Friday 8 November 2013

Jangkitan Telinga Kucing..tanda2 dan cara pembersihan telinga kucing..

Dah agak lama aku tak menjenguk blog ni..agak sibuk sedikit dengan rutin harian. Tapi setiap hari yang pasti aku sentiasa punya waktu untuk membelek kucing2ku yang bermacam ragam. Di antara banyak2 kucing yang ada, hanya Rio yang mempunyai masalah jangkitan ditelinga sejak dari kecil. Syukur, masalah jangkitannya tidak serius dan agak kerap berlaku iaitu jangkitan oleh mites, seperti yang disahkan oleh Vet hasil dari pemeriksaan mikroskopik. 

Jadi kali ni aku nak share tentang jangkitan telinga pada kucing, kerana aku percaya ramai yang pernah mempunyai kucing dengan masalah yang sama.

Kucing tidak kerap menghidapi jangkitan telinga berbanding dengan kumpulan canine lain, tetapi sekiranya terjadi ianya mungkin satu masalah yang kompleks dan perlu dirawat segera bagi mengurangkan kesakitan dan mengelakkan kerosakan kanal telinga yang teruk. Jangkitan pada telinga kucing boleh menjadi kronik dan menyebabkan kepekakan serta 'facial paralysis'.

Penyebab2 jangkitan telinga


Antara penyebab utama jangkitan telinga pada kucing ialah Jangkitan mites : 

Jangkitan mites merupakan penyebab utama dalam lebih separuh dari penyebab jangkitan telinga pada kucing. Mites pada telinga menunjukkan satu tanda yang sangat tipikal, iaitu terdapat discaj yang berwarna coklat gelap kehitam-hitaman seperti kopi di telinga kucing. Walaubagaimanapun, kebanyakan vet akan melakukan pemeriksaan mikroskopik untuk mengesahkan kehadiran mites dalam sample discaj tersebut. 


Ear mites


Lain-lain penyebab atau penyumbang kepada jangkitan telinga sekunder termasuklah:

# "overgrowth" fungus atau bakteria atau kedua2nya didalam telinga
# tahi telinga atau wax yang banyak dan tebal
# banyak terdapat bulu tebal dalam saluran telinga
# hipothyroidism
# penyakit autoimun 
# ketumbuhan dalam saluran telinga
# gegendang telinga yang pecah
# telinga yang tidak dibersihkan dengan cara yang betul
# bendasing dalam saluran telinga

Tanda2 @ simtom jangkitan telinga

Tanda2 jangkitan telinga pada kucing hampir sama walaupun penyebab jangkitan tersebut berbeza. Kucing yang mengalami jangkitan biasanya akan kerap menggaru, 'pawing', menggoyangkan (shaking) atau menyengetkan (tilting) kepala kearah telinga yang bermasalah. Tanda2 lain yang boleh kita lihat termasuk:

- discaj yang kehitaman atau kekuningan
- kulit menjadi kemerah-merahan atau bengkak pada cuping atau sekitar saluran telinga
- discaj coklat kehitaman seperti kopi yang menandakan jangkitan ear mites
- bau yang kurang menyenangkan dari telinga
- wax atau tahi telinga yang berlebihan
- kurang pendengaran
- jika teruk, hilang keseimbangan bila kucing berjalan

Rawatan

Diagnosis penyebab jangkitan telinga jika ianya bukan disebabkan oleh mites mungkin memerlukan beberapa ujian tertentu dan agak sukar, tetapi merawat jangkitan telinga lebih mudah. Biasanya vet akan memberikan antibiotik, ubat titis telinga yang bersesuaian dan juga antifungus. 

Jangkitan telinga boleh berulang, jadi kita perlu sentiasa memastikan telinga kucing kita bersih dan tidak menunjukkan sebarang discaj atau bau atau tanda2 kemerahan. Telinga kucing yang sihat sepatutnya berwarna merah jambu yang pucat (pale pink) tanpa sebarang discaj atau bau, serta hanya sedikit atau tiada wax kelihatan. 



