Tuesday 24 June 2014

Feline Leukemia...what we should know

Seorang kawan lamaku kehilangan anak lelaki kesayangannya akibat leukemia awal tahun 2014 ni, dan terakhir seorang lagi kenalan kehilangan kucing kesayangannya juga kerana leukemia. Being a medical doctor, aku amat memahami tentang leukemia dan jenis2nya yang menyerang manusia, dan apabila mendengar tentang leukemia pada kucing, aku amat tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut. 

FELINE LEUKEMIA... 

Leukemia pada kucing amat berbeza dari leukemia pada manusia dari segi penyebabnya. Feline leukemia merupakan penyakit jangkitan Feline leukemia virus (FeLV) yang hanya menjangkiti kucing tetapi tidak sesekali akan menjangkiti manusia, anjing atau haiwan-haiwan lain. Jangkitan Feline leukemia virus FeLV merupakan penyebab kedua kematian selepas trauma pada kucing, membunuh hampir 85% kucing2 yang dijangkiti dalam jangkawaktu 3 tahun selepas didiagnosis. Walau bagaimanapun, ada juga kucing2 yang mampu membina resistant diri dan menghapuskan virus2 tersebut secara semulajadi.



Feline leukemia virus


Apabila seekor kucing dijangkiti virus feline leukemia ini, kandungan sel darah putih didalam badan kucing akan menjadi abnormal secara drastik, samada terlalu tinggi atau terlalu kurang. Ini boleh menyebabkan tumour dan jangkitan kuman yang teruk pada kucing terbabit. Feline leukemia ini sangat contagious dan mengakibatkan dua kesan yang boleh membawa maut ie:

- kegagalan sistem imun, dan/atau
- tumour


Bagaimana feline leukemia virus boleh merebak?:

FeLV merebak dari satu kucing ke  kucing yang lain melalui saliva, darah, dan sedikit melalui urin dan najis. Walaubagaimanapun, virus ini tidak bertahan lama di luar tubuh kucing, mungkin hanya bertahan dalam beberapa jam sahaja. "Grooming" dan pergaduhan merupakan cara yang paling mudah untuk virus ini merebak. Bagi kitten pula, ianya boleh merebak dari ibu yang dijangkiti virus ini melalui placenta 'in utero' atau dalam rahim, dan melalui susu ibu serta air liur ibu. Selalunya virus ini disebarkan oleh kucing yang kelihatan sihat.

Cara transmisi termudah bagi FeLV

Kitten dibawah umur 4 bulan sangat berisiko dijangkiti virus ini, diikuti dengan kucing yang masih muda. Kucing2 dewasa kebanyakkannya kurang berisiko kerana imuniti mereka meningkat secara semulajadi apabila meningkat dewasa. Kucing yang indoor lebih kurang berisiko berbanding dgn kucing outdoor. Manakala kucing indoor yang tinggal setempat dalam jumlah yang banyak juga berisiko kerana berkongsi bekas makanan dan minuman, berbanding dgn kucing yang dibela dalam jumlah yang kecil. 

Sebahagian kucing yang dijangkiti akan terus menunjukkan tanda2 serangan virus tersebut dan mati dalam beberapa bulan, ada juga yang terus kekal sihat kerana mereka berjaya mengeluarkan virus tersebut dari tubuh mereka secara semulajadi. 

Bagaimanapun, kebelakangan ini kadar kematian kucing akibat feline leukemia virus telah banyak berkurangan kerana terdapat vaksinasi terhadap virus tersebut. 

Simptom atau tanda2 gejala feline leukemia:

# gusi yang pucat, ulcer pada gusi dan mulut

# jaundice - kekuningan di mulut dan mata putih

# kelenjar yang membengkak

# jangkitan saluran respiratori, telinga, pundi kencing dan kulit yang teruk dan berulang

# kehilangan berat badan dan/atau kehilangan selera makan

# keadaan bulu yang tidak elok dan menipis

# lemah yang berpanjangan dan lethargy

# demam berpanjangan

# cirit birit berpanjangan

# kesukaran bernafas

# bagi kucing betina yang tidak dimandulkan akan mengalami kesukaran untuk hamil


Gusi yang pucat

Kucing menjadi lemah

Ulser didalam mulut kucing

Kucing menjadi 'emaciated' dan lesu



Kesemua simptom diatas merupakan akibat dari kerosakan pada sumsum tulang kucing yang dijangkiti oleh feline leukemia virus ini. Penghasilan sel darah merah didalam sumsum tulang terjejas, menyebabkan kucing mengalami anemia atau kekurangan sel darah merah, dan ini menjelaskan keadaan gusi kucing yang pucat. Dalam keadaan anemia, kekurangan sel darah merah menyebabkan kekurangan bekalan oksigen, dan ini memaksa jantung kucing berdegup kencang dan mengakibatkan kucing keletihan dan tidak aktif seperti biasa. 

