Emmm..kucing2 pun ada masalah penyakit kulit. Kali ni aku membaca mengenai masalah penyakit kulit yang kerap dialami oleh kucing. Kucing2 kerap dijangkiti masalah infeksi kulit, allergy, infestasi parasit dll seperti yang kerap berlaku pada manusia rupanya..
Antara beberapa penyakit kulit yang biasa dialami oleh kucing ialah:
1. FELINE ACNE:
Feline acne selalunya keluar di atau sekitar dagu kucing, dengan penyebab utama antaranya ialah poor grooming, reaksi terhadap ubat2an, stress atau penyakit kulit yg lain. Biasanya vet akan memberikan shampoo yang sesuai untuk digunakan atau krim antibiotic jika ada jangkitan kuman yang ketara.
2. JANGKITAN BAKTERIA:
Kebiasaannya penyakit kulit seperti acne boleh menyebabkan folikel bulu kucing terdedah kepada jangkitan bakteria yang menyebabkan folliculitis seperti di atas. Jangkitan bakteria seperti ini boleh dirawat dengan antibiotik tetapi perlu dicari punca asal supaya ianya tidak berulang lagi.
3. JANGKITAN YEAST:
Jangkitan yeast biasanya disebabkan oleh fungus dan selalunya boleh disebabkan adanya masalah kesihatan yang lain. Telinga merupakan bahagian badan kucing yang kerap dijangkiti fungus. Tanda2nya termasuk lelehan hitam atau kuning dari telinga, cuping telinga yang kemerah2an, dan kerap menggaru dibahagian tersebut. Bagaimanapun jangkitan ini amat mudah dirawat menggunakan antifungal.
4. RINGWORM @ KURAP:
Ringworm @ kurap merupakan satu lagi jangkitan akibat fungus, dan selalu berlaku pada kucing terutamanya anak2 kucing dibawah 1 tahun. Ia selalunya merupakan satu lesi bulat di kepala, di telinga dan kaki kucing. Kawasan disekitar ringworm akan menjadi botak dan berkerak putih @ flaky. Ringworm amat mudah merebak diantara kucing2 peliharaan maupun manusia. Rawatan bergantung pada tahap jangkitan itu samada serius atau tidak, termasuk penggunaan syampo berubat, ointment atau ubatan oral.
5. SPOROTRICHOSIS:
Sporotrichosis sejenis lagi jangkitan fungus pada kucing, yang menyebabkan satu lesi keras yang kecil dan boleh mengeluarkan cairan. Jangkitan sporotrichosis ini amat mudah merebak kepada manusia terutama mereka yang lemah sistem imunnya. Kucing2 yang dijangkiti perlu dirawati dengan segera dan penjaga kucing juga perlu meningkatkan tahap hygine masing2.
6. ALLERGIC DERMATITIS:
Kucing juga boleh mendapat alahan kulit dari makanan, bahan2 grooming atau persekitaran seperti debunga dan gigitan flea. Gatal dikepala dan leher adalah tanda awal alahan makanan. Tanda2 lain termasuk menggigit tapak kaki, menggaru telinga atau pangkal ekor. Banyak rawatan yang boleh diberikan bagi mengurangkan kegatalan sebab alahan tetapi menjauhkan kucing dari punca alahan adalah langkah terbaik.
7. ALOPECIA:
Jika alopecia terjadi pada kucing ianya mungkin tanda2 penyakit yang lebih serius, atau mungkin disebabkan jangkitan flea, stress, alahan yang teruk atau tanda kurang zat makanan. Kucing2 ini perlu dibawa berjumpa vet.
8. FLEAS:
Fleas merupakan masalah yang paling kerap berlaku pada kucing, dan ianya hidup dengan menghisap darah kucing kita. Flea atau najisnya boleh dikenalpasti di bulu2 kucing terutama jika bulu kucing tersebut berwarna pucat. Tanda2 lain jangkitan flea ialah kegatalan berterusan, kulit menjadi bersisik, dan bulu yang menipis dipangkal ekor. Untuk menghapuskan jangkitan flea, bukan sahaja kucing perlu dirawat tetapi semua perabut, karpet, peralatan bilik tidur dan sebagainya perlu juga dirawat kerana flea mudah bergerak di seluruh rumah dan ini menyukarkan pembasmiannya.
