Wednesday 27 August 2014

Feline AIDS @ Feline Immunodeficiency Virus (FIV)

Ramai yang bertanya tentang penyakit "HIV" pada kucing. Sebenarnya pada kucing kita panggil Feline Immunodeficiency Virus @ FIV...bezanya dengan HIV hanyalah pada fakta dimana virus HIV pada manusia tidak boleh menjangkiti kucing, dan vice versa. 

Okay, apa itu FIV atau Feline AIDS? Jangkitan FIV ialah satu jangkitan yang diakibatkan oleh retrovirus kompleks, yang menyebabkan penyakit kekurangan ketahanan badan atau immunodeficiency pada kucing2 domestik. Immunodeficiency bermaksud kegagalan badan untuk menghasilkan ketahanan atau sistem imun bagi melawan gejala penyakit yang biasa. Berasal dari kumpulan virus yang sekelas dengan virus FeLV (Feline Leukemia Virus) dan HIV bagi manusia, FIV boleh tinggal dorman (inaktif) didalam badan untuk beberapa waktu sebelum tanda2 Feline AIDS timbul pada kucing yang dijangkiti, dan pakar2 virus menamakan FIV sebagai lentivirus ('slow virus'). 



# Kekerapan jangkitan FIV?

Jangkitan FIV agak kerap berlaku dikalangan kucing2 domestik di seluruh dunia. Dianggarkan 1.5 - 3% dari keseluruhan kucing2 yang sihat dijangkiti FIV. Tidak banyak diketahui kaitan FIV dengan baka kucing, tetapi ianya lebih kerap menyerang kucing2 jantan berbanding betina. Ini kerana kucing2 jantan lebih gemar merayau dan terdedah pada kecederaan, yang merupakan salah satu cara penyakit ini disebarkan antara kucing. Average umur kucing pada waktu didiagnosis dgn FIV ialah 5 tahun, kurang berlaku pada kucing2 indoor berbanding outdoor. 


1.5-3% kucing2 yang sihat dijangkiti FIV

# Bagaimana FIV tersebar?

Cara penyebaran FIV yang paling utama ialah melalui luka gigtan atau cakar antara kucing2 sewaktu bergaduh. Sebab itu kucing2 indoor yang jarang bergaduh kurang risiko untuk dijangkiti FIV. Cara lain yang boleh tetapi kurang berlaku ialah melalui transmisi semasa kelahiran dari ibu ke anak, atau melalui susuan ibu yang susunya dikontaminasi oleh FIV. Transmisi sexual amat2 jarang menjadi cara penyebaran jangkitan FIV.




# Apa kesan FIV pada kucing?

Kucing2 yang dijangkiti FIV mungkin kelihatan normal pada peringkat awalnya untuk beberapa tahun. Lama kelamaan, jangkitan FIV ini akan menyebabkan keadaan dimana ketahanan diri kucing berkurangan (immunodeficient) dan ini mengakibatkan kucing yang dijangkiti gagal melawan penyakit2 yang disebabkan oleh bakteria atau virus atau fungus atau parasit dan protozoa yang biasanya tidak akan mendatangkan kesan buruk pada kucing2 yang normal. Infeksi atau jangkitan sekunder (secondary infection) ini biasanya akan mendatangkan kesan yang memudaratkan kucing2 dengan FIV.


# Apakah tanda2 penyakit yang disebabkan oleh FIV?

Pada peringkat awal jangkitan FIV, virus ini akan dibawa ke nodus limfa atau kelenjar yang berdekatan dimana ianya akan membiak didalam sel darah putih yang dipanggil limfosit T. Virus ini kemudiannya akan merebak ke seluruh nodus limfa dalam badan kucing yang biasanya akan menyebabkan kelenjar tersebut membengkak sementara berserta dengan demam. Pada peringkat ini jangkitan biasanya tidak begitu disedari oleh kita kecuali jika kelenjar itu membengkak besar dan amat ketara. 

Kesihatan kucing yang dijangkiti akan menurun secara progresif atau ditunjukkan dengan penyakit tertentu yang berulang2 dan kadang2 akan kelihatan sihat diantaranya. Seperti yang dinyatakan lebih awal, tanda2 kucing dijangkiti oleh FIV mungkin tidak kelihatan selama beberapa tahun dan apabila ia sudah menunjukkan simptom, tanda2 kekurangan sistem imun boleh kelihatan dimana2 bahagian tubuh kucing dijangkiti.