Sumsum tulang juga menghasilkan sel darah putih untuk sistem imunisasi dan ini turut terjejas apabila dijangkiti. Kekurangan sel darah putih ie leukemia menyebabkan sistem imuniti kucing menurun dengan ketara, dan kucing amat mudah dijangkiti oleh bakteria, fungus dan virus lain. Jangkitan yang sedikit sahaja sudah cukup untuk membahayakan nyawa kucing yang menghidapi leukemia ini.

Selain dari sel darah merah dan putih, sumsum tulang juga menghasilkan platelet yang penting untuk pembekuan darah. Di dalam jangkitan leukemia, tiada platelet yang dihasilkan dan keadaan ini dinamakan thrombocytopenia. Kucing mudah mengalami lebam2 berlebihan dan juga pendarahan terutamanya dari usus, menghasilkan najis yang pekat dan hitam serta melekit dan berbau busuk dikenali sebagai 'melena'.

Selain dari ini, kucing2 yang dijangkiti leukemia boleh juga menghidapi 'mmune mediated haemolytic anemia (IMHA)' dimana sel darah putih kucing memusnahkan sel darah merah mereka sendiri. Dalam keadaan yang kompleks ini, kucing tersebut menghidapi anemia yang teruk dan mudah berlaku pendarahan.


TUMOR...

Banyak kucing dengan leukemia turut menghidapi tumor kerana sel darah putih mereka bergumpal dan membentuk ketulan di usus, dada, limfa dan ginjal. Jenis leukemia yang begini dinamakan lymphoma (lymph - sel darah putih, oma - tumor). Simptoms bergantung dimana kedudukan lymphoma itu dan kesannya pada fungsi normal tubuh kucing, dan darah putih yang ada pada tubuh kucing tersebut ialah darah putih yang tidak matang (immature) dan dikenali sebagai lymphoblast. Dalam keadaan akut dimana lymphoblast ini terlalu banyak ianya dikenali sebagai Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL), dan boleh membawa maut. Bagi kes dimana lymphoblast terhasil secara perlahan2, ianya dinamakan Chronic Lymphoblastic Leukemia (CLL), dan kucing boleh dirawat dan boleh mengalami keadaan yang dinamakan relapse, dimana dia boleh sihat seperti biasa.

Tidak ada rawatan bagi jangkitan Feline Leukemia Virus ini. Bagi kucing2 yang dijangkiti FeLV dan pada masa yang sama mendapat jangkitan sekunder seperti fungus, bakteria, rawatan boleh diberikan untuk jangkitan sekunder tersebut, manakala bagi yang telah mendapat kanser lymphoma, rawatan kemoterapi boleh dilakukan. Walaubagaimanapun, jika jangkitan FeLV ini menyebabkan kucing mengalami kekurangan dalam sistem imuniti atau ketahanan badan, biasanya kucing tersebut tidak dapat bertahan lama. 


Bagaimana mengelakkan jangkitan FeLV pada kucing kita?

Cara termudah ialah dengan memastikan kucing kita indoor setiap waktu, dan terdapat vaksinasi terhadap FeLV yang didapati di klinik. 


So, sekiranya ada terdapat tanda2 seperti diatas kita perlu membawa kucing kita untuk rawatan pada kadar segera...





75 comments:

  1. hye..

    kucing sy tgh warded.. vet ckp kkurangan air dlm bdn then anemia.. doc dh masukan air tp xda kesan positif.. salain 2 apa rawatan yg trbaik dpt dilakukan.. adakah kucing sy akan mati..??

    ReplyDelete
  2. hai, so sorry to hear about your cat..
    Anemia ada banyak penyebab dan rawatan anemia bergantung pada penyebabnya..
    Penyebab yang paling common ialah jangkitan virus seperti Feline Leukaemia Virus (FeLV), FIV dan jangkitan parasit. Selain itu jangkitan flea yang teruk juga boleh jadi penyebab anemia, selain dari kehilangan darah akibat trauma dan malnutrisi atau kanser2 lain.
    Rawatan untuk anemia jika teruk mungkin memerlukan transfusi darah selain dari intravenous drip, tetapi jika penyebabnya tidak serius, mungkin vet akan mencadangkan pemakanan tambahan yang sesuai jika kucing u menunjukkan tanda2 positif.
    Bergantung kepada penyebab anemia tersebut, u kena berbincang dengan vet yang merawat apa penyebabnya..mungkin kucing u boleh diselamatkan. Saya berharap kucing u akan bertambah baik keadaannya..jangan putus asa.