Cara2 untuk membersihkan telinga kucing

# Membersihkan telinga kucing perlu dijadikan satu rutin yang kita lakukan mungkin seminggu atau dua minggu sekali, dan kita boleh bermula seawal umur kucing kita 8 minggu. Ini akan membuatkan kucing kita terbiasa dengan rutin tersebut dan tidak marah apabila kita usik telinga mereka.

# Kita perlu menjadikan pengalaman dibersihkan telinga itu suatu pengalaman yang positif pada kucing, seperti memberikan sedikit upah atau treats sebelum dan selepas pembersihan dilakukan. Ini pasti akan menggembirakan kucing kita dan memudahkan kerja kita.

# Pembersihan telinga perlu dilakukan ketika kucing kita "happy", bukan selepas dimandikan atau selepas dipotong kukunya atau lain2 prosedur yang menyebabkan kucing kita tidak selesa atau gembira.

# Kucing tidak suka dipegang dengan kuat, jadi kita mungkin perlu melakukan kerja pembersihan ini berdua.

# Langkah 1: Memeriksa telinga kucing

Pegang hujung telinga dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, dan terbalikkan cuping telinga kucing dari dalam ke luar sehingga kita dapat melihat bahagian dalam telinga kucing. Sekiranya terdapat discaj kehijauan atau kekuningan seperti nanah, atau seperti kopi coklat kehitaman, maka kita perlu membawa kucing kita ke vet.




# Langkah 2: 
Sedikit ear wax tidak mengapa, kita hanya perlu mengelap dengan putik kapas atau bebola kapas yang lembab secara lembut. Kita juga boleh meletakkan beberapa titik ubat pencuci telinga ke dalam lubang telinga kucing, dan gosokkan dipangkal telinga untuk 15-20 saat supaya titisan ubat boleh masuk ke dalam saluran telinga kucing. Biarkan beberapa minit sebelum dicuci. 



# Langkah 3: 

Gunakan bebola kapas yang dilembabkan dengan minyak bayi atau minyak zaitun atau hidrogen peroksida sekiranya ada untuk membersihkan telinga kucing selepas dititikkan ubat, tetapi jangan terlalu dalam kerana ditakuti kita akan menyebabkan wax yang kita cuba keluarkan menjadi padat atau impacted didalam saluran telinga. 


# Langkah 4:

Ulangi langkah diatas sekiranya perlu, sambil memuji dan memanjakan kucing kita supaya kucing kita tidak lagi takut setiap kali kita ingin membersihkan telinganya kemudian.



"An Ounce of Prevention is better than a Pound of Cure"..jadi kita perlu kerap memeriksa dan membersihkan telinga kucing2 kita..selamat mencuba!

85 comments:

  1. Kucing saya dijangkiti penyakit telinga...dalam telinga dia terdapat mcm ketulan hitam biji kopi dan sedikit bau yg tidak menyenangkan...adakah normal bagi kucing yg mengalami jangkitan telinga akn kurang selera makan dan minum...sebab saya risau kucing saya dh 2 hari tak nak makan ataupun minum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nasihatkan anda membawanya ke vet kerana jangkitan telinga tersebut besar kemungkinan ialah ear mites dan ianya perlu dibersihkan serta diberikan ubat dan sekiranya dia tidak mau makan dan minum mungkin juga kucing u turut mengalami infestasi cacing, ataupun jangkitan telinga yang teruk boleh menyebabkan dia deman serta tidak sihat dan hilang selera ye

      Delete
    2. Kucing sy pun tgh alami benda yg same...jd ap yg sy perlu BT ye...dah 2hari dia x nk mkn

      Delete
  2. saya ada anak kucing , angaran usia seperti 3/4 minggu , cuping telinga nya seperti keras dan terdapat ketulan hitam dan bulu di atas kepala dan di tepi telinga nya semakin hilang dan kulit kepala nya menjadi kering , apakan punca dan ubat nya ?? saya perlukan jawapan secepat mungkin , ini kali pertama saya mempunyai anak kucing

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada umur sebulan agak cepat ank kucing u dijangkiti oleh mites kerana dari tanda yang ditunjukkan ianya seperti mites telinga. Jika u boleh membersihkan sendiri telinganya dengan ubat utk mites ia boleh dilakukan dirumah tetapi saya nasihatkan bawa ia ke vet untuk pengesahan diagnosis dan rawatan yang betul. Anak kucing u tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ia boleh menyebabkan tumbesarannya terbantut dan boleh membawa kematian akibat jangkitan yang teruk.

