Ramai antara kita yang memelihara kucing tapi tidak ramai yang tau mengenai kehamilan pada kucing, bagaimana caranya untuk menjaga kucing semasa mengandung dan sewaktu melahirkan serta selepas melahirkan.
Kucing2 dirumahku sendiri telah beberapa kali bunting dan melahirkan, buat masa sekarang ni tinggal dua ekor saja yang bunting, dan bunting pada waktu yang lebih kurang sama.. Selepas dari kelahiran ini rasanya tak ada lagi yang akan bunting kerana jantan 3 ekorku telah pun dispay, di SPCA Ampang, dengan kos yang sangat murah ie rm 70 seekor.
Berbalik pada kehamilan pada kucing...
Mengenali tahap kesuburan kucing:
Perkara paling awal ialah kita perlu mengenali peringkat2 kesuburan kucing kita terutama yang betina..ie waktu2 kucing itu in heat atau mengalami peringkat estrusnya..
1. Kucing akan mula mengalami peringkat estrusnya atau in heat apabila berat badannya telah mencapai 80% dari berat dewasanya, maknanya jika kucing kita agak gebu, dia boleh mula mengalami kematangan pada usia seawal 4 bulan. Kebiasaanya dari umur 6-12 bulan.
2. Perhatikan tanda2 kucing kita bersedia untuk mengawan. Apabila kucing kita bersedia untuk mengawan terdapat perubahan ketara dalam tingkah laku kucing, selain dari mengeow memanggil pasangannya, dia juga akan manja berlebihan dengan tuannya, serta kurang selera makan.
3. Jika kita pasti kucing kita melalui fasa in heat dan mating telah berlaku, kucing kita akan mengalami fasa "quiet" dimana dia akan kelihatan lebih tenang dari biasa. Fasa ini biasanya berlaku untuk 8-10 hari. Pada waktu ini kebarangkalian kehamilan telah bermula sentiasa ada dan kita boleh mula memerhatikan tanda2 kehamilan pada kucing kita. Jika kucing kita tidak hamil, selepas tempoh quiet berakhir, kucing akan mula in heat semula.
Tanda-tanda kucing kita hamil:
1. Puting susu kucing mula membengkak selepas 15-18 hari kehamilan, dan menjadi kemerah-merahan, serta adakalanya akan mengeluarkan cecair seperti susu.
2. Perhatikan perubahan pada perut kucing kita ie "burro" shape. Bila kehamilan semakin besar, perut kucing kita akan kelihatan membesar dan menonjol. Kebanyakan kucing betina akan menunjukkan perubahan pada perut pada penghujung kehamilan, manakala jika kucing kita jenis yang gemuk atau obese, pertambahan berat dan kegemukkannya akan ketara pada semua bahagian badan, bukan setakat abdomen sahaja.
3. Perhatikan perubahan sikap ibu kucing ie "nesting" behaviour. Beberapa hari sebelum kelahiran, kucing kita akan mula menunjukkan sikap ini, dimana dia akan lebih kerap mencari tempat2 yang tersorok dan dijangkakan selamat untuk melahirkan, seperti di almari baju, tempat susunan cadar, selimut, baju, tuala dan sebagainya, atau di sudut2 tertentu dan juga di syiling rumah jika ada laluan masuk. Ini merupakan persediaan awal kucing untuk memastikan dia selamat.
Penjagaan untuk kucing yang hamil:
1. Sekiranya berkemampuan atau jika kita tidak pasti, kita boleh membawa kucing kita ke vet untuk mengenalpasti kehamilan. Vet akan memeriksa perut kucing, dan vet yang berpengalaman boleh merasa embrio dengan palpation pada usia kehamilan 17-25 hari. Biarkan vet yang berpengalaman melakukannya, kerana kita boleh menyebabkan kucing kita keguguran jika cuba melakukannya sendiri dgn cara yang salah.
2. Jika vet tidak pasti tentang kehamilan kucing dengan palpasi abdomen, kita boleh meminta vet untuk melakukan ultrasound. Dengan cara ini vet boleh menganggarkan jumlah anak dalam kandungan serta boleh mengesan degupan jantung pada usia kehamilan 20 hari keatas.
