Friday 11 October 2013

Flu pada kucing....

Kucing seperti juga manusia tidak terlepas dari dijangkiti oleh selsema atau flu, atau dikenali sebagai 'upper respiratory tract infections'. Tanda2 jangkitan flu pada kucing tidak banyak berbeza dengan flu pada manusia. 

Selesema pada kucing ini sangat mudah berjangkit (highly contagious) pada kucing2 lain, dan ia merupakan masalah kesihatan yang kerap kita lihat berlaku terutamanya jika terdapat banyak kucing pada satu tempat. Walaupun kadar kematian kucing dewasa akibat flu amat kurang, tetapi pada kitten ianya boleh mencapai 50% punca kematian.

Walaupun ianya amat mudah berjangkit sesama kucing, selsema ini tidak sesekali akan menjangkiti manusia, dan kucing kita juga tidak akan mendapat selsema dari manusia. Ini kerana virus yang menjangkiti manusia tidak boleh menjangkiti kucing dan sebaliknya.

Terdapat dua jenis virus yang dikenalpasti kerap menyebabkan flu pada kucing ie 80-90% kes. Virus pertama dikenali sebagai herpesvirus termasuk juga Feline Viral Rhinotracheitis (FVR), dan kumpulan kedua ialah calicivirus, termasuk juga feline caliciviral disesase. Terdapat juga kumpulan virus lain seperti reovirus yang menyebabkan feline viral respiratory illness pada jumlah yang kecil.

Bagaimana flu kucing ini merebak? Ia boleh merebak secara langsung ie melalui air liur, discaj hidung, mata dan mulut dari kucing yang dijangkiti atau kucing pembawa. Jangkitan secara tidak langsung atau fomites melalui bekas makanan dan minuman, mainan kucing dan lain2 peralatan atau perabot.

Apabila kucing kita dijangkiti flu atau feline viral respiratory complex ini, terdapat dua fasa yang akan dilalui iaitu fasa akut dan fasa kronik ie pembawa.

Jangkitan akut viral respiratori:

#Tanda2#:

Tanda2 jangkitan flu ini berbeza2 bergantung pada severity jangkitan tersebut. Ada yang sederhana manakala ada juga yang teruk dan boleh membawa kematian pada kucing kita. Sesuatu virus itu boleh berada dengan stabil diluar 'host' diantara 24 jam hingga ke 10 hari, bergantung pada keadaan. 

Tanda2 klinikal jangkitan ini boleh bermula seawal antara 2 hingga 17 hari dari pendedahan kepada virus, dan tanda2 ini akan mencapai tahap keterukan maxima pada hari ke 10 tanda jangkitan bermula. Penyakit bermula dengan sneezing atau bersin yang teruk selama 1-2 hari. Ianya diikuti oleh jangkitan pada mata atau conjunctivitis serta discaj yang berair dari hidung atau mata, yang menunjukkan kucing kita menghidapi flu. Pada hari ke 3-5, kucing mula mendapat demam yang ketara, keletihan dan kurang selera makan. Lelehan atau discaj dari mata dan hidung menjadi pekat atau mucoid dan purulent(kekuningan seperti nanah). 

Tanda2 lain bergantung kepada virus penyebab flu tersebut. Jika ianya disebabkan herpesvirus, kucing akan mula terbatuk yang kering @ spastic cough. Jangkitan yang teruk pada mata boleh menyebabkan keratitis dan ulser kornea, dan ini boleh mencacatkan penglihatan kucing.


Conjuntivitis yang teruk




Kucing yang dijangkiti oleh calicivirus pula menunjukkan tanda ulser pada mukus membrane didalam mulut @ stomatitis. Keadaan ini akan menyebabkan kucing hilang selera makan dan kurang minum air, serta drooling. Kucing juga boleh mengalami kesesakan nafas dan jangkitan paru2 @ pneumonia. Jangkitan bakteria sekunder, dehidrasi, kelaparan teruk dan kehilangan berat badan mendadak boleh membawa kematian.

Ulser mulut akibat calicivirus

#Diagnosis dan rawatan#

Diagnosis tentang flu kucing selalunya dilakukan berdasarkan kepada tanda2 klinikal, dan jika perlu ujian darah serta swab dari discaj mata dan hidung boleh dihantar ke makmal untuk menentukan jenis virus.

Jika kita mengesyaki kucing kita mengalami jangkitan respiratori virus yang akut ini (acute viral respiratory tract infection), kita perlu mengasingkan kucing itu dari kucing2 lain selama 3-4 minggu. Kita juga perlu melakukan disinfeksi keatas semua peralatan, mangkuk makanan dan litter box, mainan dll dengan mencuci semuanya menggunakan agen peluntur @ bleach yg dicairkan. 

