Friday, 8 November 2013

Jangkitan Telinga Kucing..tanda2 dan cara pembersihan telinga kucing..

Dah agak lama aku tak menjenguk blog ni..agak sibuk sedikit dengan rutin harian. Tapi setiap hari yang pasti aku sentiasa punya waktu untuk membelek kucing2ku yang bermacam ragam. Di antara banyak2 kucing yang ada, hanya Rio yang mempunyai masalah jangkitan ditelinga sejak dari kecil. Syukur, masalah jangkitannya tidak serius dan agak kerap berlaku iaitu jangkitan oleh mites, seperti yang disahkan oleh Vet hasil dari pemeriksaan mikroskopik. 

Jadi kali ni aku nak share tentang jangkitan telinga pada kucing, kerana aku percaya ramai yang pernah mempunyai kucing dengan masalah yang sama.

Kucing tidak kerap menghidapi jangkitan telinga berbanding dengan kumpulan canine lain, tetapi sekiranya terjadi ianya mungkin satu masalah yang kompleks dan perlu dirawat segera bagi mengurangkan kesakitan dan mengelakkan kerosakan kanal telinga yang teruk. Jangkitan pada telinga kucing boleh menjadi kronik dan menyebabkan kepekakan serta 'facial paralysis'.

Penyebab2 jangkitan telinga


Antara penyebab utama jangkitan telinga pada kucing ialah Jangkitan mites : 

Jangkitan mites merupakan penyebab utama dalam lebih separuh dari penyebab jangkitan telinga pada kucing. Mites pada telinga menunjukkan satu tanda yang sangat tipikal, iaitu terdapat discaj yang berwarna coklat gelap kehitam-hitaman seperti kopi di telinga kucing. Walaubagaimanapun, kebanyakan vet akan melakukan pemeriksaan mikroskopik untuk mengesahkan kehadiran mites dalam sample discaj tersebut. 


Ear mites


Lain-lain penyebab atau penyumbang kepada jangkitan telinga sekunder termasuklah:

# "overgrowth" fungus atau bakteria atau kedua2nya didalam telinga
# tahi telinga atau wax yang banyak dan tebal
# banyak terdapat bulu tebal dalam saluran telinga
# hipothyroidism
# penyakit autoimun 
# ketumbuhan dalam saluran telinga
# gegendang telinga yang pecah
# telinga yang tidak dibersihkan dengan cara yang betul
# bendasing dalam saluran telinga

Tanda2 @ simtom jangkitan telinga

Tanda2 jangkitan telinga pada kucing hampir sama walaupun penyebab jangkitan tersebut berbeza. Kucing yang mengalami jangkitan biasanya akan kerap menggaru, 'pawing', menggoyangkan (shaking) atau menyengetkan (tilting) kepala kearah telinga yang bermasalah. Tanda2 lain yang boleh kita lihat termasuk:

- discaj yang kehitaman atau kekuningan
- kulit menjadi kemerah-merahan atau bengkak pada cuping atau sekitar saluran telinga
- discaj coklat kehitaman seperti kopi yang menandakan jangkitan ear mites
- bau yang kurang menyenangkan dari telinga
- wax atau tahi telinga yang berlebihan
- kurang pendengaran
- jika teruk, hilang keseimbangan bila kucing berjalan

Rawatan

Diagnosis penyebab jangkitan telinga jika ianya bukan disebabkan oleh mites mungkin memerlukan beberapa ujian tertentu dan agak sukar, tetapi merawat jangkitan telinga lebih mudah. Biasanya vet akan memberikan antibiotik, ubat titis telinga yang bersesuaian dan juga antifungus. 

Jangkitan telinga boleh berulang, jadi kita perlu sentiasa memastikan telinga kucing kita bersih dan tidak menunjukkan sebarang discaj atau bau atau tanda2 kemerahan. Telinga kucing yang sihat sepatutnya berwarna merah jambu yang pucat (pale pink) tanpa sebarang discaj atau bau, serta hanya sedikit atau tiada wax kelihatan. 



Cara2 untuk membersihkan telinga kucing

# Membersihkan telinga kucing perlu dijadikan satu rutin yang kita lakukan mungkin seminggu atau dua minggu sekali, dan kita boleh bermula seawal umur kucing kita 8 minggu. Ini akan membuatkan kucing kita terbiasa dengan rutin tersebut dan tidak marah apabila kita usik telinga mereka.

# Kita perlu menjadikan pengalaman dibersihkan telinga itu suatu pengalaman yang positif pada kucing, seperti memberikan sedikit upah atau treats sebelum dan selepas pembersihan dilakukan. Ini pasti akan menggembirakan kucing kita dan memudahkan kerja kita.

# Pembersihan telinga perlu dilakukan ketika kucing kita "happy", bukan selepas dimandikan atau selepas dipotong kukunya atau lain2 prosedur yang menyebabkan kucing kita tidak selesa atau gembira.

# Kucing tidak suka dipegang dengan kuat, jadi kita mungkin perlu melakukan kerja pembersihan ini berdua.

# Langkah 1: Memeriksa telinga kucing

Pegang hujung telinga dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, dan terbalikkan cuping telinga kucing dari dalam ke luar sehingga kita dapat melihat bahagian dalam telinga kucing. Sekiranya terdapat discaj kehijauan atau kekuningan seperti nanah, atau seperti kopi coklat kehitaman, maka kita perlu membawa kucing kita ke vet.




# Langkah 2: 
Sedikit ear wax tidak mengapa, kita hanya perlu mengelap dengan putik kapas atau bebola kapas yang lembab secara lembut. Kita juga boleh meletakkan beberapa titik ubat pencuci telinga ke dalam lubang telinga kucing, dan gosokkan dipangkal telinga untuk 15-20 saat supaya titisan ubat boleh masuk ke dalam saluran telinga kucing. Biarkan beberapa minit sebelum dicuci. 



# Langkah 3: 

Gunakan bebola kapas yang dilembabkan dengan minyak bayi atau minyak zaitun atau hidrogen peroksida sekiranya ada untuk membersihkan telinga kucing selepas dititikkan ubat, tetapi jangan terlalu dalam kerana ditakuti kita akan menyebabkan wax yang kita cuba keluarkan menjadi padat atau impacted didalam saluran telinga. 


# Langkah 4:

Ulangi langkah diatas sekiranya perlu, sambil memuji dan memanjakan kucing kita supaya kucing kita tidak lagi takut setiap kali kita ingin membersihkan telinganya kemudian.



"An Ounce of Prevention is better than a Pound of Cure"..jadi kita perlu kerap memeriksa dan membersihkan telinga kucing2 kita..selamat mencuba!