3. Elakkan dari memberikan ubat, vaksin atau sebagainya jika kucing kita hamil tanpa mendapatkan konsultasi dari vet terlebih dahulu.
4. Pada minggu-minggu akhir kehamilan, kita perlu meningkatkan pemberian makanan yang berkalori tinggi. Jika diperhatikan kucing yang hamil akan makan dengan lebih banyak dari biasa, dan berat badannya akan meningkat ketara pada minggu2 terakhir kehamilan. Oleh kerana anak2 kucing didalam rahim akan bertambah beratnya secara ketara pada 1/3 akhir tempoh kehamilan, seeloknya kita memberi kucing kita makan makanan untuk pertumbuhan (growth formula for kitten).
5. Pada minggu2 terakhir kehamilan sebelum melahirkan, adalah lebih baik kita memastikan kucing kita berada dirumah sentiasa, supaya dia tidak melahirkan anak2 kucing di tempat yang kita tidak ketahui. Paling elok jika kita sediakan kotak yang sesuai ditempat yang terlindung sedikit, dan biasakan kucing untuk berehat didalam kotak tersebut sebelum bersalin. Kita boleh sediakan bekas makanan dan minuman serta litter box dikawasan berhampiran, supaya kucing kita selesa untuk melahirkan didalam kotak tersebut.
Setiap kehamilan kucing akan mengambil masa selama 63-65 hari. Pada hari2 terakhir kehamilan, kucing kita akan menunjukkan tanda2 untuk bersalin. Pada minggu2 terakhir kehamilan, kucing akan mula menunjukkan perubahan sikap, kelenjar susunya akan semakin membengkak, dia akan kelihatan gelisah, mula mencari tempat2 yang tersorok seperti almari baju, almari kasut, timbunan kain2 yang lama atau sudut2 tertentu yang tersorok didalam rumah. Jika kita sudah menyediakan kotak dan jika dia yakin dan selesa dgn kotak tersebut, kita akan perhatikan kucing akan kerap keluar masuk dari kotak tersebut berulangkali. Sesetengah kucing tidak mau makan seperti biasa sehari dua sebelum melahirkan, sebahagian akan makan seperti biasa.
Kucing merupakan haiwan yang sangat cekap dalam proses pembiakan, kebiasaanya amat jarang memerlukan bantuan manusia..pemerhatian secara senyap adalah digalakkan dengan gangguan yang paling minima..
# macamana nak tau kucing kita akan melahirkan?
- dalam 2 hari sebelum melahirkan kelenjar susu akan membengkak dengan ketara dan susu akan mula dikeluarkan.
Stage 1: Proses melahirkan selalunya bermula 12 jam sebelum anak pertama dilahirkan. Suhu badan kucing akan turun dan kurang selera makan yang ketara. Kucing juga akan kelihatan resah dan tidak selesa, kerap bergerak dari satu kawasan atau bilik ke kawasan atau bilik lain, menjadi terlebih jinak dan manja, purring, mengeow, kerap menjilat bahagian genitalianya dan adakalanya terdapat discaj dari vagina kucing.
Stage 2: Tanda yang paling ketara ialah kucing akan masuk ke tempat yang disediakan untuk bersalin atau ditempat yang dia rasa paling selamat untuk bersalin dan tidak keluar beberapa lama.
@ kucing akan mula mengalami contraction yang akan bertambah kuat dan lebih kerap
@ 'placental plug' yang melindungi rahim dari jangkitan akan terlebih dahulu dikeluarkan
@ ketika anak kucing didalam 'birth canal', akan kelihatan gelembung air amniotic yang keluar terlebih dahulu, dan ketika ini proses kelahiran akan berlaku sepenuhnya.
@ anak kucing boleh lahir dengan kaki hadapan dahulu atau kaki belakang dahulu, cuma jika dengan kaki belakang prosesnya agak lambat sedikit.
@ anak kucing yang pertama sepatutnya dilahirkan antara 30 min hingga 1 jam dari bermulanya contraction yang kuat, manakala anak kucing seterusnya antara 15-30 minit.