9. EAR MITES:
Mites ialah sejenis parasit yang tertarik pada wax dan minyak dalam telinga kucing. Ketika mites ini makan dan membiak didalam telinga, ianya akan menyebabkan radangan yang teruk yang membawa kepada jangkitan telinga atau kulit berhampiran. Tanda2 jangkitan earmites ialah menggaru berlebihan ditelinga, kerap menggelengkan kepala dan bau yang kuat dari telinga serta kotoran yang hitam dalam telinga. Rawatan adalah menggunakan ubat titik telinga yang boleh didapati dari vet dan biasanya telinga kucing perlu dicuci dengan kerap.
10. LICE @ KUTU:
Lice atau kutu kerap terjadi pada kucing2 yang lebih tua dan selalunya tidak disedari. Jika jangkitan kutu ini terlalu teruk, kucing akan mengalami kegatalan teruk, kegelisahan dan lapisan 'coat' yang ketara pada bulu kucing. Ianya boleh dirawat dan oleh kerana kutu kucing ini species specific, ianya tidak berjangkit pada manusia.
11. STUD TAIL:
Stud tail atau juga dikenali sebagai hyperplasia kelenjar ekor dan ianya merujuk kepada kelenjar yang overaktif di hujung ekor. Kelenjar ini mengeluarkan lebihan berminyak atau waxy yang menyebabkan keguguran bulu diekor dan lesi berkuping. Meneuterkan kucing boleh mengurangkan gejala kelenjar hyperplasia ini selain dari kerap memberus bulu kucing dan penggunaan shampo khas.
12. EUSINOPHILIC GRANULOMA:
Jika ada bengkakan atau ulcer pada kucing terutamanya pada hidung atau mulut ianya kemungkinan alahan dikenali sebagai eusinophilic granuloma. Ia boleh berlaku dimana2 bahagian tubuh kucing tetapi paling kerap di mulut, hidung, tapak tangan atau kaki kucing dan peha. Penyebab paling utama ialah jangkitan bakteria, selain dari alahan makanan atau flea.
13. TUMOR KULIT:
Ketulan atau lump dikulit kucing tidak semestinya kanser tetapi jika ianya membesar dgn cepat ia perlukan rawatan segera. Kucing yang sudah tua dan jenis kucing bertelinga serta kepala putih lebih susceptible untuk mendapat kanser kulit.
14. KULIT KERING BERSISIK @ KELEMUMUR:
Kulit kering dan bersisik kerap terjadi pada kucing, seperti kelemumur. Kelemumur yang persistent mungkin menunjukkan tanda2 kurang zat makanan, kurang penjagaan kebersihan. Rawatan yang diperlukan ialah shampoo khas dan juga supplement omega fatty acid untuk kucing.
15. COMPULSIVE GROOMING:
Penjagaan yang berlebihan @ excessive grooming seperti menjilat, mengunyah dan menghisap kulit boleh menyebabkan iritasi, jangkitan kuman dan kekurangan bulu dikawasan terlibat (dipanggil psychogenic alopecia). Kucing akan membersihkan diri berlebihan dan secara kompulsif apabila berhadapan dgn stress seperti pindah ke tempat baru, ataupun berkaitan dengan masalah kesakitan sendi ie osteoarthritis.
Jika terdapat tanda2 yang disebutkan diatas, kucing2 kita perlu dibawa berjumpa dengan vet terdekat untuk rawatan lanjut..
Monday, 29 July 2013
Wednesday, 24 July 2013
Kucing2 baru dirumahku kini..
Dalam kesibukan keluarga berpindah rumah..kami hilang semua kucing2 kesayangan kami satu persatu. Aku tak bercadang mencari kucing2 baru, biarlah...hingga pada 22 Feb 2013 seorang rakan dan juga pesakitku bertanyakan samada aku ingin mengambil satu keluarga kucing2 baka maine coon mixed 5 ekor semuanya...1 ibu dan 4 anak..apa lagi, aku yang memang sukakan kucing terus bersetuju.