     - Keadaan bulu @ coat yang tidak sihat dan demam yang berterusan serta kurang selera makan merupakan antara tanda yang paling kerap dilihat.





        - Inflamasi pada gusi (gingivitis) atau mulut (stomatitis) dapat dilihat dalam 25-50% kucing yang dijangkiti.

Stomatitis
Gingivitis

             - Diarrhoea @ cirit birit yang berpanjangan.

         - Penyakit2 yang minor tetapi berulang2 seperti jangkitan saluran pernafasan  atas (selsema @ URTI), inflamasi pada mata seperti cornea mata dan juga sering berkaitan dengan jangkitan sekunder seperti herpesvirus dan calicivirus.

Kucing dengan jangkitan pernafasan ie URTI

Ulcer pada cornea mata

Jangkitan Herpes pada mata

        - Penurunan berat badan yang perlahan tetapi progressive, dan akhirnya 'wasted' atau kurus melampau.

          - Kelenjar yang membengkak.

          - Kegagalan renal atau buah pinggang yang kronik.

        - Infeksi yang berterusan atau kronik dan tidak menunjukkan tindakbalas dengan ubat yang diberi pada telinga luar yang diakibatkan oleh fungus dan bakteria.

          - Kanser seperti lymphoma dan beberapa jenis penyakit berkaitan darah.

      - Perubahan akibat penyakit sistem saraf @ nervous system, seperti perubahan tingkahlaku (aggression, pacing), gangguan tidur (sleep disorder), pekak atau kurang pendengaran serta penglihatan, dan selalunya melibatkan sistem saraf pada kaki dan tapak tangan.


# Bagaimana diagnosis FIV dibuat?

Ujian antibodi yang positif didalam darah kucing mengesahkan jangkitan FIV. Kebanyakan klinik veterinar melakukan ujian dengan menggunakan kit yang mudah. Dan untuk mengelakkan berlakunya keadaan "false positive" ujian saringan dengan mengambil sampel darah akan dilakukan dan sekiranya ujian ini juga positif, ia mengesahkan diagnosis tersebut.

Bagi anak kucing yang dilahirkan oleh ibu kucing yang dijangkiti FIV, kebanyakkannya akan menunjukkan ujian positif selama beberapa bulan selepas kelahiran. Walaubagaimanapun, kebiasaanya hanya sedikit yang akan kekal dijangkiti oleh FIV. Bagi mengesahkan status jangkitan pada anak kucing tersebut, sekiranya anak kucing itu berumur dibawah 6 bulan dan positif ujian saringan FIV, adalah digalakkan untuk mengulangi ujian tersebut setiap 60 hari sehingga berumur lebih 6 bulan.

Ujian antibodi yang negatif bermakna kucing itu tidak dijangkiti FIV. Walaubagaimanapun jangkawaktu selama 8 - 12 minggu atau lebih lagi diambil untuk paras antibodi yang boleh dikesan akan kelihatan dalam darah, dan jika ujian dilakukan dalam tempoh tersebut ianya mungkin akan bersifat "false negative". Jika sekiranya kucing kita diketahui terdedah kepada kucing yang diketahui positif FIV terutamanya dan terdapat kecederaan dari cakaran dan gigitan, kita dinasihatkan untuk mengulangi ujian tersebut selepas tempoh 60 hari dari ujian pertama, bagi memastikan kucing kita benar2 bebas dari jangkitan. 

Ada juga keadaan dimana ujian darah menunjukkan keputusan negatif tetapi kucing itu menghidapi FIV. Ini berlaku pada kucing yang keadaannya kritikal dan badannya tidak lagi boleh menghasilkan apa2 antibodi.

# Bagaimana untuk mengelakkan kucing kita dari dijangkiti?

Cara yang paling mudah ialah dengan mengasingkan kucing kita dari kucing2 outdoor yang mungkin dijangkiti FIV, kerana transmisi paling mudah ialah melalui gigitan dan cakaran oleh kucing yang menghidapi FIV. 