      Delete
  3. Hye..telinga anak kucing saya seakan akan berair sebelah berwarna coklat gelap.telinga nya juga cepat ada wax..sy sering mencuci telinga nya dengan putik kapas..adakah telinga nye cedera atau ade ear mites?ada mcm bunyi air..sy risau gegendang telinga nye cedera..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, kebiasaannya jika telinganya berair berwarna coklat gelap itu menunjukkan besar kemungkinan dia mengalami jangkitan mites. Masalah ear mite boleh diatasi dengan membersihkan sebanyak boleh earwax tersebut selain dari menitikkan ubat untuk membunuh ear mites yang boleh didapati di kedai atau klinik vet berhampiran. Jika membersihkan dengan cara yang betul tidak mudah untuk mencederakan gegendang telinga kucing ye.

      Delete
  4. Kucing saya sakit telinga tapi takde pulak banyak taik telinga atau ketulan hitam ... dia sakit sampai meronta ronta saya tak tahu kenapa... dia smpai menggaru garu sebab gatal dan tak lama lepas tu dia mati :( kenapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebiasaannya kucing apabila sakit telinga akan mempunyai ketulan hitam atau nanah atau bengkakan merah, demam dan tidak selesa. Mungkin kucing u ada jangkitan yang teruk walaupun tidak ada tanda2 lain selain menggaru dan jika ini tidak dirawat boleh menyebabkan kematian walaupun amat jarang.Satu lagi kemungkinan ialah kucing u ada penyakit berkaitan jantung yang kita tidak sedari yg boleh menyebabkan mati mengejut. Atau boleh juga disebabkan ada tumor didalam kepaala atau telinga kucing

      Delete
  5. Kucing lepas letak ubat dari vet memang akan berair je ke ? Sebab kucing saya baru je bawak klinik sebab telinga dah berair n bernanah. Lepas dr bersihkan ada letak ubat dan saya pun ade letak ubat titis. Tapi asyik keluar air je walau dah berjam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat menjawab post ni ye. Kebiasaannya selepas dibersihkan dan dititikkan ubat kita digalakkan menekan sedikit telinga kucing dilubangnya untuk beberapa ketika supaya semua ubatnya akan masuk ke dalam. Jika sentiasa meleleh keluar mungkin bukan kerana ubat tetapi kerana lelehan telinga kucing sendiri yang banyak dan tidak dibersihkan sehabis2nya sebelum menitiskan ubat telinga.

      Delete
  6. Kos anggaran untuk merawat kucing sakit telinga dlm RM brape ehh...

    ReplyDelete
  7. Anggaran kos utk merawat sakit telinga kucing ni brape ehh kalau anta ke vet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung dengan prosedure yang dibuat tapi biasanya anggaran 70-100