    ReplyDelete
  3. Assalam..hi..kucing saya ade benjolan dekat tengkuk kiri dia..dlam saiz manik gelang mutiara atau besar lagi..harini baru sye prasan mse gosok2 tengkuk dia..lgipun sye x bgi prhatian dlam mse sminggu ni sbb sibuk nk masuk u..jadi boleh dr jelaskan knape?adakah kena operate?ataupun bawak pegi vet aja?biasanya ubat apa yang dia akan bgi?harap dr dpt jawab .tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, cuba rasa di seluruh bahagian badan kucing u tu samada ada banyak lagi tak benjolan yang sama dibawah kulit. Jika ada beberapa benjolan lain saya nasihatkan bawa kucing u ke vet segera terutama jika dia ada tunjukkan tanda2 lain seperti kurang selera makan, kurang aktif dan selalu demam serta susut berat badan. Tapi jika kucing u tidak bercampur dengan kucing2 lain dan dia tidak menunjukkan tanda2 lain seperti diatas, u boleh cuba kerap memeriksa benjolan tersebut samada makin bertambah besar atau tidak buat sementara waktu sebelum dibawa ke vet. Rawatan yang vet akan bagi hanya boleh dipastikan selepas vet melakukan blood test dan sebagainya.

      Delete
  4. Salam , kucing saya ni kepala dye luka yg berair dan berdarah . Slain tu , kpala dye pun da mnjdi smkin botak dan ad ketulan srta bnjolan kt kepala dye . Kalau boleh sya tahu ap pnyakit yg dye hdapi and cara untuk merawatnya . Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, mungkin juga kucing u tidak mengalami feline leukemia tetapi jangkitan sporotrichosis iaitu sejenis fungus. Utk confirmation u perlu bawa dia ke vet

      Delete
    2. Kalau boleh saya tahu , mcm mne pnyakit ni mnjngkiti kucing saya ? Sbb mulanya hnyalah luka kecil ksan gduh ngn kucing lain , tk sngka plak truk smpai mcm ni . Ad cara tradisi tak slain jmpe vet ? Hmm adakah pnykit ni akn merebak ke mnusia ? Hee , maaf byk tnya . Tq

      Delete
    3. Sporo mmg biasanya jadi dari akibat luka bergaduh dgn kucing lain, yg memberi jalan utk kuman tu masukdan merebak. Jika betul sporo boleh di rawat dirumah dgn memberikan ubat. Cuba lihat di entri saya yg bertajuk sporotrichosis..ada yg cuba rawatan alternatif dlm satu komen di entri tersebut, mungkin u boleh cuba tanya dgn dia. Ada phone no.

      Delete
    4. Maaf tertinggal, sporo boleh menjangkiti manusia juga ye, so berhati2 apabila menyentuh lukanya..

      Delete
  5. Hi... adakah felv boleh diubati dengan transfer factor..... dan adakah setiap kucing yg menghadapi penyakit felv ni ada harapan untuk pulih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, transfer factor tak boleh mengubati kucing yg dijangkiti felv tetapi ianya membantu menyihatkan kucing jadi kucing akan lebih sihat utk melawan jangkitan sekunder. Tiada rawatan andai ianya telah dijangkiti tetapi bergantung pasa tahap kesihatannya, kucing yg dijangkiti felv mungkin boleh bertahan lebih lama jika dia cukup sihat

      Delete
  6. Salam. Sy ada bela kucing yg sy beli di petshop. Ms beli dia brumur 2 bulan lbih. Skrg sudh 8 buln lebih. Sebulan lepas, sy bwak kucg pg ke klinik haiwn dan doktor sahkan dia mengidap leukemia selepas pemeriksaan darah dilakukn. Namun sehingga skrg, kucing tdk menunjukkn simptom2 leukimia.. dia hanya mengidap msalah sukar berjalan sperti biasa (kaki blkg lemah jln terhuyung hayang) di samping ekor yg tdk aktif (ekor tak angkt). Dan pd mulanya (sblom kaki blkg tu lemah) kucing sy hilg slera mkn dan mesti di suap guna picagari. Namun alhamdulillah skrg dia sudah menampakkan perubahan positif sbb dah pandai mkn sendiri walaupun dlm kuantiti yg sedikit namun kerap mntak mkn.
    Soalan sy, adakah ini juga berlaku pd kucing yg mengidap leukemia atau berkemungkinankah tafsiran doktor itu salah?
    Untuk pengetahuan, kucg sy tdk pernah kluar dr rumah dn jika kami bwak dia bjalan2, kucg ini hanya duduk di dlm kreta.
    Respon tuan doktor kepada soalan ini amat kami hrapkn dan diucapkn trima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, limping atau woobly gait ie tak boleh berjalan dgn betul memang antara tanda2 leukemia, dan kesannya pada system saraf menyebabkan ekornya tak boleh digerakkan. Saya kira kucing u mendapat jangkitan virus leukemia dari ibunya, bukan kerana dia bercampur dengan kucing luar.