Selain dari itu terdapat vaksin terhadap FIV yang boleh membantu mengurangkan risiko kucing2 kita mendapat jangkitan FIV, tetapi kebanyakkan vet tidak begitu menggalakkan penggunaan vaksin ini, kerana terdapat kes yang positif FIV selepas divaksin. Jadi cara paling berkesan dan mudah ialah dengan memastikan kucing kita tidak berkeliaran diluar rumah dan bergaul dengan kucing2 liar.

# Bagaimana cara menjaga kucing kita yang positif FIV?


< Kucing yang positif FIV perlu dikuarantin untuk mengelak penyebaran virus ini pada kucing2 lain.

< Kucing perlu di"spay" atau "neuter".

< Perlu diberikan makanan yang berkhasiat dan seimbang.

< Makanan yang tidak dimasak seperti daging mentah atau ikan mentah, serta bahan tenusu yang tidak dipasteurkan tidak boleh diberikan kepada kucing yang positif FIV. Ini bagi mengurangkan risiko mereka dijangkiti kuman bawaan makanan (food-borne bacteria) ataupun jangkitan parasit.

< Perlu membuat lawatan berskala seperti sekurang2nya setiap 6 bulan ke klinik veterinar. Ini bagi memantau keadaan kesihatan kucing dan komplikasi yang dihadapinya.


# Bolehkah manusia dijangkiti oleh FIV?

FIV lentivirus tidak boleh menjangkiti manusia walaupun ianya dari kumpulan yang sama dengan HIV yang menyebabkan AIDS.


#Bagaimana mencuci rumah sekiranya kita memiliki kucing yang positif FIV?

FIV tidak mampu bertahan diluar dari tubuh kucing selepas beberapa jam. Tetapi kucing yang dijangkiti FIV juga mungkin membawa bersama bakteria, parasit, fungus dan virus lain yang boleh tersebar pada kucing2 kita. Jadi segala peralatan untuk makan minum dan tempat bermain kucing perlu dicuci sebersihnya, dan cara paling mudah untuk menghasilkan disinfektan yang berkesan ialah dengan mencampurkan 4 oz cecair peluntur ke dalam 1 gallon air bersih. 


That's all for now...





55 comments:

  1. Salam.Kucing jantan saya berumur dlm lingkungan 7 bulan menghidap penyakit seakan kurap di bawah perut.Warna merah samar dan bentuk bulat.Bulu pula semakin gugur.Tapi dia masih aktif.Harap dpt penjelasan.tk

    ReplyDelete
  2. Salam.Ada lagi satu soalan.Kucing saya dagunya selalu berkerak hitam dan luka manakala mata kerap berair/bertahi mata.Perlu dicuci setiap hari.Saya takut ianya tanda penyakit serius.Minta penjelasan.TK

    ReplyDelete
  3. Salam nuranura, untuk kucing yang berusia dibawah 1 tahun kemungkinan ruam yang ada dibahagian bawah perut lebih kepada jangkitan fungus kulit atau dematophytosis, nama lainnya ringworm, Bulu dikawasan yang dijangkiti akan gugur, dan perlu diingat ringworm amat mudah berjangkit dan merebak. Cuba dapatkan cream antifungus seperti miconazole cream atau thiabendazole cream, selain dari itu kawasan tempat kucing bermain dan berehat perlu dibersihkan lebih kerap. Bagi kucing yang ada kerak di dagunya dan luka ia lebih kepada tanda2 jangkitan flea,http://kucingkuduniaku.blogspot.com/2013/08/fleaamat-mudah-dijangkiti.html. Cuba baca link yang saya berikan. Tentang matanya yang kerap bertahi mungkin ada local irritation, anda boleh cuba dapatkan teramycin ointment untuk disapukan pada kucing tersebut.

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum.. sy nak tanya, jika kucing tu positif fiv, brpa lama ia boleh bertahan? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. Untuk kucing yang positif FIV, jangkawaktu hayatnya agak sukar untuk dijangkakan. Jika kucing tersebut mendapat makanan bernutrisi yang secukupnya, tidak mengalami kecederaan fizikal serta tidak dibiarkan bebas keluar yang boleh memudahkan jangkitan lain pada masa yang sama, kucing tersebut boleh hidup lama berbulan2 atau bertahun2.