      Delete
  8. 3hb Sept lepas saya ade bwa kucing ke vet kerajaan sebab kucing sakit telinga.sampai mengamuk, tak tentu arah. pegawai perubatan kate earmite. Sebab hitam dlm telinga. Di vet telinga di cuci & diberi suntikan tuk telinga gatal. Ubat cuci kena beli luar. Vet bekalkan ubat tahan gatal. Di rumah saya ade cuci n mandikan kucing.lepas bagi ubat tahan gatal. Kucing lebih selesa. Mase mandi bile telinga dicuci keluar mcm kekuningan nanah sekitar di cuping. Hitam2 dpt jugak bersihkan.siap mandi nampak lbh bersih. Tapi lame2 telinga berair. Mcm luka yg berair n seterusnya jd kuping(berkerak). Hari ni saya tak letak ubat cuci. Hanya bg ubat mkn thn gatal. Sebab kucing marah & rase macam dh teruk berair & berkoping kAt telinga. Bulu kAt telinga pun mengeras. Susah nak masukkan kapas. Saya hanya bersihkan luaran saje. Ape patut saya buat sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebiasaannya ear mites akan berkurangan apabila diletakkan ubat titis untuk earmites dan dicuci dengan betul, tetapi nampaknya keadaannya menjadi lebih teruk. Mungkin masalah ear mites kucing u telah merebak menjadi jangkitan kuman di bahagian dalam telinga, dan ini memerlukan buka hanya ubat cuci tetapi juga antibiotik atau antifungal. Saya nasihatkan bawa semula ke vet untuk pemeriksaan lanjut. Jangkitan dalaman telinga boleh memudaratkan kucing jika dibiarkan berterusan.

      Delete
  9. Nk tnya.. Earmites ni boleh berjangkit tak sis? Risau la sbb kt rumah ada byk kucing lain...

    ReplyDelete
  10. lepas kejadian ni tiba tiba je kucing saya mati haih semua dah rawat tapi kenapa macamtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Earmites boleh berpanjangan tetapi tidak sehingga boleh menyebabkan kematian dalam kebanyakan kes, kecuali jika kucing u juga mengalami jangkitan virus lain pada masa yang sama ye

      Delete
  11. Kalau telinga kucing dah bernanah n berdarah, doc vet akan bagi ubat titis dlm telinga saja ke?sebab kucing sy marah bile pegang telinga die, bile sy korek guna cotton bud ade darah sikit n bau busuk nanah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya jika bernanah dan berdarah itu menunjukkan jangkitan kuman dalam telinga atau otitis media. Biasanya drvet akan memberikan antibiotic oral selain membersihkan telinga kucing dan menitiskan ubat telinga yang utk jangkitan kuman. Kucing memang akan mengalami kesakitan dan tidak mudah untuk kita membersihkan telinganya, jadi antibiotik oral itu penting.

      Delete
    2. Kucing sy selau gatal dan kekadang2 tempat ia gatal berdarah,, dia jadi murung dan sakit. ..sekarang dh x boleh keluar so sy bercadang nk beli ubat dlm shoppe.. Dlm shoppe ubat apa paling jadi&selamat???

      Delete
    3. Kucing sy selalu gatal dan kekadang2 tempat ia gatal berdarah... Dia jadi murung dan kesakitan., sekarang dah tak boleh nak keluar rumah... Sy bercadang nak beli ubat spray dlm shoppe... Ubat apa paling berkesan dgn cepat& selamat untuk kucing sy???

      Delete
  12. boleh tak kita merawat sendiri penyakit telinga kucing? ada ubat dia tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika disebabkan mites boleh dapatkan ubat di kedai yg menjual baangan kucing jika ada, atau boleh dapatkan di klinik vet jika mereka menjualnya. Jika ada jangkitan lain seeloknya bawa ke vet utk rawatan yang betul.

      Delete
  13. Hai semasa saya memandikan kucing sy terlihat banyak ketulan du dalam telinga kucing sy.sy ingat najis telinganya sy bersihkan tetapi saya dapati bau yg sangat tidak menyenangkan.saya rasa itu adalah abses.ketulan tersebut berwarna kelabu.sy menekan telinganya terdapat cairan keluar dr telinganya.
    Setelah mengeringkan badan kucing tersebut saya dapati telinganya sgt berbau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, bau yang tak menyenangkan dari telinga kucing biasanya ialah earmites, dan ianya perlu dibersihkan dan menggunakan ubat utk mites. Jika abses biasanya kucing u akan tidak selesa dan tidak akan membenarkan kita menyentuh telinganya kerana sakit. Jika kurang berani untuk membersihkan telinganya saya nasihatkan bawa ke vet.