@ oleh kerana uterus kucing mempunyai dua tanduk atau horn, akan ada waktu rehat antara 1 hingga beberapa jam untuk kelahiran seterusnya berlaku.
@ anak kucing akan lahir bersama dengan placenta dan didalam sarung, dan ibu kucing akan memecahkan sarung ini denga menjilatnya. Ini perlu untuk mebenarkan anak kucing bernafas, dan jika ibu kucing tidak melakukannya kita boleh memecahkan sarung dengan menggunakan kain bersih serta membersihkan muka anak kucing tersebut.
@ placenta akan melekat pada anak kucing dan ibu kucing akan memutuskannya dengan menggigit tali pusat serta memakan tisu placenta tersebut. Ianya adalah normal dan mendatangkan manfaat nutrisi pada ibu kucing.
@ perlu berhati2 dengan kucing yang dewasa dan telah beberapa kali bersalin kerana ada ketikanya mereka akan memakan anak kucing sendiri.
bersedia untuk kelahiran |
ibu kucing akan membersihkan anak kucing |
Seeloknya kita biarkan kucing membersihkan anak2nya sendiri tanpa diganggu, kerana jika kerap diganggu ia boleh mendatangkan stress pada ibu kucing.
Kebiasaannya kucing akan melahirkan tanpa sebarang kesukaran. Tetapi jika kita dapati keadaan seperti berikut, kita perlu bawa ke vet dengan kadar segera iaitu:
- contraction yang berpanjangan dan sangat rapat jaraknya serta melebihi 1 jam
- jangkaan kehamilan kucing sudah melebihi anggaran hari, dan terdapat discaj berbau di vagina kucing
- apabila anak2 kucing telah lahir tetapi ibu kucing duduk dalam keadaan seperti singa ie lion pose dan kelihatan tidak selesa, berkemungkinan terdapat lagi anak kucing yang belum lahir atau ada placenta yang tertinggal.
Apa yang perlu kita lakukan selepas kucing melahirkan?
Jangan buat apa2..kebanyakan kucing akan berasa terancam jika kita kerap mengganggu ibu dan anak, dan ini boleh menyebabkan kucing cuba untuk memindahkan anak2nya ketempat lain. Ada juga kucing yang akan membunuh anaknya sendiri jika stress. Berikan kucing kita sedikit privasi..cuma check dua kali sehari untuk memastikan anak2 kucing yang baru itu dapat menyusu dengan baik..
Cuma pastikan bekas makanan, minuman dan litter box berada dikawasan berdekatan dengan tempat ibu kucing tersebut, dan dia bebas untuk makan dan minum. Ibu kucing akan terus menyusukan anak2 kucing sehingga mereka pandai makan dan minum sendiri ie pada umur sekitar 4-6 minggu.
Beberapa fakta yang elok diketahui..
1. Anak kucing boleh mula makan dan minum pada usia 4 hingga 6 minggu
2. Kucing betina boleh in heat semula semasa menyusukan seawal beberapa minggu usia anak kucing.
3. Anak2 kucing perlu diberikan ubat cacing apabila berumur 6 ke 8 minggu, dan pastikan ianya bebas flea.
4. Anak2 kucing tak digalakkan untuk dipisahkan dari ibu dibawah umur 8 minggu, seeloknya tunggu sehingga 10-12 minggu jika perlu dipisahkan. Ini kerana mereka akan mula belajar social behaviour dari ibu dan sibling pada usia tersebut.
Beberapa fakta yang elok diketahui..
1. Anak kucing boleh mula makan dan minum pada usia 4 hingga 6 minggu
2. Kucing betina boleh in heat semula semasa menyusukan seawal beberapa minggu usia anak kucing.
3. Anak2 kucing perlu diberikan ubat cacing apabila berumur 6 ke 8 minggu, dan pastikan ianya bebas flea.
4. Anak2 kucing tak digalakkan untuk dipisahkan dari ibu dibawah umur 8 minggu, seeloknya tunggu sehingga 10-12 minggu jika perlu dipisahkan. Ini kerana mereka akan mula belajar social behaviour dari ibu dan sibling pada usia tersebut.