      Delete
  5. kebiasaan nya jenis makanan ape yg diberi utk kucing menghidap fiv?kucing sy terkena jangkitan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya kucing yang mengidap FIV akan kehilangan berat gradually dan kurang selera makan. Jangan memberi makanan mentah kepada kucing anda kerana parasit dan cacing dari makanan mentah tersebut boleh memudaratkan kucing. Jika boleh dapatkan makanan yang tinggi vitamins dari jenama terkenal dan khas untuk kucing2 yang bermasalah dengan sistem imun ini, dan jika u ingin menyediakan sendiri makanan dirumah ianya perlu balance, dan tinggi kandungan protin, seperti broth ayam atau daging atau ikan.

      Delete
  6. Salam. Kucing saya berumur 2 bulan. Saya bawak dia pergi vet sebab dia cirit. Sampai sana doktor vaksinkan dia sekali. Kebetulan esok harinya saya kena tinggalkan dia selama lima hari di hotel kucing. Sehari lepas saya ambik dia, saya perasan dia macam lesu, tak aktif macam selalu, dan kurang makan. Petang tu dia langsung taknak makan minum. Dia jugak muntah putih berbuih. Saya bawak pergi vet, doktor cakap kucing saya demam sikit. Tapi saya makin risau bila tengok kaki dia tak boleh bergerak. Agak2 kenapa dengan anak kucing saya tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin anak kucing u dapat demam dari boarding hotel tu walaupun telah divaccine, kerana apabila divaccine tubuh kucing memerlukan masa utk bertindakbalas dgn vaksin tersebut bagi menghasilkan antibodi yg diperlukan. Jika masih tak sembuh saya nasihatkan u bawa semula ke vet utk drip bagi mengelakkan dehidrasi dan rawatan lanjut.

      Delete
  7. Replies
    1. Untuk manusia totally different ubat, totally different management kalau HIV positif

      Delete
  8. Kucing saya mcm ada masalah saraf di kaki..tak boleh berjalan dgn normal dengan kedua dua kaki belakang..sy dh hntar pg vet, doctor kata mngkin virus fiv dan perlu buat blood test..boleh suggest kn sy di mana klinik yg buat blood test dan costs utk blood test..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hafiz dikawasan mana ye? Biasanya diklinik vet sendiri boleh melakukan ujian untuk fiv, jika tak boleh cuba hantar ke hospital vet yang pasti ada kemudahan tersebut. Cost untuk ujian darah tidak terlalu mahal, bergantung pada hospital yang u bawa dia utk rawatan. Jika Hafiz berada disekitar KL atau berhampiran, boleh cuba bawa ke hospital vet di UPM, cost rawatan sangat berpatutan.

      Delete
    2. Berapa lama masa yg diperlukan utk sembuh dr fiv ni..

      Delete
    3. Apabila dijangkiti FIV kebanyakkan kucing tidak akan pulih dari segi penghapusan virus secara total dari badannya, ie samada dia akan menjadi silent carrier untuk virus FIV tanpa sebarang tnda atau simptom klinikal dan kelihatan sihat, atau dia akan mengalami komplikasi FIV yang boleh menyebabkan kematian.

      Delete
  9. Hi...saya nak tanya...kucing saya ada masalah selepas balik dr boarding..lesu...demam...xlalu makan...sy dah bawa ke vet...dan test darah...ujian mnjukkan kan die kena blood protozoa.... dah 21 hari kucing sy makan ubat khas dibekalkan namun xde kemajuan...makan pn x mau..badan semakin kurus...apa cadangan tuan unttuk tgktkan selera makan kucing sy tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, protozoa infection in blood akan menyebabkan kucing mengalami kelesuan, cirut birit bepanjangan dan hilang selera. Selain dari makan ubat yg diberi, cuba berikan multivitamin atau makanan khas yg boleh didapatkan di kedai vet

      Delete
  10. Boleh bagi contoh multivitamin yg sesuai tak..maaf bnyj bertanya.... 1st jd camnie...sy pn kesian tgk mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bagi brewer's yeast atau multivitamin jenis cecair yg ada dijual, ada beberapa jenama