      Delete
  14. Kucing hamil boleh bagi ubat titis bagi merawat ear mites tak..

    ReplyDelete
  15. Kucing saya pun sama ada ketulan hitam kluar dr telinga dan berair dan juga skrg mmg xlalu makan hanya tido ja. adakah kalau dh berair tu tanda jangkitan dah teruk? Dan boleh sebabkan kematian ke kalau ada jangkitan earmites ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya earmites boleh dirawat jika cepat diberikan ubat dan dibersihkan dgn kerap telinga yang dijangkiti. Jika dah berair dan kucing u kelihatan dalam kesakitan serta tak aktif, ia menunjukkan kemungkinan jangkitan earmites teruk dan atau ditambah dgn jangkitan kuman pada telinga yang sama, dan ini jika dibiarkan boleh merosakkan pendengaran kucing dan atau boleh membawa kematian juga

      Delete
  16. Hi, kalau kucing yang ganas, macam mana pula nak cuci telinga dia?
    Kalau pergi vet..vet ada buat cuci sekali ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, jika kucing tu ganas lebih baik bawa ke vet utk pemeriksaan dan cucian, vet juga melakukan servis seperti yang diperlukan.

      Delete
  17. Hai.kucing sy ade ketulan hitam dan apabila di garu ada sedikit berair.lama2 menjadi kuping2..tp ttp ada selera mkn.adakah kucing ada pantang dlm pemakananya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, kucing u berkemungkinan dijangkiti ear mites, kebiasaannya kucing akan punya selera makan seperti biasa dan tak perlu pantang makanan, cuma perlukan penjagaan dan membersihkan telinga kucing tersebut serta rawatan mites

      Delete
  18. Hai..kuching sy mengalami telinga berbau dan keluar air yg serupa nanah,hr² sy bersihkan,tp keadaan masih berterusan..tp dia mcm selesa je dipegang dan dibersihkan,tak de pun mengiau..agaknya kenape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kucing u mengalami jangkitan akibat mites dalam telinga, selain dari dibersihkan ia perlu dititikkan dgn ubat utk mites dan kebiasaannya perlu juga diberikan antibiotik oral,

      Delete
  19. Hai, saya ada memeriksa kucing telinga kucing saya, dan saya dapati dlm telinga kucing ada ketulan mcm kopi.. Andai saya bersihkn sendiri tnpa titiskn ubat n masuk cotton bud lg dlm ke telinganya agk membahayakn x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ketulan hitam macam kopi dalam telinga adalah jangkitan mites, jika dibersihkan tanpa dititiskan ubat ianya akan sentiasa berulang2 dan boleh melarat.

      Delete
  20. Hai,telinga kucing saya berdarah dan berkuping dan sering lari apabila dipegang oleh seseorang dan saya rasa ianya disebabkan oleh otitis media . Apakah yang saya patut lakukan untuk merawatnya sendiri dan berapakah anggaran kos rawatan jika dibawa ke vet?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, seeloknya bawa kucing u ke vet utk rawatan lanjut kerana telinganya perlu dibersihkan takut dijangkiti mites, dan besar kemungkinan ada jangkitan bakteria sekali di dalam telinganya. Kos rawatan biasanya tidak sampai rm100.

      Delete
  21. Salam, kucing saya ada mengalami masalah earmites ni. bila urut bahagian belakang telinga tu ada macam bunyi air bertakung dalam telinga dia. adakah itu normal kalau kena earmites ni atau ada masalah lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..agak jarang earmites menghasilkan rasa bengkak seperti air bertakung di belakang telinga. Besar kemungkinan kucing u mengalami masalah jangkitan lain yang menyebabkan pembentukan cyst tersebut. Amat perlu dibawa ke vet terutamanya jika kucing u mengalami demam dan kelihatan sakit apabila disentuh dibahagian tersebut

      Delete
  22. Haii, boleh suggest ubat utk ear mite takk? Kucing saya baru kene hari nii, dan tak selera nk makan, badan dia pun agak panass