      Delete
  7. Salam Dr. Kucing sy usia dalam setahun lebih. Dia sihat dan dah vaksin. Tapi kucing sy ni sy biarkan dia outdoor juga(sy tak kurung, dia bebas keluar masuk rumah suka hati) dan belum di mandul kan. Dalam 3, 4 ni dia selalu bersin. Start hari ni bersin dia keluar darah sekali. Banyak darah yg keluar kadang2 sampai susah nak berhenti. Setakat hari ni dah 4kali dia keluar darah (hidung). Selera makan dia ok. Harap dr boleh tolong sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, kucing yg outdoor sentiasa boleh terdedah kepada jangkitan virus seperti parvo dan feline leukaemia. Jika dilihat dari simtom yang ditunjukkan mungkin kerana selsema yang dihidapinya yang menyebabkan pendarahan hidung. Jika dia masih aktif dan boleh makan dan minum seperti biasa, kemungkinan lain yang menyebabkan pendarahan ialah trauma pada hidungnya. Saya nasihatkan sekiranya selsema dan pendarahan hidungnya berterusan, elok dibawa ke vet untuk rawatan lanjut. Jika dia jadi tidak aktif, kurang selera makan dan kurang minum berserta dengan pendarahan hidung, sangat perlu untuk u dapatkan nasihat dari vet ye.

      Delete
  8. Salam Dr. Saya baca komen yg Katanya Sporo boleh menjgkiti manusia. Apa pula tnda manusia tekena sporo? Dan ianya merbahaya ke? Terima Dr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, betul mmg sporo boleh menjangkiti manusia dan ianya agak merbahaya. Tanda2 awal ialah iritasi pada kulit dan luka yg bernanah.

      Delete
  9. As salam..kucing saya dah dua minggu hilang selera makan. Asalnya dia saya tak tau..3 tahun lepas dia dtg ke rumah sy dan dijangkiti toxoplasma menyebabkan matanya buta dua2..dia telah mendapatkan rawatan antibiotik dan saya jaga sehingga sembuh..dia sihat dan aktif indoor. Baru2 ni dia jadi tak aktif dan tetiba taknak makan..saya suapkan dia wetfood tiaphari. Sy jugak dapati dia tak poo tiap hari kdg 4-5 hari tapi pee 2-3 sehari dan kekeruhan pee normal. Cuping telinga dia juga agak pucat. Adakah kemungkinan dia dijangkiti feline leukimia? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, jika dilihat dari tanda2 yang ditunjukkan, kucing u perlu dibawa ke vet untuk dilakukan ujian darah dan pemeriksaan penuh, kerana tanda2 yang ditunjukkan memang lebih mengarah kepada feline leukemia. Mungkin juga dia mengalami masalah indigestion ie hairballs constipation contohnya yang menyebabkan dia kelihatan lesu serta sukar poo dan kurang selera makan. Tolong bawa ke vet dgn kadar segera ye.

      Delete
  10. Salam KD.sy ad membela seekor kucing betina.indoor cat.dia sgt mnja dgn sy & isteri semasa di rumah..tp bl sy bw balik ke kampung dia berubah menjdi aggresif.sgt garang..dgn sy pon dia garang.smpaikan dlm kereta,jika ad adik2 sy tumpang dia jd garang.tp bila bw balik ke rumah dia berubah 360 jd sgt mnja.sedih sy kucing sy selalu dibanding2 kan dgn kucing lain di kampung.mcm mn sy nak jinakkan dia smasa di kg ya?mohon penjelasan.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..perubahan sikap kucing u tu suatu sikap semulajadi kucing, terutama yg biasa sendirian dan hanya dia yg kita manjakan. Ini kerana dia tak dapat nak adapt dgn suasana baru dan orang lain selain dari tuannya dan rumahnya. Dia rasa sangat insecure apabila diperkenalkan dgn suasana baru yg dua tak familiar..lebih2 lagi jika ada kucing lain di tempat baru. Itu sesuatu yg normal, jgn risau.. Satu cara paling selamat ialah hantarkan dia boarding bila u pulang ke kampung. Jika perlu dibawa balik perlu sediakan tempat yg selesa utk dia dari awal perjlnan..gunakan catnip spray supaya dia tak panik dan lebih tenang, pada awal2 sampai dikg jgn lepaskan dia bebas terus, tenangkan dia dgn spray catnip dan berikan dia masa utk adapt dan rasa selamat di tempat baru.