      Delete
  11. As salam. 3minggu sudah kucing saya digigit anjing (mgalami luka teruk kedua belah sisi punggung dan tulang punggung retak, mgkin ekor tak berfungsi). Alhamdulillah skrg semakin sihat selepas mdpt rawatan seminggu di klnik vet. cuma nak tau luka dia lambat kering. ada ke petua atau ubat yg sesuai. (masih guna ubat klnim juga ubat kuning)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, biasanya gigitan anjing even pada manusia juga akan mengambil masa yang lama untuk sembuh. Ini kerana gigitannya agak dalam dan kesan dari air liurnya yang mengandungi kuman. Ada waktu ianya akan bernanah dan perlukan antibiotik oral untuk pulih, dan saya kira ianya telah diberikan oleh vet selama seminggu dia dirawat. Buat waktu sekarang hanya perlu dibersihkan sentiasa luka tersebut dengan menggunakan savlon atau normal saline sebelum disapukan dengan antibiotik krim seperti yang sedang anda lakukan.

      Delete
  12. Maaf brtnya. Boleh sy tahu adakah kucing sy dijangkiti FIV brdasarkn tnda2 ini ? Sy dah baca entry di atas tp masih risau.
    Kucing sy bulu dia mmg mudah gugur, lebih2 lg bila dia jilat bulu dan tarik2 dgn mulut seolah2 cuba mmbuang ssuatu. Tmbahan lg, bahagian kemaluan dia merah kesan najis dan ada merah serta 1-2 lubang kecil. Sy risau. Sbb sminggu sblum itu kami skluarga tinggal dia d dlm stor dan dikurung sminggu dgn mknn minuman lengkap kerana ada urusan luar. Jd sejak kami pulang kucing jd sprti yg sy gambarkn. Mngenai selera mkn, X ada nmpk masalah. Mohon pencerahan. Risau sgt. Trima kasih bnyk2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya lg satu. Kucing sy mmg ada masalah dgn najis dia sejak dlu. Najis dia agak cair.

      Delete
    2. Berdasarkan tanda2 yang kucing u tunjukkan, saya rasa dia tidak dijangkiti FIV kerana dia tidak bebas bergerak diluar rumah, tetapi merupakan domestic cat. Keguguran bulu kebiasaannya menunjukkan dia kekurangan zat, mungkin juga jangkitan fungus pada kulit, atau jangkitan seperti kutu dan flea. Kemerahan di kemaluannya mungkin akibat masalah kekerapan dia mengalami cirit birit. Mengurung kucing dalam stor walaupun dengan makanan yang lengkap mungkin menimbulkan sedikit stress dan ini juga boleh mengakibatkan keguguran bulu serta juga cirit birit.

      Delete
  13. Salam. Saya mempunyai seekor kucing betina yg diambil dari pasar. 2 minggu kemudian, dia sakit teruk. Mungkin kerana pertukaran makanan kucing yg berasaskan ikan bilis.

    Kucing saya mengalami muntah kuning selama 3 hari dan diarrhea berdarah 3 hari seterusnya. Langsung tidak mahu makan atau minum sepanjang tempoh tersebut. Tetapi masih muntah2 dan cirit birit berdarah.
    Saya berulang alik ke vet gov hampir setiap hari. Demam panas sehingga 41.5C, dan dicucuk air oleh vet. Setiap jam saya memberikan air glucose mengguna syringe shja. Dan makanan dari vet yg berasaskan ayam.

    Oleh kerana keadaannya semakin lemah, dan cirit birit berdarah beserta ketulan2 daging yg busuk, saya telah ke private veterinar . Kemungkinan besar adalah parvo disease. Kakinya bengkak dan sakit, tak dpt dikenal pasti mengapa. Tetapi satu paw kakinya mengalami gangrene.
    Vet menjelaskan bahawa ia mungkin disebabkan protozoa yg terdapat dlm ikan mentah di pasar. Disebabkan kucing saya sudah berusia 6 bulan dan belum di vaksinkan, antibody nya tidak cukup utk melawan serangan protozoa tersebut.

    Alhamdulillah dgn antibiotik dan pain killer yg diberikan, kucing saya semakin sembuh. Paw yg mengalami gangrene telah putus dan kini kakinya dlm proses untuk sembuh.