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi..utk earmite kena guna ubat utk titik dalam telinga seperti dari brand maxhico atau frontline. Bukan sekadar menitiskan ubat tetapi juga perlu dibersihkan setiap hari ye.
      memandangkan kucing u demam, dia perlu diberikan antibiotik tetapi perlu dibawa ke vet

      Delete
  23. Kucing saya dh jalani test parvo Dan result ya negatif berapa hr yg lepas .Tapi sejak semlm kucing sy xnak mkn n minum Tanpa disuap dn telinganya Ada bernanah so Saya nak tahu samada telinganys Ada jangkitan kutu atau tanda parvo

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika telinganya bernanah itu menunjukkan ada jangkitan kuman ditelinga yang boleh juga disebabkan oleh earmites. Tetapi dia perlu menerima rawatan segera utk jangkitan telinganya dan u perlu membawa dia ke vet segera semula ye

      Delete
  24. Ada cairan barbau nanah y mngalir dr lubang telinga kucing sy..bly sy tahu knp...n kucing sy tiba2 muntah buih putih y sgt pekat..xna mkn n minum..badan lemah...knp ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cairan berbau nanah tunjukkan ada jangkitan kuman di dalam telinga, dan kucing u boleh menjadi lemah serta muntah2 kerana demam akibat jangkitan tersebut.
      Perlu dibersihkan telinganya dan juga diberikan antibiotik oral ye utk mematikan jangkitan kuman.

      Delete
  25. Hai.kalau kita bersihkan.saja dengan air biasa ...lama lama dia sembuh tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. membersihkan dgn air biasa tidak akan menyembuhkan jangkitan tersebut tetapi membantu utk mengurangkannya sahaja. seeloknya bersihkan dgn menggunakan ubat utk ear mites dan atau ubat titis telinga yang mengandungi antibiotic

      Delete
  26. hai. telinga kucing saya ada banyak benda warna coklat dan hitam. lepas tu kucing saya asyik garu je sampai berair. tapi saya dah bawa ke pejabat haiwan kerajaan dan doktor kata hanya demam tapi suhunya 40°C. doktor hanya menasihatkan saya untuk bersihkan telinganya sahaja. tapi sekarang ni dia masih lagi menggaru telinganya. jadi apakah saya patut buat? saya kesian melihat kucing saya seperti itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, kegatalan yang melampau pada telinga kucing biasanya disebabkan earmites, dan kalau ada jangkitan memang boleh menyebabkan demam. Perlu dibersihkan telinga kucing tersebut dan titiskan ubat earmites dalam telinga. jika demam berterusan perlu diberikan antibiotik ye

      Delete
  27. Hai, kucing sy dah seminggu telinga bernanah. Dah jumpa DR tp masih berair nanah lg. Dpt ubat titis dgn ubat imun, tp x baik2 juga....huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. telinga yang bernanah menunjukkan ada jangkitan bakteria, biasanya sebagai jangkitan kedua selepas ear mites. Kucing perlukan antibiotik selain dibersihkan telinganya

      Delete
  28. hai,nak tanya..pembersihan telinga berapa kali ye??sebabnya kucing sy pakai ubat titis telinga dari vet..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dapat dibersihkan setiap hari ianya lebih baik tetapi perlu dilakukan dgn berhati2 dan tidak menyakiti kucing

      Delete
  29. Kucing saya ada keluar nanah yang sangat bau. Tapi bukan dari dalam telinga tapi tepi luar telinga. Dia kerap garu bawah telinga depan hingga luka. Dan kerana nanah tu selalu keluar hinggakan luka tu dah jadi macam belubang. Kenape ye.. cecair tu bukan dari dalam telinga. Tapi tepi dalam telinga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terdapat jangkitan bakteria di kuping telinga kucing u yang bermula kerana digaru berlebihan, Selain dari jangkitan bakteria, dia mungkin juga dijangkiti fungus atau sporo. Kedua2nya perlu dirawat dengan antibiotic dan anti fungus