Risau juga sebab suamiku bukan terlalu sukakan kucing, amat memilih dan amat particular dgn kucing2 yang aku nak bela. Ketika aku terima kucing2 tu yang bernama Mili (ibunya) dgn 4 anak2 yang sangat cute..aku terus jatuh cinta dan aku cukup pasti yang lain dirumah pasti akan turut gembira.
Benar telahanku...siapa yang tak akan jatuh cinta dgn kucing2 secomel mereka ni?
Zulu..antara yang paling kecil waktu sampai ke rumah kami..tapi sekarang sudah gebu! |
Mili..siibu yang sedang berbadan dua waktu gambar ni aku snap! |
Mia..kami gelar si Amoi..kuat tidur sampai sembab muka. Mia antara yang paling besar waktu kami terima Feb lepas. |
Ini kami namakan Rio..betina..tak banyak ragam kecuali bermasalah dgn telinga |
Zulu..satu2nya jantan dalam keluarga Mili |
Zulu yang special..kerana matanya dual color! Banyak kerenah si Zulu yang menghiburkan kami sekeluarga.. |
Satu lagi kegemaran Zulu..pantang jumpa jari pasti dikunyahnya |
Ini Rover...kucing yang diambil selepas terselit didalam engine Range Rover jiran.. |
Jantan..tetapi penakut dan amat manja..pantang nampak peha gerenti dia akan minta dipangku. |
Ini Nico..pemberian seorang dari patientku..garang2 manja.. |
Kesemua mereka kami tempatkan didalam kandang yang sama...agak luas dan selesa untuk mereka berehat dan bermain. Untuk mengelakkan hujan yang tak menentu kami letakkan bidai buluh dibahagian depan. Waktu makan mereka berjadual...lebihkurang 5 kali sehari dan bekas makanan akan diletakkan di luar sesudah makan. Ini untuk mendisiplinkan mereka untuk makan mengikut waktu ditetapkan. Kesemuanya berkongsi mangkuk untuk litter yang sama, kami menggunakan wood pieces berbanding pasir kucing kerana lebih ekonomi dan lebih bersih serta tidak berbau.
Waktu berehat...si Mia dan Ringgo berkongsi |
Rover bermanja dengan Ringgo...menyelit tidur! |
Zulu, Ringgo dan Rio...sesudah mandi dan di hair dryer..cuma waktu ni Mia saja yang belum dimandikan. |
Pada waktu aku menulis ni, Mili dah selamat melahirkan 7 anak, 4 putih, 2 hitam dan 1 oren! Cuma yang seekor putih tu dah mati selepas 2 hari dilahirkan, dia tak pandai menyusu dan selalu kalah dgn yang lain..sedih juga sebab semuanya comel2 dan berekor panjang lurus. Ada waktu dan bila mereka semua dah besar sedikit aku akan update gambar baby2 baru tu pula.
Monday, 22 July 2013
15 makanan yang perlu dijauhkan dari kucing2...
Hari ni aku rasa mengantuk sangat..takkan nak tidur di bulan Ramadhan ni..jadi aku pun mula membaca...
Malas la nak baca tentang medical, even though banyak updates yang perlu aku baca sesuai dgn kerjaku as a medical doctor..kali ni aku bertukar topik...reading veterinars page!
First topic yang menarik perhatian aku ialah:
15 FOODS YOUR CAT SHOULD STAY AWAY FROM!
1. TUNA
Malas la nak baca tentang medical, even though banyak updates yang perlu aku baca sesuai dgn kerjaku as a medical doctor..kali ni aku bertukar topik...reading veterinars page!
First topic yang menarik perhatian aku ialah:
15 FOODS YOUR CAT SHOULD STAY AWAY FROM!
1. TUNA
Kucing boleh jadi addicted pada tuna, yang disediakan untuk samada kucing atau manusia. Jika diberikan sesekali tidak menjadi masalah, tetapi tuna yang disediakan untuk manusia if routinely given pada kucing akan mendatangkan malnutrisi atau kekurangan zat makanan. Jika terlalu berlebihan tuna akan menyebabkan keadaan yang lebih kritikal ie keracunan mercury @ raksa.