    Persoalan saya, adakah parvo boleh sembuh sepenuhnya atau ia seperti feline?
    Dan bilakah waktu yg sesuai utk saya vaksinkan kucing ini?

    Mohon pemulis blog ini membuat satu pos mengenai penyakit parvo untuk membantu pencinta kucing yg mengalami situasi yg saya dgn kucing saya. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..agak teruk jangkitan yang dihidapi oleh kucing anda, dan memandangkan kucing tersebut bebas dipasar sebelum ini, ama mudah untuk dia mendapat jangkitan parvo kerana ianya melalui najis kucing yang dikontaminasi dgn virus parvo. Parvovirus memang boleh menyebabkan kematian dan sekiranya kucing u survive dan tidak divaksin dia boleh menjadi pembawa parvo yang asymptomatik. Seeloknya dia divaksinkan segera apabila dia sudah sembuh sepenuhnya.

      Delete
  14. Assalamualaikum. Kucing saya FIV, akhir2 ni kerap demam dan selera mkn yg menurun. Sudah byk kali ke vet. Sekrg sakit, mcm tonsil bengkak, air liur meleleh. Saya cuba syringekan mknn. Dia nak mkn tp mungkin tak mampu nak telan. Ubat apa yang sesuai?. Hiba saya tengok dia. Wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..Kucing yang dijangkiti FIV samada akan sembuh dari tanda2 jangkitan tetapi menjadi pembawa virus atau ada kucing yang akan menjadi teruk seperti apa yang kucing puan alami.Tak banyak yang dapat dibantu kecuali puan pastikan dia dapat makan dan minum walaupun sedikit2. Ada yang memberikan vitamin seperti transfer factor untuk diberikan pada kucing, untuk membantu menyembuhkan tetapi bergantung juga pada sistem badan kucing tu sendiri utk melawan penyakit FIV.

      Delete
  15. Assalam Dr. Kucing sy berusia 13thn disahkan fiv positive. Dileher nya ada ketulan keras n lembut.Di bahagian lembut adalah nanah & Dr. Sudah keluarkan cecair @ nanah tersebut d lehernya. Terdapat luka bersize bulat d lehernya. Bagaimana cara penjagaan pd luka tersebut krn sy khuatir jangkitan kuman d tempat luka itu. Blh ke sy teruskan memberi mkn transfer Factor plus 2biji sehari bersama ubat Dr?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..bahagian yang bernanah perlu dibersihkan setiap hari dengan menggunakan savlon solution atau normal saline dan boleh disapukan antibiotik cream sehingga sembuh dan kering . Transfer factor adalah supplement yg dikatakan boleh menambahkan sistem pertahanan badan kucing dan ia boleh diberikan sekali dengan ubat2 yang Dr berikan ye.

      Delete
  16. assalam sis. saya nak tanya. sy rasa kucing saya ada jangkitan flea. kulit menggelupas dan selalu sgt jilat semua bhg badan dia sampai basah..baru2 nie sy mandikan bru perasan kulitnya menggelupas dan trdapat byk mcm telur kutu yg kecil2. berdasarkan post sis yg pasal flea tu, patutkah saya mandikan kucing sy dgn kerap? adakah dgn hanya mmemberi jarum 3 serangkai boleh membuatkan kulit kucing sy baik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pika..bhgn yang mengelupas disebabkan oleh kutu dan atau flea yang menghisap darah kucing, dan sebagai reflexnya kucing akan menggaru atau menjilat bahagian yang gatal dan ini akan berulang2 serta akan semakin teruk jika dibiarkan. Memandikan dengan kerap menggunakan shampoo khas untuk kutu dan flea akan dapat membantu mengurangkan jangkitan dan meredakan kegatalan, serta pada bahagian yang ada radangan boleh disapukan antibiotik atau antifungus cream. Setau saya tidak ada injection atau immunisasi untuk kutu atau flea tetapi ada ubat yang u boleh letakkan dileher kucing bagi mencegah jangkitan flea ye

      Delete
  17. Salam. Saya nak tanya. Kucing saya 2 ekor di sahkan positif fiv. Dan badan2 yang luka.. saya nak tanya ada tak ubat untuk sembuhkan luka di badan dia yg seakan kurap. Sudah bermacam2 ubat saya bagi termasuk cucuk kurap. Doc di vet tempat saya menyatakan tiada ubat untuk baikan kulit kucing yang terkena jangkitan fiv.