      Delete
  30. Hi nak tanya, anak kucing yang belum sampai 2 bulan lagi boleh ke bagi ubat titis ear mites tu eh? Saya first time jaga kucing ni. Sedih tengok dia yang patutnya aktif tapi macam sedih je lately. Maybe sebab sakit kot :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi..jika memang terdapat cecair yang berwarna hitam dan busuk didalam telinga boleh dititiskan ubat utk earmites ke dalam telinga anak kucing ye, dan perlu juga dibersihkan. Jika ianya lebih kepada nanah elok dibawa ke vet segera

      Delete
  31. Kucing saya baru2 nie badan dia susut ,kdg x nak makan ,then tiba2 bila dia jalan ,dia akan menyengetkn kepala dia .nak tanya kalau mcm tu ,telinga dia kena jangkitan earmites tu ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. besar kemungkinan terdapat jangkitan earmites atau juga jangkitan didalam telinga dalam yang menyebabkan kucing menjadi imbalance. Keadaan ini perlu dibawa ke vet dgn segera ye

      Delete
  32. Hi, kucing saya mengalami bengkak pada telinga, dia asyik menggaru2 dan berada dalam keadaan tidak selesa, apakah rawatan yg perlu dan berapakah kos untuk rawatan tersebut. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..biasanya bengkak pada telinga disebabkan oleh pendarahan atau hematoma pada rawan telinga akibat kegaralan berlebihan. Kebanyakkannya ialah akibat jangkitan mites, dan lebih mudah merawat ear mites dari caulifloer ear. Rawatan bengkakan biasanya melibatkan pembedahan n ia agak mahal

      Delete
  33. Hi, telinga kucing saya tumbuh bintik 2 di kulit telinganya yang di luar.Dia asyik garu 2 sampai berdarah kulit telinga.Adakah itu
    disebabkan mites jugak?

    ReplyDelete
  34. Mohon bantuan 😭 kucing sy telinga nya gatal dan sering mngeleng2 kepalanya. Kucing sy mengaruu sehingga telinganya luka teruk dan membengkak, sy sudah cuba meletakan ubat gamat namun tak brhsil . Ada kh cara untuk mnyambuknnya, karna kmpung sy tiada klinik haiwan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ianya akibat mites. Boleh cuba dapatkan ubat utk mites dan perlu dibersihkan telinganya juga. Utk luka yg teruk dan bernanah ia perlukan antibiotik juga

      Delete
  35. Kucing sya ada 7 ekor.tp 2 sdh mati.sya xtau kenapa tp sekitar mulut kucing berubah mnjadi hitam.xmau makan,minum cuma sedikit.apa masalahnya tu?klinik hiwan pun sekarang tutup,pkp

    ReplyDelete
    Replies
    1. apabila mulut kucing kelihatan lebam kehitaman biasanya ia menunjukkan kucing u mengalami demam dan dia menjadi tidak aktif. Besar kemungkinan ada jangkitan virus yang dihidapinya. Sekurang2nya pastikan dia dapat makan dan minum sedikit sedikit tetapi berterusan ye

      Delete
  36. Nak tanya, anak kucing saya pun ade masalah telinga jugak. Bawak ke vet, doc kata sbb hama dan demam sehingga suhu 40c. Dah diberi ubat titis, antibiotic, multivitamin, ubat demam, tp kucing saya still takde selera makan. Lepas tu di rumah saya berikan multivitamin lg n tak lama lepastu die muntah sampai keluar cacing. najis die jugak ade cacing dan die masih taknak makan dan minum. Kenape ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kira perlu diberikan ubat cacing kerana dlm muntah n najisnya ada cacing. Masalah jangkitan telinga boleh diubati dgn antibiotik tetapi infestasi cacing perlukan ubat cacing ye.