      Delete
  11. salam KD, saya ada seekor kucing yang disahkan positif virus parvo (fpv) dan alhamdullilah die survive dan dapat vaksin yang pertama pada 21/01/2017. tetapi lepas 4 hari dari tarikh vaksin, kucing saya muntah dan cirit, adakah ini normal dan kesan sampingan utk vaksin tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..ada sesetengah kucing mungkin akan demam dan muntah serta cirit selepas vaksin sebagai side effects vaccine tu..tetapi ianya tak sepatutnya berlarutan berhari2. Incase kucing u menjadi lemah dan kurang selera mkn perlu dibawa semula ke vet utk drip

      Delete
  12. salam KD,kucing saya sdg menyusukan ank tapi sye prasan ade benjolan sebelah slh satu breast dye dan dkt situ jgk ade luke yg berlubang kecil.....minta pnjlsn trima kaseh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..berkemungkinan benjolan tersebut ialah kilang susu yang bengkak kerana menyusukan, tetapi jika terdapat luka dan ianya bernanah atau berdarah serta tidak mahu sembuh, saya nasihatkan bawa segera ke vet bagi rawatan dan diagnosis lanjut. Ianya mungkin sporotrichosis yang boleh menjangkiti anak kucing yang menyusu.

      Delete
  13. nk tanye sporo nie bole berjangkit kt manusia ke kalu kucing da kurung dlm sangkar besi???sbb sy ltk kucing kt dlm blik sy,harap bole bantu saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sporo boleh berjangkit pada manusia melalui sentuhan ie walaupun dlm sangkar tapi kita menyentuhnya selalu

      Delete
  14. Hye, saya ada kucing indoor dan outdoor. Kucing saya sekarang ada ulcer dlm mulut dan dah d sahkn oleh vet mnghidapi leukimia dan asthma. Tetapi secara phy nya kucing saya nampak sihat. Sekira nya saya ikhtiar bagi ikan mentah atau mnm air kelapa adakah blh memudaratkan lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, ada kucing yang boleh kelihatan sihat walaupun menghidapi feline leukemia dan feline asthma, cuma dia mungkin akan kelihatan agak penat apabila terlalu aktif. Dari segi pemakanan boleh diberikan ikan atau daging mentah tetapi sebenarnya lebih baik untuk direbus terlebih dahulu kerana kita tak ingin mendedahkan kucing kita kepada infestasi cacing dan jangkitan parasit lain. Ini kerana apabila menghidapi leukemia secara semulajadinya sistem imun kucing akan berkurangan. Air kelapa tidak sesuai untuk kucing ye. Yg paling utama kucing u ini perlu dijaga di dalam rumah ie indoor dan tidak dibiarkan menjadi kucing outdoor.

      Delete
  15. Kucing sy baru disahkan doc vet mengidap feline leukimia, doc menasihatkan agar diberi jep utk ditidurkan dan perlahan2 akan mati namun sy tidak setuju dan membawa pulang kucing tersebut dan merawat sendiri di rumah, harapan sy agar die dpt hidup lebih lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedihnya..ada kucing yang dijangkiti Feline leukemia mampu hidup seperti biasa dan sihat serta aktif sebenarnya, bergantung pada tahap jangkitan yang dia hadapi. Walaupun kita tidak tahu samada dia boleh pulih atau tidak, saya juga akan mengambil keputusan yang sama seperti yang anda buat. Buat sementara waktu untuk membantu memulihkannya saya nasihatkan anda berikan dia makanan tambahan seperti multivitamin dan brewer's yeast bagi meningkatkan immune system kucing, serta elakkan makanan wetfood yang sedia ada di pasaran, sebaliknya menyediakan wetfood yang dimasak sendiri.

      Delete
    2. Ubat feline luekimia apa erk???

      Delete
    3. Sebenarnya tidak ada lagi ubat khas utk rawatan feline leukemia yang mampu membunuh virus tersebut, tetapi jika ada masalah kesihatan lain yang dihidapi oleh kucing yang dijangkiti feline leukemia, itu boleh dirawat.

      Delete
  16. hi, sy nk tnye..kucing sy diagnosed ade fiv..doc ade bg ubat antibiotik, fish oil n ubat anti bengkak sbb dekat dlm mulut de ade benjolan bengkak..skrg ni tgh mngandung..ape saranan yg boleh diberi?boleh ke truskan consume ubat atau berhenti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..ubat bengkak dan fish oil sepatutnya tidak mendatangkan masalah kepada janin kucing tetapi untuk antibiotik ia perlu diberikan dengan berhati2. Saya kira vet puan tau yang kucing puan hamil ketika memberikan antibiotik tersebut, tetapi jika dia tidak aware yang kucing puan hamil, berhentikan sementara dan dapatkan semula nasihat vet utk ubat yang betul ye.