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..untuk kucing yang dijangkiti FIV keadaan badannya memang agak lemah berbanding kucing biasa. Dan untuk memulihkan luka2 dibadannya tidak mudah, kita perlu sentiasa memastikan lukanya dicuci bersih dan bolehcuba disapukan dengan antibiotik cream seperti fusidin. Yang paling penting ialah memastikan kucing fiv positif itu cukup sihat dan mendapat nutrisi yang cukup dengan memberikannya makanan yang betul, vitamin dan sebagainya. ini kerana sistem imun atau ketahanan badannya akan berkurangan disebabkan oleh virus tersebut.

      Delete
  18. Asalam..sy nk tanya kucing sy doktr sahkan fiv..doktr ade bg sy ubt untk surut bengkak n vitamin krn kucing sy tengh pregnant n dlm perut ade byk air..adakah kucing sy akan sembuh dr fiv ni?lps abis ubt tu air dlm perut akan berkurang ke?manusia blh berjangkit ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..maaf saya agak lewat menjawab. Biasanya kucing2 yang dijangkiti FIV tidak akan sembuh dari jangkitan tersebut tetapi masih boleh hidup seperti kucing biasa. Ubat utk surutkan bengkak tu akan kurangkan air buat sementara jika tiada masalah lain yang berkaitan dengan pregnancy tersebut. Jangkitan kepada manusia tidak berlaku dgn fiv ini ye

      Delete
  19. Pastu satu lg lupe nk tanya anak2 kucing tu akan kene penyakit fiv jugk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak dalam kandungan boleh dijangkiti fiv dari ibunya, jadi digalakkan membawa anak kucing tersebut utk pemeriksaan dr.

      Delete
  20. Hai sis..maaf sy bertanya..sy ada seekor kucing betina y usia sudah lebih dri 10 tahun..dia telah disah kan positif virus fiv..keadaan nye y sgt lemah..dan skrg ditahan di vet untuk rawatan susulan..soalan sy adakah vitamin y blh sy dapat kan untuk membantu kucing sy melawan virus fiv ini...bantu sy sis..terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi..so sorry tentang kucing u. Fiv tidak ada ubat tertentu utk sembuhkannya dan jika boleh diberikan ialah apa2 multivitamin sebagai tambahan, dan kebiasaanya vet akan mencadangkan vitamin yang sesuai utk kucing u. makanannya juga mungkin perlu ditukar kepada premium diet supaya dia sihat

      Delete
  21. Salam doc. Saya nak bertanya. Saya ada bawa kucing stray betina ke vet dan vet sahkan kucing tu ada fiv. Memandangkan kucing tu stray, so bila dikurung di rumah kucing menjadi Stress dan memberontak mungkin sebab sudah terbiasa duduk di luar. Selepas complete vaksin dan dimandulkan, bolehkah kucing tu bebas berjalan di luar seperti biasa? Atau kucing yg dijangkiti fiv perlu diasingkan selama jangka hayatnya dr kucing lain? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..risiko stray cat dijangkiti fiv memang sangat tinggi dan dengan membiarkan kucing2 yg positive fiv bebas keluar, peluang untuk menjangkiti kucing lain memang ada. Sebaiknya jika dapat diasingkan dari kucing2 lain selagi dia masih hidup. Tetapi jika kucing tu stress rasanya boleh biarkan dia bebas di dalam rumah dgn syarat tiada kucing lain.

      Delete
  22. Dokter kucing sy positif hiv,tpi mslah skrng dia tros kena saraf otak..bdn strok,nk bg mkn pon tk blh sbb mulut dia x blh bukak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesiannya kucing u.. tak banyak harapan untuk dia pulih dalam keadaan seperti itu kerana tiada ubat utk rawatan tetapi hanya bantuan dari segi makanan dan minuman. Jika dibawa ke vet mungkin boleh diberikan melalui tube.

