Friday, 5 July 2013

Aku dan kucing..

Kucing adalah duniaku..dari kecil aku menyayangi kucing, tanpa aku mengira jenis atau baka kucing2 tu..janji kucing.

Kucing pertama yang aku bela berwarna putih bertompok coklat..putih bersih dan sangat comel, aku namakan dia semestinya Comel! Comel seekor kucing yang jinak dan baik, tinggal dikampung kebiasaannya bila aku makan, Comel akan makan sekali...aku makan ikan, tulang2 dan sedikit isinya aku bagi pada Comel..maklumlah dulu dikampung apa yang ada itulah makanan kami. Satu hari, Comelku hilang entah kemana..berendam airmata aku berhari2 mencari Comel dikawasan kampung kami..lupa nak aku ceritakan, aku tinggal di Felda Bukit Permai, Layang2 Johor DT. Sedihnya aku waktu tu..jika tak silap waktu tu aku di Darjah 6. Lama aku tak dapat pengganti..sehinggalah aku masuk ke AFKL. Pada cuti persekolahan aku balik ke kampung..gembira sangat hatiku bila ada seekor anak kucing ada dirumah. Kucing tu biasa je, jenis kucing kampung..tak secantik mana tapi sangat cantik dimata aku yang gilakan kucing ni. Kesian anak kucing tu, bibir atasnya sumbing di sebelah kanan, dan arwah abah selamatkan bila abah terjumpa di tangga rumah..rupa2nya bibirnya digunting oleh anak jiran depan rumah aku! Dan kerana itu anak kucing itu aku namakan Sumbing..

Biarpun Sumbing hanya seekor kucing kampung, tapi dia cukup baik..cukup jinak dan manja dan tak pernah menyusahkan sesiapa. Setiap kali kami duduk makan bersila, dia akan naik dan tidur di pangkuan aku..kadang2 dia tersilap peha, dia naik ke peha arwah abah aku..apa lagi kena jentik la telinga dia hehehe..tapi dia tak pernah mencuri makanan, biarpun aku biarkan ikan goreng terdedah depan dia. Satu saja kegemaran Sumbing selain ikan..kacang panjang mentah hehe jika aku gantung kacang panjang tu, pasti ada yang putus separuh. Dia hanya akan makan bila kami bagi dia makan..biasanya nasi aku gaulkan dgn isi dan tulang2 ikan..hanya tu yang kami ada. Setiap malam Sumbing akan masuk dan tidur bersama aku dalam kelambu..Sumbing beranak beberapa kali, tapi masih manja dan akan tidur bersama aku dengan anak2nya..Anak2nya silih berganti, mana yang mati atau dicuri orang atau tak jumpa jalan pulang, tapi Sumbing setia bersama aku hingga ke akhir hayatnya.

Sayangnya aku tak punya gambar Comel dan Sumbing..tapi masih segar dalam ingatan aku biarpun ianya telah lebih 30 tahun berlalu..


3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Admin, cerita kita hampir sama. Saya pun ada bela kucing, masa darjah 6. Saya kutip kat sekolah, masukkan dalam kotak.ikat dibelakang basikal. Sepanjang jalan saya berbual dgn dia, saya namakan dia mey..

    Mey sgt baik, suka tolong saya habiskan sayur. Saya x suka makan sayur. Malam, dia akn tidur atas kelambu saya.

    1 hari saya pergi trip,saya balik lewat malam dan terus tidur. Macam biasa mey ada tidur atas kelambu. Pagi esoknya, ada muntah di atas kelambu, dan saya nampak mey dah mati di dalam bakul.

    Mak saya kata, tgh malam tu mey panggil saya tapi saya tak terjaga. Perutnya sakit beralun alun. Mak saya ambil dan tdurkan dia dalam bakul..tak sempat nak bawa ke klinik, mey mati subuh tu...

    Saya tanamkan mey sendiri dan sy menangis lama..sejak hari tu saya tak bela kucing lagi, hanya tumpang main kucing orang..

    Dan 2 hari lepas saya jumpa 2 anak kucing di tempat sampah..sbaik saya hentikan kereta, mereka berlari masuk bawah tayar..lama sangat x bela kucing, saya jd kekok..itu yg saya cari tips kt blog admin ni..terima kasih banyak sudi berkongsi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..insyaAllah anak2 kucing tu tak akan menyusahkan kita, malah boleh jadi teman paling baik utk kita..

      Delete