Ini Gebu...kucing kesayangan keluargaku.. |
Gebu aku bela sejak aku balik ke Semenanjung dari bertugas di Bintulu, Sarawak. Gebu aku ambil dari rumah kakakku di Mersing, masih aku ingat sewaktu dia aku ambil, dia baru bercerai susu. Waktu tu aku tinggal di Pasir Gudang, sewaktu bertugas di sebuah hospital disana. Aku masih ingat, sepanjang perjalanan dari Mersing ke Pasir Gudang aku memandu seorang dengan Gebu tidur di leher aku dengan lenanya..
Bila aku pindah ke KL, Gebu aku bawa bersama..dan sejak itu Gebu setia bersama aku hingga 14 tahun. Sepanjang waktu itu tak silap aku ada lebih 20 ekor kucing yang aku bela, bukan anak2 Gebu tapi dari bermacam2 sumber yang aku dapat. Gebu tetap menjadi kucing kesayanganku..bila aku mengandung dan melahirkan anak tunggalku Alia Maisara, suamiku memberi semua kucing2 ku yang lain kepada sesiapa yang bertanya..kecuali Gebu. Bermacam pengalaman dan kenangan yang aku simpan sewaktu Gebu masih ada.. Pernah sekali ada yang dengki dengan kegemukkannya hingga sanggup mengikat leher Gebu dengan getah, akibatnya leher Gebu yang gemuk terkoyak dan terpaksa kami lakukan dressing setiap hari sehingga lukanya sembuh. Bila usia Gebu sudah masuk kategori dewasa, dia pernah menderita sakit batu karang dan terpaksa bermalam di hospital haiwan selama 3 hari, mujur dia tak perlu melalui pembedahan. Menurut veterinar yang merawat, batu tu terbentuk dari makanan dia yang aku beri sejak kecil, Whiskas dan Friskies. Akhirnya kami bertukar kepada Science Diet, biarpun mahal tetapi tetap kami belikan untuk Gebu.
Umur Gebu hanya bertahan selama 14 tahun, dan aku kehilangan Gebu yang pergi dengan aman tanpa menyusahkan sesiapa..seperti tidur. Gebu aku kuburkan dipinggir kawasan perumahan kami, dan kami letakkan pokok puding sebagai tanda. Masih aku ingat, tak lama selepas aku kuburkan Gebu, tiba2 kubur Gebu menjadi tempat jiran2 cinaku bersembahyang. Kerana marah habis semua colok yang ada disitu aku buangkan!
Banyak kenanganku bersama Gebu..kerana Gebu hadir mengisi banyak ruang waktu dalam perjalanan hidupku ini..
No comments:
Post a Comment