      Delete
  17. Salam hi, nk tanya kucing saya ada tanda tanda parvo. bila bawak ke doctor test parvo kit result negative. tp bfore bwk ke doc mg murung muntah buih dn cirit cmpur darah. hari ni dh msuk hari kelapan, kucing sy mg aktif lps balik dr vet. makan pun kuat. dh tk muntah cuma dia cirit warna hitam. apa sebab ny ye? kucing sy dh deworm dua bulan lps and vaccine sebulan lps.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. ciritnya masih berterusan atau sudah berhenti? Besar kemungkinan jika ciritnya masih hitam, itu menunjukkan kesan luka lama dalam ususnya. Jika dia aktif, biarkan saja dan berikan makan minum seperti biasa, tetapi jika dia letih lebih baik dibawa semula ke vet utk siasatan lanjut.

      Delete
  18. Aslkm , saya nak tnya saya buntu sangat sekarang kucing saya ada benjolan di leher.. Sekira nya dia positive cancer lymphoma memang cara rawatan dia kemoterapi ke? Berapa ja kos kemo untuk kcg sllu nye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..lymphoma pada kucing memang agak common dan penyebab dlm 80% case cancer. Malangya ia sukar utk dirawat dan untuk melakukan emoterapi pada kucing perlu dipastikan keadaannya cukup sesuai bagi tujuan tersebut, perlu diperiksa oleh vet pakar oncology terelbih dahulu. Dalam kebanyakkan kes, tidak ada rawatan lanjutan utk kucing yang menghidapi lymphoma

      Delete
  19. Salam..bole sy tny jika kucing sudah divaksin. N bru dlam sebulan lbih di revaksin masih bole selesems ke.. Sbb sy tgk kcg sy dh start bersin dan berair mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..kucing selepas divaksin masih boleh selsema tetapi dia tidak akan dijangkiti virus yang merbahaya

      Delete
  20. Kucing sy lps demam..asal mkn je muntah...pendek kate x bole mkn lgsung...minum je...da bwk ke kinik...dok kate darah putih tlbh...sbb mase dmm mkn ubt overdos...ada ubt x tuk kes mcm ni

    ReplyDelete
  21. Kucing sy lps demam...asal mkn je muntah...pendek kate mmg x bole mkn lgsung...minum je...pg kinik..dok ckp...darah putih tlbh...ad ubt x tuk kes mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk kes darah putih terlebih atau leukemia, tidak ada ubat yang khusus utk mengatasinya. Vet boleh berikan ubat utk kurangkan muntah saja

      Delete
  22. Hi dr, kucing saya tetiba lembik, nak bangun tak larat, gusi pucat, tapak kaki sejuk, telinga pun sejuk, apa patut saya buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, ada kemungkinan kucing u menghidapi demam dan jangkitan virus yg menyebabkan keadaannya seperti itu. Sebaiknya bawa ke vet secepat mungkin

      Delete
  23. Ada seekor lagi kucing saya, sejuk tapak kaki, dan muntah air kekuningan, dah tiga kali dia muntah hari ni, tapi dia boleh berjalan dan nampak lemah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucing ni juga mungkin dijangkiti virus yg sama..make sure dia masih boleh minum walaupun sedikit. Jika boleh dibawa ke vet lebih baik

      Delete
  24. Hi dr ada seekor kucing jalanam yg mengalami kesukaran untuk beranak kemudian saya bawa die ke klinik utk czer... Tapi selepas itu dr kata darah merahnye rendah dan perlukan darah... Boleh saya tahu kebiasaan rawatan untuk pemindahan darah ni berapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.. pemindahan darah utk kucing mungkin agak costly, tambahan pula kucing baru lepas caesar

      Delete
  25. Salam KD, maaf nk bertanya, kucing yang disahkan ada feline leukimia memang tak boleh divaksinkan ke walaupun nampak sihat dan aktif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. ye memang kucing yang disahkan ada feline leukemia tidak boleh divaksinkan walaupun dia sihat dan aktif, kerana vaksin boleh memudaratkan kucing tersebut

      Delete
  26. Salam. Kucing sy muntah2,dan muntah dia warna kuning n berbuih. Dia langsung tak nak makan n minum. Bila paksa dia muntah. Sy Dah bawa pergi vet n doc ckp kucing sy kurang sel. Darah putih. So dia bgi antibiotik. Sy risau tgk kucing sy x de selera makan n minum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..kurang darah putih menunjukkan jangkitan virus. Dia muntah2 akibat jangkitan tersebut dan jika terlalu teruk perlu diberikan drip ye

      Delete
  27. Salam...kucing sy mcm kembung perut..lepas tu kaki belakang dia jadi lemah..kalau berjalan pun mcm mengelusur..tp selera makan dia ok..biasa kalau yg tu simptom sakit ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..ada kemungkinan terdapat bengkakan pada usus atau pundi kencing yang menyebabkan dia kelihatan seperti kembung perut. saya sarankan bawa ke vet utk pemeriksaan lanjut.