      Delete
  37. hi. telinga kucing sy mcm ada cairan kuning kat dlm telinga dia dan ada bau yg kurang enak. selain tu, dia kurang selera mkn dan minum bila bgi whiskas dia x mkn pun pdhal selalunya dia la yg cpt terkam whiskas tu. sedih sgt2 tgk keaadan dia skrg rse nk nangis jer. dia juga ada mcm luja kt bdn dia yg nmpak isi dia tpi alhamdulillah dh semakin kering. seksa tgk dia everyday tidur je. sy nk bwk prgi vet tpi musim pkpb skrang x lpas nk prgi jauh. vet yg brdekatan dgn rumah sy memang xde. :( sy x snggup tgk dia mati. skrg ni just bgi minum air melalui picagari jer mkn pn haluskan skit nk bgi dia mkn dri x mkn lansung.

    ReplyDelete
  38. Hi,
    Kucing saya demam baru2 nie.Suhu dlm 40°C. Dia jadi cepat marah dan garang bila saya sentuh kepala dia. Saya check kat telinga dia, tgk2 ada banyak benda hitam di dua2 belah telinga dia.So saya bawa dia p vet. Doc check dan cuci telinga dia. Banyak keluar benda2 hitam dari telinga dia.Doc tak cakap kenapa dan doc hanya bagi ubat kutu yang kami perlu letak kat belakang kepala dia selepas 2 minggu. Kalau saya beli ubat earmites boleh kan?Sebab doc tak bagi dan tak titis apa2 ubat pun kat telinga kucing saya semasa dia keluarkan benda hitam dari telinga kucing saya.If saya cuci sendiri dan letak ubat eramites tu sendiri boleh kan?

    ReplyDelete
  39. salam hai saya nak tanya, kucing usia 2/3 minggu boleh guna ubat titik ke kalau ada ear mites?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..boleh tetapi perlu dibersihkan dahulu ear wax tersebut sebelum menitikkan ubat ye

      Delete
  40. Kucing saya sering gatal telinga dan ada seperti ruping berwarna coklat . Ruping itu hanya berwarna coklat cerah tapi agak banyak dalam telinga nya. Adakah itu normal atau itu juga tanda-jangkitan telinga ? Dan apa patut saya buat untuk mengurangkan kegatalan pada kucing saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kegatalan melampau biasanya disebabkan oleh ear mites. elok dibersihkan telinga tersebut dan titiskan ubat ear mites dan ini perlu diulang beberapa kali. Kegatalan tersebut akan berkurang apabila ear mites telah hilang sepenuhnya

      Delete
  41. Hai,kucing saya sakit telinga selepas saya hantar ke kedai haiwan untuk dicuci. dia kerap garu and geleng kepala tanda ketidakselesaan di dalam telinganya. adakah ini simptom2 yang normal selepas cuci telinga or saya perlu bawa dia jumpa vet? terima kasih

    ReplyDelete
  42. hello,baruhari ini telinga kucing saya keluar nanah dan dia tidak lalu makan. saya merasa dia telah dijangkiti earmites dan saya telah membeli ubat spray brand maxhico. adakah saya perlu spray ke dalam telinganya atau gunakan kapas?

    ReplyDelete
  43. Hi earmites menyebabkan kucing jalan teleng, adakah boleh sembuh dan berjalan seperti biasa?

    ReplyDelete
  44. saya ada 2 ekor kucing jantan(indoor)..kedua nya dh dewasa dalam 1tahun lebih..baru² ni sya hantar ke vet untuk mandulkan..selepas 7hari pemerhatian..semuanya ok..tiba² kucing saya yg sekor tunjukkan gejala x nk makan dan telinga ada hitam² serta demam yang tinggi..
    terus saya bawa ke vet yg sma tempat mandul..
    doktor cuci telinga dia dan masukan air sebab kucing sya terhidrasi yg teruk..doktor berikan saya bnyak jenis ubat antaranya,ubat demam,ubat radang,antibotik,ubat kuatkan imum badan,ubat tambah selera makan dan ubat cuci serta titis dlam telinga..tpi lepas 1 hari saya bagi makan..kucing saya terus mati..

    sekarang kucing sekor lgi turut tunjuk gejala sama..mmg ear mites ni boleh buat kucing mati ke?

    ReplyDelete