2. ONIONS, GARLIC N CHIVES (KUCHAI).
Bawang..dalam segala bentuk samada mentah, kering, serbuk atau dimasak boleh menyebabkan sel2 darah kucing memecah dan menyebabkan kekurangan darah merah ie anaemia. Jika termakan dalam jumlah yg kecil sesekali mungkin tidak begitu merbahaya tetapi jika kerap dimakan walaupun pada jumlah yg sedikit boleh menyebabkan keracunan.
Selain dari itu, bawang putih dan chives atau kuchai jika dimakan oleh kucing boleh menyebabkan gastrointestinal upset atau keracunan makanan.
3. SUSU DAN DAIRY PRODUCT.
Kucing dan susu? Sepatutnya tak boleh dipisahkan ..kan? Macam yang selalu keluar dalam kartun Tom n Jerry...berebut susu dan keju. In actual facts, untuk kittens susu kurang merbahaya tetapi bagi kucing dewasa sistem penghadaman mereka kebanyakkannya tidak boleh menghadamkan susu dan dairy product, yang akan menyebabkan milk intolerance, bowel upset dan diarrhoea.
4. ANGGUR DAN KISMIS.
Surprisingly, for unknown reason grapes n raisin boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang pada kucing, terutama jika diberikan berterusan atau pada jumlah yang banyak. Pada jumlah yang kecil ianya juga boleh menyebabkan kucing kita jatuh sakit. 'Hyperactivity' dan muntah yang berulangkali adalah tanda2 awal. Lebih baik kita jauhkan kucing2 kita dari memakan grapes atau raisin.
5. CAFFEINE.
Caffeine dalam jumlah yang banyak boleh menyebabkan kematian pada kucing, dan tiada antidote untuk caffeine poisoning. Tanda2 keracunan caffeine ialah kucing gelisah @ restlessness, degupan jantung yang laju @ palpitation, ketar @ tremors, sawan @ fits. Selain dari kopi dan teh, caffeine banyak ditemui dalam chocolate, cola, koko dan minuman perangsang tenaga seperti Red Bull dan Livita. Ianya juga didapati dalam painkiller dan ubat selsema manusia, so jangan berikan sebarang ubat2an manusia kepada kucing2.
6. COKLAT.
Coklat boleh mendatangkan bahaya yang serius pada kucing, dan kebanyakkan kucing tidak mencuri2 memakan coklat tetapi selalunya diberikan oleh tuan sebagai 'a treat'. Bahan toxic didalam coklat ialah theobromine, dan ianya ada didalam semua jenis coklat termasuk white chocolate. Yang paling merbahaya kepada kucing ialah 'dark chocolate' dan 'unsweetened cooking chocolate'. Symptoms yang berlaku apabila kucing kita memakan coklat ialah degupan jantung yang abnormal, tremors @ ketar, sawan dan kematian.
7. CANDY N GUM @ GULA GETAH.
Candy, gum, ubat gigi, baked goods dan sebahagian makanan dimaniskan dengan 'xylitol', yang boleh menyebabkan peningkatan insulin dalam badan apabila dimakan oleh kucing, dan sama seperti manusia ianya menyebabkan kadar gula dalam darah kucing akan turun mendadak ie hypoglycaemia. 'Xylitol' juga boleh menyebabkan kegagalan fungsi hati kucing. Antara tanda2 awal apabila kucing memakan makanan yang mengandungi xylitol ini ialah muntah, hilang koordinasi dan keletihan. Sawan boleh terjadi sebaik saja mereka memakan 'xylitol' manakala kegagalan fungsi hati boleh berlaku dalam masa beberapa hari.
8. LEBIHAN LEMAK DAN TULANG.
Sisa makanan selalunya mengandungi lebihan lemak dari daging dan tulang. Lemak, dimasak atau tidak boleh menyebabkan gangguan penghadaman pada usus kucing dan mengakibatkan cirit birit dan muntah. Malahan kucing juga boleh tercekik oleh tulang, dan serpihan tulang2 kecil boleh melukakan usus kucing2..be careful guys!
9. TELUR MENTAH.
Ada dua masalah yang bakal timbul jika kucing2 kita makan telur mentah. Masalah pertama ialah ianya terdedah kepada jangkitan bakteria Salmonella atau E.Coli, yang boleh menyebabkan tanda2 keracunan makanan yang teruk. Keduanya, protin didalam telur putih mentah dipanggil avidin akan menghalang penyerapan vitamin B, dan kekurangan vitamin B boleh menyebabkan masalah kulit dan bulu yang tidak tebal dan gugur.