Rawatan untuk kucing kita lebih kepada meringankan simptom yang dihidapi, kerana untuk virus itu sendiri tiada ubat khusus yang boleh diberikan. Jika kucing kita tersumbat hidungnya, kemungkinan besar ianya akan kehilangan selera makan dan akan mengalami dehidrasi dgn lebih cepat, jadi amat perlu kita membersihkan hidung supaya tidak tersumbat dgn cairan yang keluar. Kita juga perlu membersihkan discaj dari mata dan ini boleh dilakukan dgn menggunakan bebola kapas yang lembut dan dibasahkan dgn air bersih. 

Kita juga perlu memastikan kucing kita berada dipersekitaran yang bersih dan kering. Kucing perlukan rehat yang cukup dan kita boleh sediakan tempat yg selesa dan panas untuk dia berehat. 

Kita juga boleh mendapatkan ubat2 yang sesuai dari veterinar untuk melegakan inflamasi mata, seperti ubat titik mata, dan juga antibiotik dimana perlu bagi merawat jangkitan bakteria sekunder.


Pembawa kronik (carrier status).

Bagi kucing2 yang dijangkiti terutamanya FCV dan FHV, kesemuanya menjadi pembawa yang kronik. Virus ini akan hidup dan tinggal dilapisan mukus yang berada ditekak kucing. Apabila kucing ini mengalami stress seperti mengandung, sakit, stress emosi, menyusukan, melalui surgeri dll, sistem imunitinya akan berkurang dan pada ketika ini virus tersebut akan dikeluarkan didalam cairan mulut. Pada waktu ini penyebaran virus ini akan berlaku. 

Cara mengatasi:

Cara terbaik ialah memberikan vaksinasi dari peringkat awal umur kucing. Terdapat kombinasi vaksin yang menggabungkan kesemua virus utama penyebab jangkitan respiratori pada kucing.







4 comments:

  1. Salam dr . kucing sy satu rumah dah dijangkiti flu . Risau nya sy . First time mcm ni . Sy nk tny , cage sy hanya ada satu je, so xpe ke kalau sy kurung kan dorg 5 ekor dlm bilik x bersangkar ? Atau sy boleh biar je dorg bebas dlm rumah sbb semua mmg dh berjangkit . Boleh dr share kan mcm mne ye flu ni boleh merebak ? Sbb kucing yg mula2 flu seekor je tp sy dh asing kan di bilik lain, tp lepas 3-4 hari , yg lain mula tnjuk tanda flu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rakhma..kucing2 yg dijangkiti flu seeloknya diasingkan dari kucing2 lain yg tidak dijangkiti. Jika semua kucing u telah dijangkiti boleh dibiarkan mereka bebas tetapi seeloknya diletakkan dalam satu bilik supaya tidak menjangkiti kucing2 lain atau kucing luar sekiranya dibiarkan bebas. Flu kucing amat mudah merebak kerana ianya virus. Jika selsema teruk perlu dibawa ke vet ye.

      Delete
    2. Ye dr . Sy dh bawa ke vet pn . Brapa lama ye dorg akan sihat semula ? Sbb dh 5 hari mkn antibiotik vet bg pun dorg still selsema , mata berair .
      Boleh x dr bgtau lebih details cara flu ni merebak ? Sbb sy dh kurung kucing yg flu dlm satu bilik , tetapi sy pelik kucing sy yg dduk kt ruang tamu ni yg langsung x masuk bilik tu , skrg dh tunjuk tanda bersin2 mcm nk flu . Allah . Risau nyaa . Sbb sy ada lg 4 kitten kt luar ni . Takut bjangkit jugak . Hmm . Mcm mne boleh berjangkit ye ? Bekas mkknn minuman mmg x kongsi , dan selalu dicuci . Biasa nya kalau lepas sy bg ubat dan mkn dekat kucing yg flu , sy akan mandi , lepastu bru setel kan kucing yg sihat . Betul ke flu kucing boleh merebak melalui manusia ?
      lg satu dr , kt bilik yg sy tempatkan kucing flu ada cat tree pulak . Sy lupa nk alihkan ke tmpt lain . Sy nk tny , nnti kalau kucing sy dh sihat , dorg boleh jangkit flu semula ke kalau main cat tree tu ?

      Delete
    3. Flu pada kucing sangat mudah berjangkit, tak semestinya mereka sebilik atau bersentuhan sesama sendiri, kerana virus tersebut ada di dalam cecair tubuh termasuk saliva. Untuk kitten ianya agak bahaya jika mereka dijangkiti flu.. jadi saya nasihatkan asingkan sepenuhnya sehingga mereka sihat.
      Seeloknya cat tree tersebut perlu dibasuh dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum digunakan semula untuk mengelakkan jangkitan berulang ye.

      Delete