanan ibunya dulu agar dia lebih sihat dan susunya akan mencukupi utk anak2nya

      Delete
  7. Tp ibu kucing sy cuma.mkn whiskas dgn isi ayam.ja..tak ada masalah..tp anak dia.la.. baby kucing tu blh disuntik dak encik? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin buat sementara waktu ni cuma berikan ibu kucing tersebut mkn whiskas dry food tanpa ayam sahaja sehingga baby kucing tu berhenti cirit. Biasanya vaksinasi bermula pada umur 6 minggu ke atas, tapi ubat cacing boleh diberi pd umur 4 minggu mengikut nasihat vet

      Delete
  8. Ok..terima kasih encik.. dlm 3 ekoq..yg seekoq tu shj yg cirit..kesian sy tgk.Terima kasih encik. :)

    ReplyDelete
  9. Ok..terima kasih encik.. dlm 3 ekoq..yg seekoq tu shj yg cirit..kesian sy tgk.Terima kasih encik. :)

    ReplyDelete
  10. as salam..kucing saya selalu mengiau sakit dan apabila lepas makan ikan dia spt tercekik..spt hendak mengeluarkan sesuatu dr mulut..air liurnya slalu meleleh dan berbau busuk serta asyik terjeler lidah..nk bwk jumpa vet ibu sy x kasi..bley bgtau apa masalah dia & apa perlu buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, saya rasa kucing u mengalami masalah foreign body ditekaknya, dlm kes ini mungkin tulang ikan. Buat sementara waktu berikan dia wetfood yg lembut supaya dia boleh makan. Sekiranya tak boleh dibawa ke vet, boleh cuba berikan kucing tu ubat papase utk mengurangkan bengkak, boleh dibeli diklinik atau farmasi biasa, berikan sekali sehari. Ianya aksn membantu mengurangkan bengkak dan sekiranya mmg ada tulang yg terlekat ianya akan tanggal dan keluar sendiri, cubalah ye

      Delete
  11. assalamualaikum .. kitten sy berumur 5week dan sngat aktif . problemnya , dy slalu mengigil time tido n badannya lbih hangat dri biasa . dy pernah dmam sblum itu . harap tlong terangkan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, kitten yg aktif pada waktu siangnya mmg akan selalu kelihatan seperti menggigil apabila tidur dan terasa hangat sedikit, tapi jika dia tidak berterusan demam sepjg hari insyaAllah tiada yg perlu dibimbangkan

      Delete
  12. penerangan yg bermakna itu tadi . lega sikit rasa hati ni . ^^

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,sy nk tnya..smlm kucing sy,tgn kiri dia tiba2 sakit,tak tau la kena ketik atau apa,sy check tak ada apa.Lepas tu,hari ni tgn kanan plak sakit dan badan panas.Klinik haiwan tutup haqi ni.. mcm mna ya? Sebab esok hari raya korban.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..rasanya kucing u denam tu, biasanya utk demam kita tak berikan apa2 ubat just berikan air bersih dan pastikan keadaannya selesa. Jgn diurut bhgn yg sakit ye. Jika ada vet yg buka n confirm kucing u denam baru vet akan bg antibiotic jika perlu. So sementara ni cuma make sure kucing u minum ye

      Delete
  14. Bila sy pegang,buh minyak angin,urut pelan2..Dia sakit jgk..aduih ..lagu mna ni..klinik plak tutup,best week baqu buka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn urut atau sapu minyak apa2 dibahagian yg sakit tu ye..biarkan dia berehat.

      Delete
  15. Mintak tolong sangat..anak kucing saya kena jangkitan radang paru2...dia selera makan...tp nafas tlmpau laju...smpai kekadang mcm x cukup nafas...ad tak cara traditional untuk ubati nya ? Dah bawak pegi klinik..tp keadaan dia masih merisaukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur Farhana..berkemungkinan anak kucing u mengalami feline asthma ie semput yang menyebabkan dia tercungap2. Jika dia boleh makan kebiasaannya dia boleh sembuh tapi perlu direhatkan, maknanya kurangkan aktiviti anak kucing u. Seeloknya kurung dia dalam sangkar yang bersih dan tidak terdedah pada angin yang kuat ye.

      Delete
  16. Salam.sbnarnya sy buntu,n sy cri penyakit d entenet cra untuk plih kan kcing boy sy..dan sy jmpe blog nieh.sy pon prlukan bntuan awop kucingku duniaku!,skunk nieh ,kucing boy sya,sy xthupenyakit kcing sy.dkat kepala smpai dkat leher dy ada mcm cuping atau pnggilan y snang.mcm kudis.klu sy kutir sy tngok mcm kuping lps sy kutir.pastu merah darah skit ..dy ada bnyk dkat kawasan kepala.mcm kelemomo..pastu kcing boy sy.xsehat .nmpak lemah dan mkn pon mcm nok xnak je..dy mkin mula nk kurus.ape y sy harus lakukan..tlong bri bntuan dkat sy kucingku duniaku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, saya jangkakan kucing u mengalami jangkitan fungus yang teruk, berkuping dan bila dikeruk akan luka. Pertama jika dapat lebih elok bawa ke vet yang berdekatan, jika tidak dapat berhati2 untuk membersihkan luka di kepalanya. Cuba dapatkan ubat antifungal yang boleh didapatkan dari farmasi jenama sporanox dan berikan pada kucing u. Luka di badan atau kepalanya boleh dibersihkan dan disapukan dengan antibiotic cream ye.

      Delete
  17. dry D.E shampoo nk dapat kt mne yer??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dry DE shampoo mungkin tak ada di sini tapi boleh gunakan medicated shampoo utk kucing

      Delete
  18. Salam dr . tak mengapa ke kalau mereka jilat2 sisa air lemon lepas sikatkan bulu tu ?

    ReplyDelete
  19. Ktq atas info cara hilangkan flea. Kittens saya berusia 6 bulan ada flea dan masalahnya dia indoor cat, tak pernah bawa keluar. So saya akan guna caraperahan limau. Harap ianya berkesa. Tq sharing

    ReplyDelete
  20. Terima kasih infonya. Risau sy tgk si bulus sy asyik menjilat bulunya plus ada bintik2 hitam halus pd bulunya. Moga menjadi tipsnya.

    ReplyDelete
  21. Kalau kucing terhidu semburan shieldtox bole menyebabkan dia sakit tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau disemburkan dengan tepat dan banyak memang boleh menyebabkan kucing kita sesak nafas, terbatuk atau selsema dan juga mengalami jangkitan dimatanya

      Delete