10. DAGING DAN IKAN MENTAH.
Daging dan ikan mentah, seperti juga telur mentah, mungkin mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Tambahan pula enzyme dalam ikan mentah boleh memusnahkan Thiamine, sejenis vit B yang sangat penting untuk kucing. Kekurangan thiamine boleh menjejaskan sistem saraf kucing dan boleh mengakibatkan 'convulsion' atau sawan dan juga koma.
11. HATI @ LIVER.
Jika kita memberi sedikit hati untuk dirasa oleh kucing kita ianya mungkin tidak memudaratkan tetapi jika berlebihan boleh menyebabkan keracunan Vitamin A. Vitamin A intoxicity adalah satu keadaan yang sangat serius yang memberi kesan ketara kepada tulang kucing. Antara tandanya ialah tulang reput @ osteoporosis, tulang bengkok @ deformed, lebihan tulang tumbuh di siku dan tulang belakang kucing, dan ianya juga boleh menyebabkan maut.
12. 'TOO MANY TREATS'.
Sama seperti manusia, jika diberi berlebihan boleh menyebabkan masalah kegemukan dan obesity pada kucing.
13. UBAT-UBATAN MANUSIA.
Pengambilan ubat untuk manusia merupakan satu penyebab keracunan paling utama pada kucing. Jangan sesekali memberi ubat2 OTC (over the counter) tanpa arahan dari Veterinar. Bahan2 seperti acetaminophen ( yg didalam paracetamol @ panadol) dan ibuprofen (painkiller/ubat demam utk kanak2) boleh menyebabkan kematian kepada kucing.
14. ALKOHOL.
Sebarang jenis alkohol seperti whiski, beer, wine atau apa2 makanan yang mengandungi alkohol amat memudaratkan kucing, sama seperti kerosakan yang terjadi pada hati dan otak manusia. Bagi kucing sesudu wine sudah cukup untuk membunuh kucing kesayangan kita.
15. MAKANAN ANJING.
Menggantikan makanan kucing dgn makanan anjing adalah tidak digalakkan kerana biarpun kebanyakan bahan2nya hampir sama tetapi makanan kucing mengandungi lebih protin dan fatty acid yang penting untuk tumbesaran kucing. Tindakan ini akan menyebabkan kucing kita mengalami malnutrisi ie kekurangan zat makanan.
*** Kucing adalah haiwan pemangsa @ Carnivorous...mereka memerlukan daging. So sesekali kita berikan mereka daging rebus tanpa tulang dan lemak digaulkan dengan nasi tak salah....
Friday, 19 July 2013
Kenangan...Simba, Smokey, Lala dan Lulu...
Lulu..entah apa yang diangankannya hehe |
Simba..satu2nya jantan..anak si Lala |
Simba yang pandai buat2 pengsan bila tak dibawa berjalan |
Ada saja telatah Lulu ni.. |
Macam2 gaya.. |
Lulu..taking over Lala's place jaga baby |
Kucing jalanan..Smokey..manja walaupun garang |
Bulan2 terakhir October 2012 kami sekeluarga agak sibuk untuk berpindah rumah..dalam kesibukan tu seekor demi seekor kucing kami diambil jiran..sedihnya..puas dicari tapi tak jumpa kecuali Simba. Simba kami tinggalkan dirumah lama kerana dia juga manja dengan jiran didepan rumah kami, tak sampai hati rasanya nak bawa Simba sekali bila terlihat dia bermanja dengan anak2 jiran tu..dan terbaru sewaktu berjalan2 di pasar Ramadhan kami terserempak dgn kakak tersebut..katanya Simba masih ada bersama dia ...alhamdulillah..tapi nasib Lala, Lulu dan Smokey tidak kami ketahui. Smokey aku tak risau sangat kerana dia memang pandai berdikari diluar..tapi tidak bagi Lala dan Lulu..jika diambil oleh keluarga lain aku cuma berharap mereka menjaga kucing2 tu dengan baik atau lebih baik dari aku..
Subscribe to:
Posts (Atom)