      Delete
  28. hi, demam kuning kucing berjangkit tak dengan kucing lain? sebab saya ada kucing lain jugak dekat rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. demam kuning ada banyak penyebab dan kebanyakkannya berkaitan dengan hati, samada jangkitan virus, kanser, dan lain2. Kebiasaannya tidak menjangkit pada kucing2 lain

      Delete
  29. Kucing saya pun tengh warded disebbkn sakit ni dia positif FelV allahu harap sihat lh abu haih

    ReplyDelete
  30. Hai Doc..kucing sy kna lukimia..skrg dia smkin lemah jln2 jatuh..dan xde slera makan ade tak ubat@ vitamin yg bleh yg mbolehkn kucing sy ada slera makan dan bjalan sperti biasa..sy dah bwak ke klinik..kputusan Positive.

    Bleh bg cadangan DR vitamin ape yg sesuai utk pengidap lukimia..?

    Sy nak jga dia smpai dye tak da😭😭😭😭

    ReplyDelete
  31. hi..maaf saya lambat membalas..
    saya suggestkan belikan dia multivitamin booster utk menambahkan immuniti dan memulihkan imunitinya

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  33. hai,salam KD,sya nak tnya kucing sya dah jd mak² hehe,tpi tu lh mula2 ok jerr,slps kurung brpa jam je dgn anak² dia,tiba² kucing lemah,jalan pun mcm mabuk.Tpi kuat mkn dan kuat mnum,ada bawa ke vet,kna jarum kalsium dan ubat cacing jer.Boleh tau tak apa sebenarnya sakit kucing sy ni ☹️

    ReplyDelete
  34. kucing sy felv...slalu ulser mulut..skrg air meleleh...air liur nya warna coklat busuk sgt...dh smpi stage brape rasanya kucing ni ye

    ReplyDelete
  35. Assalam KD....kucing sy felv positif..sy mmg kuarantin kucing sy dlm bilik utk elakkan dari menjangkiti kucing² yg lain..tetiba td dia terlepas kluar kedapur dan sempat menghidu² hidung kucing sy yg sekor lg..terkejut sy...terus sy lap hidung kucing sy yg sihat tu...persoalannya..adakah kucing sy yg sihat tu boleh terjangkit? Sbb tu kali pertama berlaku..kucing² sy yg sihat semua dah divaksin.tq

    ReplyDelete
  36. Salam, kucing saya disahkan positif felv dan sekarang dah jaundice. Dia tak nak makan atau minum. Kalau saya paksa guna syringe, dia akan muntah. Dah bawa ke vet untuk drip dan ubat tahan muntah. Kali kedua saya warded kan di klinik, vet bagi antibiotic baru tapi bila bagi, kucing saya muntah hijau sama macam warna ubat.usually muntah dia berbuih warna putih. Vet ada cakap jugak yang kucing saya gastric sebab dia tak nak makan, tapi bila bagi makan atau susu, dia akan muntah.
    Soalan saya:
    1. Jadi ada tak cara untuk bantu kucing saya makan?
    2. Perlu tak saya teruskan bagi antibiotic?
    3. Saya ada beli transfer factor 2biji pagi 2 biji malam. Jadi bagaimana cara nak bagi transfer factor dan antibiotic? Perlu jarakkan masa atau boleh bagi serentak?

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum KD..doc kate kucing saya IMHA positive..dah buat blood transfusion,sbb bacaan darah merah 7 masa sy hantar die..perlukn oxygen sehari lepas tu dah boleh duduk cage..drip on..blood lepas tu naik ke 16,trun balik ke 8,naik balik ke 12,bila cabut drip trun balik 8 and now maintain 8 and perlukn oxygen balik and die da start kena jaundice..ade ape2 yang saya boleh lakukan untuk bantu and bagi kucing saya sihat..? Now doc hanya bg steroid untuk trunkn IMHA..dos yang paling tinggi..ade ke any ubat yanh sy boleh bagi die..? Kalau KD busy,boleh call saya sebab saya really nak buat ape yang saya mampu untuk die survive..kucing sy dah tua..around 7-8y doc cakap..