      Delete
  23. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  24. kucing saya br berusia 3bulan...dan terkena fiv..saya dah bawa ke vet..bolehkah anak kucing saya sembuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi..biasanya fiv tiada ubat utk menyembuhkan sepenuhnya..tetapi bergantung pada ketahanan kucing, ada sesetengah kucing boleh hidup seperti biasa cuma berisiko menjangkiti kucing2 lain yang tinggal sama dengannya. Apa yang kita boleh buat ialah neuterkan kucing tersebut, berikannya makanan yang baik dan berkualiti serta asingkan dia dari kucing2 lain jika ada. Kebanyakkan kucing boleh hidup antara 3-5 tahun selepas dijangkiti, ada juga yang boleh bertahan lebih lama. Jika kucing tersebut sakit kita kena segera bawa ke vet utk rawatan.

      Delete
  25. Salam sejahtera admin.

    Terima kasih atas perkongsian ilmu berkenaan penyakit fiv ini.

    Untuk makluman, kucing betina saya yang berumur 1 tahun lebih telah disahkan fiv setelah menjalani ujian darah sebentar tadi dan kini dimasukkan ke wad selama 3 hari untuk rawatan lanjut.

    Mohon bertanya, untuk diet makanan yang dimasak, adakah dengan cara rebusan atau boleh digoreng menggunakan minyak? Jika tidak keberatan, sudilah kiranya admin memberikan cadangan resepi ringkas yang sesuai.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sejahtera..

      untuk kucing yang menghidapi fiv, kita digalakkan memberikan makanan yang berkualiti dan cukup nutrisi untuk menambahkan kekuatan imun sistem kucing, dan mengelakkan jangkitan bakteria dll. Sebaiknya kita sediakan makanan yang direbus dari digoreng, seperti ikan rebus dan ayam rebus. Ada juga yang mencampurkan labu kuning dan diblender menjadi lembut. Apa2 makanan yang berkualiti boleh diberikan ye

      Delete
  26. SALAM doktor, kucing saya dterkena virus herpes. blh doktor terangkan lebih lanjut, dah bawa ke dr vet. ada ke vitamin utk rawat kucing saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..feline herpes ni merupakan virus yang menyebabkan jangkitan pada saluran pernafasan dan sangat mudah berjangkit antara kucing2 sendiri. tanda2 biasanya seperti selsema,batuk,sesak nafas, irritasi mata dan beberapa simtom lain.
      boleh berikan kucing u multivitamin utk kucing yand dijual di pet shop.

      Delete
  27. Saya Puteri Sue dari Malaysia, saya di sini untuk memberi anda berita gembira. Begitu banyak orang percaya bahawa tidak ada penawar untuk virus Herpes tetapi hari ini banyak orang yang bersentuhan dengan Dr Diba Sagbo kini percaya bahawa ada penawarnya. Virus Herpes dapat disembuhkan dengan menggunakan ubat Herba Afrika-nya. Dr Diba Sagbo menemui penawar Herpes Virus dalam bentuk apa pun, banyak yang telah disembuhkan dengan bantuan ubat herba. Anda tidak perlu bersedih lagi atau menangis lagi mengenai penyakit ini apabila penawarnya sudah dijumpai. Saya bercakap dari pengalaman di Malaysia, dia menyembuhkan saya dan suami dari penyakit mematikan Genital Herpes ini. Saya akan menasihati anda semua agar tidak membuang masa untuk menghubungi dia hari ini.

    whatsapp - +2347019642881
    E-mel - drsagbo6088@gmail.com

    ReplyDelete
  28. Selamat sejahtera saya ingin bertanya,kucing saya baru ii ni kena cirit birit dn kecing ii yang teruk. Die tak nk makan dan minum.petang tadi die muntah ii dan bila dibawak ke vet, doc kata die sudah tiada. Boleh saya tau die sakit apa??

    ReplyDelete
  29. Kucing sy positif hiv... Baru2 nie dia mengalami demam kurang selera makan.. Tp stlh diberikn ubat dan bosster alhamdulillah sihat... Cuma 2 hr lps sy bwk dia ke pantai... Balik rmh mlm tue hidungnya berdarah...blh sy tau adakah slh satu sbb penyakit fiv.

    ReplyDelete