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum KD..doc kate kucing saya IMHA positive..dah buat blood transfusion,sbb bacaan darah merah 7 masa sy hantar die..perlukn oxygen sehari lepas tu dah boleh duduk cage..drip on..blood lepas tu naik ke 16,trun balik ke 8,naik balik ke 12,bila cabut drip trun balik 8 and now maintain 8 and perlukn oxygen balik and die da start kena jaundice..ade ape2 yang saya boleh lakukan untuk bantu and bagi kucing saya sihat..? Now doc hanya bg steroid untuk trunkn IMHA..dos yang paling tinggi..ade ke any ubat yang sy boleh bagi die..? Kalau KD busy,boleh call saya sebab saya really nak buat ape yang saya mampu untuk die survive..kucing sy dah tua..around 7-8y doc cakap..

    ReplyDelete
  39. Assalammualaikum dr, kucing saya disahkan menghidap felv baru2 nie. Kucing saya belum dimandulkan lagi dan dye sudah mula on heat adakah boleh kucing saya dimandulkan dan adakah risiko2 jika saya ingin memandulkan kucing saya. Lagi satu dr, sejak kucing saya disahkan leukemia bulu2 kucing saya banyak sangat gugur sehinggakan kucing saya muntah keluar bulu yg banyak pd satu2 masa perlukah saya memotong bulu kucing saya (lion cut) kerana risau akan beri reaksi buruk terhadap suhu bdnnya kerana kucing saya on off demam dan selsema tetapi selepas dr berikan ubat dan supplement yg sepatutnya kucing saya memberi reaksi yg amat baik dye sudahh tidak lesu, kurang selsema, aktif dan tidak lesu. Saya nk minta pendapat dr jika saya tidak mandulkan kucing saya risau dye akan menyebabkan stress dan akan effect kesihatan dan bulunya . jadi perlukah tidak saya berbuat demikian tetapi dalam masa yg sama saya amat risau effect negative selepas pemandulan terhadap kucing.mohon pencerahan dr . terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucing sy pun ada felv..jantan.
      Tuhari sy ada tanya vet..doc bgtau,dia x berani nak ambik risiko mandulkn kucing felv...pastu sy tanya vet lain..doc tu ckp boleh mndulkan tapi kena bwk kucing ke vet utk check tahap kesihatan kucing..sy rasa berbelah bahagi plak..risau kucing x dpt bertahan lps dimandulkan..alangkah vaksin pun x boleh..inikan pula nak dimandulkan..yerdak..

      Delete
    2. Betul jd sebesalah sbb kita nk yg terbaik untuk kucing kita kalau x mandul saya risau dye makin stress dan kurus lg kalau mandulkan mungkin ada baiknya dan dr kata thp kesihatannya x kan terus drop cume pemnyebuhan tu lah the bnyk risiko yg perlu fikir dr just kata terpulang pd owner sbb kita yg kene tanggung risiko tp kalau x mandulkan kucing bising and jd stress pd dye pulak 😫

      Delete
    3. Saya pun hadapi masalah kucing ada penyakit luekimia. Dr. cakap tak boleh divaksin dan dimandulkan. Sekarang dah masuk setahun dia nampak sihat cuma rahang nya saja yg merah. Makan pun OK berat badan pun naik dan sangat agresif. Setiap 3 bulan dr bagi ubat suntikan tapi tak pasti suntikan apa. Nnti saya tanya Dr. Yg buat saya risau dia dah mula bising nak mengawan. Merata dia pancut. Jenuh saya kena cari tempat dia pancut & cuci. Nak kurung kat sangkar selalu tak sampai hati. Bila tau penyakit ni takde ubat saya jadi sedih sangat. Saya berharap sangat dia akan sihat macam kucing lain.

      Delete
    4. Update terkini...Alhamdulillah kucing saya yg sakit felv leukimia tu da selamat dimandulkan sabtu lps 26.3.22..Alhamdulillah proses pmbedahan brjln lncr.sy wardedkan 4 hari utk doc pantau luka dan kesihatannya..Alhamdulillah hari ni sy da bwk blik kucing sy..luka dah baik dan dah kering.sblm mandul doc check dulu tahap kesihatan kucing ...klau semua ok baru proceed...
      Punca sy nekad mandulkan sbb kucing da start bising nk mngawan...siang malam mengiow² mnjerit kuat².buat kami sekeluarga x cukup tido..di samping risau klau jiran² terganggu..tp kini kami da boleh tido lena hehe😊..ok tu saje yg sy nak sharing...Assalam

      Delete